Karinna memandang
wajah serius Firdaus
yang tekun meneliti
fail ditangannya sambil
menyelak sehelai demi
sehelai kertas yang
tertera di fail
itu. Sejak dari
mula mereka diperkenalkan, sehingga
dia duduk dihadapan
jejaka itu, Firdaus
membisu tanpa sepatah
perkataan. Hanya duduk
sambil membelek itu
dan ini. Pandang
dia pun tidak.
Karinna menahan
rasa. Kalau diikutkan
hatinya yang melonjak-lonjak kegembiraan
kanak-kanak Ribena, sudah
lama dipeluk lelaki
itu. Melepaskan kerinduan
yang lama terpendam.
Melihatkan wajah keruh
dan serius yang
dipamerkan, Karinna mematikan
hasrat. Dia tahu
marah Firdaus masih
belum surut. Malah
masih membara amarah
itu. Mungkin.
Sungguh tidak
disangka dia akan
berjumpa kembali dengan
pemuda tampan dihadapannya
ini. Pemuda yang
pernah bersama-sama dengannya
suatu masa dahulu.
Pemuda yang pernah
berjanji akan menyayangi
dan mencintainya sehingga
ke akhir hayat.
Dia sungguh bahagia
saat itu. Langsung
tidak memikirkan kesannya.
Halangan kepada hubungan
mereka. Tetapi Firdaus
tidak tahu.
Dia langsung
tidak ingat bahawa
Merida Holdings yang
bakal bekerjasama dengan
syarikat yang diwakilinya
adalah milik keluarga
lelaki itu. Dia
terlupa kerana perbezaan
masa lapan tahun
menjauhkan diri di
negara orang membataskan
pemikirannya untuk mengingati
semua itu. Firdaus
pernah menceritakan tapi
dia yang tidak
ambil peduli. Terlalu
mabuk dengan kasih
sayang Firdaus.
Sewaktu dilantik
menjadi wakil bagi
syarikatnya, dia seakan-akan
ingat lupa akan
nama Merida Holdings
walaupun syarikat gergasi
itu semakin gah
membina nama di
persada dunia. Sehinggalah
takdir menemukan dia
dan Firdaus, pemilik
mutlak hatinya.
Namun sedikit
pun dia tidak
lupa akan tentang
lelaki itu. Kesukaannya,
kebenciannya, kegemarannya dan
segala yang berkaitan
tentang lelaki itu. Lapan tahun dia
membawa diri tidak
sedikit pun menjejaskan
ingatannya dari terus
mengingati lelaki itu.
Lelaki itu sering
bermain dimindanya, fikirannya
malah masih kekal
kukuh dihatinya.
“ I
rasa setakat ini
aja perbincangan kita,”
ayat pertama meluncur
dibibir Firdaus menyentak
tangkai hati Karinna.
Dia terpana.
“ But
why? Kita
belum discuss apa-apa pun
lagi Fir”.
“ Encik
Firdaus,” Firdaus membetulkan.
Tegas nadanya. Matanya
tidak dihalakan kepada
Karinna bimbang hatinya
lemah dengan wanita
yang pernah bertakhta
dihatinya dahulu. Firdaus
menutup fail dan
menyusun kertas-kertas yang
berselerak dimejanya tanda semuanya sudah
selesai.
Karinna hanya
melihat menahan rasa.
“ I’m
sorry,” Karinna meminta
maaf. Dia mengeluh
perlahan. Terasa masa
berlalu dengan pantas.
Dia masih belum
puas menatap wajah
kacak itu.
“ Tak
payah discuss apa-apa.
Semua okey mengikut
perancangan. So, lepas
ni you tak
perlu susah datang
sini. I akan
hantar wakil I
untuk adakan perbincangan
ni kalau ada-ada
perubahan,” tegas Firdaus
bersuara.
Sebenarnya dia
hendak mengelak daripada
bertemu dengan Karinna
lagi. Dia tidak
mahu kisah silam
diungkit lagi setelah
dia mula selesa
dengan kehidupannya sekarang.
Kisah silam yang
menyakitkan. Pedih untuk
dikenang. Dia pasti
Karinna akan menyebut
perkara itu. Itulah
yang ingin dia
elakkan.
“ You
nak elakkan diri
daripada I kan
Fir?” perlahan suara
Karinna. Sayu. Dia
memandang wajah Firdaus
yang lansgung tidak
mempedulikannya.
Firdaus yang
berpura-pura sibuk mengemas
itu sedikit terkedu
namun tangannya laju
menyusun kertas-kertas itu.
Itu semua adalah
gimmick, sedangkan
selama ini Akma
yang akan mengemaskan
semua fail-fail tersebut.
“ I
takde masa nak
elak-elak ni semua.
Maaf ya Cik
Karinna. This is office.
Bukan taman bunga,”
sindir Firdaus terus
bangun daripada kerusinya
lalu berjalan namun
tangan Karinna pantas
memaut lengan Firdaus.
“ Please Fir. Don’t do
this to me.
You tak sayangkan
I lagi ke?”
rayu Karinna.
Firdaus mendengus
lalu merentap lengannya
kasar. Matanya tajam
memandang wajah Karinna
yang sayu. Karinna
mengetap bibir. Ternyata
telahannya tidak silap.
Dia dapat melihat
bahang amarah dimata
kelabu milik Firdaus.
“ What? Sayang? Hey!
You siapa nak
cakap pasal sayang
dengan I ni? Please Karinna, we
are over. Don’t
you get?” marah
Firdaus namun suaranya
masih dikawal agar
tidak didengar oleh
stafnya.
“ Fir,
bagilah I peluang
untuk jelaskan semua.
I tak berniat
nak buat you
macam tu. I had to Fir.
Selama tujuh tahun,
I sikit pun
tak lupa pada
you. You masih
tetap dalam hati
I”.
“ Peluang
apa? Hei! You
tak payah nak
ungkit cerita lama
depan I! I
tak nak dengar
apa-apa pun dari
mulut perempuan macam
you! That’s all
rubbish!” merah mata
Firdaus menikam anak
mata Karinna yang
jelas terkejut.
“ Sampai
hati you Fir.
Langsung tak bagi
I peluang untuk
jelaskan semua, betulkan
semua ni. You
tak tahu I
terseksa di sana,
berjauhan dengan you
Fir hampir buat
I putus asa,” Karinna mengalir
air mata. Sebak
hatinya mengenangkan kata-kata
tajam Firdaus.
“ You
tak payah nak
buat air mata
depan I Karinna.
I dah cukup happy dengan life
I sekarang, and now
you datang nak
musnahkan? You tak
puas lagi ke
hancurkan hati I
dulu? Enough Karinna! You
better out! I
tak nak tengok
muka you. Out!” tengking
Firdaus. Wajahnya merah
menahan amarah dan
sakit di hati
yang melampau.
Karinna cuba
merayu namun pandang
tajam Firdaus mematikan
hasrat Karinna. Mungkin
Firdaus memerlukan masa
untuk bertenang. Mungkin
juga dia masih
terkejut dengan kehadirannya
disini tanpa diduga.
Karinna mencapai
beg tangan dan
barangnya. Wajahnya tenangkan.
Dia menapak perlahan
namun langkahnya terhenti
dihadapan Firdaus. Dia
berpaling memandang wajah
yang dirindui saban
waktu.
“ Fir,
walau apa pun
yang berlaku pada
hubungan kita dulu,
I tetap sayangkan
you. Tak pernah
berubah. Masih tetap
macam dulu. I
masih ingat dan
pegang janji you
untuk menyayangi dan
mencintai I sehingga
ke akhir hayat.
I tak pernah
lupa Fir dan
I harap you
juga tak pernah
lupa,” sayu suara
Karinna. Matanya berkaca-kaca
namun ditahankan juga
agar empangan ini
tidak roboh meluahkan
isinya sehingga dia
keluar dari pejabat
mewah Firdaus.
Karinna terus
berlalu sebaik sahaja
ayat terakhirnya menjengah
ke telinga Firdaus.
Firdaus terkaku walaupun
pintu itu telah
ditutup rapat. Akma
mengetuk pintu sebelum
masuk, melakukan tugasnya
seperti biasa mengemas
meja Firdaus namun
Firdaus pantas menghalang.
“ Leave
me alone!”.
Akma akur dengan
arahan ketuanya pantas
keluar dari bilik
itu. Tidak sanggup
melayan mood kepala
angin Mr. Big Boss.
Firdaus menghenyakkan
tubuhnya di sofa
empuk yang terdapat
pada ruang yang
luas itu. Dia
meraup wajahnya perlahan.
Mendengar kata-kata terakhir
Karinna membuatkan dia
tersentak. Dia sesekali
tidak pernah melupakan
janjinya. Tidak pernah!
‘
Janji aku pada
kau dah mati
sejak kau tinggalkan
aku, Karinna ‘ ucap
Firdaus perlahan.
Perasaan
marah
dan kecewanya masih
berbahang dihatinya. Seumur
hidup dia tidak
akan pernah lupa
yang Karinna pernah
meninggalkan dirinya!
----------------------------------------------------------------
Tangan Dheiya
lincah melakukan kerja
di dapur. Petang-petang
begini sudah biasa
dia akan berada
di dapur. Menyediakan
minuman petang. Hanya
untuk dirinya kerana
Firdaus akan pulang
setelah waktu Maghrib
berlalu.
Hari ini
dia menyediakan pudding
caramel kegemaranya. Setelah
gula hangus dituangkan
ke atas puding
yang sudah dimasak,
dia mengangkat pinggan
sederhana besar itu
ke dalam peti
sejuk. Melihatkan peti
sejuk yang tidak
teratur dan sedikit
berselerak, membuatkan
Dheiya mengetap bibir.
Isy! Baru
aje semalam aku
kemas elok, ni
dah berselerak dah!
Ni mesti ‘tuan
besar’ punya kerja.
Kalau menyelongkar tu tak pernah
nak elok!
Dhieya berdecit
geram. Pantas tangannya
menyusun kembali botol,
mangkuk dan segala
macam dengan teratur.
Baru petang ini
dia membuka peti
sejuk. Tengahari tadi
dia tidak memasak,
tiada selera. Petang
baru ada semangat
nak masak. Pelik!
Setelah selesai
‘mengerjakan’ isi peti
sejuk, dia meletakkan
pinggan puding caramel
itu dengan berhati-hati.
Takut tertumpah gula,
nanti melekit satu
kerja pulak nak
operasi membersihkan peti
sejuk.
Piring kecil
berisi sos dikeluarkan.
Dia mendekatkan hidungnya.
Dia menceber. ‘ Ni
mesti makan tak
habis, sumbat aja
dalam peti ais!
Senang betulkan kerja
lelaki ni? Satu
kerja pulak nak
buang. Membazir betul!
Sos cili letak
dalam peti sejuk!’
bebel Dheiya lagi.
Dia cukup
pantang kalau membazir.
Tuanglah sikit-sikit, ni
tak dibantainya suku
botol tu, sampai
nak masak pun
tak cukup! Hisy!
Geram betullah! Dah
sah-sah kerja Encik
Syed Firdaus Hakimi
tu lah! Senang
aja kerja dia.
Mentang-mentang ada ‘orang
gaji’!
Piring kecil
yang masih penuh
dengan sos cili
itu dibawa ke
sinki lalu diletakkan
di tepinya. Periuk
bekas gula hangus
itu perlu dibersihkan
terlebih dahulu supaya
tidak menjadi sasaran
semut. Manis! Dia
membasuh sebersihnya lalu
diletakkan di atas
para, tangannya telah
tertepis piring sos
tersebut lalu tertumpah
ke lantasi. Habis
merecik ke merata
tempat.
Alamak! Jatuhlah
pulak! Hisy! Satu
kerja pulak! Dheiya
mengambil kain tuala
kecil lalu dibasahkan
sedikit. Kaki terus
melangkah, tanpa diduga
dia telah terpijak
percikan sos cili
yang tertumpah lalu tergelincir
ke lantai.
Auw! Sakitnya!
Dheiya mengusap punggung
dan kakinya yang
terasa sengal akibat
tergelincir. Dia mengeluh
lemah. Tangannya pantas
mengelap sos yang
tertumpah tadi. Dibersihkan
lantai itu berkali-kali
bagi memastikan tiada
kesan sos yang
tertinggal.
“ Karang
kotor, ‘tuan besar’
tu bising pulak,”
rungut Dheiya lalu
menyental kuat lantai
itu.
Tiba-tiba dia
terdengar dentingan kunci
berlaga. Dheiya berkerut
dahi.
‘Aik dah
balik? Awal lagi
ni. Selalu azan
Maghrib tak panggil
balik, mana dia
nak sampai kat
rumah ni’ bebel
Dheiya lagi.
Firdaus masuk
dalam rumah dengan
wajah yang lesu.
Dia menutup lalu
terus mengunci pintu.
Wajah Dheiya terpacul
dihadapannya sambil melemparkan
senyuman manis. Tangan
dihulurkan untuk mengambil
briefcase dan
kot hitam Firdaus.
“ Assalamualaikum. Awal
awak balik hari
ni?” sapa Dheiya
tersenyum manis. Comel!
“ Hurm!
Waalaikumussalam. Salah ke nak balik
rumah sendiri?” sinis
Firdaus menjawab lalu
kakinya melangkah ke
ruang tamu. Dia
terus merebahkan tubuhnya
di sofa tanpa
mempedulikan Dheiya. Penat!
Dia memejam mata.
Dheiya memuncung.
‘ Jawab elok-elok tak
boleh ke?’ rungut
Dheiya. Dia meletakkan
kot dan briefcase milik
lelaki itu di
atas sofa lalu
laju langkahnya menuju
ke dapur. Setelah
air dituang, gelas
berisi air oren
itu dibawa ke
hadapan.
“ Awak
ni air,” gelas
dihulurkan kepada Firdaus
yang enak menyandar
di sofa sambil
mata terpejam rapat.
Firdaus mencelikkan
mata. Disambut gelas
itu lalu diteguk
isinya. Haus gila!
Dahi Firdaus berkerut
sebaik sahaja Dheiya
berpaling membelakangkannya untuk
mengambil kot dan briefcasenya.
Oppss!
“ Err..
Dheiya,” panggil Firdaus
teragak-agak. Malu nak
sebut tapi.. argh!
Cakap ajelah!
“ Ya?”
balas Dheiya lembut.
Wajahnya dipalingkan menghadap
Firdaus.
“ You period ke?”
Tersirap darah
Dheiya apabila diajukan
soalan sebegitu. Merah
wajahnya.
“ Hah?” What?
“ No. Cuma skirt you
tu ada kesan
warna merah. I
tak sure but….” Belum
pun sempat Firdaus
menghabiskan ayat, Dheiya
pantas menoleh ke
belakang melihat skirt labuhnya
yang bewarna putih.
Terbuntang matanya.
Tak mungkinlah! Ni
mesti.. alamak!
“ Eh
taklah. Ni mesti
kesan sos cili
tadi,” nafi Dheiya
sebelum Firdaus memikirkan
yang bukan-bukan. Isy!
Malu betullah! Dahlah
skirt ni
putih.
“ Sos?
You mandi dengan
sos ke?”
“ Mana
ada. Tadi sos
tu tertumpah, saya
tertepis. Masa nak
bersihkan tadi saya
tergelincir, agaknya masa
terjatuh tadi skirt saya
terkena sos cili
tu,” jelas Dheiya sungguh-sungguh.
Firdaus tersenyum.
Senyuman nakal.
“ Betul
ke? Bukan you period ke?”
usik Firdaus. Makin
merona merah wajah
Dheiya apabila diusik
begitu.
“ Taklah!
Kalau period, mesti saya
tahu. Err.. saya
masuk bilik dululah,
nak tukar,” katanya
gelabah. Dheiya pantas
berlari menuju ke
biliknya. Malu dilihat
Firdaus.
Firdaus ketawa
kecil melihat gelagat
Dheiya yang mengelabah.
Semakin comel wajah
itu apabila malu
diusik. Merona merah
wajah putih mulus
itu.
Firdaus terus
meneguk minumannya yang
masih berbaki. Senyuman
masih tersungging dibibir
merahnya.
Dheiya. Dheiya.
Comellah
kadang-kadang.