MAJLIS doa
selamat diadakan dibanglo
mewah milik Datuk
Engku Zahran. Suasana
sekeliling rumah sangat
meriah dengan kerlipan
lampu-lampu dan juga
bingitan suara tetamu-tetamu
yang hadir. Majlis
ini diadakan sempena
pernikahan pasangan mempelai
sejoli dan majlis
menyambut menantu yang
dari kedua-dua belah
pihak. Tiada majlis
menyambut menantu sebaliknya
mereka akan mengadakan
majlis reception pada keesokkan
malam seusai waktu
Maghrib.
Zikry Haiqal
langsung tidak berengang
dengan Damya dan
genggaman tangan mereka
sentiasa erat, bagaikan
tidak boleh dipisahkan. Jika
Damya hendak ke
tandas, sanggup dia
menemani dan menunggu
diluar. Damya berasa
agak janggal dengan
perlakuan suaminya yang
terlebih manja dan
romantik. Bukan apa,
dia malu dengan
usikan ahli keluarga,
saudara-mara dan juga
para tetamu yang
lain yang tidak
putus-putus mengusik mereka
tambahan lagi malam
itu merupakan malam
pertama buat mereka
sementelah sikap suaminya
yang langsung tidak
boleh berenggang dengannya
sehinggakan hendak menolong
didapur pun agak
sukar. Zikry Haiqal
dengan selambanya turut
duduk bertapa di
dapur yang didominasi
oleh kaum wanita
dengan alasan hendak
menolong apa yang
patut.
Propa sungguh!
Kalau dah pakai catering tu
apa yang nak
ditolongnya. Sudah berkali-kali
ibu-ibu saudaranya dan
juga Datin Engku
Zahira ‘menghalau’ namun
Zikry Haiqal tetap
berdegil. Langsung tidak
mendengar kata. Damya
hanya membiarkan suaminya
mengekor kemana sahaja
dia pergi dengan
harapan Zikry Haiqal
akan berasa bosan.
“ Amboi pengantin baru
ni! Langsung tak
boleh berenggang! Alamatnya
lama lah diorang
ni honeymoon nanti!”
usik Ku Kamaliah,
mak jang Zikry
Haiqal.
“ Tulah
Kak Liah! Kalau
dulu bukan main
bangkang dia! Sekarang
ni, kepit tak
sudah! Kalau tahu
macam ni, Ira
nikahkan awal-awal! Tulah ketegaq
sangat!” sampuk Datin
Engku Zahira dalam
loghat Penangnya. Maklumlah,
kalau dah berkumpul
rama-ramai macam ni,
keluarlah semua loghat
Penang, dah memang
asal Penang tapi
bukan keturunan mami
ataupun mamak.
Zikry Haiqal
tersengih lebar. Dia
tidak kisah apa
yang mamanya katakan,
yang penting isteri
tersayang berada disisi.
Dia mengerling manja
Damya yang tersenyum
malu membantu mak
jang Kamaliah.
“ Abang
Zik! Buat apa
kat sini? Sini
tempat orang perempuanlah!
Abang tu perempuan
ke Cik Pon
hah?!” bising Zalyana.
Zalyani ketawa mengekek.
“ Eh
bisinglah kau ni
Ana! Kepoh pulak!”
balas Zikry Haiqal
menghadiahkan jelingan tajam.
Tangannya masih lagi
ligat menyusun atur cupcake
yang akan dihadiahkan
kepada tetamu nanti.
Rajin sungguh! Suami
sapalah ni!?
“ Poyolah
Abang Zik ni!
Tu papa panggillah!
Tuan rumah kenalah
layan tetamu, ni
tak menyorok pulak
kat sini. Jangan
risaulah Abang Zik,
Kak Mya ni
takkan lari ke
mana punyalah!” dalam
membebel sempat lagi
Zalyani berseloroh. Zikry
Haiqal ketawa seraya
berbisik perlahan pada
Damya.
“ Sayang
duduk kat sini
elok-elok tau! Jangan
naughty-naughty!” bisik
nakal Zikry Haiqal
berseloroh. Damya membulatkan
matanya sepantas tangannya
mencubit lengan suaminya
yang semakin lama
semakin gatal.
“ Zik
ooi! Papa kamu
dah panggil tu!
Tak payah nak
pesan-pesan, bukan ada
lelaki kat sini
pun yang nak tackle
buah hati awak
tu!” sakat mak
jang Kamaliah lagi.
Mereka yang berada
di dapur menghamburkan
tawa. Memang malam
ni malam mengusik
pengantin baru!
ZIKRY HAIQAL
melangkah mendekati Damya
yang baru sahaja
keluar dari bilik
air lengkap berpakaian
pijama. Terus sahaja
dia memeluk tubuh
kecil itu dari
belakang. Jantung Damya
mula berdegup pantas.
Inilah yang membuatkan
dia gementar untuk
menempuh malam yang
wajib bagi setiap
pasangan yang baru
berkahwin. Tapi dia
masih belum bersedia.
Entahlah, mungkin dia
masih dalam mood terkejut
dengan tunangnya yang
tidak pernah dikenali
kini sudah bergelar
suami pada Nur
Damya.
Damya mula
gementar tetapi dia
hanya menundukkan wajahnya
kononnya sibuk memcicit
losyen untuk disapukan
pada tangan dan
lehernya. Sebaliknya di
dalam, jantungnya bagai
nak terkeluar dengan
perlakuan hangat Zikry
Haiqal yang selamba.
Hatinya bagaikan digeletek
halus, berdebar-debar semacam.
Sesak nafas
dibuatnya pabila bibir
Zikry Haiqal mula
meliar manja dari
belakang cuping telinga hingga
ke lehernya yang
jenjang. Terus menggigil
seluruh tubuhnya. Aduhai!
Aku tak sedia
lagi ni! Desis
Damya dalam hati.
Dia menggeliatkan badannya
tanda geli dengan
sentuhan hangat suaminya.
Kucupan Zikry Haiqal
terhenti apabila Damya
menekup lehernya dari
sentuhan galak bibir
suaminya.
“ Kenapa?”
bisik Zikry Haiqal
dengan nafas tertahan
di tepi telinga
Damya. Sungguh dia
terlalu rindukan gadis
ini. Gadis yang
sudah selamat menjadi
isterinya yang sah.
“ Mya…
Mya.. tak..” gugup
Damya untuk berterus-terang. Perlahan
tubuhnya dipusing belakang
menghadap suaminya. Kepalanya
hanya separas dada
Zikry Haiqal yang mempunyai
ketinggian enam kaki
lima inci berbeza
dengan Damya yang
hanya berketinggian empat
kaki enam inci
sahaja. Kena dongak
kalau nak pandang
suami dia ni!
Zikry Haiqal
menolak perlahan dagu
Damya. Jelas pada
matanya akan bibir
Damya yang sedikit
menggeletar itu. Ketawa
kecil meletus dari
bibirnya. Matanya sengaja
dipanahkan tepat pada
mata bundar Damya
yang cantik itu.
Sungguh dia terpesona.
Sebelum ini hanya
mampu dipandang dari
jauh tetapi kali
ini, semua keindahan
itu adalah miliknya
yang mutlak.
“ Kalau
sayang tak sedia,
abang tak paksa.
Abang faham. Abang
tak kisah, abang
sanggup tunggu sayang
sampai bila-bila,” ucap
Zikry Haiqal perlahan.
Matanya masih singgah
pada mata bundar
Damya.
Kelopak mata
Damya mula bergenang.
Entah mengapa dia
berasa sebak. Mungkin
berasa beban dengan
dosa kerana menolak
hak suaminya. Ya!
Allah bantulah hamba-Mu
ini!
“ Mya
minta maaf bang.
Mya ni isteri
yang tak baik
kan?”
“ Hisy!
Kenapa cakap macam
tu? Sayang adalah
wanita yang paling
baik yang abang
pernah jumpa selepas
mama. Sayanglah rusuk
kiri abang yang
hilang tu, bidadari
yang Allah dah
ciptakan untuk abang
hingga ke syurga,”
lembut bicara Zikry
Haiqal.
Damya mengetap
bibirnya lalu menyembamkan
wajahnya pada dada
Zikry Haiqal. Sungguh
dia terharu akan
rasa sayang dan
cinta suaminya. Biarlah
kebahagiaan mereka ni akan berkekalan
hingga ke syurga
nanti, insya-Allah.
“ Sayang,
abang rasa elok
kita baring dekat
katil tu. Senang
sikit sayang nak
letak kepala sayang
kat dada abang
kan?” gurauan Zikry
Haiqal mematikan esakan
Damya. Serta-merta wajahnya
berubah keruh. Zikry
Haiqal ketawa kecil.
Terus tubuh kecil
itu dikendong lalu
dibaringkan diatas katil
yang dihias indah
dengan cadar merah
hati lembut dan
diiringi dengan aroma
lavender dari lilin
wangi yang bercahaya
di setiap meja
kecil yang terdapat
dalam bilik luas
itu.
Wajah isterinya
direnung kasih. Bibirnya
mudah mendarat pada
pipi Damya yang
gebu itu. Geram!
Damya menarik hidung
mancung suaminya yang
semakin nakal. Zikry
Haiqal tersenyum menggoda.
Semakin berani
rupanya isteri dia!
Tapi Zikry Haiqal
suka!
“ Nasib
baik sayang terlepas
malam ni. Malam
esok tak sure lagi
tau!”
Damya membulatkan
matanya lalu dicubit
lengan suaminya. “ Nakal tau
abang ni! Abang
dah janjikan?”
“
Yelah! Tapi nanti
kalau sayang dah ready,
sayang bagitau abang
eh? Boleh buat preparation!” giat
Zikry Haiqal lagi.
Damya mengerutkan dahinya.
“
Prepare? Untuk
apa?”
“
Prepare nak
dapatkan Engku Zikry
Haiqal junior lah
sayang!” spontan Damya
mencubit lagi lengan
suaminya. Dia menarik
muncung panjang. Geram
sungguh dengan suaminya
yang tak habis-habis
mengusik!
Damya terpana
lagi. Dia memegang
bibirnya perlahan. Zikry
Haiqal tersenyum suka.
“ Kalau sayang
tarik muncung lagi,
abang bagi hadiah
special!”
Damya menumbuk
perlahan dada Zikry
Haiqal seraya menyembamkan
wajahnya pada Zikry
Haiqal. Malu sungguh
dia! Masuk kali
ni sudah dua
kali kena ‘curi’!
Hisy!
Mereka saling
berpandangan sambil tangan
Zikry Haiqal leka
mengulit pipi isterinya.
Port yang
paling dia suka.
Damya tidak berdaya
hendak menghalang. Kalau
dihalang bukan suaminya
dengar pun!
“
Sayang, abang nak
ucapkan terima kasih
kat sayang sebab
tolong abang masa
pengsan malam tu,”
ucap Zikry Haiqal.
Dia hampir-hampir terlupa
akan hal itu.
Sudah lama ingin
dia berterima kasih
namun tidak kesampaian
kerana fikirannya kusut
dengan syarat dan
tempoh perjanjian masa
sebulan yang telah
oleh dikenakan Datin
Engku Zahira.
“
Takpe. Kebetulan Mya
lalu situ, Mya
tolonglah, takkan nak
biarkan aje. Emm..
Tapi abang buat
apa kat situ
malam-malam? Sorry kalau Mya
tersalah tanya”. Zikry
Haiqal tersenyum manis.
Sekali lagi pipi
Damya dikucup lembut.
“
Kalau abang cerita,
sayang jangan jealous pulak
tau! Actually malam tu
abang celebrate birthday
Irish, dekat sana.
Lepas dinner tu entah
tiba-tiba ada orang
pukul abang dari
belakang. Abang lawan
tapi tak sempat
sebab penjahat tu
main tipu suruh
kawan dia tumbuk
perut abang. Benda last
yang abang nampak
Irish tu lari
tinggalkan abang, ingatkan
dia nak minta
bantuan tapi hilang
macam tu aje!
Sakit hati betul abang!
Lepas abang
keluar hospital aje, abang
terserempak dia dengan
jantan mana entah!
Tak sangka dia
curang dengan abang!
Memang abang sakit
hati, kecewalah masa
tu!” cerita Zikry
Haiqal tanpa menyedari
hati Damya yang
sedikit terusik mendengarkan
nama Irish. Irish?
Siapa tu?
Zikry Haiqal
mengerutkan dahi apabila
dia tidak mendengar
sebarang respon daripada
Damya. Dia memandang
Damya yang menundukkan
kepalanya. Lantas dia
menarik erat pinggang
Damya lalu dipeluk
tubuh itu. Damya hanya
diam tidak berkutik.
Zikry Haiqal tersenyum
kecil. Merajuk?
“
Ni kenapa ni?
Senyap aje? Merajuk
eh sayang?” soal
Zikry Haiqal sengaja
mengusik Damya yang
sedikit berkaca-kaca matanya.
Damya diam lagi.
“
Janganlah macam ni
sayang. Susah hati
abang ni,” pujuk
Zikry Haiqal lagi.
Damya mendongak membalas
pandangan suaminya.
“
Irish tu siapa?”
terpacul soalan berbaur
cemburu dari bibir
Damya. Ya! Sememangnya
hati dia tidak
senang dengan nama
itu.
Zikry Haiqal
tersenyum lagi. Nakal!
“ Jealous eh? Takyah
jealous lah sayang.
Abang dah takde pape
perasaan lagipun dengan
dia. Kan abang
dah ada sayang.
Dia tu bekas
ex abang dulu
sebelum kita jumpa
lagi dekat KLCC”.
“
Dah tu kenapa
cakap macam abang
tu frust sangat? Macam
tak boleh lupa
aje?” tekan Damya
lagi. Cemburu! Ya!
Aku cemburu!
Zikry Haiqal
tersenyum lagi. Suka
benar dia melihat
riak cemburu dari
wajah dan intonasi
suara Damya. Menandakan
isterinya sudah menyayangi
dia. Dia mengucup
lembut bibir Damya
lama. Kena ‘curi’
lagi!
“
Sayang, abang bukan frust
la. Tak rasa
macam tu pun.
Abang kecewa sebab
abang rasa dipermainkan.
Rasa sakit hati,
marah, geram. Lepas
aje abang jumpa
sayang dekat KLCC
tu, abang langsung
tak ingat pada
dia dah! Buat
apa nak ingat
perempuan curang macam
tu! That’s why mama memang
tak suka dengan
dia!” luah Zikry
Haiqal. Matanya dipanah
tepat pada mata
bundar Damya. Geram
sungguh dia dengan
mata isterinya itu!
Hisy kau ni
Zik!
“
Kalau sayang nak
tau, bila sayang
cakap kat abang
yang sayang dah
terima lamaran orang
lain masa last kita
jumpa tu, time tulah
abang frust sangat sayang.
Asyik ingat kat
sayang aje, susah
sangat nak lupa.
Abang tak tau
macam mana nak
buang perasaan abang
ni pada sayang
yang dah lama
melekat sejak kita
jumpa dekat KLCC
hari tu. Abang
cuma berdoa moga-moga
Allah hilangkan rasa
yang baru nak
berputik tu dan
berikan pada yang
lebih berhak,” sambung
Zikry Haiqal lagi.
Damya tersenyum
manja. Tidak menyangka
rasa yang disimpan
secara rahsia dan
diam-diam turut dirasai
oleh Zikry Haiqal.
Bezanya saat itu
mereka tidak tahu
yang mereka bakal
ditunangkan. Tak tahu
bahawa merekalah yang
telah cuba dijodohkan
oleh Datin Engku
Zahira!
“
Dan tak sangka
kita bertunang pada
hari yang sama
tapi tak tahu
siapa tunang masing-masing
kan?” tambah Damya
lagi. Zikry Haiqal
ketawa kecil.
Malam ini
adalah malam untuk
menyingkap semuka sejarah
isi hati dan
rahsia penjodohan mereka.
Hebat sungguh perancangan
Allah untuk pasangan
Engku Zikry Haiqal
dan Nur Damya
ini. Mereka berkenalan,
bersahabat dan bertunang
kononnya dengan orang
lain tetapi langsung
tidak mengetahui merekalah
yang telah ditunangkan.
Hanya mengetahui pasangan
masing-masing ketika upacara
pembatalan air sembahyang.
Cantik sungguh perancangan
Allah untuk hamba-hamba-Nya.
“
Kan sayang? Ingatkan
kahwin dengan orang
lain, rupa-rupanya dengan
orang yang sama.
Dahlah pendam aje
dalam hari perasaan tu,
bila dah bertunang
baru rasa frust gila!
Masa nak sarung
cincin tu memang
abang terkejut sangatlah!”
luah Zikry Haiqal
lagi. Damya ketawa
kecil.
“
Mya faham. Mya
pun. Actually, we should
thanks to mama
sebab mamalah kita
bersama. Walaupun perkenalan
kita seolah-olah tak
direstui, tapi cinta
dan kasih sayang
mendapat restu mama
dan papa,” perlahan
Damya berkata. Terasa
dahinya dikucup lembut.
Zikry Haiqal melemparkan
senyuman manis buat
isterinya.
“
Yup! Kalau tak
sebab mama, kita
mungkin tak macam
sekarang ni. Nasib
baik abang terima
juga pilihan mama
tu walaupun bukan
pilihan abang pada
mulanya. Macam sayang
cakap hari tu, ‘Naluri
seorang ibu atau
ayah ni selalunya
baik dan tepat.
Jodoh kita ni
datang dengan macam-macam
cara’. Daripada apa
yang sayang cakaplah
abang terima jugak
pilihan mama,” tambah
Zikry Haiqal lagi.
Damya tersenyum
lagi. Melemparkan pandangannya
pada cahaya lilin
yang meliuk-lentok ditiup
angin malam. Terasa
sungguh nyaman.
“
So sekarang, sayang
nak ‘kawan’ dengan
abang lagi tak?
Ke nak minta
izin suami dulu?”
usik Zikry Haiqal
giat. Damya menyembamkan
wajahnya pada dada
suaminya. Malu! Confident aje
cakap! Hampeh betullah
cik abangku yang
sorang ni!
‘Saya harap lepas
kita masing-masing dah kahwin
nanti, persahabatan kita
akan terus kekal’
‘Saya tak janji.
Saya kenalah minta
izin suami saya
dulu. Saya tak
nak jadi nusyuz
nanti. Saya harap
awak faham’.