Dheiya keluar dari
bilik mandi sambil
berkemban. Dia mengerling
jam di dinding
yang menunjukkan jam
pukul sepuluh malam.
Sungguh tidak elok
anak dara mandi
lewat malam! Nak
buat macam mana,
akibat terlalu sangat
rasa kebosanan, habis
ceruk rumah ni dia cuci!
Padahal pagi tadi
dia sudah pun membersihkan.
Dengan stor-stor sekali
dia kerjakan!
Bosan sangat. Lepas
cuci semestinya bepeluh,
itu yang dia
mandi. Segar rasanya.
Hilang rasa -lekit-lekit dalam
badan. Malam ini
dia bebas. Bebas-sebebasnya. Boleh
bergerak ke mana
sahaja tanpa ada
mata tajam yang
memerhati persis harimau
hendak menangkap mangsa
aja.
Memanglah ada harimau
dalam rumah ni. ‘
Tuan Harimau! ‘
Dia terus menuju
ke almari, membuka
pintu, menilik dan
memilih baju yang
hendak pakai malam
ni untuk tidur.
Dapat!
Sehelai tank
top berwarna putih
dan skirt pendek
putih. Putih semua!
Haiya! Ini
macam nak pergi
tidur? Macam gaya
nak pergi clubbing
aje! Dheiya tergelak
dalam hati.
Beli baju
cantik-cantik, mahal-mahal macam
ni nak suruh
aku pakai? Memang
taklah! Ni semua
baju keluar jalan.
Taubat aku takkan
pakai baju macam
ni nak keluar!
Gila! Nak tayang
kat sapa? Baju
macam orang takde
agama aje! Apa
keslah dia beli
baju macam ni
kat aku? Dia
ingat aku nak
pakai baju ni
depan dia agaknya?
Ceh! Mati hidup
balik aku takkan
pakai depan dia!
Skirt ni pendek
sangat! Paras paha!
Tengah paha pulak
tu. Seksi habis.
Nasib baik dia
takde. Bolehlah aku
melaram pakai baju
ni dalam rumah.
Takklah membazir. Kan?
Kan?
Dheiya menyarung pakaian
‘ seksi maut ‘ itu
ke tubuhnya. Dia
menunduk. Malu nak
pandang diri sendiri
dalam cermin. Tak
pernah seumur hidup
pakai seseksi ni.
Perlahan-lahan kepala diangkat.
Terpaku dia memandang
diri sendiri dicermin.
Merah wajahnya. Pipinya
terasa kebas. Malunya!
Tapi takpa! Aku
sorang aje dalam
rumah ni. Takde
sapa pun! Selamat!
Sekali seumur hidup!
Lepas ni aku
tak pakai dah!
Terus jadi koleksi,
sikit hari lagi jadi harta
karun!
Dia berpusing ke
kiri dan kanan.
Membelek tubuhnya. Dah
tak rasa malu
sangat! Perfect! Puji
diri sendiri pulak!
Selesai melaram, dia
menuju keluar dari
bilik. Memeriksa tingkap,
pintu semua berkunci
rapat. Pesanan Firdaus
dipegang kukuh. Dia
sendiri pun takut
tinggal seorang. Keselamatan
perlu diutamakan. Setelah
seleai, dia menutup
lampu dapur, lampu
ruang tamu, hanya
lampu di balkoni
dan lampu meja
di sisi sofa
ruang tamu dinyalakan.
Itupun lampunya disuramkan.
Yang lain semua
ditutup.
Sudah pasti semuanya
siap, dia menuju
ke bilik. Matanya
sudah mengantuk. Badannya
terasa letih dan
lelah. Tulah! Rajin
sangat buat cuci-mencuci
ni! Kan dah
dapat bahananya.
Tidur lagi best!
Terus badannya direbahkan
sebaik menutup pintu
bilik. Ah! Seronoknya.
Sedapnya tilam ni!
Cepat sahaja matanya
terkatup.
Zzzz…….
------------------------------------------
Firdaus memandu tanpa
arah. Dia tidak
tahu hendak kemana.
Hatinya berat hendak
pulang ke penthouse.
Pasti Dheiya sudah
pun tidur waktu-waktu
begini. Jam di
dashboard menunjukkan angka
dua belas tengah
malam.
Memang
confirmlah! Minah tu
sleeping beauty sikit!
Budak baik! Tidur
awal!
Lagipun dia hendak
bersendirian. Zaff tiada
di Malaysia, outstation
ke Australia, menjadi
wakil Merida Holdings
di sana selama
dua minggu. Banyak
yang ingin dikongsi dan
diceritakan dengan sahabatnya
itu.
Adif! Sudah lama
tidak mengirim berita.
Email pun sebulan
yang lepas. Sibuk
sangat mamat tu
uruskan branch business
keluarga dia di
Afrika. Sampai tak
ingat nak balik
Malaysia. Apa? Dah
sangkut ke dengan
orang bibir tebal
kat sana tu?
Persoalan yang tiada
jawapan.
Firdaus menekan minyak
Nissan GTR. Laju
membelah suasana malam
yang tidak putus-putus
dengan kereta yang
berpapasan. Sudah dua
jam dia memandu
tanpa henti setelah
keluar dari rumah
keluarganya. Dia memandu
ke Port Dickson,
mencari ketenanagan, melihat
laut. Setelah puas
dia memandu berpatah
balik ke KL
pula.
Takda kerja, cari
kerja!
Betullah tu. Tak
tahu hendak buat
apa. Tekan ajalah
minyak, pusing stereng
ke mana-mana sahaja.
Akhirnya Firdaus membuat
keputusan untuk pulang
sahaja ke penthouse.
Badannya sudah letih,
matanya sudah terlalu
kantuk. Nissan GTR
dihalakan ke arah
jalan besar menuju
ke penthouse.
Sampai sahaja ke
tempat parking, jam
menunjukkan angka dua
pagi. Sudah terlalu
lewat. Mujurlah guard
itu sudah seakan
faham dengan dia
yang selalu pulang
lewat.
Dia berjalan malas
menuju ke lif.
Menunggu hingga ke
tingkat 15. Sebaik
sahaja tiba dihadapan
pintu, kunci dikeluarkan.
Suasana terlalu sunyi.
Di tingkat ini
hanya terdapat dua
unit sahaja. Tambahan
pula kawasan ini
terlalu privacy, sehinggakan
orang luar tidak
dibenarkan masuk sewenang-wenangnya.
Tapi macam mana
pegawai pencegah maksiat
tu boleh tahu
akitivit kat kawasan
ni? Persoalan yang
tiada jawapan.
--------------------------------------------------
Dheiya terjaga saat
dia terdengar seseorang
cuba membuka pintu
rumah. Terpisat-pisat dia. Dia
tersentak!
‘ Ada orang pecah
masuk ke? Ada
pencuri? Macam mana
boleh lepas? Pakcik
jaga buat apa?
Tidur? ‘ bebel Dheiya
ketakutan.
Sempat lagi bebel
tu.
Dia pantas keluar
dari bilik. Melihat
pintu yang sedang
cuba dibuka dari
luar. Suasana yang
gelap menyukarkan Dheiya
mencari sesuatu yang
boleh digunakan sebagai
alat untuk melindungi
diri. Kalau bukak
lampu nanti pencuri
tu tahu pulak.
Takpe, aku pukul
dia dengan kayu
ni, lepas tu
panggil security.
Dheiya memegang erat
kayu hoki yang
dijumpanya didalam stor
sewaktu mengemas tadi.
Nasib baik aku
kemas stor tu,
ada hikmah rupanya.
Dheiya
bersembunyi di balik
dinding antara dapur.
Disitu adalah tempat
yang strategic untuk
bersembunyi. Dia boleh
lihat pergerakan pencuri
itu. Lepas itu dia akan
memukul pencuri itu
dari belakang.
Dheiya duduk diam.
Dia memegang kuat
kayu hoki. Ready
Dheiya!
Pencuri itu sudah
pun membuka pintu
lalu menutup pintu
itu rapat. Mengunci
pintu.
‘ Aikk? Pencuri apa
ni? Nak curi pun
tutup pintu ke?
Siap kunci lagi.
Pandai betul ! Takpe,
siaplah kau lepas
ni! ‘ ketawa Dheiya
dalam hati.
Tiba-tiba lampu meja
diruang tamu terpadam.
Begitu juga denga
lampu dibalkoni. Terpadam.
Dheiya panic! Takkan
blackout kot? Dheiya
resah. Macam mana
ni?
Lama-kelamaan,
ada sinar cahaya
bulan dari sliding
door di balkoni
yang menerobos masuk.
Bolehlah nampak sikit!
Ada cahaya! Thank
you MOON!!
Perlahan Dheiya menuju
ke belakang pencuri
tersebut yang kaku
berdiri berhadapan kabinet
meja. Agaknya tak
sangka kot blackout!
Susahlah nak mencuri.
Diangkat
tinggi-tinggi kayu hoki
tersebut sebelum menghayun
kuat ke kepala
pencuri tersebut.
“ Haiiiyaaahhh!”
Pencuri tersebut menundukkan
kepalanya lalu mengelakkan
diri daripada hayunan
kayu tersebut. Terkejut dengan serangan yang tidak disangkakan itu.
“ Oh! Kau
ngelak ya?”
Pencuri tersebut terus
memegang tangan Dheiya
erat, menahan pukulan
Dheiya buat kali
kedua. Suasana yang
suram membuatkan Dheiya
sukar melihat wajah
pencuri itu. Dheiya
ketakutan. Sungguh tenaga
pencuri itu terlalu
kuat berbanding dirinya
yang kecil molek
itu.
“ Oii!! Apa
ni! Pegang-pegang tangan
aku! Lepaslah! Lepaslah!
Tolong!” jerit Dheiya
kuat. Dia meronta-ronta
kuat.
Tangannya
ditarik kuat. Kayu
hoki yang dipegangnya
sudah tercampak jauh
ke tepi. Melihatkan
Dheiya yang sudah
terjerit-jerit dan meronta-ronta
persis orang dirogol,
pencuri tersebut merebahkan
tubuh mereka ke
lantai. Tubuh mereka
bersentuhan. Terasa begitu
dekat.
Dheiya terkaku. Dia
menggigil ketakutan. Nafasnya
turun naik. Serasanya
dia kenal haruman
bau ini. Ah!
Sesiapa pun boleh
pakai benda yang
sama.
‘ Ya Allah! Lindungilah
hamba-Mu ini!’ doa
Dheiya. Dia menggigil.
Menggeletar tubuhnya.
Dia
meronta-ronta lagi sambil
menendang-nendang tubuh pencuri
tersebut yang memegang
erat kedua belah
tangannya ke lantai,
mengunci kuat. Tendangan
Dheiya tidak mengena.
Pencuri tersebut panic.
‘ Apa ni tendang-tendang aku? ‘
Pap!!
Tiba-tiba, lampu meja
di ruang tamu
tersebut menyala. Lampu
di balkoni turut
menyala. Cahaya yang
suram tapi terlalu
jelas bagi mereka
untuk melihat.
Dheiya terpaku. Firdaus??
Oh Tuhan!
“ It’s me,”
bisik Firdaus perlahan.
Dia terkaku. Terlalu
mengasyikkan pada pendengaran
Dheiya.
Firdaus
memandang tepat ke
wajah Dheiya yang
terlalu terkejut itu.
Buat seketika, mereka
berdua hanyut dalam
rasa asyik yang
sementara. Mata Dheiya
yang yang bulat
merenung Firdaus tadi
kini mengendur.
Dia malu. Wajahnya
merona merah! Malu
sangat! Apabila Firdaus
merenung tepat ke
matanya penuh asyik,
dia kaku. Matanya
berlawan tapi hanya
sekejap. Dia memalingkan
wajahnya ke tepi.
Malu!
Kedudukan mereka terlalu
dekat, sehingga boleh
merasa nafas antara
satu sama lain.
Dheiya malu lagi. Dia tidak
selesa! Skirtnya yang
pendek tersingkap ke
atas sewaktu menendang
tubuh Firdaus yang
disangkakan pencuri.
Tubuh Firdaus yang
berada di atas
tubuhnya dirasakn senak.
Sesak nafas pun
ada! Nafas mereka
bertalu hebat. Masing-masing
terdiam terkaku. Situasi
yang tidak disangka-sangka.
Firdaus tersedar di
dalam keasyikkannya merenung
Dheiya dengan galak.
Merah wajahnya. Dia
akui, malam ini
Dheiya tampak sungguh
cantik, comel. Wajahnya
lembut. Kulitnya gebu
dan mulus. Bibir
mungil gadis itu
merah merekah. Ingin
rasanya hendak mengucup
bibir gadis itu. Dia
menahan hati. Wajahnya
terlalu dekat dengan
wajah Dheiya.
Suasana sunyi
dan nyaman. Cahaya
bulan dan lampu
seakan mengerti, memberi
cahaya yang suram
lalu menimbulkan suasana
yang cukup romantic.
Firdaus merasai
suatu perasaan yang
menjalar dalam jiwanya.
Terlalu aneh perasaan
itu. Bila merenung
wajah Dheiya, segala
kekusutan yang dirasakan
berat di benaknya
hilang sama sekali.
Terhapus rasa marah,
kecewanya dengan perbuatan
mummy. Yang ada
rasa, tenang, tenteram,
asyik dalam dunia
sendiri. Belum pernah
dirasakan perasaan yang
sebegini, terlalu mendalam.
Dengan Karinna tidak
pernah dirasakan.
Dheiya pantas menolak
tubuh Firdaus dengan
lembut. Gerun hatinya melihatkan
Firdaus yang seolah-olah
tidak dapat mengawal
diri. Dia dapat
merasakan yang Firdaus
ingin mengucup bibirnya.
Pandangan Firdaus penuh
makna yang tersirat.
Arghh!! Tidak!
Malunya aku!
Firdaus
terkesima melihat penolakkan
Dheiya. Belum pernah
sebelum ini perempuan
menolak pelukannya. Ternyata
Dheiya bukan gadis
seperti itu, terkinja-kinja, mengendeng-ngendeng hendakkannya.
She’s different.
Terpaku dia melihat
paha gebu Dheiya
yang terserlah kerana
skirtnya tersingkap ke
atas. Dia menelan
liur. Matanya terpaku
disitu. Tidak berganjak.
Sebaik sahaja Firdaus
berlaih dari tubuhnya,
Dheiya pantas bangun
membetulkan skirtnya. Dia
malu melihat mata
Firdaus yang tidak beralih dari
memandang pahanya yang
gebu.
“ Awak tengok
apa?” Dheiya bersuara.
Sedikit kuat. Macam
marah pun ada.
‘ Cis!! Malunya aku!
Baru nak melaram
sikit. Dia kata
tak balik malam
ni, macam mana
dia terpacak dekat
sini? Eh! Ni
kan rumah dia ‘.
Firdaus
terpinga-pinga. Dia menggelabah
saat wajahnya ditikam
tajam dek renungan
maut Dheiya.
‘ Cis! What have
I done? ‘
“ Kenapa you
nak pukul I?
kalau I tak
sempat ngelak dah
arwah I ni!” Firdaus membuat
wajah selamba. Dia
berpura-pura marah, hendak
menutup perangainnya over
tadi.
“ Dah awak
masuk macam pencuri,
nak buat macam
mana? Lain kali
nak masuk, call
lah dulu, tulah
gunanya handphone, ni
tak masuk macam
tu aje. Salam
pun tak bagi,
nak salahkan saya
pulak,” gerutu Dheiya
geram.
‘ Saja aje nak
salahkan aku! ‘
‘ Amboi! Pandai lawan
nampak? Belajar daripada
mana ni? ‘
Daripada kau lah Fir!
“ Manalah I
nak ingat. Mata
dah ngantuk! Yang
you tutup semua
lampu ni kenapa?
Kan susah nak
nampak,” Firdaus cuba
mencari salah Dheiya
lagi.
Dheiya mencebik geram.
Eeiii!!
“ Mana ada
saya tutup semua
lampu, ni saya
bukak lampu ni,
lampu balkoni lagi. Kan blackout.
Kalau bukak semua
nanti, awak marah,
membazir katanya,” tempelak
Dheiya lagi.
Kadang-kadang ‘
Tuan Harimau ‘ ni
kena ajar sikit!
Taklah asyik nak
mengaum kat orang
aje! Ingat dia
sorang aje betul!
Firdaus terdiam. Tak
boleh nak dalih
lagi. Memang malam
ni dia kalah
dengan Dheiya.
“ Okay, my
mistake!” Firdaus mengaku
kalah. Dia bangun
menuju ke sofa
lalu merebahkan tubuhnya
ke situ. Mula
rasa mengantuk yang
amat. Dia berbaring
lemah.
Dheiya yang memandang
Firdaus yang lesu
mula terasa kasihan.
Mungkin dia penat
agaknya. Kesian. Simpati
menjalar seluruh ruang
hatinya. Inilah yang
dia lemah, mudah
simpati pada orang
sehinggakan orang mengambil
kesempatan terhadapnya.
“ Awak nak
air? Saya ambilkan
ya?” Dhieya bersuara
lembut.
Firdaus tidak menjawab.
Dheiya terus menuju
ke dapur, membawa
segelas air. Dia
duduk bersimpuh di
tepi sofa, dekat
dengan Firdaus yang
berbaring di situ.
Memejam mata sambil
tangan kanan diletakkan
atas dahi.kat
Dheiya tunduk. Dia
merajuk ke dengan
aku? Nak pujuk
ke?
“ Awak, bangunlah.
Kalau tak nak
minum air ni takpelah tapi
pergilah tidur dalam
bilik, takkan awak
nak tidur sini,”
pujuk Dheiya.
Macam pujuk budak
kecik, degil.
Firdaus membuka mata.
Dia mengalihkan pandangannya,
memandang wajah Dheiya
yang kelihatan serba-salah.
Baru merajuk sikit,
dah menggelabah, ketawa
Firdaus dalam hati.
Dia sengaja memandang
Dhieya lama sehinggakan
gadis itu tidak
selesa. Berdebar-debar hatinya.
Dipalu kuat. Tiba-tiba
tangannya menyentuh lembut
pipi gebu Dheiya.
Dheiya terpaku. Kepalanya
diangkat, melawan panahan
mata Firdaus.
Jari-jemari
Firdaus membelai pipi
Dheiya. Mengusap lembut
pipi mulus itu.
Terasa kelembutannya.
Dheiya terkedu. Terpempan
dia dengan aksi ‘
buang tebiat ‘ lelaki
itu. Serasa sesak
nafas dibuatnya. Tolong!
“ Thanks,” ucap
Firdaus lembut. Seakan
berbisik, hanya Dheiya
sahaja yang mendengar.
Firdaus senyum simpul
melihat Dheiya yang
merona merah wajahnya.
Suka dia melihat
wajah itu merah,
tampak sungguh comel!
Sejurus lepas itu,
Firdaus terus bangkit,
mengatur langkah menuju
ke anak tangga.
Dheiya masih terkedu
lagi di tepi
sofa. Dadanya disentuh.
Jantungnya berdegup kuat.
Aku dah jatuh
cinta ke? Jatuh
cinta pada suami
aku sendiri?
3 comments:
hehehe kan dah kena marah tu gan dheiya. suka2. wah pelakon witch yue hee lah! suka dia ni muka cute gila5x!
hehehehe....
selalu dheiya aje yg kene marah gan fir skg fir pulak yg kene marah gan dheiya...
anyway thnx komen...
:)
zara....mana sambungannya?rinduuuuuuuuuuuu....dah 4minggu tak post ni
Post a Comment