Firdaus memandu dengan
tenang merentas lebuhraya
Sprint menuju ke
Universiti Malaya. Dia
cuba menghubungi Aria
tetapi sengaja tidak
diangkat oleh gadis
itu. Fahmi pun
turut melakukan perkara
yang sama, tidak
mempedulikannya. Kerinduan begitu
terasa terhadap adik
kembarnya. Sudah lama
mereka tidak bersua
muka, berbual sehingga
larut malam jika
dia pulang ke
banglo keluarganya di Bukit
Kiara.
Oleh kerana dia
berkecil hati dan
kecewa dengan sikap
mummynya, Firdaus langsung
tidak pulang ke
banglo ibu bapanya.
Dia menyepikan diri
dari adik-adiknya. Daddynya
tidak dapat dielak
kerana mereka selalu
akan bersua di
pejabat. Itulah kesilapan
dia. Menyesal jugak!
Sudah berpuluh-puluh kali
dia menelefon kedua
adik kembarnya, nampaknya
mereka tetap memboikot
dia. Sehati sejiwa
betul budak-budak ni!
Tak nak angkat
call aku!
Firdaus menekan laju
pedal minyak, lalu
Nissan GTR itu
membelah laju lebuhraya
tersebut biarpun angka
kelajuan sudah melebihi
had. 160 km/j!!
Biarlah! Bila lagi
nak speed laju-laju
macam ni? Kalau
KL, jangan haraplah!
80 km/j belum
tentu boleh speed.
Jammed! Desis Firdaus
dalam hati sambil
galak menekal pedal
minyak.
Hei! Tak takut
mati agaknya mamat
ni!
Akhirnya kereta
sport itu bergerak
perlahan sebaik sahaja
melalui kawasan universiti.
Dia memakirkan keretanya
di tempat pelawat.
I-phone yang baru beli dikeluarkan, cuba
menghubungi budak kembar
berdua tu.
Hai! Boikot
along lagi ke
adik-adik ooi?
Tulah! Sape suruh
pinggirkan diri? Kan
dah menyusahkan diri.
Firdaus keluar dari
kereta sportnya lalu
menyandarkan tubuhnya di
pintu kereta. Dia
memejamkan matanya sambil
menikmati angin petang
di bawah pohon
rendang yang redup.
Terasa nyaman! Dia
sengaja keluar awal
dari office hari ini
semata-mata untuk berjumpa
dengan adik kembarnya.
Pakaian pejabat masih
kekal tersarung ditubuhnya
hanya tali leher
sahaja sudah ditanggalkan
dari kemeja putih
berbelang hitam halus.
Mata kelabunya masih
memerhatikan beberapa pelajar
yang lalu lalang
dan ke arah
koridor yang melihatkan
beberapa orang pelajar
keluar dari sebalik
pintu besar itu.
Dia hampa. Kelibat
adik kembarnya langsung
tidak kelihatan. Daddynya
cakap Aria dan
Fahmi ada kelas
hari ini. Takkan
daddy tipu aku
kot! Mustahillah!
Beberapa
kelompok pelajar lelaki
dan kelompok pelajar
perempuan melintasi dia.
Pelajar perempuan tersebut
memandang dia sambil
tersenyum-senyum dan berbisik
sesama mereka. Firdaus
mempamerkan wajah innocent,
matanya masih galak
mencari kelibat adik
kembarnya.
Melihatkan
kelompok pelajar itu
masih di situ,
tidak bergerak seolah-olah
masih memerhatikan dia,
Firdaus berjalan menuju
ke arah mereka.
Dia terdengar perbualan
pelajar perempuan tersebut
sebaik dia merapati
mereka.
“ Eh! Abang
hensem tu datang
sinilah!” bisik salah
seorang antara mereka.
Bisik apa kebendanya,
dahlah kuat! Gadis-gadis tersebut
tersengih-sengih malu melihat
wajah kacaknya.
“ Err.. maaf
tumpang tanya. Adik
kenal tak Fahmi
dan Farihana?” tanya
Firdaus lalu tersenyum.
Pelajar tersebut mengerutkan
dahi.
“ Fahmi dan
Farihana? Yang mana
satu ek? Sebab
ramai orang yang
nama macam tu.
Kalau muka macam
abang ni kenallah
sebab pernah nampak
kat majalah,” kata
salah seorang pelajar
tersebut gedik.
Firdaus
tersenyum kelat! Nampak
over pulak minah
ni.
“ Macam mana
nak cakap ek?
Emm.. Kenal tak
Syed Fahmi Haikal
dan Syarifah Farihana
Hellina? Diorang tu
baru masuk sini
sem lepas, amik course
business admin. Tahu
tak?” jelas Firdaus
lebih terperinci lagi.
“ Business admin?
Eh Tia kau
amik course tu
kan? Kenal tak?”
kata salah seorang
pelajar yang memakai
tag Maya. Si
gedik tadi!
Gadis yang bernama
Tia itu mengerutkan
dahinya seketika sebelum
berubah riak.
“ Oh ya!
Ingat! Anak Tan
Sri Syed Fahim
kan? Yang abang
dia Firdaus Hakimi
tu! Diorang tu
memang satu kelas
dengan saya sebab
tu kenal. Diorang
dah lama keluar
dah. Maybe ada
kat café kot
sebab tadi saya
nampak diorang kat
situ. Tak silap
saya abang ni
mesti abang Fahmi
dan Aria tu
kan? Kan?” kata
Tia ceria. Lebih
tepat lagi gedik!
Pelajar yang lain
sudah mula tersenyum-senyum manja!
Ingat nak goda
lah tu?
“ Betullah tu.
Nak cari dioranglah
ni. Anyway thanks
ya sebab bagitahu,”
mengaku Firdaus.
“ Abang nak
kitorang tolong tak
tunjukkan jalan? Abang
kan tak biasa
kat kawasan ni,”
usul gadis bernama
Mimi pula. Ceria
bersinar-sinar sahaja wajah
itu.
“ Er takpelah.
Menyusahkan pulak nanti.
Terima kasih ya,”
Firdaus menggeleng, menolak
lembut pelawaan Mimi.
“ Eh taklah!
Tak menyusahkan pun.
Rasa happy sebab
dapat tolong abang
hensem ni,” kata
Maya gedik.
Firdaus
tersenyum kelat. Segera
dia meminta diri
sebelum keadaan membuatkan
dia menjadi lebih
rimas. Bukan dia
tidak tahu cara
percakapan gadis-gadis tersebut
seperti hendak memikat
dia. Geli! Tak
malu betul budak-budak
sekarang!
Laju langkahnya menuju
ke arah café
setelah dia bertanya
arah kepada pelajar
lelaki. Lebih elok
lelaki dari perempuan,
asyik nak jual
minyak petrol aje!
“ Eh Aria!
Tu abang kau
kan?” tanya Adiba
menyiku lengan Aria
yang leka membaca
novel ‘Dibius Cinta ‘.
Aria berdecit geram
kerana konsentrasinya terganggu.
Dia memamg pantang
kalau orang mengacaunya
ketika dia membaca
novel apatah lagi
Fahmi yang suka
menyakat dia.
“ Alah biarlah
ajelah si Fahmi
tu. Yang kau
kecoh sangat apesal?
Macamlah tak pernah
jumpa abang aku!”
protes Aria marah
walaupun matanya tetap
setia melekat pada
bait-bait tulisan pada
novel itu.
“ Masalahnya memang
aku tak pernah
jumpa abang kau
yang ni! Dalam
majalah yelah!” kata
Adiba sambil jari
telunjuknya lurus ke
satu arah.
Aria mengerutkan dahi.
Majalah? Dia mengangkat
kepala memandang ke
tempat yang diunjukkan.
Terbuntang matanya melihat
Firdaus yang berjalan
penuh bergaya dan
berkarisma walaupun hanya
berpakain pejabat menuju
ke ruang café.
Segera dia berpaling
wajah kembali menyambung
mambaca novel yang
berada ditangan.
Proteslah tu!
“ OMG!! Hensemnya
abang kau yang
ni Aria!! Lebih
hensem dari Fahmi
yang semua student
kat kau sini
syok sangat-sangat tu!
Eh senang citer,
abang-abang kau memang
hensemlah! Alamak! Cairnya
aku Aria!” ujar
Adiba beria-ia. Mengadanya!
Aria mencebik! Mengada
betul minah ni!
Belum tentu Adiba
dapat menyaingi Emilina
yang sememangnya obsess
dengan alongnya. Over
her dead bodylah!
Sesiapa yang nak
potong line minah
‘ plasdik ‘ tu alamat makan
makilah! Psycho je
lebih!
“
Assalamualaikum. Adik along
ni sihat ke?”
tegur Firdaus tersenyum
manis lalu duduk
di hadapan Aria
yang memuncung itu.
Firdaus
tersenyum melihat muncung
adiknya. Tahu dah!
Merajuk lagilah tu!
Adiba
tersengih-sengih memandang wajah
Firdaus yang mencairkan
hatinya. Senyuman dia… isy!
Tak boleh tidur
malam ni! Hailah!
“ Tak nampak
ke tengah terpacak
duduk kat sini?
Mestilah sihat. Buat
datang sini? Pergilah
balik bertapa kat
penthouse along tu!”
luah Aria marah.
Sebenar-benarnya
dia merajuk dengan
sikap alongnya yang
meminggirkan diri daripada
dia dan juga Fahmi. Dia
benar-benar terasa dengan
alongnya seolah-olah dia
dan Fahmi juga
bersengkongkol dengan rancangan
mummy.
Adiba
tercengang-cengang di situ.
Nampaknya dia tidak
sepatut berada di
situ. Keadaan menjadi
tegang antara Aria
dan alongnya. Baik
dia beredar dari
situ.
“ Err.. aku
rasa baik aku
balik dululah Aria. Kau selesaikanlah
masalah kau dulu.
Nanti kirim salam
kat Fahmi okay?
Oh, by the
way, saya Adiba,
nice to meet
you. Bye assalamualaikum,” sempat
lagi Adiba mempperkenalkan dirinya
walaupun suasana tegang.
Gadis kecil molek itu
terus beredar dari
situ.
Firdaus
menganggukkan kepalanya tanda
menerima salam perkenalan
dari Adiba.
“ Romeo!”kata Aria
geram. Dia menjeling
memandang alongnya.
“ Adik along
ni marah lagi
ke? Merajuk lagi
dengan along? Along
mintak maaf okay?
Along tahu along
salah sebab diamkan
diri tapi bukan
niat alongnya macam
tu. Along cuma
marah aje dengan
mummy,” jelas Firdaus
memujuk adiknya.
Aria menutup novelnya.
Wajahnya masam cemberut.
Matanya sengaja disepetkan
seakan cuba memberi
pandangan tajam kepada
alongnya.
“ Kalau marah
dengan mummy kenapa
bila Aria dengan
Fahmi call along
tak angkat? Elakkan
diri dari kami?”
soal Aria tidak
puas hati lagi.
“ Kan
along dah mintak
maaf, along takde
niat pun. Fikiran
along berserabut masa
tu. Along cuma
nak bersendirian aje,”
terang Firdaus lagi.
Aria masih tidak
berpuas hati. Dia
menunjukkan wajah cemberutnya.
“ Okay-okay, Aria
dendalah along sebagai
balasan. Aria nak
apa? Along tunaikan.
Amacam?” pujuk Firdaus
sambil menjongket-jongketkan keningnya.
“ Ni nak
rasuah Aria ke
apa ni?” sindir
Aria.
“ Eh mana
ada rasuah pulak.
Betul-betullah ni! Cepat!
Tawaran along terhad
untuk hari ni
aje!” gesa Firdaus.
“ Sabarlah. Orang
nak fikirlah ni,”
cebik Aria masam
dalam masa yang
sama hati dia
girang.
“ Okay, along tunggu.
Eh! Fahmi mana?
Tak nampak pun dia kat
sini? Melencong ke
budak ni?” seakan
baru tersedar dia
tidak melihat Fahmi
di situ bersama
Aria.
“ Along jangan
nak tuduh yang
bukan-bukanlah. Dia pergi
library kejap sementara
nak tunggu Pak
Jan ambik kami
kat sini,” Aria
menyanggah kata Firdaus.
Firdaus
tersengih kambing. Sorry!
“ Dah tu
pergi kuliah siapa
hantar? Pak Jan
ke?” Firdaus bertanya.
“ Taklah, mummy
hantar. Kereta Fahmi
break down tadi
sebelum nak keluar
rumah. Nak tumpang
Pak Jan tak
sempat sebab daddy
nak cepat, tu
yang mummy hantar.
Tapi dah suruh
Pak Jan hantar
kereta Fahmi pergi
workshop,” jelas Aria
menceritakan perkara sebenar.
Firdaus
membulatkan bibirnya membentuk
‘O’. Oh!
“ Call lah
Fahmi suruh dia
turun, along nak
bayar denda ni
sebab boikot korang.
Nanti along hantar
balik, okay? Lagi
satu call Pak
Jan tak payah
ambik, nanti kesian
pulak kalau dia
dah sampai sini
korang takde pulak,”
arah Firdaus.
“ Alah! Along
call lah Fahmi.
Aria malaslah!”
“ Eh budak
ni! Along suruh
dia, dia suruh
along pulak! Macam
mana along nak
call, dari tadi
dah berpuluh-puluh kali
along call Aria
dan Fahmi tapi
sekor pun tak
angkat! Takde-takde, call
Fahmi jugak lepas
tu call Pak
Jan. Jangan nak
jadi malas pulak!
Muda-muda lagi dah
pemalas. Cepat!” sanggah
Firdaus. Dia menarik
telinga Aria perlahan.
Gadis itu mengaduh
kesakitan.
“ Hisy along
ni! Sakitlah. Yalah
orang call lah!
Bisinglah!” gerutu Aria.
Mulutnya masih lagi
menceceh memarahi alongnya.
“ Along nak
pergi beli air
kejap, dah haus
ni. Jangan lupa
call tau!” pesan
Firdaus lagi sbelum
berlalu dari situ.
‘ Yalah along
kusayang! Bising betul
mengalahkan mak nenek! ‘
Aria. Aria. Tak
tahu dia pun
dua kali lima
jugak, kuat membebel!