Matanya leka
meneroka pemandangan petang
Kuala Lumpur sambil
bayu petang itu
setia menemaninya. Dheiya
menongkat kedua-dua belah
lengannya pada palang
balkoni penthouse dari
Bukit Persekutuan itu.
Spontan bibirnya mengukir
senyuman.
Tidak di
duga kunjungan sepasangan
kembar itu bagaikan
telah membuka sebuah
lembaran baru dalam
hidupnya. Seringkali hatinya
tidak betah mengingatkan
saat-saat manis antara
dia dan Firdaus.
Lelaki itu berubah
hampir 100% malah
layanan lelaki itu
juga benar-benar membuatkan
hatinya terpaut sayang.
Harus dia ucapkan
beribu-ribu terima kasih
pada Aria dan
Fahmi kerana telah
merapatkan jurang hubungan
dia dan Firdaus
sekaligus memberikan kehidipan
perkahwinannya seribu rahmat.
Tapi adakah
perkahwinan berasakan pembohongan
akan berkekalan? Hati
dia mulai rusuh
namun dipanjatkan doa
apa yang berlaku
kini adalah bersebab,
tidak selamanya dia
dan Firdaus akan
menyembunyikan rahsia perkahwinan
pada umum dan
mummy Firdaus.
Mengenangkan peristiwa
pagi tadi seakan
sebuah pita video
yang terlayar pada
skrin putih di
mindanya. Bibirnya tersenyum
lagi. Hatinya terlalu
bahagia. Dirasakan perkahwinan
ini telah memberi
erti yang mendalam
padanya biarpun mereka
masih lagi tidak
‘bersatu’. Mindanya memainkan
lagi babak yang
berlaku pada pagi
itu, matanya menatap
jauh ke langit,
umpama menatap sebuah
layar skrin yang
besar.
“
Dheiya, I need
to rush now,
ada meeting,” lapor
Firdaus sebaik sahaja
dia mengelap mulutnya
setelah usai bersarapan.
Dheiya pantas
bangun dari duduknya
lalu mengekori langkah
Firdaus sambil tangannya
memegang kot dan
briefcase. Sebaik lelaki
itu usai mengenakan
kasut, Dhieya menghulurkan
kot dan briefcase
pada Firdaus. Lelaki
itu menyambutnya diiringi
bersama senyuman manis.
“
Awak!” panggilan Dheiya
mengalihkan pandangan Firdaus.
Terharu hatinya apabila
Dheiya mencapai tangannya
lalu dikucup lembut.
Senyuman manis Dheiya
menyejukkan hatinya sementelah
tindakan Dheiya itu
membuatkan dia sedar
akan kemanisan sebuah
perkahwinan.
“
Awak jangan drive
laju-laju tau! Be
careful,” pesanan Dheiya
sekali lagi menyentuh
tangkai hatinya. Wajah
comel itu tidak
henti-henti mengukir senyuman
manis. Tangannya masih
lagi digenggam erat
Dheiya.
Spontan dengan
itu, lelaki itu
melingkarkan tangannya di
pinggang ramping Dheiya
lalu Firdaus mengucup
lembut pipi dan
hidung Dheiya. Gadis
itu terkesima, matanya
membulat dengan tindakan
spontan Firdaus apatah
lagi melihat sengihan
nakal lelaki itu.
Merona merah pipi
Dheiya. Malunya jangan
nak cakaplah, mujur
juga si kembar
itu sudah pulang
kalau tidak sampai
ke besok pagilah
Dheiya terpaksa menadah
telinga, menahan malu
yang membuku-buku dihati.
Macam tak tau,
Aria dengan Fahmi
kan kaki ngusik!
Sama macam abang
dia yang sorang
ni!
“
Pipi you tu
jangan merah sangat,
nanti lain pulak
yang jadi!” seloroh
Firdaus nakal. Dheiya
tertunduk malu. Suka
Firdaus! ‘Dengan mata
sengaja dibulatkan, memang
saja aje nak
goda aku!’.
Firdaus mula
melangkah keluar dari
penthouse sambil bibirnya
tidak berhenti senyum.
Dheiya menghantar pemergian
suaminya, matanya tidak
beralih mengekori langkah lelaki
itu menuju ke
lif. Dheiya menguntum
senyuman. Malu, suka,
gembira semuanya bercampur
aduk!
Dahinya berkerut
melihat Firdaus melangkah
kembali menuju ke
arahnya. ‘ Kenapa patah
balik? Ada tinggal
apa-apa ke?’
Belum sempat
Dheiya hendak membuka
mulut, Firdaus terlebih
dahulu menjawab pertanyaan
Dheiya.
“
I lupa nak
tinggalkan satu lagi
‘trade mark’ I
for my sweetheart
ni!” selamba lelaki
itu membalas seraya
mengucup lembut dahi
Dheiya. Terkesima Dheiya
sekali lagi. Firdaus
terus berlalu pergi
namun sempat mengenyitkan
matanya.
Alahai! So
sweet!
Dheiya tersenyum
lagi mengingatkan babak
romantik itu. Kadangkala
dia geram juga
kerana usikan nakal
Firdaus membuatkan hatinya
tidak betah hendak
berhadapan lama-lama dengan
lelaki itu.
Dia bersyukur
kerana apa yang
dilalui saat ini
amat membahagiakan. Siapa
tahu pertemuan secara
tidak dirancang di
kelab malam itu
membawa dia ke
sebuah destinasi yang
tak pernah dia
alami. Moga-moga hati
Firdaus akan terbuka
lebih luas lagi
untuknya. Dia memanjatkan
lagi kesyukuran pada
Ilahi kerana perubahan
Firdaus. Harap-harap ia
akan terus berkekalan
hingga ke syurga,
hendak-Nya.
---------------------
Firdaus menghempaskan
kasar fail berwarna
biru itu sebaik
sahaja dia masuk
ke dalam biliknya.
Akma menelan liur
melihat taufan Mr.
Big Bossnya melanda
lagi. Dia mendiamkan
diri, sudah pasti
dia tahu akan
sebabnya malah satu
bangunan juga tahu
akan sebab dan
akibatnya nanti.
Firdaus menghempaskan
kotnya lalu tali
lehernya diungkai kasar.
Sakit hatinya akan
perbuatan mummya yang
keterlaluan. Jikalau tidak
kerana Emilina terlepas
cakap, sampai bila-bila
pun dia langsung
tidak tahu. Sakit
hatinya bertambah lagi
dengan kekecohan antara
Emilina dan Karinna
di dalam bilik mesyuarat. Sebaik
sahaja usai mesyuarat,
Firdaus cepat-cepat bangun
untuk berlalu dari
situ kerana seboleh-bolehnya dia
tidak mahu berdua-duaan
bersama Karinna sementelah
mereka mempunyai mesyuarat
bersama pada pagi
ini.
Namun, Karinna
lebih pantas bertindak
menahan dirinya dengan
alasan ingin berbincang
sedikit tentang projek
yang mereka jalankan
secara bersama. Mahu
tidak mahu, Firdaus
terpaksa juga duduk
di situ. Be
professional! Fikirnya.
Belum sempat
Karinna membuka mulut,
pintu cermin yang
sememangnya tidak dikunci
melalui kata laluan
dirempuh kasar oleh
seseorang. Mereka berdua
terpana. Emilina?!
Karinna mendengus
geram. Cepat betul
perempuan ni!
“
Lin! Apehal you
rempuh masuk sini?!
Sini bukan night
club sesuka hati
you aja nak
rempuh masuk!!” marah
Firdaus. Wajahnya jelas
merah menahan marah
yang membuku didada.
Panas hatinya! Barannya
mula mengelegak!
“
Apehal?! Yang you
tu buat apa
pulak duduk berdua-duaan
kat sini dengan
betina ni hah?!
Ni?! Ni apa
ni Fir? Ni
betina mana pulak
yang you peluk
ni hah?!” tengking
Emilina terus melemparkan
kasar majalah Sensasi
itu ke meja.
Firdaus mengerutkan
dahinya melihat majalah
yang terpampang gambarnya
bersama Dheiya semasa
mereka keluar bersama
di Sunway Pyramid.
‘ Patutlah mengamuk macam
orang gila! Panas
hatilah tu tengok
aku peluk perempuan
lain!’ getus Firdaus
sinis dalam hati.
Dia bereaksi biasa.
Langsung tidak tercuit
pun dengan gossip
sebegitu. Tak sangka
paparazzi Malaysia ni
memang cekap kalau
nak cari gossip
murahan macam ni!
Majalah yang
dilemparkan di atas
meja dicapai perlahan
oleh Karinna. Alangkah
remuknya hati dia
melihat gambar itu.
Segera pandangannya dialihkan
pada Firdaus yang
tenang itu. Kata-kata
Emilina yang kasar
dan tajam itu
menambahkan lagi rasa
sakit dihatinya.
“
Fir, apa ni?
Siapa perempuan ni?”
tanya Karinna perlahan.
Firdaus menarik
muka rimas. “
Siapa dia, you
dengan Lin tak
payah nak ambik
tau! None of
your business!”
“
What? Fir! Sampai
hati you kan?!
Berapa banyak perempuan
lagi yang you kepit ke
hulu ke hilir
hah?! Cukuplah you
dah sakitkan hati I pasal
skandal you dengan
betina ni!” jerit
Emilina lantang bagaikan
terkena hysteria. Jari
telunjuknya ingin ditunjal
pada dahi Karinna.
Dengan pantas gadis
itu menepis. Panas
hatinya apabila Emilina
asyik melabelnya sebagai
‘betina’.
“
Hey Lin! Watch
your mouth shut
up! You siapa
nak panggil I
betina-betina ni! Hei!
Sedarlah diri tu
sikit! Fir ni
langsung tak ingin
kat youlah! Tak
malu ke jadi
pompuan terhegeh-hegeh?” tajam
Karinna membalas. Sinis
sungguh! Dia tersenyum
mengejek. Dia merapatkan
sedikit badannya ke
Firdaus.
Firdaus mendengus
kasar. Daripada dia
duduk di situ,
baik dia keluar.
Kurang sikit change
nak dapat darah
tinggi! Dia terus
mencapai fail dan
barangnya yang lain
lalu mula melangkah
meninggalkan bilik mesyuarat
itu. Malas dia
hendak masuk campur
dengan perempuan yang
tak pernah reti
bahasa ni. Lantaklah!
“
I yang kena
sedar diri? Hei
Karinna! You tu
yang patut sedar
diri! Mummy Fir
ni benci kan
you daripada dulu
sampai sekarang! So,
please stop be
dreaming! Because, parents
I and mummy
Fir ni dah
buat preparation untuk
majlis tunang kami
bulan depan!” kata-kata
Emilina menghentikan langkah
Firdaus. Dia tersentak.
Dia berpaling
memandang wajah Emilina
yang tersenyum menang.
Karinna berubah riak.
Resah hatinya. ‘ Betul
ke? Tapi kenapa
aku tak tau?
Uncle Fahim tak
cakap apa-apa pun’.
“
What?!” jerit Firdaus
kuat. Matanya mencerlung
tajam menikam mata
Emilina yang sedikit
pun tidak takut
dengannya. Dadanya turun
naik. Seboleh-bolehnya dia
cuba mengawal rasa
marahnya yang membahang
hebat dalam diri.
“
You tipu I kan
Lin?!” soal Firdaus
dalam nada yang
sama.
“
For what I
nak tipu you
Fir? Kalau you
tak percaya, pergilah
tanya mummy you.
Kita tengok siapa
yang tipu siapa.
You tak boleh
lari lagi dari
I Fir. Kita
memang dah ditakdirkan
untuk bersama. Take
note that!” kata
Emilina lalu mula
merapatkan tubuhnya yang
dibaluti baju yang
cukup seksi dan
ketat. Dia senyum
mengejek pada Karinna
yang keruh wajahnya.
So sad! Poor
girl!
Firdaus hangat
hati. Dia menolak
tubuh Emilina jauh
darinya. Rahangnya bergerak-gerak menahan
rasa marah. Emilina
terkejut dengan tindakan
spontan Firdaus.
“
You ingat I
akan setuju? Hei!
You rancanglah apa-apa
rancangan sekalipun I
tetap takkan setuju
dengan majlis bodoh
tu!! Stop dreaming!
Get lost Emilina!”
jerkah Firdaus.
Karinna mengukir
senyuman lebar. Emilina
pula berubah riak.
Sakit sungguh hatinya
apabila dimalukan sebegitu
di hadapan musuh
ketatnya. Panas hatinya
melihat senyuman lebar
Karinna. Serasa ingin
dirobek bibir itu
dengan belati tajam,
baru puas hatinya.
“
You hear that
Lin? So, you
pun janganlah berangan
nak bersanding dengan
Fir. He’s mine!”
sampuk Karinna tersenyum
sinis.
Firdaus mengetap
bibir geram. Pandangan
tajam dialihkan pula pada Karinna
yang tersenyum sinis.
Ni lagi satu!
“
Hey! Listen here
clearly Lin, Karinna!
I takkan jadi
milik sesiapa pun
even both of
you! You want
to know why?!
Because I langsung
takde hati pun
pada you all
lah! So, after
this fikir dulu
sebelum nak cakap
sesuka hati! Ingat
I ni apa?!
Barang yang boleh
ambik sesuka hati?!
Kalau nak, ambik,
kalau tak nak,
tinggal macam tu
aje?! I’m not
that stupid dummy!!
So, now Lin,
you bertunanglah sorang-sorang, I
takkan datang majlis
tu! I don’t
care what both of
you felt now!
Get out from
my life!! ”
Kena setepek!!
Padan muka! Tulah,
masing-masing sesuka hati
aja cakap hak
aku, hak aku,
kan dah kena sedebik!
Muka memang dah
cantik tapi kalau
muka dah kena
balut dengan make-up
setebal-tebal alam, jangan
haraplah Firdaus nak
pandang. Dheiya Arisha
lebih asli dan
menawan, yang sudah
pun mula memenuhi
ruang hati Firdaus. Tiada
Emilina. Tiada Karinna.
Titik!
Firdaus terus
keluar dari bilik
tersebut dengan wajah
yang sangat tegang.
Sakit hatinya masih
belum terubat. Geram
di dada sukar
untuk dilepaskan. Beberapa
staff yang berpapasan
dengannya pun tidak
berani menegur apatah
lagi hendak mengucapkan
salam. Janganlah cari
pasal! Kang tak
pasal-pasal kena maki
percuma je nanti!
Karinna dan
Emilina terdiam saat
memandang sepi langkah
Firdaus. Hati Karinna
bagai disiat-siat kasar
dengan belati tajam.
Firdaus sungguh kejam!
Terasa sungguh dia
dengan kata-kata Firdaus.
Ingat I ni
apa?! Barang yang
boleh ambik sesuka
hati?! Kalau nak,
ambik, kalau tak
nak, tinggal macam
tu aje?! I’m
not that stupid
dummy!!
Melihatkan gambar
mesra pada dada
majalah itu, dirasakan
harapan yang menggunung
seakan disiat sedikit
demi sedikit. Dari
gaya tutur Firdaus,
ketara benar akan
isi hati Firdaus
yang benar-benar tidak
mahu kembali padanya.
Malahan dari anak
mata lelaki itu
juga, dilihat sinar
kasih untuknya sudah
hilang entah kemana,
yang ada hanyalah
rasa kecewa terhadap
dirinya. Karinna terduduk
lemah di kerusi
yang terdapat dalam
bilik mesyuarat. Emilina
pula sudah keluar,
malu agaknya tapi
untuk apa? Mereka
berdua sama-sama malu,
terhegeh-hegeh pada empunya
yang terang-terangan tidak
sudi, diri sendiri
yang masih tidak
mengerti, tak faham
bahasa.
Mata Karinna
mula berkaca-kaca. Sungguh
penyesalannya begitu menyeksa
jiwanya. Hanya kerana
tidak mahu terus-terusan
diugut oleh Puan
Sri Sy. Faridah
dan juga Emilina,
dia pergi begitu
sahaja tanpa sebarang
kata buat Firdaus
sedangkan dia tahu
betapa dalam cinta
Firdaus untuknya. Kekecewaan
yang dialami Firdaus
juga seolah-olah tombak
yang tajam menikam
hatinya, kejam sungguh
dia, namun untuk
apa dia tangisi
lagi akan penyesalan
itu jika semua
itu hanyalah sejarah?
Tidak akan dilupakan
bagaimana Aria menceritakan
betapa terseksanya abang
kesayangannya namun dia hanya mampu
berdiam diri sehinggalah
Aria langsung tidak
mengirimkan lagi sebarang
berita mengenai Firdaus.
‘Oh Tuhan!
Inikah petanda bahawa
aku harus mengalah
daripada terus mengharap?’
rintih Karinna dalam
hati.
-------------------------
“
Shit! Damn it!
How dare you
Fir!!”
Emilina mengesat
kasar air matanya
yang tidak berhenti
mengalir sejak dia
mula meloloskan diri
dalam kereta. Sakit
hatinya bercampur dengan
rasa kecewa dan
pedih. Kejam sungguh
kata-kata Firdaus. Terlalu
kasar untuknya. Malah
mummy dan daddynya
tidak pernah berkata
kasar sebegitu dengannya.
Tambahan lagi,
apa yang dikehendakinya pasti
akan tercapai, tidak
kiralah apa sekali
pun. Tidak kira
apa cara sekalipun.
Belum pernah dia
menerima penolakan sebegini
daripada lelaki malah
ditambah pula dengan
penghinaan dan makian.
Cukup package!
Melihatkan pelukan
mesra Firdaus pada
perempuan yang tidak
tahu siapa gerangannya
seolah-olah mencabar ego
Emilina. Belum pernah
dalam hidupnya mana-mana
lelaki menolak dia
malah ada juga
yang tersungkur kerana
dia. Bagi Emilina,
lelaki harus melutut
pada dia. Tapi
tidak Firdaus! Ketrampilan
lelaki itu yang
membuatkan Firdaus istimewa,
lain daripada yang
lain bahkan lelaki
itu juga tidak
mudah tunduk pada
wanita cuma kenangan
pahit bersama Karinna
menyebabkan Emilina yakin
dia mampu menundukkan
Firdaus.
Melihatkan betapa
menderitanya Firdaus kerana
ditinggalkan Karinna, menaikkan
lagi semangat Emilina
untuk memenangi hati
lelaki itu. Bukan
mudah untuk dia
menambat hati Firdaus
yang seakan dikunci rapat-rapat
untuk mana-mana wanita.
Sudah bermacam cara,
tidak cukup dengan
berpakaian seksi, dia
cuba pula menggoda
lelaki itu dengan
sikap lemah-lembut dan
manjanya yang selalu
dipraktikan untuk memikat
mana-mana lelaki. Namun
Firdaus bagaikan tiada
hati dan perasaan,
hati lelaki itu
seolah-olah kebal dengan
godaan wanita.
Pemanduannya dilajukan
lagi. Jarum meter
naik sedikit demi
sedikit. Dia tidak
kisah kalau kena
saman sekali pun,
janji hatinya puas.
Hyundai Elantra membelah
laju lebuhraya menuju
ke Bukit Kiara,
banglo mewah milik
keluarga Firdaus. Ya!
Dia perlukan bantuan
Puan Sri Sy.
Faridah untuk melembutkan
hati Firdaus. Tapi
bagaimana? Dia sendiri
sudah menyaksikan bagaimana
berusahanya wanita itu
memujuk anak lelakinya
namun sedikit pun
tidak mengoyahkan Firdaus
dengan keputusannya untuk
tidak bersetuju dengan
rancangan keluarga mereka
aturkan. Malah Tan
Sri Sy. Fahim
juga seperti tidak
menyokong atau lebih
tepat lagi bersetuju
dengan rancangan isterinya
sendiri. Argh!! Memang
kusutlah! Keras kepala
betul you ya Fir!