Kasih Bertaut Selamanya...
“ MAMA…
PAPA…”
Terasa kakinya
dicuit-cuit oleh sesuatu yang
halus. Badannya bergerak
sedikit, dia masih mamai dan
suara halus itu
kembali berulang memanggilnya.
“ Mama…
Papa…” seakan berbisik
suara halus itu
memanggilnya lagi.
Matanya dicelik
luas. Sukar badannya
digerakkan dek lengan
sasa yang melingkari
dipinggangnya. Diunggah badan
yang erat memeluknya,
gagal. ‘ Hisyy… tidur tak
sedar langsung!’. Diangkat
lengan itu dengan
payah dan bangkit
melihat figura kecil
dihujung katil. Lampu
meja dibuka dan
semakin jelas wajah
si kecil yang
masih tegak berdiri
dihujung katil.
“ Fareesya?”
“ Mama…”
terus si kecil
itu memanjat katil
dan meluru ke
tengah-tengah di antara
dia dan suami
tanpa dia sempat
berkata apa-apa.
“ Fareesya?”
panggilnya sekali lagi
namun si kecil
menayang wajah comelnya.
Dipeluk erat tubuh
si Papa seraya
memegang jari-jemari si
Mama.
“
Mama… I can’t
sleep. I want
to sleep with
both of you,” balas
si kecil Fareesya
seraya memujuk si
Mama yang tak
tahu nak cakap
apa. Reda la
kalau dah anak
siap sedap landing dekat
tengah-tengah.
“
Thank you mama…”
“ Dah
sedap baring baru
nak say thank you
pada mama ya?
Dah, tidur sekarang
Reesya.”
Haaiii… Peluk
si anak la
malam ni nampaknya.
KEESOKKAN paginya,
Firdaus bangun dengan
wajah pelik, matanya
terarah pada Dheiya
yang baru sahaja
keluar dari bilik
air.
“ Aiikk?
Sejak bila Reesya
naik katil tidur
dengan kita ni?”
Matanya
kembali terarah pada
si kecil Fareesya
yang erat memeluknya.
Patutlah tak rasa best
peluk! Ada yang
menyelit rupanya.
“ Tengah malam
tadi. Abang kejutkan
Reesya tu bangun,
Dheiya nak kejutkan
Fareez kejap. Nanti
boleh solat Subuh
sama-sama,” balas Dheiya
sambil menghulurkan tuala
mandi pada Firdaus.
Usai solat subuh,
Dheiya terus menyiapkan
sarapan pagi sementara
Firdaus menguruskan anak-anak
mereka. Sudah menjadi
rutin buat mereka
dan encik suami
dengan sukarela membantu
dia menguruskan anak-anak.
Sarapan telah disiapkan
kemudian Dheiya menaiki
anak tangga menuju ke
tingkat atas. Jam
sudah terpacak ke
angka 7.00 pagi.
Bilik kelamin mereka
dituju dan dilihat
suaminya baru sahaja
selesai mandi. Didekati
Firdaus lalu dipeluk
erat tubuh itu.
Tersengih lebar si
suami dengan sapaan
manja Dheiya. Dikucup
perlahan ubun-ubun dan
wajah Dheiya bertalu-talu.
“ Ummphh!
Abang! Kalau anak-anak
nampak nanti tak
pasal aje.” Tolak
Dheiya perlahan. Dicubit
perlahan bibir suaminya
yang nakal tak
kena tempat itu.
“ Alaaa… Mana
ada nampaklah. Line baik
punya clear ni,” jawab
Firdaus selamba. Bibir
Dheiya dikucup pantas.
Membulat isterinya menjegil
ke arah dia.
“ Tak senonoh
abang ni. Dah,
Dheiya tolong abang
bersiap.” Tubuh suaminya
ditolak perlahan lalu
laju kakinya melangkah
menuju ke walk-in-drobe mengambil
pakaian Firdaus.
“ Thank
you sayang…” ucap
Firdaus perlahan seraya
mengucup pipi Dheiya
lama.
“ Malam nanti
abang bagi special treatment
ya?” sakat Firdaus
mendapat jegilan mata
isterinya.
“ Gatal! Berapa
banyak abang nak
bagi special treatment ni?”
ujar balas Dheiya
terus berlalu menuju
ke pintu. Naik
merah pipi dia
pagi ni. Haisy! Anak
dah dua, dah
masuk umur empat
tahun pun Dheiya
masih malu-malu. Apa
boleh buat, yang
malu tu lah
yang dia sayang
dan cinta sepenuh
hati.
“ BRO, fail
projek kita dekat JB yang
aku bagi kau last
week tu kau
dah semak?” tanya
Zaff dipertengahan jalan
keluar dari pantri
menyapa Firdaus.
“ Amboi salam
tak bagi terus
tanya pasal kerja.
Memang pekerja yang
mithali betul kau
ni!” sindir Firdaus
halus. Dia terus
menyambung langkah menuju
ke biliknya.
Zaff ketawa kecil.
Tangan diangkat ke
atas. “ Sorry la.
Bukan apa, ni
hah Cik Mimi
yang handle projek dekat
JB tu call aku
pasal next progression pada
fasa ketiga pula. So,
kalau boleh dia
nak meet up la
kan,” jelas Zaff
mengekori langkah Firdaus
sehingga ke bilik
CEO Merida Holdings.
“ Dah… Tapi
kenapa nak rushing sangat
ni? Jauh lagi
projek kita nak
ke fasa ketiga
Zaff. Esok pagi
baru nak meeting dengan
team kita
pasal progression yang baru
ni. Cakap dengan
dia follow schedule yang dah
ditetapkan. Tak payah
risau sangat,” laju
Firdaus membalas. Dahinya
berkerut seraya menyelak
helaian isi fail
di hadapan Zaff.
“ Tulah pasal.
Aku dah cakap
yang kita kena
adakan meeting dengan team kita
tapi entahlah minah
tu. Alah! Takkan kau
tak perasan yang
Cik Mimi tu
sebenarnya syok kat
kau bro! Dari hari
pertama kita start meeting untuk
projek ni lagi
aku dah perasan.
Mata dia asyik
jeling kat kau
je la wei!” laju
Zaff menembak ayat
Firdaus. Keningnya dijongketkan
berkali seraya menghirup
nescafe panas.
Firdaus
terdiam. Dia mengeluh.
Tak dinafikan Mimi
yang diperkatakan itu sememangnya
cantik menawan dan
kadang-kala dia pun
hampir-hampir terhanyut dengan
pesona manja Mimi
yang sering mengenakan
skirt pendek
namun cepat-cepat diingatkan
hatinya pada Dheiya
yang tetap setia
dirumah. Astaghfirullahalazim! Ya
Allah, jauhkanlah godaan
si Mimi ni
daripada aku.
Zaff memetik jarinya
berkali-kali. Hisy! Si
Fir ni termenung
pulak!
“ Hoi
Fir! Termenung jauh
betul kau ni?
Hah, kau jangan tertangkap
cintan dengan Mimi
yan cantik seksi
tu pulak. Ingat
sikit pada Dheiya
tu weh!”
“ Hisy
kau ni! Mintak
simpanglah weh! Jangan nak
doa macam tu
pulak. Aku sayang
dan cinta Dheiya
tu. Satu dalam
dunia tau!” nafi
Firdaus laju.
“ Baguslah kau
cakap macam tu.
Dah lima tahun
korang kahwin, anak
dah dua, comel-comel
pulak tu. Jangan
kau sia-siakan dorang. Dulu
bukan main susah
lagi kau nak
bersama dengan Dheiya,
macam-macam halangan ada.
Tak sanggup dah
aku tengok kau
macam mayat hidup
masa Dheiya hilang
dulu,” ujar Zaff
mengorek kenangan lama.
Firdaus
tersenyum kelat. Ya,
bukan sikit yang
mereka perlu lalui
untuk hidup bersama
bahagia seperti hari
ini. Tentangan hebat
dari mummynya, Puan Sri
Sh. Faridah, dengan
Emilina lagi. Dia
menarik nafas panjang.
“ Thanks
Zaff sebab selalu
ingatkan aku. Sejak
dulu lagi kau
memang bro aku yang
terbaik!”
“ Ha tau takpa!”
bangga sekejap Zaff
tiba-tiba.
“ Eh dahlah!
Pergi balik bilik
kau sana tu!
Pagi-pagi dah ajak
aku bukak kedai
kopi. Tak produktif
sungguh!” halau Firdaus.
Zaff ketawa panjang.
GELAK KETAWA
memenuhi suasana ruang
kolam renang banglo
keluarga Firdaus di Kiaramas. Terkekek
Fareez dan Fareesya
ketawa diusik dia
dan Fahmi. Sesekali
Aria menyakat anak
saudara kesayangannya.
“ Papa… tengok
Acu ni…” rengek
Fareesya menolak-nolak wajah
Aria yang ligat
mencium pipi dia.
Rengek Fareesya makin
ligat Aria cium
pipi dia. Fareesya
mengapai-gapai tangan si
papa.
“ Oit Aria!
Sudah-sudahlah tu. Naik
menyampah Reesya tu
dengan awak!” jerit
Fahmi yang sudah
naik ke tebing
kolam.
“ Eh bisinglah!
Jangan jealous la Fahmi
orang pegang si
Reesya ni. Reesya
ni tak nak
kat awak! Kan
Reesya kan? Pak
ngah busuk!” laung
Aria membalas. Fahmi mencebik.
Poyolah tu! Dah
terang-terang si Reesya
tu tak nak
kat Aria.
“ Poyolah! Fareesya
tu nak kat
lelaki handsome je. Acu
tak cantik dia
tak nak!” provok
Fahmi lagi sambil
ketawa kuat.
Tergeleng-geleng
Firdaus tengok adik
kembar dia. Dari
dulu tak habis-habis
berebut anak-anak dia.
Nak pegang Fareez
memang taklah sebab
anak lelaki dia ni tak
suka kena pegang.
Last-last Fareesya
manja yang jadi
mangsa.
“ Nak papa!
Nak papa! Papa!”
terjerit-jerit Fareesya mengapai
ingin kepada papanya
namun masih tak
dilepaskan oleh Aria.
“ Aria bak sini
Reesya tu. Dia
tak nak dah
dengan Acu dia,”
Firdaus mengambil Fareesya
dari dukungan Aria
yang dah mula
tercebik-cebik nak menangis.
Jangan main, anak
dara dia yang sorang
ni kalau melalak,
bergegar satu bangunan
penthouse!
Dengan hati yang
tak berapa rela,
dilepaskan Fareesya pada
alongnya. Sekejap saja
dah tersengih lebar
Fareesya dapat papanya.
“ Eeeiii! Manja!
Kesian papa nak
dukung dua-dua comel
ni!” Aria cubit
pipi Fareesya geram
yang tersengih nampak
gigi dalam dukungan
Firdaus.
“ Takpe… Papa
kan kuat! Kan
papa kan? Papa
kuat kan?” balas
Fareez memandang si
Papa.
“ Yalah tu.
Tak nampak ke
kaki papa dah terpele’ot nak
angkat korang?” makin suka
Aria menyakat anak
saudaranya.
“ Terpele’ot tu
apa papa?” sedikit
pelat Fareesya bertanya,
dahi berkerut. Baru
Firdaus nak menjawab,
Aria memintas.
“ Terpele’ot tu
macam Pak Ngah
punya kaki tu
hah! Macam monyet dia
jalan!” jawab Aria
senget. Kuat dia
ketawa. Bengong punya Aria!
Bukan dua orang
dia nak kena
layan, ni dah
tiga budak tak
cukup akal ni!
Pening kepala Firdaus
dibuatnya.
“ Heyy!
Orang dengar ni!
Senget punya Aria!”
sahut Fahmi dari
dalam rumah.
“ Dahlah! Nak
bertekak pasal monyet
ke, beruk ke,
gajah ke kat dalam rumah
ye. Dah kecut
jari ni. Jom
anak-anak papa, tinggal
Acu senget ni.”
Muncung
panjang Aria kena
label senget. Dheiya
yang dari dalam
rumah terus menuju
ke tepi kolam
renang menghulur tuala.
Naik tebing kolam,
terlompat-lompat si kembar
bila nampak si
Mama datang.
“ Mama! Mama!”
“ Fareez, Fareesya!
Jangan lompat-lompat licin tu,
jatuh nanti!” tinggi
suara Dheiya.
“ Mama… sejuk… Nak hug! Nak hug!” Fareez
mendepang tangannya minta
peluk. Fareesya tak heran
sebab dah ada
papa dia!
“ Nanti mama
basahlah sayang. Meh, mama
lap Fareez…..” belum
sempat dia nak
mendekati Fareez, tubuhnya
dipeluk erat dari
belakang.
“ Arrgghh!! Abang!!
Habis basah baju
Dheiya…”
Ketawa Fareez dan
Fareesya. Firdaus tersengih
panjang. “ Sebelum
Fareez peluk mama,
biar papa peluk
mama dulu.”
“ Papa peluk
mama!”
Makin memerah wajah
Dheiya. Malunya lebih-lebih
lagi depan anak-anak.
Hailah.. encik
suami dia ni,
suka sangat bikin
kontroversi! Tepi kolam
pulak tu.
“ Abang anak
tengok tu. Malu…”
Kemudian pipi Dheiya
dikucup lama sebelum dilepaskan pelukan.
“ Papa saaaayyyyaanngggg sangat
pada Mama.”
Bertepuk tangan
sang penonton kecil
dihadapannya. Tak menyempat,
si kembar terus
memeluk kakinya. “ Love
mama! Love mama!”.
Aduhailah anak… sama
spesis perangai macam
papa. Dheiya tersenyum
kecil.
Firdaus
membantu Dheiya mengelap
tubuh anak-anak, manakala
Dheiya mengelap rambut
basah suaminya. Tanpa
mereka sedar, perilaku
seisi anak-beranak itu
ditonton oleh Tan
Sri Syed Fahim
dan Puan Sri
Sh. Faridah. Tersenyum
lebar bibir tua
itu dengan suasana
bahagia yang tercipta
disebalik kasih sayang
yang utuh terjalin.
‘
Alhamdulillah… Mummy
bahagia bila tengok
Fir dan Dheiya
bahagia…’ desis hatinya.
Makan malam hujung
minggu itu meriah
dengan lengkapnya sebuah
keluarga yang besar.
Tidak lepas juga
kehadiran Zaff yang
selamat menjadi tunang
Aria. Riuh meja
makan dengan gurau-senda
dan suara-suara kecil
yang menjadi pelengkap
kehidupan rumah tangga.
“ Special
malam ni mummy kamu
masak,” puji Tan
Sri Syed Fahim
yang meminta nasi
tambah.
“ Patutlah daddy laju
aje menambah dari
tadi,” tambah Firdaus.
“ Makin sihatlah
uncle nanti!”
celah Zaff.
“ Tu lah
Zaff, sihat sebab
senang hati ni.
Nak-nak dapat makan
asam pedas ikan
pari ni, memang
laju aje uncle cedok
kuah. Kalau nak
bukti tengok best friend
kamu tu, makin
sihat je, mujur
perut tu tak
buncit ke depan!”
seloroh Tan Sri
Syed Fahim.
“ Amboi daddy ni,
sempat lagi nak
kenakan orang. Kailan
ikan masin Dheiya
ni masyuk sangat
rasa dia, tak
boleh sekat dah
ni!”
“ Tu memang
tak dinafikan, mummy yang legend
ni pun kalah
dengan Dheiya tau!”
Dheiya yang mencedok
kuah sup pada
si anak, tersenyum
lebar. “ Biasa-biasa
je mummy. Mummy masak lagi
terangkat. Tengok lah
Aria dengan Fahmi
tu tak angkat
muka langsung duk
menyuap nasi dari
tadi lagi!”
“ Tak menahan
eh kak Dheiya.
Pass baton
ke apa ni
kenakan orang?” balas
Fahmi dengan mulut
penuh.
“ Mulut penuh
menjawab! Tak senonoh
lah dia ni. Kang
tersedak baru menggelabah
macam badak cari
air,” cebik Aria
selamba. Fahmi tarik
muka bila dah
semua ketawa termasuk
si kecik-kecik yang tak
faham apa-apa tu.
“ Diamlah minah
senget!” balas Fahmi.
Aria menjelir lidah
membalas lagi.
“ Acu, pak
ngah. Tak baik
main-main depan makanan.
Allah marah tau…”
halus suara Fareesya.
Dheiya mengusap kepala
anak perempuannya.
“ Pandai cucu
Tok Mi. Fareesya
dengan Fareez jangan
ikut perangai acu
dengan pak ngah
tau.” Jeling si mummy
pada gerangan yang
ditujukan.
“ Haa Zaff,
makan lah banyak-banyak. Aria
dengan Fahmi ni
memang pantang sikit
buka mulut. Abaikan
aje la ye?”
tukas Tan Sri
Syed Fahim.
“ No
hal la uncle. Tak
kisah pun saya.”
Memang dia tak
kisah langsung malah
dia suka berada
dalam kalangan keluarga
Firdaus. Meledani keletah
Aria, si tunang,
yang berbeza sifatnya
bila bersama keluarga.
Tak kiralah orang
cakap pemilik empunya
nama Sharifah Farihana
Helina ni gedik
atau manja, dia
tetap sayang!
“ MANA
Dheiya dengan mummy, daddy? Tak
nampak pun?” tanya
Firdaus pada daddynya disebelah.
Duduk saja dia di sofa,
Fareesya yang sedang
bermain di karpet
datang duduk di
riba dan menyandar,
memeluk erat teddy bear.
Tersenyum
Firdaus dengan gelagat
manja Fareesya yang
memang copy paste perangai Dheiya
sewaktu hamil dulu.
Berbeza dengan Fareez
yang lebih berdikari,
mungkin tempias waktu
Dheiya membawa diri
ke Cameron Highland
agaknya.
“ Adalah tu
hal perempuan agaknya.
Daddy rasa
ada la tu
petua kecantikkan yang
dia nak turunkan
pada Dheiya, suruh
pasang badanlah apalah.
Macamlah kamu tak
tahu mummy tu macam
mana, sejak lahir
cucu-cucu comel daddy ni,
makin semangat dia
nak make-over Dheiya tu.
Mujur tak jadi
patung opera cina
aje lagi,” ulas
Tan Sri Syed
Fahim panjang lebar.
Firdaus
ketawa kecil. Tak
disangka, hasil penjagaan
rapi mummynya pada Dheiya
sewaktu berpantang memang
nampak hasil yang
memuaskan. Isterinya, Dheiya
Arisha memang makin
cantik, menawan dan
penting lebih SEKSI!
Panjang sengih lebar
Firdaus. Otaknya kembali
ligat mengira, hari
ni dah masuk
hari ke berapa
eh?
“ Bukan main
lagi sengih lebar
kamu ni Fir.
Dah rancang nak
bagi adik baru
dekat Fareez dengan
Fareesya ni? Reesya
nak adik baru
tak?” usik Tan
Sri Syed Fahim.
Firdaus ketawa. Fareesya
memandang Tok Daddynya.
“ Adik tu
apa Tok Di? Baby
ke?” Si Tok Daddy
ketawa sambil mengusap
rambut cucu perempuan
tunggalnya.
“ Kalau ada
rezeki, dapatlah Reesya
dengan Reez adik
baru. Rancang tu
ada jugak nak
tunggu anak-anak masuk
tiga tahun, tapi
belum lagi daddy. Insya-Allah,
kalau ada rezeki.
Doakan kami,” jawab Firdaus,
dan dikucup perlahan
rambut ikal anaknya.
“
Insya-Allah, doa kami, mummy
daddy tak pernah
putus. Apa-apa pun
kena usaha jugak
tau!” giat daddy mengusik
lagi.
“ Hisy! Tu
dah tentu daddy. Ni
yang sentiasa jaga
stamina ni, perut
tak boleh buncit!”
“ Apa-apa ajelah
Fir. Hah ni, daddy
nak ingatkan sikit,
kalau berurusan dengan
perempuan, jaga batas-batas
tu. Bukan apa,
saham lelaki yang
dah kahwin ni
makin tinggi melambung-lambung, makin
sukalah yang nak
menumpang. Nak buat
apa-apa, ingat Allah,
isteri, anak-anak. Insya-Allah,
terhindar dari godaan
tu semua,” ujar
Tan Sri Syed
Fahim panjang lebar.
“ Hmm…. Lain
macam aje bunyinya
ni. Zaff bagitau
daddy pasal
Mimi yang wakil
dari KS Berhad
tu ke?” tanpa
menjawab Firdaus menyoal
kembali. Fareesya diribaanya
sudahpun terlentok lena.
Ditepuk perlahan-lahan punggung
si anak. Fareez
pun dah terbaring
di bantal besar
disamping permainannya yang
sudahpun dikemas sendiri.
Rasa berbangga dihati
terhadap sikap si
anak sulungnya.
“ Daddy
tak tuju pada
mana-mana nama pun
cuma daddy nak Fir
sedar realiti zaman
kita sekarang ni.
Perempuan sekarang ni
agak agresif, pantang
yang berduit tak
kisah tua muda,
dia nak rapat
jugak. Daddy percaya pada
Fir, kasih sayang
dan cinta Fir
pada Dheiya, bertambah
dah ada anak-anak
ni, tapi pada
mereka tu yang daddy
kurang percaya. Daddy nak
pesan hati-hati dalam
pergaulan tu. Kita
ni dah jadi
ketua keluarga tanggungjawab
besar sangat, tak
kena gaya azab
kita nak menjawab
depan Allah dekat
akhirat nanti. Fir
fikirlah, Fir dah
cukup dewasa dan
dah matang urus
organisasi besar termasuklah
keluarga Fir sendiri.
Tugas daddy cuma mengingatkan
supaya Fir tak
tersilap langkah.” Bahu
Fir ditepuk perlahan.
“ Daddy
naik dululah, lewat
dah ni. Dheiya
pun dah turun
tu. Kesian cucu-cucu
daddy penat
main hari ni
sampai tertidur kat
sini.” Kepala Fareez
dan Fareesya dicium.
“ Daddy
nak baik dah?”
tegur Dheiya di
hujung anak tangga.
“ Ya, lewat
dah ni. Tak
sedar daddy berborak lama
sangat dengan Fir.
Anak-anak pun dah
tidur tu.”
Dheiya
mengangguk seraya mendekati
Firdaus yang menyandar
di atas sofa.
“ Abang… Tak
nak naik lagi
ke?”
“ Tunggu sayang
la…” balasnya meleret
bersama sengihan panjang
bila pipinya dicium
si isteri. Tangan
Dheiya dikucup perlahan.
“ Sorry,
sembang lama sangat
dengan mummy. Biar Dheiya
angkat Reesya, abang
angkat Reez. Alaalala… sayang
mama dah tidur
yaa…” Fareesya dipangkuan
Firdaus diangkat perlahan.
Mujurlah badan Fareesya
ni kecik, taklah
lenguh sangat nak
mengangkat. Fareez dikendong
Firdaus, melingkar tangan pada leher si papa diam tak
berkutik anak bujangnya.
“ Mama… Nak sleep…”
rengek Fareesya perlahan,
dipeluk erat tengkuk
si mama.
“ Ye sayang.
Kita tidur ya…”
“ ENCIK
FIRDAUS…” panggil Mimi
manja. Tangannya ditongkat
pada dagu bila
kelibat Zaff menghilang
menuju ke arah
tandas. Kakinya disilangkan
menampakkan paha yang
terdedah.
Terangkat kening Firdaus.
Bila dah panggil
manja macam tu,
meremang jugaklah bulu
roma dia. Cepat-cepat
dia istighfar dalam
hati, nak tepis
godaan-godaan ni! Wajah
ditayang riak tenang.
“ How
should I say
hhmmm…” Mimi berjeda
seketika sambil mata
tak lepas menatap
bening mata Firdaus
yang menarik itu.
Orang bodoh aje
yang tak terpikat
dengan lelaki tampan
dan kacak macam
Syed Firdaus Hakimi.
“ Just
shoot it Cik
Mimi.” Firdaus bersuara
tegas tak berperasaan.
Ingatannya mula pada
si isteri yang
manis dirumah.
“ Actually, boleh
tak I nak
mintak tolong you
hantar I ke office
lepas ni? Kereta
I rosak, masuk
bengkel, tadi pun
I datang dengan
teksi…” lagak meleret
suaranya menyatakan hasrat
di hati.
Firdaus
meletakkan pisau dan
garfu kemudian terus
memandang wajah yang
mengharap dihadapannya. “ I’m
sorry Mimi, I
can’t. Lepas lunch ni,
I ada hal
dengan my wife. Nanti
I mintak tolong
Zaff hantarkan you or
kalau you nak I akan
suruh one of my staff
call the taxi
and ambik you
dekat sini. Boleh?”
Berubah
mendung wajah itu.
Namun senyuman kelat
masih terukir di
bibir. “ Hhmm… oh
yeke? Takpelah. I
dah tak tahu
nak mintak tolong
siapa, lagipun peak hour
macam ni kan
susah nak dapat
teksi. Takpela I
cuba ikhtiar cara
lain…” jawabnya perlahan
masih meleret-leret. Tangan
dengan sengaja jatuh
pada kekura tangan
Firdaus di atas
meja.
Tangannya
ditarik perlahan dari
tangan Mimi. Nafasnya
ditarik perlahan. “
Kan I dah
cakap tadi, I
akan suruh staf
I call teksi untuk
you ke sini?
Nanti I text my
secretary pasal ni,”
balas Firdaus tegas
seraya menghantar pesanan
pada Akma.
Tersenyum
Mimi walaupun kecewa
di hati bila
Firdaus mengalihkan tangannya.
Tak apa, masih
ada masa. Firdaus
dihadapannya ini pun
dah runtuh sikit
tembok kalis godaan.
Sementara di hati
Firdaus, berkocak tidak
tenang. Kalau ikut
hati nak angkat
kaki terus dari
sini, tak larat
nak tahan mata,
telinga dengan godaan
hebat Mimi. Kalau
dulu Emilina masih
lagi utuh dia
menepis. Dengan Mimi?
Masya-Allah, bertahan saja.
Ya Allah, kuatkanlah
hati hambu-Mu ini.
“ Err…
One more thing
Miss Mimi. I’m
a married man.
I have two
lovely kids and
a beautiful wife.
I love my
wife so much
deeply down in
my heart. Nobody
can take her
place in my
heart. So, stop
trying do something
stupid. Be a
professional as we
are in one
team. Don’t make
me ruin our
deals. You don’t
know what am
I capable do
right? So, respect
me and my
status,” ujar Firdaus
tegas dengan pandangan
yang cukup tajam
sebelum bingkas bangun.
Mimi tergamam di
tempat duduk dan
dia tahu hampir
saja memancing kemarahan
Firdaus. Dia mengeluh
lemah. Nampaknya, Firdaus
bukanlah calang lelaki
yang mudah terpikat dengan
wanita walaupun hampir
separuh tubuhnya terdedah
seksi.
DIHAMPIRI Dheiya
yang berdiri di
balkoni menghadap pemandangan
malam bandaraya Kuala
Lumpur dari penthouse Bukit
Tunku. Dipeluk erat
pinggang dan dagu
disangkutkan pada bahu
si isteri.
“ Fikirkan apa
ni? Hmm?” bisik Firdaus
perlahan seraya dikucup
perlahan telinga si
isteri. Bau haruman
rambut Dheiya dihidu
perlahan. Wangi.
Dheiya
memegang erat pelukan
dipinggangnya dan menyandar
enak. “ Nothing. Saja
ambik angin malam
kat sini. Sejuk
sikit.”
“ Ya ke
ni? Abang rasa
macam ada benda lain aje
yang sayang tengah
fikirkan.”
Jeda seketika sebelum
Dheiya berpaling ke
menghadap Firdaus. Pipi
lelaki itu disentuh
lama, anak mata
kelabu yang amat
memikat itu ditatap
lama. “ Abang
sayang Dheiya tak?”
Berlapis dahi Firdaus.
Wajah tak pelik
bercampur tak puas
hati jelas terpamer.
“ Apa yang
sayang mengarut ni?
Masih ragu lagi
dengan kasih sayang
abang ke? Abang
tak suka sayang
tanya soalan yang
jelas dah ada
jawapannya.”
“ Dheiya minta
maaf…” wajah disembamkan
ke dada Firdaus.
“ Dheiya tak
bermaksud nak buat
abang marah. Dheiya
cuma…” bicaranya terhenti
bila pelukan dilonggarkan.
Firdaus memandangnya lama
matanya yang mula
berkaca. Dheiya tahu,
dia tak mampu
sembunyikan lagi resah
hatinya yang membelenggu
tika ini. Pandangan
Firdaus tidak mampu
di elak.
“ Dheiya… nampak
abang dengan sorang
perempuan, cantik dekat café
Sunway Putra Hotel,
berdua. Mujur mummy tak
perasan abang waktu
tu…” luah Dheiya
perlahan.
Firdaus nafas perlahan.
“ Sayang… ni
semua salah faham.
Abang takda apa-apa
pun dengan Mimi
tu, dia cuma
klien Merida Holdings.
Lagipun Zaff ada
sama meeting tu tapi dia ke
tandas. Tu sebab
sayang nampak abang
berdua aje dengan
dia. Kalau tak
percaya abang call Zaff,
Dheiya boleh…”
Telefon
dikeluarkan namun sempat
dihalang Dheiya. Kepala
digeleng perlahan. “
Takpa abang, Dheiya
percayakan abang. Dheiya
minta maaf sebab
dah salah faham
pasal…”
“ Takpa sayang.
At
least sayang tanya
abang pasal ni. To
be honest, Mimi
tu memang ada
hati dengan abang
tapi abang tak
pernah layan. Hubungan
kami hanya atas dasar kerja.”
“ Tapi dia
cantik kan? Seksi,
berkerjaya. Mustahil tak
tergugat…”
“ Sayang seribu
kali lebih cantik
dari dia. Nak
tau sebab apa?”
soal Firdaus. Mata
bundar Dheiya yang
cantik dikucup lama.
“ Sebab… sayang
sangat cantik bila
abang buat macam
ni…” Hidung Dheiya
dikucup.
“ Macam ni…”
Pipi kanan dan
kiri. Dheiya terdiam.
Membiarkan bibir Firdaus
bergerak.
“ Ini…” Bibir
dituju. “ Ini…”
Dagu dikucup. “
Ini…” Telinga. “ Hmmm…
Kat sini…” Leher
dicium lama.
Wajah
diangkat. Pipi Dheiya
yang memerah terserlah.
Hidung bertemu hidung.
Jeda. “ Demi
Allah, dunia akhirat,
tempat Dheiya tiada
penggantinya. Cukup ada
Dheiya seorang, abang
dah cukup bahagia,
lengkap dengan kehadiran
Fareez dan Fareesya,
tak terucap kata
terima kasih pada
sayang. Pengorbanan sayang
cukup besar demi
keluarga kita. Tak
terluah betapa banyaknya
cinta, kasih dan
sayang abang untuk
sayang. Abang tak janji bulan
dan bintang tapi
kalau mampu dengan
izin Allah, abang
nak pimpin sayang
bersama abang ke
syurga.”
Hampir
menitis air mata
namun senyuman di
bibir tak mampu
dia sembunyikan. Tubuh
Firdaus dipeluk erat
seakan tak mampu
dilepaskan lagi. Dheiya
Arisha tak akan
lepaskan Syed Firdaus
Hakimi kepada sesiapa
pun. Tak akan!
Kerana kasih yang
bertaut akan kekal
selama-lamanya.