2013
Matanya tidak
berganjak memandang susuk
tubuh yang berjubah
putih serta bertudung
putih dari jauh.
Tubuh wanita itu
yang terduduk kaku
di tengah-tengah orang
ramai apabila talkin
sedang dibacakan direnung
lama. Suasana yang
sepi dan suram
di tanah perkuburan
Islam seakan sama
memahami akan kesuraman
yang menyelubungi hati
wanita muda itu.
Usai talkin
dibaca, beberapa orang
disitu yang duduk
di tikar bangkit
berdiri. Jag air
mawar disiram bergilir-gilir. Pabila
jag tersebut dihulur
pada wanita muda
itu, terketar-ketar tangan
itu menyambutnya. Seorang
gadis muda awal
20-an membantu memapah wanita
muda itu yang
seakan tidak berdaya menyiram
air mawar pada
empat buah kubur,
dua berdepan dan
bersebelahan antara satu
sama lain.
Setiap perlakuan
wanita muda itu
diperhati lama tanpa
sedikit pun anak
matanya beralih dari
susuk tubuh itu.
Hatinya kini mulai
sarat dengan satu amanah
besar
yang harus dipikul
terhadap wanita muda
itu. Sebuah tanggungjawab
yang sangat berat.
Mahu atau tidak,
dia WAJIB menggalasnya
biarpun ia merupakan
rahsia antara dia
dan ‘si dia’
yang sudah tiada.
Tidak lama
kemudian, seorang demi
seorang di situ
mula melangkah pergi
meninggalkan kawasan tanah
perkuburan. Hanya tinggal
beberapa susuk tubuh
sahaja yang amat
dia kenali. Namun
matanya tetap tidak
berganjak daripada wanita
muda itu waima
pandangannya selalu sahaja
terhalang dek beberapa
orang yang melintasinya.
“ Encik,
kenapa berdiri kat
sini aje? Tak
pergi duduk di
sana sekali?” tegur
seorang pemuda yang
hampir sebaya dengannya.
“ Takpalah.
Saya selesa berdiri
dekat sini aje,”
balas dia pendek
seraya tersenyum pahit.
“ Tapi,
bukan ke encik
ni ahli keluarga
Tuan Nasir dan
Puan Nafisa?” tanya
pemuda itu dengan
pandangan pelik. Hairan
dia barangkali dengan sikap
tenang lelaki tegap
dihadapannya ini.
“ Saya
tak nak ganggu
mereka semua. Maaf,
saya minta diri
dulu. Assalamualaikum,” jawab
dia seraya terus
menyalam tangan pemuda
di hadapannya dan
berlalu dari situ.
Pemuda itu
terkulat-kulat dengan jawapan
lelaki tegap tadi.
Terlalu banyak persoalan
yang berlegar di
benaknya. Tapi yang
paling menghairankan dia,
sikap lelaki itu
yang selamba dan
tenang ternyata mengundang
pelik dimatanya.
DIA yang
baru usai solat
Isyak terus berbaring
di atas katil
empuk. Kedua-dua belah
tangannya disilangkan dibelakang
kepala. Matanya merenung
siling bilik, namun
akalnya masih segar menayangkan
kembali perbualan diantara
dia dan Puan
Nafisa sebaik sahaja
dia tiba di
rumah lewat petang
tadi.
“
Assalamualaikum Nazrin. Nazrin
kat mana ni?” tanya Puan
Nafisa di hujung
talian.
“
Waalaikumussalam umi. Nazrin baru
je sampai rumah
ni. Kenapa umi?”
jawab dia diakhiri
dengan soalan pada
uminya.
“
Kenapa Nazrin tanya
umi? Nazrin pergi
mana tadi? Umi
tak nampak Nazrin
kat kubur pun.
Ayah dari tadi
bising tanya mana kamu. Kenapa
ni Nazrin? Yang
sudah tu, sudahlah.
Janganlah sampai tak
ziarah kat kubur
langsung,” terjah Puan
Nafisa bertalu-talu. Air
matanya dikesat laju.
Teringat semasa
kubur di siang
tadi, hatinya makin
meruntun pilu. Apatah
lagi memandang wajah
lemah menantu kesayangannya
yang pucat dan
tidak bermaya. Makin
bertambah sebak di
dadanya. Jika dia
yang berada di
tempat menantunya, adakah
dia mampu menanggung
dugaan yang maha
hebat ni?
Mendengarkan soalan
bertalu-talu dari uminya,
dadanya makin sesak.
Umi tidak faham
kedaannya sekarang. Atau
umi tak sedar
lagi akan hakikat
yang sebenar?
“
Umi… Bukan macam
tu la. Keadaan
yang tak mengizinkan
Nazrin untuk ada
sekali kat sana.
Lagipun bukannnya Nazrin
tak datang, Nazrin
cuma duduk dari
jauh aje. Rain
harap umi dan
ayah faham,” jelas
Nazrin, masih lagi
berkias-kias.
Puan Nafisa
terdiam. Seakan mula
berfikir maksud anak
lelakinya yang satu
ini. Tangan kirinya
meraup lemah wajahnya
yang masih tampak
muda walaupun umurnya
sudah memasuki lingkungan
50-an.
“ Tapi takkanlah sampai…”
Puan Nafisa terhenti seketika.
Kedengaran jelas dia
menarik nafas panjang.
“ Nanti
apa pulak kata
orang bila Nazrin
buat macam tu?
Tok mak dan
tok ayah? Nazrin
tak fikir ke
perasaan mereka nak?
Saudara-mara kita yang
lain?” lembut Puan
Nafisa memujuk.
“ Nazrin
tak fikirlah pasal
orang lain umi,
tapi Nazrin lebih
pentingkan perasaan Misya
sekarang ni umi.
Misya! Macam mana
perasaan Misya kalau
dia nampak Nazrin?
I’m swear that she’ll
not be okay. Nazrin
tak nak dia
jadi lebih tertekan
lagi. Umi faham
kan?” tegas Nazrin
membantah provokasi Puan
Nafisa.
Puan Nafisa
terdiam lagi. Kali
ini, dia langsung
tidak membalas apa-apa.
Saat ini dia
bagaikan tersedar ada
satu lagi perkara
besar yang sedang
berlaku atau pasti
akan berlaku. Sebuah
hakikat yang dia
sendiri khuatir dan
bimbang sebenarnya. Bagaimana
Misya nak menghadapinya
nanti?
Ya Allah!
Kenapalah aku tak
sedar langsung benda
ni semua akan
beri kesan pada
Misya? Adakah dia
sekali lagi perlu
melepaskan Nazrin demi
Misya? Hati tuanya
dalam dilema.
BUKU sederhana
tebal itu diusap-usap
perlahan dibuka kulitnya.
Buku yang tak
bernyawa yang sudah
menjadi teman rapatnya berbelas
tahun lamanya. Semuanya
dia luahkan di
situ. Suka. Duka.
Pahit. Manis. Gembira.
Marah. Bahagia. Tangisan.
Pandangannya mulai
kabur dengan cairan
jernih yang bertapak
di tubir matanya.
Bahagia? Masih adakah
lagi bahagia untuknya
setelah segala-galanya direngut
pergi dalam sekelip
mata? Hanya dalam
masa satu hari, dia
telah kehilangan semuanya!
Satu hari! Pemergian
orang yang amat
dia sayangi sepenuh
hati.
Tangisan? Ya.
Itulah yang menyelubungi
kalam jiwanya saat
ini. Sedaya-upaya mungkin
dia cuba bertahan,
cuba mencari kekuatan
untuk bangkit semula.
Namun dia tak
mampu! Seluruh kekuatannya
telah direntap pergi!
Pergi bersama dengan
‘mereka’ di sana.
Air matanya mencurah
lagi menghujani pipinya
yang dulu tembam
kini cengkung.
‘ Ya
Allah! Terlalu berat
ujian dan dugaan-Mu
yang Engkau berikan
padaku. Tak tertanggung
rasanya sakit ini
di dada ya
Allah. Tak terkira
titisan jernih ini
mengalir kerana musibah
yang Kau berikan
padaku. Ya Allah!
Aku tak kuat!
Aku tak kuat
ya Allah!’ rintihnya
dalam hati bersama
tangisan duka.
Tangannya ditekup
pada perut yang
kempis. Kosong. Tak
berisi lagi. Makin
menderu rasa ngilu
di hatinya. Esakannya
mula kedengaran. Sesak
dadanya cuba dikawal
tangisan namun ia
seakan tidak mengerti.
Pipinya basah
lagi dengan air
mata yang entah ke berapa
kalinya membanjiri pipi
gebunya. Bibirnya diketap
rapat namun gagal!
Esakan tetap jua
terhambur jauh dari
dasar hatinya yang
berbalut luka yang
perih.
Wajahnya ditekup
lama. Air matanya
tetap degil dan
terus mengalir keluar
melalui celahan jemarinya.
Bahunya terhinggut-hinggut seiring
dengan esakan yang
mula memenuhi ruang
kamar itu.
Wajahnya diangkat
dari tekupan tangan.
Memandang lama sekeliling
kamar kelamin yang
banyak meninggalkan kenangan
indah dan manis
bersama si dia.
Terasa ada aura
kuat lelaki itu
di segenap ruang
kamar luas ini.
Haruman tubuhnya, haruman
pewangi kegemaran lelaki
itu bagaikan mencucuk
rongga hidungnya, membuatkan
nafasnya terasa kian
sesak.
Cinta kau
dan aku takkan
mungkin bersatu
Untuk saat
ini di dunia
ini..
Mungkin kita
bersama nanti di
atas sana
Biar ku
setia menjaga cintamu…
Selamanya…
‘ Tuhan, bagaimana
harus ku lepaskan
dia sedangkan bayangannya
tetap ada di
mana-mana sahaja? Masih
terasa desah nafasnya
yang begitu dekat di ubun-ubunku
pabila dia meninggalkan
kucupan terakhir. Masih
panas pelukan eratnya
di tubuhku seakan-akan
tahu dia akan
pergi jauh dariku.
Senyuman manisnya kekal
segar di ingatanku.
Ungkapan sayang dan
cintanya kukuh terpahat
di hatiku.’
“
Abang.. Misya akan
tetap setia pada
abang…”
‘ Ya
Tuhan! Sungguh aku
lemah menanggung bebanan
jiwa ini. Terseksa
dengan ujian yang
Kau berikan. Mengapa
aku yang dipilih
mengharungi ujian ini?
Aku tidak kuat
ya Allah. Aku
tidak kuat...’
Dairi itu
dibuka perlahan. Matanya
mula membaca aksara
tulisan tangan yang
terukir kemas di
dada helaian putih
itu. Dan… kenangan
lama itu kembali
berputar…..