Firdaus merenung
jauh ke arah
kepulan awan putih
di langit biru
itu. Penerbangan ke
London yang memakan
masa hampir berbelas
jam lamanya mula merimaskan Firdaus.
Menaiki pesawat peribadi
membuatkan Firdaus berasa
kesunyian.
Laptop di
hadapan tidak dihiraukan.
Mengelakkan kebosanan, sudah
berkali-kali dia mengulang
semak beberapa laporan
dan dokumen dihadapannya
memastikan tiada sebarang
kesilapan sebelum seminar
konvensyen yang menghimpunkan
semua wakil negara
di Eropah. Sebagai
Pengarah Syarikat kepada
Merida Holdings dia
perlu sekali-sekala melawat
rangkaian Merida Hotel
di luar negara
terutama di beberapa
bahagian Eropah kerana
Merida Hotel masih
kekurangan rangkaian hotel.
Seminar ini
penting kerana selaku
Pengarah Syarikat dia
akan membentangkan proposal
dihadapan wakil setiap
negara di Eropah
untuk memberi kelulusan
dan pengiktirafan sekaligus
aktiviti pembinaan dapat
dijalankan secara serentak
di beberapa buah
tempat. Merida Hotel
mendapat tempat di
mata dunia kerana
menyediakan pakej penginapan
yang selesa dan
lebih kepada keislaman.
Malah Merida
Hotel juga menjadi
kebanggaan orang Islam
di dunia kerana
berani membariskan hotel
yang berunsurkan keislaman
di medan antarabangsa
sebaris dengan hotel-hotel
terkemuka di dunia
sekaligus turut mempromosikan
kebudayaan Malaysia.
Pemergiaan dia
ke London sikitpun
tidak dikhabarkan pada
Dheiya. Dia ingin
meredakan rasa marahnya
pada Dheiya dan
masa yang ada
akan cuba dimanfaatkan
sebaik-baiknya untuk berfikir
akan hala tuju
hubungan mereka selepas
ini.
Kata Tan
Sri Sy. Fahim,
ada baiknya mereka
berjauhan seketika. Mungkin
selepas pulang nanti
dari London hatinya
akan lebih lapang
dan boleh berfikir
secara rasional. Firdaus
juga ingin membuktikan
kredibilitinya sebagai Pengarah
Syarikat yang menggantikan
daddynya bahawa dia
mampu membawa nama
Merida Holdings ke
puncak yang tinggi.
Segala gossip
atau cerita panas
yang kian tersebar
di laman sosial
dan juga media
penulisan tidak pernah
diambil peduli Firdaus
kerana itu semua
adalah kerja dunia
hiburan yang tak
putus-putus mengorek cerita
kehidupan peribadi orang
ternama. Firdaus tidak
suka orang mengenalinya
hanya kerana cerita
panas yang dimomokkan
tetapi biarlah dia
dikenali kerana mengangkat
nama Malaysia di
mata dunia.
Mujur juga
sehingga kini tiada
satu pun paparazzi
dapat menangkap hubungan
rahsianya dengan Dheiya
kerana Firdaus terlalu
berhati-hati. Hanya sekali
gambar dia dan
Dheiya terpampang di
muka depan majalah
semasa mereka di
Sunway Pyramid tetapi
ramai yang menganggap
itu adalah kebiasaan
Firdaus yang sering
bertukar-tukar perempuan. Cerita-cerita
yang keluarkan paparazzi
itu banyak yang
tak betul daripada
betulnya. Malah keluarga
mereka mempunyai sekuriti
yang ketat untuk
menghalang cerita-cerita privacy
keluarga mereka dibocorkan.
Teringat akan
Dheiya, Firdaus memejam
matanya rapat. Jauh
di lubuk hati
dia rindukan Dheiya
sebenarnya. Terbit rasa
bersalah kerana memperlakukan
Dheiya sedemikian rupa.
Firdaus akui dia
begitu bodoh kerana
terlalu turutkan rasa
hati dengan mencerca
Dheiya. Masih terngiang-ngiang lagi
panggilan Dheiya agar
jangan meninggalkannya tapi
satu suara kuat
membisikkan padanya untuk
meninggalkan Dheiya.
Rasa marah
dan kecewa masih
bersisa di dalam
dada. Sukar baginya
untuk menerima apa
yang dilihat didepan
matanya tapi itulah
realiti. Pertama kali menyentuh Dheiya,
Firdaus mnerasakan satu
perasaan yang luar
biasa. Fikirannya tatkala
itu kosong, yang
ada hanya rasa
bahagia. Persoalan yang
selama ini Firdaus
pendam di benaknya,
akhirnya terjawab. Bukti
tompokan yang pernah
dilihat sekilas sewaktu
dia terkocoh-kocoh untuk
berpakaian pada pagi
itu menjadi jawapan.
Ada terdetik rasa
lega dijiwa sementelah
dia menjumpai Dheiya
di kelab malam.
Keluhan terpacul
lagi dari bibirnya.
Fikiran Firdaus sedikit
kusut. Rasa kasihan pada
Dheiya tetapi perasaan
sakit di hati
tak boleh ditipu.
Moga-moga berjauhan ini
memberikan dia ruang
sendirian untuk berfikir
semasak-masaknya.
“
Dheiya….”
###
Dheiya terjaga
dari lena. Matanya
terpanah pada langsir
di balkoni yang
membuai lembut di
tiup angin. Hembusan
bayu angin dari
pintu sliding door
yang terbuka itu
menyapa lembut kulit
wajahnya. Rerambutnya yang
berjuntai tertiup lemah.
Dheiya merasakan
ada seseorang memanggilnya.
Siapa? Hembusan angin
yang bertiup pada
wajahnya seakan-akan menghantar
mesej, memanggil namanya.
Dheiya bangun dari
pembaringan di sofa.
Pipinya masih lagi
berbekas dengan air
mata yang sudah
pun berhenti setelah
Dheiya tertidur kepenatan
menangis.
“ Firdaus…”
Mengalir lagi
air matanya. Hatinya
begitu sensitif. Sebut
sahaja sebaris nama
itu, membuat jiwanya
kembali lemah. Tidak
bermaya. Hanya kerinduan
yang membuak-buak di
hati. Sudah berhari-hari,
Firdaus terus menyepi.
Untuk menghubunginya jauh
sekali. Walau hanya
mesej belum tentu
lagi.
Dipegang lagi
rantai berbentuk hati.
Hadiah pemberian Firdaus
sewaktu di Port
Dickson ditatap. Berbagai
rasa di dadanya
saat ini. Setiap
kali rindu pada
Firdaus, setiap kali
itulah Dheiya akan
memegang rantai itu.
rantai leher itu
sangat bererti pada
Dheiya. Melambangkan penyatuan
dua buah hati
kerana nama mereka
terukir elok pada
bingkai bentuk hati
itu.
Matanya kembali
memandang ruang di
penghouse itu. Aura
Firdaus dirasakan sungguh
kuat walaupun lelaki
itu telah pergi
meninggalkanya entah ke
mana. Dheiya merasakan
bayangan Firdaus berada
di mana-mana. Wajah
Firdaus senyum, ketawa,
masam, terkejut, marah
semuanya masih kekal
jelas di mindanya.
Suara lelaki itu
tetap terpahat kukuh
di hati.
Dheiya memerhati
lagi pemandangan dalam
ruang penthouse itu.
Entah berapa lama
lagi dia akan
berada di sini.
Terdetik di hati
untuk keluar pergi
meninggalkan rumah ini
seperti yang diinginkan
sewaktu awal menjejakkan
kakinya disini tetapi
hatinya keras menghalang
hasratnya. Selagi belum
mendapat kata putus
daripada Firdaus tentang
hala tuju hubungan
mereka, Dheiya merasakan
tidak patut keluar
dari situ. Melainkan
Firdaus benar-benar ingin
melepaskannya, barulah Dheiya
akan pergi. Tetapi
kemanakah dia hendak
pergi? Hanya Firdaus
sahaja yang dia
ada di dunia
ini.
Tegakah Firdaus
membuangnya? Mengingatkan kata-kata
Firdaus pada kali
terakhir mereka di
rumah ini, hati
Dheiya terdetik kuat
mungkin Firdaus akan
mengotakan janjinya untuk
melepaskan Dheiya bila
tiba masanya nanti.
Air matanya
mengalir lagi tanpa
dipinta. Membayangkan perkara
itu akan terjadi
nanti, Dheiya rasa
sungguh sebak. Entah
bagaimana perasaan dan
reaksinya nanti. Adakah
Dheiya gembira kerana
bebas seperti yang
diinginkan dahulu? Atau
berasa sedih kerana
perlu berpisah dengan
Firdaus?
Untuk masuk
ke dalam keluarga
lelaki itu, Dheiya
akui bukan senang.
Keluarga Firdaus bukan
calang-calang orang ternama.
Cuma mereka mempunyai
privacy yang kuat
membuatkan kehidupan keluarga
mereka tidak diketahui
umum.
Siapalah Dheiya
hendak dibandingkan dengan
darjat yang dimiliki
keluarga suaminya. Harta?
Pangkat dan kedudukan?
Jauh sekali! Sememangnya
Dheiya merasakan dia
tidak layak berada
disamping keluarga itu.
Memang benar bapa
mertua dan adik-adik
iparnya menerima Dheiya
tetapi bagaimana dengan
ibu mertuanya? Mendengar
sahaja dari cerita
Firdaus, Dheiya tahu
Puan Sri Sy.
Faridah itu bagaimana
orangnya. Mengimbas kembali
kemarahan Emilina tempoh
hari di telefon
Dheiya mengagak pilihan
hati Puan Sri
Sy. Faridah untuk
dijadikan menantu. Sudah
pasti yang berharta
dan paling utama
sedarjat dengan keluarga
mereka. Keturunan Syed
dan Syarifah!
~Stacy-Kisah
dongeng~
Ku sedar
ku tak seberapa
Jika dibanding
mereka
Yang jauh
lebih megah
Dari diri
ini
Jika
hendak dibandingkan dengan
Emilina dan Karinna,
ternyata Dheiya jauh
ketinggalan belakang menjadi
menantu pilihan kepada
Puan Sri Sy.
Faridah. Dari segi
pelajaran, rupa dan
latar belakang keluarga,
tidak mampu untuk
bersaing merebut Firdaus
yang sentiasa menjadi
idaman ramai wanita.
Bahkan untuk dicalonkan
juga belum tentu
Dheiya layak!
Apa yang
mampu ke berhias
Hanyalah hati
yang ikhlas
Terpendam simpan
untuk dia yang
sudi
Dheiya sedar dia tidak
mempunyai apa-apa harta
atau pangkat yang
boleh dibanggakan jika
untuk berdampingan dengan
Firdaus. Namun, dia
punya hati dan
perasaan yang tulus
mencintai Firdaus. Hanya
lelaki itu yang
mampu mengetahui keikhlasannya
dan bukan harta
semata-mata.
Cintai aku
dengan seadanya
Cintai aku
bukan kerna rupa
Dalam waktu
sendu dalam waktu
hiba
Kuharapkan dia
rela..
Cintai aku
dengan seadanya
Sanggup menerima
insan tak sempurna
Atau mungkin
cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng
saja..
Dalam
doa, Dheiya mengharapkan
kisah cinta hubungan
hati antara dia
dan Firdaus umpama
sebuah kisah dongeng
yang sering kali
menjadi impian, untuk
hidup bahagia selama-lamanya. Ending
of the story
is happily ever
after! Alangkah gembiranya
hati jikalau itu
mampu menjadi sebuah
kenyataan dalam hidup.
Namun Dheiya sedar,
tiada jalan menuju
kebahagiaan semata-mata jika
tiada dugaan yang
melanda menanti di
setiap perjalanan itu.
Belum pernahku
merasakan
Dipeluk dalam
dakapan
Eratnya pelindungmu
Jiwa rapuh
ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang
teman
Terus mencurah
kasih
Sepenuh hati…
###
Tepukan kuat
bergema di seluruh
ruang mewah dewan
konvensyen Merida Hotel yang
menyaksikan sebuah lagi
usaha gigih anak
muda Malayu untuk
mengembangkan sayap perniagaan
di medan antarabangsa.
Majlis konvensyen yang
turut dihadiri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia,
Duta Malaysia di
London serta beberapa
lagi rakyat Malaysia.
Mereka begitu menganggumi
kredibiliti seorang pemuda
yang berusaha menapak
dan mengukuhkan lagi
empayar perniagaan keluarga
di benua Eropah
yang menjadi saingan
sengit para penduduk
dunia.
Usai sepatah
dua kata dari
Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, semua tetamu
yang hadir diminta
ke dewan makan
untuk menikmati makanan
tengah hari. Menu
yang disajikan pula
adalah menu makanan
tempatan di Malaysia
yang menjadi lambang
kemegahan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum.
Pujian demi
pujian yang diterima
dari semua tetamu
ternyata melegakan hati
Firdaus. Bertahun-tahun dia
bertungkus-lumus untuk membawa
nama Merida Holdings
di mata dunia.
Dan kini, Alhamdulillah
hasil usahanya membuahkan
hasil. Baru sekejap
tadi dia menerima
panggilan tahniah dari
Tan Sri Sy.
Fahim dan beberapa
lagi kenalan daddynya
sehingga dia terasa kepenatannya.
Biarlah, bukan senang
untuk meraih kejayaan
dalam hidup. Apa
yang pasti, daddynya
pasti berbangga. Malah,
adik kembarnya juga
tidak sabar menunggu
kepulangan dia untuk
diraikan.
Lantas Firdaus
teringat akan Dheiya
di sana. Apa
agaknya yang sedang
isterinya lakukan sekarang
ini? Pasti Dheiya
sedang mengemas rumah.
Isterinya itu seorang
yang pengemas, pantang
ada kalau ada
benda yang bersepah,
secepat kilat Dheiya
akan mengemas! Kadang-kala
Firduas suka membuat
sepah terutama bila
bab menyimpan. Tak
habis makan, selamba
aja dia menyumbat
dalam peti ais
sehingga sering kali
membuatkan Dheiya geram
padanya. Wajah Dheiya
tatkala itu sungguh
comel. Nak marah
tak berani, nak
berleter takut. Nak
lepaskan geram, Dheiya
hanya menarik muka
cemberut.
Itu dulu.
Sekarang dia banyak
membuat Dheiya menangis.
Tapi apa yang
boleh dia lakukan,
sakit dihati hanya
dia yang tanggung.
Panggilan dari
Emilina tidak menjawab. Sekarang
bukan masa untuk
merosakkan mood gembiranya.
Suasana ceria apatah
lagi dia mendapat
penghargaan dari Timbalan
Perdana Menteri Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang membawa perkhabaran
gembira. Katanya, Perdana
Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Tun
Abdul Razak memberi
sekalung-kalung tinggi penghargaan
dan tahniah kerana
membawa nama Malaysia.
Perasaan bangga dari
rakyat Malaysia turut
dititipkan menerusi ruangan
tabloid dan laman
social di Malaysia.
Satu tubuh
yang sejak tadi
memerhati sahaja dari
jauh. Perlahan dia
mengatur langkah menghampiri
Firdaus yang segak
dalam sut sepersalinan
korporatnya yang berwarna
hitam. Firdaus langsung
tidak menyedari gerangan
wanita yang menghampirinya sehingga
suara itu sedikit
menghilangkan mood gembiranya.
“ Hye
Firdaus. Congratulations!” tegur
suara itu lantas
menghulurkan tangan.
Firdaus yang
masih dikelilingi tetamu
VVIP teragak-agak menyambut
huluran itu. Memikirkan
tetamu yang memerhatikan
gelagatnya Firdaus cuba
memaniskan muka. Tidaklah
mahu mereka menganggap
dia ini sombong.
Baru sahaja mendapat
pujian mula tunjuk
angkuh.
“ Err..
thanks. What are
you doing here
Karinna?” jawab Firdaus
memberi senyuman kelat.
Huh! Cacat
mood happy aku
hari ni! Baru
nak seronok-seronok sikit
dah ada yang
kacau!
“ I
pun join konvensyen
ni jugak. Seminar you
selama dua minggu
tu nanti I
pun participate jugak.
You dah lupa
ke kan company
kita ada joint
venture, so kenalah
bagi support jugak
kan?” balas Karinna
lembut. Senyuman manis
dilemparkan pada Firdaus.
Sedikit menggoda.
Firdaus hanya
mengangguk malas mendengar.
Support lah sangat!
Entah ada apa
agenda tak?
“ Oh,
bukan orang lain
ke yang jadi
wakil company you
tu?”
“ Oh
lupa pulak nak
cakap! Datuk Hidayat,
CEO Mega Jaya
tak sihat sekarang
ni. So, dia
minta I gantikan
tempat dia.”
“ Kalau
dia tak dapat
pergi pun, I
rasa you tetap
akan pujuk ayah
angkat you kan ?”
sindir
Firdaus sinis.
Karinna menunduk.
Menarik nafas lemah.
Sukar sungguh dia
hendak berbuat baik
dengan Firdaus. Ada
sahaja ayat lelaki
itu cuba untuk
mengelak atau menyindirnya.
“ Fir,
please. Boleh tak
you jangan nak
sakitkan hati I lagi? I
join konvensyen you
ni dengan niat
baik, takde niat
lain. Semuanya atas
urusan kerja. I
try to be
professional. I dah
tak larat lagi
nak bergaduh dengan
you Fir,” ujar
Karinna lemah. Ada
nada sebak di
situ.
Firdaus meraup
wajahnya. Dalam hati,
susah untuk dia
percaya dengan Karinna.
Karinna di depannya
tidak seperti dahulu,
yang kini mula
nekad untuk mendapatkan
apa yang dia
mahu.
“ Bergaduh?
I pun takde
masa lah nak
gaduh dengan you
Karinna. Apa yang
I dapat? Cerita
lepas tu tak
payahlah nak ungkit-ungkit
lagi. We’re finish!”
tegas Firdaus. Dia
cuba mengawal suaranya
dari cuba untuk
marah pada Karinna.
Di dalam
dewan ini ramai
yang memerhatikan dia.
Ramai juga yang
mengambil kesempatan untuk
menjatuhkannya dengan cerita-cerita
yang tidak betul.
“ Ya
I tahu Fir!
Like I said
just now, I try
to be professional!
Sekarang ni bukan
masa yang sesuai
nak cakap hal peribadi. So
, you have
to trust me!”
tegas juga nada
Karinna.
Karinna bukan
bodoh. Nak mendekati
Firdaus perlu mempunyai
rancangan yang rapi
kerana Firdaus terlalu
bijak meneka apa
yang difikirkan oleh
Karinna. Dengan menggunakan
alasan kerja dan
ayat-ayat yang power
untuk meyakinkan Firdaus,
Karinna yakin dia
akan dapat menawan
semula Firdaus sedikit
demi sedikit. Sama
seperti dahulu sewaktu
mereka bercinta dahulu.
“ Why
should I?” Firdaus mula
bermain psikologi. Dia
hendak melihat sejauh
mana Karinna cuba
berusaha menyakinkannya.
“ You
sendiri nak kita
berkawan aje kan?
You pun dah
tak nak ingat
cerita lama. Dah
tak nak simpan
marah pada I.
Past is past. Whatever between
on us it
just history. I pun
malas nak ingat
semua tu sebab
you sendiri dah
lama lupakan I.
Jadi, walau macamana
sekalipun kita tetap
akan berjumpa pasal
kerja, so I sendiri
pun tak nak
cerita-cerita lama tu
menganggu kerja kita
nanti. We are
professional right? So,
are we friend
now?”
Sekali lagi
Karinna menghulurkan tangannya.
Firdaus terdiam sejenak.
Dia mula termakan
dengan kata-kata Karinna.
Mungkin benar Karinna
sudah mula dapat
menerima hakikat hubungan
mereka yang hanya
setakat itu sahaja.
Hubungan yang terjalin
sekarang ini pun
hanya urusan kerja
semata-mata. Jadi apa
salahnya dia berbaik
semual dengan Karinna
sebagai kawan? Kan lebih elok
tu! Tak guna
simpan perasaan marah
pada benda yang
lepas. Let them
go!
Firdaus menyambut
huluran salam itu.
Senyuman ikhlas terukir
di bibir. Karinna
tersenyum manis. Dalam
hatinya bagaikan hendak
melompat-lompat gembira sahaja.
Misi pertama sudah
selesai! Tak sia-sia
dia berpusing-pusing ayat
sampai nak terbelit
urat otaknya berfikir.
Bukan mudah untuk
psiko Firdaus kerana
lelaki itu bagaikan
ada sixth sense,
cepat aja menghidu
niat seseorang itu.
“ Yeah!
Friend!”
Karinna senyum
lagi. Kali ini
siap dengan lirikan
mata yang manja.
Seperti yang pernah
dia lakukan dahulu
menyebabkan Firdaus gila
bayang dengannya. Firdaus
melepaskan tangan Karinna.
Biarpun gadis itu
sudah mula berubah,
namun dia tetap
harus berhati-hati dengan
sesiapapun yang cuba
mendekatinya. Walau mummynya
sendiri pun Firdaus
kurang mempercayai kerana
mummynya itu sentiasa
mempunyai agenda tersembunyi.
Inikan pula
Karinna! Bekas kekasih
lama dia dahulu!
Sehingga kini kata-kata
Karinna selepas mereka
kembali berjumpa setelah
lapan tahun berpisah masih terlekat
kukuh diingatan.
“
Fir, sebaik aje
kaki I jejak
bumi Malaysia ni,
I dah nekad
nak you kembali
semula pada I
walau apapun yang
terjadi. I akan
rampas you balik
dari Lin sebab
I yakin hati
you masih pada
I. Itu yang I
dah janji dengan
diri I sendiri.”
“
Fir, pengalaman mengajar
I supaya tidak
mudah berputus asa
selagi kita tidak
berusaha. I akan
berusaha untuk dapatkan
you balik. I
tak kisah Fir
kalau bertahun sekalipun
I sanggup tunggu!”
“
Sampai I betul-betul
pasti dan yakin
yang you dan
hati you bukan
untuk I! Bila
I dah pasti
dan I dah
tahu siapa yang
berada dalam hati
you then baru
I undur diri.
Finish!”
‘ You akan
tahu tak lama
lagi Karinna siapa
yang ada dalam
hati I! Tapi
I perlukan masa
lagi untuk I
yakinkan diri I
yang gadis itu
benar-benar jodoh I’
“ Fir!
I will never
let you go!
Remember that!” bisik
Karinna perlahan sebaik
sahaja Firdaus meminta
diri apabila namanya
dipanggil. Matanya tetap
setia mengekori Firdaus
yang kini berada
di atas pentas.
Memandang lelaki itu
dengan penuh rasa
cinta di dada.
‘ Firdaus! I
love you so
much!’