“ So, macam
mana masalah kau
dengan Karinna? Dah
settle ke?” tanya
Zaff sebaik sahaja
mereka selesai bermesyuarat
dengan klien.
Suasana makan
tengahari di Putra
Palace ni seperti
biasa. Alang-alang sudah
berada di sini, baik
ngap aje kat
sini terus! fikir Firdaus.
Zaff mengetip
jarinya dekat dengan
wajah Firdaus yang
tidak memberikan respon
akan soalannya tadi.
“
Oit! Dengar ke
tidak ni?”
Firdaus mengeluh
lemah. Malas betul
nak borak pasal
ni. Memang bikin
serabut otak aku!
“
Hemm! Dengar!” balasnya
Firdaus dingin.
“
So? Macam mana?”
Firdaus berdecit
lemah. Ni satu
lagi. Nak cerita
dari A sampai
Z pulak! cerita
je lah Fir
ooii!
“
Aku sekarang ni
tak tahu nak
buat keputusan macam
mana,” cerita Firdaus
sekerat.
“
Tak tahu? Lah!
Ni apa cerita
pulak? Bukan ke
kau kata kau
memang dah tak
nak dengan dia
lagi? Ni cerita
sekerat buat aku
pening,” tukas Zaff.
Hidangan yang
dipesan sudah tiba.
Waiter tersebut meletakkan
hidangan di hadapan
mereka dengan berhati-hati.
“
Thanks,” ucap Zaff.
Firdaus terus menghirup
apple juice. Nikmatnya!
“
Aku baru tahu
rupa-rupanya mummy aku
yang plan semua ni. Lin pun
terlibat sama,” Firdaus
memulakan cerita.
“
Maksud kau?” soal
Zaff. Keningnya terjongket.
Firdaus menghela
nafasnya panjang sebelum
menceritakan perihal sebenar.
Perihal ugutan mummynya
pada Karinna, kematian
arwah Kiranna dan
semuanya.
Zaff tersentak.
Dia sendiri tidak
menduga sejauh itu
tindakan Puan Sri
Sy. Faridah. Hanya
kerana Karinna tidak
berharta juga tidak
berpangkat, wanita itu
sanggup meragut cinta
dan kebahagiaan anak sendiri.
“
Aku tak sangka
sampai macam tu
sekali. Kesian Karinna.
Bukan kau aje
yang terseksa, dia
pun derita sama.
Aku speechless sekarang
ni,” luah Zaff
kesal. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Firdaus tertunduk.
Jauh dalam hati
dia sebenarnya malu
dengan Zaff, malu
pada Karinna kerana
sikap mummynya yang
jelas gila pangkat
dan darjat.
“
Aku lagilah malu
Zaff, malu sangat
dengan perangai mummy
aku tu. Aku
tak tahu tergamak
dia buat macam
tu, sampai buat
arwah Kiranna tu
meninggal walaupu dia memang dah sakit. Itu yang
aku kesal sangat.
Sekarang ni aku
tak tahu macam
mana nak berhadapan
dengan Karinna lagi.
Selama ni aku
terlalu yakin yang
Karinna memang bersalah
tinggalkan aku. Aku
tuduh dia macam-macam.
Aku tak sangka
dia berkorban sampai
macam tu sekali.
Dia tak nak
aku benci dengan mummy aku sendiri
hanya disebabkan dia.
Aku menyesal sangat
tak dengar penjelasan
Aria dulu. Entahlah
Zaff, aku rasa
macam dah penat
sangat dengan semua
ni,” luah Firdaus
penuh kekesalan, keecewaan
terhadap mummynya.
Lelaki meraup
wajahnya berkali. Hatinya
benar-benar di dalam
dilema. Sememanganya dia
marah, kecewa dengan
sikap Puan Sri
Sy. Faridah tetapi
dalam masa yang
sama dia berbelah
bahagi. Antara simpati
terhadap Karinna dan
rasa yang kian
aneh terhadap gadis
yang bernama Dheiya.
Entah sejak bila
nama gadis polos
itu mula menyelinap
di ruang hatinya.
Sudah berapa
kali ditebak hatinya,
sayangkah dia kepada
Karinna? Sebelum kejadian
itu, dia yakin
sayang dan cintanya
sudah mati, tapi
kini dia tidak
pasti. Namun apa
yang yakin rasa
aneh itu lebih
kuat dari rasa
simpati.
Tuhan! Apakah
yang ingin Kau
tunjukkan padaku? Bisik
Firdaus dalam hati,
penuh mengharap.
“
Aku pun tak
tahu nak cakap
macam mana Fir.
Makin rumit pulak
aku rasa. Sebab
tu dulu aku
dah nasihat, kau
jangan terlalu cepat
menghukum selagi kau
belum tahu hal
sebenar. Sekarang ni
apa kau nak
buat? Aku yakin
Karinna nak balik
dengan kau balik
tapi kau macam
mana? Apa kata
hati kau?” Zaff
memandang wajah suram
Firdaus.
Selagi dia
boleh menolong, dia
pasti akan menolong
sahabat baiknya itu.
Benarlah kata orang,
ramai kawan untuk
ketawa, tapi hilang
ramai kawan untuk
sama berduka.
“
Entahlah aku tak tahu nak
buat apa. Cuma
aku nakkan penjelasan
kenapa mummy aku
sanggup buat macam
tu. Aku serba-salah
dengan Karinna, dengan….,”
belum sempat Firdaus
menghabiskan ayatnya, Zaff
pantas menyambung.
“
Dengan Dheiya? Aku
rasa itu yang
paling buat kau
serabutkan? Sekarang ni
kau serba salah
dengan Karinna and
Dheiya. Sama ada
kau nak pilih
Karinna atau Dheiya.
Aku faham Fir.
Kau tak perlu
nak straight to
the point sangat,”
terungging senyuman dibibir
jejaka itu.
Firdaus kaget.
Dia menjongketkan keningnya.
Lantas dia ketawa.
Ketawa yang ikhlas
dan tak ikhlas.
“
Asal kau gelak?
Memang ya pun.
Aku tak kisah
Fir kau dengan
siapa, tapi kali
ni kau fikir
guna akal dan
hati kau sekali,
siapa yang ada
dalam hati kau
tu. Memang sekarang
kau rasa bersalah
dengan Karinna, tapi
Fir hidup dengan
rasa simpati ni
takkan kekal lama,
kau jugak yang
terseksa nanti,” nasihat
Zaff.
Firdaus tersentak.
Makanan yang kunyah
bagaikan kaca yang
perit dan tajam
menikam, seolah memarahi
dirinya yang terlalu
ego untuk mengakui
rasa dihati.
“
So, sekarang ni
kau nak suruh
aku pilih Dheiyalah
sebab kononnya aku
syok kat dia,
macam tu?” tebak
Firdaus, sinis, masih
cuba menutup rasa
hati.
“ Bro, ni
bukan ‘kononnya ‘ lagi,
ni memang betul.
Cuma kau tu
aje ego sangat
nak mengaku. Kalau
tak takkan kau
kusut macam ni.
Kalau betul kau tak
rasa apa-apa pada
Dheiya tu, mesti kau
dah terima Karinna
tu awal-awal lepas
kau tahu semua
ni. Tak mustahil
cinta yang mati
kembali berputik kembali
OR tak mustahil
jugak cinta pertama
kononnya tiada pengganti
tu akan datang
lagi, maybe lebih
hebat dari cinta
pertama tu. Kuasa
Allah, tiada yang
mustahil bagi Dia,”
Zaff menjongket-jongketkan keningnya.
Firdaus menjeling.
Pening kepala dia
dengan teori madah-bermadah cinta
Zaff.
“
Ego? Salah ke
aku ego?” sinis
jawapan Firdaus.
“
Aku tak kata
salah, tapi jangan
terlalu junjung sangat
ego kau tu,
nanti makan diri.
Sekarang ni kau
boleh lah bohong
aku, tapi kau
tak boleh bohong
hati kau Fir,
tak boleh bohong
yang sebenarnya sukakan
Dheiya. Sebab tu
kalau boleh kau
tak nak hilang
Dheiya”.
Ulasan Zaff
mencekik tangkai jantung
Firdaus. Suka? Tak
mungkin! Tapi kenapa
bila masalah Karinna
ni mesti aku
terfikirkan Dheiya.
Dheiya!
---------------------------------
Dheiya tersentak!
Dia berpaling ke
belakang. Ke kiri
dan ke kanan.
Tiada. Habis tu
kenapa aku macam
dengar ada orang
panggil aku aje.
Tiba-tiba bulu
roma gadis itu
berdiri tegak. Dheiya
menelan liur. Hisy!
Jangan buat pasal!
Jangan fikir yang
bukan-bukan, dahlah aku
duduk sorang-sorang ni.
Pantas bibir
mungil itu membaca
ayat Kursi dan
beberapa surah lain
serta zikir. Untuk
mengelakkan ‘ rasa seram ‘
bulu roma! Kerana
benda-benda halus ni
tak tahan dengar
ayat-ayat suci kalimah
Allah S.W.T sebab
panas!
Tak ada
apalah! Perasaan aku
aje. Tapi kenapa
aku rasa macam…macam..
macam Firdaus panggil
nama aku. Panggil
‘ Dheiya ‘. Aku dapat
rasa.
Ah! Mengarutlah!
Bukannya ‘ Tuan Harimau ‘
tu ada dekat
sini pun nak
panggil aku.
Jam comel
berbentuk ‘ Hello Kity ‘
yang tergantung di
dinding itu dipandang.
Sudah pukul lima
petang. Dia masih
belum solat asar
lagi. Sepantas mungkin
disiapkan kerjanya.
Jam ‘ Hello
Kity ‘? Hahaha.. Silalah
gelak. Kelakar betul.
Macam mana jam
macam tu boleh
tersesat kat situ?
Entahlah. Dheiya pun
tidak tahu. Sejak
dia menjejakkan kakinya
ke penthouse mewah
ini, jam comel
itu sudah pun
tergangtung di situ.
Hahaha… tak
sangka! ‘ Tuan
Harimau ‘ yang
garang, serius dan
suka tayang muka
masam tu ( kekadang je )
berhati kiut! Jambu!
Hahaha..
Siang berganti
malam. Jam menunjukkan
pukul lapan tepat
malam. Sebentar lagi
pasti loceng berbunyi.
Satu.. dua..
tiga..
Ting tong!!
Dah kata
dah! On time!
Punctual betul!
Dheiya membuka
pintu dan membuka
kunci gril. Senyuman
manis dilemparkan kepada
lelaki itu. Walaupun
letih, masih tetap
kacak!
Rutinnya dijalankan,
mengambil briefcase dan
kot Firdaus, menyediakan
minuman Firdaus. Biarpun
dia hanya ‘ belian ‘
lelaki itu, tanggungjawabnya dijalankan
juga. Dapat pahala
berbakti pada suami
walaupun ‘ si dia ‘
tak pernah kisah!
Seperti biasa
tepat sahaja lapan
dua puluh minit
malam, dia mula
menghidangkan makan malam
yang ringkas kerana
Firdaus tidak makan
banyak. Jikalau boleh
makanan yang kurang
berminyak. Tapi yang
selalu dia hidangkan
ialah salad yang
diletakkan sedikit ayam
yang direbus dan
dipotong kecil, daun
salad, tomato kecil,
carrot yang dihiris
nipis dan memanjang,
kubis sagat yang
rangup berwarna ungu,
sedikit vegetarian mayonis.
Kadang-kadang dia menukar
sedikit menu salad
itu, supaya tidak
terlalu jemu. Berkat
tunjuk ajar AFC
dan Astro Lifestyle!
Itu semua
sudah memadai. Tidak
makan nasi pun
tak apa. Diet
yang seimbang. Kalau
dulu ulamlah yang
menjadi hidangan tetap
Dheiya, tetapi sejak
mula mengenali lelaki
itu, dia sudah
kenal apa itu
salad. Yalah dikampung,
mana ada makanan
seperti itu. Salad
tu kan mat
salleh punya tekak!
Firdaus seperti
biasa, mengenakan track
bottom ataupun seluar
pendek paras betis,
berT-shirt atau baju
tidak berlengan. Ikut
mood dialah. Kadang-kadang
si Dheiya ni
yang sesak nafas
nak bernyawa tengok
penampilan Firdaus yang
seksi tu! Seksi
ke? Yelah, pakai
apa pun, still
tetap nampak body
Firdaus yang tegap
dan berotot tu.
Lagilah kalau dia
pakai T-shirt tanpa
lengan. Fuhh! Memang
blocking ruang thoracic
ni, oksigen tak
sampai!
“
Awak, makan,” panggil
Dheiya. Firdaus mengangguk
lalu duduk di
kepala meja. Mereka
menikmati makan malam
dengan suasana yang
sunyi. Dheiya tidak
berani hendak menegur
melihatkan wajah keruh
Firdaus.
Ada masalah
lah tu!
Makan malam
yang hanya selama
lima belas minit
itu berlalu sebegitu
sahaja. Dheiya siap
mengemas meja. Dia
membuang arah ke
susuk tubuh yang
sedang berbaring pada
kerusi di tepi
balkoni yang luas
itu.
Port aku!
Jerit Dheiya dalam
hati.
Termenung lagi?
Apa masalah dia
agaknya? Dheiya mengigit
bibirnya. Belum sempat
kakinya melangkah ke
arah balkoni, telefon
rumah berdering. Dia
mengangkat cordless phone
tersebut sambil mata
masih memerhati Firdaus.
Daddy kot,
getus Dheiya.
“
Hello..,” belum sempat
Dheiya menjawab satu
suara halus menegur
dari talian sana.
Dheiya terkesima. Terkaku
dia disitu.
“
Hello, are you
there? Hello,” panggil
suara itu lagi.
Dheiya tersentak pantas
dia menjawab. Firdaus
masih leka memandang
langit di balkoni.
“
Ya, ya. Maaf.
Nak cakap dengan
siapa ya?” tanya
Dheiya dengan suara
dipelatkan gaya bibik
Indonesia. Dia tidak
mahu pemanggil di
sana mengesyaki yang
bukan-bukan, pasti Firdaus
susah nanti kerana daddy
dan Zaff sahaja
yang mengetahui kewujudan
Dheiya.
Ni
semua berkat tengok
sinetronlah ni!
“
Oh ni maid
baru Firdaus ke?
It’s okay, cakap
dengan Tuan Firdaus
you yang girlfriend
dia call. I
call handphone dia
tak angkatlah,” suara
lunak manja itu
bagaikan menggegarkan jantung
Dheiya.
Maid?
Serasa mahu
rebah sahaja dia
disitu, namun tangannya
memegang kuat meja
yang meletakkan cordless
phone tersebut. Bibirnya
menggigil. Suara manja
itu tajam menghiris
menyiat hatinya.
“
Hello! You dengar
ke tak ni?”
panggil sekali lagi
suara manja itu.
Dheiya memegang
erat gagang phone
tersebut lalu menjawab.
“
Ya, iya maafkan
saya. Saya ngerti.
Bisa saya nyampaikan
pada Tuan. Bisa
enggak saya tahu
siapa di sana?”
“
Oh, cakap pada
Tuan you yang
Karinna call, okey,
bye,” terus talian
dimatikan.
Dheiya hanya
terpaku di situ.
Memandang sepi cordless
phone ditangan lalu
diletakkan perlahan ke
tempatnya. Serasa mahu
kuruh jantungnya. Sakit
dan peritnya hati.
Kenapa perlu
aku rasa sakit?
Aku sendiri dah
tahu yang aku
dan Firdaus tak
akan ada apa-apa
hubungan. Aku cuma
wanita yang dibelinya.
Perpisahan pasti akan
terjadi antara aku
dan Firdaus, suatu
hari nanti.
Dheiya memandang
jauh susuk tubuh
Firdaus yang terbaring
di kerusi. Air
matanya gugur sendiri
tanpa dipinta.
Firdaus.