“ Fir jumpa
dia kat Heaven
Club, waktu Fir
nak balik. Tapi
daddy Dheiya bukan
GRO. Sebenarnya Dheiya
hampir kena jual
dengan bapak tiri
Dheiya sebab berhutang
dengan tauke kelab
malam tu. Bapak
tiri dia tak
mampu bayar so,
dia jual Dheiya…..,
“ belum sempat
Firdaus menghabiskan ayatnya
pantas Tan Sri
Sy. Fahim memintas.
“ Dan Fir
beli Dheiya dari
tauke kelab tu
kan? Berapa Fir
beli budak tu?”
tanya Tan Sri
Sy. Fahim serius.
Sungguh dia agak
terkejut dengan cerita
ini.
Sudu dan garfu
diletakkan. Pinggan yang
sudah kosong itu
diletakkan ke tepi.
Firdaus menyedut air
minumannya. Pinggannya sudah
kosong lalu ditolak
ke tepi.
“ Err.. Fir
beli Dheiya dengan
harga 50 ribu
and Fir bayar
10 ribu kat
bapak tiri Dheiya
dengan syarat dia
tak boleh cari
Dheiya lagi. Daddy
I’ sorry. Very
sorry. Fir tahu
yang Fir dah
belakangkan mummy dan
daddy tapi Fir
tak boleh tak
tolong Dhieya. Dia
dalam kesusahan sangat
waktu tu. But
daddy you don’t have
to worry. Duit
yang Fir bayar
tu bukan duit
company, tapi duit
Fir,” jelas Firdaus
sungguh-sungguh meyakinkan daddynya.
Tan Sri Sy.
Fahim mengeluh lemah.
Sukar untuk dia
percaya anaknya sanggup
buat begitu. Dia
tidak kisah jika
anaknya hendak membantu
orang yang dalam
kesusahan tetapi dalam
situasi ini dia
tidak tahu hendak
menerima berita ini
atau tidak. Tiba-tiba
minda tuannya terfikirkan
sesuatu.
“ Fir, Fir
kahwin dengan budak
Dheiya tu sebab
Fir dengan dia
dah pernah terlanjur
ke?” soalan Tan
Sri Sy. Fahim
menyentak membuatkan Firdaus
tersentak.
Dia memandang wajah
daddynya yang tepat
merenung wajahnya.
“ Eh! Taklah!
Mana ada Fir
pernah tidur dengan
Dheiya. Fir masih
pegang janji Fir
pada daddy dan
mummy. Betul daddy,
Fir tak tipu,” nafi Firdaus bersungguh-sungguh.
“ Jadi Fir
tak tahulah yang
budak Dheiya tu
suci ke tidak?”
tembak Tan Sri
Sy. Fahim pedas.
Firdaus
mengeluh. Bagaimana dia
mahu menjelaskan pada
daddynya? Jarinya bermain-main
dengan straw.
“ Daddy, Dheiya
tu bukan GRO.
Lagipun masa bapak
tiri Dheiya nak
serahkan dia pada
tauke kelab tu,
dia merayu-rayu, menangis-nangis minta
dilepaskan. Kalau dia
dah tak ‘ada’
kenapa dia beria-ia
dia defend diri?
Plus, boleh dapat
duit banyak, betul
tak daddy? Fir
dengar malam tu,
bapak tiri Dheiya
cakap yang Dheiya
masih lagi anak
dara,” ujar Firdaus
antara yakin dan
tidak yakin.
Dia tidak tahu
sejauh mana kebenaran
yang dia ceritakan
pada daddynya tapi
yang dia tahu
Dheiya masih belum
‘disentuh’ oleh sesiapa.
Hatinya juga yakin
mengiakan pada malam
dia membeli Dheiya.
Namun, pertanyaan daripada
daddynya mula membuat
hatinya tertanya-tanya. Mula
menaruh syak wasangka.
Alasannya kedengaran kurang
logik, namun perasaan
ingin tahunya begitu
kuat dalam diri.
‘ Argh! Apa
masalah aku ni?
Bukannya aku ada
apa-apa perasaan kat
dia pun. Lantak
dialah kalau dia
suci ataupun tak!
Kalau aku nak
bukti sangat, nanti
tak pasal-pasal dia
mengandungkan anak aku
pulak, tak ke
naya nanti! Sampai
masa nanti aku
akan lepaskan dia
jugak nanti! Tapi..’
“ Fir! Berangan
pulak dia. Daddy
tanya ni!” sergah
Tan Sri Sy.
Fahim.
Firdaus terkejut apabila
disergah sebegitu. Terkebil-kebil dia
memandang daddynya.
“ Sorry. Daddy
tanya apa tadi?”
“ Kamu berangankan
sapa ni Fir?”
Tan Sri Sy.
Fahim menggelengkan kepalanya
lantas dia menyambung.
“ Daddy tanya
kamu pasti ke
apa yang kamu
dengar? Entah-entah bapak
tiri budak tu saje
aje cakap macam
tu sebab dah
terdesak, kan?”
“ Daddy. Pleaselah.
Percayalah cakap Fir
ni. Look here,
masa Fir nak
beli Dheiya, tauke
kelab tu memang
tak nak jual,
so point kat
situ. Fir tahu,
bila tengok gerak
tubuh Dheiya tu
Fir dah boleh
agak dah. You
teach me how
to know right?”
Tan Sri Sy.
Fahim terdiam mendengar
penjelasan Firdaus. Hati
tuannya cuba untuk
menerima penjelasan tetapi
akal fikirannya masih
cuba menyangkal dakwaan
anaknya. Selagi dia
belum melihat gadis
yang bernama Dheiya
Arisha dengan matanya
sendiri, selagi itulah
dia tetap curiga.
Sememangnya tidak baik
menaruh syak wasangka
terhadap orang lain,
tetapi dengan latar
belakang kehidupan gadis
itu menyebabkan dia
kurang senang. Malah
sesiapa sahaja yang
berada di tempat
dia akan berasa
curiga.
“ Kenapa Fir
nak tolong budak
Dheiya tu sedangkan
Fir tak pernah
kenal dengan dia?
Dia tak ada
saudara-mara ke yang
sampai Fir perlu
beli dia? Sampai
kahwin dengan dia?
Tak boleh tunggu
daddy balik dari
UK ke?” tanya
Tan Sri Sy.
Fahim lagi, seakan
tidak berpuas hati.
Firdaus terkedu. Saudara-mara?
Dia sendiri tidak
tahu. Dia langsung
tidak bertanya kepada
gadis itu atau
lebih tepat lagi
dia sendiri tidak
mahu mengambil tahu.
Dia mengeluh. Apabila
berada dalam keadaan
ini, dia mula
menyesal kerana tidak
menyiasat dan bertanya
kepada Dheiya. Salah
sendiri.
“ Daddy, Fir
tak nak nanti
kami tiba-tiba kena
tangkap. Lagipun, ibu Dheiya
tu dah meninggal
setahun lepas and
ayah kandung dia
pun meninggal masa
dia kecik lagi.
Lepas tu ibu
dia kahwin dengan
ayah tiri Dheiya.
Saudara-mara Dheiya, Fir
tak tahu,” jelasnya
setakat itu. Hanya
itu sahaja yang
dia tahu.
Tan Sri Sy.
Fahim mengeluh lagi.
“ Tengok! Fir
sendiri tak tahu
siapa Dheiya tu
sebenarnya. Tiba-tiba bawak
balik lepas tu
kahwin. Fir, dunia
sekarang bukan macam
dulu. Entah-entah budak
Dheiya tu orang
jahat ke kita
tak tahu,” luah
Tan Sri Sy.
Fahim kesal.
“ Fir mengaku
memang salah Fir
sebab tak tanya,
tak ambil tahu
semua ni. Trust
me daddy, Fir
hanya nak tolong
Dheiya, itu aje.
Fir kesian dengan
dia. Dheiya cakap
dia dah tak
ada sesiapa, takkanlah
Fir nak lepaskan
dia macam tu
aja. Nanti jadi
apa-apa kat Dheiya
tu macam mana?”
luah Firdaus mencipta
alasan.
Alasan? Mungkin betul
mungkin tak.
“ Takkan lepas?
So, Fir nak
simpan Dheiya?”
“ Daddy, takde
istilah simpan kat
sini. Fir kahwin
dengan Dheiya tapi
cuma nak elakkan
diri kami kena
tangkap dengan aje dan dia jugak dah jadi isteri Fir”.
“ Fir, perkahwinan
bukan benda yang
boleh dibuat main-main.
Kita kahwin untuk
seumur hidup. Bila
kahwin bermakna tanggungjawab
dah sedia tergalas
dibahu kita. Perkahwinan
adalah sesuatu yang
syumul. Bukan untuk
suka-suka. Daddy faham
Fir Cuma nak
elak dosa aje,
tapi perlu ke
buat dengan cara
macam ni? Seolah-olah
membelakangkan daddy, mummy,
family. I know
this is your
life, you have
right to choose,
tapi kita boleh
berbincang kan?” kecewa
terpancar di wajah
Tan Sri Sy.
Fahim.
Firdaus berasa bersalah.
Teramat bersalah membuatkan
orang yang disayanginya
kecewa. Dia memegang
tangan daddynya.
“ Daddy, Fir
minta maaf. Fir
memang salah pada
daddy, mummy. Memang
Fir tak fikir
panjang tapi Fi
buat semua ni
bersebab. Kalau Fir
kahwin dengan Dheiya
tentu mummy bantah
sekeras-kerasnya. Dia memang
takkan setuju. Fir
kesiankan Dheiya. Malam tu hati
Fir sendiri memberontak
nak tolong Dheiya.
Once again, I’m
sorry, truly sorry”.
“ Fir memang
sayangkan budak Dheiya
tu ke?” soalan
Tan Sri Sy.
Fahim sekali lagi
menyentak tangkai hati
Firdaus. Dia berdebar-debar.
Sayang? Betul ke?
Aku rasa tak
mungkin. Mana mungkin.
Rasa? Tapi kenapa
bila aku dengan
dia rasa lain.
Argh! Tu semua
mainan perasaan aje!
“ Daddy
pun tahukan macam
mana Fir jumpa
dengan Dheiya tu
dan sebab Fir
kahwin dengan Dheiya.
Tak mungkinlah. Bila
sampai masanya nanti,
Fir akan lepaskan
Dheiya. Buat masa
ni Fir cuma
bagi Dheiya perlindungan,
tu aje”.
“ Fir, sayang
dan cinta ni
fitrah manusia. Lumrah
alam. Mungkin sekarang
ni Fir dengan
yakinnya menafikan semua
tu tapi percayalah
cakap daddy suatu
masa nanti perasaan
tu akan hadir
jugak. Kadang-kadang kesian
simpati ni lama-lama
boleh bertukar cinta,
sayang. Kita mampu
merancang tapi Yang
Maha Besar di
atas tu yang menentukan,” panjang
lebar falsafah Tan
Sri Sy. Fahim.
Firdaus ketawa kecil.
Lucu jugak. Sejak
bila daddy aku
ni pandai bersastera
cinta sayang semua
ni?
“ Lah? Kenapa
gelak? Tak betul
ke? Fir ingat
daddy macam ni
tak romantik ke?
Tu la sebabnya
mummy kamu tu
syok kat daddy
tau!” katanya bangga.
Firdaus ketawa lagi.
Lesung pipit jelas
di kedua-dua belah
pipinya. Salah satu
daya tarikan yang
dimiliki oleh Firdaus
yang jarang ada
pada lelaki lain.
“ Daddy maafkan
Fir?”
“ Fir, daddy
bukan marah, cuma
daddy terkilan aje.
Lagipun apa yang
Fir buat tu
ada jugak betulnya
cuma kalau boleh
bawaklah berbincang. Kalau
tak nak mummy
campur tangan, daddykan
ada. Tak guna
daddy bebel lagi,
benda dah jadi.
Daddy maafkan Fir
but promise me
don’t do this
again. Daddy dengar
tadi pun dah
macam kena heart
attack. Macam mana
agaknya kalau mummy
tahu ni?” kata
terakhir daddynya membuatkan
Firdaus mengeluh lemah.
Firdaus memicit kepala.
Itulah masalah yang
bakal dia hadapi.
Sukar untuk menangani
mummynya. Sukar untuk
membuat mummynya faham.
Tan Sri Sy.
Fahim memandang kesian
anaknya. Dia sendiri
tahu ‘peel’ isterinya.
“ Dahlah Fir,
jangan fikirkan sangat.
Slow talk dengan
dia, mesti dia
faham nanti,” pujuk
Tan Sri Sy.
Fahim.
“ Slow talk?
Daddy kalau mummy
tahu hal sebenarnya
mesti dia mengamuk.
Silap-silap dia suruh
Fir buang Dheiya.
Fir ingat, Fir
tak nak bagitahu
hal yang sebenar,
I mean latar
belakang Dheiya. Daddy
sendiri pun boleh
agak kan apa
yang akan berlaku
nanti? Macam daddy tak tahu mummy tu macam mana kalau dia dah tak suka sesuatu,” keluh Firdaus.
“ Maksud Fir,
Fir nak tipu
mummy? Sampai bila?
Nanti lambat-laun dia
akan tahu jugak.
Tak dari mulut
daddy mungkin mulut
orang lain. Kita
mana tahu”.
“ Sementara aje
daddy. Bila sampai
masanya nanti Fir
akan bagitahu jugak.
Buat masa ni
Fir tak bersedia
lagi nak bagitahu,”
Firdaus membuat keputusan.
“ Fir, daripada
Fir cari masalah,
baik lepaskan aje
Dheiya tu. Fir
bagilah dia kerja
apa-apa pun supaya
Dheiya tu tak
susah, tolong dia
dari situ. So,
isu jual-beli , kelab,
GRO, ni semua
takkan timbul. Boleh
ke? Ke Fir
tak nak lepaskan
Dheiya sebab Fir
sayangkan dia?”
Sengaja Tan Sri
Sy. Fahim berkata
begitu untuk melihat bukti
sejauh mana perasaan
‘mana mungkin’ itu.
Mustahil dia tak
nampak sinar sayang
dari mata Firdaus.
Mulut boleh berkata
tidak, tetapi mata
tidak pernah menipu.
“ Daddy, buat
apa Fir nak
lepaskan Dheiya kalau
kami dah kahwin?
Dheiya tu belajar
entah setakat sekolah
aje macam mana
nak bagi dia
kerja? Daddy, kan
Fir dah cakap,
Fir langsung takde
apa-apa perasaan kat
Dheiya tu,” Firdaus
menentang. Tegar menafi.
Bingo! Tan Sri
Sy. Fahim tersenyum.
Kini dia mengerti
mengapa Firdaus tetap
membela Dheiya walau
pelbagai macam tuduhan
yang sengaja dia
lemparkan. Mata tuanya
tidak pernah menipu.
Hanya Firdaus sendiri
yang tidak menyedari.
Tidak mahu mengaku
perasaannya sendiri. Ego!
“ Okay! It’s
up to you.
Daddy tak boleh
buat apa. Tapi
apa-apa pun daddy
tetap sokong apa
jua tindakan Fir.
Mungkin ini qada’
dan qadar yang
Allah dah aturkan
untuk Fir dan
juga untuk mummy
dan daddy. Kita
tak boleh halang,”
kata Tan Sri
Sy. Fahim. Seolah-olah
redha apa yang telah
berlaku.
“ Daddy dah
boleh terima Dheiya
ke?” tanya Firdaus
terkejut dengan kata-kata
daddynya. Matanya yang bersinar
dapat dilihat oleh
daddynya.
“ Emm.. mungkin
tapi lepas daddy
jumpa budak Dheiya
tu lah. Nak
kenal jugak dengan
perempuan yang dah
buat anak daddy
ni tiba-tiba aje
kahwin, jadi baik
hati nak tolong
orang,” perli Tan
Sri Sy. Fahim
halus.
Firdaus tarik muka
masam. Sengaja nak
perli, sindir-sindir dia.
Jadi baik pun
salah ke? Kahwin
tu betullah. Tiba-tiba
aje. Aku ingatkan
memang tak nak
kahwin. Fobia pulak
rasa. Betul kata
daddy, kita merancang
tapi Allah yang
tentukan. Lain yang
aku rancang lain
yang jadi.
“ Bila daddy
nak jumpa dengan
Dheiya?”
“ Esok boleh?
Kita jumpa waktu
lunch? Fir set
tempat ya?”
“ Okay no
problem, I will let her know later,” putus
Firdaus.
“ Selain daddy,
siapa lagi yang
tahu hal ni?”
“ Err.. Zaff
dan daddy ajelah.
Lagipun Zaff yang
jadi saksi masa
akad nikah kami
kat pejabat kadi,”
jelas Firdaus ringkas.
Tan Sri Sy.
Fahim mengangguk. Dia
sudah mengagak dari
awal. Esok adalah
hari penentuan. Penentu
bagi segala syak
wasangka dan rasa
curiganya. Dia tidak
kisah dengan siapa wanita
pilihan Firdaus walaupun
tidak berpangkat atau
kaya. Dia tidak kisah dengan siapa hendak Firdaus berkawan. Dia bukannya
seorang mementingkan status. Dia tidak kisah semua itu kerana ia hanya sementara.
Setiap manusia sama
sahaja, bila mati
tetap pakai kain
kapan warna putih.
Cuma kes Dheiya
ini yang sedikit
merunsingkannya. Ada apa
pada gadis itu
sehinggkan anaknya yang
cerewet, ego, baran
dan kaki perempuan
sejak terputusnya hubungan
dengan Karinna boleh
berubah dalam sekelip
mata sahaja. Membuat
keputusan terburu-buru.
‘ Hailah, dah
dapat menantu rupanya
aku ni. Tak
lama lagi dapat
cucu la kot
nanti’ bisik Tan Sri Sy. Fahim.
4 comments:
mmg sporting gila la papa fir ni. suka ada papa mcm ni. jgn gtau lagi kat mak dia. wat mkn kat umah sendiri x nak ke? hehe test dhiya pandai masak ke. hehe tak sabar nak baca next. oho cucu cucu...hehe
aik dah abis ke.huhuhu xcited nak tau ni. cepat zara nak lagi pls...biar fir suruh dhiya msk ya. hehe. mesti papa dia suka gan dhiya yg cute tu.
zara cepat la sambung.... dah tak tertahan rasanye ni.... tgh best2 baca ni
alamak zara, next la zara, tgh syok gila ni. tersekat mcm kena sekat oksigen ni. plssssssssssss helpppppppppp hehe over lak sy ni. dah 4hari ni zara, nak la lagi...
Post a Comment