Bab
3
Firdaus melangkah
keluar dari The
Heaven sambil jari
telunjuknnya
memusing-musingkan kunci kereta.
Dia bersiul riang,
bagaikan terlalu bahagia
lagaknya.
Bahagia? Bahagia
dapat jumpa Tiara?
Hah! Memang taklah
kan! Bukan boleh
buat bini pun!
Stok suka-suka, pegang-pegang, cium-cium
bolehlah! bisik hati
jahat Firdaus. Ketawa
sinis terpacul dari
ulas bibirnya.
Baru
sahaja dia hendak
menarik pintu kereta,
matanya menangkap sebuah
kereta 4x4, meluncur laju
masuk ke persimpangan
lorong gelap. Bagaikan
mengejar sesuatu yang
penting.
‘
Ah! Lantaklah nak
kejar gajah sekalipun!’ bisik
hati Firdaus.
‘ Kau
tak nak tahu
ke? Entah-entah….’
Namun entah
mengapa hatinya persis
ditarik-tarik sesuatu perasaan
pelik. Nalurinya kuat
sekali untuk mengetahui
sebab musabab kereta
tersebut meluncur dengan
laju walaupun keadaan
jalan itu sempit
dan gelap.
Firdaus terus
masuk ke tempat
duduk pemandu namun
enjin kereta tidak
pula dihidupkan. Dia
berpaling ke belakang,
melihat kawasan simpang
yang baru sahaja
dimasuki oleh kereta
4x4 itu.
Entah dirasuk
apa, Firdaus menghidupkan
enjin kereta Nissan
Skyline kesayangannya lalu
terus dihalakan ke
arah lorong sempit
itu. Lampu kereta
tidak dihidupkan, bimbang
jikalau penghuni 4x4
itu menyedari akan
kehadirannya.
‘ Isy! Apehal
lah yang aku
gatal nak skodeng ni?
Tapi aku nak
tau la apesal kereta
tu bawak laju
semacam aje!’ suara
dalam Firdaus masih
lagi bertelagah dengan
akalnya yang menegah.
Kereta diberhentikan
disebalik bangunan apabila
kereta 4x4 itu berhenti
di satu lorong
sunyi namun masih
jelas kedengaran bingit
muzik kuat terpasang
dari dalam kelab
malam.
“ Tak
silap aku ni
bahagian belakang Heaven ni. Diorang
ni buat apa?
Seludup dadah agaknya,”
kata Firdaus seorang
diri. Dah macam
orang gila pun
ada cakap sensorang!
Tak berpuas
hati, dia lantas
keluar dari keretanya
lalu mendekati tempat
itu. Tubuhnya disembunyikan
di balik timbunan
tiang bangunan yang
lebar. Mata Firdaus
tajam dan ligat
memerhatikan setiap pergerakan
penghuni kereta 4x4 itu.
‘ Gilalah
aku buat macam
ni!’ kutuk Firdaus
pada diri sendiri.
‘ Sedar
pun kau!’ marah
satu suara lain pula.
‘ Ah!
diamlah kau!’
Tak puas
hati lagi dia
mendekatkan diri dengan
beberapa orang manusia
yang diyakini 100%
adalah orang bawahan Victor,
si pemilik The Heaven.
Lelaki tua dalam
linkungan lewat 40-an
yang berada dihadapan
Victor pula langsung
dia tak kenali.
Kening Firdaus
terjongket. Perbualan di
antara Victor dan
lelaki tua itu
semakin menambahkan rasa
curiganya. Malah dia
merasakan ada sesuatu
yang tersembunyi di
dalam kereta itu
kerana sejak dari
tadi lagi jari
Victor dah lelaki
tua itu menunjuk-nunjuk ke
arah tempat duduk
penumpang.
“ Aku
dah bagi perempuan
ni kat kau. Fresh
dan dara lagi!
Hutang aku dah settle!
Lepas ni jangan
suruh konco-konco kau
ni cari aku
lagi!” balas lelaki
tua itu dengan
nada marah.
“ Hey Bakar!
Relax lah. Kau
janganlah nak marah-marah
sangat! Okey aku
janji, aku takkan
kacau kau lagi.
Lagipun, kau dah
bagi aku habuan
yang lumayan apa?
Memang bagus lah
kau ni!” balas Victor
sinis. Tubuh gadis
muda yang masih
terlantar di bahagian
belakang tempat duduk
penumpang itu dijeling
sekilas.
“ Ah!
Tak tak kisah
lah apa kau
nak cakap pun!
Aku dah tak
peduli! Aku blah dulu!”
balas lelaki tua
yang bernama Bakar
itu lantas berlalu
dari situ.
Kali ini
kening Firdaus dua-dua
terjongket. ‘Perempuan? Cantik
ke?’ Akal jahat
Firdaus mula menjengah.
Senyuman tersirat terukir
dibibirnya.
Victor ketawa
sinis. ‘ Bodohlah kau ni
Bakar!’ cemuh Victor dalam
hati. Kemudian dia
berjalan ke bahagian
tempat duduk penumpang
belakang. Tubuh gadis
yang bernama Dheiya
itu dipandang lama.
Bagaikan masih terbau
‘kesegaran’ yang dimiliki
Dheiya. Sudah terbenak
di pemikirannya yang
Dheiya pasti akan
mendatangkan keuntungan buat
dirinya.
Dia berpaling
semula pada lelaki
seramai tiga orang
yang setia menunggu
arahannya. Tangannya dicekakkan
pada pinggang.
“ Buat
apa yang aku
suruh tadi!” arahnya
lantas terus masuk
ke dalam apabila
deringan telefon bimbitnya
berbunyi nyaring. Pelanggan
tetapnya sedang mencari,
harus dia menjawab.
Duit! Duit!
Tiga lelaki
tersebut berbincang sesuatu
sebelum salah seorang
antara mereka masuk
ke dalam melalui
pintu belakang The Heaven.
Seorang lagi memandang
ke sekeliling bagaikan
memerhatikan keadaan sekitar
manakala seorang lagi
cuba untuk mengangkat
tubuh gadis muda
itu.
Firdaus berjalan
perlahan-lahan hingga berhenti
di belakang kereta
4x4, dan
amat berhampiran sekali dengan
lelaki yang sedang
leka memerhatikan rakanya
yang cuba mengeluarkan
perempuan muda dari
dalam kereta itu
dalam jarak 10
meter.
Mulut dan
hidung ditekup kuat
dari belakang lalu
dengan pantas leher
lelaki tersebut dipulas laju. Serentak dengan
itu, tubuh lelaki
tersebut longlai mencecah
tanah. Firdaus mencebik.
‘
Badan dah macam
Hulk Hogan, tapi
lembik!’ cemuh Firdaus
dalam hati.
Kemudian matanya
ditala pada belakang
tubuh seorang lagi
rakan lelaki tersebut
yang membongkok. Belum
sempat tubuh perempuan
muda itu dikendong,
satu hentakan kuat
mengena belakang kepalanya.
Tubuh perempuan itu
terlepas kembali ke
kusyen kereta.
Dia berpaling
ke belakang dengan
tangan yang ditekap
kuat ke belakang
kepala. Wajahnya menyeringai
kesakitan. Belum sempat
berbuat apa-apa, wajahnya
disinggah tumbukan. Terhentak
kuat tubuhnya ke
kereta sebelum melorot
jatuh ke aspal.
Tanpa membuang
masa, Firdaus menjengah
kepalanya ke dalam.
‘ Nak buat apa
ni?’
‘
Selamatkan dia Fir!’
‘
Tapi nak
buat apa?’ soalnya
laju.
‘
Buat ajelah! Tak
kesian ke kat
dia? Dia perlukan
pertolongan kau!’ marah
hatinya lagi.
Wajah perempuan
muda itu direnung
sekilas sebelum menyeluk
tangannya untuk memaut
tubuh itu. Pantas
tindakannya hingga akal
tidak mampu mencelah
meluah pendapat. Kata
hatinya bagai menderu
laju agar bertindak
cepat.
“ Hoi!!”
sergah suara dari
belakang.
Firdaus lantas
berpaling ke belakang
apabila seorang lagi
lelaki daripada tiga
orang tadi terus
menerkamnya. Firdaus lantas
mengelak saat tumbukan
lelaki itu ingin
singgah di pipinya.
Sebaliknya sikunya dihentak
kuat pada belakang
lelaki tersebut. Terjelapuk
lelaki itu ke
badan kereta. Belum
pun sempat dia
menstabilkan diri, Firdaus
pantas menghentak belakang
badan dan belakang
lutut lelaki itu
dengan lututnya.
Diletakkan lengannya
pada leher lelaki
tersebut sebelum ditarik kuat
ke belakang. Rontaan
lelaki tersebut berhenti
dan tubuhnya Firdaus
lepaskan ke lantai
aspal. Matanya terus
dihalakan pada susuk
tubuh yang terbaring
lemah di bahagian
tempat duduk penumpang.
‘ Cepat
Fir! Bawak dia
pergi dari sini!’
arah satu suara.
Tanpa bertangguh
lagi, tubuh petempuan
muda yang masih
tidak sedarkan diri
itu diangkat menuju
ke keretanya yang
diparkir tidak jauh
dari kawasan tersebut.
Enjin kereta cepat-cepat
dihidupkan sebelum keretanya
menderu laju meninggalkan
lorong gelap tersebut.
NISSAN SKYLINE
diberhentikan di tepi
bukit yang sunyi.
Nafasnya dihela kasar.
Turun naik dadanya
memikirkan tindakan drastik
yang dilakukan tadi.
‘ Kenapa
aku buat semua
ni?’
Firdaus meraup
wajahnya berulang-ulang kali.
Bagaikan tak percaya
apa yang dia
lakukan kini. Gadis
muda yang masih
terpejam matanya dipandang
dari tepi. Wajah
itu jelas dapat
dilihat meskipun cahaya
bulan tidak terang
malam ini.
‘ Dah
gila agaknya aku
ni! Untuk apa
aku buat semua
ni? Kenapa aku
bawak dia dengan
aku? Aku tak
kenal dia pun,’
keluh Firdaus lemah
dalam hati.
‘ Dia
perlukan pertolongan kau
Fir! Kesian dia,’
jawab satu suara.
‘ Gilalah!’
‘
Kau tak
gila Fir! Kau
dah buat perkara
yang betul,’ balas
suara itu lagi.
‘ Tapi
apa aku nak
buat dengan perempuan
ni?’
Suara itu
tidak menjawab. Hingga
kini persoalan itulah
yang membelenggu otaknya
yang serabut kala
ini. Akalnya masih
ligat berfikir sehingga
dia mendengar bunyi
pergerakan dari arah
sebelah.
“ Tolong!
Jangan! Jangan! Tolong!
Ibu!! Ibuuu!!” jerit
lemah gadis itu.
Kepalanya bergerak kiri
dan kanan. Seakan-akan
meracau.
Firdaus terkejut.
Tangannya cuba memegang
bahu gadis itu
lalu mengoncangnya dengan
sedikit kuat.
Dheiya terjaga
dari igauannya ngerinya.
Nafasnya turun naik
mendadak bagaikan baru
lepas lari marathon
beratus meter. Pegangan
Firdaus terlepas dari
bahunya. Matanya masih
lagi singgah pada
si gadis yang
tak diketahui namanya.
Kosong!
Dheiya menekup
wajahnya sambil air
matanya laju menuruni
pipi. Takut akan
mimpinya hinggakan langsung
tidak sedar akan
keadaan dirinya. Menyedari
akan hakikat mengejut
itu, Dheiya mengangkat
kepalanya.
Matanya melingas
memerhati keadaan sekeliling
yang telah berubah.
Wajahnya berubah pucat
melihat seorang lelaki
asing yang tak
pernah ditemuinya sedang
ralit memandang dirinya.
Tanpa berfikir
panjang lagi, Dheiya
cuba membuka pintu
kereta namun gagal.
Dia terkunci! Dheiya
cuba berkali-kali.
“ Encik,
lepaskan saya! Jangan
buat saya macam
ni,” rayu Dheiya
dengan wajahnya yang
penuh dengan kesan
tangisan.
“ You nak
pergi mana?!” soal
Firdaus dingin. Wajahnya
dipandang ke hadapan
semula. Rimas!
“ Saya
nak balik rumah
saya. Encik tolong
lepaskan saya! Saya
takut,” rayu Dheiya
lagi. Esakannya sukar dihentikan.
Hakikatnya, dia sungguh
takut. Dia mahu
pulang. Dia mahu
ke kubur Ibunya.
“ Encik
tolong saya. Jangan
buat saya macam
ni! Saya janji
saya akan bayar
hutang Pak Cik
Bakar. Saya janji!”
ujar Dheiya lagi
seakan-akan menganggap bahawa
lelaki inilah yang
bercakap dengan Pak
Cik Bakar tempoh
hari. Dia akan
dijual oleh Pak
Cik Bakar kepada
lelaki ini!
“ You cakap
apa ni?!” soal
Firdaus dengan dahi
yang berkerut seribu.
Dhieya menggelengkan
kepalanya. Lama dia
berdiam diri sebelum
menyambung. “ Saya…
tahu Pak Cik
Bakar pernah.. janji
pada Encik untuk
jual saya kan?
Sebab Pak Cik
Bakar dah.. banyak berhutang
dengan.. Encik.”
Firdaus terdiam.
Dia masih menunggu
lagi butir-butir bicara
dari bibir mungil
itu. “ Sa..
saya janji.. saya
akan bayar hutang..
tu Encik.”
Firdaus mencebik
dan akhirnya ketawa
sinis sambil matanya
memandang ke arah
sisi tingkap. Dheiya
terpinga-pinga. Dia tidak
faham akan maksud
reaksi lelaki asing
itu.
Tanpa berkata
apa-apa lelaki itu
terus menurunkan brek
tangan lalu pedal
minyak di tekan
laju membelah jalan
lebar yang agak
sunyi.
Dada Dheiya
berdebar kencang. Ya
Allah! Dia nak
bawa aku ke
mana ni?
“ Encik…”
belum sempat Dheiya
menghabiskan ayatnya Firdaus
mencelah dingin.
“
I don’t want
to talk to
you now! Just
shut up your
mouth or you’ll
regret!”
Bab
4
Dhieya duduk
berteleku di atas
sofa empuk berwarna
merah garang. Dia
diam tidak berkutik.
Takut untuk menetap
wajah serius Firdaus
sejak dari dalam
kereta lagi. Dari
sana jugalah dia langsung tidak
mendengar suara Firdaus
setelah lelaki itu
menjerkahnya.
Firdaus duduk
di sofa berhadapan
dengan Dhieya. Tangannya
di rapatkan lalu
menongkat dagunya. Matanya
masih tajam memandang
wajah putih mulus
Dhieya.
Tidak
tahan
dengan keadaan sepi
sebegini, Dhieya bersuara
perlahan.
“
Kenapa Encik bawa
saya ke sini?
Saya nak balik
rumah saya.”
‘Oh! Ada
suara rupanya perempuan
ni. Ingatkan bisu
tadi. Aku saja
je diam, nak tengok reaksi
dia macam mana’.
“ Kenapa?
You rasa
kenapa?” tanya
Firdaus berdolak-dalik. Nadanya
masih dingin dan
matanya tajam merenung
Dheiya yang sejak
tadi tidak berani
memandang wajah Firdaus.
Wajah Dheiya
berubah mendung. Dadanya
terasa sebak dan
sempit. Matanya mula
berair. “ Si..
sini bukan tempat
saya. Encik.. Saya
bu..bukan..”
“
Pelacur maksud you?!” pintas
Firdaus laju, dingin.
Dheiya terdiam.
“
You know what?
You should thank
to me for
bring you here. Kalau
I takda waktu you
pengsan tadi, I
gerenti waktu sekarang
ada jantan lain
dekat sebelah you
dan…”
“ Encik!”
Dheiya terjerit. Wajahnya
ditekup. Ya Allah!
Sehina itu kah
dia? Tapi apa
yang telah berlaku
sebenarnya? Mengapa lelaki
ini pelik tingkah
lakunya?
“
What?
You marah?
Heh!” Firdaus ketawa
kecil, sinis.
“ Itu
yang you cakap pada
I tadi kan? Your…
what is he
name? Whatever. Dia nak jual you
pada bapak ayam.
I tak tahu
apa diorang dah buat
pada you sampai you pengsan
but should
really be thankful
to me sebab
dah susah payah
selamatkan you dan bawak you
datang sini! Is it
that clear enough
to you?” sambung
Firdaus panjang lebar.
Matanya tajam bagaikan
helang yang ingin
menerkam mangsanya bila-bila
masa sahaja.
Dheiya terdiam.
Wajahnya diangkat perlahan
memandang wajah tampan
yang dingin dan
tegas itu. Dahinya
berkerut sedikit. ‘
Dia.. dia selamatkan
aku?’
“ Ke..
kena..”
“ Kenapa
I bawak you ke
sini you tak perlu
tahu! I nak
buat apa pada you,
that’s my
business. Tapi you
kena ingat, tak
ada benda free dalam
dunia ni,” tempelak
Firdaus sinis namun
hati dan akal
masih bertingkah. Apa
yang kau dah
buat ni Fir?
Dheiya terkesima.
Apa maksud lelaki
ni? Apa yang
dia nak buat?
Ya Allah! Apa
yang ingin kau
tunjukkan padaku sebenarnya?
“ En..
Encik nak…”
“ Ohoo! I’m
not that type
okay! I tak
mintak banyak just listen
to every my
single words! Clear?”
Pantas sahaja
Firdaus bangun dari
duduknya lalu melangkah
menuju ke anak
tangga namun dia
berpaling seketika. “ But..
kalau you sanggup jadi
‘hamba’ I seumur
hidup, I appreciate that! Bukan
senang I ‘ambik’
you dari
si Victor tu!”
Sinis. Pedas.
Mencucuk-cucuk tajam hatinya
yang sudah sedia
berdarah ini.
“ Ops!
Lupa pulak. I
ni bukanlah kejam
sangat nak biarkan
gadis cantik macam you
ni duduk kat
sini aja. Tu
bilik you," Firdaus mengunjukkan
bibirnya ke arah
pintu bilik yang
berdekatan dengan dapur.
Dia terus melangkah
menuju ke tingkat
atas.
‘Arh!!
Letihnya!’ rungut Firdaus.
Dhieya terkapai-kapai sendirian.
Perlahan-lahan dia melangkah
menuju ke arah
pintu bilik yang
telah ditunjukkan oleh
Firdaus tadi. Melihatkan
suasana bilik itu,
dia mengucapkan syukur
lalu terus merebahkan
tubuhnya ke tilam
empuk itu. Matanya
perlahan mulai layu.
Terasa malam ini
merupakan suatu malam
yang ajaib bagi
dirinya. Hidupnya bakal
berubah selepas ini
tetapi tidak tahu
berubah bagaimana. Dia
pasrah. Semuanya Di
serahkan kepada Allah.