” Iman dah siap
ke?” tegur Darina
seraya melangkah masuk
ke bilik adiknya.
Dia terus melabuhkan
punggungnya di birai
katil sambil memerhatikan
Iman sedang ralit
mengoleskan lip ice ke
bibir.
“ Hmm.. dah rasanya. Okey
ke kak?” Iman
memalingkan tubuhnya menghadap
kakaknya. Iman kelihatan
comel sekali berbaju
kurung moden berwarna
maroon dan
selendang yang sama
warna yang dililit
di kepala. Ala-ala
Yuna gitu!
Darina tersenyum. Jari
telunjuknya di letakkan
di bibirnya seolah-olah
memikirkan sesuatu. Juri
pro nak bagi
komen ni!
“ Perfect! Iman
nampak comel sangat
pakai baju kurung
ni tau! Kalau
Iman selalu pakai
kan cantik. Tak
payahlah pakai blous and
jeans lagi,” puji
Darina.
Dia terpesona melihat
adiknya berpakaian feminin
sebegitu biarpun adiknya
bertudung. Selalunya, Iman
lebih gemar memakai
jeans dan
blous ketika
keluar.
“ Betul ni?
Iman tak berapa
biasalah pakai baju
kurung. Ni pun mama yang
suruh,” jawab Iman.
“ Okeylah sayang.
Adik akak ni
comel sangat. Betullah
apa yang mama
suruh tu. Kalau
nak jumpa bakal
mertua mestilah kena
sopan dari segi
pakaiannya,” nasihat Darina.
“ Oh! Erk?” Iman buat
muka blurnya.
Darina
mengetap bibir menahan
geram lantas pipi
comel adiknya dicubit.
“
Adoi! Sakitlah kak.
Apa ni main
cubit-cubit? Orang dah
lah tengah nervous,” rajuk
Iman.
“ Alalala.. adik akak
ni dah merajuk
pulak. Merajuk pun
comel lagilah adik
akak ni. Tak
pe nanti Danish
datang akak suruh
dia pujuk Iman erk?”
usik Darina.
Iman sudah menjerit
memarahi kakaknya. Puan
Aisyah pantas melangkah
masuk ke bilik
anak bongsunya.
“
Ya Allah! Budak
bertuah ni! Kenapa
menjerit ni?” tanya
Puan Aisyah. Matanya
memandang kedua-dua anaknya
silih berganti.
“ Kak Rina
ni mama, usik
adik aje,” adu Iman
manja. Tangannya memeluk
erat mamanya sambil
menjelirkan lidahnya kepada
Darina.
Darina mencebik.
“ Eleh! Sikit-sikit
nak mengadu. Menyampah”.
“ Dah-dah. Tak
payah nak gaduh
lagi. Tak manis
dengar dek orang,”
Puan Aisyah pantas
meleraikan pertelingkahan anak-anaknya.
Mata Puan Aisyah
mencerun memandang Iman
yang kelihatan comel
sekali berbaju kurung.
Tampak manis.
“ Comelnya anak mama
pakai baju kurung.
Macam anak patung,”
puji Puan Aisyah.
Iman pula sudah
tertunduk malu dipuji
sebegitu.
Darina buat muka
poyo, akhirnya dia
turut mengiakan kata
mamanya itu. Iman
memang comel!
“ Danish dah
sampai. Dia tengah
berbual dengan ayah
kat bawah,” beritahu Puan
Aisyah.
“ Kalau Danish
nampak mesti tak
berkelip mata kan ma?
Hai.. malam ni
Danish tak tidur
lena, esok pulak
mandi mesti tak
basah,” Darina giat
mengusik adiknya.
Merona merah wajah
Iman diusik begitu.
Malu! Hu..hu..
“ Dahlah tu
Rina. Tak payah
nak usik adik
lagi. Jom turun,
mesti Danish dah tunggu
lama dah tu,” pintas
Puan Aisyah.
Mereka sama-sama menuruni
anak tangga untuk
turun ke bawah. Danish
yang sedang leka berbual dengan
Encik Azri terpegun
melihat Iman. Tak
berkelip mata.
Fuhh!
Comeinya I
like! Bisik Danish
nakal.
Encik
Azri berdehem nakal
melihat Danish asyik
memandang anaknya.
“
Sabarlah Danish. Kalau
malam ni mummy
dan daddy Danish
dah setuju bagi green
light, Insya-Allah bulan
depan selamatlah,” usik
Encik Azri.
Darina
ketawa terkekeh. Danish sudah
tersenyum malu. Iman
pula merah wajahnya.
Tak baiklah ayah
ni, marah Iman
dalam hati.
“
Dah la tu
abang mengusik. Malu
budak-budak ni,” kata
Puan Aisyah. Danish
tersenyum. Matanya menjeling
ke arah Iman
yang tertunduk malu.
Comelnya
awek aku ni, macam
manalah tak terpikat,
bisik Danish nakal
dalam hati.
“ Pakcik
makcik, saya nak
minta izin bawa
Iman jumpa keluarga
saya ya,” sopan
Danish meminta kebenaran.
Encik
Azri dan Puan
Aisyah tersenyum sambil
mengangguk, tanda memberi
kebenaran. Darina tersengih-sengih menampakkan
giginya. Fikirannya teringat
akan suami tersayang
jauh dari mata
dekat di hati,
Irfan Raziq yang
seperti Danish meminta
izin untuk membawanya
keluar.
“ Pakcik dan
makcik benarkan tapi
ingat ya apa
yang pakcik pesan.
Jangan lupa sampaikan
salam kami pada
keluarga Danish ya”
Encik Azri memandang
Danish. Danish mengangguk
sambil tersenyum.
Setelah menyalami tangan
ibu bapanya, Iman
mengikut langkah Danish
menuju ke kereta
yang terpakir di luar.
DALAM perjalanan menuju
ke rumah keluarga
Danish, Iman hanya
diam seribu bahasa.
Dia berasa gementar
untuk berhadapan dengan
mummy dan daddy
Danish nanti.
“ Iman, are
you okey?” Danish
memecah kesunyian mereka.
Dia berasa sunyi
apabila Iman tidak
seperti selalunya.
Selalu mulut
comel Iman pasti
berceloteh apa saja
cerita dengannya. Tapi
tidak malam ini.
Danish dapat merasakan
kegelisahan yang terpancar
di wajah kesayangannya.
“ Yup. I’m
okey,” balas Iman. Sebenarnya I
tak okey!
“ Are you
sure? You nampak
macam gelisah aje.
You nervous?” Tanya Danish.
Alamak! Macam tau-tau
je.
Iman
memandang wajah Danish
yang sedang memandu.
Hanya seketika, dia
kembali memandang jalan
besar yang suram
tetapi dilimpahi cahaya
dari lampu neon
menjadikan suasana malam
tetap indah.
“ I
gementar sikit. I
rasa you mesti
faham kan macam
mana rasanya. Ingat
tak first time you
nak jumpa family I, you pun
gabra semacam aje
kan.”
Danish mengangguk.
Sudah
semestinya dia tidak
akan melupakan betapa
cuaknya dia waktu
itu. Huh! Nasib
baik lepas.
“ Then, I
berjaya atasi gabra
I bila I
jumpa family you. Samalah
macam mummy dan
daddy I, mula-mula
you mesti nervous tapi
lama-lama you akan
okey. Parents I sporting macam
mama dan ayah
you. So, you janganlah
takut”.
Iman mengangguk
sebaik mendengar kata-kata
Danish itu. Danish mengenggam
jari jemari Iman
memberi kekuatan dan
semangat kepada gadis
comel itu.
Iman sedikit
tersentak. Jantungnya berdegup pantas.
Namun dia tidak
pula meleraikannya sebaliknya
membiarkan sahaja. Seakan
memahami betapa gemuruhnya
Iman di saat
ini, radio yang
terpasang memutarkan lagu
’Cukup Indah’ oleh
Alif Satar. Lagu
itu lantas tiba-tiba
melenyapkan perasaan gemuruhnya,
lalu digantikan dengan rasa
terharu. Danish menguatkan sedikit volume radio
tersebut.
Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah..
Hanya engkau terindah..
Suara
Danish begitu lunak
mengalunkan lagu tersebut seiring
dengan suara penyanyi
itu. Terang-terangan mempamerkan
rasa hatinya. Iman
tertunduk. Alah! Malu siot!
Hanya kerna kau yang
cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Iman tersentuh
mendengar luahan hati
Danish walaupun hanya
melalui dengan lagu.
Danish memandang Iman.
Melemparkan senyuman yang
penuh dengan rasa
sayang buat insan
comel itu. Danish
memandang ke hadapan
semula namun bibirnya
masih mengalunkan lagu
tersebut.
Tiada yang lain selain
dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampuku cari
Yang secantik diri kamu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampuku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu
Rasa ini untukmu
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Danish memperlahankan semula
volume radio
apabila lagu telah
habis dimainkan. Danish
memandang wajah kesayangannya. Iman menarik nafas panjang. Dia
gugup. Jantungnya berdegup
laju.
Dup..dap..dup..dap..
“ I
minta maaf Iman
sebab pegang tangan
you. I Cuma
nak beri kekuatan dan
semangat pada you,”
ucap Danish seraya
melepaskan genggaman tangan
Iman perlahan-lahan.
“
Terima kasih sebab
you masih ingat
janji you pada
I and thanks pada
you sebab pinjamkan
kekuatan dan semangat
you pada I,”
lembut Iman bersuara.
Control ayu la sikit!
He..he..
“ Malam ni nape ek sunyi
sangat? Selalunya adalah
suara radio I
rindulah,” sakat Danish.
Iman mencubit lengan
Danish dengan bibir
diketap geram.
“ Aduh! Sakitlah
you!” jerit Danish.
Iman tersenyum sambil
berkata selamba.
“
Macam pondanlah you ni. Terjerit
macam pompuan yang
selalu dok kat
atas pokok tiap-tiap
malam”.
Gulp! Err..
pompuan kat
atas pokok? Pontianak
ke? Alamak! Pehal pulak
aku yang takut
ni?
Danish memandang
Iman sambil mengerutkan
dahi, memikirkan maksud
Iman sebentar tadi. Iman sudah
terkekeh ketawa. Cover-cover
sikit!
Danish mengetap
bibir menahan geram.
“ Apa
you cakap tadi?
Tak berapa nak clearlah. Oh!
Macam perempuan yang
selalu dok terjerit dok kat
atas pokok tiap-tiap
malam ya. Macam
pondan ya,” Danish
berkata seraya jarinya
mencubit pipi comel Iman.
Iman mengaduh.
Namun Danish langsung
tidak melepaskan cubitan
tersebut.
“ Danish!
Sakitlah. Okey okey. I’m sorry
okey? I janji
tak buat lagi,”
Iman cepat-cepat memohon
maaf.
“ Tadi
you jugak yang
tanya mana Iman
you. Sekarang ni main cubit-cubit
pulak ek,”
omel Iman.
Danish tersenyum
sambil melepaskan pipi
comel Iman seraya
berkata.
“ Tahu sakit.
Lain kali cakap
lagi macam tu. Nak tengok
sangat ke I
jadi macam tu?
I ni lelaki
tau. Tiba-tiba bertukar
jadi macam tu
nanti, hilanglah segala
macho and
handsome I ”.
Meletus ketawa
Iman. Berair matanya
mendengar lawak tak
antarabangsa Danish itu.
Huh! Perasanlah mamat
ni, getus Iman.
“ Amboi
gelak sakan nampak?”
sambung Danish lagi.
“ I
tak boleh nak
bayangkan kalau you
jadi macam tu. Mesti muka you
comel + cute ala-ala maknyah gitu
kan? Lepas tu lompat
sana lompat sini,”
Iman ketawa terkekeh. Sakit
perutnya ketawa.
“Amboi-amboi, seronoknya
ketewakan I. Nak
kena cubit lagilah
ni,” ugut Danish.
“ Okey okey.
I janji tak gelakkan
you lagi. Tapi…,”
Iman berhenti seketika
sambil tersenyum memandang
Danish.
Dia menyambung kembali
“ Tapi hari lain I
tak janji tau!”
Danish mengetap
bibirnya geram. Melihat
Iman yang terus
ketawa membuatkan dia
turut ketawa.
Lega hati
Danish melihat Iman
tidak lagi gelisah.
Danish terpesona seketika
melihat lesung pipit
di kedua-dua belah
pipi Iman. So cute
and sweet! Puji
Danish.
Selama ini dia
tidak perasan akan
kehadiran pemanis wajah
yang comel itu.
Senyuman menawan Iman
ditambah pula dengan
kehadiran lesung pipitnya
membuatkan Danish semakin
terpukau akan keindahan
ciptaan Allah itu.
Sayangnya semakin menekan
utuh buat gadis
itu bukan kerana
kecomelannya sahaja malah
sifatnya yang ceria,
selamba dan brutal.
Kadang-kadanglah.
Inilah calon
yang terbaik untuk
menantu mummy dan daddy. Danish
tersenyum sendiri.
Aku tak akan
lepaskan Iman pada
sesiapa pun, tekadnya
dalam hati.
No comments:
Post a Comment