Emilina pantas keluar
dari keretanya lalu
berlari anak masuk
ke dalam rumah
ibu saudaranya. Puan
Sri Sy. Faridah
yang mendengar bunyi
enjin, terkocoh-kocoh keluar
dari biliknya lalu
menuruni anak tangga.
Hatinya gelisah mendengar
kata-kata Emilina yang
berbaur cemas. Dia
tidak tahu apa
sebabnya namun mendengar
dari gaya suara Emilina
membuatkan hati tuanya
tidak keruan.
“ Aunty! Aunty!”
laung Emilina sekuat
hati.
Tidak dapat ditahan
lagi. Dia harus
segera memberitahu ibu
saudaranya perihal Karinna.
Dia harus sebelum
Karinna menjalankan misinya
merampas Firdaus darinya.
Jika itu berlaku,
melepaslah peluangnya untuk
hidup bersama lelaki
itu.
“ Ya, ya.
Aunty datang ni!
Kenapa ni Lin?
Cemas sangat sampai
kat dalam phone
tak nak bagai
tahu. Ada apa
masalah? Fir buat
hal ke?” tanya
Puan Sri Sy.
Faridah bertalu-talu. Cemas
hatinya melihat wajah
Emilina yang bagaikan
cacing kepanasan.
“ No! It’s
not about Fir, aunty.
We have a
big problem now!
She is back!”
kata Emilina sambil
memegang erat tangan
Puan Sri Sy.
Faridah.
Puan Sri y.
Faridah mengerutkan dahinya?
She? Dia terus
menarik Emilina duduk
di sofa. Seketika
kemudian, bibik datang
menghidangkan air minuman
bersama sepiring kuih.
“ Lin, please
calm down. Tarik
nafas dulu. Cuba
cerita betul-betul dengan
aunty. Aunty tak
fahamlah apa yang
Lin cakap ni.
She is back?
Who is ' she '
are you talking
about?” ujar Puan
Sri Sy. Faridah
menenangkan Emilina yang
kalut.
“ Aunty! Kita
dah takde masa
lagi. You know
what? Karinna! She
is come back!
Karinna dah balik
sini! Dia ada
kat KL sekarang
ni!” jelas Emilina
dalam satu nafas.
‘ What?! ‘
Terbuntang mata Puan
Sri Sy. Faridah.
Ternyata dia sungguh
terkejut dengan berita
ini. Dia langsung
tidak menyangka. Sangkanya
jarak masa antara
lapan tahun sudah cukup
membuktikan yang Karinna
sudah pun meninggalkan
anaknya terus. Tidak
akan kembali ke
sini lagi. Dia
pun sudah hampir
melupakan perihal Karinna.
Emilina
memandang wajah ibu
saudaranya yang terkejut.
Ya, sememangnya wajib
terkejut. Siapa sangka,
lapan tahun berlalu,
mereka menyangka Karinna
tidak mahu pulang
lagi ke sini
setelah mereka berdua
berjaya memusnahkan cinta
yang kononnya suci
itu. Melihatkan air
wajah Karinna lapan
tahun dulu sudah
cukup menggambarkan betapa
hancurnya hati gadis
itu mereka musnahkan.
Puan Sri Sy.
Faridah terdiam seribu
bahasa. Dia menarik
nafas perlahan. Kemudian
dia memandang wajah
anak sudaranya pula.
“ Mana Lin
nampak dia? Bila
dia balik?” soalnya.
“ Tadi, lepas
aje Lin dan
Fir habis lunch
kat Hilton Hotel.
Fir dulu terserempak
dengan Karinna dekat
lobi baru Lin
nampak dia. Lin
tak tahu bila
dia balik tapi
rasanya baru aje,”
cerita Emilina dengan
wajah keruh.
Sukar hendak diungkapkan
perasaannya ketika ini.
Cemas, gelisah, geram
bercampur menjadi satu.
“ What? Jadi
Fir dah jumpa
dialah? Oh God!
Susahlah macam ni,”
keluh Puan Sri
Sy. Faridah.
Dia bimbang jika
bibit-bibit cinta lama
berputik kembali. Bimbang
jikalau Firdaus kembali
menjalin hubungan dengan
Karinna. Bimbang jika
Emilina tidak menjadi
disatukan dengan Firdaus,
menantu pilihannya. Bimbang
Karinna akan berdendam
dengan mereka berdua
kerana memusnahkan perhubungan
Firdaus dan Karinna.
Meskipun Firdaus pernah
memberitahu semua ahli
keluarga mereka supaya
tiada sesiapa mengungkit
atau menyebut nama
Karinna, dia tetap
bimbang. Pada masa
itu, dia begitu
gembira kerana berjaya
membuatkan anaknya benci
kepada Karinnaa yang
telah meninggalkannya tanpa
sebab. Gembira kerana
hasratnya ingin menyatukan
Emilina dengan Firdaus
akan tercapai. Gembira
kerana masih kukuh
memelihara keturunan keluarga
Syed dan Syarifah
yang dibangga-banggakannya.
Lamunan Puan Sri
Sy. Faridah terhenti
saat Emilina mengenggam
erat tangannya lagi.
“ Aunty, we
must do something.
Perempuan tu cakap
dia akan rampas
balik Fir. And
dia cakap dia
akan pastikan yang
dia akan duduk
atas pelamin tu
nanti bersebelahan dengan
Fir. Aunty, Lin
takut. Lin takut
kalau-kalau betul dia
akan buat macam
tu, rampas Fir
dari Lin,” rengek
Emilina hampir menangis.
Wajahnya keruh cuba
menahan tangis.
Tangis gedik!
“ Dia cakap
macam tu? Tak
guna betul! Dia
takkan boleh rampas
Firdaus. Fir tu
anak aunty. Aunty
rasa, kita kena
percepatkan pernikahan Lin
dengan Fir. Tak boleh tangguh-tangguh lagi.
Masa dah suntuk.
Don’t worry, aunty
akan bincangkan perkara
ni pada mama
dan papa Lin
ya? Jangan risau,
stop crying okay?”
pujuk Puan Sri
Sy. Faridah pula
sambil menghukurkan tisu
kepada Emilina.
Dia mengusap lembut
bahu Emilina seraya
gadis itu mengesap
air matanya.
“ Aunty, Lin
harap aunty tunaikan
janji aunty. Lin
dah tak boleh
berpisah dengan Fir,
Lin tak boleh
hidup tanpa Fir
aunty,” rengek Emilina
mengada.
“ Don’t worry
Lin”.
“ Aunty, kita
jangan pandang rendah
pada Karinna. Dia
bukan macam dulu
lagi. She’s look
more great! Tak
selebeh, selekeh and
cengeng macam dulu.
Dia macam dah
ada keyakinan, yakin
yang dia boleh rampas Fir.
Dia cakap dia
adalah first love
Fir, tak mustahil
kalau cinta yang
hampir musnah boleh
hidup balik.
Kalau tengok personality
dia sekarang ni
pun, dia dah
tak macam dulu.
Nampak lebih…argghh! Sakit
betul hati Lin
ni aunty,” Emilina
menarik nafas. Menahan
geram yang berbuku
dihati.
“ Sabar Lin,
sabar. Aunty akan
uruskan semuanya. Okay? Lin
cuma perlu ready
aje untuk majlis
nikah, tak payah
tunang-tunang, lagi cepat
lagi bagus, barulah
perempuan tu tak
kacau Lin dan
Firdaus bila kamu
berdua dah kahwin.
Okay? Trust me.
Everything will be
fine. Hanya Lin
aje yang akan
jadi menantu aunty
dan isteri kepada
Fir, bukan orang
lain,” janji Puan
Sri Sy. Faridah.
Emilina mengukir senyuman.
Hilang terus wajah
keruh dan tangis
gediknya tadi. Ceria
dan girang. Seronok
hatinya. Dia yakin
dia akan memiliki
Firdaus. Peluang sudah
terbuka di depan
mata. Firdaus pasti
tidak akan menolak
desakan demi desakan
mummynya kerana Firdaus
tidak suka didesak.
Amaran Firdaus langsung
tidak dipedulikan. Yang
kini hanya tunggu
masa untuk menjadi
milik lelaki pujaan
hatinya yang sudah
sekian lama ditunggu.
Emilina
menghulurkan cawan yang
berisi minuman kepada
bakal ibu mentuannya.
Puan Sri Sy.
Faridah menyambut huluran
itu lalu mereka
berdua minum bersama-sama
dengan bibir yang
menguntum senyuman.
--------------------------------------------------------------------
Firdaus meraup wajahnya
saat Nissan GTR
terpakir elok di
porch banglo keluarganya.
Sebentar tadi dia
mendapat panggilan dari
Karinna. Pada mulanya
dia tidak mengendahkan
tetapi Karinna tetap
tidak berputus asa
menelefon sehingga dia
menjawab.
Dia mengeluh lemah.
Fikirannya masih terngiang-ngiang saat
pujuk rayu gadis
itu meminta hendak
berjumpa dengannya. Dia
cuba mengelak tetapi
setelah didesak berkali-kali
dia terpaksa akur.
Namun janji hatinya
tetap dipegang kukuh.
Tidak akan berpaling
lagi kepada Karinna
biar air mata
darah sekalipun yang
akan tumpah dipipi
gadis itu, dia
tidak akan menerima
Karinna lagi. Sebagai
kawan mungkin akan
dipertimbangkan semantelah mereka
ada urusan kerja,
tetapi jika pertalian
hati, dia tidak
mahu. Dia sudah
serik. Serik disakit,
ditinggalkan tanpa sebab.
Firdaus
menekupkan wajahnya ke
stereng kereta.
Janji hatinya cuba
dipatuhi. Dikuatkan agar
tidak goyah saat
dia akan bertentang
mata dengan Karinna
nanti. Pertemuan pertama
kali dan sebentar
tadi hampir membuatkan
dia kalah dengan
perasaan sendiri. Hatinya
tiba-tiba menjadi kasihan
melihat raut wajah
Karinna yang begitu
mengharap disebalik wajah
ceria dan gembira.
Namun dia berjaya
melawannya akibat rasa
ego dan sakit
hati yang bermukim
hebat di dalam
hati. Berjaya mengeraskan
hatinya agar tidak
mudah mengalah dan
tunduk pada perasaannya
yang teruja apabila
bertemu semula dengan
Karinna. Jauh disudut
hati, dia juga
merindu akan gadis
itu. Apabila melihat
wajah sedih Karinna,
dia menjadi sayu.
Sayu kerana membuatkan
wanita yang disayanginya
sedih.
Biarpun mulut berkata
benci, tidak mahu
sesiapa menyebut nama
Karinna lapan tahun
lamanya, dia masih
rindu akan gadis
itu. Cuma kebelakangan
ini sedikit demi
sedikit kenangan bersama
Karinna itu hampir
dilupakan. Muncul pula
Dheiya dalam hidupnya
membuatkan hidupnya sedikit
huru-hara. Apabila sudah
selesa dengan keadaan
itu, muncul Karinna
menyebabkan hatinya yang
mula belajar erti
melupakan menjadi haru-biru.
Hailah! Memang sakit
mainan hati ni.
Kini dia dalam
dilemma. Antara kenangan
silam yang masih
ada sinar, ataupun
cinta dan perasaan
sayang kurniaan Allah
yang mula berdetik
dihatinya, yang manakah
perlu dicapai? Dheiya
atau Karinna? Emilina
bagaimana? Emilina yang
wujud atas desakan
mummy.
Karinna cinta pertamanya.
Emilina desakan mummynya.
Dan..
Dheiya.. gadis yang
agak misteri baginya,
yang mencuit hatinya
meskipun sedikit kelam-kabut.
Dan..
Dheiya.. adakah diutuskan
untuk menjadi teman hidupnya?
Dekat dilengannya untuk
dilindunginya? Dekat dihati
untuk dicintainya?
Hanya Allah S.W.T
yang mampu menjawabnya.
3 comments:
kesian dhiea, kalo jadi apa2 siapa yg nk bela dier
alahai jgn la pn sri tu buat onar hadeh!sakit jiwa betul la gan perangai gedik emilina tu. hope papa fir dpt halang perangai bini dia dr buat rancangan gan parents emilina. oh ada post lagi tak ari ni?rasa cm pendek je ni.hehe tak puas baca la. nak lagi.
thnx comment!!! huhu...tu lah sengsara jugaklah jiwa hati zara ni nak watak kejam sikit... kesian fir gan dheiya...
Post a Comment