“ Kalau saya
tau tadi memang
awak nak tengok
cerita hantu tu,
mati-mati saya takkan
ikut awak! Dahlah
awak usik saya
sampai saya ingat
keliling panggung tu
ada hantu!” bebel
Dheiya sebaik sahaja
mereka keluar dari
panggung. Marah sungguh
gadis itu. Tambahan
pula Firdaus giat
lagi mengusik Dheiya.
Firdaus
tersenyum. Hatinya senang
walapun gadis itu
membebel padanya. Firdaus
memeluk bahu gadis
itu sambil perkataan
maaf tidak henti
keluar dari bibirnya.
“ I’m sorry okay!”
ucap Firdaus. Pelukan
di bahu Dheiya
dieratkan.
Klik!! Klik!
Tanpa mereka berdua
sedar, tingkah mereka
diperhati oleh seseorang
yang ligat menangkap
gambar kemesraan mereka.
Senyuman terukir dibibir.
Wajah Dheiya masih
cemberut masam. Alahai
Dheiya! Kenapalah kau
tiba-tiba jadi ngada-ngada
ni? Dulu bukan
main takut lagi
dengan Tuan Harimau
ni! Sekarang ni
dah jadi manja
terlebih pulak!
“ Okay, I
tau you still
marah kat I
kan? So, I
nak bawa you
pergi special place.
I’m sure lepas
ni you tak
marah lagi dah!
I promise you!”
kata Firdaus merenung
Dheiya dengan pandangan
yang sukar ditafsirkan.
Senyuman sentiasa terukir
dibibirnya.
Perlahan bibir Dheiya
tersenyum. ‘ Okay ni
senyum plastic sikit!
Kalau Tuan Harimau
ni berani usik
aku lagi, siaplah
dia! ‘
----------------------------
“ Awak! Saya
tak pandailah. Nanti
tak pasal aje
jatuh, buat malu
aje,” sanggah Dheiya.
Melihat beberapa orang
yang berada di
gelanggang itu membuatkan
dia sedikit kagum.
‘ Macam manalah diorang
ni main benda
tu? ‘
“ Dheiya my
dear, kalau tak
pandai kenalah belajar.
So, sekarang ni
I nak ajar
you macam mana
nak main ice
skate ni,” kata
Firdaus.
Dia menyuakan kasut
but khas hanya
untuk bermain ice
skating kepada Dheiya.
Dheiya berasa was-was.
Dia tidak yakin
sama ada dia
boleh bermain seperti
mereka yang berada
dalam gelanggang ice
atau tidak.
“ Come on
Dheiya! Kita nak
seronok-seronok ni!” ajak
Firdaus lagi. Walaupun
dengan hanya berpakaian pejabat
tetapi lelaki itu
bersungguh-sungguh mengajak gadis
itu bermain ice
skating bersamanya.
Kelakar tak? Lelaki
selalunya buat aktiviti
lasak tapi Firdaus
ni layan ice
skate?
Okay what? Sweet
tau!
“ Awak janji
jangan nak kenakan
saya lagi macam
tadi?” ujar Dheiya
seakan memberi amaran.
“ Promise!” kata
Firdaus sambil tangan
kanannya diangkat umpama
mengangkat sumpah.
Dheiya menyambut tangan
Firdaus yang sejak
dari tadi dihulurkan.
Mereka berpimpin tangan
bersama menuju ke
gelanggang ice skate.
Pengunjung tidak ramai
hanya kurang daripada
sepuluh seorang termasuklah
mereka berdua.
“ Awak saya
takutlah. Lantai ni
licin sangat, kang
tak pasal aje
ada nagka busuk
cium lantai ni.
Tak naklah!” gerutu
Dheiya. Tak penat
agaknya mulut tu
asyik membebel aje.
Firdaus tersenyum. Langsung
tidak membalas. Huk
tidak, hek pun
tidak!
“ Cik kak
oii! Mana ada orang
nak main ice
skating ni kena pakai lantai
tar!” perli Firdaus.
Dheiya terdiam. Sempat
lagi matanya dijeling
tajam.
Ewah! Bukan main
ya! Sekarang dah
pandai main jeling-jeling
mata! Nasib baik
Si Fir tu
suka!
Dheiya mengenggam erat
tangan Firdaus yang
memimpinnya. Mereka meluncur
perlahan-lahan walaupun ada
mata-mata yang memandang
mereka dengan senyuman
penuh makna. Firdaus
tersenyum memandang Dheiya
sekilas yang bersungguh-sungguh belajar
meluncur.
“ Easy.. smooth..
jangan laju sangat.
Just follow my
step. Jangan nervous.
Imbangkan badan you,”
tutur Firdaus lancar
mengajar Dheiya.
Tidak sampai sejam
Dheiya sudah mula
pandai meluncur. Tersenyum
lebar gadis itu
apabila sudah pandai
meluncur. Tak pernah
terlintas di mindanya
untuk belajar meluncur.
Perlahan-lahan
Firdaus melepaskan tangan
Dheiya agar gadis
itu cuba berdikari
dengan cuba meluncur
sendirian. Terpinga-pinga Dheiya
apabila tangannya terlepas
dari genggaman Firdaus.
Lelaki itu hanya
tersenyum.
“ Just try
it Dheiya. Do
on your own.
Easy.. smooth.. imbangkan
badan you. Don’t
panic. You can
do it,” Firdaus
memberi kata semangat
sambil dia mula menjauhi Dheiya.
Dia kaget. Tidak
sampai sepuluh saat,
Dheiya mula hilang
imbangan apabila kakinya
gagal mengawal badannya
di atas lantai
yang licin. Dia
hampir rebah namun
tangannya sempat dicapai
lalu tubuhnya dipaut
Firdaus. Akibatnya, kedua-dua
mereka hilang imbangan
lalu rebah bersama-sama
di lantai ice
skating yang sejuk
itu.
Bukkk!! Oh tidak!
Dheiya tergamam! Firdaus
kaget! Tubuh Dheiya
betul-betul landing chantek
di atas tubuh
Firdaus yang sasa
itu. Tangan Firdaus
erat memeluk pinggang
Dheiya semasa dia
hendak menyambut tubuh
Dheiya. Memang rapat
habis! Wajah mereka
berdua terlalu dekat.
Sekali gerak memang
censored scene gamaknya!
Mendengarkan suasana yang
sedikit hingar itu,
Dheiya mula tersedar.
Merah wajahnya menahan
malu. Pipinya sudah
kebas! Dia tahu
ada mata-mata yang
memandang mereka. Dheiya
cuba bangun dari
tubuh Firdaus lalu
duduk di tepi
dan diikuti lelaki
itu. Mereka bersama
terduduk di lantai
itu. Masing-masing kelu
lidah untuk berkata-kata.
‘ Sumpah malu!!! Dalam
banyak-banyak tempat, kenapa
kat sini jugak
kau nak landing?
Malunya orang tengok!! ‘
jerit Dheiya dalam
hati. Dia tertunduk.
Firdaus mengigit bibirnya.
Dia kehilangan kata
untuk bercakap. Malu
memang ada tapi perasaan bahagia
itu memenuhi ruang
hatinya. Dia seakan
jatuh cinta dengan
wajah Dheiya yang
comel itu apabila
gadis itu tertunduk
malu. Ya!
Jantung
masing-masing berdebar laju!
Perasaan aneh itu
menjalar lagi. Kali
ini cukup kuat.
Seakan memberi kata
putus tentang hati
mereka yang kian
bersatu. Sudahlah mereka
berada ditempat yang
sejuk, memang romantic!
“ Jom,” kata
Firdaus lalu tangannya
dihulurkan. Dheiya memandang
mata Firdaus yang
unik itu lalu
perlahan-lahan dia menyambut
huluran itu. Firdaus
memegang pinggang Dheiya
untuk membantu gadis
itu yang agak
sukar untuk berdiri
di atas lantai
yang licin.
“ Sorry sebab
lepaskan tangan you
tadi. I promise
I takkan lepaskan
tangan you lagi,”
bisik Firdaus lembut.
Dheiya menahan nafasnya
yang terasa ketat
di bahagian dada.
Tangan mereka erat
digenggam. Seakan tidak
akan dilepaskan.
Mata Dheiya yang
bundar itu menatap
terus ke anak
mata Firdaus yang
kelabu itu. Masing-masing
terdiam, seolah menelaah
perasaan sendiri. Mata
bagaikan menghantar isyarat
hati yang kian
bersatu, untuk berkingsi
rasa yang sama.
‘ Saya pun takkan
lepaskan tangan awak
Firdaus. Tak akan
selagi awak sendiri
yang lepaskan tangan
saya ‘.
‘ Dheiya…’
-----------
Dheiya mengelap rambutnya
yang basah dengan
tuala kecil. Tubuhnya
terasa terlalu penat
hari ini. Sebaik
sahaja sampai di
penthouse Dheiya terus
mengemas semua barang-barang
yang dibeli tadi,
dia tidak suka
bertangguh kerja. Tubuhnya
pula melekit! Mana
tidaknya, tadi Firdaus
mengajak dia membeli
barang-barang dapur, kemudian
mereka ke Sunway
Pyramid untuk menonton
wayang dan aktiviti
mereka yang terakhir
adalah bermain ice
skating!
Dheiya tersenyum sendirian.
Bermain ice skating
benar-benar memberikan dia
satu kenangan yang
terindah dalam hidupnya.
Buat pertama kali,
dia merasakan satu
perasaan yang cukup
kuat terhadap Firdaus.
Sukar hatinya untuk
melepaskan lelaki itu.
Dan dia juga
merasa Firdaus turut
berkongsi perasaan yang
serupa.
Mereka
berpimpinan tangan, meluncur
bersama dan tangan
mereka tergenggam erat
dan kemas. Mereka
jatuh di lantai
ice skating yang
sejuk itu menguatkan
lagi rasa yang
cukup-cukup aneh. Bagi
Dheiya inilah date
yang paling romantic
yang pernah dilalui
seumur hidupnya. Benar-benar
terasa mereka berdating!
Menonton wayang bersama
Firdaus menggamit kembali
memori lucu antara
mereka. Dia hanya
menahan geram dalam
hati kerana sikap
Firdaus yang gemar
mengusiknya. Semakin ditegah,
makin giat dia
mengusik! Terasa erat
pelukan Firdaus di
bahunya untuk meredakan
ketakutan Dheiya.
Mengingatkan
cerita hantu yang
ditonton tadi, Dheiya
menjadi kecut perut.
Spontan Dheiya merasa
seram sejuk. Meremang
bulu romanya yang
tegak berdiri.
‘ Aduh!
Janganlah macam ni!
Baru nak feeling-feeling dah
meremang ‘.
Dheiya
terkocoh-kocoh mengenakan pakaian
baju tidur labuh paras betis
bercorak kartun teddy
bear sebesar-besarnya pada
bahagian depan baju. ‘
Ingat aku ni
budak-budak hingusan agaknya
bagi baju teddy
bear macam ni?
Nasib baik comel!’
Ehh!! Perasan pulak
minah ni!
Baju tidur tersebut
tidak terlalu seksi hanya menutup
bahu dan leher.
Takpelah! Bila ingat
balik scene kat
ice skate tu,
rasa berdebar pulak!
Isyy!!
Dheiya terus keluar
dari biliknya sebaik
sahaja dia terdengar
bunyi televisyen di
ruang tamu. Kelihatan
Firdaus bersandar santai
di sofa. Dheiya
berjalan perlahan lalu
melabuhkan punggungnya di
sofa yang bersebelahan
dengan sofa yang
diduduki Firdaus.
“ Tak tidur
lagi?” tegur Firdaus.
Tidak selesa pulak
senyap sunyi aje.
Mata Firdaus menjeling meliar
nakal menjeling baju
tidur yang dipakai
Dheiya. Nak kata
seksi, tak lah
sangat. Tapi apesal
aku rasa macam
nak terkam aje
dia ekk?? Isy!
Apa kau melalut
ni Fir??
“ Tak ngantuk
lagi,” balas Dheiya
sambil kepalanya digelengkan.
‘ Penipu!
Padahal mata tu
memang dah tak
boleh nak angkat
dah! Tapi sebab takut
punya pasal, sanggup
bersengkang mata ‘. Dheiya!
Dheiya!
“ Yeke? Tapi
mata tu I
tengok macam dah
tak boleh nak
bukak dah! Ke
you takut sebenarnya?”
usik Firdaus lagi.
Lelaki itu ketawa
kecil.
Dheiya menarik muka.
‘ Kalau dah tau
tanya lagi! Ni
sebab awak punya
pasallah! Sampai tak
boleh tidur saya! ‘
“ Mana ada!
Saya memang tak
ngantuklah!” sanggah Dheiya
yakin. Dia cuba
beriak selamba. Padahal
hati memang penakut!
Firdaus sneyum mengejek.
Spontan lelaki itu
terus bangun dari
duduknya. Dheiya terpinga-pinga. ‘Aikk?
Dia nak pergi
mana pulak ni? ‘
Dheiya mula cemas.
Dia melihat langsir
putih yang terdapat
pada sliding door
itu berayun ditiup
angina menerbitkan rasa
gelisah dan resah
dibenaknya. Dheiya menelan
liur. Matanya tertancap
pada sliding door
tersebut kalau-kalau ada
bayangan yang tidak
diundang berada disitu.
Isy! Kau ni
Dheiya! Over sangat
berimaginasi kau tu!
Kalau takut tak
payahlah pikir benda
tu! Kang tersembul
kat depan mata
ICU pulak kau
nanti!
Firdaus terus melangkah
menuju ke dapur.
Memandangkan kedudukan dapur
dan ruang tamu
sedikit jauh, perlahan-lahan Dheiya
bangkit mengikuti langkah
Firdaus yang mula
menjauh tanpa disedari
lelaki itu.
Dheiya menunggu penuh
sabar Firdaus di
balik dinding. ‘ Buat
apalah dia duduk
kat dapur tu
lama-lama? ‘ dasar penakut
sungguh budak Dheiya
ni! Sejujurnya dia
mengaku yang dia
memang terlalu gerun
saat ini. Bayangan
wajah hantu semasa
menonton wayang seram
petang tadi mula
terlayar diminda!
Argghh!!
“ Eh! Dheiya,
you buat apa
kat sini?” sergahan
Firdaus secara tiba-tiba
itu membuatkan Dheiya
berubah riak. Firdaus
memandang sahaja wajah
Dheiya yang seolah-olah
terkejut itu. Perlahan-lahan senyuman
melebar dibibirnya.
“ Oh!! You
takut ya? Tu
yang ikut I
sampai ke dapur
ni?” giat Firdaus.
Dia tersenyum nakal.
Dheiya
tergagap-gagap. Sukar dia
hendak menyanggah kata-kata
lelaki itu kerana
jawapan sudah terpampang
terlukis di raut
wajahnya.
“ A…aar…aa…rr… saya…..”
“ Macam-macamlah you
ni Dheiya,” kata
Firdaus seraya berlalu
dari situ sambil
membawa segelas air.
Dheiya terkedu. Dia
mengikuti langkah Firdaus
menuju ke ruang
tamu semula.
“ Ke..kenapa awak
tak cakap nak
air? Kalau tak
saya buatkan,” soal
Dheiya. Gadis itu
melabuhkan punggungnya di
sofa tempat dia
dudk sebentar tadi.
“ Kalau I
suruh you belum
tentu you nak
buat. Tengok muka
pun dah tau!
Penakutlah you ni!”
kata Firdaus separuh
mengejek. Gadis itu
terdiam.
Secara tiba-tiba langsir
yang sedari tadi
membuai lembut dek
angin malam menjadi
ganas. Kilat mula
memancar laju memberi
amaran bahawa awan
akan melimpahkan laharnya
yang berat. Angin
menghembuskan nafasnya yang
ganas. Firdaus segera
bangkit lalu menutup
sliding door tersebut
berikutan hari hendak
hujan. Kilat mula
menggila menerbitkan rasa
cuak di hati
Dheiya.
Alahai, ni yang
lemah ni. Dahlah
penakut hantu, fobia
pulak dengan kilat
dan hujan. Nasib,
nasib.
Bummm!!!
Guruh yang mengaum
bagaikan halilintar yang
memecahkan bumi. Dheiya sudah
menjerit terkejut lalu
terus menghempaskan tubuhnya
di sofa rapat
di sisi Firdaus.
Lelaki itu terpinga-pinga. Keningnya
dijongket.
‘ Hailah bini aku
ni, penakut segala
serba-serbi ‘.
Dheiya mengetap bibirnya
kejap. Sememangnya dia
amat fobia dengan
guruh dan kilat
kerana tragedi kematian
arwah ayahnya yang
mati disambar petir dihadapannya. Setiap
kali hujan ribut dia pasti
akan menyorok di
bawah lengan ibunya
dan ibu pasti
akan memeluknya.
Ibu!! Rintih Dheiya
dalam hati.
“ Awak! Tolonglah!
Saya memang takut
sangat ni! Jangan
tinggalkan saya kat
sini! Please!” rayu
Dhieya. Dia hampir
menangis!
Firdaus
terkejut. Tidak sangka
Dheiya tampak terlalu
ketakutan. Perasaan kasihan
meluap-luap dalam hatinya.
Dia memeluk erat
tubuh Dheiya sambil
dibalas oleh gadis.
Jelas terasa Dheiya
menggigil ketakutan dan
juga tangisan kecil
gadis itu.
“ Syhh..!! I’m
here okay. Cool
down. Don’t cry”.
Lama mereka berkeadaan
begitu sehinggalah Firdaus
merasakan bahawa tubuh
Dheiya sudah melekap
pada tubuhnya. Dia
mengintai wajah Dheiya
perlahan-lahan. Alangkah comelnya
apabila melihat Dheiya
yang begitu terlentok
lena. Erat mendakap
tubuhnya dan menyembamkan
pipi comel itu
di dadanya.
Firdaus
terpanar. Hatinya kini
berdebar kencang. Namun
dia bahagia. Dia
mengeratkan lagi pelukannya
pada bahu Dheiya
akhirnya entah berapa
lama, Firdaus pun
terlelap di sofa
tersebut. Lena sambil
erat mendakap tubuh
sang isteri.