Dheiya resah
di ruang rehat
penthouse yang luas
itu. Jarum jam
sudah pun menginjak
ke angka dua
belas tengah malam.
Entah mengapa hatinya
rasa tidak sedap.
Seakan ada sesuatu.
Dheiya risaukan Firdaus.
Sejak dari jam
lapan malam lagi
seaktu Firdaus keluar,
Dheiya sudah merasakan
debarannya.
Dheiya menarik
nafas. Keluhannya dilepaskan.
Blackberry ditangan yang
dihadiahkan oleh Firdaus
beberapa bulan dahulu
dipegang kejap. Berkira-kira
di dalam hati
perlu atau tidak
dia menghubungi lelaki
itu.
‘Kalau tak
call tak sedap
pulak hati aku.
Tapi dia aje
yang aku boleh
harapkan sekarang ni.
Ya Allah, kau
lindungilah suamiku walau
dimana pun dia
berada. Kau bantulah
hamba-Mu ini. Permudahkanlah segala
urusanku’, doa Dheiya
dalam hati.
Secara tiba-tiba,
telefon bimbitnya mengalunkan
nada ‘Kisah Dongeng’.
Melihatkan nama di
dada skrin, membuatkan
Dheiya sedikit tertanya-tanya. Rantai
leher silver berbentuk
hati warna merah
jambu itu dimain-mainkan dengan
jari. Entah mengapa
tabiat itu mula
ada, apa yang
pasti Dheiya amat
suka memegang rantai
itu. Terasa hati
Firdaus begitu dekat dengannya. Tapi
sekarang ini…
‘ Kenapa dia
call aku? Takpelah!
Tak payah susah-susah
aku susun ayat
kenapa aku call
dia nanti!’
Butang hijau
ditekan seraya telefon
pintarnya didekatkan pada
telinga.
“ Assalamualaikum, hello?” sapa Dheiya seperti biasa walhal dalam hatinya bagaikan nak gemuruh jantungnya.
“
Waalaikumussalam. Err.. Dheiya,”
jawab pemanggil di
sana.
“
Ya saya. Ada
apa ya Abang
Zaff call saya
ni? Abang Firdaus
takde kat rumah,
dia keluar,” ujar
Dheiya seraya terus
memberi jawapan walaupun
Zaff belum bertanyakan
soalan padanya.
‘Betul apa
dia nak cari
Firdaus. Takkan lah
dia saja-saja nak
call aku kot.
Memang cari nahas
namanya kalau tahu
dek Firdaus nanti!
Ngeri!’
Zaff tersenyum
kecil. Naïf sungguh
gadis ini. Terserlah
kelurusannya.
“
Keluar? Dia pergi
mana?”
“
Saya tak tahu.
Abang Firdaus tak
cakap apa-apa pun.
Awak tak call
dia ke? Saya
ingatkan Abang Firdaus keluar
dengan awak,” jawab
Dheiya perlahan. Punggungnya
dilabuhkan pada sofa
merah garang yang
empuk itu.
Kedengaran jelas
di pendengarannya keluhan
Zaff di hujung
talian. Dheiya bermain-main
dengan hujung baju
tidurnya yang separas
lutut berkain satin
itu.
“
Maaf kalau saya
ni dah masuk
campur dalam hal
peribadi awak dan
Fir. Tapi betul
ke awak dan
Fir ada masalah
sekarang ni?” tanya
Zaff hati-hati, sekali
lagi meminta kepastian.
Dia sudah
mendengar dari pihak
Firdaus, dan seharusnya
dia mendengar dari
pihak Dheiya juga.
Biarlah orang katakana
dia penyibuk sekalipun
tetapi dia tidak
sanggup melihat kegoyahan
rumah tangga sahabat
baiknya sendiri. Dan dia sendiri
terpanggil untuk membantu
jika termampu.
Dheiya mengetap
bibir kuat. hatinya
berbelah bahagi. Apa
yang perlu dia
jawab? Jauh disudut
hati Dheiya yakin
Zaff sudah pun
tahu akan masalahnya
dengan Firdaus tapi
Dheiya malu. Pasti
zaff beranggapan dia
seorang gadis yang
buruk akhlaknya.
“
Dheiya saya minta
maaf sekali lagi
kalau pertanyaan saya
tadi mengguriskan hati
awak. Tapi percayalah
yang saya hanya
berniat untuk membantu.
Fir.. Fir ada
ceritakan pada saya
semalam tapi saya
susah nak percaya
sebab saya yakin
awak tak macam
tu. Awak dah
saya anggap macam
adik saya sendiri,
seorang yang jujur
dan naïf, yang
terlalu tulus perasaannya.
Saya jugak tahu
apa perasaan awak
pada Fir, mustahil
kalau awak betul-betul
berpaling dari Fir,”
berhati-hati Zaff menuturkan
ayat agar tidak
menyinggung perasaan Dheiya.
Tidak mahu
mengungkap perkataan ‘curang’
itu kerana dia
yakin hati Dheiya
terlalu sensitif dan
rapuh. Dari hujung
talian, Dheiya cuba
menahan sebak di
dada saat air
matanya turun mencurah-curah dari
empangan tubir matanya.
Sebak kerana sikap
Firdaus yang tidak
mahu memberi peluang
padanya. Sebak juga
kerana masih ada
insan yang sudi
mempercayainya, insan yang
dianggap sebagai abang.
“
Sa.. saya dah
cuba explain pada
Abang Firdaus yang
itu semua hanya
salah faham, tapi..
tapi dia.. dia..
Saya dah tak
tahu nak buat
apa sekarang ni
awak. Saya tak
sanggup berpisah dengan
dia,” esakan Dheiya
akhirnya terhambur juga
di situ.
Berbicara tentang
sikap Firdaus padanya
amat mengguriskan hatinya.
Pantas itu juga
air matanya pasti
laju mengalir. Menjadi
peneman setia untuk
bersama-sama menanggung keperitan
rasa di hati.
Zaff mengeluh
perlahan. Memikirkan ayat
terbaik supaya dapat
membantu Dheiya dan
Firdaus kembali berdamai.
“
Saya faham perasaan
awak sekarang ni
Dheiya. Berdoalah banyak-banyak
supaya hati Fir
tu lembut. Sekeras-keras
kerak nasi pun
akhirnya lembut juga
kalau di siram
dengan air. Macam
mana awak pernah
lembutkan hati Fir
dulu dari luka
lama dia, macam
tu jugak yang
awak perlu buat
Dheiya. Fir tu
nampak aje keras,
garang dekat luar
tapi hakikat dalaman
dia awak sendiri
tahu kan macam
mana?” nasihat Zaff
lembut.
Hanya itu
yang terlintas difikrannya.
Apa-apa pun doa itu
senjata orang mukmin.
Yang Maha Besar
ada di atas
sana, menunggu doa
dan pengaduan dari
hamba-hamba-Nya.
“
Insya-Allah. Terima kasih
sebab sudi dengar
masalah saya dengan
Abang Firdaus,” Dheiya
memejamkan matanya seketika.
“
Fir tu buddy
saya Dheiya. Dia
ada masalah saya
mesti tolong selagi
termampu. Okeylah, saya
nak cari hubby
awak tu. Saya
tahu dia ada
kat mana,” kata-kata
Zaff memberi sinar
cahaya dalam hati
Dheiya. Dheiya mengukir
senyuman nipis.
“
Terima kasih awak”.
Hanya ucapan
itu sahaja yang mampu
di ungkapkan pada
Zaff. Tidak tahu
apa yang perlu
dia balas setiap
pertolongan Zaff itu.
hanya doa yang
mampu di titipkan
buat insan yang
dianggap sebagai abangnya.
Usai mematikan
talian, Zaff terus
menukar pakaiannya kepada
pakaian yang lebih
kasual dengan mengenakan
jeans lusuh dan
T-Shirt berkolar. Kakinya
pantas menuju ke
bilik adiknya yang
terletak bersebelahan dengan
biliknya.
Tanpa mengetuk
pintu, Zaff terus
menerjah adiknya yang
sedang ralit melayan
cerita Korea di
laptop. Zaff menggelengkan
kepalanya tanda jelak
dengan tabiat adiknya
itu. ‘ Takde kerja
lain agaknya budak
ni dari tadi
melayan drama Korea
aje!’ cemuh Zaff
dalam hati.
“
Ina! Jom keluar
ikut abang jap!”
arah Zaff dengan
tone suara yang
boleh dikira tahap
meluruh jantung.
Zufrina berdecit
kuat. Wajahnya masam.
Isy! Menyampah betullah!
Tak boleh tengok
aku senang langsung!
“
Takmo lah!”
“
Alah Ina, kejap
ajelah!”
“
Eeii! Orang kata
tak nak tu
tak nak lah!
Lagipun abang ni
dah rabun ke
apa? Cuba tengok
jam tu pukul
berapa sekarang? Gilalah
nak ajak orang
keluar tengah malam
macam ni?” bebel
Zufrina tidak puas
hati.
Hurmm.. kalau
dah abang tu pun kaki
membebel, adik pun
boleh berjangkit jugak!
“
Oi! Mana ada
peraturan dekat Malaysia
ni orang yang
keluar tengah malam
tu orang gila?
Kau ni duduk
kat negara mana
lah dik oii!”
tembak Zaff lagi.
Bukan boleh
kalah aku dengan
minah celup Korea
ni!
“
Amboii! Cantiknya bahasa
mu itu! Dahlah
nak minta tolong
orang, lepas tu
kutuk orang pulak!
Kalau macam ni
baik tak payah
tolong abang langsung!”
Zufrina memeluk tubuh
lalu terus matanya
melayan si hero
jambu lagi kacak
di dada skrin
laptopnya.
Zaff mengeluh
lemah. Alah! Payah
betullah minah ni!
Dahlah benda ni
penting! Janjinya pada
Dheiya harus ditepati.
Tambahan pula, Firdaus
sudah kembali kepada
sikap lamanya yang
gemar ke club
dan berpeleseran tidak
tentu arah. Mujur
juga sahabat baiknya
itu belum pernah
terjebat dengan arak,
pil-pil khayal dan
tidur dengan mana-mana
perempuan club.
“
Alah Ina, tolonglah
abang. Kejap aje.
Abang janji tak
lama pun! Kita
keluar kejap pastu
bila dah sampai
rumah kau tengoklah
cerita Oh My
Fairlady tu sampai
habis ya! Please!”
rayu Zaff lagi.
Bulat mata
Zufrina seketika. Ni
yang aku nak
marah ni!
“
Abang, cerita tu
Oh My Lady
lah! Bukan Fairlady
kereta sport tu!
Sebut tu biar
molek-molek sikit eh!
Kang mangamuk pulak
peminat Choi Siwon
ni!” tempelak Zufrina
marah.
Marahlah! Aku dahlah
top fanatic Siwon,
si pemilik lesung
pipit yang lagi
handsome dan kacak
tu! Dah lebih
kurang sama aje
kacak dia dengan
Abang Fir pulak!
Kah! Kah! Kah!
“
Yelah dik oi!
Apa-apalah! Cepatlah siap
sekarang! Dah tak
ada masa ni!”
gesa Zaff geram
dengan dolak-dalih Zufrina.
“
Eeii!! Yalah! Yalah!
Tapi nanti macam
mana kalau ibu
abah tahu kita
keluar lewat macam
ni?”
“
Alah! Jangan risaulah!
Ibu abah bukan
ada dekat sini
pun! Diorang kan
kat Brunei lagi!
Cepatlah siap Ina!
Dah takde masa
ni!”
“
Sabarlah sikit! Ingat
orang ni robot
ke apa? Hah!
Nak keluar tu
tolong tutup pintu sekali
ya? Takkan nak
nak tengok midnight
movie pulak kat
sini! Pergi! Pergi!
Keluar!”
Zaff ketawa
terbahak-bahak. Tak tahan
betul dengan bebelan
adiknya yang boleh
sampai tahap nenek
kebayan dah! Merapu
je budak ni!
###
Firdaus menyandarkan
tubuhnya pada sofa
lembut. Bau arak
dan rokok memenuhi
suasana yang kelam
dan berkilauan dengan
lampu club malam
itu. Muda-mudi tanpa
mengira jantina saling
berpelukan sambil menari
dengan rancaknya langsung
tidak menghiraukan halal
atau haram.
Fikiran Firdaus
benar-benar kusut. Setelah
sekian lama beberapa
bulan dia meng’haram’kan kakinya
menjejak lantai di
Heaven Club ini
namun dalam minggu
ini hampir setiap
hari dia menjadi
pengunjung setia di
sini, melepaskan semua
rasa tertekan dan
sakit hatinya di
sini. Entah mengapa
tempat ini yang
dia pilih Firdaus
sendiri tidak tahu.
Mungkin di sinilah
tempat pertemuan pertama
antara dia dan
juga seorang gadis
yang bernama Dheiya
Arisha.
Masih terdengar
lagi sayu suara
tangisan diiringi dengan
rayuan minta diri
dikasihani. Gadis yang
terlalu naïf. Langsung
tidak tahu apa-apa
tentang realiti Kota
Metropilitan ini. Kota
yang penuh dengan
ragam manusia yang
berhati jahat dan
suci, bersama berkongsi
di bawah satu
udara.
Firdaus meraup
lagi wajahnya. Ke
mana-mana dia pergi,
membawa langkah kakinya,
pasti wajah manis
dan comel itu
memenuhi ruang matanya.
Puas sudah di
tepis, dibuang dalam
hati, di humban
jauh-jauh ke dasar
jiwa, wajah lembut
dan mulus itu
tetap setia menemaninya
setiap saban waktu.
Sungguh Firdaus
lelah dengan semua
ini. Ya! Dia
benci mengetahui Dheiya
curang padanya, tetapi
jauh lubuk hati
dan jiwanya Firdaus
tidak mampu membuang
Dheiya begitu sahaja.
Dheiya seorang yang
begitu istimewa. Walau
betapa dia cuba
mengingatkan dirinya bahawa
perbuatan Dheiya yang
menzalimi hatinya itu
sukar dimaafkan, Firdaus
tidak mampu melupakan
Dheiya seperti mana
dia mampu melupakan
Karinna walaupun memakan
masa bertahun-tahun. Dengan
Karinna, dia bias
melupakan semuanya setelah
yakin dengan kekuatan
hati untuk terus
bangkit meneruskan hidup
tanpa insan tersayang
di sisi.
Tiara tersenyum
lebar melihat lelaki
pujaannya berada di
sini malam ini.
Tiara sudah siap
bersedia. Malam ini
dia tidak akan
melepaskan lagi lelaki
tampan itu terlepas
pergi. Berbulan-bulan Tiara
memendam rasa derita
kerana merindui lelaki
itu yang mendapat
tempat penuh di
hatinya. Dia sudah
tekad! Firdaus dan
dia akan melalui
detik indah yang
akan berlaku malam
ini supaya apa
yang terjadi pada
malam ini akan
membuahkan sesuatu dalam
tubuhnya dan dia
akan menggunakan alasan
itu untuk melepaskan
diri keluar dari
tempat neraka ini.
Tiara sudah
tidak sanggup untuk
melayan setiap lelaki
hidung belang yang
berlainan. Dia ingin
bersama dengan Firdaus
selama-lamanya. Biarpun menjadi
wanita simpanan sekali
pun, dia sanggup
asalkan dia bebas.
Dia yakin Victor
pasti akan melepaskan
dia setelah Firdaus
perlu mengeluarkannya nanti
kerana rasa tanggungjawab
pada ‘isi’ itu
nanti. Dia yakin
akan Firdaus. Sikap
gentleman dan tanggungjawab
lelaki itu benar-benar
memikat hati Tiara.
Bahkan, sudah pasti
Firdaus tidak mahu ‘hal’ itu
kecoh hingga sampai
ke pengetahuan media
dan dunia korporat
yang menjadi medium
Firdaus mencari rezeki.
Tiara tersenyum
sendirian. Langkahnya disebalik
gaun ketat merah
yang menampakkan hampir
seluruh tubuhnya di
atur kemas menuju
kepada Firdaus yang
memejamkan matanya. Sungguh
tampan wajah itu
walaupun dalam keadaan
resah dan tertekan.
Biar apa pun
jua risiko yang
akan berlaku, dia
sanggup menanggungnya, asalkan
impiannya untuk hidup
disamping jejaka idaman
setiap wanita itu
tercapai.
Firdaus membuka
matanya saat terasa
urutan lembut di
dahinya. Urutan halus
jemari itu sungguh
terasa sungguh nikmat.
Dalam silauan cahaya,
dia ternampak wajah
yang sering menemani
waktunya. Kabur. Dipejamkan
matanya lalu mencelikkan
matanya sekali lagi.
Tetapi bukan wajah
itu sebaliknya wajah
menggoda yang diselaputi
mekap yang tebal.
Firdaus membetulkan
duduknya. Senyuman kelat
dilemparkan pada Tiara
yang sentiasa senyum
padanya, yang sentiasa
menemani dia di
sini sejak seminggu
yang lalu.
“ Sayang,
you nampak stress
sangat. Kenapa?” soal
Tiara manja. Senyuman
menggoda seiring dengan
lengok tubuhnya.
“ Nothing!
I'm just tired.
Banyak kerja,” hanya
itu sahaja yang mampu
dijawab oleh Firdaus.
Lelaki tampan itu
tersenyum lebar.
Melihatkan kucing
Parsi yang manja
dihadapannya membuatkan Firdaus
terlupa akan si
isteri yang menanti
penuh rasa sabar
di rumah.
“ Okay
kalau macam tu
apa kata kita
menari nak? Boleh
releasekan stress you
tu. Jom!” ajak
Tiara seraya menarik
lengan Firdaus.
Dengan gaya
manja dan menggoda
Tiara yang hampir
meluruhkan imannya, Firdaus
akur juga dengan
ajakan Tiara. Alah!
Setakat menari, apa
ada hal?
Manusia! Sentiasa
akan terleka dan
lalai dek kerana
hasutan iblis laknatullah
yang selalu mencari
peluang menyesatkan umat
manusia kerana itu
janji mereka pada
Allah Ya Rabb!
###
“ Abang ni biar betul?! Buat apa kita datang sini? Ingatkan lepak mamak ke, pergi shopping kat uptown ke? Eh! Abang jangan buat hal! Tahu dek ibu abah nanti tak cukup tanah abang kena kejar dengan parang!!” bertalu-talu das tembakan soalan dan bebelan Zufrina hingga membuatkan Zaff ingin mencubit mulut adiknya itu.
Mata Zufrina
membulat dan meliar
sana sini melihat
pintu masuk kelab
malam yang mewah
itu. diperhatikan sahaja
manusia yang tidak
segan silu masuk
ke tempat haram
itu. Dia memandang
abangnya dengan rasa
tidak percaya.
‘Sejak bila
abang aku ni dah
mula
pandai bijak bestari
datang tempat macam
ni? ‘
“ Isy!
Mulut tu boleh
tak jangan nak
fikir yang bukan-bukan?!
Bagi abang explain
dulu!” marah Zaff.
Zufrina menarik
muncung sambil berpeluk
tubuh. Fairlady 350Z
milik abangnya tersadai
tidak jauh dari
night club tersebut.
“ Hah
explain lah cepat!”
jeling Zufrina pada
abangnya lagi. Ek
eleh adik aku
ni! Minta tolong
sikit kerek nak
mampus!
“ Macam
ni! Abang ajak
Ina datang sini
sebab abang nak
cari Fir kat
dalam tu, bawak
dia balik,” jelas
Zaff. Zufrina mengerutkan
dahinya.
“ Datang
sini nak cari
Abang Fir? Dah
tu apa kena
mengena pulak dengan
Ina?”
“ Yalah!
Abang nak heret
si Fir tu
balik! Kalau nak
suruh dia balik
sendiri alamatnya sampai
pukul tiga pagilah
baru dia nak
balik! Ina drive kereta
abang sebab abang
nak drive kereta
Fir sampai penthouse
dia. Ina followlah
kat belakang,” ujar
Zaff lagi.
Bertambah kerutan
di dahi Zufrina.
“ Yang
abang sibuk-sibuk sangat
nak suruh Abang
Fir tu balik
apasal? Biar ajelah
dia balik sendiri.
Bukannya dia tak
tahu jalan balik
rumah dia selama
ni. Abang ni
mengarutlah!” bantah Zufrina.
“ Ina
tak payah lah fikir
karut komedia ke
apa ke apa
yang abang cakap.
Abang nak Ina
buat aje apa
yang abang suruh!”
“ Fine!
Boleh! Tapi takde
service dalam dunia
ni percuma tau!”
Zufrina menjongketkan keningnya.
Bermain tarik tali dengan abangnya.
Zaff berdecit
seraya mengeluh. “
Okay! Bulan ni
abang tambahkan elaun
Ina dua ratus!”
“ Alaa..
dua ratus aje? Lima ratus
la!”
Eh! Eh!
Melampau pulak budak
ni. Dahlah tolong
tak seberapa aje!
“ Amboi!
Demand! Takde-takde! Dua
ratus aje! Kalau
tak nak takpe!
Abang minta orang
lain tolong!”
“ Okeylah-okeylah! Orang
tolong! Nak gurau
sikit pun tak
bolehlah abang ni!”
“ Hah!
Abang nak keluar
pergi cari Fir.
Ina tunggu kat
sini sampai abang
datang. Jangan lupa
lock pintu. Jangan
buka selagi abang
belum sampai. Kalau
ada apa-apa abang
call aje Ina
nanti!” Zaff mula
memberi arahan.
Zufrina mengangguk
mengerti. Matanya sudah
mula mengantuk. Tapi
apa boleh buat,
demi elaun tambahan
dua ratus tu,
dia gagahkan juga.
Takkan abang minta
tolong sikit tak
nak tolong kan?
Ikut ajelah!