Usai sahaja makan
malam, Firdaus terus
menuju ke luar
rumah menerusi sliding
door yang terus
menghubungkan kawasan taman.
Bersebelahan dengan taman
itu terdapat sebuah
pergola yang dihiasi dengan pokok-pokok yang menjalar, air terjun
buatan tradisional ala
Jepun yang menggunakan
buluh untuk menakung
air serta jambatan
ala-ala kayu yang
menghubungkan ke kawasan
kolam yang terletak
diseberang bersebelahan dengan pondok yang diperbuat daripada kayu.
Dia duduk di
pergola sambil menikmati
angin malam. Menjauhkan
diri dari kemelut
yang sangat menyesakkan.
Dia pasti mummynya
ada agenda yang
tersembunyi dan pasti
berkaitan dengannya. Biarlah
dia berada disini
buat sementara, ingin
mencari ketenangan.
Suasana yang
tenang, tenteram sambil
ditemani bunyi air
terjun dan sesekali
gantungan buluh yang
disangkut berlaga sesame
sendiri menghasilkan bunyi
yang tenang. Suasana
yang natural. Sesuai
dengan otaknya yang
sedang kusut dan
masalah hatinya yang
tak pernah-pernah tenteram.
“ Ada masalah?
Tak nak share
dengan daddy?” tegur
Tan Sri Sy.
Fahim sambil melabuhkan
punggungnya bersebelahan dengan
anaknya.
Firdaus
tersenyum memandang daddynya
lalu memberikan ruang.
“ Takde apalah
daddy”.
“ Tell me, berapa
lama Fir jadi
anak daddy? Sekilas tengok
kerut kat dahi,
keluh-mengeluh daddy dah
tahu. Fir tak
boleh sorok dengan
daddy,” kata-kata daddynya
membuatkan Firdaus tersenyum.
‘ Tahu aje daddy
ni ‘.
“ Daddy, daddy..
tell me also,
how much do
you know about
me hah?” dalih
Firdaus. Masih ingin
berteka-teki dengan daddynya.
“ Oh! Ni
nak dalih lagi
la ni? How
long hah? I
think not too long, maybe
since you were
in your mummy
tomb, my son,”
gurau Tan Sri
Sy. Firdaus.
Dia menepuk perlahan
bahu anaknya sambil
ketawa kecil. Firdaus
tersenyum. Sememangnya dia
amat rapat dengan
daddynya. Sangat rapat
sehinggakan apa yang
dia fikir, apa
yang dia alami
semuanya dapat dirasakan
oleh daddynya.
“ Oh yea?
How that be?
Tu Fahmi and
Aria macam mana
pulak? Fahmi pun
kan anak daddy
jugak. Daddy boleh
tau perasaan dia,
hati dia?”
“ Fir, semua
anak-anak, daddy tahu. All of you are my
children. My special
baby. Fahmi and
Aria pun macam
tu jugak. Cuma
mungkin mereka berdua
tu rapit sikit
dengan mummy. Since
Fir kecik lagi,
Fir memang rapat
dengan daddy kan?”
luah Tan Sri.
Sy Firdaus penuh
perasaan.
Mengingatkan
permata hatinya, Firdaus,
Fahmi dan Aria,
dia bangga. Bangga
kerana menjadi seorang
daddy kepada anak-anak
kurniaan Allah. Rezeki
yang sukar ditolak.
Kalau di putarkan
kembali ke masa
30 tahun dahulu,
dia melihat anak-anak
kecil yang meniarap,
merangkak, berdiri, berjalan
jatuh, berlari, bercakap,
ketawa membuatkan dunianya
terasa indah. Putera
dan puterinya yang
sentiasa menghiburkan dia
suami isteri.
“ Daddy ni,
termenung pulak dia.
Tadi feeling sangat.
Ingatkan sapa?”
“ Takde apalah.
Sekarang ni masa
dah cepat berlalu.
Tak sedar anak
daddy yang kuat
memberontak ni dah
besar, dah kahwin
pun,” ujar Tan
Sri Sy. Fahim
sambil ayat yang
terakhir itu diperlahankan.
“ Syhhh! Daddy
ni, nanti orang
dengar pulak, tak ke naya
Fir nanti”.
Daddynya ketawa kecil.
“ Fir dengan
Dheiya macam mana?”
tanya Tan Sri
Sy. Fahim menyambung.
“ Macam mana
apa? Macam tu
lah. Macam biasa,”
kata Firdaus selamba.
Banyak pulak ‘ macam ‘
ya!
“ Yalah. Maksud
daddy ‘ macam biasa ‘
tu macam mana?”
jelas seterang-terangnya Tan
Sri Sy. Fahim.
Pening pulak banyak
macamnya.
“ Hidup macam
biasa. Takde apa-apa
yang berlaku antara
Fir dengan Dheiya”.
“ Mustahillah, takkan
takde pape langsung?
Hati tu tak
rasa lain macam
ke? Pelik. Tiba-tiba
rasa suka ke,”
tekan daddynya lagi.
Firdaus mengetap bibir.
‘ Haiya! Macam mana nak
cakap ek? ‘
“ Err.. urrmm….
macam mana nak
cakap ya? Suka
tu…. adalah sikit,
SIKIT je daddy.
Macam… macam kawan,
kawan baru tapi
duduk serumah. Something
like that lah”.
‘ Ah! Hentam ajalah
apa-apa pun! Malu
pulak aku nak
cakap. Aku pun
tak tahu apa
yang aku repekkan
tadi. Susahnya nak
explain ‘.
“ Daddy rasa
tak mungkin itu
aja, mesti ada
lagi ni. Tak
rasa apa-apa yang
lain? Sayang ke?
Cinta maybe,” asak
Tan Sri Sy.
Fahim. Dia tersenyum
penuh makna.
“ Daddy, apa
ni? Takde papelah.
Mana ada. Daddy
pun tahu kan
Fir dengan Dheiya
tu macam mana?
Kami kahwin pun
bukannya ada sebab
cinta,” dalih Firdaus.
Dia meraup wajahnya.
Sukar Tan Sri
Sy. Fahim hendak
percaya luahan anaknya.
Dia yakin masih
ada sesuatu yang
tersembunyi di lubuk
hati Firdaus, hanya
anaknya itu tidak
menyedarnya. Dia yakin
Firdaus mula menyenangi
gadis itu, mungkin
sudah mula ada
bibit-bibit sayang.
“ Fir, kahwin
tanpa cinta tak
semestinya tak boleh
dipupuk rasa cinta
dan sayang tu
selepas kahwin. Jangan
menolak sangat Fir.
Jangan cepat sangat
berkata ‘ TIDAK ‘ sebab akhir
nanti Fir yang
akan jatuh cinta
dan sayang pada
Dheiya tu. Percayalah
cakap daddy. Kita
tak tahu apa yang Allah
S.W.T dah rancang
untuk kita, dah
tulis untuk kita.
Mungkin ada
hikmahnya hubungan Fir
dan Karinna terputus.
Sebabnya Dia nak
hantar Dheiya pada
Fir tetapi dengan
cara yang berbeza,
iaitu Fir tolong
Dheiya. Siapa tahu?
Jodoh ni Fir,
kadang-kadang kita kena
cari, kadang-kadang ia
akan datang kepada
kita dan kadang-kadang
ia ada depan
mata kita. Mungkin
bukan Emilina sebab
daddy tahu Fir
tak ada rasa
apa-apa pada dia,
tapi pada Dheiya?
Fir tanya pada
diri Fir sendiri,
apa perasaan Fir
bila dekat dengan
Dheiya? Ask yourself.
Dheiya tu baik.
Daddy boleh nampak
bila daddy tengok
mata Dheiya tu.
Sebab mata tak
pernah menipu. Dia
bukan macam yang daddy
sangkakan sebelum ni.
Fir bela Dheiya
bila daddy bersangka
buruk dan tuduh
dia macam-macam. Itu
adalah satu petanda
tapi Fir sendiri
tak sedar,” ujar
Tan Sri Sy.
Fahim panjang lebar.
Firdaus diam tidak
berkata-kata. Ada benarnya
cakap daddynya itu.
Tetapi, hatinya belum
yakin, masih terikat
dengan kehadiran Karinna.
Dia mula berasa
serba salah.
“ Entahlah daddy.
Fir kalau boleh
tak nak fikir
pasal hati dan
perasaan ni, rasa
macam serik aje.
Dan kalau boleh
tak nak langsung
fikir pasal benda
ni. Sakit sangat
bila kena tinggal
tanpa sebab. Pasal
Dheiya tu, entah,
susah Fir nak
cakap…..,” pantas dipintas
oleh daddynya.
“ Sebab hati
Fir masih terikat
bila Karinna muncul
semula? Macam tu?
Fir, Karinna is
your past. Memang
dia datang balik
nak betulkan keadaan
tapi Fir tanya
hati Fir betul-betul,
Fir gembira atau
tak bila Karinna
balik? Dengan Dheiya,
macam mana? Ada rasa ragu-ragu
antara mereka berdua?
Fir, kalau betul
Fir tak pasti,
tak tahu buat
apa, Fir solat.
Daddy tahu Fir
dah lama tinggal
kan? Tak baik
Fir, berdosa, sebab
solat itu tiang
agama. Wajib dibuat.
Tapi janganlah Fir
nak bersolat sebab
masalah hati tapi
kerana Allah. Minta
ampun, bertaubat, minta
ketenangan supaya tak
rasa gelisah, baru
minta tolong. Allah
sendiri yang mahu
kita meminta pada-Nya,
jangan sesekali sombong
pada-Nya. Allah tak
kejam, Allah itu
Maha Penyayang. Kalau
kita minta pertolongan,
Insya-Allah mesti Allah
tunaikan tetapi bergantung
pada usaha kitalah,”
nasihat Tan Sri
Sy. Fahim.
Firdaus terkedu. Ya
Allah! Sebenar-benarnya dia
memang lalai, leka,
tidak bersyukur dengan
nikmat yang Allah
pernah berikan. Jarang
sekali dia berterima
kasih, tetapi Allah
masih memberikan nikmat
yang melimpah-ruah.
‘ Ya Allah! Sungguh
aku jahil pada-Mu! ‘
Firdaus memeluk erat
tubuh daddynya. Pelukan
Firdaus dibalas. Air
matanya tetap cuba
ditahan. Tidak mahu
menangis dihadapan sesiapa
pun. Dia malu
kerana dia ego
selama ini. Dia
bongkak! Takbur! Angkuh
berjalan dibumi Allah
ini.
“ Daddy, terima
kasih sebab sedarkan
Fir. Memang Fir
leka, lalai, lupa.
Dheiya pun sesekali
ada suruh Fir walaupun cuma melalui perbuatan
tapi Fir tak
pernah kisah, Fir tak
peduli,” sebak Firdaus.
Tan Sri Sy.
Fahim mengusap belakang
tubuh anaknya. Menenangkan
anaknya yang sebak.
Jarang sekali dia
melihat Firdaus menitis
air mata di
hadapan sesiapa pun
kerana anaknya ini
keras hati, ego
dan kuat memberontak.
Malam ini air
mata itu kelihatan
walaupun ditahan.
“ Sudahlah Fir,
daddy cuma jalankan
tanggungjawab daddy sebab
Fir masih tetap
anak daddy. Daddy
wajib buat semua
tu, mengingatkan pada
anak-anak yang lalai.
Fir, ingat, sebaik-baik
wanita yang hendak
dijadikan isteri adalah
wanita yang mengingatkan
kita tentang Tuhan,
tentang solat. Itulah
seelok-eloknya untuk dijadikan
isteri. Fir pun
faham kan? Daddy
harap Fir nampak
apa yang daddy
nampak,” nasihat Tan
Sri Sy. Fahim
lagi.
Firdaus mengangguk. Tiba-tiba
mereka didatangi oleh
Fahmi dan Aria.
Si kembar itu
terpinga-pinga melihat daddy
dan along mereka
berpelukan.
“ Kami dah
tertinggal drama yang
best ke tadi?”
tanya Fahmi.
Firdaus ketawa kuat
disusuli oleh daddynya.
Aria dan Fahmi
berkerut dahi.
“ Kenapa daddy
gan along gelak?
Oh! Gossip tak
ajak!” ujar Aria
pula.
“ Mana ada
gossip lah. Main
tuduh aje. Ni
citer orang dewasa,
korang apa tahu!”
ujar Firdaus berlagak.
“ Cehh! Berlagak.
Orang pun nak
peluk daddy jugak!
Mana aci along
sorang dapat peluk
daddy, peluk siap
dengan feeling lagi,”
Aria tidak mahu
mengalah.
Fahmi
mengangguk. Dia duduk
disebelah kiri daddynya
pula.
“ Ah! Sibuk
budak berdua ni!
Biarlah along nak
manja-manja pulak dengan
daddy, dahlah jarang
jumpa dengan daddy. Korang
kan tiap-tiap hari
jumpa takkan tak
puas kot? Jeleslah
tu!”
“ Ah tak
kira! Nak jugak!
Fahmi tepilah! Nak
duduk sebelah daddy!”
rengek Aria sambil
menolak tubuh Fahmi
ke tepi. Fahmi
berdegil, dia mengeratkan
pelukan ke tubuh
daddynya.
“ Aria lambat!
First come, first
serve! Fahmi dah
booking dulu! Aria pergilah peluk
mummy!” usik Fahmi.
Tan Sri Sy.
Fahim dan Firdaus
ketawa melihat wajah
Aria yang masam
cemberut itu. Anak
bongsu, manja biasalah!
“ I don’t
care! Nak jugak!
Tepi!”
Aria menolak kuat
tubuh Fahmi ke
tepi. Fahmi tidak
mahu mengalah. Terjadi
adegan tolak-menolak dan
tarik-menarik antara mereka
tiga beradik. Daddynya
yang terpinga-pinga, tersepit
di tengah-tengah.
“ Sudah! Sudah!
Dah nak putus
tangan daddy ni.
Tak sangka daddy
jadi rebutan. Kalau mummy
nampak mesti dia
jeles. Nak peluk
sangat, meh daddy
peluk semua, tak
payah nak tolak-tolak.
Adil,” putus Tan
Sri Sy. Fahim
sambil tangannya memeluk
putera dan puterinya
sambil ketawa bersama-sama.
Mengingatkan wajah masam
merajuk mummy nanti.
Tiada siapa hendak
peluk mummy!
Terdengar
keriuhan bising gelak-ketawa
dan jeritan Aria
membuatkan Puan Sri
Sy. Faridah melangkah
keluar menuju ke
pergola.
“ Ya Allah!
Anak beranak ni!
Tetamu ada kat
dalam, sibuk berpeluk
kat luar ni.
Masuk! Nanti dengan
anak-anak dengan daddynya
sekali kena tarik
telinga ni!” marah
Puan Sri Sy.
Faridah.
Alah!
Marah-marah sayang. Siapa
tak suka melihat
adegan kasih sayang
ni? Siapa tak
seronok? Walaupun anak
sudah meningkat dewasa,
hubungan mereka masih
rapat, masih sebuah
keluarga.
“ Alah! Mummy
jeleslah tu! Sebab
takde siapa nak
peluk mummy, kami
semua peluk daddy,”
gurau Fahmi.
“ Takde maknanya
lah mummy nak
jeles. Setakat peluk
daddy, hari-hari mummy
peluk tau!”.
“ Ehemm! Ehemm! Aihh!!
Uhuk! Uhuk!” Firdaus
dan si kembar
buat-buat tersedak. Batuk.
“ Dah-dahlah tu.
Pandai betul mummy
ni buat lawak.
Daddy dah blushing
ni! Malu!” seloroh Tan
Sri Sy. Fahim.
Mereka berlima ketawa
bersama. Emilina dan
mama serta papanya
hanya memandang dari
jauh. Begitu rapatnya
hubungan kekeluargaan Tan
Sri Sy. Fahim
dan Puan Sri
Sy. Faridah. Tidak
seperti keluarga mereka,
hanya Emilina permata
hati, tiada yang
lain. Mereka lebih
senang membuat hal
masing-masing. Tiada kasih
sayang, perhatian, masing-masing
mementingkan diri sendiri.
Mereka kekurangan semua
itu.
Sebab tulah agaknya
perangai Emilina macam
tu ya?
4 comments:
nak lagi...hehehe. happy family. bila depa nak g melepak umah fir ni. nti blh kenal kakak ipar buat geng.hehehe tak sabar2 nak baca part tu.
don't worry... nnti akn ade jgak... surprise yg tak disangka-sangkakan... mmg rhsia terbocor...
thnx commnt...
:)
aduh duh... kenape xleh stop baca ni... best2
teruskan membace yang mar darling... :)
Post a Comment