Silauan mentari
pagi yang menerobos
kecil menerusi celahan
langsir dari sliding
door bilik luas
itu menyakitkan mata.
Dahinya berkerut menahan
rasa pening dan
sakit yang sedikit
mencengkam kepalanya. Mata
di buka perlahan-lahan. Mengerdipkan
matanya cuba meneutralkan
otaknya. Rasa hairan
terbit di benaknya
bagaimana dia boleh
berada dibiliknya? Cuba
dikerah semua neuron-neuron
otaknya bekerja keras
untuk mengingati apa
yang berlaku semalam.
Samar!
Tubuhnya di
bangkitkan dari pembaringan.
Merasakan ada sesuatu
disebelahnya membuatkan matanya
terbuntang luas. Sungguh
dia terkejut dengan
situasi mereka berdua
sekarang. Pantas dan
kelam-kabut pergerakannya menyebabkan
si dia di sisi
terjaga dari lena
yang nyenyak. Si
dia bangun terpinga-pinga memandang
dia yang kelihatan
begitu kalut itu.
“
Shit! Damn it!
What have I
done?!” hamun dia
kepada diri sendiri.
Pantas tangan menyarungkan kembali
pakaian dan seluarnya yang
bersepah-sepah di lantai.
“
Awak.. ke.. kenapa
ni?”
Pertanyaan Dheiya
langsung tidak dihiraukan
Firdaus yang kalut
menyarungkan seluar. Dheiya
menarik comforter menutupi
rapat tubuhnya yang
terdedah. Riaknya mula
resah. Melihat reaksi
Firdaus yang tidak
seperti semalam mengocak
ketenangan jiwanya.
“
Awak..”
“
Shut up Dheiya!!”
tengking Firdaus kuat.
Terkejut Dheiya sehingga
merasakan suasana di
dalam bilik ini
begitu dingin. Tidak
seperti semalam, hangat
membara.
Mata Dheiya
mula berkaca. Melihatkan
pandangan yang begitu
tajam umpama pemangsa
yang menunggu masa
untuk menerkam mangsanya.
Dheiya cuba menahan
esakannya. Cuba ditahan rasa
pedih di hati
dengan perubahan kembali sikap
Firdaus seperti beberapa
hari yang lepas.
“
Kenapa awak macam
ni? Semalam awak
tak…”
“
Hey! Hey! Listen here!!”
jerkah Firdaus pantas
seraya memagut dagu
Dheiya dengan kasar.
Gadis memejam mata
menahan rasa sakit
akibat cengkaman kasar
di pipi kirinya.
Setitis air mata
Dheiya jatuh di
pipinya mengenai tangan
Firdaus. Namun, itu
semua langsung tidak
mengusik hatinya yang
kaburi penuh dengan rasa
benci dan marah.
“
Apa yang berlaku
semalam… it’s nonsense
okay?! It’s a
joke!! A stupid
joke!! Aku langsung
tak sedar apa
yang jadi semalam!
Aku langsung tak
sedar apa yang
aku dah buat
kat kau! Tu
semua diluar kewarasan
aku! Jangan ingat
aku hadap sangat
nak tidur dengan
kau!! Sampai sekarang
pun aku tetap
tak akan lupa
kecurangan kau Dheiya!”
Kata-kata cercaan
itu menyusup tajam
ke sanubarinya. Sungguh
perit dan sakit dilemparkan kata-kata
kejam itu. Belati
yang tajam diasah-asah
merobek-robek rakus isi
hatinya. Laju air
mata Dheiya menuruni
pipinya. Luluh hatinya
memancutkan darah luka
dari dalam isi
hatinya. Hanya gurauan
bodoh semata? Hina
sungguhkah dia diperlakukan
sebegitu?
“
Sampai hati awak
buat saya macam
ni. Hina sangat
ke saya ni
dimata awak? Semalam
awak cakap awak
sayangkan saya, cintakan
saya tapi kenapa
sampai begini sekali
awak berubah?”
Tersedu-sedu Dheiya
bersuara. Bergetar nadanya
cuba ditahan tangis
dan pedih yang
mencengkam kuat di
hati. memandang tepat
ke mata kelabu
Firdaus. Mencari-cari kebenaran
setiap makna kata-kata
itu. Dheiya bagaikan
langsung tidak mengenali
lelaki di hadapannya.
Terlalu kejam dirasakannya.
Mana perginya Firdaus
yang dulu? Yang
sering berjanji sentiasa
ada di sisinya?
“
Stop being ridiculous
Dheiya! Aku yang
buat kau ke,
kau yang buat
aku?! Kau dan
Karinna sama aje!
Suka mempermainkan hati
aku! Aku dah
serik dengan perempuan
termasuklah kau Dheiya!”
Serentak dengan
hamburan keras dan
tajam, Firdaus melepaskan
Dheiya kasar seraya
terus bangun lalu
keluar dari biliknya.
Fikirannya benar-benar kusut
dan berserabut saat
ini. Amarahnya sedang
kuat menguasai dirinya.
Dia bimbang jika
dia bertindak keterlaluan
pada Dheiya kerana
sukar mengawal panas
barannya. Jauh di
lubuk hati, Firdaus
sendiri tidak sanggup
mengapa-apakan Dheiya. Dia
terlalu menyayangi gadis
itu. Perasaan cinta
yang mula mekar
pada Dheiya begitu
dalam. Disebabkan itulah, Firdaus
terlalu kecewa melihat
kecurangan Dheiya dan
lelaki yang bernama
Zaid itu. Malah
lebih dalam impaknya
berbanding dengan apa
yang pernah dirasakan
sewaktu ditinggalkan Karinna
dulu.
Matanya mula
berkaca-kaca tetapi ditahankan
jua dengan riak
yang cuba dibengiskan.
Kata-kata yang dihamburkan
tadi sedikit sebanyak
turut menikam-nikam halus
jauh dalam hatinya.
Sakit dengan kata-kata
sendiri. Dia benar-benar
tidak dapat mengawal
barannya, menghamburkan apa
saja seolah-olah dibisikkan
sesuatu.
Entahlah! Dia
bingung saat ini!
Separuh hatinya masih
tidak dapat melupakan
kejadian menyakitkan itu.
Sebelah hati lagi
mula memujuk-mujuk untuk
melupakan semua itu
dan menerima ucapan
penerangan dan maaf
dari Dheiya.
Melihat langkah
itu laju menjauhkan
diri, Dheiya pantas
bangun dengan tangan
mengenggam kuat simpulan
comforter tebal itu
agar tidak lucut
dari tubuhnya. Ingin
dikejar tubuh sasa
itu dan melutut
memeluk kaki itu
memohon maaf. Dia
tidak mahu lelaki
itu pergi darinya.
Dia tidak mahu
Firdaus meninggalkan dia.
“
Awak!! Tunggu dulu!
Jangan tinggalkan saya!”
jerit Dheiya bersama
tangisan yang tidak
tertahan. Basah pipinya
sebasah itu jua
perasaanya yang menghujani
gelodak jiwanya. Laju
dia mengikuti Firdaus
menuruni tangga biarpun
comforter yang labuh
itu sesekali membuatkan
Dheiya hampir tersungkur
jatuh.
“
Awak tunggu! Jangan
pergi!!” panggilan Dheiya
langsung tidak diendahkan
Firdaus malah dia
terus berlalu pergi
menuju ke pintu
utama. Dia perlu
pergi dari sini.
Dia perlu mencari
ketenangan. Sesak nafasnya
melihat keadaan Dheiya
tapi rasa pedih
di hati dengan
kenyataan pahit itu
seolah-olah membunuh semua
rasa perasaannya pada
Dheiya.
“
Awak…”
Bedebumm!!
“
… jangan tinggalkan
saya…” ucap Dheiya perlahan
bersama linangan air
mata. Langkahnya
mati sebaik sahaja
hempasan pintu yang
kuat itu menjadi
benteng jarak pemergian
Firdaus darinya.
Melorot tubuh
Dheiya perlahan-lahan ke
bawah. Tangan kanannya
melekap pada dinding.
Terhingut-hingut bahunya seiring
dengan esakan demi
esakan bertemankan air
mata yang tidak
putus-putus menghujani pipinya.
Tidak sangka
begini jadinya. Telahannya
hubungan mereka pasti
akan menjadi lebih
baik selepas apa
yang berlaku malam
semalam. Tidak diduga
Firdaus berubah mendadak
sekali, kembali menjadi
dirinya yang asal,
marah dan benci
dengan kerana menganggap
Dheiya benar-benar curang.
Benar kata
orang, sangka panas
hingga ke petang
tetapi rupa-rupanya hujan
di tengah hari.
Keindahan dan kerinduan
bertamu di hati
sekelip mata terpadam
lenyap begitu saja.
Apakah begini penghujungnya
hikayat cinta Dheiya
dan Firdaus? Sebuah
hikayat cinta yang
tidak kesampaian?
Sungguh Dheiya
tidak sanggup menanggungnya. Perasaan
cinta pada Firdaus
tetap tidak berubah.
Walaupun pedih dengan
cacian dan makian
yang dilemparkan namun
itu tetap tidak
mamatahkan tunjang cintanya
pada Firdaus.
Dheiya menangis
lagi dan lagi.
Meratapi nasib diri
yang sering diberi
ujian hidup. Rasa
kudratnya mulai lemah,
tiada semangat. Spontan
jari runcingnya memegang
rantai di leher.
Rasa sebak mencengkam
di dada.
Matanya dipejam
rapat. Mengharapkan apa
yang berlaku ini
hanyalah mimpi. Berharap
Firdaus akan kembali
berpatah balik padanya,
memujuknya dan memeluknya erat
mententeramkan hatinya. Tetapi
itu hanyalah harapan!
Harapan tidak semestinya
menjadi realiti!
Abang… jangan
tinggalkan Dheiya!
Luah perlahan
Dheiya dalam hati.
Tidak terluah suara
hatinya untuk menjerit
pada Firdaus lagi.
Hilangnya Firdaus di
balik pintu utama
itu, hilang semua
harapannya.
Ya Allah!
Apakah ini sebahagian
ujian-Mu lagi buat
ku? Kuatkan lah
hati aku ya
Allah! Kuatkan aku
agar aku sentiasa
terus berada di
naungan arasy-Mu! Jika
benar dia bidadara
buatku, kau simpulkan
ikatan perkahwinan kami
dengan tali keredhaan-Mu.
Tapi jika dia
bukan untukku, aku terima
ketentuan-Mu kerana pasti
ada setiap hikmah
kebahagiaan disebalik ujian-Mu.
Kau tutupkan pintu
hatiku pada yang
lain supaya aku
terus bermadah memberi
cintaku pada-Mu Ya
Rabb!
###
Tak ku
menyangka dan tidak
ku menduga..
Akhirnya engkau yg
berubah
Sekelip mata cinta
kita terlerai
Di hujani dengan
linangan air mata...
Mengapa engkau dustai
cinta kita
Di mana letaknya janji
setia
Yang pernah engkau
lafazkan sewaktu dahulu
Ingin terus hidup
selamanya bersamaku hingga ke akhirnya...
Tinggallah aku bersama
hati yang pedih
Terpaksalah ku telan
segala kepahitan
Sehingga kering air
mataku menangis
Bila aku kenangkan
nasib yang telah menimpa diriku ini
Biarkanlah ku sendiri
meneruskan hidup tanpamu di sisi
Ku relakan dikau pergi
andai itunya mahumu
Ku menganggap ianya
adalah ujian dari-Nya
Tiada jodoh di antara
kita
Aku pasrah aku redha
dengan apa yang terjadi
Ku doakan agar dikau
bahagia...di sampingnya
Bait-bait lagu Aku
Pasrah dendangan dari
Yana Samsudin mengalirkan
lagi air matanya
yang mula kering.
Dheiya yang mengenakan
t-shirt putih dan seluar putih
itu hanya memandang
awan yang mula
mendung kehitaman dari
sofa empuk disebalik
siliding door. Menandakan
hujan akan turun
lebih lebat lagi.
Rintik-rintik yang halus
dan seni air
hujan sekali-sekala memberi
tempias pada langsir
putih itu.
Dibiarkan saja air
mata itu berlinangan
di pipi. Sudah
penat dia mengesatnya.
Lelah! Bahkan langit
biru yang indah
ciptaan Ilahi jua
seakan-akan memahami perasaan
hatinya yang luluh
saat ini. Bersama-sama
berkongsi rasa meluahkan
isi hati melalui
titisan air.
Jam menginjakkan ke
angka lima petang
menandakan hampir berjam-jam
lamanya di duduk
terpaku di situ
sejak peristiwa pagi
tadi. Peristiwa Dheiya
ditinggalkan Firdaus sebegitu
saja tanpa sebarang
pamitan, yang hanya
cumalah lempiras kemarahan
dan cercaan buatnya.
Mengenangkan nasib diri
yang entah bagaimana
pengakhirannya. Sikit pun
Dheiya tidak menghiraukan
dirinya yang langsung
tidak menjamah sebutir
nasipun waima setitis
air masuk ke
dalam tubuhnya. Hanya
leka melayan perasaan
sebagaimana yang digambarkan
bait lagu tersebut.
Tidak terduga dibenaknya
Firdaus berubah sebegitu
mendadak. Cinta mereka
mula disulam rasa
bahagia, rindu, sayang
dan kasih sekelip
mata terlerai begitu
sahaja bersaksikan air
mata yang tidak
putus-putus membanjiri pipinya.
Secebis itukah kepercayaan
Firdaus padanya hingga
lupa segala janji-janji setia
yang pernah diikrarkan
dulu pada Dheiya?
Janji setia untuk
hidup bersama hingga
ke syurga Allah
kini ditinggalkan begitu
sahaja seumpama dirinya
yang terkontang-kanting menelan
semua pahit, caci
maki dan kebencian
serta kekecewaan yang
sering dilemparkan oleh
Firdaus. Air mata
yang cuba dikeringkan
seringkali berganti dengan
esakan yang tidak
tertanggung.
Pilu! Luluh! Pedih!
Sakitnya hanya dia
dan Allah yang
tahu!
Tersedar dari kealpaan
dan lalai akan
tanggungjawab diri pada
Maha Pencipta, Dheiya
bangun perlahan menuju
ke bilik air.
Rasa sakit dan
ngilu pada bahagian
ari-ari mula berkurangan,
tidak seperti pagi
tadi. Dheiya cuba
mengagahkan diri, tidak mahu terlalu
manja dengan sakit
yang sedikit sedangkan
ada ramai lagi
orang yang lebih
derita parah daripadanya.
###
Firdaus memandang
siling biliknya tanpa
langsung berkelip. Sehingga
kedatangan Aria langsung
tidak disedarinya. Hairan
sungguh gadis itu.
Sejak alongnya itu
pulang ke rumah
keluarga mereka pagi
tadi, tidak banyak
yang dicakapkan Firdaus.
Abangnya itu duduk
terperap di dalam
bilik, langsung tidak
berbual dengannya.
Sudah lama
Aria ingin bertanya
tentang kepulangan abangnya
secara tiba-tiba ke
Kuala Lumpur hingga
sikit mencacatkan percutian
mereka. ditanya pada
Zaff lelaki itu
lebih dahulu mengatakan
tidak tahu apa-apa.
Aria merasakan ada
sesuatu yang tidak
kena. Tiba-tiba sahaja
muka Firdaus sudah
terpacul di muka
pintu. Sesuatu yang
amat mengejutkan! Seingatnya
alongnya itu masih
lagi marah dengan
mummy mereka.
“
Along! Nak tanya
sikit boleh?” tanya
Aria perlahan. Ada
rasa gusar dalam
hati melihat wajah
alongnya yang sedikitpun
tidak manis.
“
Hmmm..” hanya itu
yang dijawab Firdaus.
Aria mengetap bibir.
“
Along ada problem
ke? Along tidur
sini malam ni
Kak Dheiya kat
rumah tu takpe
ke tinggal sorang-sorang?”
Firdaus diam.
Langsung tidak memberi
respon. Aria mendengus
geram. Mengelamun aje!
“
Along! Orang tanya
ni dengar ke
tak?” kuat sedikit
suara Aria. Firdaus
mengerut dahinya. Serius
riak wajahnya. Memang
muka bad mood
ni!
“
Jangan bising boleh
tak?! Tak payah
menyibuk hal oranglah!
Pergilah keluar! Along
nak tidur!”
Tersentak Aria
dijerkah sebegitu. Wahh!!
Ini betul-betul ada
problem punya ni!
Muka pun memang
tak elok langsung!
Aria merengus geram.
“
Isy! Orang tanye
aje, tak nak
jawab takpe! Tapi
tak payahlah nak
tengking Aria sampai
macam tu sekali!
Bencilah along ni!”
tempelak Aria seraya
terus keluar dari
bilik Firdaus. Pintu
bilik dihempas kuat!
Firdaus mendengus
marah! Huh!! Dah
tahu aku bad
mood lagi nak
menyibuk! Lantak kaulah!
Dahlah kepala tengah
serabut! Hati tengah
sakit!
Firdaus mengiringkan
tubuhnya. Berharap dapat
dilupakan segala kejadian
tadi tetapi memori
fikirannya tetap kuat
melekat bagaikan digam.
Langsung tak boleh
lupa!
Kejamkah perbuatan
aku pada Dheiya?
Zalim sangat ke
aku tinggalkan Dheiya
macam tu? Rakus
sungguh ke apa
yang aku dah
buat pada Dheiya?
Dayus ke aku
buat Dheiya menangis
sampai macam tu
sekali? Atau aku
ni terlalu bodoh,
langsung tak bagi
Dheiya peluang menjelaskan
perkara sebenar? Tapi
nak jelas macam
mana lagi? Sudah
terang-terang berpeluk depan
mata aku!
Firdaus mengurut-urut
dahinya. Lelah di
saat ini. Terasa
sukar untuk dia
bernyawa. Ditambah pula
dengan pelbagai soalan
bertalu-talu dari keluarganya.
Terutama sekali mummynya
yang terkejut melihat
dia pulang ke
rumah besar ini.
Sangka mummy, dia
sudah memaafkan perbuatan
mummynya, tapi bagi
Firdaus dia sudah
tiada tempat lagi
hendak dituju. Ingin
berkongsi masalah, dia
rasa tidak perlu,
bimbang campur tangan
pihak ketiga akan
lebih mengeruhkan keadaan.
Biarlah hanya dia
dan Dheiya sahaja.
Itu lebih baik.
Dia ingin
berseorangan. Ingin mencari
ketenangan. Cuba mengurangkan
rasa marahnya. Cuba
meredakan rasa benci
yang mula mengular
dalam diri. Dia
tidak mahu wujud
rasa itu. Dia
terlalu sayangkan Dheiya.
Oleh itu, dia
perlu keluar dari
rumah situ, cuba
mencari jalan penyelesaian
masalah antara mereka?
Ya Allah!
Berdosakah aku memperlakukan
Dheiya macam tu?
Sementara itu,
Puan Sri Sy.
Faridah pelik melihat
Aria yang memuncung
mulutnya. Dari jauh
lagi dia sudah
mendengar rungutan yang
tidak diketahui butirnya.
Apa kenalah
dengan anak dara
aku yang sorang
ni? Gaduh lagi
la tu dengan
abang dia! Hurmm..
“
Aria, kenapa ni
sayang? Marahkan siapa
ni?” tanya Puan
Sri Sy. Faridah
lembut. Menggamit anaknya
supaya duduk disebelahnya
di sofa mewah
di ruang aras
dua.
“
Takde apa lah
mummy. Menyampah dengan
along tu! Nak
marah-marah Aria tak
tentu pasal pulak,”
adu Aria manja.
Kepalanya dilentokkan pada
bahu mummynya.
“
Aria ada buat
apa-apa yang along
tak suka kut
ni? Kan? Tu
yang along marah,”
pujuk Puan Sri
Sy. Faridah lagi.
Mengusap lembut rambut
ikal anaknya.
Aria mencebik
geram. “ Aria
tanya elok-elok itu
pun nak marah
ke?”
“
Aria tanya apa
kat along sampai
along marah sangat
tu pada Aria?”
Gulp! Aria
menelan liur. Jantungnya
berdegup deras. Takkan
aku nak bagitau
mummy kut yang
aku tanya pasal
Kak Dheiya? Nanti
tak pasal pulak
makin bertambah marah
along kat aku!
Haisy! Jangan cari
pasal Aria! Along
aku tu punya
baran kalau dia
mengamuk, habis rumah
ni kena taufan
tornando! Lebih dari
tu boleh agaknya!
Kalah mummy tau!
Tak sanggup aku!
“
Aria?”
“
Ya mummy. Alaa!
Tanya biasa je.
Kenapa along tiba-tiba
balik sini. Tak
ke pelik, pagi
tadi dah tersembul
muka dia kat
depan pintu. Selalu
tu susah sangat
nak ajak dia
balik sini. Kan
mummy?”
Fuhh!! Nasib
baik otak kau
bergeliga Aria! Pandai
kau cari alasan
bernas eh? Aku
berani terjun kolam
renanglah mummy pun
fikir benda yang
sama! Terjun kolam
renang? Nong-nong dah
kut otak kau
ni!
“
Tu lah sayang.
Mummy pun pelik
jugak tau. Tiba-tiba
aje. Bukan Aria
tak tau merajuk
along tu pada
mummy sampai tak
mau balik sini
lagi dah! Tup-tup
dah terpacak kat
rumah ni!”
Aria ketawa
kecil. “ Dah
macam kartun kan
along tu mummy?
Kadang-kadang cakap tak
serupa bikin!”
“
Haisy! Ada pulak
cakap macam tu
kat along. Tak
baik tau! Nanti
dia dengar Aria
kutuk along, baru
tahu padahnya!”
“
Alor! Tak takut!
Mummy kan ada?”
“
Main-main ajelah Aria
ni. Tapi mummy
rasakan, along tu dah tak
merajuk lagi dah
dengan mummy. Dah
sejuk lah tu
hati dia. Syukurlah
macam tu. Tenang
sikit hati mummy
ni,” luah Puan
Sri Sy. Faridah.
Aria tersenyum
nipis. Possible jugak
cakap mummy tu!
Tapi aku rasa
ada benda lagi
yang along sorokkan.
Pasal Kak Dheiya
kut? Manalah tau
along dah ready
nak berterus-terang dengan
mummy pasal Kak
Dhieya. Yalah along
tu sayang sangat
dekat Kak Dheiya
tu aku tengok.
Dah macam belangkas
dah! Tak boleh
berenggang!
Tapi kenapa
air muka along
tu macam sedih
eh? Macam marah,
kecewa aje muka
dia? Dia ada
masalah dengan siapa
ya? Hal along
yang tiba-tiba balik
awak dari PD
tu pun aku tak
tau
lagi. Tergesa-gesa pulak
tu! Kak Dheiya
pun dia seret
sekali. Nak tanya
Kak Dheiya, phone
dia selalu aje
tutup. Diorang ni
ada masalah ke?
Semacam je? Something
wrong somewhere!
“
Aria! Aria?! Hisy
budak ni! Dengar ke
tak cakap mummy
ni?”
“
Hah? Apa dia
mummy? Sorry tak
dengar lah!” sengih
Aria. membebel pulak
aku ni. Bebel
sensorang pulak tu.
Jangan orang ingat
aku ni gila
sudahlah ye!
“
Hum! Apa ajelah
yang diberangankan tu? Dah berjangkit
pulak ke dengan
along tu, tiba-tiba
pendiam pulak?” sudah
mula leteran mummynya.
Aria tersengih lagi.
“
Mummy ni! Mana
ada orang pendiam.
Ni kan tengah
bersembang dengan mummy
ni.”
“
Yalah tu? Ni
mummy tanya tadi,
dah packing ke
barang-barang? Lusa dah
nak pergi ekspedisi
kan?”
“
Dah mummy! Semua
dah settle! Mummy
jangan risau okay!”
“
Baguslah macam tu.
Fahmi?”
“
Fahmi? Entahlah dia
tu! Asyik main
game aje! Suka
sangat buat kerja
last-last minute! Nanti
yang jadi mangsanya
Arialah!” ceber Aria
geram dengan sikap
abangnya yang sorang
lagi.
“
Dah tu kenapa
tak ingatkan?”
“
Dah naik meluat
dah Aria ni
mummy nak ingatkan
dia! Mummy cubalah
kasik brainwash sikit
si Fahmi tu!
Pakai jenama Hapric
ke! Sental-sental sikit
biar terang otak
tu!” rapu Aria.
gadis ketawa kecil
disusuli tawa mummynya.
Ada-ada saja anak
daranya yang sorang ni!
“
Amboi! Bab kenakan
orang nombor satu!
Dahlah tu! Bangun!
Lenguh dah kaki
mummy ni! Nanti
cramp pulak!” Aria
segera bangun dari
pembaringannya.
“
Night mummy! Nak
tidur dengan mummy
boleh?!” usik Aria
manja. Sajalah tu!
Pap! Kan
dah dapat tamparan
pencuma kat lengan.
Sakit jugak!
“
Jangan nak mengarut!
Dah besar tak
malu ke nak
tidur dengan mummy!
Dah pergi masuk
bilik! Tidur! Merapu
aje budak ni!”
arah Puan Sri
Sy. Faridah seraya
menolak anaknya masuk
ke bilik.
“
Hah! Ni mesti
nak ehem-ehem dengan
daddy la ni!!”
sakat Aria lagi.
Pantas telinganya dipiat.
Menyeringai kesakitan Aria.
“
Ampun! Ampun! Sorry!
Sakitlah mummy!”
“
Jangan nak mengarut
ye Aria! Dah
pergi masuk tidur!”
Suara soprano
mummynya sudah cukup
menggegarkan isi rumah.
Pantas Aria berlari
masuk ke bilik
sebelum vokal Puan
Sri Syarifah Faridah
Datuk Syed Zain mampu
mengoyakkan gegendang telinganya.
Tulah akibatnya suka
sangat menyakat orang!
4 comments:
final post meaning dah abes ke?? ke nak publish??
ohoooo.... darlinf-darling sayang... citer BK ni tak habis lagi.... inshaa-allah bk ni akan habis dan keluar dalam versi real.. sekarang ni zara tengah cuba nak siapkan skrip...
terbaik lah cite ni..
terbaik lah cite ni..
Post a Comment