~Dgyta-Kerna Ku sayang
kamu~
Seandainya, kau ada
disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang
selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah,
berpaling darimu
Walau kini, kau jauh
dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu
Hati ini, selalu
memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah
untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg
lain
Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang
kurasa
Sanggupkah kuterus
terlena
Tanpamu disisiku, ku
kan slalu menantimu
Seandainya, kau ada
disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang
selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah,
berpaling darimu
Walau kini, kau jauh
dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu
Petikan gitar yang
dipetik mengikut tempo
dan diiringi dengan
suara garau itu
sedikit pun tidak
menyedari akan dua
manusia yang sedang
tekun mendengar nyanyiannya.
Firdaus tenggelam dalam
alunan lagu nyanyiannya
di tepi kolam.
Mencetuskan rasa yang
sukar ditafsir.
Entah mengapa malam
ini dia merasakan
sesuatu perasaan yang
sangat sunyi. Sepi
dalam hati. Ada
rasa kehilangan. Adakah
ini bermakna dia
rindukan Dheiya setelah
hampir empat hari
dia pulang ke
tanah air.
Sukar untuk dinafikan.
Jauh di sudut
hati, Firdaus teramat
rindukan Dheiya. Rindukan
wajah comel itu
yang pasti akan
merah padam dengan
usikannya. Pipi yang
putih mulus bagaikan
dipanggang atas bara,
merah yang teramat
hingga membuatkan dia
gila bayang.
Adakah ini bermaksud
bahawa dia perlu
melupakan apa yang
telah dia lihat
dulu? Melupakan semua
yang telah berlaku
antara dia dan Dheiya?
Mungkin benar dia
tersalah faham. Apa
yang dia lihat
itu hanyalah sebahagian,
dan mungkin juga
lelaki itu hanya
hendak membantu Dheiya
seperti yang pernah
ditelah oleh Zaff.
Mengingatkan Zaff, kawan
baiknya itu agak
dingin dengannya sejak
dia pulang ke
tanah air. Bila
ditanya mengapa, hanya
ini yang dijawab.
“ Kau tanya
diri kau sendiri.
Selagi kau tak
berbaik dengan Dheiya,
selagi kau tak
selesaikan masalah kau
dengan Dheiya, kau
jangan nak cakap
dengan aku!”
Agak melampau statement
tu, tapi itulah
Zaff. Bukanlah sampai
tidak bercakap langsung,
tapi hanya dasar
kerja sahaja. Wah!
Nampak betul punya
bengang Zaff pada
dia. Ya Firdaus
mengaku, dia langsung
tidak bersikap matang.
Membiarkan Dheiya ternanti-nanti akan
status dan penyelesaian masalah
mereka. Sudahlah pemergian
dia ke London
pun langsung tidak
dikhabarkan pada Dheiya.
Terlalu ikutkan sangat
rasa sakit hati.
Firdaus mengeleuh dalam
hati. Sejujurnya, dia
pun sudah penat
dengan semua ini.
Benar kata daddynya,
dia perlu bersemuka
dengan Dheiya dan
mendengar penjelasan isterinya
terlebih dahulu sebelum
membuat apa-apa keputusan.
“ Kalau rindu,
pergilah jumpa Kak
Dheiya. Aria tengok
sejak along balik
sini, along langsung
tak balik rumah
along dah,” ujar
Aria seraya duduk
disebelahnya.
Fahmi menganggukkan kepalanya,
tanda setuju dengan
kata-kata adiknya. Firdaus
memandang adik kembarnya
sekilas seraya bangun
dari pembaringan di
atas kerusi rehat
ini. Gitar diserahkan
semula pada Fahmi.
“ Halau along
ke apa ni?”
“ Taklah. Nak
bagi nasihat aje!”
“ Tak payah
kisahlah pasal along.
Just mind your
own business okay?”
jawab Firdaus kerek.
Aria menjeling tajam.
“ Kerek! Orang
bagi nasihat supaya
jangan ego sangat
hati tu!” perli
Aria lagi. Mata
Firdaus mencerlung tajam
memandang adik perempuannya.
Amboi!! Mulut!!
Fahmi datang melenggang
menuju ke arah
mereka berdua sebelum
sempat Firdaus membalas
mortar mulut kepada
Aria. Ada orang
kisah? balas Aria
menggunakan isyarat matanya.
“ Mana along
jumpa gitar ni?
Dah lama Fahmi
cari tau! Entah
ke mana hilangnya
Mr. Simue ni,”
celah Fahmi memandang
Firdaus. Aria menjulingkan
matanya tanda menyampah
sangat dengan nama
manja yang Fahmi
berikan pada gitar
kapoknya. Mr. Simue
konon! Poyo!
“ Lah! Kau sendiri yang
simpan takkan kau
tak tau? Along
jumpa kat bawah
katil kau! Entah
kau bela apalah
kat bawah katil
tu sampai dah
boleh wujud tamadun
bakteria tau! Bersemak!”
bebel Firdaus menjawab
soalan Fahmi.
Pemuda itu tersengih
kerang busuk. Ok
my bad!
“ Hehe.. jangan
bagitau mummy eh?
Diam aje!”
“ Otak lu!
Kau nak ternak
berapa tamadun bakteria
lagi kat situ?”
tempelak Firdaus lagi.
“ Eh apa
salahnya? Kan bakteria
tu pun ciptaan
Allah jugak yang
halus lagi seni!”
jawab Fahmi selamba.
Firdaus menahan tawa
dengan jawapan bengong
adiknya.
Bingai sungguhlah kembar
aku ni!! Kenapalah
aku pernah kongsi
uri yang sama
dengan kau?! Kutuk
Aria dalam hati.
“ Tengkorak mu!!
Fahmi nak mummy
bising setahun ke
apa?? Eei! Pengotor
tau tak Fahmi
ni! Macam manalah
kita ni boleh
jadi kembar hah?
Ya Allah! Kesiannya
aku ni!” rintih
Aria pula dengan
ayat yang boleh tahan
biulnya.
Firdaus tidak dapat
menahan lagi lalu
dihamburkan tawanya kuat.
Aduii!! Hilang terus
scene romantic +
jiwang dia tadi!
Semuanya kerana perbalahan
kata adik kembarnya
yang kadang-kadang memang
ngok-ngek sikit! Nong-nong
lah adik-adik aku
ni!
“ Heiii!! Korang
ni! Rosak mood
jiwang along tau
tak! Merapu merepek
meraban aje! Dahlah,
along nak naik
atas. Kalau melayan
lagi korang makin
bingai otak along
dibuatnya!!” kutuk Firdaus seraya
melangkah menuju masuk
ke dalam rumah.
“ Alaa… along!
Tunggulah! Tak puas
borak lagi ni!!
Mehlah kita lepaking!!”
teriak Aria mengejar
Firdaus dan diikuti
Fahmi yang terkial-kial
berlari memegang gitarnya
sambil mengejar dari
belakang.
“ Wei! Tunggulah!
Janganlah tinggalkan Fahmi
sensorang!!”
Tan Sri Sy.
Fahim dan Puan
Sri Sy. Faridah
ketawa dari balkoni
tingkat atas bilik
mereka. tak tahan
betullah dengan keletah
anak-anak mereka yang
mencuit hati. Macam
tulah bila mereka
berjumpa. Tak pernah
senyap mulut tiga
beradik tu, sentiasa
riuh. Sentiasa rapat
walau di mana
sekalipun.
“ Heii! Macam-macam
hal lah anak-anak
kita tu bang!
Yang sorang tu boleh tahan
jugak biulnya dengan
kepala si kembar
yang kadang-kadang tak
berapa nak center
tu!” masih bersisa
tawa Puan Sri
Sy. Faridah.
“ Itulah! Pening
jugak kepala abang
ni dengan budak
bertiga tu. Riuh
sekampung suara diorang
boleh dengar!”
“ Nak buat
macam mana? Diorang
tu memang dah
rapat dari dulu.
Fir tu selalu
sangat manjakan adik-adik
dia. Senang hati
saya tengok diorang
bang. Tak sangka
anak-anak kita dah
besar rupanya ya?” ujar Puan
Sri Sy. Faridah
menyertai suaminya berbaring
di atas katil.
“ Baru awak
nak sedar ke
Ida ooi?”
Puan Sri Sy.
Faridah ketawa kecil
seraya memadamkan lampu
tidur di meja
sebelahnya.
###
“
Boleh kita cakap
sekejap?”
Firdaus menoleh
ke belakang untuk
melihat siapa gerangan
yang mengajaknya berbicara
tanpa memberi salam
langsung. Terus darahnya
cepat mendidih. Bengang!
“
Kau lagi?! Apa
kau nak? Nak
tayang drama apa
lagi kali ni!?
Dahlah tak bagi
salam langsung!” jawab
Firdaus kasar dan
sinis.
Melihat pemuda
yang bernama Zaid
kini dihadapannya, rasa
mahu sahaja dia
melayangkan penumbuknya di
muka lelaki itu.
Baru puas hati!
“
Bro! aku datang
sini bukan nak
cari gaduh okay?
Aku datang sini
nak clearkan keadaan!”
“
Nak clearkan apa
lagi?! Nak tunjuk
apa lagi depan
aku lepas ni
pulak? Nak cium
depan aku?!” bentak
Firdaus marah. Briefcasenya
terus sahaja di
campak ke tempat
duduk sebelah pemandu.
“
Aku tahu malam
tu kau nampak!
Tapi percayalah! Kami
tak buat apa
yang kau fikirkan
Firdaus! Aku cuma
nak tolong Dheiya
aje!”
“
Tolong apa?! Tolong
pelukkan Dheiya?!” tengking
Firdaus kuat. Mujurlah
kawasan tempat letak
kereta ini tidak
ada orang lalu-lalang.
Mungkin juga waktu
kerja masih belum
habis, jadi tiada
siapa yang mendengar
pertengakaran antara dia
dan Zaid.
“
Itu tak disengajakan!
Aku tolong Dheiya
sebab dia terjatuh!
Itupun berpunca daripada
aku! Aku yang
kejar dia sampai
Dheiya takut sangat!!”
Mendengar penjelasan
Zaid membuatkan darah
Firdaus menggelegak naik.
Bila-bila masa sahaja
lahar api kemarahannya
akan meletup. Pantas
sahaja Firdaus mencekak
kolar leher kemeja
Zaid sehingga lelaki
itu sedikit terjingkit.
Pipi Zaid
ditumbuk kuat. Lelaki
itu tersembam ke
tanah namun. Wajah
dan pipi terasa
sengal. Boleh tahan
sakit jugak penumbuk
Firdaus ni. Firdaus
menarik kasar kolar
belakang baju Zaid.
Matanya mencerlung tajam
memandang Zaid.
“
Hei! Kau dah
buat apa dengan
bini aku hah?!
Kau buat apa
dekat Dheiya?!” tengking
Firdaus lagi. Matanya
berapi menahan rasa
marah membuku. Takut
apa yang difikirkannya
adalah jawapan yang
akan terbit dari
mulut Zaid.
“
Tak! Tak! Aku
tak buat apa-apa!
Aku cuma nak
Dheiya dengar penjelasan
aku. Itu aje!
Tapi Dheiya lari!
Aku.. aku ke..
kejar Dheiya… sam…
sampaikan Dheiya takut..
dan ter.. terjatuh,”
jawab Zaid sedikit
gagap dengan reaksi
spontan Firdaus. Tidak
menyangka rupa-rupanya jutawan
muda ini seorang
yang panas baran.
“
Kenapa?!”
“
Sebab aku cintakan
Dheiya! Aku sayangkan
Dheiya! Tapi Dheiya
tak terima sebab
dia cintakan kau
sorang aje Firdaus!
Dheiya cakap dia
hanya cintakan suami
dia aje!”
Firdaus melepaskan
Zaid kasar hingga
lelaki itu tertolak
ke belakang. Wajahnya
mula berubah kendur.
Tidak lagi setegang
tadi. Zaid menyambung
lagi.
“
Selama aku kenal
Dheiya hampir berbelas-belas tahun
dulu, aku tak
pernah tengok begitu
dalam perasaan Dheiya
pada seorang lelaki.
Aku boleh nampak
dalam matanya macam
mana sayangnya Dheiya
pada kau sampaikan
Dheiya terlalu marah
kalau aku sentuh
tangan dia. Dheiya
cakap hanya suami
dia aja yang
berhak sentuh dia.
Aku susah nak
terima bila Dheiya
tolak aku sebab
dah bertahun-tahun aku
tetap setia tunggu
Dheiya tapi aku
tak sampai hati
nak rosakkan kebahagiaan
orang yang aku
sayang. Aku dapat
rasa mesti kau
dengan Dheiya bergaduh
pasal hal ni.
Aku rasa bersalah
sangat Firdaus. Tu
sebab aku datang
sini nak jelaskan
semua.”
“
Kenapa kau bagitau
aku semua ni?”
soal Firdaus dengan
nada yang sedikit
tegang.
“
Aku rasa bersalah
dengan apa yang
jadi. Tindakan aku
ni mungkin dah
buat korang berdua
berselisih faham. Aku
nampak cara kau
layan Dheiya masa
kau nak balik
dari PD malam
tu. Aku minta
maaf. Aku yang
salah sebab terlalu
ikutkan hati walaupun
aku tahu Dheiya
isteri orang, cuma
aku tak sangka
kaulah orangnya. Percayalah
cakap aku Firdaus,
Dheiya memang sayangkan
kau. Setulus hati
Dheiya, aku tahu
Dheiya tak pernah
bohong tentang perasaan
dia. Dan.. aku
minta maaf sekali
lagi,” jawab Zaid
panjang lebar.
“
Dheiya ke yang
cakap pasal masalah
kami?” soal Firdaus
setelah lama mendiamkan
diri. Dia bediri
membelakangkan Zaid.
Waktu ini
dia diselubungi rasa
bersalah yang amat
sangat. Rasa berdosa
yang terlalu banyak.
Khilafnya kerana telah
membuat Dheiya banyak
kali terluka. Apa
yang telah dilakukan
pada Dheiya dengan
perbuatannya menyebabkan gadis
itu selalu sahaja
berendam air mata.
Semuanya sebab dia!
Lenyap terus
segala amarah pada
Dheiya. Hilang dibuang
rasa kecewa yang
bertamu dalam dadanya.
Hilang pergi jauh
darinya.
“
Tak. Naluri aku
sebagai kawan yang
cakap macam tu. Mungkin aku
dengan Dheiya hanya
ditakdirkan untuk berkawan
aja. Tak boleh
lebih dari itu.
Sebabnya, Dheiya dah
serahkan seluruh hati
dia pada kau
Firdaus,” jawab Zaid.
Dia terunduk memandang
ke lantai tar.
Rasa bersalah yang
menggunung pada Dheiya
kerana menyebabkan keretakan
masjid yang dibina.
“
Aku rasa aku
dah tak ada
apa lagi yang
nak dicakapkan. Aku
nak minta maaf
pada kau dan
Dheiya sebab semua
ni berpunca daripada
aku. Kalau aku
boleh kawal emosi
dan perasaan aku,
pasti semua ni
takkan jadi. Kau
dengan Dheiya mesti
akan bahagia. Aku
minta maaf sekali
lagi. dan aku
rasa ini kali
terakhir kita jumpa
sebab aku tak
akan ada di
sini lagi,” ucap
Zaid perlahan.
Menghadiahkan sedikit
senyuman pada Firdaus
yang berpaling memandangnya.
“
Kau nak ke
mana?”
“
Ke Abu Dhabi.
Kena transfer dan
mungkin aku akan
menetap sana terus.
Aku minta diri
dulu. Kirim salam
pada Dheiya dan
aku betul-betul minta
maaf pada dia,”
balas Zaid seraya
menghulurkan tangan, berjabat
tangan.
Firdaus membalas
jabat tangan dari
Zaid. Erat sekali.
Seakan jelas dan
selesai sudah semuanya.
Hanya senyuman jadi
jawapan.
###
Sebaik sahaja
Nissan Skyline GTR
diparkir, Firdaus terus
bergegas menuju ke
ruang lobi lif
butang lif ditekan.
Seakan lif bergerak
terlalu perlahan sekali.
Firdaus mula gelisah
bercampur kerisauan. Dheiya sakitkah?
Adakah gadis kesayangannya
itu tidak apa-apa?
Semakin bertambah
cemas membuku di
dalam dada Firdaus.
Semua ini salahnya.
Kalaulah dia tidak
menurut kata hati,
pasti semua kekusutan
ini tak akan
berlaku. Dan Dheiya
pasti tidak akan
terluka. Semua ini
salahnya kerana bertindak
terburu-buru dalam membuat
keputusan! Terlalu mengikut
kata hati yang
telah dihasut syaitan
yang sentiasa menginginkan
perpercahan dalam sesuatu
hubungan. Semua ini salah dia!
Ya Allah!
Kau lindungilah isteriku!
Dheiya!
Dheiya melangkah
perlahan menuju ke
ruang dapur. Tubuhnya
teramat lemah. Terasa
kesakitan mencucuk di
segenap badannya. Wajahnya
yang pucat diserang
virus demam sejak
mendapat panggilan dari
Emilina tempoh hari
semakin menyulitkan keadaanya.
Dheiya memegang
bawah perutnya. Rasa
pedih dan sakit
semakin bertambah di
situ. Malah bahagian
ari-arinya terasa terlalu
ngilu. Seakan mencucuk-cucuk di
kawasan keperempuanannya. Sudahlah
rasa pening dan
loyanya masih berpanjangan
menyebabkan Dheiya bagaikan
mayat hidup. Tubuhnya
susut terlalu mendadak.
Manakan tidak, setiap
kali makanan masuk
ke rongga mulutnya,
pasti di situ
juga Dheiya akan
memuntahkan semuanya.
Kesakitan yang
dialaminya tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata.
Sudahlah ditambah pula
dengan masalahnya dengan
Firdaus yang masih
tergantung tidak bertali.
Semua itu menyebabkan
Dheiya makan hati.
Malah terasa seolah-olah
dikunyah rakus!
Dheiya mengerang
kesekitan. Tubuhnya terus terduduk lemah
di atas lantai
dapur yang bersih
itu. Rasa ngilu
semakin kuat dirasakan.
Rasa sengal seluruh
pinggang dan sendi-sendinya. Dheiya
duduk bersimpuh seraya
jarinya mengesat perlahan
air matanya yang
mula menitis. Sedaya
upaya dicuba menahan
kesakitan yang bagaikan
tidak terperi itu.
Ya Allah!
Kenapa dengan aku
ni? Kenapa aku
sakit sangat ni?
Apa yang dah
jadi pada aku?
Rintih Dheiya dalam
hati.
Bibirnya terkumat-kamit mengucap
dan berselawat. Berharap
agar rasa sakit
yang dirasai itu
makin
berkurangan namun
telahannya meleset sama
sekali. Semakin lama
semakin bertambah kesakitan
itu sehinggakan Dheiya
merebahkan separuh badannya
ke lantai.
Ketukan di pintu serta
kedengaran loceng berbunyi
yang berselang-seli menjadikan
Dheiya semakin tidak
keruan. Dia langsung
seratus-peratus tiada daya
untuk mengesot apatah
lagi untuk bangun
berjalan. Terasa tubuhnya
bagaikan lumpuh seketika.
Rasa pening
dan pitam mula
menyerang. Dheiya mula
menangis teresak-esak sendirian.
Saat ini dia
langsung tidak mampu
berbuat apa-apa. Dan
saat ini juga
Dheiya amat-amat memerlukan
Firdaus di sisi.
Ingin menyembamkan wajahnya
pada dada Firdaus
seperti yang selalu
dia lakukan dulu.
Ingin meluahkan semua
rasa yang terbuku
di hati. Hanya
lelaki itu yang
mampu menenangkannya dikala
waktu genting begini.
Hanya Firdaus! Hanya
Firdaus!
Ya Allah!
Mana suamiku?
Awak! Tolong!
###
Hati Firdaus
mendongkol geram pada
masa yang sama
dia mula cemas.
Dheiya langsung tidak
menyahut panggilannya. Selalunya
Dheiya tidak begini.
Mesti ada sesuatu
yang telah terjadi. Hampir seminit
berlalu, Firdaus terus
mengeluarkan kad aksesnya
lalu dicucukkan pada
pintu.
Pintu utama
itu dikuak kasar.
Firdaus terus melulu
masuk ke dalam
rumah. Kedengaran suara
tangisan diiringi esakan
halus menambahkan debaran
di dada Firdaus.
Laju kakinya dihala
ke arah dapur
sederhana luas itu.
Matanya terbuntang
luas melihat Dheiya
yang tertiarap lemah
di lantai dapur.
Terus diterpa tubuh
molek itu pantas
tangannya menarik tubuh
Dheiya yang kurus itu.
“ Ya
Allah! Dheiya! Kenapa
ni? Sayang!” panggil
Firdaus cemas. Wajahnya
kalau ditoreh pun
pasti tidak berdarah.
“ Sakit!”
hanya itu yang
mampu diucapkan Dheiya.
Bila awan
sudah penuh berarak
mendung, muncul satu
cahaya halus di
tengah-tengah kegelapan. Begitulah
dapat diumpamakan perasaan
Dheiya kala ini.
Gembira hatinya melihat
Firdaus benar-benar berada
di hadapannya, memangku
dan memeluk tubuhnya
saat ini.
Wajah Dheiya
yang pucat itu
dikucup berkali-kali seraya
bibirnya tidak berhenti
memanggil Dheiya yang
menangis. Mata Firdaus
mula berair. Sungguh
dia terasa terlalu
bersalah! Teramat bersalah
sehingga membiarkan Dheiya
jatuh sakit begini.
Sebak hatinya melihat
keadaan Dheiya yang
tidak bermaya. Hancur
luluh hatinya.
Dheiya menangis
teresak-esak lagi. Tangannya
terketar-ketar sedaya-upaya di
gagahkan cuba menarik
skirt labuhnya. Dheiya
mula merasakan ada
sesuatu cecair panas
yang galak mengalir
disebalik skirt labuhnya
itu.
“ Sakit!”
“ Sakit
kat mana sayang?”
Firdaus pantas
menyingkap tinggi skirt
labuh Dheiya sehingga
ke atas. Matanya
sekali lagi terbelalak
luas melihat cecair
darah merah pekat
dicelah kelangkang yang
mengalir laju menuruni
paha dan betis
Dheiya.
“ Ya
Allah! Darah?!” ucap
Firdaus terkejut. Tanpa
berfikir panjang, terus
sahaja dia mencempung
tubuh Dheiya keluar
dari penthouse itu.
Saat ini
hanya keselamatan Dheiya
yang diutamakan. Hospital
adalah tempat yang
akan dituju. Firdaus
seakan sudah lupa
akan semua kehidupan
rahsianya selama enam
bulan ini dimana
tiada sesiapa pun
yang tahu kewujudan
Dheiya selain dari
Tan Sri Syed
Fahim, Zaff dan
adik kembarnya.
Keadaan Dheiya
membuatkan Firdaus menjadi kelam-kabut
tanpa langsung memikirkan
kesan dan impak
yang pasti dia
sendiri akan tahu
sebaik sahaja rahsianya
akan terbongkar selepas
ini.
Dheiya lebih
penting! Aku tak
peduli! Apa nak
jadi, jadilah!
“ Sabar
ya sayang! Kita
pergi hospital! Insya- Allah!
Sayang akan okey!”
ujar Firdaus sedikit
sebak berbaur cemas.
Tangannya mengenggam kemas
erat tangan Dheiya
dan mengucupnya bertalu-talu.
Ya Allah!
Kau selamatkan lah
isteri aku! Aku
sayangkan dia ya
Allah! Demi atas
nama-Mu Ya Rabbi,
aku terlalu menyayangi
Dheiya!