Mereka
cepat-cepat mencari tempat
duduk di kafeteria yang sudah
mula dipenuhi siswa
dan siswi.
“ Kau makan ape cik kak? Aku nak pergi
order ni?”
Ain bertanya.
“ Hmm.. aku tak
nak makanlah, aku nak
minum aje. Kau order sirap
bandung untuk aku, kalau
tak ada kau orderlah
ABC ke, laicikang
ke tak pun fresh orange
ke,” pinta Iman
sambil menghulurkan wang
kepada Ain yang
berkerut-kerut dahinya.
Minah
saja je’, gerutu
Ain dalam hati.
“
Mak aii, banyaknya.
Kan ni kan
tak padan badan
dengan kecik, nak
minum pun bergelas-gelas bagai.
Macam manalah si
Danish ni boleh
terpikat dengan kau
yang buruk lantak
segala lantak ni?” bebel Ain
sambil terus berlalu
dengan mulut yang
masih membebel.
Iman terkekeh-kekeh gelak
dapat mengenakan sahabatnya
itu. Matanya mengekor
langkah Ain yang
mula beratur dalam
barisan.
Dia mula
mengelamun teringatkan Danish,
lelaki pertama yang
telah mencuri hatinya.
Perkenalan mereka yang
baru sahaja menginjak
4 bulan sudah membuatkan
Iman dilamun cinta.
Huiyo! Cinta
ekspres tu! Bak
kata Ainlah. Betul
ke istilah tu ek?
Keluarga aku
pun memang dah
maklum dengan perhubungan
aku dan
Danish and then dia pun sudah
beberapa kali jumpa
dengan kedua ibu
bapa aku termasuklah
kakak kesayangan aku,
Darinalah.
Actually,
perkenalan aku dengan
Danish bermula apabila pada
suatu harinya, ceh! Skema giler
ayat aku, tercetusnya
pertengkaran kecil apabila
Danish dengan beraninya
meminta nombor telefon
aku.
Aku? Of courselah
aku takkan bagi
punya. Entah mana-mana
mamat tak tahu
datang daripada mana
datang mintak nombor, memang
saja la nak
buat perangai tu. Perangai
gediklah. Bukannya aku
nak berlagaklah tapi
memang time tu langsung
takde pasang
niatlah nak couple ni
semua.
Tapi, yang
musykilnya sekarang, aku
tak tahu macam
mana nombor aku
akhirnya selamat dapat
pada Danish. Sampai
sekarang. Tapi aku
memang agak awal-awal
lagilah ini tak
lain tak bukan
memang kerja Si
Ain ni lah. Sape lagi yang
sanggup jadi matchmaker untuk
aku kalau tak
Si minah mata
sepet tu.
Tuduhan aku ni
memang relevan pe? Yalah,
lepas aku tau
yang Danish dah
dapat nombor aku, time
tu baru aku
tahu yang rupa-rupanya
Danish tu abang
sepupu Ain. Sepupu
yang rapat.
Alkisahnya begini... (cerita Ainlah)
“ Parents
aku selalu sibuk.
Sampai takde masa langsung
untuk aku. Selalu
sangat diaorang pergi ulang-alik
kat U.S, uruskan
branch company
keluarga. Aku kan
anak tunggal, so memang
selalulah kena tinggal.
Masa tu lah
mummy dan daddy volunteer nak
jaga aku, umur
aku baru 10
tahun. Yalah, agaknya diaorang
kesian kat aku kot
sebab selalu sensorang je.
Risau la jugak diaorang
pun. Aku panggil
Danish tu angah and Abang Eddie,
along.
Sejak daripada tu
lah aku rapat
sangat dengan angah,
along, mummy dan
daddy. Diaorang
tu ibarat keluarga
aku walaupun aku
ada family sendiri. Tapi
mak dan ayah
aku tak pernah
lupakan aku. Dalam
sibuk-sibuk dengan kerja,
diaorang still lagi ambil
cuti untuk spent time dengan aku. Tapi kalau diikutkan
memang aku rapat
dengan keluarga Danish.
Mungkin disebabkan aku
ni anak tunggal,
takde adik-beradik so, aku
menumpanglah kasih orang
lain. Angah dengan
along selalu layan
aku macam adik diaorang
sendiri. Mummy dan
daddy pun layan
aku macam anak diaorang
sendiri sampaikan angah
dan along pun jealous.
Tapi diaorang tak kisah
pun sebenarnya. Diaorang tak
pernah sisihkan aku. Sampailah
sekarang aku memang
rapat dengan diaorang sebab
bela aku daripada
kecil lagi”.
Demikianlah
cerita Ain.
“ Oit!
Berangan ek? Nah! Ni
air kau”.
“ Ouw, thanks
ye. Sayang kau,”
Iman memandang Ain dengan muka
comelnya.
“
Huh! Disebabkan kau lah
aku kena marah
dengan makcik tu taw!”.
Iman hanya megerutkan
dahi.
“ Apesal pulak
aku?”.
“ Yelah,
kau sendiri nak
minum ABC lah,
laicikang lah. Aku
cakaplah kat makcik
tu. Lepas tu
kau tahu ape
yang makcik tu
cakap?”. Kening Iman
terangkat ingin mengetahui
cerita yang seterusnya.
“ Maaf
ye dik. Kat sini
tak ada ABC
sebab gula dah
mahal,” Ain mula
meniru gaya makcik
di cafeteria bercakap.
Iman sudah
mengekek ketawa melihat
gaya Ain itu. Ain menjeling
memandang Iman.
“ Sukalah
kau gelak ek. Malu
aku tau tak,” sambung
Ain sambil mulutnya
memuncung. Mana taknya. Dah
lah depan orang,
ramai pulak tu. Merah
pipi aku. Memang tak
payah letak blusher dah!
Sekali tengok macam
pelakon opera cina
je. ha..ha.. Yeke?
“ Yang
kau bendul macam
tiang letrik tu sangat
kenapa? Kau kan
tahu aku suka
usik kau, sampai
merah pipi kau,”
Iman membela dirinya
namun masih tidak
dapat menahan bibirnya
dari tersenyum.
Haah
ek?
Kenapalah aku pergi
ikut cakap dia.
Tersasul. Tapi..
“ Aku
tahulah kau main-main
tapi bila tiba
je turn aku
tetiba je aku
tersebut ABC. Tersasul
la tu. Tu yang
malu sampai setahun
tak habis. Dahlah
ada Abang Johan encem
kat situ. Aku
rasa nak menyorok
aje bawah meja. Tak pun aku
cili mulut makcik
tu yang dah
tak tahu nak pergi
insuranskan,” marah mula
Ain berapi.
Iman hanya
memandang Ain yang
masih sebal dengan
perasaan marah.
“ Apa
pandang-pandang? Ada duti kastam
nak kena bayar
ke?”
Hah! Ambik
kau! Kan dah
kena. He..he..
Terkekeh Iman ketawa
mendengar amarah Ain
yang berapi tahap
Gunung Merapi kepada
sekumpulan pelajar yang
duduk di meja
sebelah yang asyik
berbisik-bisik. Nak dengar
jugak cite orang!
Dah tu tak habis-habis mengumpat.
Tak takut dosa
nampaknya. Dahlah dosa
bertimbun-timbun.
Astghafirullah! Aku ni
cakap orang je
tapi diri sendiri?
Hisy, kau pikirlah
sendiri!
“ Dahlah tu Ain.
Yang kau nak
marah-marah sangat ni
apesal? Lek okey?”
Iman memengang tangan
Ain yang masih
berang.
Minah ni
kalau dah hangin satu
badan, Taufan Katrina
tu pun boleh
kalah taw!
“ Sorrylah kalau
apa yang aku
cakap tadi buat
kau malu and marah
sampai macam ni tapi salah
kau jugak sebenarnya, yang
kau pergi simpan
kat dalam memori
kepala kau tu sape suruh”
Ain
masih diam. Buat derk je. Hmm..
Kalau nak
pujuk Si Ain
ni kena pakai
psikologi sikit!
“ Dahlah tu
Ain. Takkanlah kau still nak
marah dengan aku
lagi kot?, sambung
Iman lagi terus memujuk
Ain. Ain masih
buat selamba tak
makan saman.
Ada aku
kisah? Jawab Ain
dalam hati.
“ Ain...,” panggil Iman.
“ Ain...,” panggilnya
lagi
Ain mengangkat
wajahnya memandang Iman.
“ Cak!”
He..he..
Iman tersengih-sengih membuat
muka comelnya. Wajah
masam Ain semasam
buah kedondong itu
bertukar rupa manis
apabila tersenyum melihat
muka comel Iman.
“ Yelah,
yelah. Tak payahlah
kau nak main
cak cak dengan aku,”
Ain tersenyum memandang
muka comel Iman.
Sememangnya muka
comel itulah yang
telah menambat hati
seorang lelaki yang
dulu Ain menggelarkannya sebagai
playboy player
dalam kalangan keluarganya.
Siapa lagi kalau
bukan Tengku Ariff
Danish Tengku Malek.
Tapi itu
dulu. Sekarang tidak
lagi apabila sepupu
rapatnya itu mengenali
sahabat baiknya, si
comel Nur Iman
Dania Azri.
Ain
akui Danish mempunyai
rupa paras yang
kacak sejibik(serupa) Tom Cruise
kata orang la kan, almaklumlah
bekas playboy, tapi dia
lebih sukakan Abang
Eddienya yang kata
orang lah kan
termasuk lah aku aisyemen terlebih
handsome, macho
dan gentleman. Itu baru
muka, kalau dengar
suara dia, alahai tidur
pun boleh senyum
sengih macam kerang.
Muka ala-ala Dennis
Oh tu. Encem! Senyuman
yang sangat manis
menawan sampai tak
payah tambah gula.
Hu..hu..
Sekali pandang, sepuluh kali
pun tertoleh. Almaklumlah,
pilot, siapa
yang tak jatuh cintan tangkap
lentok beb! Kalau
time dia pakai spec hitam
Ray Ban fuhh! Lagi
mengancam! Aku pun
terkadeng-kadeng cair
macam sabun pencuci
Downey jugak
tapi handsome lagi Dr.Rafiq
aku. Hu.hu.., galak
Ain dalam hati.
“ Hah! Kau pulak yang berangan,
tadi cakap aku,”
sergah Iman matanya
mencerun ke arah
Ain. Sengih-sengih pulak minah
ni? Sahlah ada
benda yang merasuk
kawan aku ni
kot? Hantu angau!
“ Mana
ada aku berangan,
aku mimpi aje,” balas
Ain. Dia hanya
ketawa melihat wajah
Iman menahan marah.
Eeii!! Minah ni
kang!!
“ Eeii!! Kau
ni kan nak
sangat ke kena
siram dengan air
bandung aku ni hah,
makcik?” geram ni
geram!!
Ain ketawa
terkekeh. Iman mengetap
bibirnya menahan sabar
dengan perangai kuat
mengusik Ain. Ain
suka melihat Iman
marah. Apabila kawan baiknya
itu marah, wajahnya
yang putih kemerah-merahan akan
menjadi merah. Apabila
wajahnya sudah merah,
wajah Iman menjadi
lebih comel. Selena
Gomez pun kalah!
“ Kau ni
tak payahlah nak angin satu
badan. Aku gurau
je. Itu pun nak
marah,” pujuk Ain.
Bibirnya terjuih-juih.
“ Aku
sebenarnya tengah fikirkan
pasal Danish kau
tu,” sambung Ain memberitahu
perkara sebenar walaupun
bukan secara keseluruhannya.
“ Kenapa
pulak kau fikir
pasal dia?” Iman
bertanya kembali.
“ Aik? Takkan
jeolous kot,”
usik Ain.
“ Takde maknalah
aku nak jeolous dengan
kau,” balas Iman
sedikit angkuh namun
terselit juga perasaan
cemburu terhadap Ain
yang memang rapat
dengan Danish.
“ Eleh! Tak
mengaku konon! Memang
kita baru kawan
hari ni kan?”
perli Ain.
”
Macamlah aku tak
kenal kau. Kau
jangan risaulah wei! Aku
tak pernah, langsung and never
ada perasaan pada
mamat ex-playboy tu,” sambung
Ain lagi. Matanya
memandang tepat ke
arah mata Iman.
Membuktikan kejujurannya. Siap
angkat tangan lagi.
Sumpah!
“ Oh! Ek?” Iman
menaikkan keningnya.
“ Tak
percaya sudahlah. Lantak
kaulah!” nada Ain
sudah berubah. Merajuklah
tu, getus Iman.
“ Alalala…
janganlah merajuk Ain. Aku gurau je,” pujuk
Iman. Dia sudah
membuat muka comelnya.
“ Aku
gurau je,” ajuk
Ain.
“ Kau
gurau boleh. Aku
gurau tak boleh pulak?”.
“ Okeylah, kau menang.
Dahlah tak payahlah
merajuk lagi. Tak
cantiklah. Ke kau
nak aku panggil
Dr.Rafiq suruh pujuk
kau?” Iman mula
mengusik sambil tersenyum-senyum. Wajah Ain
sudah merah Manahan
malu pabila diusik
kawan baiknya.
Isy! Janganlah
cakap macam tu,
malu tau! Bisik
Ain gedik.
Jikalau Dr.Rafiq
yang datang, sudah
pasti satu saat
sahaja rajuk Ain
akan hilang. Perkenalan
mereka berdua sememangnya
lucu. Iman yang
hanya menjadi saksi
kisah mereka sudah
tersenyum-senyum mengingati adegan-adegan
pertelingkahan mereka.
Mana tidaknya, pertemuan
mereka bermula dengan
pertengkaran hanya kerana
berebut car parking. Huh! Sungguh
memalukan.
“
MATA awak ni
buta ke? Tak
nampak ke saya
dah tunggu kat sini,
siap bagi signal lagi. Pergilah cari
tempat lain. Tempat
ni saya punya,”
tune suara
Ain sudah meninggi
memarahi lelaki tersebut
yang cuba mencuri
parkingnya.
Pantang atok nenek moyang aku segala keturunan cucu cicit aku orang curi mencuri ni!
Pantang atok nenek moyang aku segala keturunan cucu cicit aku orang curi mencuri ni!
Iman pantas
mendapatkan Ain yang
sudah memulakan sesi
bertekak berebut tempat
letak kereta. Ah
sudah! Dia dah
mula dah!
“ Eh!
Sedapnya mulut bercakap.
Mak bapak tak ajar
ke hah? Ke tak
pergi sekolah?” lelaki
tersebut menemplak kembali kata-kata
Ain yang kasar.
Sesedap rasa ditambah dengan perencah lagi pompuan garang ni panggil aku buta!
Sesedap rasa ditambah dengan perencah lagi pompuan garang ni panggil aku buta!
“ Dahlah
Ain, tak payahlah
kau nak jadi
komander jeneral perang
pulak kat
sini,” Iman menenangkan
Ain dengan loyar
buruknya.
Ain memandang
Iman tajam. Ah!
Aku tak kira!
“ Iman
kau diam! Tak
payah kau nak
buat loyar buruk
kau dengan aku. Tak
lawak pun. Aku
nak ajar mamat
berlagak ni supaya
jangan nak berlagak
sangat. Mentang-mentanglah dia
bawak kereta besar,
dia ingat dia
boleh suka-suka hati
curi parking orang,” bebel
Ain. Kemarahan Ain
seperti hendak meletup sekarang juga.
Aku ngah geram ni!
“ Eh!
Helo makcik. Jangan
suka-suka hati nak mengata saya ek?
Tu! mulut awak
tu tolong pergi
insurans sikit,” marah
lelaki tersebut
Ain melangkah
dengan lebih dekat
ke arah lelaki
itu. Lelaki itu
juga malangkah ke
hadapan. Nampak gayanya
perang berebut parking
akan bermula. Masing-masing
tidak mahu mengalah. Ego.
Orang ramai yang
berada di situ
sudah mula memandang
dengan pandangan pelik.
Iman pantas menarik
lengan Ain.
“ Ain dahlah tu. Tak
payahlah kau nak
gaduh-gaduh kat sini. Malulah
orang tengok,” Iman
cuba meredakan amarah
Ain.
“Argh!! Aku dah tak
boleh tolak ansur
lagi dengan mamat
pencuri ni. Aku
tak kira, parking
ni
aku yang punya,”
Ain tetap tidak mahu
mengalah. Pantang tok
nenek moyang aku
seluruh keturunan mengalah
dengan mamat penipu
ni, repek Ain
dalam hati.
“ Cik
adik. Tolonglah nasihatkan
sikit kawan awak
ni supaya berbudi
bahasa sikit bila
bercakap dengan orang.
Jangan nak maki
hamun orang sesuka
hati aje,” lelaki itu
menyindir Ain.
Iman mengeluh
hanya mengelengkan kepala.
Aduh! Makhluk dua
ekor ni masing-masing
tak nak mengalah,
keluh Iman dalam
hati.
Buat sakit
kepala akulah!
Secara kebetulan kereta
di sebelah parking
rebutan Ain dan
lelaki tersebut mula
mengundurkan kereta. Iman
menarik mafas lega
apabila masalah ini
sudah mula ada
penyelesaiannya.
“ Ain
dahlah. Tak payahlah
kau nak gaduh
dengan lelaki ni.
Sebelah ni parking
kosong, kau parking
je kat situ,”
Iman memujuk Ain
lantas meleraikan pergaduhan mereka.
Lelaki tersebut
menarik senyuman menandakan
kemenangannya. Ain hanya
mencebik tajam. Ternyata
dia masih tidak
berpuas hati. Baru
sahaja Ain hendak
membuka mulut, Iman
pantas memintas.
“ Dah! dah!
Dah! Cukup tu Ain! Kau tak
payahlah nak lebih-lebih.
Kalau macam ni lah, sampai
esok pun kau
dok still bertekak kat
sini lagi. Sekarang
kau dengar cakap
aku. Kau parking je
kereta kau kat
sana. Tak payah
kau nak gaduh lebih-lebih
pulak dengan mamat
ni,” Iman mula
hangin dengan sikap
Ain yang tidak
mahu mengalah.
“ Habis tu
kau nak biarkan
mamat ni menanglah?
Kan ni parking kita.
Biarlah dia yang parking kat
sebelah,” bantah Ain
dengan keras.
“ Helo
makcik! Kat simen parking tak
ada nama awak
pun kat sini. Tak payahlah
awak nak mengaku
parking ni hak awak. First
come, first serve,”
balas lelaki itu
pula.
“ Awak
boleh diam tak?
Tak payahlah nak
jadi batu api
kat sini nak
lawan bertekak dengan
kawan saya ni.
Sekarang awak dah
dapat parking diam dah
lah!” jerit Iman
geram. Melebih pulak mamat
ni.
Aku memang
dah tak boleh sabar
lagi. Aku dah
cakap dah, cukup
tak paham bahasa
lagi. Hah! Sekarang
kan dah kena sembur+jerit Hitler aku ni!
Iman menarik
tangan Ain terus
menuju ke kereta
Swift milik Ain.
Ain mendengus
kuat. Berani dia
panggil aku makcik!
Huh! gumam Ain
dalam hati Matanya
menjeling tajam ke
arah lelaki tersebut
sambil lengannya ditarik
oleh Iman. Lelaki
itu hanya tersenyum
sinis.
“ KAU ingat lagi ?”
Ain memecahkan suasana
sunyi lamunan mereka.
Mereka sama-sama ketawa.
Bila-bila diingatkan balik, memang kelakar sampai nak pecah perut rasanya ketawa.
Bila-bila diingatkan balik, memang kelakar sampai nak pecah perut rasanya ketawa.
Ain sendiri tidak
menyangka dia akan
menjadi segarang dan
selancang itu. Padahal
dengan mana-mana lelaki
dia tidak akan
begitu. Mestilah nak
kontrol ayu beb!
Bisik Ain gatal.
“ Aku memang
tak boleh lupa. Memang tensyen gila
aku time tu. Korang ni
memang eloklah couple. Dua-dua
degil, keras kepala.
Agaknya
kalau aku tak
jerit kat situ
memang dah jadi
perang agaknya”.
“ He..he..
nak buat macam
mana. Dah memang
jodoh aku kot dengan dia,” balas
Ain sengih.
“ Tu lah
kau over sangat bergaduh,
kan sekarang dah jadi lain,”
usik Iman. Bibirnya tak habis
tersengih-sengih menampakkan barisan
giginya yang putih. Macam
iklan ubat gigi
Colgate tu!
Cis! Perasanlah pulak!
“ Nak
buat macam mana.
Tiba-tiba dah sayang.
Kau ingat lagi
kan dulu atuk
belah mak aku
masuk hospital sebab
heart attack
masa datang sini”.
Iman mengangguk.
Haah!
Masa Ain
datang hospital tu,
dia memang langsung
tak perasan yang
Dr.Rafiq a.k.a lelaki yang
pernah bergaduh pasal
berebut parking kereta. Bila
dah jumpa tu
memang tergamamlah sangat!
Time tu, Ain
rasa macam nak
menyorok je lah kat mana-mana,
malu sangat. Nasib
baik doktor tu cool je, tak
cakap pasal apa-apa
pun pasal incident tu. Tapi Ain ni memang
yakin gilerlah yang doktor
masih ingat lagilah
dialah perempuan garang
yang bergaduh tu.
Mula-mula tu,
kalau boleh memang
tak nak langsunglah
jumpa face to face
walaupun bukannya berpandangan
tapi malu tu tetap tebal
berinci-inci kat muka
ni. Tapi sebenarnya,
itulah yang kenangan
manis yang memang
Ain tak dapat
lupakan. Daripada pertemuan
yang tak disangka
terjadi kat hospital
tu lah yang
membuatkan Ain rapat
dengan Dr.Rafiq. Sampailah
dah declare ‘ Oh! I’m
fall in love’!
Iman yang
dengar cerita pun
dah gelak tergolek
dah! Lawak! Lawak!
Betul! Betul!
Betul!
“ Kau
memang. Sikit-sikit nak hangin.
Kawallah sikit
temperatue kau tu,”
nasihat Iman. Perbualan
mereka sepi seketika.
“ Iman,
betul ke kau
nak jumpa mummy
dan daddy?” Ain
bertanya.
Iman mengerutkan
dahi.
“ Mummy?
Daddy? Sape tu?” Iman menyoal
Ain kembali. Ain
menepuk dahinya. Aduh!
Kawan aku ni!
“ Hatoi! Kesiannya
aku tengok kau ni,” Ain
buat muka kesian.
Iman mencebik. Sajalah
tu perli aku,
bisik Iman dalam
hati.
“ Jahat
la kau Ain,”
Iman mula merajuk.
“ Betul ape aku
cakap,” Ain membela
dirinya.
“
Mummy dan daddy
tu bakal mertua
kaulah, mak ayah
Danish kau tu,” jelas Ain
lagi.
Oooo… mulut
Iman membentuk huruf
‘O’.
“ Dah tu
kenapa kau panggil
mak ayah Danish
tu mummy daddy?”
tanya Iman.
“ Mummy
dengan daddy suruh
aku panggil diaorang macam
tu. Sebab aku
ni kan rapat
dengan Danish and Abang
Eddie. Anak
buah kesayanganlah katakan,”
Ain sudah mula
masuk bakul angkat
sendiri.
“ Oh!
Macam tu”.
“ Betul
ke ni?” Ain
bertanya.
“ Betullah apa pulak?”
Tanya Iman kembali.
“ Hisy! Kau
ni lambat pick up betullah. Slow mengalahkan kura-kura.
Aku tanya betul
ke kau nak
jumpa mummy dan
daddy hujung minggu
ni?” Ain mejelaskan
satu persatu.
Letihlah aku dengan minah ni, keluh Ain dalam hati.
Letihlah aku dengan minah ni, keluh Ain dalam hati.
Iman mengangguk
perlahan. Dia mula gelisah.
“ Wei, rilekslah.
Mummy dan daddy
tu tak makan
oranglah. Diaorang makan nasi
je,” Ain mula
buat loyar buruknya.
“ Aku takutlah.
Rasa nervous je bila ingatkan
balik,” keluh Iman.
Sememangnya sejak minggu
lepas lagi dia
sudah menggelabah apabila
Danish berhasrat untuk
membawanya berjumpa mummy
dan daddy Danish.
“ Lerr... Iman, janganlah
gabra sangat. It’s
okey. Mummy dan daddy I sporting. You
janganlah risau sangat.
Mummy dan daddy
I nak sangat
jumpa you, gadis
yang dah berjaya
pikat hati I”.
Iman
masih lagi ingat
perbualannya dengan Danish.
Jejaka itu cuba
menenangkan hati Iman
yang gemuruh itu.
“
Hei Iman, yang
kau diam ni
kenapa,” Ain mengoyang-goyangkan tangannya
di hadapan wajah
Iman yang hanya
diam sahaja.
“ Takde apalah
Ain,” nafi Iman.
Bibirnya mempamerkan senyuman
namun tidak dapat
menyembunyikan rasa gelisahnya.
“ Iman, kau janganlah
risau. Insya-Allah semua
akan okey. Mummy
dan daddy tu
baik. Diaorang langsung tak
pandang darjat-darjat ni semua
walaupun berkerabat Tengku.
Macam aku,” Ain cuba menceriakan
hati Iman. Dalam dok pujuk sempat
lagi puji diri
sendiri. Ain.. Ain..
Iman
tersenyum mendengar kata-kata
Ain itu.
“
Danish yang kau
kenal tu kan
baik, sekarang ni je la
kan, dulu takde la
baik mananya, so mestilah
mummy dan daddy
tu pun baik
juga,” sambung Ain
lagi.
“ Hujung minggu
ni kau tak
datang rumah Danish
ke?” soal Iman.
“ Taklah. Lagipun
nak buat apa? Takkan
aku nak jadi
inang diraja pulak
sibuk menempel kat
situ. Masa tu
lah peluang nak kau kenal
hati budi mummy
dan daddy. Kalau
aku ada kat
situ aku pulak
yang over nanti. Kau
jangan risau, mummy
dan daddy sportinglah”.
“
Danish pun ada jugak cakap
macam tu pada
aku. Insya-Allah, aku
akan cuba. Kau pun doa-doakanlah
aku erk?” Iman memandang
Ain dengan muka
comelnya.
Matanya pula sengaja dikerdip-kerdipkan, meminta simpati.
Matanya pula sengaja dikerdip-kerdipkan, meminta simpati.
“ Insya-Allah. Kau tu
janganlah gabra sangt.
Kata brutal, tapi bila
sampai bab ni, hampeh,
cuak,” kutuk Ain.
“ Amboi! Kutuk nampak.
Lebih garam kurang
gula arr kau ni,”
tukas Iman.
Ain ketawa terkekeh.
Iman sudah mula
geram lalu diambilnya
pen pantas tangannya
mengetuk kepala Ain.
“ Woi! Kasar
nampak. Kau ingat
kepala ni tak
bayar zakat fitrah
ke? Kepala ni
RM 6.50 tau!,”
marah Ain. Iman
terkekeh ketawa.
Muncung sedepa Ain.
Muncung sedepa Ain.
“ Banyaklah
kau punya RM
6.50! Mulut kau
tu laser sangat
mengalahkan bazuka perang
tu pehal? Kan dah
padan muka kena
ketuk dengan aku!
Tu baru sikit!”
templak Iman lalu
menjelirkan lidahnya.
“ Mak
aiihh! Masalah betullah
kau ni. Sikit-sikit
nak ketuk. Aku tak tau la macam
mana nanti kalau
Si Danish tu
kahwin dengan kau, aku rasa memang
gerenti la yang
dia tak berani
nak main kayu
sembilan belakang kau!
Aku gerentilah!” mulut
Ain pantas membebel.
Ain
dan Iman sudah
terbiasa berkasar seperti
itu namun itulah
yang menjadi garam
dan gula persahabatan
mereka yang telah
terjalin sejak mereka di minggu orientasi lagi.
No comments:
Post a Comment