}

~ Welcome to my novel's - part of my blogs! ~

Heyp!
You!
Yes!
Jangan lupa baca tau!
Best...comment!
Tak best pun comment jugak!
Cetusan dari minda yang sangat kuat berangan!
Peluk dan sayang to my darlings!!

sincerely,
~ Zara Dania Wanee ~

Friday 9 December 2011

Cinta Sampai Syurga : Bab 1



Dia  bergegas menruni anak tangga. Laju sehingga hampir terlanggar seseorang.


“ Adik!”, hampir  terjerit Puan Aisyah apabila melihat anak daranya yang kelihatan kelam kabut pagi ini.


Sorry mama. Adik dah lambat ni”. Iman cepat-cepat meneguk secawan milo panas  sekilas  memandang  jam  tangannya.  Alamak! Dah  lambat!  Dah  lambat!  Matilah  aku!


“ Dah dua hari mama tengok adik lambat. Tengok tu, nak makan pun tak sempat”, Puan Aisyah sudah mula membebel.  Iman hanya tersengih.


“ Okeylah mama, adik pergi dulu. Bye,” Iman cepat-cepat beredar sebelum leteran mamanya meleret-leret  yang  boleh  membingitkan  telinganya. Dia  lantas  menyalami  tangan  mamanya lalu mengucup pipi mamanya sebelum berlalu keluar. Dah lambat! Dah lambat!


Iman terus menuju ke arah kereta Myvi berwarna orange milik kakanya, Darina. Semalaman dia merayu-rayu  ala-ala  cerita  sinetron  ratapan  anak  tiri  la  kononnya  pada  Darina untuk meminjam kereta kakaknya.

Akhirnya, disebabkan sudah tidak sanggup lagi mendengar rayuan mendayu-dayu  tahap  anak  cipan  menangis  kat  penjaga zoo  adiknya  itu, Darina membenarkan adik kesayangannya itu menggunakan keretanya itu tetapi dengan syarat, “ Ingat Iman! Jangan bagi ada sikit pun calar atau kotor kereta akak tu. Paham!” amaran keras diberikan kepada Iman.


“ Okey  bos!  I  promise!” Iman mengangkat tangan bersumpah di hadapan kakaknya. 
Wajahnya terpamer riak kegembiraan apabila sudah dapat green light!  Yahoo!


Hmm..lambat lagi anak awak tu?” Encik Azri menyapa isterinya di meja makan.


“ Biasalah. Macam semalam juga. Entah apalah yang dia bersembang dengan Rina malam-malam. Tengok tu, sampai lambat nak ke kuliah  lagi  hari  ni,” Puan Aisyah  mengeluh  melihat  kerenah anak bongsunya  itu.


“ Dah lah tu, tak elok mengeluh depan rezeki ni. Tuangkan abang milo tu,”  pujuk Encik Azri  untuk  menenangkan  isterinya.


Puan Aisyah  menuangkan  air milo  ke  dalam cawan yang telah di susun.


“ Kenapa mama?” Darina tiba-tiba muncul dari arah belakang menyebabkan Puan Aisyah mengurut dadanya perlahan-lahan. Darina hanya tersengih.


“ Nasib baik mama ni sihat walafiat tau, kalau tak dah lama mama ni jalan dah,” Puan Aisyah menjeling anak sulungnya yang baru sahaja pulang 2 hari lepas ke rumah ibu bapanya kerana suaminya yang pergi menghadiri seminar di luar negara selama 5 hari.


“ Adik pinjam kereta Rina ke?” Encik Azri memandang ke arah Darina yang sedang meneguk minumannya. Darina hanya mengangguk.


“ Kenapa Rina benarkan? Ayah risaulah, adik tu bukannya bukannya cekap sangat memandu,” keluh Encik Azri.


“ Semalam adik tu asyik merengek aje macam budak kecik nak pinjam kereta, Rina bagilah, rimas+lemas  dah  telinga ini asyik dengar dia merengek aje. Lagipun kan dia dah ada lesen, takkan lah tak boleh drive lagi?”.


Encik Azri terdiam memandang anaknya. Puan Aisyah tidak pula menyampuk. Dia lebih senang mendengar.


“ Memanglah dia dah ada lesen, tapi ayah tetap risau. Hisy! Berani betullah budak ni memandu kereta sorang-sorang, dahlah tak ada orang yang awasi. Kalau jadi apa-apa macam mana?” bebel Encik Azri.


“ Abang ni, cuba jangan fikir yang bukan-bukan.,” pintas Puan Aisyah. Gerun dia mendengar suaminya berkata seperti itu.


" Apalah ayah ni. Minta simpanglah dijauhkan jadi macam tu. Insyaallah  adik  tu tak ada apa-apa,” Darina mencelah sekaligus memadamkan kerisauan yang bertamu di  fikiran ayahnya.






AIN sudah mula kelihatan resah. Matanya acapkali memandang ke arah pintu kuliah. Orang yang di tunggu-tunggu masih lagi tidak menampakkan diri.


“ Hisy! Mana minah ni? Dah lewat ni. Nanti tak pasal-pasal kena macam semalam”, Ain mula merungut.


Tidak lama kemudian, seorang gadis terkocoh-kocoh memasuki dewan kuliah yang sudahpun di penuhi oleh para pelajar.


Sorry, sorry aku lambat,” gadis tersebut terus duduk di kerusi bersebelahan dengan Ain.


“ Kau ni kan memang suka buat aku gabra tau. Dah dua hari kau lambat. Kenapa?” Ain terus menyoal  Iman.


Aku terlewat bangun tadi. Itupun  Kak  Rina  yang  kejutkan,”  jelas  Iman  sambil  tangannya  cepat  megeluarkan  buku  nota  dan  pen  sebelum  Prof  Maria  masuk.


Kau ni nasib baik Prof Maria tak masuk lagi. Kalau tak mesti mulut dia  bising. Kau takkan tak tahu Prof Maria tu, pantang sangat bila student masuk lambat,” Ain mula membebel.


Yalah, lain kali aku tak lambat lagi,” janji  Iman  apabila  Ain  sudah  mula  berleter  bagaikan  nenek  kebayan.  Bising  tau  tak!  Bingit!


Semua para pelajar bangun sebaik sahaja Prof Maria masuk ke dewan kuliah. Matanya melilau-lilau mencari wajah seseorang. Pandangan nya terhenti ke satu arah. Iman  menelan air liur.  Alamak!  Apesal  sejak  semalam  lagi  dia  asyik  attack  aku je?  Alahai..  tawakal  ajelah’,  rungut  Iman  dalam  hati.


“ Iman, kamu tak lambat lagi hari ni?” perli Prof Maria.


Kedengaran suara berbisik-bisik. Ada juga yang tersenyum.  Iman hanya menggelengkan kepalanya.  


Tak Prof”.


Okey, good. Saya nak ingatkan sekali lagi pada kamu semua. Saya tak suka kamu lambat masuk ke kelas saya. Terhegeh-hegeh macam nak pergi pasar. Saya amat pantang bila ada orang yang lambat atau tak on time. In

Suasana di dalam dewan hening dan sunyi sebaik sahaja Prof Maria bersuara. Ada yang menganggukkan kepala dan ada yang buat selamba sahaja. Tak takut betul!


Okey semua, kita sambung pelajaran kita hari ini”. Semua terus membuka buku tanpa ada suara. Semua mata tertancap pada skrin LCD sambil mendengar penerangan Prof Maria.

No comments: