6 Januari 2012
Aku berdebar
menunggu giliran namaku
untuk dipanggil pada bila-bila
masa sahaja. Titik
pertemuan aku dan
dia bermula di saat….
“ Cik
Armisya Syuhada Amri.
Sekarang giliran awak
pulak untuk masuk ke dalam,”
panggil gadis berbangsa
Cina yang juga berbaju
kurung Pahang itu
yang tersenyum manis
ke arahnya. Setiausaha
agaknya, desis Armisya
dalam hati.
Senyuman gadis
itu dibalas seraya
dia bangkit berdiri,
fail ditangan dipeluk
kejap dan mengatur
langkah menuju ke bilik
yang dikhaskan untuk
temuduga pada hari
ini. Baju kurung
moden biru laut
serta shawl dua tona dikemaskan
sedikit. Armisya menarik
nafas panjang seraya
membaca ayat penenang
hati.
Nervous ni!
Dalam hati, dah
macam-macam taufan ada!
Dah menggila sakan
darah gemuruhnya. Ya
Allah! Kau permudahkanlah urusanku
ini. Amin….
Pintu kayu
itu diketuk tiga
kali sebelum suara
dari dalam mengarahkannya masuk.
Dengan lafaz Basmalah,
Armisya menolak perlahan
pintu kayu itu.
Senyuman semanis-manis boleh
dia tayangkan pada
penemuduga dihadapannya.
Okay! Tiga penemuduga!
Lelaki pulak tu,
bisik Armisya dalam
hati. Aduh! Masak
aku. Kalau ada sorang
perempuan tak boleh
ke hah? bebel
Armisya lagi.
‘ Eh! Kau
yang nak interview orang
ke kau yang
nak kena interview ni?’
‘ Diamlah! Aku
dah lah nervous ni!’
bergaduh pulak suara-suara
dalam hatinya.
“
Assalamualaikum and
good morning,” Armisya
menunduk sedikit seraya
memberi ucap salam. Dia
maju langkah ke
hadapan lalu menghulurkan
fail yang dipegagnya
tadi. Senyuman manis dihadiahkan
pada panel temuduga. Sempat
lagi matanya memandang
satu-persatu wajah tiga
lelaki dihadapannya, tapi
sumpah semua muka
memang serius gila!
Okay! Memang scary! Tapi takpa,
Bismillahirahmanirrahim…
“ Waalaikumussalam. You may
sit now,” balas
lelaki yang duduk
ditengah itu. Muka…
boleh tahan serius
jugak ni! sempat
lagi Armisya komen!
Lelaki yang
duduk ditengah itu
mula menyelak-nyelak fail
yang penuh dengan
sijil, manakala lelaki
di kiri Armisya
pula sedang menyemak
resume, butir-butir
peribadi yang telah
dia isi tadi.
Lelaki berkaca mata
di kanan Armisya
pula nampak khusyuk
dengan laptop Apple di
hadapannya.
Armisya hanya
senyap. Gementar memang
tak boleh hilang
lagi ni. Nak
hilangkan, matanya mula
merayau ke sekeliling
bilik yang boleh
tahan luas. Luas macam hall
rumah kakak dia
dah!
Dalam pada
mata duk merayau-rayau
tu, tertangkap perilakunya
oleh sepasang mata
yang wajahnya terlindung
di sebalik skrin Apple
di hadapan. Tersenyum
kecil dia melihat
sikap gadis muda
dihadapannya. Macam budak-budak!
But she
so cute!
“ Okay
Miss Armisya Syuhada.
Let’s start our
session now. Please
introduce yourself,” arah
lelaki yang duduk
di kiri Armisya.
Bersama nafas
di hela panjang,
Armisya mula memperkenalkan dirinya.
Gemuruhnya hilang sedikit
demi sedikit dan
dia mula selesa
dan yakin berbicara.
Santai dan bersahaja
mereka menemuduganya walaupun
lelaki yang duduk
di tengah dan
kirinya yang banyak
menyoal berbanding lelaki
yang berkaca mata
di kanan dia.
Jujur Armisya
rasa tak selesa.
Acapkali dia perasan
dari ekor mata,
lelaki yang memakai
kaca mata itu
kerap memandangnya. Dengar
suara dia bila
lelaki Cina dan
lelaki Melayu di
tengah ini bertanya
pendapat dia. Namun,
Armisya buat-buat tak
nampak. Dia cuba berlagak tenang
padahal dalam hati
nak aje cakap,
“ Encik
ni dah kenapa
pandang-pandang saya?”
Kalau cakap
macam tu, kirim
salam ajelah nak
dapat kerja ni.
Jadi, baik buat
tak tahu aje.
Bukan apa, nasib
baik lelaki yang
pandang dia ni
boleh tahan handsome!
PINTU ditutup
perlahan oleh Viviane
yang ditugaskan untuk
membantu mereka bertiga
dalam temuduga sebentar
tadi. Hadi dan
Eric masih tekun
membelek kertas calon-calon
temuduga tadi dan mengasingkannya pada
tiga bahagian.
Dia
masih kejap memegang
sekeping kertas yang
mengandungi butir-butir peribadi
calon temuduga tadi.
Matanya tajam menatap
gambar yang turut
dikepilkan sekali bersama
kertas tersebut. Memorinya
sudah menghafal isi-isi
butir peribadi calon
tersebut.
“
Hai Encik Nazrul,
dari tadi lagi
duk pegang kertas
calon tu aje.
Dah tangkap masuk
dalam hati ke?”
usik Hadi di
sebelahnya. Eric yang
mendengar ketawa kecil.
Dia tersengih dengan
usikan Hadi. Cermin
mata berbingkai diturunkan
lalu diletakkan di
atas meja.
“
Calon yang sesuai
dan dicari-cari,” balas
dia selamba.
“
Sesuai untuk jawatan
Admin Excutive
ke, sesuai untuk
jawatan isteri? Semacam
aje tengok kertas
tu. Dah tembus
jauh dah!” tambah
Eric pula.
Hadi
ketawa kuat. Amboi
bukan main Eric
ni! Tak kias-kias
dah nak tembak,
main straight the point
je ni! Nasib
Encik Nazrul ni
jenis sporting, melayan aje
kepala tak betul
Eric.
“
Yang first position tu
betul. Dan yang second
position tu pun…
betul jugak,” jawab
Nazrul selamba.
Tersentak Eric
dan Hadi. Biar
betul bos ni?
Baru je interview tadi
dah terus tangkap
masuk dalam hati?
Nampak macam serius
aje bos ni. Muka tenang
pulak tu.
“ Boss,
are you serious?”
soal Eric dengan
rasa tak percaya.
“
Why not?
Tak boleh ke?
I lelaki, dia
perempuan. So, tak salahkan?”
“
Kenapa tiba-tiba aja?” tambah
Eric lagi. Hadi
terkulat-kulat dengan jawapan
serius bos mereka
ni. Impossible betul la!
Tapi boleh jadi possible
ni!
“
Pernah dengar love at
first sight And…
She’s good, from
this testimonial and
her results. We
will take her
and finalize the
best of three
candidates and send
them an offer
later. By next
week, they should
be in the
office,” Nazrul terus
mengeluarkan arahannya.
Apple di
meja di tutup,
kaca mata dipakai
kembali lalu terus
melangkah keluar dari
bilik temuduga tadi
meninggalkan Hadi dan
Eric terkulat-kulat dengan
jawapan siap pakej
dengan arahan dan
keputusan sekali!
Okay! Bos
memang serius! Love at
first sight. Memang
si dia ni
bawak tuah.
SEBAIK selesai
menjalani sesi temuduga,
Armisya berjalan keluar
dari bangunan NAZ’S
Royale Group yang
berdiri megah di
Bandar Ampang Jaya.
Jam jenama Guess
dipergelangan tangan kanan
dijeling. Masih awal
lagi, baru pukul
10.30 minit pagi.
‘ Hmm… lama
jugaklah aku kena interview tadi,
dekat setengah jam.’
“
Nak pergi mana
ya lepas ni?
Awal lagi nak
balik rumah,” fikir
Misya lama. Nak
balik rumah di
Titiwangsa memang dia
tak ada mood, lagipun
dah alang-alang kat
luar ni kan?
Terpandangkan papan tanda
LRT Rapid KL,
dia tahu hendak
ke mana.
Stesen LRT
dituju lalu mesin
tiket dihampiri. Setelah
membayar, token Rapid
KL berwarna biru
diambil dan menuju
ke arah platform
ke Sentul Timur.
Sementara menunggu LRT
tiba, novel yang
sememangnya sengaja dibawa
dikeluarkan dan dibuka
muka surat yang
telah diletakkan penanda.
LRT
yang baru tiba
dinaiki sehingga berhenti
di stesen Hang
Tuah untuk menukar
ke monorel. Hari
bekerja begini tidak
ramai orang yang
bersesak ke tempat
yang ingin dia
tuju. Dia terus
keluar sebaik sahaja
monorel yang dinaiki
sudah sampai di
stesen Imbi.
Suasana Berjaya
Times Square shopping mall sedikit
lenggang namun tidak
mencacatkan pemandangan Times
Square mall yang menjadi
target orang sepertinya
untuk membeli-belah dengan
harga yang murah
dan berpatutan. Butik pakaian dia
hampiri, kut-kut bolehlah
rembat sehelai dua skirt
ataupun slack. Blouse pun boleh
tahan cantik, siap
ada diskaun lagi!
Habis membeli
dia berjalan lagi
sambil matanya tak
lepas daripada melihat
display items di
hadapan kedai sehingga
tidak menyedari yang
di hampir terlanggar
seseorang. Mujur tak
terpeluk saja lelaki
dihadapannya ini.
“
Maaf! Saya tak
sengaja. Maaf ya?” ujar
Armisya sungguh-sungguh. Lelaki
dihadapannya tersenyum pendek.
“
Takpa. Tapi lain kali jalan
tengok depan ya. Err…
By
the way, saya rasa
macam kenal aje awak
ni. Awak Misya
kan? Armisya, right?” balas
lelaki memandang tepat
wajahnya.
Armisya kaget.
Dahinya berkerut gigih
mengingati lelaki yang
mengenali dia. ‘ Aku
tak berapa ingatlah
mamat ni.’
“
Hmm… Awak
tak ingat saya?
Kita kan satu
kuliah Prof. Aziz.
Saya Saiful,” lelaki
itu memperkenalkan dirinya.
Lambat-lambat barulah Armisya
senyum.
“
Oh awak rupanya!
Maaflah, tak berapa
nak cam sangat.
Ramai kan satu
kuliah dulu tapi
saya ingat sekali
kita pernah satu team
untuk task yang Prof.
Aziz bagi,” balas
Armisya. Saiful tersenyum
lebar. Siapalah tak
suka bila gadis jual mahal
dan cantik manis
bernama Armisya ini
masih ingat pada
dia walaupun tadi
berkerut dahi nak
ingat siapa dia.
“
Nasib baik awak
ingat. Kita baru
aje grad dua bulan
lepas, awak dah
jadi pelupa. Eh,
awak datang sini sorang
aje ke?” luah
Saiful gembira. Gembira
sangat bila gadis
yang dipuja dalam
diam menyambut baik sapaan
dia tadi.
“
Macam yang awak
nampak, ada ke bodyguard nak
teman saya?” gurau
Armisya tersenyum. Saiful
ketawa kuat.
“
Kalau dah macam
tu, if you don’t
mind, can we
have a lunch
together? Dah lama
tak jumpa kan?”
pelawa Saiful dengan
rasa hati yang
penuh berharap.
Armisya menoleh
si Guess di tangan.
“ Hurrmm… Bolehlah jugak.
Dah nak masuk
waktu lunch ni tapi
tak boleh lamalah
sebab kalau boleh
saya nak balik
lepas Zohor. Is it
okay with you?”
“
Naa… Saya
okay aje. Jomlah!
Saya belanja hari
ni,” jawab Saiful
teruja.
Mereka berjalan
beriringan menuju ke lif untuk
ke tingkat G
sambil berbual ramah.
Restoran Rasa Utara
yang mulai penuh
dengan pelanggan dihampiri
mereka. Sambil menunggu
pesanan tiba, mereka
berbual panjang. Tidak
terlalu kekok seperti
zaman unviersiti dahulu.
Apa pun Saiful
amat bersyukur dapat
bertemu kembali dengan
Armisya. Kiranya tuahlah
dia diminta oleh
bosnya melawat outlet di
sini.
“ MACAM
mana interview tadi? Okay
tak?” soal kakaknya
ketika Armisya membantu
dia menghidangkan makan
malam.
Armisya menjongketkan
keningnya berkali-kali bersama
senyuman penuh makna.
Arina geram. Eh
budak ni! Kita
tanya dia, boleh
tayang muka perasaan
comel dia tu?
“
Kakak tanya ni
Misya. Macam cakap
dengan kain buruk
je!” bebel Arina.
Armisya ketawa
kecil. Sensitif betullah
kakaknya yang sorang
ni. Tak sabar
langsung. Bahu kakak
kesayangannya dipeluk erat. Muncung panjang
Arina ditepuk perlahan.
“
Amboi muka! Macam
asam kelubi. Kelubi
tu pun tak
masam macam ni
tau!” usik Armisya
seraya ketawa kecil.
“
Hmm… muka dah masam
macam tu adik
dah buat apa
dengan kakak ni?”
sampuk suara garau
dari arah tangga.
Armisya tersengih nakal
sambil tunjuk tanda peace.
“
Adik abang ni
memang suka sangat
kenakan orang!” rungut
Arina.
Ariff menggelengkan
kepalanya melihat telatah
dua beradik itu.
Dah biasa dengan
fenomena buli dan
dibuli ni. Armisya
yang suka mengusik
si kakak yang
kaki merajuk. Tapi
dia senang dengan
dua wanita yang
dianggap penyeri dalam
rumah dan juga
keluarganya.
“
Adik ni kan…”
saja Ariff buat-buat
marah. Armisya tayang
muka toya.
“
Jom makan!” jerit
Armisya terus menuju
ke ruang makan
dan menarik kerusi.
Tergeleng-geleng Arina dan
Ariff dengan sikap
Armisya. Macam budak-budak!
“
Tengok tu bang!
Suka mainkan-mainkan orang.”
“
Adik sapa? Adik
sayang kan?” balas
Ariff selamba terus
menyertai Armisya di
meja makan.
“
Hesy! Asyik
aku yang kena
je!” keluh Arina
lalu melangkah keluar
dari dapur menuju
ke meja makan.
Makan malam
yang ringkas tapi
bermakna buat mereka.
Bagi Armisya, Arinalah
satu-satunya saudara yang
dia ada di
dunia ini. Hidup
yatim piatu bukanlah
mudah apatah lagi
disaat dia sedang
membesar dan amat
memerlukan kasih sayang
ibu dan abah.
Diusia 17
tahun, sebaik sahaja
Armisya selesai bergelumang
dengan peperiksaan SPM,
dia menerima sebuah kejutan
tentang pemergian kedua-dua
ibu dan abah
akibat kemalangan jalan
raya sewaktu abah
menjemput ibu di
pejabat.
Perasaan dia
hanya Tuhan yang tahu
apatah lagi saat
itu, kakaknya Arina
akan menduduki peperiksaan
semester. Hidup mereka
berdua terumbang-ambing tanpa
arah apabila nakhoda
yang diharapkan untuk
mengemudi sudah dipanggil
menghadap Ilahi.
Rebah ke
tanah melihat jasad
kaku abah dan
ibu diusung keluar
dari rumah menuju
ke tanah perkuburan.
Air mata yang
mengalir tidak dihiraukan.
Hanya tangisan duka
merajai hati mereka
dua beradik.
Tambahan pula,
ibu dan abah
masing-masing sebatang kara,
tiada saudara-mara lain.
Hikmah di sebalik
pemergian ibu dan
abah, menjadikan Arina
dan Armisya lebih
menghargai antara satu
sama lain. Membuatkan
mereka perlu bangkit
berdikari di kaki
sendiri demi meneruskan
kehidupan.
Usai
sahaja majlis pengebumian
abah dan ibu,
Armisya di bawa
tinggal bersama kakaknya
yang tinggal menyewa
bersama enam rakan
yang lain. Arina
tidak sanggup meninggalkan
Armisya keseorangan sementelah
mereka cuma tinggal
dua beradik. Dari
situ, Armisya mula
bekerja secara sambilan
sementara menunggu keputusan
SPM diumumkan dan
Arina harus meneruskan
pengajiannya yang masih
berbaki empat semester
di Universiti Malaya.
Bagi
Armisya, dia tidak
mahu terlalu membebankan
kakaknya yang masih
lagi menuntut di universiti apatah
lagi dia juga
menumpang di rumah
sewa itu. Biarpun
dia masih muda, tetapi
dia sedar dia
perlu membantu meringankan
beban Arina dengan
bekerja sementara waktu.
Sebaik sahaja
keputusan peperiksaan diumumkan,
dengan keputusan SPM
yang membanggakan, Armisya
mendapat tawaran untuk
program asasi selama
setahun di Universiti
Malaya dan terus
menyambung pengajian ke
peringkat Degree di universiti yang
sama dengan biasiswa
JPA yang dipohonnya.
Apabila Arina
tamat belajar, dia
tetap tinggal bersama
kakaknya sehinggalah Arina
menamatkan zaman bujangnya
tujuh bulan yang
lepas. Armisya bersyukur
Abang Ariff menerima
kehadirannya bahkan bagi Arina,
penerimaan Ibu Najmah
dan Ayah Rashid,
ibu dah ayah
Abang Ariff umpama
mengisi kesepian kasih
sayang setelah pemergian
ibu dan abah.
Malah, ibu dan
ayah Abang Ariff
telah menganggap dia
dan Arina seperti
anak mereka sendiri.
Berkat sokongan
Arina, Armisya berjaya
menamatkan pengajian dengan
keputusan First Class B.Hons
of Business Administration. Bila
sudah tamat belajar,
terdetik di hati
Armisya untuk tinggal
berasingan namun dibantah
sekeras-kerasnya oleh Arina.
Aku
nak pindah la. Tapi
kakak memang takkan
bagi. Bukan apa,
tak syok la
duduk sini lama-lama.
Segan walaupun kakak
dengan Abang Ariff
langsung tak kisah.
Tapi sampai bila
aku nak kena
bergantung dengan kakak
kan? Dia pun
ada hidup dia
sendiri, mana tahu
ada anak tak
lama lagi kan?
Takkan lah aku
nak menempek kat
sini lagi? Hisy!
Macam mana eh
nak pujuk kakak
ni?
“ Nak
buat apa Misya
nak pindah? Duduk
dengan kakak kan
senang? Apa lagi
yang tak cukup
dalam rumah ni?
Cuba bagitau kakak?”
bantah Arina keras.
“ Bukan
macam tu kakak.
Cukup, semua cukup.
Cuma Misya tak
sedap la, macam
ganggu privasi kakak
dengan Abang Ariff,”
jelas Armisya perlahan.
Memandang wajah kakaknya
untuk meraih simpati.
Belum sempat
Arina membalas, Ariff
menyampuk pula.
“ Adik
kan baru habis
belajar. Kerja pun
belum dapat lagi.
Macam mana nak
pindah rumah? Lagipun
siapa nak teman
kakak, kalau abang outstation jauh?
Kalau ibu dan
ayah tahu mesti dorang
tak benarkan.”
“ Dengar
tu?” perli Arina.
Tangannya disilangkan.
“ Okay,
macam ni. Kalau
adik nak pindah
jugak, duduk dengan
ibu ayah abang.
Senang. Abang dan
kakak tak risau
sangat kalau jadi
apa-apa pada adik.
Okay? Deal?” pujuk Ariff,
kali ini dengan
cara lebih berdiplomasi.
Pada mula
Armisya mengenali Ariff,
dia sendiri kekok
untuk berbual dengan
Ariff. Gelaran Abang
Ariff di awal
perkenalan terus gugur
jadi abang dan
Ariff selesa memanggilnya
dengan panggilan adik.
Yalah, itukan abang
ipar dia, segan
la jugak walaupun
kakaknya, Arina tidak
ambil kisah. Tapi
Armisya percaya, semesra
mana pun dia
dan Ariff, dia
yakin cinta dan
kasih sayang Ariff
takkan luntur pada
kakaknya.
“ Lagilah
tak nak duduk
dengan ayah ibu
abang Ariff. Nanti
menyusahkan dorang pulak,” bantah
Armisya tegas.
“ So, duduk
dengan abang dan
kakak. Tak payah
pindah. Titik,” putus
Ariff.
Armisya mengeluh
lemah. Dia tersandar
di kepala sofa.
Arina tersenyum senang.
Kalau suaminya mula
masuk campur, memang
Armisya tak boleh
cakap banyak. Bukan
senang nak kompromi
dengan Armisya yang
degil ni.
Bukan apa,
Armisya tidak selesa
jika berterusan tinggal
bersama kakaknya. Segan
dia makin menebal
walaupun dia tahu
Abang Ariff dan
kakaknya langsung tidak
kisah. Tapi kalau
cakap pun bukannya
dorang nak
faham kan?
“ Tapi
kalau betul Misya
nak pindah jugak,
Misya kenalah kahwin,”
ujar Arina tiba-tiba.
Tersengih-sengih mengusik. Mulalah
tu!
Bulat mata
Armisya mendengar cadangan
gila kakaknya. Kahwin?
Memang tak lawak
kakak oi!
“ Jangan
nak mengarutlah kakak.
Misya baru habis
belajar okay. Kerja
pun tak lagi,”
bantak Armisya keras.
“ Hah!
Dah tahu awak
tu tak kerja
lagi, buat apa
nak pindah bagai?”
sindir Arina tepat.
Armisya menepuk dahi.
Okay terkena!
“ MISYA!
Misya! Hisy budak
ni kakak panggil
tak dengar pulak.
Berangan dah sampai mana
lah ni,” panggil
Arina kuat.
Armisya tersedar
dari khayalan panjangnya.
Terpinga-pinga dia melihat
wajah kakak dan
abang iparnya yang
berkerut dahi memandang
dia. Eh? Kenapa
ni?
“
Hah? Kenapa?”
“
Kenapa? Sahlah bila Abang Ariff
tanya tadi tak
dengar. Fikir apa
ni?” bising Arina
lagi.
Armisya tersengih
kambing menampakkan giginya.
Hehe.. Tak
dengar pulak! Maap!
“
Sorry. Berangan
kejap. Abang tanya
apa kat adik
tadi?”
“
Abang tanya, interview tadi
macam mana? Okay
tak?”
“
Oh! Ingat nak
tanya apalah tadi
macam penting sangat
panggil adik…”
“
Dah tu dari
tadi lagi kakak
tanya, tak nak
jawab. Sajalah tu
kan? Nak berahsia
pulak,” celah Arina
geram. Nasib baik
adik kandung, sayang!
Kalau orang lain, seligi
kepala lah makan
dia!
“
Ni nak ceritalah
ni. Kakak tu
yang over excited terlebih
sampai muncung panjang
tadi,” sempat lagi
Armisya mengusik kakaknya.
“
Hah tengok tu! Corner-corner lagi.
Orang tanya bukan
nak jawab terus.
Ada aje nak
pusing-pusing ceritanya,” balas
Arina geram.
“
Okay, interview tadi tu
okay je. Takde
masalah sangat…”
“
Hah, tu mesti
ada CUMA kat
belakang tu. Kenapa?”
tembak Arina lagi.
Tak sabar nak
tahu. Ariff hanya
diam mendengar tetap
khusyuk menyuap nasi
ke mulut.
“
Kakak ni macam
tau-tau aje. Adalah
sorang lelaki yang interview tadi
tu. Dia tak
cakap banyak, tapi
Misya perasan dia
asyik tengok Misya
aje. Kecut perut
pun ada, tapi
memikirkan yang Misya
ni tengah interview tahan
aje la,” cerita
Armisya sambil fikirannya
sempat melayang sewaktu
dia ditemuduga siang
tadi. Nak cerita
dia berjumpa dengan
Saiful macam tak best
je kan? Dia
dengan si Saiful
tu bukannya ada
apa-apa pun. Tapi…
Kalau cerita pasal
si dia yang
berkaca mata tu…
“
Handsome tak?”
tanya Arina laju.
Ariff menjeling sebelah.
Amboi! Excitednya!
Mendengarkan pertanyaan
kakak, spontan ingatan
Armisya kembali lagi
pada lelaki berkaca
mata tadi. Kulit
kuning langsat, muka
memang boleh tahan
la. Walaupun pakai spec
berbingkai penuh tapi
nampak stylo. Orang pun smart,
segak dan macho tambah-tambah
lagi pakai sut
lengkap dengan tali
leher. Cuma tang senyum
tu, macam kedekut
sikit la. Pandang
orang macam tak
pernah tengok! Geram
pulak hati kita
ni!
“
Ehem! Ingat
kat sebelah ni,”
garau suara Ariff
menegur. Saja buat-buat
nada cemburu. Kalau
tak cemburu pun,
ada ke suami
yang rasa pelik
bila isteri tersayang
teruja sangat nak
tahu pasal lelaki
lain?
“
Alaa… Jangan
lah merajuk abang
sayang. Abang pun handsome
jugak. Rin excited nak
tau je ni,”
pujuk Arina tersenyum
manja.
“
Yalah tu!”
“
Betul lah! Manalah
tahu ada rezeki
Misya, mamat tadi
terus hantar surat offer
kerja kat situ.
Lelaki tu pulak handsome, berkenan
lah agaknya kat
adik abang ni,”
usik Arina.
“
Ha’ah. Lepas tu
mana lah tau
mamat tu hantar
pulak rombongan meminang
kat adik abang
ni kan! Kata
berkenan!” tambah Ariff lagi. Ketawa
suka pasangan suami
isteri itu.
Amboi! Suke bebenor
deme menyakat aku!
Senget! Panjang muncung
Armisya.
“
Panjangnya muncung!”
“ Misya dah
habis makan. Nak
naik bilik, nak
tidur. Good night!” balas
Armisya geram seraya
mengangkat pinggannya menuju
ke dapur.
“
Merajuk! Usik sikit
dah sentap!” sakat
Ariff lagi.
“
Tak dengarr!!!” laung
Armisya kuat dari
arah dapur.
No comments:
Post a Comment