“
OKEY, terima kasih
ye Puan Sri.
Lain kali datang
lagi ye,” balas
Damya sambil tersenyum
manis kepada Puan
Sri Rohani yang
rajin membeli-belah di
De’Paradise Boutique.
Mrs. Vee
yang sedang berada
di kaunter tersenyum
lebar. Kerana Damyalah
keuntungan De’Paradise Boutique
semakin bertambah. Pelanggan
pula semakin ramai
berkunjung ke butiknya.
Hanya kerana keramahan
Damya serta senyuman
yang langsung tidak
lokek, dia memperolehi
keuntungan yang berganda.
Seharusnya dia perlu
mengucapkan terima kasih
kepada Damya.
“
Damya!” panggil Mrs.
Vee. Damya berpaling
lalu menuju ke
arah kaunter yang
berhias cantik.
“
Yes, ada
apa Mrs. Vee?”
tanya Damya kehairanan.
“
You know,
sejak you masuk
kerja sini, ramai customer
suka datang shopping butik
I ni! I should thanks
to you Damya,”
ucap Mrs. Vee.
“
Eh! Takde apelah
Mrs. Vee. Saya Cuma
buat
kerja aje. Apa
yang Mrs. Vee and
Rozy ajar, semua
saya ikut. Takde
kena-mengena dengan saya
punya feng hsui ke
apa ke,” balas
Damya spontan. Mrs.
Vee ketawa.
“
Ade-ade ajelah you
ni Damya. Oh
sebelum I lupa,
I nak you
tolong ambil new arrival
dress dekat dalam
bilik baju tu
ye?” pinta Mrs.
Vee.
“
Orait Bos!!” Damya
mengangkat tabik lalu
terus menuju ke
arah bilik baju
yang menempatkan semua
pakaian yang baru
tiba.
Melihatkan kelibat
seorang wanita anggun
yang berusia pertengahan
lima puluh-an, Mrs.
Vee terus menyapa
pelanggannya yang sudah
lama tidak berjumpa.
“ Hello! Hye
Datin Engku Zahira.
How are you?
Where have you
been lately?” sapa
Mrs. Vee.
“
I’m well.
Actually I baru
aje balik dari Europe
last Saturday. I
baru aje pindah
dari Damansara ke
KL ni. Selalu
I pergi aje
butik you yang
dekat Damansara tu,
but sekarang I
kena datang sinilah
nak shopping,” ujar Datin
Engku Zahira.
“
Oh
really! Nevermind! Dekat
sini pun Datin
boleh shopping
sepuas-puasnya. Just
choose aje apa
fesyen baju yang
Datin nak. Lagipun
butik I ni
universal sikit, baju
kurung moden or jubbah
moden pun ada!
Baru aje sampai.
But bukan I
lah yang orderkan tapi
Datin Sarimah. I tak pandai
sangat dalam bab
ni,” ramah Mrs.
Vee bercerita. Yalah,
orang datang nak
beli kan, mestilah
layan elok-elok maa!!
Untung lo!
Dalam melayani
Mrs. Vee berbual,
pandangan Datin Engku
Zahira terpaku pada
sesusuk tubuh kecil
molek yang sedang
menyusun atur baju-baju
yang dibungkus dengan
plastik. Dia masih
ingat akan rupa
comel itu! Masakan
dia lupa akan
orang yang telah
berbudi padanya. Bibirnya
mengukir senyuman lebar.
“ Vee, who’s that
girl?” tanya Datin
Engku Zahira untuk
meminta kepastian. Manalah
tahu jika tersalah
orang.
“
Who? Oh!
Itu Damya! My favourite
and the best
employer after Rozy!
Damya! Come here!
Let me introduce
you to Datin
Engku Zahira,” panggil
Mrs. Vee seraya
memperkenalkan Damya kepada
Datin Engku Zahira.
“
Err.. Datin?” Damya
terkejut melihat Datin
tidak bernama yang
dibantu tempoh hari.
Err! Bukan Datin
tak bernama la
Mya. Datin Engku
Zahira.
“
Betullah awak ni
Damya hari tu
kan?” pertanyaan Datin
Engku Zahira menghairankan
Mrs. Vee.
“
Both of you kenal
ke?”
“ Of course
Vee. She’s my
hero tau! Dia
yang tolong I
dari kena ragut
dengan peragut last three
days ago
bila I keluar
dari KLCC ni,”
cerita Datin Engku
Zahira ceria.
Mrs. Vee
tersenyum simpul. Lumayan
sungguh dia kali
ini! Tiba-tiba telefon
di kaunter berdering.
Pantas Mrs. Vee
meminta diri. Dia
mengisyaratkan Damya melayan
Datin Engku Zahira.
“
Err.. Datin nak
cari baju apa
ya? Nak pergi function
apa? Nak yang
jenis moden fesyen
terkini atau yang
tradisional sikit?” soal
Damya seraya memulakan
tugasnya. Bibirnya sentiasa
tidak lekang dari
senyuman.
Datin Engku
Zahira tersenyum manis.
Dia sudah merangka
sesuatu di dalam
mindanya. Sesuatu yang
bakal merubah kehidupan
anak lelakinya dan
sudah pasti akan
merubah seluruh kehidupan
gadis yang bernama
Nur Damya ini.
“
Err.. Damya panggil
auntie aje la
ye? Janganlah panggil
Datin. Tak selesa
pulak,” tukas Datin
Engku Zahira. Dia
menyentuh lembut bahu
anak gadis itu.
“
Err.. takpe la.
Saya tak biasa.
Em.. Datin nak
cari baju apa
ya?” dalih Damya
seraya meyoal sekali
lagi. Dia segan
sebenarnya. Tadi Mrs.
Vee memanggil Datin,
takkan lah dia
yang hanya kuli
ini hendak memanggil
auntie sahaja?
“
Damya ni. Kan
auntie dah cakap,
panggil auntie, jangan
panggil Datin. Kalau
Damya panggil Datin
juga, auntie tak
nak beli dekat
sini,” kata Datin
Engku Zahira seakan
mengugut.
Damya menggigit
bibir. Alamak! Macam
mana ni? Kalau
aku tak ikut
cakap Datin ni
melepaslah customer. Mesti Mrs.
Vee marah nanti.
Dahlah baru aje
kena puji tadi.
Hisy! Ala setakat
panggil auntie aje,
apa ada hal!
“
Okeylah auntie. Auntie
nak cari baju
apa? Damya tolong
eh?” soal Damya
mengalah dengan ugutan
Datin Engku Zahira.
Datin Engku Zahira
tersenyum senang.
“
Okay, actually auntie nak
cari dress untuk anak-anak
perempuan auntie. Next week
birthday diorang, so
ingat nak belikan lah
sebagai hadiah. Kalau
boleh, auntie nak long
dress ya,” jelas
Datin Engku Zahira.
Dia masih tesenyum.
“
Okay, no problem auntie.
Damya boleh tolong
suggestkan. Anak
auntie umur berapa
ya? Orang dia
macam mana? Dia
suka colour apa? Bla..bla..bla..” ramah
Damya melayan kehendak
Datin Engku Zahira
sambil tangannya ligat
menyelak helaian dress yang
sesuai. Seronoknya kalau
ada ibu yang
belikan hadiah untuk
kita, bisik hati
Damya.