DAMYA merenung
jauh ke tingkap
luar. Baju kebaya
labuh moden berwarna
ungu lembut sudah
tersarung di tubuhnya.
Rambutnya dibiar lepas
bebas yang diletakkan
pada bahu sebelah
kanan dan diletakkan
selendang rona yang
sama dengan bajunya
di atas kepala.
Wajahnya disolek ringkas.
Dia tidak mahu
wajahnya begitu sarat
dengan segala macam
contengan, biarlah bersederhana.
Baju kebayanya ini pun adalah
pemberian dari Datin
Engku Zahira walaupun
sudah berkali-kali ditolak.
Kak Iti
adalah manusia yang
paling gembira menerima
perkhabaran tentang penerimaan
dia terhadap lamaran
Datin Engku Zahira.
Segalanya Kak Iti yang menguruskan
termasuklah menjadi wakil
bagi pihaknya untuk
menguruskan segala hal
berkaitan perkahwinan dan
dibantu oleh Datin
Engku Zahira. Jikalau
arwah ibu dan
ayahnya masih hidup
mesti mereka juga
rasa gembira. Arwah
nenek yang telah
banyak berkorban untuknya,
membesarkan dia dari
usia 10 tahun
kerana ibunya meninggal
dunia kerana sakit
buatan orang. Dia
tidak tahu siapa
yang sanggup berbuat
begitu, apa yang
pasti dia berharap
orang yang melakukan
semua itu akan
mendapat balasan yang
setimpal.
Hanya Kak
Iti sahaja yang
mengetahui siapa dia
sebenar dan kisah
hidupnya. Semuanya diceritakan
pada Kak Iti
kerana Kak Itilah
satu-satunya insan yang
berhati mulia menemuinya
tidur di surau
dan masjid setelah
dia keluar dari
kampungnya. Mengajaknya tinggal
bersama dirumah ini
dan membantunya mendapatkan
pekerjaan di butik.
Dengan berkat bantuan
Kak Iti jugalah
dia dapat menyambung
pelajarannya ke university
secara separuh masa.
Tidak dapat
dia membalas segala
budi dan bakti
Kak Iti padanya.
Damya masih teringat
lagi kisah hitam
itu. Kerana kisah
hitam itulah yang
membawanya ke Bandar
Kuala Lumpur ini, bandar yang
penuh dengan dugaan
dan cabaran. Tidak
dapat dilupakan bagaimana
Mail, abang tirinya
iaitu anak Makcik
Melah bersama suami
terdahulu, hampir-hampir merogolnya.
Mujur dia mempunyai
kekuatan untuk berlawan
dan melepaskan diri
dari keluarga jahanam
itu. Malah, waktu
itu juga dia
telah nekad untuk
keluar dari situ
memandangkan tempat itu
hanya menambahkan derita
buatnya.
Berbekalkan wang
sebanyak lima puluh
ringgit, dia melangkah
ke alam bandar.
Apa yang boleh
dia lakukan dengan
wang sebanyak itu?
Hanya dengan pertolongan
seorang hamba Allah
yang bernama Siti
Solehah lah membuatkan
dia boleh menyesuaikan
diri hidup di
Kuala Lumpur.
Damya menarik
nafas panjang. Dia
tidak mahu lagi
mengingati lagi masa
lampau. Langsung! Apa
yang patut, dia
perlu meneruskan hidupnya
yang bakal berubah
selepas ini. Ya!
Dia menipu dengan
mengatakan dia sebatang
kara, tetapi layakkah
mereka yang berlaku
kejam padanya boleh
dianggap sebagai keluarga?
Bukan Damya berdendam,
biarlah mereka dengan
kehidupan mereka bersama
harta yang tidak
berkat. Biarlah!
“ Mya,
termenung apa lagi
tu? Tu Datin
dah nak sarungkan
cincin tu,” bisik
Kak Iti perlahan.
Damya terpinga-pinga lantas
kepalanya didongakkan. Seulas
senyuman yang penuh
keibuan dilemparkan padanya.
Sebentuk cincin
belah rotan disematkan
pada jari manisnya.
Dia menyalami tangan
yang banyak berbudi
padanya. Tangan persis
arwah ibunya yang
sudah tiada. Terus
kucupan mesra dipahatkan
pada kedua-dua belah
pipinya.
“ Cantiknya
anak mama ni.
Ayu sungguh! Comel!
Terima kasih ya
Damya,” puji Datin
Engku Zahira sambil mendakap
tubuh kecil itu.
Damya tersenyum senang
membalas pelukan itu.
Ya! Allah! Macam
arwah ibu!
“ Terima
kasih pada mama
juga sebab dah
terima Mya jadi
sebahagian keluarga mama,”
balas Damya sayu.
Panggilan ‘auntie’ telah
digugurkan dan diganti
dengan ‘mama’. Lebih
mesra kata Datin
Engku Zahira.
Aku dah
jadi tunangan orang!
Tapi siapa bakal
suami aku?
AKU dah
jadi tunangan orang.
Tapi siapa bakal
isteri aku? Zikry
Haiqal tertanya sendiri.
Dia mengeluh lemah.
Keseorangan dibanglo mewah
milik keluarganya membuatkan
dia tertekan. Akhirnya
dia kalah dan
Datin Engku Zahira
menang! Lantaklah siapa
pun dia! Aku
malas nak ambik
tau! Mesti perempuan
tu seronok sangat
sekarang ni!
“ Arggghhh!!!!”
jerit Zikry Haiqal
kuat. Sungguh dia
benci situasi ini.
Pada saat
dia menyatakan persetujuannya, Datin
Engku Zahira begitu
gembira. Dan hari
ini dia sudah
pun selamat bertunang
dengan seorang gadis
yang langsung tidak
dikenalinya. Nama pun
tak tau! Dia
malas mahu mengambil
tahu!
Dan.. Damya
juga bertunang pada
hari ini. Apa
khabar agaknya gadis
itu? Pasti Damya
juga berperasaan sepertinya,
bertunang dengan seseorang
yang langsung tidak
dikenali. Apa yang
membezakan antara dia
dan Damya ialah
Damya redha menerima
jodohnya sedangkan dia
memberontak dalam diam.
Terpaksa!!
Dua keping
helaian not RM 50 yang
dibingkaikan itu ditatap
lama. Itulah kenangan
yang paling Zikry
Haiqal tak dapat
lupakan. Bertemu semula
dengan gadis yang
pernah dihamunnya buat
kali kedua biarpun
dia ingat-ingat lupa
raut wajah gadis
itu menggamit satu
rasa yang indah
dalam hati. Adegan
lucu dan sikap
kelam-kabut serta panik
Damya sangat mencuit
hatinya biarpun pada
masa itu akalnya
melabelkan yang bukan-bukan
pada Damya.
Teringat akan
jelingan tajam Damya
dia mengatakan upah
yang diterima tidak
setimpal dengan apa
yang lakukan untuk
membantu gadis itu,
seolah-olah menghentikan detak
jantung Zikry Haiqal
yang berentak irama.
Tajam tetapi manja
dan menggoda! Muncung
yang panjang dan
raut wajah masam
mencuka bagaikan Damya
mengukir senyuman indah
buatnya.
Arghh! Parah
sungguhlah kau ni
Zik! Dah angau
tahap tenuk dah
ni! Tapi sayang…
Semuanya sudah
diatur dan dirancang
oleh mama dan
papanya. Dia bertunang
pada hari ini
dan majlis pernikahan
akan diadakan pada
bulan hadapan. Hanya
tinggal sebulan sahaja!
Sebulan! Betapa tertekannya
dia saat diberitahu
akan rancangan itu
namun apa yang
boleh dia lakukan,
hanya menurut sahaja
kehendak Datuk Engku
Zahran dan Datin
Engku Zahira yang
berlagak umpama diktaktor!
Langsung tidak mendengar
luahan hati rakyat
a.k.a anak sendiri!
DAMYA melangkah
perlahan ke cafeteria
usai sahaja kelasnya
tamat. Tekaknya terasa
terlalu dahagakan air
kelapa muda. Dapat
menikmati isi kelapa
muda yang lembut
dan manis itu,
fuhh! Terasa sungguh
heaven!
Marina, rakan
baiknya yang sama-sama
belajar part time sepertinya
duduk dihadapan Damya.
Wajah gadis itu
girang ceria sekali.
Senyuman lebar tergaris
lebar di bibir.
“ Alhamdulillah
beb! Pointer aku dah
naik!” luah Marina
gembira.
“ Alhamdulillah! Baguslah
tu! 3.7 kan?
Tinggi jugak tu!”
ujar Damya tersenyum
lebar.
“ Tapi
tak setinggi kau!
Setakat ni takde sape
lagi boleh challenge pointer
kau tau! Four flat
kut!” kepoh pulak
si Marina ni!
“ Hisy!
Kau ni kan, mulut tu
nak kepoh bagitau
satu universiti ni
ke?” bulat mata
Damya menjegil Marina
yang ketawa girang.
“ Hei
kau ni! Sepatutnya
kau kena bangga
dengan pencapaian kau
tu. Dah tiga
semester, kau memanjang
aje dapat four flat!
Memang tak lama
lagi dapat anugerah
dekan la kau!”
bising Marina lagi.
Damya menjeling
malas Marina. Bukannya
dia riak kerana
berjaya memperolehi markah
yang tertinggi tapi,
itu semua hanyalah
kata-kata semangat buat Damya
agar tidak terlalu
berada dalam kedudukan
selesa biarpun mendapat
4.0. Dia harus terus
berusaha mengenggam segulung
ijazah dengan pencapaian
yang lebih lagi.
Itulah misinya sebaik
sahaja dapat melanjutkan
pelajaran ke universiti.
Marina yang
menceceh mulutnya dibiarkan.
Biarlah minah ni
nak cakap sensorang.
Malas nak layan!
“ Eh
Mya! Aku dah
tak nampak lelaki
handsome yang
selalu jumpa kau
kat sini. Mana
dia pergi eh?”
tanya Marina.
Damya tersentak.
Hisy! Marina ni
perasan jugak eh?
Ingatkan buat-buat tak
nampak. Janganlah dia
buat andaian yang
bukan-bukan. Kalau tak
jenuh aku nak
menepis segala soalan
panasa dia mengalahkan
wartawan Melodi tu!
“ Dia busy
la tu agaknya,”
jawab Damya selamba.
Malas nak komen
banyak-banyak.
Kalau boleh
dia tak mahu
mengingati lelaki yang
mula mengocak ketenangan
jiwanya. Menyedari diri
sudah menjadi tunangan
orang, Damya cuba
sedaya-upaya membuang rasa
yang mula menular
dalam jiwanya.
Yalah, kata
orang masa bertunang
ni darah tengah
manis, macam-macam benda
boleh berlaku. Jadi
kenalah pandai-pandai jaga
diri. Jangan sampai
hanyut entah ke
mana. Sebab itu jugalah Damya
tidak mahu berjumpa
dan melihat siapa
tunangnya yang sebenar.
Biarlah semua itu
terjawab di hari
akad nikah nanti.
Damya akan cuba
membuka pintu hatinya
untuk menerima kekurangan
dan kelebihan lelaki
itu.
Walaupun jujur
Damya akui mempunyai
sedikit perasaan pada
Zikry Haiqal. Sungguh
tidak logik! Baru
sahaja berkenalan, dia
sudah menaruh rasa
hati! Agaknya aku
pu dah sewel
kut! bebel Damya
lagi.
“ Yalah,
buat-buat busy. Dah pujaan
hati bakal jadi
milik orang lain.
Kesian dia!” kata-kata
Marina mendapat cubitan
agak berbisa dari
Damya. Mengaduh kesakitan
gadis itu. Marina
menarik muncung.
“ Kau
ni kan, mulut
tu tak reti
buat insurans ke?”
jegil Damya.
“ Lah!
Tak betul ke
apa aku cakap?
Dia tu memang
sukakan kau tapi
dah terlambat!”
“ Marina,
boleh stop tak cerita
pasal dia? Yang
sudah tu sudahlah. Malas
la aku nak
dengar!” geram Damya
dibuatnya. Panas hati pulak hatinya!
Isy! Bengkek betul aku
dengan si Marina
ni!
“ Yalah!
Yalah! Oh lupa
pulak! Sorry la beb!
Rasanya aku tak
dapat nak attend wedding
kau la sebab
hari tu mak
dengan ayah aku
nak berangkat ke
Mekah, buat haji,”
ujar Marina tersenyum
nipis.
“ Oh
yeke? Hurmm.. takpelah,
nak buat macam
mana. Event mak dengan
ayah kau tu
lagi penting. Aku
tak kisah. Tapi
kau jangan tak
datang time nikah aku
pulak! Kalau kau
tak datang,
jangan
kawan dengan aku!”
“ Yup
bos! Semestinya aku
datang. Teringin jugak
aku nak tengok
siapa bakal suami
kau tu. Maklumlah,
kau kan kahwin
dengan anak Datuk
Datin ni, siap
ada pangkat Engku
lagi tau!” seloroh
Marina.
Damya menggelengkan
kepala. Sedikit pun
tidak terfikirkan akan
satu kemungkinan yang
itu. “ Kau
ni kan kalau tak kepoh
mulut tu tak
sah agaknya! Marina
kepoh!”
“ Ahh! Whatever
lah apa orang
nak panggil aku
sekalipun! Ada aku
kisah?” sengal sungguh
gaya Marina. Keningnya
diangkat tinggi. Bajet
Ziana Zain lah
tu!
“ Dahlah
malas aku nak
melayan kau ni.
Aku nak balik ni, nanti
lambat pulak sampai
rumah. Kirim salam
aku kat parents kau
eh? Mintalah diorang doakan
aku bila dah
sampai Mekah nanti,”
pesan Damya.
“
Don’t worry lah
beb! Aku minta parents
aku doakan kau mengandung
dan dapat baby cepat-cepat
pun boleh!” sakat
Marina lalu ketawa
kuat.
Damya terus
sahaja menghempukkan bukunya
yang setebal kamus
dewan itu ke
bahu Marina yang
mulutnya memang tak
berhenti kepoh dari
tadi sebelum cepat-cepat
berlalu pergi. Geram
betul aku dengan
minah sorang ni!
“ Woi!
Sakitlah ngek!” laung Marina
sambil menyeringai kesakitan.
Perrggh! Smash pompuan ni betul-betul
boleh buat aku
patah riuk ni!
“ Padan
muka kau! Bye! Assalamualaikum!” sahut
Damya apabila jarak
mereka sedikit jauh
seraya melambai tangannya.
Damya! Damya!
Macam manalah kau
kahwin nanti agaknya
ya? Belum sempat
laki kau nak ‘touch
down’ nanti, kau
dah hayun smash kau
agaknya! Nasiblah siapa
yang jadi suami
kau! Luar bukan
main ayu, tapi
dia punya brutal ya
ampun!
Damya sampai
ke skuternya yang
diparkir elok di
perkarangan universiti. Belum
sempat dia menghidupkan
enjin, ada satu
suara memanggil namanya.
Tubuhnya dipusing ke
belakang. Riak wajah
ceria bertukar benci/
“ Isy!
Kau lagi? Kau
nak apa hah?!”
rengus Damya geram.
Rasa sakit hati
terus sahaja mengeledak
membuahkan api kemarahan.
“ Mya,
tolonglah bagi saya satu lagi
peluang. Saya janji
akan berubah. Saya
takkan buat perangai
lama tu lagi. Please
Mya, give me
one more chance!”
rayu Aswad lagi.
Dia cuba
memegang tangan Damya
namun pantas ditepis
kasar oleh gadis
yang nampak lembut
itu. Pantang bagi
Damya orang lelaki
sentuh-sentuh tangan. Sexual harassment namanya
ni! Huh!
“ Hei!
Jangan nak sentuh-sentuh
aku lah! Benci
tau tak? Meluat!
Kau ingat dengan
merayu-rayu macam ni,
aku akan kesian kat
kau la? Sorry! In
your dreams Aswad!”
marah Damya lalu
terus sahaja menghidupkan
enjin skuternya.
Aswad pantas
memegang handle skuter Damya
menyukarkan gadis itu
untuk berlalu pergi.
Damya makin bengang.
Berapi-rapi angin kemarahannya.
Kang ada jugak
yang aku gilis
kat sini jugak
nanti!
“
Please Mya! I’m
begging you.”
“ Eh?!
Tak payahlah nak speaking-speaking dengan
aku! Dah berkali-kali
aku bagi peluang
tapi kau tetap
jugak dengan perangai
buaya kau tu!
Kau jangan ingat
aku nak berlembut
lagi dengan kau
lah Aswad! Please, move
aside!”
“ Mya,
sampai hati awak
kan? Awak tau
tak saya tak
boleh lupakan awak?
Setiap saat saya
selalu teringat pada
awak. Selalu kenangkan
awak. Takkan takde
sikit pun rasa
sayang awak pada
saya Mya? Bukan
sekejap tau kita
bercinta, dua tahun
Mya!” Aswad mula
bermain psikologi. Ayat
sama! Ingat aku
ni bendul sangat
agaknya! Huh!
Damya mendengus
seraya tersenyum sinis.
Wajahnya dipaling ke
arah lain. Rasa
geli semacam pula bila Aswad
cakap macam tu.
Naik loya tekak
ni! Tak lama
lagi aku muntah
hijau aje kat
baju dia nanti!
“ Hei! Kau jangan
nak buat telinga
aku geli la
dengar rayuan psiko
kau tu. Beribu
patah kau cakap,
setengah patah pun
aku takkan percayalah!
Ni, nampak cincin
ni? Aku dah
bertunang dan akan
jadi milik orang
lain, so better kau
lupakan ajelah angan
Aswad Jenin kau
tu! Aku tak
akan balik dengan
kau. Baik kau
alihkan tangan kau
tu sebelum aku
jerit panggil pengawal!”
ugut Damya menjeling
tajam pada Aswad.
Benci tengok muka
tembok tu! Muka
sewel yang tak
tau malu!
Aswad mengeluh
lemah seraya mengalihkan
tangannya dari handle skuter
Damya. Bukan kerana
takut dengan ugutan
Damya, tapi mula
rasa kecewa kerana
Damya sudah pun
bertunang dan bakal
menjadi milik lelaki
lain.
Siapa? Lelaki
yang berpangkat Engku
yang pernah mereka
bersua di Berjaya
Times Square itukah?
Hati Aswad semakin
sebal. Matanya hanya
melihat sahaja kelibat
Damya yang semakin
jauh.
‘ Takpe
Mya. Kau buat
jual mahal dengan
aku ya? Aku
akan pastikan yang
kau akan tetap
jadi milik aku!
Aku takkan lupakan
kau sampai mati!’