Dheiya menahan malu
yang rasa kian
menebal berinci-inci. Malunya
bukan kepalang. Terkantoi
dengan si kembar
membuatkan dia bagai
malu seluruh hidupnya.
Aria dan Fahmi
tidak habis-habis menyakatnya
manakala Firdaus hanya
tersenyum sumbing membiarkan
dia terkapai-kapai keseorangan.
Pulak tu rajin
menumpang sekaki ngusik
aku! Padahal dia
yang mulakan dulu!
Nasiblah dapat laki
macam gininya! Suka
sangat mengusik! Elok
sangatlah adik-beradik!
Dheiya membebel dalam
hati sambil tangannya
ligat menyusun gelas
dan piring di
dalam dulang untuk
dibawa ke hadapan.
“ Rugi gila
tadi takde kamera!
Boleh rakam muka
cuak along tu!
Untung-untung boleh letak
dalam You Tube
ke, Twitter ke? Hehehe..!”
seloroh Aria seronok
mengenakan alongnya. Firdaus
segera menyiku kepala
adiknya.
Hampeh punya adik!
“ Eh! Aria
jangan nak memandai-mandai ek?
Habislah jatuh saham
along korang yang ‘karchak’ lagi
macho ni!” balas
Firdaus bangga!
Cehh! Poyolah along
aku yang sorang
ni! Fahmi mencebik
dalam hati.
“ ‘Perahsantan’ sungguhlah
along ni! ‘Karchak'
macho konon! Bila
datang time bunga-bunga
cinta dia dengan
Kak Dheiya, hilang
macho tu! Siap
buat drama Korea
lagi! Propa sungguh
alongku ini!” perlian
Fahmi disambut hi-five
oleh adiknya.
Aria ketawa keseronokkan.
Seronok membuli alongnya.
Bukan selalu dapat
royalty macam ni. Selalu
dialah menjadi mangsa
buli yang telah
ditarget oleh abang-abangnya yang
sakai dan sengal
ni!
Firdaus
terkulat-kulat keseorangan. Terdiam
dia apabila tidak
dapat membalas kata-kata
Fahmi. Tak pasal-pasal
kena fire dengan
budak dua ekor
tak cukup murai
ni! Kepoh! Pot-pet,
pot-pet! Treetttrett… macam
machine gun aje
mulut tu!
“ Eeii!! Dah-dahlah
tu! Amboi, along
diam makin naik
tanduk korang ekk!
Hah! Korang datang
sini nak apa?
Kalau dah tau
along tengah ber’Korea’an
dengan Kak Dheiya,
yang korang menyibuk
ni apehal?” pantas
Firdaus terus menukar
topik perbualan. Sengaja
dia mempamerkan wajah
seriusnya. Apadahal kalau
buat muka serius!
Padahal dia tidak
tahan dengan segala
bulian telinga dari
adik kembarnya. Mana
tahan kalau dah
asyik kena sakat+buli
dengan adik sendiri!
Jatuh saham beb!
Hilang kemachoan aku!
Dheiya hanya diam
sahaja sebaik dia
meletakkan dulang minuman
dan makanan di
atas meja kopi
sambil dibantu oleh
Aria yang tersenyum
mengusik. Sengaja keningnya
dijongket-jongketkan.
Hehehe…
Kakak iparnya membulatkan
mata. Tanda geram
dengan Aria. Bukan
boleh layan budak
sengal ni! Makin
menjadi-jadi gamaknya. Sampaikan
suaminya, Firdaus pun
boleh terkelu lidah!
“ Cehh! Dah
tak tahan telingalah
tu! Kitorang datang
ni saje aje
nak buat lawatan
muhibah kat sini,
salah ke? Kalau
nak mengharapkan along
balik sana, mimpi
aje lah!” muncung
Aria. dia menjeling
Firdaus. Firdaus berdecit
geram. Ditarik telinga
adiknya. Menjerit gadis
itu dibuatnya.
“ Sakitlah along!”
“ Padan muka!”
sampuk Fahmi. Geram
Aria dibuatnya. Ehh!
Ni sejak bila
tukar geng ni!
Mencilah! Fahmi dan
Firdaus ketawa. Dheiya
hanya menggelengkan kepalanya
melihat gelagat adik-beradik
ini yang sentiasa
ceria.
“ Boleh tu
memanglah, tapi at
least call lah
along dulu. Ni
tak main serbu
aje. Nasib baik
tak kena tangkap
basah!” bidas Firdaus.
“ Memanglah tak
kena tangkap basah.
Tapi kena tangkap
kantoi!!” seloroh Fahmi
lagi. Firdaus menarik
muka. Dheiya terdiam.
Tak boleh cakap
apa dah kalau
budak bertiga ni
dah nak start
berperang.
“ Along dah
kalah lah tu!
Hehehe…” tokok Aria
lagi. Sekali lagi
Firdaus meluku kepala
adiknya. Geram sungguh
dia. Mengaduh kesakitan
gadis itu.
“ Dahlah tu!
Awak ni tak
baik tau ketuk
kepala dia. Sakit
tau!” ujar Dheiya
meleraikan bibit-bibit peperangan
itu.
“ Errmm.. tengok along
tu Kak Dheiya.
Jahatkan along tu?”
adu Aria mengada. Dheiya
tersenyum makna.
“ Memanglah along
tu jahat. Patutnya
along tu buat
aje macam ni
kat Aria. Banyak
mulut sangat!” tanpa
disedari Aria, kakak
iparnya mencubit perlahan
kedua-dua belah pipinya.
Menjerit Aria.
Fahmi ketawa. Firdaus
menyampuk, “ Padan
muka!”. Sokong Firdaus
dengan tindakan isterinya
itu. Muncung panjang
Aria. Alaa! Dah
takde geng! Semua
nak buli aku
je ni!
“ Ala, Kak
Dheiya gurau ajelah.
Janganlah monyok! Tak
cun tau. Sejibik
macam muka yang
makan pisang kat
dalam hutan tu
tau!” usik Dheiya
lagi.
“ Grrr!! Mencilah
macam ni!” rajuk
gadis itu seraya
memeluk tubuhnya di
sofa.
“ Malaslah nak
layan Aria ni
merajuk. Kang lupe
pulak nak bagitau
benda yang sebenarnya!”
bebel Fahmi. Naik
menyampah pun ada! Mengada sungguh!
“ Ehem.. testing..
testing..” seloroh Fahmi.
Sengaja. Firdaus geram
lalu membaling bantal
kecil yang berdekatan
dengannya ke arah
Fahmi.
“ Aduh! Lek
lah long! Nak
bagitau la ni.
Nak gurau sikit
pun tak boleh!”
gerutu Fahmi.
“ Eh! Cepat
boleh tak?!”
“ Yela. Yela.
Macam ni, next
week kitorang dah
start cuti sem,
so nak ajak
along dengan Kak
Dheiya pergi holiday.
Ala tak jauh
pun dekat je,
kat PD. Three
days, two nights.
Reservation pun dah
buat. Biaselah bajet
pun ciput je.
Hehe. Amacam?” tanya
Fahmi sambil keningnya
dijongket-jongketkan.
“ PD je? Along
ingat gempaklah ajak
along pergi tempat-tempat
jauh ke. Setakat
PD tu anytime
la along boleh
pergi holiday. Macam
tak best je
nak honeymoon, sekejap
sangat!” kata Firdaus
poyo. Aria menarik
muka sinis.
Dheiya sedikit tersentap.
Macam berlagak aje
laki aku ni?
“ Poyolah along
ni! Berlagak pulak
tu! At least
kitorang ajak jugak
along pergi holiday
sana, bolehlah honeymoon
walaupun sekejap. Kalau
nak ikutkan tempat
grand yang along
nak tu, alamatnya
sampai bila-bilalah Kak
Dheiya tak pergi
honeymoon dengan along
tau! Sadis sungguhlah
along ni!” tempelak
Aria. jelingan tajam
dilemparkan.
“ Entah along
ni. Kalau tak
nak sudah! Kitorang
ni pergi holiday
pun guna duit
poket sendiri tau,
tak mintak pun
dekat daddy dengan
mummy. Itu aje
lah yang mampu.
Kalau along nak
kat France ke,
Italy ke, tunggu
sepuluh tahun akan
datang ye? Jangan
nak banyak songeh!”
tambah Fahmi. Aria
pula sudah masam
cemberut wajahnya. Dheiya
hanya diam membisu.
“ Ala! Touching
pulak korang hari
ni. Yela. Yela. Along
ikut korang. Duit
poket tu tak
payah guna, simpan
aje. Guna duit
along. Kalau dah
siap reservation, flight,
hotel semua, claim
balik dengan along.
Along support tapi!
Ada tapi tau!
Kalau nak shopping
kat sana, sendirian
berhad ye. Kak
Dheiya takpelah,” putus
Firdaus. Matanya dijeling
ke arah Aria
sebaik sahaja perkataan
‘shopping’ itu ditekankan.
Aria menarik muncung pendek. ' Alah! Ingatkan nak tolong jadi bank aku sekali!'
Dheiya tersenyum. Nampaknya,
takdelah hubby aku
ni berlagak sangat!
Dosa pulak aku
ngumpat dia tadi!
Awak sorry ya!
Bersinar-sinar
wajah Aria dan
Fahmi. Pucuk dicita
ulam mendatang, sogok
kepak, dapat paha
betis lagi! Er!
Macam tak betul
aje idioms tu!
Ah! Lantaklah! Janji
rock!!
“ Betul ke
along? Alhamdulillah! Selamat
duit kita Aria!
Hehe,” sengih lebar
Fahmi. Firdaus menjeling
seraya menyambung lagi.
“ Sebab tu
jugak kan korang
nak ajak along
join sekali? Dah
confirm-confirm along korang
yang ter’chayang’ ni
payung korang kan?
Jangan nak buat
statement kejam sangat
okay?”
“ Hehe,
geniuslah along ni!
Memang ‘chayang’ sangat
kat along! Mana
ada along kejam,
along baik, kan
Kak Dheiya?” kata
Aria teruja. Matanya
dikenyitkan. Dheiya hanya
tersenyum melihat gelagat
adik iparnya yang
terlebih dos air
perisa Ribena itu.
“ Tapi kenapa
korang buat tiga
hari dua malam
aje? Tak rushing
sangat ke kat
sana nanti? Nak
jalan-jalan lagi, nak main go-kart lagi?
Macam tak sempat
aje,” sampuk Firdaus
lagi.
“ Awak, okeylah
tu. Buat ape
nak lama-lama sangat
kat sana? Kan
awak sibuk dengan
kerja?” Dheiya mencelah
tiba-tiba.
Firdaus
mengecilkan matanya seraya
berkata, “ You
perli I eh
sayang?”
Dheiya ketawa perlahan
diikuti dengan si
kembar. Hambik kau!
Siapa makan petai,
dialah terasa busuknya!
“ Betullah tu
along. Along tu
memanjang aje busy.
Kesian Kak Dheiya.
tu lah sebabnya
kitorang plan ajak
along sekali. Kalau
nak tunggu along,
harammm!” balas Fahmi.
“ Eh! Bising
pulak dia! Tarik
balik sponsor kang!”
Fahmi tersengih kerang
busuk mendengar ugutan
Firdaus. Sorry!
“ Actually kan
long, lepas balik
holiday nanti, dua
hari lepas tu
kitorang ada camping
trip a.ka. ekspidisi
UM, panjat Gunung
Tahan. Sebab tulah
kejap aje nak
pergi holiday kat PD tu,”
jelas Aria. Fahmi
mengangguk-anggukkan kepalanya. Firdaus
dan Dheiya mengerutkan
dahi mereka sambil
berpandangan.
“ Kalau dah
nak pergi trip
tu nanti, yang
korang beriya-iya nak
pergi holiday ni
kenapa? Kan elok
rehat aje dekat
rumah, tak payah
nak membazir duit
pergi sana?” gerutu
Firdaus.
“ Tu sebab
kitorang malas nak
duduk rumah. Kalau
duduk rumah nanti,
mesti minah ‘PLASDIK’
tu asyik bertenggek
aje kat sane.
Eii! Rimaslah! So,
untuk menggelakkan kitorang
ni buat dosa
mengumpat aje minah
tu, elok kitorang
keluar aje. Ada
faham along kusayang?”
pantas Aria bercerita.
“ Oh… Faham.
So, korang pergi
trip tu berapa
lama?” soal lagi
Firdaus terus memencongkan
soalan. Tidak mahu Dheiya
tertanya-tanya siapa ‘minah
plasdik’ yang dimaksudkan
oleh Aria.
“ Seminggu!” jawab mereka
serentak.
“ Amboi lamanya,”
sampuk Dheiya. Aria
tersenyum ceria. Bersinar-sinar matanya!
Tak sabar!
“ Kitorang memang
suka buat adventure
activity ni kalau
ada masa lapang.
Kebetulan pulak, kat
UM tu buat
aktiviti ni, so
kitorang join la.
Dulu, waktu along
tak sibuk lagi
dengan Merida Holdings
tu, selalu la
jugak dia join
kitorang pergi trip
dengan kawan-kawan,” ramah
Aria bercerita. Dheiya
mengangguk faham. Tak
sangka suaminya ini sukakan aktiviti
lasak. Ingatkan suka
duduk dalam air-cond
aje, jadi ‘Putera
Lilin’!
“ Err.. along,
lupa pulak nak
tanya. Boleh tak
nak ajak Abang
Zaff sekali pergi
holiday dengan kita?
Together-gether? Barulah meriah sikit! Boleh?” pinta
Aria. matanya sengaja
dikelip-kelipkan.
“ Amboi, miangnya
minah sorang ni!
Along tak tau!
Aria tanyalah dia
sendiri, dia sibuk
ke tak. Along
no hal! Tapi
perangai tu behave
sikit ek? Bestfriend
along tu!”
“ Ala! Kedekutlah along
ni dengan bestfriend
dia tu! Kang
orang, kebas Kak
Dheiya kang, padan dengan muka
along!” muncung Aria. Ah!
Aku tak kisah!
Janji along bagi
Abang Zaff ikut!
Yeay!!
Gatal sungguh budak
Aria ni!
“ Aria ni
memang miang long!
Kalau bergayut dengan
Abang Zaff, bukan
main dia lagi.
Pintal-pintal rambut. Gedik!
Gatal sungguh!” Fahmi
sengaja menambah perisa.
“ Eleh! Jealouslah
tu! Dia bujang
tak laku!” balas
Aria tidak mahu mengalah.
“ Dah-dah! Kang
along hantukkan kepala
dua-dua! Memekak je.
Tak malu ke
dekat Kak Dheiya?
umur aje sama,
perangai tak matured
langsung!” bebel Firdaus.
Tu dia! Dah
keluar dah mak
nenek moyang dia!
Membebel aje!
“ Okay-okay! Kak
Dheiya rase all
of you better
stop arguing! Jom,
makan puding caramel
ni. Nanti dah
tak sejuk, tak
sedap pulak,” Dheiya
pantas meleraikan pergaduhan
adik-beradik ni. Huh!
Kata adik sendiri,
diri sendiri pun
dua kali lima,
sepuluh. Empat kali
enam, dua puluh
empat!