Tekun Firdaus menulis
sesuatu di atas
kertas. Tiba-tiba intercom
di sebelah kiri
mejanya berkelip-kelip. Pantas
tangannya menekan butang.
“ Yes Akma?”
“ Tuan Firdaus,
Puan Sri on
the line now,”
balas Akma.
“ Okay pass
me the line,”
jawab Firdaus. Terdetik
sejenak dihatinya. ‘ Mummy
nak apa? ‘
Pantas ganggang diangkat.
Suara mummynya jelas
memeberi salam dihujung
talian.
“ Wasalam mummy,
ada apa call
Fir ni?”
“ Aik? Nak
call anak sendiri
pun kena buat
appointment dulu ke?
Sibuk sangat anak
mummy ni,” sindir
Puan Sri Sy.
Faridah.
“ Takdelah macam
tu mummy. Memang
Fir sibuk pun
sekarang ni. Sorry
la kalau buat
mummy terasa dengan
kata Fir tadi,”
suara Firdaus kendur.
Malas hendak melayan
kerenah mummynya yang
suka mendesak.
Tahu sangat jikalau
mummynya menelefon sehingga
ke pejabat mesti
ada hal yang
penting walaupun tidak
penting bagi Firdaus.
Kadang-kala desakan mummynya
membuatkan dia rimas.
Hingga dia terpaksa
menurut semua kehendak
mummy. Bukan dia
tidak tahu ini
mesti hendak dikaitkan
dengan Emilina.
‘ Huh! Sayang sangat
dengan anak suadara dia tu!
‘ cebik
Firdaus geram.
“
Fir kenapa dah
lama tak balik
rumah? Sibuk sangat
ke? Ke ada
apa-apa kat rumah
tu sampaikan weekend
pun tak nak
balik rumah mummy
sekejap?” bertal- talu soalan
keluar dari mulut
mummynya sehinggakan Firdaus
sukar untuk menjawab.
Namun ayat
mummynya yang terakhir
itu membuatkan dia
hampir tersedak sebaik
sahaja meneguk air
putih dari gelas.
Pantas dia meletak
kembali gelas di
atas meja. Tisu
dicapai lalu dilap
pada bibirnya.
‘
Macam tahu-tahu aje
mummy ni ‘ keluh
Firdaus gelisah.
“
Eh mana adalah
mummy. Memang betul
Fir sibuk sangat
ni. Selalu bawak
kerja balik rumah.
Weekend pun buat
kerja kat rumah,
tu yang tak
sempat nak balik
tu. Fir rasa
Fir baru aje
balik rumah hari
tu kan mummy?
Mana ada lama,”
dalih Firdaus pantas.
Risau dia jikalau
mummynya mendapat tahu.
Sememangnya dia
malas mahu pulang
ke rumah itu.
Sangat menyesakkan dadanya
apabila pertanyaan yang
sama ditanyakan oleh
mummynya. Bila nak
kahwin? Lin dah
lama tunggu. Huh!
Sangat-sangat merimaskan.
‘ Kalau dah
lama sangat tunggu
kahwin ajelah dengan
orang lain! Apa
susah! ‘
Jika
dia hendak berjumpa
dengan daddynya, dia
akan ke pejabat
daddynya. Jika dia
rindu akan adik-adiknya,
dia akan menelefon
sahaja. Tetapi untuk
menjejakkan kaki ke
rumah besar itu,
dia akan berfikir
berjuta kali. Lelah
untuk menjawab pertanyaan
mummynya yang tidak
faham akan hatinya.
Jika mummynya sudah
mendesak, dia tidak
boleh berkata apa-apa
lagi.
“
Hari tu? Fir, ‘ hari
tu ‘ yang Fir
cakap tu bulan
lepas. Bulan lepas
Fir balik, masa
kami semua baru
sampai dari UK.
Kalau tak disebabkan
adik-adik kamu balik,
jangan haraplah kamu
nak tunjuk muka
kamu pada mummy,”
bebel Puan Sri
Sy. Faridah masih
tidak berpuas hati.
Belum sempat
Firdaus membalas, mummynya
pantas menyambung.
“
Malam ni, mummy
tak kira. Mummy
nak jugak Fir
balik rumah, tidur
sini. Ada benda
yang mummy nak
bincang dengan kamu
masa dinner nanti.
No excuse! Oh
ya! Sebelum mummy
terlupa, jangan lupa
pula hari ni
Fir ada lunch
date dengan Lin.
Jangan buat-buat lupa
pulak. Nanti muncung
pulak dia. Ingat
tu!”
“
Ya mummy, Fir
ingat,” jawab Firdaus
mengalah. Dia memicit
kepalanya. ‘ Ingat aje
pasal anak audara
kesayangan dia tu. Aduh
kusut betullah! ‘
“
Jangan lupa pulak.
Okay assalamualaikum”. Talian
dimatikan. Firdaus menjawab
salam dalam hati.
Dia mengeluh
perlahan. Wajahya diraup
berkali-kali. Benci! Letih
betullah dengan orang
yang suka mendesak!
Semua nak aku
ikut cakap orang,
tapi ada orang
nak dengar cakap
aku?
Ada! Dheiya
tu!
Argh! Shut
up!
---------------------------------------------------
Firdaus menyuap
makanan ke mulutnya
tanpa sebarang perasaan.
Dia hanya diam
tanpa membalas apa-apa
pertanyaan daripada Emilina.
Hanya dijawab “
Hurm!”
Terasa makanan yang
masuk umpama pasir
yang bercampur dengan
kaca, perit. Sakit.
Tiada rasa!
Sakit dan
menyampah bertamu kuat
dihatinya. Lemas dengan
gelagat Emilina yang
terlalu gedik itu.
Sengaja mengada-ngada dan
manja dengannya. Beberapa
orang di situ
turut menoleh ke
arah mereka. Emilina
sengaja memegang kejap
tangannya sehinggakan dia
terpaksa merentap tangannya.
Dia tidak
suka berkasar dengan
perempuan. Dia bukan
lelaki dayus! Namun
sikap Emilina yang
melebih-lebih amat menyakitkan
hatinya. Tak tahu
malu! Dheiya pun
tidak sebegitu. Cuma
hari itu sahaja,
apa entah mimpi
gadis itu tiba-tiba
memegang tangannya. Dia
terkejut sehingga tidak
sengaja menyergah gadis
itu. Merah muka
Dheiya. Malu agaknya.
Sejak semalam,
Dheiya langsung tidak
bercakap dengannya. Selalunya
ada sahaja celoteh
yang keluar dari
bibir comel gadis
itu walaupun dia
jarang membalas pertanyaan
Dheiya. Balik pukul
berapa? Nak makan
apa?
Pagi tadi
hanya adegan wayang
bisu sahaja yang
menyelebungi suasana di
meja makan. Terseksa
juga dia. Sunyi
sangat. Tak ada
radio original! Apabila
dia hendak pergi
kerja, Dheiya tidak
menghantarnya ke pintu
seperti biasa sebaliknya
gadis itu hanya
sibuk mengemas meja.
Cakap selamat tinggal
pun tak!
Protes la
tu! Tapi untuk
apa? Kan dia
tak ada apa-apa
perasaan pada aku.
Argh! Apa
kena dengan aku
ni? Tiba-tiba teringat
Dheiya pulak!
“
Fir, you nak
rasa steak I
tak? Sedap tau!”
kata Emilina memecah
lamunan Firdaus terhadap
Dheiya yang berada
di rumah.
Emilina sudah
menghulurkan potongan stik
yang dicucuk dengan
garfu. Didekatkan pada
mulut Firdaus.
“
Er.. No thanks.
I tak nak,”
kata Firdaus menolak.
Emilina tarik
muncung. Tak apa.
Dia masih boleh
bersabar lagi.
“
Alaa.. rasalah. Sedap
tau! Sikit aje,”
pujuk Emilina lagi.
Firdaus hanya
buat ‘ derk ‘. Malas
dia melayan kerenah
mengada-ngada Emilina. Rimas!
Gedik menggeletik! Dia
terus menyuap makanannya
tanpa menghiraukan Emilina
yang tarik muka.
‘ Lantak kaulah!
Kau yang nak
sangat ajak aku
makan ‘.
Emilina ketap
bibir menahan geram
dan marah dengan
sikap tidak tahu
Firdaus.
“
Fir, you ni
kenapa? I tanya
you buat tak
tahu aje. You
saje aje nak
sakitkan hati I kan?” bentak
Emilina geram.
Geram hatinya
apabila Firdaus buat
acuh tak acuh
sahaja dengannya. Asyik
menyudu aje!
Emilina menarik
nafas perlahan, cuba
menenangkan hatinya yang
membahang panas. ‘ Cool
Lin, cool. Jangan
keras dengan dia
nanti dia makin
tak suka kau ‘.
Emilina cuba
tersenyum sambil berkata,
“ I dah
cakap dengan mama
dan papa I,
suruh bincang cepat-cepat
dengan mummy dan
daddy you pasal
perkahwinan kita. I
taknak lah kahwin
lambat, kita kan
dah lama bercinta.
Tak elok kan?”
lembut Emilina bersuara.
Firdaus melepaskan
sudu dan garfu.
Berdenting bunyinya walaupun
perlahan. Dia mula
panas hati. Dia
mengangkat wajahnya memandang
wajah Emilina yang
tersenyum mengada sambil
menyuap makanan. Pandangannya
tajam. Cukup tajam.
Merah wajahnya menahan
amarah.
“
Kenapa you pandai-pandai
buat semua ni?!”
tengking Firdaus dengan
suara yang tertahan.
Tahan menahan marah
yang membahang.
Dia cukup
tidak suka orang
mengaturkan hidupnya lebih-lebih
lagi orang yang
tiada kena-mengena dengannya.
Lebih-lebih lagi dengan
Emilina.
Emilina cuba
bersuara nmun dipintas
keras oleh Firdaus.
Wajah lelaki itu
tegang. Rahangnya bergerak-gerak, menahan
geram.
“
Bila masa pulak
I cakap nak
kahwin dengan you!
Bila?! For your
information, kita tak
pernah bercinta and
I never ever cakap
yang I cintakan
you pun!”
“
But Fir, selama
ni kita keluar
berdua tu apa?
You bawak I
ke hulu ke
hilir tu apa?
Bukan you jugak
cintakan I macam
I cintakan you?
Why Fir? You
masih ingatkan perempuan
tak guna tu?
Come on la
Fir, she leave
you! Dia dah
tinggalkan you tau
tak!” bentak Emilina
geram.
Sakit hatinya
apabila mengetahui Firdaus
rupa-rupanya tidak mencintainya.
Penat selama ini
dia mencintai lelaki
itu tetapi ini
yang dia dapat?
“
Ada ke selama
I kawan dengan
you I cakap
I cintakan you?
Ada I cakap
nak kahwin dengan
you? Ada?! I
treat you as
a friend and
cousin. Itu aje.
Tak lebih dari
itu. You lupa
you yang beria-ia
nak temankan I
lepas I Karinna
tinggalkan I? Lupa?
Nak ceriakan hati
I konon!” ejek
Firdaus sinis bercampur geram. Benci
pun ada.
“
Fir, sampai hati
you ya? Kenapa
you tak boleh
terima cinta I?
apa kurangnya I?
apa lebihnya perempuan
tak guna tu?”
bentak Emilina geram.
“
She's my
past. Dia tak
ada kena-mengena dengan
masalah kita sekarang.
Now, I’m asking
you kenapa you
buat semua ni?
I tak nak
kahwin dengan you
lah Lin! Please
stop buat kerja
gila ni,” kata
Firdaus lantas melemparkan
napkin ke meja
lalu keluar dari
restoran Hilton Hotel.
Beberapa mata memerhati ke arah mereka. Firdaus buat tidak peduli.
Pantas kakinya
melangkah laju meninggalkan
Emilina yang memanggilnya
dari belakang sambil
mengejar.
‘ Lantak kaulah!
Buang masa aku
ja! ‘
Tanpa disedari
dia telah terlanggar
seseorang dihadapan sehinggakan
gadis itu mengaduh
kesakitan.
“
I’m so sorry
miss. I tak
sengaja….,” Firdaus terkesima.
Ayatnya tergantung. Terkejut
melihat gerangan yang
berada dihadapannya kini.
“
Fir! Tak sangka
jumpa you kat
sini,” tegur Karinna gembira.
Gadis itu memegang
lembut lengannya.
‘ Oh no!
aku dah tak
boleh lari dah! ‘
“
Fir! Sampai hati
you tinggalkan I!”
rengek Emilina. Wajahnya
keruh menahan tangis.
Malu yang menebal
melihat orang yang
saling berpandangan. Dia
terkejut melihat wajah
dihadapannya kini. Tidak
bergerak dia saat
ini. Bulat matanya
dihalakan pada tangan
Karinna yang erat
memeluk lengan Firdaus.
‘ What? Oh no! ‘
“
Sorry I have
to go,” kata
Firdaus menolak tangan
Karinna yang melingkari
di lengannya, pantas
menghayunkan langkahnya laju.
Rimas dia dengan
dua manusia yang
tak pernah nak
faham bahasa! Mengada!
“
Fir! Wait!” laung
Karinna dan Emilina
serentak. Mereka berpandangan
tajam. Merenung antara
satu sama lain.
Menghantar maksud yang
sukar ditafsirkan.
“
You buat apa
kat sini? Bukan
you kat London
ke?” tanya Emilina
marah.
‘ Susahlah nak jalankan rancangan
aku lepas ni.
Mesti si tak
guna ni dah
rancang sesuatu! ‘
“
Kisah pulak you
I ada kat
sini? Kenapa you
takut? Takut I
rampas balik Fir
dari you? Hurrmm..
mungkin jugak I akan buat,”
balas Karinna angkuh.
Wajahnya diberlagakkan.
“
I langsung tak
kisah kalau you
nak balik sini
pun sebab lepas
ni you yang
akan berendam dengan
air mata. I
dengan Fir akan
kahwin dalam masa
terdekat ni. Keluarga
kami dah pun
setuju,” bohong Emilina.
Sengaja dia hendak
membakar hati Karinna
yang sudah sedia
berapi itu.
Karinna tersenyum
sinis. Nak bohong
akulah tu.
“
Do you think I’m
stupid just like
you? Fir takkan kahwin dengan youlah
sebab dihati dia cuma ada I
aje,” lawan Karinna,
menambah kehangatan hati
Emilina. Emilina ketap
bibir geram.
“
In your dreams
la! Cakap ajelah
apa yang you
nak cakap sekalipun
sebab I yang
akan duduk atas
pelamin tu nanti.
You jangan tak
datang pulak nanti
tau!” balas Emilina
sinis. Dia ketawa kecil, sengaja dibuat-buat.
Karinna ketawa
sinis. “ Tapi
you jangan terkejut
pulak nanti Lin
kalau I yang
tiba-tiba ada kat
atas pelamin tu,
sebelah Fir lagi.
You jangan nangis
tau!”
Belum sempat
Emilina hendak membalas
dengan kata-kata pedasnya
lagi, Karinna menyambung,
“ I akan
pastikan I akan
dapat kembali hak
I yang you
dan Puan Sri
tu dah rampas!
I ni cinta
pertama Firdaus, cinta
pertama sukar nak
dilupakan. Mungkin dia
tak kahwin sampai
sekarang ni sebab
dia tunggu I.
sebab kami dah
pernah berjanji untuk
hidup bersama. Kalau
setakat you, huh!
Dia tak pandanglah.
Dia takkan jatuh
cinta pada you
sebab cintanya hanya
untuk I”.
Karinna terus
berjalan meninggalkan Emilina
yang tercengang-cengang di
situ menahan marah
yang akan meletus
bila-bila masa sahaja.
Emilina menggigil menahan
marah. Geram, sakit
hati, benci dan
seumpamanya bergabung menjadi
satu. Serasa ingin
dia menjerit sekarang
juga.
Arghh!!! Aku
kena buat sesuatu.
Tak boleh jadi
ni. Kena bagitau
aunty jugak! Karinna
hari kau menang,
tapi aku yang
akan menang nanti!
Just wait and
see loser!! ‘ jerit Emilina sekuatnya dalam hati.
4 comments:
ha bgs2, 2 2 berebut, tp tak tau yg fir dah kawin. elok gak zara sembunyikan dheiya tu, takde sapa2 nak kaco dia, biar 2 org tu yg bertengkar, pastu 2 2 tak dapat. hahaha. nak lagi blh?
hahahaha.. taw tak pe... hurmm tengok la. dulu cner.. zara tak leh promise nk updte entry hri ni coz bzy ckit..
anyway thnx comment..
:)
ur welcome.hehe mesti comment pya cz nak share feeling bc cter ni.
klo tak ari ni, esok ya.thanks.wink.
insya-allah i try...
:)
Post a Comment