Mereka semua berkumpul
di ruang tamu.
Emilina tersenyum penuh
makna. Impiannya akan
tercapai jua akhirnya.
Datuk Sy. Effendi
dan Datin Sy.
Farihah tumpang gembira
dengan keputusan anaknya
untuk melangkah ke
alam rumah tangga
setelah sekian lama
menunggu. Walaupun masih
belum berbincang mereka
yakin pasti akan
tercapai jua impian
anak tunggalnya.
Puan Sri Sy.
Faridah tersenyum. Firdaus
duduk kaku tidak
berkutik. Dia resah
dalam hati. Adakah
ini masa yang
sesuai? Menceritakan segala-galanya? Tidak!
Dia belum bersedia.
“ Sekarang ni
masa yang sesuai
untuk kita berbincang dengan
lebih serius. Kalau
dulu setakat cakap
gitu-gitu, dalam telefon
aje tak manis.
Sebenarnya malam ni
Kak Ida ada
perkara penting yang
nak dibincangkan, melibatkan
keluarga kita juga.
Kalau setuju saya
nak kita satukan
Emilina dan Firdaus,
harap-harap boleh rapatkan
lagi hubungan kekeluargaan
kita. Macam mana?
Setuju?”
Kata-kata
mummynya membuatkan Firdaus
tersentak. Dia memandang
wajah mummynya. Kalau
tadi dia tidak
pasti akan agenda
mummynya malam ni.
Apatah lagi kata-kata
Emilina sewaktu makan
tengahari, sangkaannya itu
hanyalah cuma omongan
kosong Emilina.
Tidak! Dia tidak
bersetuju!
Puan Sri Sy.
Faridah tersenyum sebaik
sahaja menyuarakan hasratnya.
Suaminya yang kaget
dipandang sekilas. Fahmi
dan Aria terpinga-pinga. Sangkaan
mereka memang mengena.
Mereka yakin along
mereka tidak akan
bersetuju.
Emilina
tersenyum malu. Tersipu-sipu.
Nampak sangat plastik!
Mama dan papanya
hanya mengangguk.
“ Mummy, apa
ni? Mummy tak
cakap pun dengan
Fir hal ni?”
soal Firdaus. Emilina
mengerutkan dahinya.
“ Fir, mummy
buat ni semua
untuk Fir, untuk
keluarga kita”.
“ Tapi kenapa
tak bincang dulu
dengan Fir? Fir
tak setuju!”
Emilina
terkejut. Dia memandang
wajah Datuk Sy.
Effendi dan Datin
Sy. Farihah. Wajahnya
menahan tangis.
“ Awak tak
bincang dengan saya
pun Ida? Kenapa
tiba-tiba ni?” Tan
Sri Sy. Fahim
menikus.
Dia sendiri
terkejut. Memanglah isterinya
pernah menyuarakan hasrat
itu tapi dia
tidak menyangka isterinya
seserius itu. Isterinya
juga tahu yang
Firdaus tidak suka
hidupnya diaturkan.
“ Kan saya
dah cakap dengan
abang dulu? Tak
ingat? Saya tak
main-main tau bang!
Saya memang serius
nak satukan Fir
dan Lin,” jawab
Puan Sri Sy. Faridah.
“ Memang, tapi
Fir tak setuju!”
bantah suaminya.
“ Kak Ida,
Bang Im, apa
ni? Kata dah
buat keputusan, tapi
kenapa Firdaus tak
setuju?” soal Datin
Sy. Farihah. Suaranya
sedikit meninggi. Sungguh
dia tidak berpuas
hati.
“ Mummy, walau
apa pun Fir
tak setuju!” bantah
Firdaus.
“ Fir! Why
you do this
to me? Ni
mesti sebab perempuan
tu kan?” Emilina
bersuara keras.
“ Lin, hal
ni takde kena-mengena
dengan Karinna! Ni
semua plan you
kan? You yang
pujuk mummy I
suruh kahwinkan dengan
I dengan you!
I have told
you before, I tak
akan kahwin dengan
you! You know
this!” sanggah Firdaus.
Fahmi dan Aria
terkejut. ‘ Kak Karinna?
Dia dah balik? ‘
namun itu semua
hanya bermain diminda.
Mereka tidak berani
menyampuk. Bimbang makian
yang akan diterima.
“ Fir! Kalau
Fir ada niat
nak balik dengan
perempuan tu mummy
tak setuju. Fir
kena kahwin dengan
Lin. Fir tahu
tak yang selama
ni Lin dah
lama tunggu Fir?
Kenapa sikit pun Fir
tak hargai pengorbanan
dia?” pujuk Puan
Sri Sy. Faridah.
“ Mummy, Fir
dah cakap dengan
Lin dari dulu
lagi, jangan mengharap
pada Fir. Fir
tak mintak pun
dia tunggu Fir. Fir sendiri
dah berterus terang
dengan dia yang
Fir tak ada
apa-apa perasaan pun
pada dia, Lin
pun tahu. Takkan
Fir kena hargai
pengorbanan dia yang
Fir tak pernah
mintak sebelum ni?
I’m so sorry
Lin, I cannot
accept you. I
anggap you tak
lebih daripada seorang
kawan dan sepupu,”
kata-kata lantang Firdaus
mengejutkan mereka yang
berada disitu.
Sememangnya
Firdaus amat menentang
keras cadangan mummynya.
Bukan kerana Karinna.
Tetapi dia sendiri
tidak mahu. Mungkin
kerana Dheiya. Siapa
tahu?
“ Kak, bang.
apa semua ni? Akak cakap lain, tapi kenapa macam ni yang jadinya?
Kami tak mahu
Lin dipermainkan. Kalau
betullah apa Fir
cakap tu, kenapa
akak nak satukan
jugak? Nanti Lin
yang akan menderita
nanti!” lantang Datuk
Effendi bersuara.
Dia tidak mahu
Emilina dipermainkan. Disakiti
hatinya. Dia tahu anaknya
itu sudah terlalu
lama memendam perasaan
terhadap Firdaus. Dia
bersetuju dengan pilihan
anaknya tetapi mendengar
kata-kata Firdaus itu
tadi dia membantah.
Dia tidak mahu
“ Fir, you
better tell me
the truth, apa sebab Fir
tak nak kahwin
dengan Lin? Kalau
bukan sebab Karinna,
it’s okay, but
tell me why?”
tanya Puan Sri.
Sy Faridah. Dia
tidak boleh menerima
langsung alasan anaknya.
Emilina diam memandang
Firdaus yang terdiam.
Firdaus kelu untuk
menjawab. Dia memandang
wajah daddynya. Daddynya
membalas dengan pandangan
kasihan. Kasihan kerana
anaknya tersepit, didesak.
“ Fir memang
tak bersedia nak
kahwin lagi mummy.
Fir tak bersedia.
Itu aje. Mummy
tak boleh paksa
Fir kalau Fir
tak suka. Fir
nak kahwin dengan
orang yang Fir
sayang,” Firdaus m bersuara setelah
sekian lama berdiam.
“ Ridiculous! Mummy
tak boleh terima!”
“ Fir you
saje aje kan?”
Emilina cuba memberi
dalih.
“ Suka hati
mummy dan Lin
lah nak cakap
apa pun. Yang
pentingnya Fir tak
setuju dan Fir
takkan kahwin dengan
Lin. This is
my decision. Sesiapa
tak boleh paksa
Fir dan Fir
tak suka dipaksa,”
suara Firdaus lagi.
Kali ini lebih
tegas dan lantang.
“ Ida, abang
bukan nak membantah
atau halang niat
Ida ni tapi
cara Ida ni
salah. Ida tak
rasa ke cara
Ida ni akan
lebih mengeruhkan lagi
keadaan? Bukan bertambah
erat. Memanglah Ida
seronok, Ida suka
tapi fikirlah, budak-budak
ni akan bahagia
ke? Lin tak
kisah sebab dia
memang ada perasaan
pada Fir but
Fir? Jangan kita
seksa perasaan dia
lagi. Dia dah
cukup menderita. Selama
ni dia ikut
semua cakap awak,
sikitpun dia tak
bantah walaupun dia
tak suka. For
once this second,
please biarlah dia
tentukan hidup dia
sendiri, jangan masuk
campur. Nanti kalau
jadi apa-apa kita
yang dipersalahkan, sebab tak
bahagia. Lin pun
nanti tak akan
menderita, tak terseksa
macam yang Fendi
cakap tadi,” pujuk
Tan Sri Sy.
Fahim.
Kalau kena dengan
gayanya, pasti akan
termakan juga.
“ Bang, Ida
buat semua ni
untuk kebaikkan Fir jugak. Apa
kurangnya Lin ni
pada Fir? Dia
sempurna, cantik, educated,
dari keturunan yang
baik-baik dan yang
paling penting sedarjat
dengan kita,” balas
Puan Sri Sy.
Faridah angkuh.
Huh! Bongkak sungguh!
Bangga sangat dengan
keturunan dia tu!
“ Kak, kalau
Lin ni dah
lama pendam perasaan
dia, takkan sekelumit
sikit pun rasa
sayang Fir pada
dia? Fir?” Datin
Sri Sy. Farihah
bersuara. Dia memandang
simpati kepada Firdaus.
Walau perlu dirayu
sekalipun, dia sanggup
asalkan anaknya bahagia.
“ Eh Farihah!
Awak tak malu
ke? Dah Firdaus
ni tak nak
takkan kita nak
paksa dia. Hati
dan perasaan ni
bukan boleh dipaksa-paksa. Kita
ni masih ada
maruah lagi, tak
perlu nak rayu-rayu,
ngemis-ngemis minta simpati
orang! Banyak lagi
orang yang nakkan
Lin ni,” marah
Datuk Sy. Effendi.
Dia malu. Serendah
itukah mereka? Serendah
itukah maruah anaknya?
Mengharap pada orang
yang sememangnya terang-terangan tidak
mahu.
“ Fendi, sabar.
Abang minta maaf
apa yang dah
berlaku. Janganlah kerana
hal ini hubungan
kita sebagai keluarga,
sebagai adik-beradik renggang,”
ujar Tan Sri
Sy. Fahim.
Sungguh dia malu
dan kecewa dengan
perbuatan isterinya. Benarlah,
kadang-kadang wanita ini
mudah dipengaruhi oleh
nafsu dan emosi,
kerana itu tanggungjawab
sebagai ketua diberikan
kepada kaum Adam.
“ Bang Im,
saya tak kisah,
saya pun harap
kita masih tetap
macam dulu cuma
saya malu, perlu
ke kami mengemis
macam ini? Saya
tak kisah kalau
Lin dan Fir
tak jadi kahwin
sekalipun, jodoh ni
bukan kita yang
tentukan cuma cara
Kak Ida dan
Farihah ni tak
betul,” luah Datuk
Sy. Effendi lagi.
“ Pak uda,
Fir minta maaf
kalau kata-kata Fir
tadi dah menyinggung
Pak uda. Fir
tak ada niat
pun cuma tolonglah
faham Fir,” rayu
Firdaus memandang wajah
Datuk Sy. Effendi.
Dia meraup wajahnya.
Emilina yang berwajah
keruh dikerling sekilas.
‘ Susah cakap dengan
orang tak faham
bahasa ni! ‘ dia
menjeling tajam. Dia
menyambung kembali.
“ Mummy, walau
apa pun terjadi,
Fir tak setuju.
Kalau mummy masih
desak Fir lagi,
Fir takkan balik
rumah ni lagi.
Fir mintak maaf
kalau mummy anggap
Fir ni anak
derhaka tapi tolonglah
buat kali ni
aje mummy, kali
ini aje Fir
mintak, biarlah Fir
sendiri yang tentukan
siapa isteri Fir
sendiri. Jangan paksa
Fir lagi. Fir
balik dulu, assalamualaikum”.
Firdaus terus menyalam
tangan mummy daddynya,
serta pak uda
dan mak udanya.
Dia memandang Emilina
tajam. Marah membuku
dihatinya terhadap gadis
itu. Adik-adiknya dipeluk
erat sebelum melangkah
menuju ke atas
mengambil barangnya.
Aria mengesat air
matanya mengalir dipipi.
Dia sedih. Kecewa
juga terhadap mummynya.
Fahmi yang mengerti
mengusap perlahan bahu
adiknya. Dia tidak
dapat menahan perasaan
melihat kesedihan Aria
dan juga Alongnya.
Mereka adik-beradik amat
rapat. Seia sekata.
Aria seorang yang
ceria, periang, namun
sekali dia menangis,
dia amat sedih.
Fahmi menarik tangan
Aria menuju ke
tingkat atas sebaik
sahaja Datuk Sy.
Effendi sekeluarga meminta
diri untuk pulang.
Mereka turut sama-sama
merasa betapa kecewanya
hati Firdaus. Terasa
dengan sikap mummy
yang terlalu mementingkan
darjat dan pangkat.
Padahal mereka langsung
tidak peduli semua
itu. Mereka juga
tidak memperkenalkan diri
mereka dengan pangkat
Syed Syarifah di
depan sebaliknya hanya
nama.
Firdaus
melangkah turun denga
tergesa-gesa. Dia mahu
cepat. Sudah tidak
tahan dengan desakan
orang-orang yang tidak
memahaminya. Dirasakan bagai
api neraka sahaja.
Panas membahang. Pantas
sahaja langkah kakinya
terus keluar rumah
menuju ke keretanya.
Tan Sri Sy.
Fahim hanya memerhati
tingkah anaknya. Dapat
dirasakan betapa kecewanya
anak itu.
“ Awak tengoklah!
Apa yang awak
buat ni pada
Fir dah memberi
kesan pada budak
kembar tu. Diorang
pun tak suka
awak buat macam
tu, paksa orang
mengikut kehendak awak.
Saya diam selama
ni sebab nak
jaga hati awak,
saya nasihatkan dia
supaya bersabar. Jangan
ingat selama ni
Fir ikut kata
awak, dia setuju.
Tak! Dia memberontak
dalam dia. Dia terpaksa buat
sebab tak mahu
jadi anak yang
derhaka. Dia hormat
awak. Tolonglah ubah
sikap awak tu
sebelum terlambat. Jangan
sampai anak-anak hilang
hormat pada awak,
jangan sampai mereka
semua tinggalkan awak
nanti. Dan saya
juga tak teragak-agak
akan buat macam
yang Fir buat,”
gertak Tan Sri
Sy. Fahim lalu
melangkah menuju ke
anak tangga.
Lelah dia dengan
kerenah isterinya. Part
inilah yang dia
tidak suka. Tidak
gemar akan sikap
isterinya. Suka memaksa.
Suka mendesak. Bertindak
membuat keputusan tanpa
berbincang dahulu sehingga
menyebabkan timbulnya perselisihan.
Puan Sri Sy.
Faridah menarik muka
sebaik sahaja suaminya
menuju ke tingkat
atas. Apa yang
dikatakan suaminya ibarat
masuk telinga kanan
keluar ke telinga
kiri. Langsung tidak
ambil peduli. Apa
yang difikirnya kini
adalah rancangan bagaimana
hendak memujuk Firdaus
supaya bersutuju dengan
hasratnya!
4 comments:
akhirnye...........................
mana dhieya, windu dier
hehehe... tak sangke ade jugak org rindu dheiya ni...
hurmm...
takpe takpe...,
nanti ade la dheiya...
my promise hari ni ade entry...
okeyh??
ha padan muka kat 2 2 pompuan ni. tu la jgn la berlagak sgt. bakal tak berjaya pujuk gak la pn sri. hehehe. adei la org tua ni mmg degil, kang kena tinggal dek laki karang baru tau.
my granny pun dah buat onar kat kampung tu 2ari lepas, smpi atuk i ugut nak tinggalkan dia pun, still buat kepala batu. hadei la nenek ku....mmg perangai pn sri ni sama cm nenek i lah. ada entryy lagi?hehe suka2.thanks ya.
hehehehe....thnx komen...
nenek u tu gado-gado manje je tu gan atok u..
Post a Comment