ENGKU
ZAHRAN memandang pelik
ke arah isterinya
yang asyik tersenyum
sahaja sepanjang dia
pulang ke rumah.
Sehingga mereka sudah
berada di kamar
tidur ini pun
isterinya masih lagi
kelihatan ceria. Jarang
sungguh melihat sinar
ceria isterinya.
“
Boleh abang tahu
kenapa muka Ira
tu happy sangat sekarang
ni? Tak lekang
langsung senyuman tu?”
tanya Datuk Engku
Zahran, menyentap lamunan
isterinya. Sungguh dia
amat pelik dengan
sikap isterinya sejak-
akhir-akhir ini.
Datin Engku
Zahira tersenyum lagi
memandang suaminya yang
sedang menyandar pada
kepala katil. Lantas
dia mendekati suaminya
lalu bersimpuh di
atas katil, bersebelahan
suaminya.
“
Ira seronok sangat
bang! Ira rasa
harapan kita berdua
akan tercapai tak
lama lagi. Ada
beberapa langkah aje
lagi,” kias Datin
Engku Zahira. Senyuman
masih tidak lekang
dari bibirnya. Bayangan
wajah seorang gadis
polos itu bermain
di matanya. Sesungguhnya
dia amat terpikat
pada Damya. Berkenan
sungguh! Kalau boleh
sekarang juga nak
buat menantu!
“
Ira, abang ni
dah slow bab-bab kias
ni. Cuba Ira straight
to the point
aje. Taklah pening
kepala abang ni
nak buat analisa
maksud Ira tu,”
ujar Datuk Engku
Zahran.
“
Sebenarnya bang, Ira
dah jumpa seseorang
yang sesuai untuk
satu-satunya anak bujang
kita tu!” jelas
Datin Engku Zahira
ceria.
Datuk Engku
Zahran sedikit terkejut.
Bibirnya mengukir senyuman.
Ketawa kecil meletus
dari bibirnya.
“
Anak kawan awak
yang mana pulak
yang awak nak
jodohkan ni? Datin
Salmah? Puan Sri
Melati?” perli si
suami. Datin Engku
Zahira menarik muka
masam.
“
Abang ni nak
perli-perli Ira pulak.
Ira serius ni
bang! Kali ni
Ira yakin, pilihan
Ira adalah pilihan
yang betul-betul tepat.
Abang percayalah cakap
Ira,” bersungguh-sungguh Datin
Engku Zahira bercerita.
“
Siapa budak perempuan
tu?” tanya Datuk
Engku Zahran, sekadar
berbasi-basi. Layan ajelah.
Dah selalu sangat
dengar ayat yang
sama. Ira! Ira!
“
Nama dia, Damya.
Nur Damya. Baik
budak ni bang.
Dialah yang tolong
Ira dulu masa
Ira kena ragut.
Damya ni lain
sikit dengan calon-calon
Ira yang dulu.
Damya ni sebatang
kara, yatim piatu,
dah tak ada
sesiapa. Sekarang ni
dia tinggal dengan
kakak angkat dia
kat Bangsar. Dia
kerja dekat kedai
butik aje di
KLCC, tapi Damya
ni baik bang.
Sopan-santun, lemah-lembut, comel,
Ira memang dah
berkenan sangat dekat
Mya ni bang.
Sekarang ni pun
dia tengah sambung
belajar dekat universiti,
buat PJJ hujung
minggu. Waktu petang
lepas habis kerja
dekat butik tu,
dia kerja waitress dekat
Hilton Hotel. Saya
tengok budak ni
bekerja keras bang.
Bijak berdikari dan
pandai bawak diri.
Saya suka sangat
dengan Damya tu!”
cerita Datin Engku
Zahira panjang lebar.
Pujian-pujian itu sememangnya
lahir dari hatinya.
Saat pertama
kali dia bersua
muka, hatinya sudah
terpaut sayang pada
Nur Damya. Memang
sesuai benar untuk
dijodohkan dengan anak
lelaki tunggalnya. Dia
yakin kali ini
pilihannya adalah pilihan
yang sangat tepat.
“
Ira ni biar
betul? Dulu ayat
yang sama jugak
Ira describe calon-calon menantu
awak tu pada
abang, tapi semua
ciri-ciri yang awak
cakap tu tak
ada pun dekat
calon-calon tu semua!”
tempelak Datuk Engku
Zahran, mula membangkitkan
rasa tidak puas
hati pada si
isteri.
“
Abang! Abang tak
jumpa lagi dengan
Damya tu, bolehlah
abang cakap macam-macam.
Kalau dah jumpa
nanti, abang mesti
berkenan punyalah! Tapi
untuk buat menantu
je tau! Jangan
berangan nak pasang
lagi satu!”.
Datuk Engku
Zahran ketawa kuat
mendengar amaran isterinya.
Setakat ini belum
pernah dia terfikirkan
hal itu. Macam-macam
sungguhlah Ira ni!
“
Abang ni dah
tualah Ira oi!
Tak pernah pun
terfikir nak pasang
lagi satu. Tapi
kalau awak dah
sebut tu….” Gurauan
Datuk Engku Zahran
mendapat cubitan percuma
dari isterinya.
“
Amboi abang ni!
Jangan nak mengada
ya! Ira serius
ni nak jodohkan
Damya tu dengan
anak kita. Kali
ni Ira yakin
sangat yang Damya
tu adalah pilihan
yang terbaik untuk
anak bujang kita
tu. Abang macam
mana? Setuju tak?”
“
Suka hati awaklah
Ira oi! Abang
tak membantah. Kalau
budak Damya sesuai
dan elok di
mata awak, elok
jugalah bagi abang.
Abang faham naluri
seorang ibu ni
kadang-kadang betul. Tapi cuma abang nak
tanyalah jugak, nak
ke anak lelaki
kita tu setuju
dengan calon isteri
pilihan Ira ni?
Dia tu kan keras kepala,
macam Ira jugak!”
ujar Datuk Engku
Zahran dihujung ayat
masih memerli isterinya
yang sudah dinikahi
tiga puluh tahun.
“
Alah! Itu abang
jangan risau! Taulah macam
mana Ira nak
buat. Tapi Ira
kena minta tolong
abang sikit kalau
abang pun dah
setuju dengan cadangan
Ira ni,” Datin
Engku Zahira menoleh
ke arah suaminya
dengan senyuman penuh
maksud tersirat.
“
Apa dia?” soal
Datuk Engku Zahran,
sedikit tertanya-tanya akan
maksud pandangan isterinya
yang penuh seribu
makna.
NINI melambai-lambaikan tangannya
pada Damya sebaik
sahaja mereka keluar
dari Hilton Hotel
tepat jam dua
belas tengah malam.
Seperti biasa Damya
terus menuju ke
arah skuternya lalu
enjin di hidupkan.
Baru sahaja berada
di petak parking
perkarangan hotel, Damya
memberhentikan skuternya sebaik
sahaja melihat kelibat
sesusuk tubuh yang
tidak sedarkan diri
terbaring lemah di
atas jalan tar.
Dia mengerutkan dahi.
Skuter ditongkatkan.
Dia terus meluru
ke arah tubuh
yang sedang terlantar
tidak sedarkan diri
di atas tar jalan
bersebelahan kereta sport berwarna
merah cili. Danya
menepuk-nepuk perlahan pipi
lelaki itu sambil
cuba menekan-nekan bahagian
dada lelaki itu.
Dalam keadaan cemas
itu, Damya terkaku
seketika. Wajah itu
amat dikenalinya!
Eh! Ni
bukan ke mamat…..
“
Cik! Kenapa ni?”
tegur pengawal keselamatan.
Damya menoleh.
“
Pakcik tolong saya!
Saya jumpa lelaki
ni pengsan masa
saya nak balik
tadi. Saya rasa
dia kena pukul!”
terang Damya pantas.
Pengawal keselamatan itu
mengeluarkan telefon bimbitnya
lalu membuat panggilan.
Damya mengalihkan
pandangannya kepada lelaki
yang masih lagi
pengsan itu. Kepala
lelaki itu dipangku
sambil tangannya mengelap
kesan lelehan darah yang mengalir
dari bibir lelaki
itu dengan sapu
tangannya.
Engku Zikry
Haiqal! Saya harap
awak tak apa-apa…
“
ZIKRY!! Ya Allah! Syukurlah
kamu tak apa-apa!
Risau sungguh mama
ni!” Zikry Haiqal
senyum tawar sambil
memeluk erat mamanya.
“
Ma, it’s
okay! Zik cedera
sikit aje ni,”
ujar Zikry Haiqal
cuba menenangkan mamanya.
“
Sikit kamu kata?!
Dah bertampal dahi,
lebam sana-sini, sikit
kamu kata? Mama
dan papa macam
tak cukup tanah
berkejar ke hospital
tau tak!” bebel
Datin Engku Zahira
geram. Berkerut dahinya.
Datuk Engku Zahran
hanya menggeleng-gelengkan kepala
melihat isterinya yang
emosi terlebih.
“
Sudahlah tu Ira.
Zik kan tak
apa-apa. Nasib baik
tak parah. Bersyukurlah
tu! Jangan Ira
nak membebel kat
sini, nanti makin
teruk Zikry tu
nanti,” Datuk Engku
Zahran menenangkan isterinya
seraya bergurau.
Menjeling tajam
Datin Engku Zahira.
Zikry Haiqal ketawa
perlahan. Hailah mama
papa ni! Macam
budak-budak!
“
Err.. ma, pa.
Bila Zik boleh discharge ni?”
tanya Zikry Haiqal.
“
Yang kamu nak
cepat sangat balik
tu kenapa? Kamu
tu kan tak
sihat lagi. Duduk
ajelah dekat sini,” Zikry
Haiqal menarik muka
dengan jawapan mamanya.
Mama ni!
Aku tanya lain,
jawab lain.
“
Ira cuba bawak
bertenang. Takpe Zik,
nanti papa tanya
doktor. Zik rest ajelah
dulu ya?” pujuk
Datuk Engku Zahran
tenang.
‘MACAM mana
agaknya keadaan dia
ya? Dah boleh
keluar hospital ke
belum? Tak sempat
pulak aku nak
lawat dia. Hurmm’.
Keluh Damya sendirian
di meja bulat
yang terdapat pada
sudut butik itu.
“
Hoi Damya! Apa
yang dimengeluhkan tu?
Berangan ajelah kau
ni!” sergah Rozy
kuat. Damya mengurut
dadanya lalu menarik
muka masam. Kalau
panggil elok-elok tu
tak boleh ke?
“
Isy! Takde apalah
Rozy. Sibuk je
kau ni ya?”
“
Ada aku kisah!?
Eh ni aku
nak tanya! Kau ni
ada
apa-apa ke dengan
Datin Engku tu?
Rapat semacam aje
aku tengok. Mrs.
Vee yang rapat
dengan Datin Engku
tu pun tak
terlalu rapat macam
kau dengan Datin!”
soal Rozy sedikit
kecoh. Biasalah, dah
nama pun sotong
kan? Sukalah korek
cerita sana-sini!
“
Mana ada apa-apalah
Rozy! Mengarut aje
kau ni! Aku
ni kan perempuan,
Datin tu perempuan!
Mana boleh ada
hubungan! Itu songsang
namanya!”
“
Eh minah! Melampau
betul statement kau tu
ya? Kau ingat
aku ni nong-nong sangat
ke anggap kau
dengan Datin Engku
tu macam tu?
Gila apa!? Bendul
lah kau ni!
Maksud aku kau
tu ada apa-apa
something ke
dengan Datin yang
kau rahsiakan sangat dari
aku? Ada faham?”
tempelak Rozy dengan
lenggok gediknya yang
sotong itu.
Damya ketawa
dalam hati melihat
liuk lentok Rozy
sambil tangannya beraksi
meriah ke atas
bawah, kiri kanan!
“
Eei! Takde apelah
Rozy. Betul! Kau
ni suka sangat
syak bukan-bukan! Eh!
Aku pergi dululah
ya? Customer datang tu,”
dalih Damya melarikan
diri dari asakan
Rozy.
Rozy mencebik
geram. Kakinya dihentak
kuat ke lantai
yang bersinar-sinar itu.
Geram betul hatinya
apabila soalannya dibiarkan
begitu sahaja.
ZIKRY HAIQAL
termenung kosong di
sofa bilik sakit.
Sengaja dia merehat-rehatkan diri
di situ sambil
menunggu mamanya mengemas
pakaiannya untuk dimasukkan
ke dalam beg.
“
Zik! Termenung apa
tu? Ni mama dah
siap kemas dah
ni. Jomlah gerak.
Tadi tak sabar
nak balik sangat,”
suara mamanya mengejutkan
menungan kosong Zikry
Haiqal.
“
Mama”.
“
Hurm.. apa Zik?”
“
Mama dan papa
tau tak siapa
yang bawa Zik
ke sini?”
“
Entahlah! Mama pun
tak tau. Papa
entahlah. Kami pun
dapat tahu bila
pihak hospital call.
Kenapa Zik tanya?”
“
No, Zik cuma nak
tau aje siapa
so Zik boleh berterima kasih
dekat orang tu,”
jelas Zikry Haiqal.
“
Yalah Zik. Jomlah
keluar, papa mesti dah tunggu
kita tu,” ajak
Datin Engku Zahira.
Zikry Haiqal
melangkah penuh lemah
mengikuti mamanya dari
belakang. Tidak lama
kemudian, dia terserempak
dengan doktor yang
merawatnya merangkap rakan
sekolah lamanya dahulu.
Dia berhenti berbual
seketika sambil meminta
mamanya bergerak dan
menunggunya di lobi
sahaja.
“
Kau tau tak
siapa yang bawak
aku ke hospital
ni?” soal Zikry
Haiqal kepada Doktor
Adam. Sejak dari
mula dia sedar,
hanya itulah persoalan
yang sering beramain
di mindanya. Apa
yang diingati, sewaktu
kejadian itu dia
baru sahaja selesai
makan malam di
Hilton Hotel bersama
Irish Elenna untuk
menyambut hari lahir
gadis itu.
Irish Elenna?
Hah! Kenapa dia
tak datang melawat
aku kat sini?
Mustahillah dia tak
tau. Selalu pandai
aje terjah aku
dekat mana-mana, dah
macam minah ni
pasang spy kat mana-mana aje
aku pergi.
“
Emm… kalau tak
silap aku orang
yang bawak kau
tu perempuan. Nama
dia… nama dia..
emm… hah! Damya!
Tak silap akulah
sebab masa nak
isi borang, aku
nampak nama dia
ada dalam borang,”
jelas Doktor Adam
dengan dahi yang
berkerut-kerut. Biasalah kalau
nak ingat nama
orang ni yang
payah bebenor!
“
Oh! Kalau macam
tu, thanks lah
Adam. Aku gerak
dululah,” Zikry Haiqal
terus meminta diri
sambil fikirannya masih
ligat memikirkan nama
yang satu itu.
Damya? Siapa
tu?
TERSEDAK-SEDAK Damya.
Terasa perit kerongkong
tekaknya. Habis tertumpah
air yang diminumnya.
Nasib baik air
mineral aje! Semput
tekak aku!
“
Kau ni Mya,
kalau minum tu
cuba elok-elok sikit!
Tak senonoh langsung!”
bebel Rozy dari
jauh.
Rozy ni,
nampak aje! Isy!
Tadi sape pulak lah
yang sebut-sebut nama
aku? Dah macam
nak tercekik aje
aku tadi. Sakai
betullah!
“ Sorry Rozy!”
No comments:
Post a Comment