Firdaus menapak masuk
ke dalam biliknya.
Sedikit kehairanan saat
melihat pintu balkoni
terbuka luas, memberi
laluan bayu malam
mengisi ruang di
dalam biliknya yang
luas itu. Pandangannya
terarah pada jam
yang menunjukkan pukul
sebelas tiga puluh
minit malam. Dahinya
sedikit berkerut. ‘ Tak
tidur lagi?’. Leka
sungguh dia berbual
dengan adik kembarnya
sehinggakan tidak menyedari
masa yang pantas
berlalu. Bersyukurlah adik-adiknya
boleh menerima Dheiya
seperti mana Tan
Sri Sy. Fahim
dan juga sahabat
baiknya.
Langkahnya
diatur menuju ke
balkoni. Sesusuk tubuh
langsing sedang terduduk pada
buaian rotan di
balkoni tersebut. Dheiya
langsung tidak menyedari
kedatangannya malahan terus
menerus melayan perasaan.
Firdaus berdeham perlahan.
Dheiya tersedar dari
lamunannya terus melemparkan
senyuman manis buat
suaminya.
“ Tak tidur
lagi? Dah lewat
malam ni?” Firdaus
berbasi-basi. Dia melabuhkan
punggungnya pada kerusi
berhampiran buaian rotan
yang diduduki Dheiya.
“ Tak ngantuk
lagi. Emm.. sorry
duduk tempat awak,”
Dheiya bingkas bangun
dari buaian ritan
itu namun sempat
ditahan Firdaus.
“ Eh! Eh!
It’s okay. Duduk ajelah”.
“ Thanks,” jawab
Dheiya sepatah. Entah
mengapa lidahnya seakan
kelu hendak berbicara
dangan Firdaus. Begitu
juga dengan Firdaus.
Hilang semua idea
dia untuk mengusik
gadis itu.
Kenapa pulaklah otak
aku lambat sangat
nak cari ayat
borak-borak dengan dia
ni? Cik neuron,
cepatlah berfungsi!
Firdaus
tersenyum kecil melihat
gelagat Dheiya seperti
tidak senang duduk
itu. Macam tak
selesa sahaja.
“ You termenung
tadi, fikir pasal
apa? Sampai I
datang you langsung
tak perasan,” hanya
ayat itu sahaja
yang terlintas dalam
fikiran Firdaus. Lantaklah!
Skema pun skemalah!
Cliché pun cliché
lah! Firdaus senyum
memandang wajah comel
itu.
“ Takde papelah.
Saja layan perasaan
ni”.
“ Iye ke?
Tak takut ke
duduk kat sini,
malam-malam, sorang-sorang?” kening
Firdaus jongketkan.
‘Dah! Dia dah
datang angin usik
dia pulak! Ni
yang aku tak
suka ni! Kalau
satu hari tak
usik aku, tak
boleh hidup agaknya
dia!’.
Dheiya mengetap bibir
menahan rasa geram
pada Firdaus yang
suka mengusiknya dan
rasa seram didada.
Baru juga dia
perasan, macam mana
dia boleh berani
duduk kat sini
sorang-sorang. Dia mula
gelisah. Firdaus senyum
lagi. Suka dia
mengusik.
“ Orang cakap,
orang cakaplah kan
kalau malam bulan
penuh, selalunya ada
‘benda’ yang rajin
keluar merayap. Sekarang
ni kan bulan
tengah penuh….,” belum
sempat Firdaus mengahbiskan
ayatnya, Dheiya terus
bangkit berdiri. Terpancar
rasa cuak pada
wajah Dheiya.
“ Err… saya
rasa saya dah
ngantuklah. Saya masuk
dulu ya?” cepat-cepat
sahaja meminta diri.
Sudah tidak sanggup
dia mendengar teori
hantu daripada Firdaus.
Walaupun dia tahu
lelaki itu hanya
berniat untuk mengusiknya,
tetapi dia tetap
tidak sennag duduk.
Kalau dengar jugak
alamatnya malam ni
memang tidur tak
lenalah!
Firdaus menahan senyuman.
Dalam hati dah
nak gelak kuat
tapi tahan ajelah.
Cepat-cepat aje cakap
nak masuk tidur!
“ Eh! Eh!
Relaxlah! I cuma
sampaikan apa yang
orang cakap aje.
I tak maksudkan
macam tu pun.
Sorry la kalau
buat you takut
pulak, nanti ade
aje orang tu
tidur dengan ‘bantal
peluk’ malam ni,
nasib baik ‘bantal
peluk’ tu baik
hati,” giat Firdaus
lagi di hujung-hujung
ayatnya. Dia ketawa
besar.
Dheiya mengetap bibir
geram. Dia menjeling
tajam Firdaus walaupun
lelaki itu meminta
maaf darinya.
“ Kalau dah
tahu saya ni
memang penakut kenapa
awak saje aje
cerita pasal hantu
tu kat saya?
Nasiblah ‘bantal peluk’
tu kena peluk
dengan saya,” balas
Dheiya geram. Matanya
menjeling lagi pada
Firdaus. Lelaki itu
ketawa.
“ Haha.. marah
lagi ke cik
adik ooii? Asyik
jeling kat I,
nasib baik tak
juling mata tu
tau!”
“ Biarlah juling
sekali pun! Mata
saya, bukan mata
awak!”
“ Eh! Eh!
Mana boleh! Nanti
malulah I bila
orang tau wife
I ni juling!
Dahlah cantik comel
macam ni tapi
juling pulak! Kesian,”
tambah Firdaus lagi
menambahkan rasa geram
di hati Dheiya.
‘Eeii!! Mulut! Takde
insurans langsung! Nasib
baik hubby aku
plus hensem, kalau
tak dah lama
kena penangan dengan
aku!’
“ Alololo!! Sayang
I ni merajuk
ye? Bukan main
tajam jeling dia.
Tu, mulut dah
panjang muncungnya, ni
mesti belajar dari
Arialah ni!” pujuk
Firdaus sambil mencubit
geram pipi Dheiya.
Dheiya mengusap pipinya
yang perit. Mesti
merah! Firdaus ketawa
melihat wajah masam
cemberut Dheiya.
Suasana sunyi mula
menyelubungi suasana malam.
Dah puas usik-mengusik, masing-masing
seakan kelu lidah
untuk bersuara. Mata
Dheiya tertancap pada
bulan penuh. Bermacam
persoalan yang bermain
difikirannya. Firdaus turut
terdiam, sesekali dia
menjeling Dheiya. Terpaku
dia sebentar wajah
manis Dheiya meskipun
dia tidak pernah
melihat Dheiya bersolek.
Hatinya kembang-kuncup disapa
bahagia.
“ Kenapa awak
tak berterus-terang aje
perkara yang sebenar
pada Aria dan
Fahmi?” tanya Dheiya
tiba-tiba, menghentikan aksi
curi-curi pandang Firdaus.
Wajah polos isterinya
dipandang seketika sebelum
mula bangun dari
duduknya.
“ Apa maksud
you sebenarnya?”
“ Semuanya. Pasal
saya, perkahwinan kita,”
ujar Dheiya perlahan,
antara dengar dan
tidak dengar. Firdaus
menarik nafas panjang.
Sudah dia menyangka
persoalan ini pasti
meniti di bibir
gadis itu.
“ Untuk apa
Dheiya kalau berterus-terang tu
hanya membuka aib
you sendiri. I
masih belum jahil
lagi tentang dosa
pahala dan amanat
yang I pikul.
Sebagai suami, I
wajib tutup aib
dan maruah you
sebab you isteri
I, maruah you,
maruah I juga.
Tiada siapa boleh
pertikaikan lagi. Biarlah
hanya daddy dan
Zaff aje yang
tahu siapa you
yang sebenarnya ,” Firdaus
berhenti seketika sebelum
menyambung kembali.
“ Bukan bermaksud,
I tak percayakan
adik sendiri, tapi
biarlah perkara ni
menjadi rahsia antara
kita berempat. I
tak nak you
rasa rendah diri
bila you bersama
dengan family I
nanti hanya sebab
asal-usul dan keturunan
you. Dan I
juga tak nak
you rasa kekurangan
bila you bersama
dengan I, I
nak you sentiasa
bahagia bila ada
dengan I, I
tak nak you
rasa sunyi sebab
you ada I”.
Air mata Dheiya
menitis setitis. Menitik
jatuh pada tangannya.
Air matanya mula
menuruni laju di
pipi gebunya. Hatinya
benar-benar tersentuh. Anggapannya
dia hanyalah patung
bernyawa di dalam mahligai mewah
ini. Hanya sebagai
‘belian’ yang disimpan
umpama perhiasan yang
berharga. Sangkanya Firdaus
tidak pernah mengambil
berat akan dirinya,
hanya pandai megherdik
dan menengking dirinya
tanpa sebarang perasaan.
Langsung tidak terduga
hatinya Firdaus benar-benar
mengambil berat akan
dirinya. Cuba membuat
dia merasa bahagia
bersama di mahligai
mewah ini. Malah
cuba membuka pintu
hatinya dari bayangan
masa silam yang
menyakitkan hanya untuk
dia, seorang gadis
yang tidak punya apa-apa
pun waima sebuah
tempat untuk berlindung.
Dheiya cuba
menahan esakan. Firdaus
berpaling wajah dari
menatap langit kelam
saat dia terdengar
esakan kecil.
Pantas lelaki itu
meluru mendekati dan
melutut di hadapan
gadis itu. Pantas
jari-jemarinya mengusap air
mata yang berlinangan
di pipi Dheiya.
Hatinya tidak keruan
melihat esakan Dheiya.
“ Hey baby,
why are you
crying? Sedih ya?”
pujuk Firdaus lembut.
Tangannya mengelus lembut
pipi Dheiya yang
berlinangan air mata.
Jari-jemarinya menyelak helaian
rambut isterinya yang
menutup wajah.
Wajah mereka berdekatan
sehinggakan Firdaus dapat
merasakan desah nafas
berbaur esakan Dheiya.
Dheiya mengangkat wajahnya
yang tertunduk, matanya
menentang mata Firdaus
yang terlalu mendalam.
Spontan, Dheiya menyembamkan
wajahnya pada dada
bidang Firdaus, lalu
menghamburkan esakannya di
situ. Terhingut-hingut bahunya
sehingga tangan tegap
Firdaus mengusap-usap lembut
belakang tubuhnya, malah
dirasakan pelukan lelaki
itu semakin erat
sambil bibir itu
memujuk dia.
“ Jangan tinggalkan
saya. Tolong, jangan
tinggalkan saya. Jangan
tinggalkan saya,” rayu
Dheiya lirih. Firdaus
menahan rasa di
dada. Rayuan Dheiya
amat menggamit hatinya
yang diusik sayu
dan pilu.
Firdaus
mengeratkan pelukannya. Hidungnya
disembamkan pada rambut
Dheiya yang harum.
Bibirnya mengucup lembut
rambut yang harum
itu. Dia memejamkan
matanya seketika. Dheiya
mengenggam erat kolat
baju Firdaus. Esakannya
mula berkurangan. Hatinya,
kalau boleh ingin
lama lagi berada
dalam pelukan hangat
itu. Sejujurnya, dia
amat memerlukan Firdaus.
Firdaus
meleraikan sedikit pelukannya
lalu bibirnya laju
mengucup pipi dan
telinga Dheiya bertalu-talu.
Hidung merah gadis
itu dikucup lagi.
Tanpa sebarang isyarat,
dia mengangkat lalu
mengendong tubuh kecil
molek itu ke
katil lalu terus
dibaringkan. Mata mereka
bertentangan. Pandangan Dheiya
begitu menusuk ke
hatinya. Dia mula
merasakan akan kehadiran
perasaan itu namun
belum pasti. Dia
mengusap pipi Dheiya
lagi. Hatinya mula
bergelora hebat. Namun,
bukan sikapnya yang
terlalu gelojoh malah
dia juga yakin
Dheiya masih belum
bersedia untuk melalui
‘malam pertama’ itu.
“ Temankan saya?”
pinta Dheiya. Tangannya
memegang lembut jari-jemari
Firdaus yang asyik
mengusap pipinya. Pandangan
yang redup itu
benar-benar membuai perasaan
Dheiya. mata yang
menusuk kalbu hatinya,
redup, tenang penuh
dengan rasa bahagia.
Firduas tidak memberikan
sebarang reaksi, dia
hanya memandang wajah
Dheiya. Perlahan-lahan kepalanya
ditundukkan lalu bibirnya
mengucup lembut bibir
Dheiya. Dheiya terpana
tetapi matanya tetap
tidak beralih daripada
menatap Firdaus. Perlahan
lelaki itu merebahkan
tubuhnya di sisi
Dheiya lalu memeluk
gadis itu seerat-eratnya. Buat
pertama kali, mereka
tidur bersama, sekatil.
Mungkin ini adalah
permulaan mereka untuk
mula hidup bersama
walaupun masih belum
menjadi suami isteri
yang ‘sebenarnya’.
Malam mula merangkak
pergi walaupun hati
masing-masing enggan melepaskan
malam yang penuh
seribu peristiwa romantik.
Bagi Dheiya, inilah
yang diharapkan, doa
yang dipohon setelah
sekian lama telah
termakbul jua walaupun
masih belum mencapai
kata kepastian dari
hati Firdaus.
Buat Firdaus rasa
keperitan yang menyakitkan
itu dirasakan sudah
berlalu pergi. Yang
ada kini hanya
rasa bahagia yang
mula dipenuhi bibit-bibit
cinta dan sayang
buat gadis bernama
Dheiya Arisha. Jika
dahulu dia begitu
angkuh bahawa cinta
sejati hanyalah dongengan
semata-mata setelah Karinna
meninggalkannya. Tiada yang
hebat selain dari
cinta pertamanya namun
percaturan manusia sentiasa
silap. Tuhan Maha
Kuasa lebih mengetahui.
Moga-moga rasa cinta
dan sayang itu
hanya ditumbuhkan buat
gadis yang berada
di dalam pelukannya
kini hanya paksi
pada Allah Maha
Esa.
-------------------------------
Dheiya terjaga saat
merasakan helaan nafas
yang tenang menghembus
ke wajahnya. Perlahan
dia membuka mata.
Jantungnya berdegup pantas
tatkala sepasang matanya
dijamu dengan pemandangan
yang cukup indah
ciptaan Ilahi. Wajah
yang sentiasa menenangkan
hatinya, yang menghuni
jiwanya sejak dihari
pertama pernikahan mereka.
Matanya leka meneliti
setiap inci wajah
Firdaus yang tenang
itu. Kulit yang
putih bersih tanpa
ada sebarang garis
halus ataupun bekas
jerawat, kening yang
sederhana lebat, hidungnya
yang mancung, bibir
yang merah dan
seksi saat lelaki
itu tersenyum nakal!
Spontan wajah Dheiya mula
membahang. Malu! Tenung
anak teruna orang
lama-lama. Pulak tu
describe terlebih over!
Sungguh dia akui,
dia amat mencintai
lelaki itu. Malah
lelaki itu pertama
menduduki carta hatinya.
Matanya pula meliar
memandang tangan tegap
lelaki itu yang
melingkari dipinggangnya. Erat.
Dheiya berasa tenang
malah terasa dilindungi
saat berada di
dalam dakapan Firdaus.
Jam yang berdetik
menunjukkan pukul empat
pagi. Dheiya cuba
memejamkan matanya kembali
seraya mendekatkan lagi
tubuhnya. Perlahan kantuknya
mula menguasai diri
lantas tidak sampai
seminit, Dheiya terlena
kembali.
Firdaus
mencelikkan matanya saat
dia yakin gadis
itu sudah terlena.
‘ Oho! Diam-diam
telek orang ya!’
Firdaus tersenyum nakal.
Sengaja pelukannya dieratkan
lagi. Tangannya mengusap
lembut belakang badan
isterinya. Bibirnya mengucup
kelopak mata Dheiya.
nafasnya mula berombak.
‘ Sabar Fir! Sabar!
Tak larinya Dheiya
tu!’ bisik hati
Firdaus sekaligus cuba
melawan rasa ingin
‘memiliki’ Dheiya. dia
tidak mahu ‘mengambil’
Dheiya saat gadis
itu tidak rela.
Kalau boleh, biarlah
dengan rasa cinta
dan sayang antara
mereka berdua.
Firdaus menarik nafas
lagi. Pelukannya dikemaskan.