Duduknya dilabuhkan
pada kerusi yang
terdapat di laman
hijau yang terletak
bersebelahan dengan kolam
renang. Sesekali jarinya
membetulkan helaian rambutnya
yang membuai di
tiup angin petang.
Suasana aman di
sini. Sesekali juga
dia membelek kulit
dan kukunya yang
cantik setelah diberi
rawatan khas sewaktu
di spa tadi.
Tubuhnya yang lesu
dan longlai kerana
terlalu banyak bermain
sukan air seakan
disuntik kesegaran.
Dheiya keseorangan
di situ menunggu
Aria yang masih
belum selesai dengan
rawatan sementelah mereka
memilih pakej yang
berbeza. Jikalau Firdaus
tahu dia duduk
berseorangan disini sudah
pasti dia akan
dibebeli. Sejak akhir-akhir
ini, suaminya itu
bukan sahaja manja
dan nakal, malah
kuat membebel dan
mengusik. Dheiya tersenyum
panjang. Hatinya bahagia
kini.
Tanpa disedari
gadis muda itu,
ada susuk tubuh
yang sejak tadi
memerhatikannya sejurus selepas dia
keluar dari spa.
Mahu ditegur, takut
tersalah orang. Sebahagian
hatinya mendesak untuk
bertanya kerana dari
belakang seakan kenal
akan pemiliknya. Sedari
pagi tadi lagi
dia nampak akan
kelibat wanita yang
familiar di kampungnya
sewaktu di pantai
tetapi persoalannya adakah
memang benar gadis
yang duduk berseorangan
itu adalah wanita
pujaan hatinya dalam
diam?
Langkahnya diatur
perlahan walaupun teragak-agak.
Tegur ajalah! Kalau
salah orang buat-buat
ajelah tanya arah,
apa susah! Semakin
dia menghampiri tubuh
molek itu dan
betuk-betul berdiri di
belakangnya. Mulutnya cuba
dibuka untuk mengeluarkan
suara namun kotak
suaranya seakan bisu
pula.
Dheiya yang
merasakan ada seseorang
yang berada di
belakangnya mulai rasa
tidak enak di
hati. Jantungnya mula
berdetak pantas. Manalah
tahu ada orang
jahat ke? Dia
pantas menolah belakang
dengan tangannya dikepal
membentuk segenggam penumbuk.
Mahu dia melayangkan
penumbuk kecilnya jika
orang asing itu
bertindak bukan-bukan nanti.
Bulat mata
sesama mereka apabila
wajah bertentangan. Riak
terkejut jelas terpancar
di wajah masing-masing. Tidak
menyangka Malaysia ini terlalu
kecil buat mereka.
“
Dheiya kan?” ucap
lelaki itu meminta
kepastian.
“
Dheiya buat apa
dekat sini?” lelaki
yang bernama Zaid
itu menyoal Dheiya.
Dheiya tersenyum kelat. Dia
berharap agar Aria
cepat-cepat selesai rawatan
spanya.
“
Ni kan tempat
bercuti, so, bercutilah.
Awak bercuti jugak
ke?” tanya Dheiya
perlahan. Resah mula
bertamu dalam hatinya.
Bukan dia tidak
suka akan pertemuan
dengan rakan kampung
lamanya, cuma dia
tidak mahu Firdaus
tahu dan salah anggap pula.
Hubungan dia dan
Firdaus baru sahaja
berputik mekar.
“
Saya ada kursus
dekat sini. Alang-alang
tu holiday lah
jugak. Bukan senang
holiday ada orang
sponsor!”jawab Zaid dalam
nada seloroh.
Dheiya senyum
sahaja mendengar jawapan
Zaid. Sungguh dia
kelu untuk berkata.
Dia tahu selama
ini Zaid menyimpan
rasa terhadapnya. Kalau
tidak bukan Sofea,
sahabat baiknya, yang
memberitahu, sehingga ke
hari ini dia
pasti tidak akan
sedar dengan perlakuan
baik Zaid.
“
Dah lama kita
tak jumpa kan
Dheiya? Lepas saya
pindah dari kampung
tu dua tahun
lepas, saya asyik
ingat kat awak
aje. Nak call,
awak takde handphone,
saya hantar surat
awak tak pernah
balas,” ujar Zaid
lagi dalam nada
yang lirih.
Dheiya meramas
tangannya. Sejujurnya dia
tidak selesa dengan
keadaan ini. Hatinya
kini milik Firdaus,
dan Zaid hanya
sahabat tidak lebih
dari itu.
“
Maaf sebab… sebab
tak balas surat
awak. Ibu saya
sakit waktu tu,
perlukan lebih perhatian
dari saya,” jawab
Dheiya sedaya upaya
cuba memberikan jawapan
yang terbaik. Dia
tidak mahu mengoreskan
perasaan Zaid. Lelaki
itu baik, oleh
itu dia cuba
menolak dengan cara
baik.
“
Oh. Takpe, saya
faham. Saya baru
dapat tahu Ibu
awak dah meninggal
setahun yang lepas.
Takziah dari saya,”
lembut penuh tertib
Zaid berkata.
Dheiya mengangguk.
Wajahnya berubah sedikit
mendung. Dan tanpa
disedari mereka berdua,
ada yang memerhati.
Wajah putih bersih
kelihatan tegang, tidak
lagi ceria sewaktu
hendak turun ke
ruang bawah. Bibir
diketap kuat. Rasa
cemburu berpalu hebat
dalam dada. Baru
sahaja dia hendak
mengecapi ruang cinta
yang terbuka luas,
ada pula yang
hendak mencaras jalannya.
Dan Dheiya pula
melayan? Ni tak
boleh jadi ni!
“
Awak buat apa
sekarang ni ya
Dheiya? Awak dah
duduk kat KL ya?
KL
dekat mana ya?”
Zaid menukar topik
apabila air wajah
Dheiya mula berubah
mendung.
“
Err.. saya… saya…”
tersekat-sekat suaranya. Dimindanya
ligat mencari jawapan
terbaik supaya jawapan
yang diberikan haruslah
tidak nampak dia
terlalu menipu. Benar
kata Firdaus, dia
tidak pandai menipu
tapi takkan dia
hendak menjawab yang
dia hampir dijual
oleh Pak Cik
Bakar di kelab
malam.
“
Sayang, ni siapa?”
sampuk suara garau tiba-tiba
dari arah belakang
Dheiya. Mendengar perkataan
‘sayang’, automatic dia
sudah tahu siapakah
gerangan yang mencelah
perbualan dia dan
Zaid.
“
Awak?” ucap Dheiya
menoleh ke belakang.
Wajah Firdaus kelihatan
sedikit tegang walaupun
lelaki itu melangkah
bersahaja merapati dirinya.
Kerutan jelas di
dahi Zaid. Ni
siapa pulak yang
berani-berani panggil Dheiya
ni sayang? Teman
lelaki Dheiya?
Bagi Dheiya,
jiwanya kacau. Hatinya
bercampur baur. Tidak
tahu kehadiran Firdaus
secara tiba-tiba adalah
penyelamat atau bencana
baginya. Sukar untuk
dia tebak hati
Firdaus yang cuba
berlagak tenang itu.
Apa-apa pun, keputusan
segera harus dilakukan.
Firdaus memandang
tajam Zaid. Entah
mengapa gerangan Zaid
di sini telah
dianggap parasite olehnya.
Dia dapat menghidu
dari riak wajah
Zaid yang jelas
cuba memikat isterinya.
Ya! Dia cemburu!
Serasa mahu sahaja
dia menumbuk muka
Zaid yang jelas
ketara asyik memandang
isterinya. Dia tak
suka!
Dheiya menyentuh
lengan Firdaus seraya
memandang ke arah
Zaid yang jelas
terserlah kekeliruannya. “
Zaid, ini…”
“
Firdaus. Dheiya’s husband!”
jawab Firdaus pantas.
Tangan kanan yang
dimasukkan ke dalam poket
ditarik lalu dihulurkan
pada Zaid yang
terkejut.
Zaid mengerutkan
dahinya. Dia memandang
Dheiya dengan rasa
tidak percaya. Tak
mungkin! Tak mungkin
gadis pujaannya sudah
dimiliki orang. Dheiya terlalu
muda. Perlahan-lahan dia
membalas huluran tangan
Firdaus. Sukar untuk
dia mempercayai kata-kata
yang keluar dari
mulut lelaki segak
itu.
“
Maaf! Saya tak
tahu yang Dheiya
dah kahwin. Saya..
saya minta diri
dulu!” tanpa berlengah
Zaid terus berlalu
pergi. Fikirannya terlalu
bercelaru. Bagaimana Dheiya
sudah berkahwin sedangkan
baru sahaja bulan
lepas dia pulang
ke kampung menjenguk
neneknya. Malah neneknya
juga tidak mengkhabarkan
apa-apa berita tentang
perkahwinan Dheiya. Hatinya
rasa tidak sedap,
bagaikan ada sesuatu
yang rahsia, tapi
apa?
Sebaik sahaja
bayangan Zaid hilang dari
mata, Firdaus memandang
Dheiya tajam. Dheiya
mengetap bibir. Firdaus
marah aku ke?
Langsung tidak bersuara,
Firdaus terus berlalu
dari situ. Sukar
sungguh untuk dia
mengekalkan wajah tenangnya.
Dheiya menarik nafas
berat. Lemah. Firdaus
merajuk ke?
###
Langkah kaki
di atur laju
ke bilik. Rajuk
Firdaus perlu dipujuk.
Dia tidak mahu
mood Firdaus sekarang
ini merosakkan percutian
mereka di sini
dengan wajah yang
masam dan tegang.
Nanti apa pula
kata mereka bertiga
yang lain.
“
Awak,” panggil Dheiya
lembut. Belakang tubuh
Firdaus diusap perlahan
yang membelakangkan dia
menghadap laut lepas
di balkoni.
Childish la
kau Fir! Dheiya
tu tak buat
apa-apa pun dengan
si Zaid tu.
Kenapa nak emo
sangat? Sentuh-sentuh pun
tak! Please lah
hati janganlah nak
buat perangai!
Dheiya tidak
mengalah. Dia menarik
pula tubuh Firdaus
supaya berhadapan dengannya.
Rengusan kecil terpacul
di bibir lelaki
itu. Dheiya tersenyum
manis. Mencuba taktik
rahsianya pula.
“
Kat sini sakit
ya? Merajuk dengan
saya?” ujar Dheiya
manja. Tangannya pula
dialihkan pada dada
lelaki itu. Mengusap-usap
dada itu memberi
kelembutan menenangkan hati
yang sudah pandai
merajuk dengannya.
Firdaus melarikan
anak matanya ke
arah lain. Degil
tidak mahu memandang
gadis itu yang
sedang menggodanya secara
halus. Demi Tuhan,
dia berdebar-debar. Jantungnya
berdegup pantas. Erk?
Malu kalau Dheiya
tahu ni!
“
Lajunya kat sini
berdegup,” Dheiya tidak
berputus asa. Lelaki
kalau minta dipujuk
memang tinggi egonya.
Jual mahal! Harap
muka aje tunjuk
masam, tapi kat
dalam dah cair
lebur! Orang tua
kalau merajuk buruk!
Tapi Firdaus merajuk
makin handsome pulak!
“
Sombongnya dia. Jual
mahal dengan kita.
Nasib baik muka
orang tu tetap
handsome!” Dheiya tersenyum
manja. Bahagia di
hati Firdaus merajuk
kerana cemburu, benar-benar
terasa dirinya disayangi
lelaki itu.
Pipinya
yang gebu ternaik
itu serasa mahu
sahaja dikucup laju-laju
Firdaus. Bukan main
manja lagi isterinya
ini memujuk. Seronok
pula wahai hati
ni! Senyuman yang
mula terukir cuba
disembunyikan. Pandainya ayat-ayat
gula dengan aku!
Ingat aku aje
yang suka berayat
manis dengan Dheiya
ni.
“
Awak, saya takde
apa-apa perasaan pun
pada Zaid tu.
Kami dulu kawan
sekampung, kawan sekolah,
itu aje. Saya
tahu Zaid ada
hati pada saya
tapi saya tak
pernah rasa macam
tu pun pada
dia. Dalam hati
saya ni hanya
ada awak aje,
hanya Syed Firdaus
Hakimi. Tak akan
ada orang lain,”
jelas Dheiya lebar.
Kepalanya di dongak,
matanya memandang manja
pada Firdaus.
Dia menginjatkan
tubuhnya seraya tangannya
dilingkarkan pada leher
Firdaus. Masa untuk
menjalankan misi!
Sepantas kilat
Firdaus membulatkan matanya
bila terasa bibirnya
dikucup pantas. Senyuman
dibibir gagal disembunyikan
lagi. Jelas sudah
dia kalah dengan
pujukan manja Dheiya
yang sentiasa mendebarkan
hatinya. Dheiya tersenyum
malu. Dia menunduk
malu. Wajahnya merah.
Serasa tidak mahu
diangkat kepalanya.
Firdaus terus
mengendong tubuh kecil
molek itu ke
arah katil. Dheiya
menggelabah. Alamak! Dia
nak buat apa
ni? Janganlah!
“
Aw.. awak nak
buat apa ni?”
“
Buat apa? Sambung
balik apa yang
you buat tadi!”
balas Firdaus tersenyum
nakal. Makin nakal
isterinya sekarang ini.
Dia menolak Dheiya
seraya mengepung tubuh
itu dengan kedua-dua
belah tangannya yang
ditekan ke tilam.
“
You are under
arrest now!” bisik
Firdaus perlahan dengan
suara yang tidak
tertahan-tahan. Dheiya mulai
resah. Sungguh dia
tidak boleh! Fikir
Dheiya fikir!
“
Ah! Saya lupa!
Saya belum mandi
lagi!” pantas Dheiya
cuba meloloskan diri
dari Firdaus yang
asyik mengucup pipinya
bertalu-talu. Merah wajahnya
seakan tidak sanggup
dilihat. Malunya seakan
tidak dapat dibendung
lagi.
Pantas sahaja
tangannya mencapai tuala
lalu terus menerjah
bilik air. Aksinya
yang kelam-kabut mengundang
ketawa besar Firdaus.
Tu lah! Berani
lagi buat godaan
macam tu! Tak
sampai seminit datang
kelibut dia!
Hai Dheiya!
Dheiya! Comellah!
###
Dheiya yang
berseorangan melangkah tergesa-gesa
menuju ke tepi
pantai untuk aktiviti
barbeque malam ini.
Firdaus turun lebih
awal untuk menguruskan
aktiviti mereka malam
ini walaupun pihak
hotel boleh melakukan
semua itu. Dia
tidak kisah kerana
sememangnya begitu sikap
Firdaus yang perfectionist. Semua
harus dilakukan dengan
sempurna tanpa sebarang
cacat cela walaupun
hanya barbeque sahaja.
Untuk menuju
ke pantai, Dheiya
harus melalui lorong
pejalan kaki berhampiran
dengan swimming pool.
Walaupun lorong tersebut
dilimpahi dengan cahaya
lampu sepanjang lorong
itu, kawsan itu
tetap sunyi meskipun
ada beberapa pengunjung
yang duduk santai
di gazebo.
Hanya beberapa
langkah sahaja lagi
sebelum tiba ke
pantai, tangannya diraih
kasar. Terpusing tubuh
Dheiya dan matanya
bulat menatap wajah
yang muram itu.
Zaid?! Dheiya menolak
kasar tangan Zaid
yang erat memegangnya.
Dia tidak rela
lelaki lain menyentuh
kulitnya kecuali hanya
Firdaus seorang.
“
Apa ni Zaid?
Saya tak suka
awak pegang-pegang saya!
Saya ni isteri
orang!” marah Dheiya.
panas sungguh hatinya
dengan tindakan Zaid
yang melampau itu.
Mujur juga mereka
jauh dari pandangan
pengunjung di situ,
kalau tidak gasak
dia melihat drama
swasta yang berlaku
antara dia dan
Zaid.
“
Dheiya, please dengar
apa yang saya
nak cakap sekejap.
Sekejap pun jadilah
Dheiya,” rayu Zaid.
Semakin pedih hatinya
dengan penolakan kasar
Dheiya.
Gadis itu
menggeleng pantas. “
Takde apa lagi
yang awak nak
cakap Zaid. Saya
tak nak tahu
dan saya tak
mahu tahu langsung.
Saya ni isteri
orang Zaid, tolong
hormat status saya,”
tegas Dheiya sebelum
ingin berlalu dari
situ.
Zaid pantas
menahan. Tangan lelaki
itu yang berada
di bahu ditepis
kuat Dheiya.
“
Jangan sentuh saya!
Saya tak suka!
Hanya suami saya
aje yang ada
hak untuk sentuh
saya!” jerkah Dheiya.
Tika ini dia
seakan tidak mengenali
lagi Zaid yang
begitu baik budi
pekertinya.
Zaid meraup
wajahnya berkali-kali. Jiwa
dan perasaanya tidak
tenang selagi rasa
di hati tidak
diluahkan. Malah kehadiran
lelaki yang mengakui
sebagai suami kepada
Dheiya benar-benar merobek
tangkai hatinya. Penantiannya
selama bertahun-tahun musnah
begitu sahaja.
“
Tapi Dheiya, tolonglah
dengar sekejap. Sekejap
aje!” rayu Zaid
lagi tidak berputus
asa.
“
Zaid, saya tetap
takkan terima awak
walaupun apa-apa pun
alasan awak. Saya
dah kahwin! Saya
sayangkan suami saya.
Saya minta maaf
sebab dah lukakan
awak tapi selama
kita berkawan saya
tak pernah beri
awak apa-apa pun
harapan Zaid,” luahan
Dheiya mengejutkan Zaid.
Tidak menyangka Dheiya
mengetahui apa yang
tersimpan di lubuk
hatinya.
Lelaki itu
terdiam. Dheiya menyambung
lagi.
“
Saya minta maaf
Zaid. Saya pergi
dulu. Assalamualaikum,” kata
Dheiya sebelum berlalu
pergi. Dia harus
segera beredar dari
situ sebelum Firdaus
mengetahui akan perkara
ini. Lelaki itu
bagai tahu di
sahaja dia berada.
Dan yang paling
utama, Dheiya tidak
mahu Firdaus salah
sangka pada dirinya.
Cemburu lelaki itu
boleh dikira tahan
kuatnya.
Zaid bagaikan tersedar
apabila susuk tubuh
itu mula meninggalkannya. Dia
cuba mengejar dari
belakang. Dheiya yang
sedar Zaid yang
cuba mengejarnya pantas
berlari menuju ke
pantai dengan segera
namun nasib malang
menimpa apabila sandal
yang dipakainya tersepak
batu kecil dihadapan.
Dalam keadaan yang
kelam dan kelibut,
sukar untuk dia
memandang ke bawah.
Terasa lutut
dan tapak tangannya
sedikit pedih. Mujur
juga dia terjatuh
di atas rumput,
kalau di atas batu simen
mahu berdarah jugak.
Tersedar yang kelibat
Zaid makin dekat
di belakang, Dheiya
bangkit walaupun terasa
sakit dilutut. Merasakan
pinggang dan bahunya
di sentuh, Dheiya
menepis kasar namun
terasa kejap pegangan
itu.
“
Awak okey Dheiya?
Sakit dekat mana?
Biar saya tengok!”
soal Zaid bertalu-talu
pada Dheiya. wajah
itu nampak sungguh
risau dengan keadaan
Dheiya. Dikutuk-kutuk dirinya
sendiri kerana dialah
punca Dheiya terjatuh
dan kini gadis
kesayangannya itu sudah
sakit.
Dheiya masih
cuba menepis dan
menolak tangan Zaid
dengan mengatakan dia
hanya okey sahaja.
Tanpa disedari kedua-dua
mereka, satu pasang
mata memerhatikan setiap
perbuatan mereka dari jauh. Bibir
itu mengetap geram.
Jari-jemarinya dikepal kejap.
Serasa mahu sahaja
menumbuk lelaki itu
berkali-kali sehingga dia
puas. Panas hatinya
seakan tidak mampu
dibaca suhunya. Menggelegak
api marahnya hingga
naik ke kepala,
bila-bila masa sahaja
akan meletus. Wajahnya
jelas ketara urat-urat
bahang api cemburu
dan amarah yang
berjaya dimakan hasutan
oleh syaitan yang
bersorak gembira. Kulit
putih bersihnya bertukar
merah padam menahan
sakit di hati
yang tidak tertahan.
“
Tak guna!” bisik
lelaki itu mengetap
bibir. Biar berdarah
sekalipun, tetap tidak
dapat menandingi rasa
pedih dan kecewa
di dada. Perit!
Sekali lagi dia
dikecewakan oleh seseorang
yang bernama perempuan!