Bahang matahari
pagi tidak dirasai
walaupun jam menginjak
ke angka lapan
pagi. Sekitar kawasan
persisiran pantai ini
sudah dihujani dengan
para pengunjung yang
kembali melakukan aktiviti
pantai.
Keriuhan suasana
antara mereka berlima
semakin gamat apabila
bot mula bergerak
perlahan-lahan menarik mereka
yang berada di
atas banana boat.
Fahmi menjerit keseronokan
yang berada di
hadapan sekali diikuti
oleh Zaff dibelakangnya. Aria
seolah sengaja meminta
Zaff duduk di
hadapannya dengan alasan
takut.
Chait! Cakap
ajelah nak menggedik
peluk dengan Zaff
tu! Itulah ayat
pedas Firdaus yang
dilemparkan pada adiknya.
Zaff hanya ketawa.
Biarpun Aria seorang
jenis yang manja
dan kadang-kala humble
kepochi tak bertempat,
dia senang dan
selesa dengan gadis
itu.
Dheiya yang
duduk di hadapan
Firdaus dan di
belakang Aria pada
mulanya tidak mahu
menyertai dengan alasan
‘cuti’ tetapi didesak
oleh Firdaus. Alasan
lelaki itu hanya
kerana waktu ‘cuti’nya
sudah hampir habis.
Tergamam dan bertambah
merah wajah jugalah
Dheiya saat itu.
Tak sangka Firdaus
membilang hari ‘kawan’nya
datang bertandang. Tak
senonoh sungguh!
Firdaus memeluk
kuat Dheiya yang
sesekali menjerit apabila
percikan air laut
memercik ke wajahnya
apabila bot itu
berpusing-pusing di sekitar
pantai yang tidak
terlalu jauh dari
persisirannya. Aria menjerit
keseronokkan sama naik
dengan Zaff dan
juga kembarnya. Dah
macam tak pernah
naik lagaknya. Terus
hilang takut! Ah!
Tu semua propaganza
Arialah!
Dheiya mengelap
wajahnya yang terpercik
air. Yekk! Masin!
Firdaus ketawa melihat
wajah cemberut Dheiya
yang tertelan air
masin. Lelaki itu
turut membantu mengelap
wajah Dheiya. Kasihan
isterinya. Dipaksa dalam
tidak rela. Bukan
apa dia mahu
Dheiya benar-benar gembira
menikmati percutian yang
singkat ini.
“
Awak! Saya tak
tahu berenang tau!
Nanti jangan tak
pegang saya pulak!”
Dheiya mengungkit kembali
syaratnya yang mahu
Firdaus tidak melepaskan
dia bersendirian. Dia
memegang erat pemegang
pada banana boat
itu kuat-kuat. Tidak
mahu jatuh terlalu
awal. Kang lemas!
“
Yalah sayang! Takkanlah
I nak biarkan!
Relax okay!” janji
Firdaus senyum sumbing.
“
Here we go!!!
Get ready! Nanti bot tu
nak jatuhkan kita!!”
pekik Aria kuat
disambung dengan sorakan
gembira dari semua
kecuali Dheiya yang
mulai cuak. Dia
menelan liur. Terasa
tangannya sudah mulai
sejuk. Itulah tanda
dia sudah mula
menggelabah.
Alamak! Aku
tak nak jatuh!!
Takut! Arrghhh!! Menyesal
aku setuju naik
benda alah ni!! Menyesal!! Menyesal!! Jerit
Dheiya dalam hati.
Tidak lama
kemudian bot pandu
laju tersebut mula
membuat pusingan tajam
‘U’ untuk menjatuhkan
para penunggang yang
berada di atas
banana boat. Itulah
tujuan banana boat
itu sebenarnya tetapi
tetap dianggap tujuan
yang paling bodoh
oleh Dheiya. Kalau
dah takut dan
tak suka, semua
benda rasa tak
setuju aje!
Gedebushh!!!
Aria, Fahmi
dan juga Zaff
sudah terjatuh ke
dalam laut. Mereka
ketawa kegembiraan. Apabila
mereka berpaling ke
melihat ke arah
banana boat, hanya
Dheiya dan Firdaus
yang masih kukuh
tidak terjatuh.
“
Along! Kak Dheiya!!
Terjunlah!!” jerit Fahmi
dan Aria kuat-kuat.
Dheiya menggeleng-gelengkan kepalanya
tanda tidak mahu.
Dia memegang tali
pemegang bot itu
dengan kuat. Wajahnya
jelas riak takut.
Firdaus cuba memujuk
Dheiya dan cuba
menarik tangan itu
namun kudrat Dheiya
seakan kuat pula
untuk melawan tarikannya.
“
Tak nak!!”
Dah macam
biniku gangster aje
kudrat Dheiya ni!
Sekali lagi,
pemandu bot pandu
laju membuat pusingan
tajam dan serentak
dengan itu Firdaus
terus menarik tubuh
Dheiya dengan kuat
sehingga mereka terjatuh
ke dalam laut.
Dari jauh, dapat
jelas terdengar jeritan
Dheiya yang sangat
kuat sewaktu jatuh.
Gedebushhh!!
Dheiya terkapar-kapar tangannya
sewaktu cuba mengimbangi
tubuhnya daripada lemas.
Sudah beberapa kali
dia tertelan air
laut yang maha
masin itu kerana
merasakan kakinya seolah-olah
tidak mencecah ke
tanah. Walaupun tubuhnya
sudah dibaluti dengan
jaket keselamatan, dia
tetap takut. Firdaus
cepat-cepat menarik jaket
Dheiya agar rapat
kepadanya.
“
Okay.. okay.. I’m
here. Jangan gelabah.
I ada kat
sini. Tarik nafas..
hembus…”
Firdaus cuba
menenangkan Dheiya yang
tidak teratur aturan
pernafasannya.
Tercungap-cungap menyedut oksigen.
Dheiya yang sedar
akan Firdaus
yang kuat memegangnya
memeluk erat leher
suaminya. Air matanya
sedikit menitis. Menarik
nafas perlahan walaupun
bibirnya terketar-ketar kesejukkan.
Kehangatan tubuh Firdaus
sedikit sebanyak menenangkan
jiwanya yang benar-benar
panik.
Apabila keadaan
Dheiya mulai reda,
Firdaus merenggangkan pelukan
dan cuba menstabilkan
imbangan tubuh Dheiya.
Wajah yang pucat
itu mulai beransur-ansur tenang.
Aturan nafas Dheiya
juga tidak berombak
seperti tadi. Dia
membuka mata memandang
Firdaus dihadapannya.
“
Okay?” tanya lelaki
itu. dalam hatinya
timbul rasa bersalah
pada Dheiya kerana
memaksa gadis itu
menyertai mereka. Dheiya
mengangguk sahaja.
“
Jom, kita gerak
ke sana,” ajaknya
sambil menunjuk ke
arah Aria, Fahmi
dan Zaff yang
mula bergerak ke
arah mereka.
Firdaus berenang
dengan tangan kirinya sambil
sebelah tangannya lagi
menarik Dhieya yang
cuba berenang. Maklumlah!
Tak pandai berenang.
“
Kak Dheiya okay
ke? Tadi macam
takut aje masa
nak jatuh tu!”
tanya Fahmi prihatin.
Risau jugak melihat
kondisi kakak iparnya.
Dheiya senyum nipis
seraya mengangguk.
“
Tu lah! Tapi
sekarang ni nampak
macam dah okey,”
jelas Firdaus.
“
Haruslah okay! Dah
berpeluk sakan bukan
main tadi! Hisy!
kat dalam air
pun boleh jadi
eh along?” usik
Aria selamba.
Yang lain
menghamburkan tawa besar.
Bulat mata Dheiya
mencerlung pada Aria.
kalau tadi wajahnya
pucat kerana takut,
kini wajahnya mula
merah kerana malu.
Tak semenggah sungguh
budak Aria ni!
“
Hey! Mulut kepoh
betullah minah ni!”
Firdaus berpura-pura marah
walhal dalam hatinya
bukan main suka
buat drama dalam
air tu!
Dheiya menarik
telinga Aria perlahan.
Firdaus dan Zaff
ketawa lagi. Fahmi
menunjukkan thumbs up
pada Dheiya atas
habuan yang selayaknya
untuk Aria yang
memang kepochi! Aria
mencebik menunduk tapi
lama-kelamaan dia turut ketawa
bersama mereka berempat
yang tidak putus-putus
mengusiknya. Tak tahan
betullah dengan diorang
ni!
Di dalam
hati, Dheiya sungguh
bahagia. Meskipun rasa
takut akan peristiwa
tadi, itu tidak
mematahkan rasa gembiranya.
Melihatkan akan wajah-wajah
yang rapat dan
baik dengannya, menjadikan
dia semakin sayang
akan insan-insan yang
berada di hadapannya.
Terutama sekali, Firdaus!
###
Demi tidak
mahu menamatkan kegembiraan
itu, Dheiya menaiki
pula jet ski
yang dipandu oleh
Firdaus. Mereka berlawan
siapa paling handal
membuat pusingan untuk
menghasilkan percikan air
yang lebih besar.
Tak ada kerja
sungguh!
Tidak cukup dengan
itu mereka berkayak
pula. Kasihan pada
Dheiya yang sememangnya
takut, Firdaus tidak
membenarkan isterinya menyertai
mereka tetapi jawapan
diterima adalah sebaliknya.
Dheiya berkeras mahu
menyertai mereka dan
dia akan bersama
Firdaus di dalam
kanu yang sama.
Kalau boleh dia
cuba hendak mengatasi
rasa takutnya walaupun
sedikit rasa gayat
dan rasa hendak
tenggelam sewaktu mula
berkayak di laut.
Hanya inilah sahaja
peluang untuk merasai
keseronokkan dan mengalami
pengalaman yang baru
buatnya.
Firdaus teragak-agak
dengan kemahuan Dheiya
tetapi apabila gadis
itu beriya-iya mahu
mengikuti mereka berkayak,
dia akhirnya membenarkan.
Dengan syarat Dheiya
harus duduk dihadapannya
agar mudah dia
mengawasi Dheiya.
Mereka berkayak
tidak jauh dari
pantai. Dari belakang
Firdaus dapat melihat
kegembiraan wajah Dheiya
yang sentiasa senyum
dan petah berceloteh
bertanya itu dan
ini padanya. Malah Dheiya
juga sudah mahir
menggunakan pendayung untuk
mendayung kanu itu.
Tidak kekok langsung.
Selesai semua
aktiviti, mereka bersantai
melepaskan penat dan
lelah di kerusi
malas yang telah
disediakan di kawasan
pantai. Bahang matahari
kian terasa sementelah
jam sudah menginjak
ke angka pukul
dua belas tengah
hari. Mereka berbual
seketika sambil menikmati
minuman air kelapa
muda yang manis
sebelum menuju ke
bilik.
Firdaus menyarungkan
T-shirt merah gelap
berkolar yang disediakan
oleh Dheiya sementara
menunggu gadis itu
selesai membersihkan diri.
Dia meneguk seketika
Pepsi Twist sambil
matanya ralit membaca
emel yang dikirimkan
oleh setiausahanya jikalau
ada hal yang
penting.
Ipad ditutup.
Badannya disandarkan pada
sofa. Matanya dipejam
erat. Dia tersenyum
nipis mengingati segala
aktiviti yang mereka
lakukan bersama dan
Dheiya yang mencuit
hatinya. Teringatkan sewaktu
menaiki banana boat,
betapa cuaknya gadis
itu sehingga mengalirkan
air mata. Hatinya
dicuit rasa bersalah
tetapi perasaan itu
tidak lama selepas
melihat keceriaan wajah
Dheiya sewaktu mereka
bermain jet ski
dan berkayak. Dari
mendung terus bertukar
pelangi mood Dheiya,
tidak lekang dengan
senyuman dan celoteh
ceria gadis itu.
Melihatkan sinar
kegembiraan Dheiya membuatkan
hati Firdaus turut
senang. Dia bahagia
jika gadis itu
turut bahagia. Ini
ke rasanya cinta?
Tapi kenapa tidak
sama sewaktu dia
bersama Karinna dahulu?
Dengan Dheiya dia
mula berubah sedikit
demi sedikit. Tidak
lagi panas baran
seperti dahulu, tidak
kuat merengus dan
melenting. Kehadiran Dheiya
benar-benar membuatkan hidup
dia kembali bercahaya
setelah lapan tahun
dihimpit duka kerana
percintaanya yang terputus di
tengah jalan.
Lamunan Firdaus
terhenti saat figura
yang mengenakan short
sundress separas betis
berwarna merah dipadankan
dengan bersama sehelai
short cardigan berwarna
putih berjalan menuju
ke cermin solek.
Sedondon pulak warna
baju mereka berdua
sekarang ini. Firdaus
tersenyum sendiri.
Seperti semalam
gadis itu gemar
tampil feminine dan
bergaya biarpun ringkas.
Dheiya menyisir rambutnya
yang lembap dan
meletakkan bandana warna
senada dengan cardigannya
di kepala. Firdaus
begitu asyik memerhatikan
Dheiya bersiap sehinggakan
Dheiya naik segan.
“
Awak.”
Diam.
“
Awak!?”
Firdaus diam
lagi. Isy tak
boleh jadi ni!
Tak penat ke
mata tu? Aku
yang naik malu
sekarang ni.
“
Awak!!” Dheiya menjerit
sedikit kuat dari
tadi.
“
Hah?! Apa?”
Firdaus tersedar.
Aduh! Kantoi pulak!
Dia senyum malu
sedikit menunduk menutup
aksinya yang memalukan
diri sendiri.
Atotot! Sweet
pulak dia buat macam
tu! Rasa nak
peluk aje! Dheiya
senyum nipis seraya
melangkah ke arah
suaminya yang tergaru-garu
pipi tu. Dia
menghulurkan tangan. Firdaus
tertanya-tanya.
“
Jomlah! Kata nak
lunch tadi. Saya
lapar ni!”
“
Oh! Okay jom!”
Firdaus menyambut huluran
itu lalu menuju
ruang tamu untuk
membuka pintu bilik.
###
Mereka menikmati
hidangan tengah hari
ala buffet di
Tulip’s Café. Masing-masing
asyik dan leka
dengan makanan yang
terhidang di pinggan.
Kalau dah seharian
berseronok, gelak-gelak manalah
tak lapar! Dah
berirama ombak ganas dah dalam
perut minta tuan
badan isi makanan!
“ Aik!
Senyap aje? Yang
sorang kepochi mulut
tu pun dah
zip mulut dah
ke?” ujar Zaff
mengerling kepada Aria
yang asyik ‘menyudu’
potongan buah-buahan sebagai
hidangan pencuci mulut.
“ Lapar
gilalah Abang Zaff!”
balas Aria tersengih-sengih. Dheiya
senyum sahaja tak
berniat menyampuk perbualan
mereka yang lain.
“ Kak
Dheiya nak pergi
rawatan spa tak?”
tiba-tiba Aria bertanya
pada Dheiya yang
khusyuk mengunyah. Terkebil-kebil mata
itu memandang Aria
yang menanti jawapannya.
Spa? Rawatan spa
yang macam dalam
cerita Spa Qistina
tu ke? Yang
urut-urut badan, kaki
semua tu?
“ Spa?
Ada ke?” jawapan
berupa soalan itu
mendapat senyuman lebar
Aria.
“ Eh!
Mestilah ada! Nak
mengamuk ‘Tuan Besar’
kat sebelah tu
kalau hotel ni
tak buat service
rawatan spa?” seloroh
Aria berbaur perlian
pada Firdaus yang
rancak berborak dengan
Zaff dan Fahmi
yang berkisarkan bola
sepak. Lelaki, normallah!
Dheiya sengih
lebar. Lupa pulak.
Hotel mewah lima
bintang macam ni
takkanlah tak buat
service macam tu
kan? Macam-macam dalam
TV! Yalah dia
kan dari kampung,
mana pernah merasa
buat semua rawatan
spa tu, tak
pernah terlintas di
fikiran pun!
“ Kena
bayar tak?” soalan
Dheiya mengundang tawa
kecil Aria.
“ Kena!
Tapi sebab ada
Mr. Big Boss
kat sebelah akak
tu, kita tak
payah bayarlah!” balas
Aria ceria. Senyuman
happy go lucky
tidak pernah lekang
dari bibir gadis
manis itu.
Dheiya mengangguk
faham. “ Nak
pergi bila?”
“ Ermm..
Petang ni boleh?
Lepas asar Aria
tunggu dekat lobi.
Kulit Aria ni
perit sangat, merah
pulak tu kena
sunburn! Tapi kulit
Kak Dhieya steady
aje putih melepak,
tak merah sangat
pun! Apa petua
akak eh?” Aria
menjongket-jongketkan keningnya dengan
senyuman manis bak
gula Melaka!
Iye ke
kulit aku steady
aje tak kena
sunburn? Tapi mungkin
betul jugak kata
Aria. Dari kecil
lagi dia sudah
dibiasakan berjemur dibawah
terik mentari dengan
membantu arwah ibu
dan ayahnya menanam
sayur di kebun
belakang rumah malah
dia juga diajar
makan ulam-ulaman kampung yang
banyak khasiatnya. Atau
mungkin juga dia
mewarisi genetic dari
ibunya yang mempunyai
kulit yang putih.
“ Takde
apalah. Biasa aje. Makan sayur
banyak-banyak. Tapi Kak
Dheiya suka makan
ulam kampung,” ujar
Dheiya.
“ Wahh!
Makan ulam aje
kulit boleh jadi
macam ni? Hebatlah
Kak Dheiya!” balas
Aria kagum.
“ Tak
semestinya Aria. Kadang-kadang
tengok orang jugak.
Tapi yang pasti
Kak Dheiya amalkan
makanan yang seimbang
dan banyakkan makan
sayur-sayuran. Kurangkan makanan
berminyak dan berlemak,
itu yang penting,”
jelas Dheiya lagi
mengerling dari ekor
matanya pada Aria.
Aria ketawa
mengekek. Sememangnya dia amat gemarkan
makan coklat dan
beverages! Berlemak dan
berminyak jugak tu!
“ Okay,
akan Aria ikut
segala nasihat Master-jie
Dheiya! Jangan lupa
eh nanti petang
tau!”
“ Yes
Madam! Tak lupa!”
janji Dheiya.
Usai sahaja
makan tengah hari
Dheiya meminta diri
untuk ke bilik
sambil ditemani oleh
Aria dan Fahmi
yang mulai tunjuk
wajah keletihan. Letih
main, kenyang makan,
ubatnya tidurlah jawabnya!
Firdaus dan Zaff
masih lagi ralit
berbual apabila masuk
ke perihal kerja.
Daripada melangut, baik
angkat kaki, serah
badan dekat tilam,
lagi heaven!
“ Okay,
you naiklah dulu,
rehat. Muka pun
nampak letih je,”
suruh Firdaus.
“ Nanti
awak nak masuk
macam mana? Kunci
ada dekat saya,”
tanya Dheiya perlahan.
Matanya mulai berair
tanda mengantuk yang
amat sangat.
“ Takpe,
I minta kunci
pendua nanti. You
pergilah naik. Tengok!
Nak bukak mata
pun dah tak
larat!” gurau Firdaus
disambut ketawa Zaff.
Dheiya mengangguk
lemah seraya bangun
melangkah bersama Aria
yang menunggunya di
pintu café. Sebaik
sahaja sampai ke
suite, Dheiya menanggalkan
cardigannya lalu terus
merebahkan tubuhnya ke
katil. Tidak sampai
tiga saat, matanya
mulai layu tertutup
rapat sambil dibuai
angin laut dari
sliding door yang
dibiarkan terbuka separuh.
###
“
Aku tengok kau
bukan main lagi
eh sekarang ni dengan
Dheiya. Bunga-bunga cinta
dalam hati tu
dah tertanam ke?”
ujar Zaff tiba-tiba.
Keningnya sengaja diangkat
tinggi.
Firdaus ketawa
perlahan. Kalau dah
sepanjang masa dia
asyik berkepit aje
dengan Dheiya manalah
si Zaff ni
tak perasan.
“
Well, macam yang
kau tengok sekarang
ni itulah dia,”
jawab Firdaus berkias-kias.
“
Wei bro! Tak
payah nak berkias-kias
sangatlah dengan aku.
Aku tanya tu
boleh tak jawab
jangan nak corner
sana sini, pening
tau tak?” sekali
lagi Firdaus ketawa
dengan rungutan Zaff.
“
Hati aku ni
baru aje nak
pulih Zaff. Baru
nak bukak pintu
ni hah! Cari kunci mangga hati
yang hilang tu,
sekarang ni baru
aje jumpa!” jawab
Firdaus dengan nada
seloroh.
“
Kunci tu Dheiya
lah kan?” giat
Zaff lagi. Mereka
ketawa kuat. Mujur
juga pelanggan di
café ini sudah
tidak ramai, hanya
ada beberapa orang
sahaja termasuklah pekerja
di bahagian itu.
“
Tapi Fir, pintu
hati kau tu
sebenarnya dah terbukak
lama dah, cuma kau aje
yang lembap sangat
tak sedar! Baru
jumpa kunci mangga
hati konon! Poyolah
kau!” kutuk Zaff
lagi, selamba. Firdaus
mengetap bibir geram.
Amboi mamat
ni mulut tak
hengat eh?
“
Kau ni sejak
dah pandai main
mata dengan adik
aku, makin kepoh
mulut kau eh?
Dah berjangkit dari
Arialah ni?” perli
Firdaus, mengerling kepada
Zaff yang ketawa
kecil. lelaki itu
menggelengkan kepalanya.
“
Hahaha! Kalau tak
sebab Aria pun,
memang mulut aku macam ni
apa? Kau aje
yang tak nak
dengar nasihat dari
pakar ni. Ikut
suka kepala aje.
Anyway, apa-apa pun
aku nak cakap
selamat berbahagialah. Aku
happy bila kau
dengan Dheiya. Dari
dulu lagi aku
dah agak, Dheiya
memang untuk kau.
So, kau jagalah
dia baik-baik. Aku
yakin kau boleh
buat lebih daripada
apa yang kau
dah pernah buat
pada Karinna dulu.
Dan aku jugak
yakin Dheiya sesekali
tak akan kecewakan
kau. Tapi satu
aje aku nak pesankan pada
kau, walau apa-apa
pun terjadi jangan
cepat melenting, jangan
cepat buat keputusan
terburu-buru. Takde perkahwinan
yang tak akan
dilanda badai ombak
tau! So, kau
selalulah beringat, terutama
dengan orang yang
berada di sekeliling
kau ni yang
cuba nak ambil
kesempatan. Sesiapapun kau
kenalah beware!” nasihat
Zaff panjang lebar.
Dia menepuk perlahan
bahu sahabat baiknya.
Firdaus tersenyum
nipis. Dia menganggukkan
kepala. Insya-Allah dia
akan sentiasa mendengar
nasihat rakan baiknya,
dan juga nasihat
daddynya.
“
Thanks bro! Kaulah
sahabat aku susah
senang! Takde kau
dan daddy aku,
kusut fikiran aku
ni,” balas Firdaus
menghargai setiap patah
nasihat itu.
“
Alah! Tak payah
nak touching sangatlah!
Kita kan best
buddy sampai ke
Jannah tau! Selalu
kongsi semua masalah!
Tak payah lah
nak ungkit balik!”
kata Zaff ceria.
Firdaus ketawa kecil.
Inilah sahabatnya dari
kecil lagi. Tidak
hairanlah dia jikalau
Aria sememangnya terpikat
pada Zaff.
Lama dan
leka berbual, mereka
bangkit menuju ke lif untuk
ke bilik masing-masing. Keletihan
jelas terasa saat
ini pada wajah
Firdaus. Bagai dapat
merasa tilam yang
empuk dan lembut
apabila tiba di
bilik nanti. Cehh!
Empuk dan lembutlah
sangat! Empuk dan
lembut Dheiya lah
tu!
Jam tangan,
wallet dan telefon
bimbit diletakkan di
atas kabinet meja.
Terus dia menuju
ke almari dan
mencapai seluar pendek
paras lutut lalu
di sarungkan. Langkahnya
diatur menuju ke
katil dan merebahkan
tubuhnya perlahan-lahan. Bimbang
susuk tubuh disebelahnya
tersedar dari tidur.
Wajah yang
berbaring mengiring itu
tampak keletihan namun
tetap nampak jelita
di matanya. Firdaus
mengucup lembut bahu
Dheiya yang terdedah
itu lama sebelum
merayap pada pipi
lalu ke dahi
itu.
Comel betul
Dheiya ni! Manalah
tak aku asyik
berkepit aje dengan
Dheiya!
Gadis itu
tetap lena tidak
berkutik sedikit pun.
Tangannya dilingkarkan pada
pinggang ramping si
isteri sebelum melelapkan
matanya. Bau harum
dari rambut lembut
itu benar-benar mendamaikan
hatinya. Membuatkan dia
lali dan hanyut
terlena di samping
bayu laut yang
menghembus perlahan di
sekitar ruang bilik
dalam suite mereka.