“ Mummy kamu
ni memang dah
betul-betul melampaulah!!” dengus
Tan Sri Syed
Fahim kasar. Dia
benar-benar geram dan
marah. Tidak menyangka
perkara serius ini
disembunyikan daripada pengetahuannya.
Firdaus menyandar lemah
di sofa empuk
di pejabat daddynya.
Selepas daripada pertengkaran
besar antara dia,
Emilina dan Karinna
dia tidak dapat
menenangkan fikirannya lalu
terus mencari kelibat
daddynya. Mujur daddynya
tidak sibuk dan
seakan faham akan
kedatangannya setelah mendengar
berita yang berlaku
di bilik mesyuarat
Merida Holdings.
“ Daddy tak
sangka sampai macam
tu sekali keras
kepala mummy kamu
ni Fir. Langsung
tak endah cakap
daddy. Dah berbuih-buih
mulut daddy ni
slow talk dengan
dia. Degil!” rengus
lelaki lagi lelaki
berusia lewat 50-an
itu.
“ Fir ingatkan
bila mummy dah
tak lagi contact
Fir pasal rancangan
kahwin tu, mummy
memang dah terima
keputusan Fir, tapi
tak sangka pulak
dalam senyap-senyap mummy
sempat lagi buat
preparation. Fir pun
tak fahamlah! Apa
lagi yang mummy
tak puas hati?
Tak cukup ke
apa yang Fir
dah jelaskan dulu?”
keluh Firdaus lagi.
Fikirannya tidak tenang
saat ini. Otaknya
sarat terbeban dengan
tindakan mummy yang
dianggap melampau dan
kejam olehnya. Baru
sahaja dia ingin
mula membina hidup
baru bersama dengan
Dheiya, hidupnya sudah
diuji dengan dugaan
sebegini rupa.
“ Daddy pun
tak tahulah nak
cakap apa. Daddy
rasa bukan daddy
aje yang tak
tahu, Aria dengan
Fahmi pun tak
tahu lagi. Daddy
rasa Fir patut
selesaikan sendiri hal
ni dengan mummy.
Luahkan semua apa
yang Fir rasa.
Lagi elok kalau
Fir bagitau hal
yang sebenarnya,” nasihat
Tan Sri Syed
Fahim. Dia menepuk
perlahan bahu anaknya.
“ Daddy, I
don’t think so
ini masa yang
sesuai untuk bagitau
hal yang sebenarnya.
Fir dah dapat
nampak apa yang
akan berlaku kalau
Fir bagitau jugak
hal yang sebanarnya.
Mummy tu kita
tak boleh jangka
tindakan dia daddy.
Apa yang mummy
dan Lin buat
pada Karinna dan
arwah adik dia
pun, Fir tak
boleh terima. She’s
too much! Fir rasa
mummy ni macam
tak boleh tengok
Fir bahagia aje!”
“ Fir! Jangan
cakap macam tu!
Mummy tu, mummy
kandung Fir tau!
Bukan mak tiri,
bukan mak angkat!
Dia yang kandungkan
Fir, lahirkan Fir,
besarkan Fir, dari
sebesar-besar ibu jari
sampai dah besar
panjang. Mummy tu
cuma nak yang
betul-betul terbaik aje
untuk Fir tapi
dia tak sedar
cara dia tu
salah. Dia tak
sedar dalam diam
dia dah seksa
anak daddy ni.
Tapi daddy yakin.
Suatu hari nanti
mummy akan sedar
jugak dan berubah,
cuma kita aje
yang perlu berdoa,”
panjang lebar syarahan
Tan Sri Syed
Fahim.
Firdaus
tertunduk. Dia memicit
perlahan dahinya. Daddynya
menepuk perlahan bahu
anaknya. Dia menjadi
kasihan akan anaknya
yang seorang ini.
Selalu sangat diapaksa
dan didesak melakukan
perkara yahg tidak
disukai namun apa
yang boleh anaknya
ini buat, kerana
tidak mahu menjadi
anak derhaka, diturutkan
jua permintaan ibu
walaupun dalam diam
menyeksa jiwanya sendiri.
Tapi sampai bila?
Tan Sri Syed
Fahim yakin, sampai
suatu saat nanti
Firdaus pasti akan
memberontak jua. Seperti
apa yang terjadi
sekarang ini.
Tan Sri Syed
Fahim kemudian menyambung
lagi.
“ Fir cuba
bincang sendiri dengan
mummy. Tanya elok-elok,
cakap baik-baik. Betul
ke apa yang
Lin tu cakap.
Kalau betul, Fir terus-terang elok-elok
dengan mummy. Walau
apa pun keputusan
Fir, daddy tetap
sokong. Fir tak
keseorangan dalam hal
ni. Daddy ada,
Zaff ada, adik-adik
dan Dheiya juga.
Ya?” pujuk Tan
Sri Syed Fahim
lembut.
Firdaus menarik nafas
perlahan. Dia memandang
wajah kacak dan
lembut daddynya. Bertuah
mummy memiliki daddy,
seorang yang penyabar,
penyayang dan yang
paling penting seorang
yang begitu memahami.
“ Thanks dad.
Kalau daddy tak
ada, tak tahu
lah kat siapa
lagi Fir nak
luah,” luah Firdaus.
“ Aikk Dheiya
kan ada?” usik
Tan Sri Syed
Fahim diringi senyuman
dan ketawa kecil.
Firdaus ketawa kecil.
“ Mesti Aria
or Fahmi yang
report ni. Budak
dua ekor tu
memang, sikit-sikit nak
cerita,” gerutu Firdaus.
“ Alah! Macam
tak biasa pulak!
Daddy happy sangat
bila Aria cakap
Fir dengan Dheiya
bahagia, macam loving
couple. Tuhan dah
makbulkan doa daddy
nak tengok Fir bahagia,”
kata-kata daddynya membuatkan
Firdaus tersentuh.
‘ Ya Allah! Aku
terlalu bersyukur kerana
Engkau mengurniakan aku
seorang ayah yang
begitu baik sekali!’
Desis Firdaus dalam
hati. Dia memeluk
erat daddynya.
--------------------------
Nissan Skyline GTR
milik Firdaus akhirnya
berhenti di halaman
porch banglo milik
keluarganya. Kedatangannya disambut
baik bibik diiringi
senyuman. Almaklumlah, siapa
yang tak nak
senyum kalau dah
ada lelaki handsome
kat depan mata.
Firdaus membalas seadanya,
sekadar bermanis muka,
padahal dalam hati
macam dah nak
pecah dadanya tak
sabar nak melontar
peluru!
“ Mummy saya
mana bik?” tanya
Firdaus pantas sebaik
kakinya memijak lantai
marmar yang berkilau
itu.
“ Err.. Puan
Sri berada di
laman tuan. Tadi
Cik Emilina ada
mari ke sini,
baru aja bentar
tadi pulangnya,” jawab
bibik. Firdaus mengangguk
faham.
Dia terus berjalan
pantas menuju ke
laman yang luas
itu. Dia melihat
dari jauh Puan
Sri Sy. Faridah
duduk di kerusi
berdekatan dengan pergola.
Perlahan dia berjalan
menuju ke arah
mummynya lalu memberi
salam. Puan Sri Sy. Faridah
menseriuskan wajahnya. Sakit
hatinya masih terasa
lagi mendengar cerita
Emilina akan pertelingkahan yang
berlaku antara anaknya,
Emilina dan juga
Karinna yang seakan
tidak takut akan
ugutannya. Memang dia
hendak menghubungi Firdaus
tetapi dia membatalkan
niatnya kerana dia
ingin lihat sejauh
mana Firdaus berkeras
menolak rancangannya.
“ Hurmm! Ingatkan
dah tak jumpa
jalan nak balik
sini dah! Yelah!
Dah ada betina
baru pulak yang
Fir kelek ke
sana ke sini
sampai masuk magazine!
Siap peluk sakan!”
belum sempat Firdaus
duduk di kerusi,
dia sudah ditembak
bertalu-talu dengan kata-kata
yang penuh tajam.
Firdaus mengeluh perlahan.
Dia pasti gambarnya
bersama Dheiya di
Sunway Pyramid tempoh
hari sudah pun
dijamu mata oleh
mummynya. Paparazzi Malaysia
seolah tidak jemu
mencari cerita panas
tentang dirinya waima
selama ini dia
tidak pernah memberi
kenyataan balas mengenai
cerita tersebut. Firdaus
tidak kisah akan
cerita murahan seperti
itu. Dia bukan
mahukan publisiti murahan
untuk dia menjadi
popular dan hot
sebaliknya masih ada
cara lain untuk
menjadi terkenal dengan
kejayaanya dalam mengemudi
Merida Holdings.
Puan Sri Sy.
Faridah bertambah geram
melihat anaknya hanya
diam tanpa menjawab
sindiran pertanyaannya. Malah
bertambah sakit lagi
hatinya. Dia melemparkan
majalah tersebut di
atas meja bulat
itu.
“ Now! Tell
me Syed Firdaus
Hakimi, who are
the heck girl
with you on
these magazine? Your
new girlfriend? Or
you mistress?” pertanyaan
mummnya menyentak hati
Firdaus. Wajahnya segera
dipaling memandang mummynya.
‘ Oh! Shit! How does she
know?’ Firdaus beriak
selamba, menyembunyikan hakikat
sebenar.
“ She… she
just my friend,”
jawab Firdaus ringkas.
“ Your friend?!
Berapa banyak lagi
koleksi perempuan Fir
kelek lagi ni
hah!? Hari tu
dengan perempuan lain,
kali ni dengan
perempuan mana entah!!
Fir sengaja nak
malukan mummy dan
daddy ke apa?!”
lantang suara Puan
Sri Sy. Faridah.
Matanya tajam memandang
anaknya.
Firdaus buat endah
tidak endah. Dia
membiarkan mummynya berkata
apa sahaja dahulu
sebelum dia bersuara.
“ Mummy, selama
ni takde pun
mummy bising-bising macam
ni? Kenapa kali
ni mummy nak
bising pulak?” jawapan
Firdaus menaikkan lagi
kemarahan Puan Sri
Sy. Faridah yang
sudah s edia menggelegak.
Memang tak lama
aje lagi nak
meletup ni!
“ What?! How
dare you to
talk me back!!
Eh! Fir, what
happen to you
hah? Kenapa makin
biadap sangat dengan
mummy ni? Sejak
bila mummy dan
daddy ajar Fir
jadi kurang ajar
macam ni? Answer
me!!” jerkah Puan
Sri Sy. Faridah.
Matannya merah menahan
marah yang begitu
membuku.
“ Sejak mummy
paksa Fir kahwin
dengan Lin! Mummy,
apa lagi yang
tak kena ni?
Apa lagi yang tak jelas?
Fir dah explain
every single thing
sebab dan kenapa Fir
tak nak kahwin
dengan Lin. Kenapa
mummy still nak
paksa-paksa Fir buat
apa yang Fir
tak suka?!”
“ Mummy buat
semua ni untuk
kebaikan Fir tau
tak?! Mummy tak
nak orang umpat,
kata macam-macam pasal
keluarga kita sebab
sikap Fir yang
kaki perempuan tu!
Malu mummy dengan
daddy tau tak!
Fir tak fikir
ke hah?! Itu
sebab mummy nak
jodohkan Fir dengan
Lin, untuk selamatkan
maruah keluarga kita,
keturunan dan darjat
kita. Kenapa Fir
tak pernah faham?!”
lantang lagi suara
Puan Sri Sy.
Faridah. Namun nada
suaranya dikendurkan sedikit.
Firdaus
mendengus kasar. Dia
bangun dari duduknya.
Balik-balik soal keturunan
dan darjat yang
dibangkitkan. Apa kalau
jatuh darjat tu,
semua orang dalam
keluarga ni mati
ke?
“ Fir faham
sangat-sangat mummy. Fir
faham sangat taktik
mummy tu supaya
Fir tak boleh
kembali lagi dengan
Karinna kan? Memang
Fir tak boleh
balik lagi dengan
dia! Tu yang
mummy nak kan?
Fir dah tunaikan!
Apa aje permintaan
mummy selama 29
tahun Fir hidup
ni, Fir ikut,
Fir tak bantah
walau sikitpun! Fir
diam sebab daddy
selalu cakap syurga
Fir selama-lamanya ada
di bawah tapak
kaki mummy. Fir
tak nak jadi
anak derhaka,” Firdaus
menegangkan wajahnya. Saat
ini dia ingin
meluahkan semua rasa
dalam hatinya. Ingin
melontarkan segala rasa
tidak puas hatinya.
Mungkin ini dikatakan
mengungkit tapi apa
salahnya kalau kalau
itu sesuatu kebaikan.
Firdaus
menyambung lagi.
“ Jangan ingat
Fir tak tahu
apa yang mummy
dan Lin buat
pada Karinna dan
adik dia dulu?
Mummy ugut dia
kan? Kalau dia
tak tinggalkan Fir,
adik dia jadi
mangsa! Mummy terlalu
kejam! Sampai sanggup
mengorbankan nyawa orang
tak berdosa semata-mata
nak puaskan hati
mummy tu! Mana
perginya sikap mummy
yang penyayang dulu?
Kenapa mummy sampai
bertindak macam ni?
Tapi Fir diam
aje mummy, Fir
sikit pun tak
ungkit depan mummy
sebab Fir redha
antara Fir dan
Karinna tak ada
jodoh”.
Puan Sri Sy.
Faridah terkejut. Dia
memalingkan wajahnya memandang
Firdaus yang sedikit
sugul itu. ‘Tak
guna! Mesti perempuan
tak guna tu
yang bagitau!’
“ Kalau betullah
Fir dah tak
lagi dengan pompuan
tu, kenapa tak
nak setuju kahwin
dengan Lin?! Fir,
mummy cuma nakkan
yang terbaik aje
untuk Fir, susah
sangat ke Fir
nak terima permintaan
mummy ni? Kita
kena jaga reputasi
keluarga kita, keturunan
kita, tak adelah
nanti bakal keturunan
kita tercemar dengan
entah mana-mana orang
yang tak tau asal-usul,” protes
Puan Sri Sy.
Faridah, cuba memujuk
anak lelakinya.
Firdaus mengeluh lemah.
Dia berpaling memandang
wajah mummynya.
“ Mummy, kan
Fir dah bagitau
Fir tak bersedia
lagi. Fir nak
nikmati dulu kehidupan
Fir. Mummy ingat
si Lin tu
baik sangat ke?
Mummy, walau macam
mana pun baik
mak bapak dia,
tak semestinya anak-anak
dia pun baik
jugak. Orang yang
miskin, hidup susah
melarat tak berharta
tu jauh lebih
baik dari orang
yang berharta. Mummy,
kebahagiaan sesebuah rumah
tangga yang penting
agama dia! Itu
yang penting. Bukan
keturunan!” sindir Firdaus.
Nada suaranya cuba
dikawal sebaik mungkin
agak tidak keterlaluan.
Merah wajah Puan
Sri Sy. Faridah
mendengar sindiran anaknya.
Tajam menusuk ke
pilu hati. Apa
yang dikatakan Firdaus
itu semua benar.
Namun, ego Puan
Sri Sy. Faridah
terlalu tinggi. Dia
tetap ingin memelihara
keturunan keluarganya malah
juga darjat dan kedudukan mereka.
“ Fir sekarang
ni dah pandai
nak sindir-sindir mummy
ya?”
“ Mummy, Fir
bukan sajae-saje nak
sindir mummy. Tapi
sindiran Fir tu
bersebab! Fir nak
ingatkan mummy apa
yang paling penting
dalam kehidupan berrumah
tangga. Memang betul
keturunan tu penting
tapi yang paling
utamanya agama. Mummy
nilailah baik-baik Emilina
tu. Mummy belum
tau siapa dia
yang sebenar,” kata-kata
Firdaus menyentakkan Puan
Sri Sy. Faridah.
“ Apa maksud
Fir ni? Apa
yang sebenarnya?” tanya
Puan Sri Sy.
Faridah dengan rasa
tidak percaya. Sedikit
tersekat nadanya.
Firdaus ketawa sinis.
Dia menggelengkan kepalanya.
Memanglah mummynya itu tidak tahu,
kalau dah setiap
masa mata tu
dikelabui dengan kebaikkan
palsu Emilina!
“ Mummy kan
banyak spy. You
just find out
yourself! Fir nak
mummy sendiri tengok
kebenarannya!”
Terdiam Puan Sri
Sy. Faridah seketika.
Dia melihat anak
lelakinya meraup wajah
berkali-kali, menandakan seribu
keluhan yang terbeban
di benaknya. Firdaus
menarik nafasnya perlahan-lahan lalu
mendekati mummynya. Dia
melutut dihadapan mummynya
yang sedag elok
bersandar pada kerusi
yang cantik berukir
itu. Dia memegang
tangan mummynya lalu
dicium lembut. Matanya
mula memerah. Dia
cuba menahan air
matanya daripada menitis.
Dia berharap sangat
rayuannya dapat melunturkan
sedikit ego mummynya
dan menerima keputusan
dia.
“ Cuma satu
yang Fir mintak
mummy. Satu je.
Please, for this
one time, biarlah
Fir bebas sendiri
pilih isteri Fir.
Mummy, Fir nak
kahwin sekali je
mummy. Sekali aje.
kalau boleh biarlah
sampai ke akhirat
nanti. Fir nak bawak dia
masuk syurga sama-sama
dengan Fir, dengan mummy
dan daddy. Mummy,
tak semestinya dia
tak berharta dan
tak ada gelaran
Syarifah pada nama
dia, dia bukan
jodoh Fir, bukan
yang terbaik untuk
Fir. Allah dah
tetapkan setiap jodoh
untuk umatnya mummy.
Biarlah Fir cari
sendiri. Fir nak
hidup dengan dia
selamanya. Fir merayu
sangat mummy. Selama
29 tahun Fir
hidup dengan kasih
sayang mummy, Fir
cuba tunaikan setiap
permintaan mummy. Fir ambik
business management walaupun
itu bukanlah kemahuan
Fir. Fir tutup
hati Fir untuk
Karinna pun untuk
mummy, sebab Fir
sayangkan mummy. Fir
buat tu sebab
Fir rasakan Karinna
bukan untuk Fir.
Sebab tu mummy
halang hubungan kami
walaupun pahit sangat
nak hadapi semua
tu. Fir hormatkan
mummy, sebab tu
Fir diam, Fir
tak ungkit mummy
bila Fir tahu
cerita sebenar pasal
Karinna dan arwah
adik dia walaupun
masa tu Fir
rasa marah sangat
apa yang mummy
dah buat. Apa
yang Fir boleh
buat untuk tebus
kesalahn mummy, Fir
cuma mintak kemaafan
dari Karinna bagi
pihak mummy”.
Firdaus menarik nafasnya
lagi sebelum menyambung.
“ Mummy, Fir
rayu sangat pada
mummy, batalkan majlis
tunang yang mummy
dah aturkan. Biarlah
Fir sendiri yang
tentukan siapa isteri
Fir. Kali ni
aje mummy. Sekali
ni aje Fir
mintak sangat-sangat, tolonglah
faham Fir. Tolong
jangan paksa Fir
buat perkara yang tak
mampu Fir tunaikan.
Fir sayangkan mummy.
Fir nak tengok
mummy bahagia, gembira
tapi Fir mintak
maaf, Fir tak
nak jadi hipokrit.
Fir rayu sangat
mummy. Fir rayu
sangat..,” rayu Firdaus
lagi.
Dia mengucup tangan
mummynya berulang-kali. Matanya
kembali merah. Dia
tetap menahan air
matanya. Seboleh-bolehnya dia
tidak mahu menangis!
Meruntun pilu hati
Puan Sri Sy. Faridah
mendengar rayuan anaknya.
Ibu mana yang
tidak sanggup melihat
anak sendiri merintih,
merayu meminta sedikit
belas ihsan dan
peluang untuk mencari
kebahagian sendiri. Ah! ‘ Adakah
aku ibu yang
terlalu mementingkan diri
sendiri? Memaksa orang
lain untuk menurut
kehendak aku? Ibu
jenis apa aku ni? Apa
yang patut aku
buat? seboleh-bolehnya aku
tak nak jadi
orang munafik, memungkiri
janji pada orang
lain. Tapi sanggup
ke aku tengok
anak aku sendiri
menderita hanya kerana
sikap aku yang
terlalu ego?’
Puan Sri Sy.
Faridah bermonolog sendiri.
Kini dia dalam
dilemma. Sebelah kanan,
anak kandung yang
amat disayangi. Sebelah
kiri, janji yang
telah ditaburkan pada
menantu pilihan hati.
Yang satu harus
dia memilih?