“ Betul kan
apa yang I
cakap? You sayangkan
I kan?” tekan
Firdaus lagi. Dheiya
menarik nafas perlahan. Dia pula yang
melarikan pandangannya dari
pandangan Firdaus yang
tajam. Dia seakan
tidak keruan saat
ini. Dia ingin
melarikan diri. Malu
kerana hanya dia
yang bertepuk sebelah
tangan sedangkan si
dia tidak mempunyai
apa-apa perasaan pun
padanya.
Dheiya cuba bangun
dari duduknya untuk
menuju ke balkoni
bilik utama itu.
Belum pun sempat
dia menapak ke
tapak kedua, Firdaus
mencapai tangan Dheiya.
Digenggamnya erat.
“ Why are
you running? Tak
betul ke apa
yang I tanya
tadi?”
Dheiya terdiam. Langsung
tidak membalas. Firdaus
mendekati Dheiya perlahan.
Dipegang bahu Dheiya
lalu dipusingkan menghadapnya.
“ I tahu,
you sayangkan I.
I tahu you
cintakan I. Dan
I jugak tahu
yang you memang
tak mahukan perpisahan
ni kan? You
tak nak berpisah
dengan I sebab
dalam hati you
cuma ada I”.
Bingo! Segala apa
yang diluahkan oleh
Firdaus sememangnya tepat!
Absolutely yes! ‘Betul!
Memang saya cintakan
awak! Memang saya
sayangkan awak! Memang
saya tak nak
berpisah dengan awak!
Tapi..’
“ You are
totally wrong Mr.
Firdaus! Mana ada
saya berperasaan macam
tu. Ridiculous! Lupakan
ajelah apa yang
awak nampak tu. Saya
sedar siapa saya….”
“ No! You’re
lying! I can
see from your
eyes Dheiya! I
boleh nampak ketelusan
perasaan you yang
sebenar. Cara you
pandang I, cara
you cakap dengan
I dah membuktikan
perasaan you yang
sebenar walaupun you
cuba sembunyikan perasaan
you dalam-dalam,” Firdaus
mencari-cari anak mata
Dheiya dalam cahaya
yang samar-samar. Dia
boleh melihat gadis
itu cuba menyembunyikan ‘rasa’
itu.
Firdaus nekad. Dia
bagaikan mendapat kekuatan
untuk menyelami hati
Dheiya yang selama
ini dia tidak
pernah ambil peduli.
Dia juga acapkali
dapat merasakan sesuatu
jika dia berdekatan
dengan Dheiya, bagaikan
ada ‘sesuatu’ namun
dia hanya tutup
sebelah mata. Tetapi,
hari demi hari,
hatinya kuat memujuk
untuk mengintai isi
hati si isteri
yang tak pernah
dia peduli. Masa
berganti masa, ‘rasa’
itu semakin kuat
mendekatkan mereka berdua.
Setiap apa yang
dilakukan bersama pasti
dia berasa bahagia
malah dia yakin
Dheiya turut berperasaan
sebegitu. Hatinya pasti
berdebar apabila berlakunya
‘heart chain’ antara
dia dan juga
Dheiya. Malah ‘heart
chain’ itu juga
mula membuka pintu
hatinya pada wanita
setelah bertahun-tahun dia
cuba mengunci hatinya
agar tidak mahu
lagi dilukai.
Ya! Separuh dari
hatinya ingin membuka
agar cinta Dheiya
dapat menapak masuk
ke dalamnya manakala
separuh lagi dari
hatinya seakan tidak
membenarkan, bagaikan serik
lagi hati untuk
dilukai oleh seorang
wanita yang dicintai.
Ya, dia tidak
sanggup lagi terluka
hanya kerana seorang
wanita. Terlalu perit
luka itu dirasakan
hingga kini pedihnya
tetap dirasai.
Cuma pedih beransur-ansur hilang
kerana kehadiran seorang
gadis yang kini
menjadi isterinya. Memang
benar cinta pertama
sukar dilupakan tetapi
tidak bermakna cinta
yang datang tidak
akan sehebat cinta
yang pertama. Malah
mungkin lebih hebat
lagi!
Dheiya cuba melepaskan
pegangan Firdaus namun
gengaman tersebut terlalu
erat. Dheiya menahan
rasa debar yang
menyesakkan dadanya. Dia
tidak mahu dianggap
perigi mencari timba.
Dia masih mempunyai
maruah walaupun dia
merasakan Firdaus menganggapnya
sebegitu.
“ Maaf! Saya
tak faham apa
yang awak cakapkan
ni. Saya rasa
awak dah salah
faham. Tak semestinya
cara saya pandang,
cara saya bercakap
dah membuktikan perasaan
saya pada awak!
Awak terlalu cepat
sangat buat kesimpulan.
Saya bukan perigi
mencari timba. Saya
masih ada maruah,”
Dheiya cuba meyakinkan
Firdaus walaupun hatinya
tidak yakin dengan
apa yang diucapkannya.
“ Take note
Dheiya. Maruah you
adalah untuk I!
I berhak atas
you! Look here,
I tahu you
bohong Dheiya. Mulut
you cakap lain,
tapi mata you
tak pandai menipu.
From your eyes
I can see
all what you’ve
said are not
truth! You memang
tak pandai menipu
Dheiya. You tak
pandai menipu hati
you sendiri. Walau
macam mana sekalipun
you cuba sembunyikan
perasaan you, I
dah dapat rasa,
I dah tahu.
Itu satu hakikat
yang you perlu
tahu,” Firdaus memegang
erat bahu Dheiya.
Wajah mereka hampir
dekat.
Mata Firdaus tepat
memanah anak matanya.
Dheiya menahan rasa
di dada. Dia
kelu untuk menepis
semua fakta Firdaus.
Hakikatnya memang itulah
kenyataannya, cuma dia
mempunyai sedikit ego untuk mengakuinya.
Dheiya
menggeleng. Berkali-kali. Dia
cuba berundur, menarik
tangannya agar terlepas
dari pegangan Firdaus.
“ Tak! Tak
betul!” Dheiya tetap
menafikan.
Firdaus tidak dapat
mengawal perasaannya lagi.
Tubuh Dheiya ditarik
kuat. Tangannya memegang
kemas kedua-dua tangan
Dheiya.
Cupp!!
Dheiya terpanar seketika!
Terasa putus nyawanya
saat bibir Firdaus
mendarat di bibirnya.
Lama. Terasa begitu
dalam. Dheiya meronta.
Firdaus mematikan rontaan
Dheiya saat dia
memeluk pinggang Dheiya
sekuat-kuatnya. Tidak mahu
dilepaskan.
Dheiya terpaku. Dia
memandang Firdaus yang
terpejam matanya, masih
setia mengucup bibirnya.
Dheiya lemah. Lemah
kerana penangan cinta
Firdaus! Perlahan-lahan dia
melingkarkan tangannya mengelilingi
leher Firdaus seraya
membalas kucupan lelaki
itu.
Lama mereka berkeadaan
begitu. Jarum jam
bagaikan berhenti berdetik.
Seolah-olah mengizinkan mereka
melepaskan rasa yang
tersimpan secara tersembunyi.
Dheiya seolah tersedar.
Dia cuba melepaskan
bibirnya dari dipaut
bibir Firdaus. Lelaki
itu mengalah. Wajah
mereka mulai jarak
namun masih dekat.
Dahi mereka bersentuhan.
Dheiya tertunduk. Dia
malu sebenarnya. Dirasakan
darah merah menyerbu
ke wajahnya. Firdaus
tersenyum kecil.
“ Kenapa? Malu?”
bisik Firdaus romantis.
Dheiya tidak membalas.
Firdaus mengucup lembut
hidung comel Dheiya.
Makin merah wajahnya.
Nafas mereka bersatu,
kedengaran sama sahaja.
“ Kenapa you
tak nak mengaku
perasaan you? Why?”
bisik Firdaus lagi,
perlahan.
Dheiya
mengangkat wajahnya, memandang
sayu ke wajah
kacak itu. Mencari
anak mata lelaki
itu. ‘ Tuhan, adakah
doaku dimakbulkan? Indah
sungguh ciptaan-Mu! Kekalkanlah
rasa cinta yang
kau anugerahkan padaku
ini hanya buat
si dia bergelar
suami’.
“ Saya.. saya
tak setaraf dengan
awak. Kita tak
sedarjat. Saya sedar
siapa diri saya,
hanya orang kampung,
anak yatim piatu
dan dah tentu
tak ada harta
yang boleh saya
berdiri setaraf dengan
awak. Takkanlah pipit
macam saya nak
terbang seiringan dengan
enggang macam awak.
Awak ada segalanya.
Biarlah saya seolah
bertepuk sebelah tangan
sebab rasa cinta
yang saya rasai
bukan cinta palsu,”
luah Dheiya perlahan.
Air matanya mulai
bertakung. Pandanganya samar-samar.
Setitis demi setitis
air matanya mula berlinangan di
pipi. Firdaus mengusap
lembut pipi gebu
itu, mengesat air
mata yang mula
menuruni dari pelupuk
mata.
“ Dheiya.. qada’
dan qadar kita
dah ditentukan oleh
Allah. Apa yang
kita rancang tapi
Tuhan yang menentukannya. Apa
yang kita rancang
tak semestinya terjadi.
Kadang-kadang Allah tak
makbulkan rancangan kita
sebab Dia nak
beri sesuatu yang
lebih bermakna, yang
lebih baik untuk
hamba-Nya. Sama juga
apa yang I
alami sekarang. I
masih keliru Dheiya,
sebahgian hati menyokong
I untuk bersama
dengan you, sebahagian
lagi hati I
menolak hanya kerana
I serik untuk
dilukai lagi. I
tak sanggup lagi
disakiti wanita yang
sangat I cintai”.
Dheiya memandang lagi
wajah Firdaus. Dia
jatuh kasihan. Pasti
lelaki ini menanggung
luka cinta yang
sangat perit sehinggakan
berasa terlalu serik.
Berbanding dengan dia,
baru pertama kali
jatuh cinta, tidak
merasai dugaan cinta
yang pasti penuh
dengan onak berduri.
“ Berikan I
masa, ya?” bisik
Firdaus lagi, seolah
mengharap akan kekosongan
hati itu disediakan
untuknya.
Dheiya terharu. Biarpun
Firdaus masih belum
memberi kata putus,
namun kata-kata lelaki
itu bagaikan memberikan
sinar harapan buatnya.
Dia masih mempunyai
masa untuk menambat
hati suaminya. Ya!
Suami! Dia suamiku!
Aku juga berhak
ke atasnya! Bisik
Dheiya.
Terukir senyuman nipis
di bibir Dheiya.
Gadis itu mengangguk.
Perlahan dia menjongketkan
kakinya lalu memeluk
erat leher Firdaus.
Pelukannya dibalas erat
oleh sang suami
yang bernama Firdaus.
‘ Ya Allah! Jika
benarlah ini jodohku
yang telah Engkau
tentukan, tumbuhkanlah rasa
cinta dan sayang
ku kepadanya. Sesungguhnya
dia adalah sebaik-baik
teman, isteri dan
juga bakal ibu
kepada anak-anakku kelak.
Tetapkanlah rasa itu di hati
agar aku tidak
akan mensia-siakan dia.
Lindungilah hubungan kami.
Tabahkanlah hati kami
jika diuji dengan
dugaan-Mu!’ doa Firdaus
dalam hati. Dia
memejam matanya rapat.
Mengucup lembut rambut
Dheiya yang berbau
harum. Sayang!
------------------------
Dheiya membuka matanya
perlahan-lahan. Dia sememangnya
mudah terjaga kerana
sejak dari kecil
lagi sudah dibiasakan
untuk bangun awal. Jam
di tepi meja
di pandang seketika,
sudah pukul enam
pagi. Dia terasa
janggal apabila melihat
suasana dan dekorasi
bilik yang amat
berlainan.
‘ Peliknya!
Kenapa bilik aku
macam ni?’
Setelah lama seketika,
otaknya mula memproses
maklumat. Oh! Malam
semalam! Hah? Malam
semalam? Aku, dia…
oh Tuhan! Jangan
ingat lagi! Malunya!
Dheiya menekup wajahnya
seketika. Kemudian dia
teringat sesuatu. Terus
sahaja wajahnya dialihkan
ke sisi. Tak
ada! Dia ke
mana? Puas bebola
mata meneroka ke
segenap ceruk bilik
yang maha luas
ini, matanya terpaku
seketika akan sesusuk
tubuh yang terbaring
elok di atas
sofa panjang.
Dheiya menarik nafas
lega. Namun sedikit
rasa terkilan di
hati. ‘ Kenapa dia
tidur kat sana?
Tak sudi ke
tidur sebelah aku
ni?’ monolog Dheiya
sendirian. Pantas dia
cuba berfikiran positif.
Firdaus sendiri meminta
diberikan masa. Ya
masa! Masih ada
masa untuk menawan
hati suaminya sementelah
Firdaus seolah-olah membuka
sedikit pintu hatinya
untuk dia menapak
masuk.
Tubuh yang kaku
elok terlena itu
mula bergerak-gerak. Dheiya
sedikit panik. Dia
tidak mahu Firdaus
mengetahui yang dia
memerhatikan lelaki itu
tidur tanpa disedari.
Dia malu. Firdaus
kan kuat mengusik!
“ Dah bangun?”
teguran Firdaus membantutkan
pergerakan Dheiya yang
kelibut pagi-pagi itu.
“ Hah? Err..
ye. Dah bangun.
Lagipun dah subuh,
saya nak solat
dulu,” ujar Dheiya
tanpa sedikit pun
memandang wajah Firdaus
yang leka merenungnya.
Dheiya pantas bangun
dan mengemas katil
sebelum mula menapak
berjalan.
“ Dheiya! Wait!
Kita.. kita berjemaah
sama-sama ya?” permintaan
Firdaus benar-benar mengejutkan
Dheiya. Dia tersenyum
lalu mengalihkan wajahnya
memandang raut wajah
kacak itu walaupun
baru bangun tidur.
Dheiya
mengangguk. Air matanya
hampir sahaja lagi
ingin menitis. Air
mata gembira. Ya!
Allah! Aku bersyukur
kepada-Mu!
------------------------------
“ Along! Along tak
nak ke letak
wedding photo kat
penthouse ni?” tanya
Aria tiba-tiba mematikan
lamunan Firdaus yang
sedang khusyuk memeriksa
e-mail daripada client.
Dia segera meletakkan
tablet ke tepi
lalu pandangannya terarah
wajah mulus adiknya.
“ Nak memanglah
nak! Tapi Aria
pun tau kan
along nikah dengan
Kak Dheiya tu
kat mana?” jawab
Firdaus selamba lalu
kembali menyambung memeriksa
e-mailnya.
“ Memanglah! Tapi
kat KL ni
kan banyak wedding
studio! Apa salahnya
kalau buat kat
situ? At least
adelah jugak gambar
kahwin along,” cadang
Aria lagi. Dia
melompat duduk di
atas sofa yang
empuk itu.
Eh! Eh! Dia
pulak yang melebih-lebih! Siapa
yang punya wedding
photo entah!
“ Nanti-nantilah Aria.
Along tengah sibuk
sikit sekarang ni!”
sambil lewa Firdaus
membalas. Matanya masih
ralit menatap skrin
tablet tersebut.
“ Eeii!! Along
ni teruklah! Tak
sensiviti langsung! Kesianlah
Kak Dheiya tu!”
gerutu Aria. Wajahnya
dicebikkan.
“ Alah! Kak
Dheiya tak bising
pun! Yang Aria
yang emo sangat
ni apesal?”
“ Oh my
God! Please forgive
me if I
kill my own
brother!! Eeii! Kalau
cakap dengan along
ni kan memang
buat sakit hati
aje tau! Langsung
tak sensitive! Macam
manalah Kak Dheiya
tu boleh lekat
dengan along yang
annoying ni! Argghh!!!”
rengus Aria. Geram!
Geram!
Firdaus mengerut keningnya.
‘ Eh! Eh! Minah
ni! Emo pulak!
membebel aje!’. Firdaus
buat tidak endah
akan Aria. Gadis
mengetap bibir lalu
menuju ke dapur.
Malas nak duduk
dengan abang yang
memang menyakitkan hati.
Boleh tak nak
tampar dia??
Terpamer tanda tanya
pada wajah Dheiya
saat dia mendengar
bebelan Aria dari
jauh lagi. Dia
tersenyum kecil. Semakin
lama dia semakin
mesra dengan adik-adik
iparnya walaupun baru
sahaja bersua muka.
“ Kenapa ni
Aria? Dari tadi
lagi membebel sorang-sorang
ni? Marahkan siapa?
Fahmi?” soal Dheiya
lalu mengajak Aria
duduk pada kerusi
bar yang berada
di dapur itu.
“ Nothinglah kak.
Cuma geram aje
dengan along tu.
Annoying betul! Buat
tak tahu aje.
Macam Aria ni
cakap dengan sofa
dengan dinding kat
situ pulak!” luah
Aria geram. Bibirnya
muncung panjuang. Dheiya
ketawa kecil.
“ Kan along
tengah sibuk, memanglah
dia buat tak
tahu aje apa
orang cakap. Macamlah
Aria sendiri tak
tau perangai along
tu macam mana?
Kak Dheiya pun
malas nak ganggu
dia kalau dia
tengah buat kerja,”
pujuk Dheiya seraya
menghulurkan fresh orange
yang dituang sebentar
tadi.
“ Memanglah, tapi..
hum.. biarlah! Eh! Aria
nak tanya Kak
Dhieyalah, akak sebenarnya
jumpa dengan along
dekat mana? Story -mory
lah sikit,” Aria
mengecek Dheiya. Keningnya
dijongketkan. Biasalah! Busybody!
Dheiya
termangu-mangu seketika. Dia mengusap pipinya.
Kelu lidahnya untuk
menjawab. Dia berasa
resah. Ah! Sudah!
Macam mana nak
jawab ni? Takkan
aku nak cakap
yang aku jumpa
abang dia dekat
kelab malam kot?
Aduhai Aria oii!!
Dalam banyak-banyak benda,
kenapalah kau tanya
soalah tu dik
ooii!!?
“ Err.. se..
sebenarnya.. akak jumpa
along… dekat.. dekat..,”
“ Along jumpa
Kak Dheiya dekat
kedai buku!” jawab
Firdaus bagi pihak
Dheiya. Dia berjalan
masuk ke dapur
lalu peti sejuk
dikuaknya. Dheiya menarik
nafas lega. Hah!
Nasib baik hero
dah datang!
“ Kedai buku?!
Macam susah nak
percaye aje along
pergi kedai buku?
Dah terbuka sinar
ke hati along
tu tetibe aje jadi
ulat buku?? Tak
takut kena serbu
ke along oii?”
tanya Aria lagi
dengan riak kurang
percaya. Siap perli-memerli
lagi!
Dheiya memandang wajah
Firdaus yang terkulat-kulat mencari
jawapan. ‘Pandai-pandailah awak,
siapa suruh menipu!’
detik hati Dheiya.
Firdaus meneguk air
di dalam gelas
sebelum menjawab soalan
adiknya. Cari idea!
Cari idea! Bukan
senang nak kelentong
minah busybody ni!
“ Eh betullah!
Ingat along ni
apa? Asyik nak
lari aje ke?
Lantaklah kalau orang
nak serbu pun,
bukan along buat
salah!”
“ Iyelah! Tapi
yang impossiblenye sejak
bila along jadi
ulat buku pulak
ni sampai pergi
kedai buku?”
“ Entah! Dah
terdetik hati nak
pergi, pergi ajelah!
Siapa sangka jumpa
pulak Kak Dheiya
my sweetheart tu
kat situ,” kelentong
Firdaus lagi. Siap
tambah perasa gula
strawberry lagi! Kak
Dheiya my sweetheart!
‘ Sorry dik! Along
takde niat nak
kelentong Aria tapi
along terpaksa. Aib
Kak Dheiya along
kena jaga!’.
“ Ececeh! My
sweetheart! Dah berapa
lama along couple
dengan Kak Dheiya?
Tak pernah citer
pun dengan Aria!”
panjang muncung Aria
lagi. Kerja memuncung
ajelah minah ni!
“ Adelah dalam
tiga bulan tu,
senyap-senyap, tapi takde
siapa pun tau
kecuali daddy dengan
Zaff. Masa along
kahwin pun macam
tu jugak! Eh!
Dah! Kaunter pertanyaan
dah ditutup! Sebarang
pertanyaan lagi tidak
akan dijawab! Dah!
Sibuk aje nak
tau hal orang,
diri sendiri tu
pun tak ketahuan!”
Firdaus seolah-olah menghalau
adiknya.
Aria tarik muncung
lagi. “ Sikit-sikit
nak halau! Yalah
orang dah ada
‘my sweetheart’ memang
macam tulah! Huhu!
Sedihnya!”
Huh! Propa punya
adik! Firdaus mencebik.
“ Dahlah Aria,
jangan dilayannya along
tu. Pergilah panggil
Fahmi, kita breakfast
okay?” ujar Dheiya
menayangkan senyumannya. Aria
terus berlalu namun
masih sempat lagi
menjeling tajam, merajuk
kononnya!
Dheiya ketawa kecil
melihat gadis sunti
itu. Dia beralih
pula pada Firdaus
yang memandangnya tanpa
kata.
“ Kenapa tengok
saya macam tu?
“ Kaki you
tu memang dah
cukup sihat sangat
ke sampai dah
boleh berperang kat
dapur ni?”
Dheiya tersenyum comel.
“ Err.. dah
okay sikit”.
“ Sikit je?
I tengok still
capik-capik lagi. Kan
I dah pesan
jangan buat kerja
rumah lagi. Kaki
you tu baru
nak sembuh,” ujar
Firdaus prihatin. Wajahnya
dikerutkan.
Alolo! Sweet pulak!
Sejak dah confession
romantika semalam, lagi
bertambah prihatin pulak!
tak boleh sakit
sikit! Suka pulak
Dheiya! Rasa nak
lompat aje tapi
dalam hati jelah
yea. Sekarang ni
senyummmm!!
“ I cakap
sikit, senyum aje.
Bukan nak take
note!” marah Firdaus
lagi. Alah! Marah-marah
sayang! Tak sampai
hati nak marah-marah.
Yalah dah Dheiya
buat muka comel
macam tu, lagilah
rasa macam nak
terkam aje!
“ Marah yea
cik abang? Tak
hensyem lah kalau
marah-marah!” usik Dheiya
pula. Dia senyum
sambil matanya dikelip-kelipkan, dah
gaya Aria dah!
Terserlah kecomelannya.
Firdaus tahan senyum.
Isy! Dia dah
buat muka comel
tu dah! Dahlah
kat dapur, kang
aku tak boleh
kawal nanti, benda
lain yang jadi!