DAMYA berpaling
geram ke arah
Aswad yang asyik mengekorinya sejak
dari mula dia
menjejakkan kaki ke
Berjaya Times Square
lagi. Hari ini
hari Ahad dan
kebetulan kelasnya terpaksa
dibatalkan hari ini.
Jadi untuk mengusir
rasa kebosanan di
hujung minggu, dia
hendak mencuci mata
dengan berjalan-jalan di
sekitar Berjaya Times
Square ini.
Tidak sangka
pula hujung minggu
ini dia diganggu
oleh seorang makhluk
ciptaan Allah yang
paling dia benci
dan menyampah. Benci
kerana Aswad telah
curang padanya sewaktu
meraka sedang bercinta.
Sudah lebih setahun
mereka putus, namun
Aswad masih mengganggunya. Menyesal
pulak aku datang
sini.
“ Eeeiii!! Kau nak apa hah? Baik kau blah lah dari sini! Jangan ikut aku boleh tak??” marah Damya geram. Dia terus berjalan laju ke hadapan namun tangannya dicapai oleh Aswad.
“
Mya, please.
Dengarlah saya nak
cakap dulu. Saya
mintak maaf atas
apa yang saya
dah buat. Please
kita couple balik ya?
Please! I’m
begging you Mya,”
rayu Aswad dengan
ayat manisnya.
Damya merentap
kuat tangannya. Dia
menolak kasar tubuh
Aswad yang cuba
mendekatinya. Dia benci
lelaki itu. Menyampah!
Geram tau tak!
“
Eh! Kau blahlah! Aku
dah tak nak dengan
kaulah! Orang macam
kau tak layak
bagi muka! Dah
banyak kali aku
bagi peluang pada
kau, tapi kau
langsung tak berubah!
Macam ni kau
nak aku terima
kau balik?!” tengking
Damya. Langsung tidak
menghiraukan akan pengunjung-pengunjung yang
lain.
“
Mya, please.
Saya dah berubah.
Saya janji saya
takkan buat lagi
perangai lama tu. I
promise!” Aswad mengangkat
tangan seperti orang
sedang berikrar, tanda
dia sungguh dengan
janjinya.
Damya merengus
kasar. Dia langsung
tidak percaya pada Aswad lagi.
Langsung!
“
Eh! Aku tak
nak kat kaulah!
Aku dah ada boyfriend! Dia
lagi berjuta kali lebih baik
daripada kau tau
tak!” bohong Damya.
Ini sahaja cara
yang ada untuk
dia melepaskan diri daripada
Aswad yang degil
dan meroyan ni.
“
Awak tipu Damya!
Awak takde boyfriend pun
kan!” sanggah Aswad.
Sungguh dia sukar
mempercayai kata-kata Damya.
“
Eh! Kau apa
tau? Kau ingat
aku ni tak
laku sangat ke? Boyfriend aku
ni lebih baik
dari kaulah! Yang
penting dia tak
curang dengan aku!”
bohong Damya dalam
nada menyindir.
“
Okay fine!
Kalau betul awak
dah ada boyfriend, awak
buktikan pada saya dan tunjuk
dekat saya siapa boyfriend awak tu!”
cabar Aswad.
“
Eh! Kau ni
gila lah! Dia
tak ada kat
sini! Dia sibuk
kat office! Ei! Dahlah
malas aku nak
layan kau!” pantas
Damya berlari laju
meninggalkan Aswad di
situ. Seboleh-bolehnya dia
hendak lari dari
Aswad.
Dalam pada
dia berlari laju
melarikan diri dari
Aswad yang cuba mengejarnya, dia
terlanggar seseorang lelaki
yang baru sahaja
keluar dari sebuah
butik kasut. Tanpa
berfikir panjang, Damya
memaut lengan lelaki
itu dan tersenyum
manis. Dia pasti
Aswad akan mencarinya.
Dia tidak peduli
apa tanggapan lelaki
ini, apa yang
penting lepas ini
Aswad tidak akan
menganggunya dia lagi.
“
Eh! Apa ni?”
soal lelaki itu
terpinga-pinga. Sungguh dia
terkejut dengan apa
yang telah berlaku
sebaik sahaja dia
keluar dari butik
kasut ini, ada
orang telah merempuh
dan memeluk erat
tangannya.
“
Encik! Tolong saya
sekejap! Encik berlagak
aje jadi boyfriend saya
sekejap. Saya tak
nak dia ganggu
saya lagi lepas
ni! Tolonglah encik,
sekejap aje!” rayu
Damya berbisik sambil
memandang lelaki itu. Pandangan tajam
lelaki itu langsung
tidak dipedulikan. Matanya
cekap cuba mengawasi
pergerakan Aswad.
Lelaki itu
berkerut dahi. Seakan
pernah dilihat gadis
ini tapi dia
langsung tidak ingat.
Macam kenal aje!
Tapi kat mana
ya? Sumpah dah
tak ingat kat
mana!
“
Err.. encik dia
dah datang. Ingat
ya? Encik berlakon
aje tau jadi boyfriend saya!”
ujar Damya lantas
menarik lengan lelaki
itu sambil tersenyum
mesra. Lelaki itu
tertarik sama mengikuti
langkah Damya. Eh!
Apesal yang aku
ikut aje ni?
“
Hah! Aswad! Kebetulan
pulak dia ada
dekat sini. Kenalkan
boyfriend aku.
Sayang, kenalkan ni ex-boyfriend saya
yang curang tu!”
sempat lagi Damya
menyindir Aswad yang
merona wajahnya.
Ya! Dia
akui teman lelaki
baru Damya lebih
hebat dari dirinya.
Melihat gaya pemakaian
pun sudah pasti
lelaki ini berpangkat
besar. Rupa lelaki
itu yang cerah
pula menunjukkan teman
lelaki baru Damya
jauh lebih kacak
darinya. Aswad berasa
tercabar.
Damya mengetap
bibir. Alah! Apasal
mamat ni tak
respon pulak? Dia
dengar ke tak
ni? Damya menyiku
perlahan lelaki yang
berada di sebelahnya.
Lelaki itu terkejut.
Dia memandang ke
hadapan ke arah
lelaki yang di
dakwa sebagai bekas
teman lelaki gadis
ini yang curang.
“
Err.. hai! Saya..
Saya Zikry. Engku
Zikry Haiqal. Boyfriend ex-girlfriend awak
ni!” lelaki itu
memperkenalkan diri.
Terlopong Aswad
seketika. Damya terkejut.
Er! Anak raja
mana pulak yang
aku dah sauk
ni?
DAMYA mengeluh
lega setelah bayangan
Aswad hilang di
sebalik pandangannya. Dia
menarik nafas lega.
Seketika kemudian, dia
berpaling ke arah
‘teman lelaki’ rekaannya.
Damya terpana apabila
raut wajah itu
memandang tajam ke
arahnya. Bagaikan mata
pedang yang tajam
menghunus dan menikam
tepat padu padanya.
Damya menelan liur.
Perit!
“ Now, tell
me who you
are? Have we
ever meet before?”
sambil berpeluk tubuh,
lelaki yang bergelar
Engku Zikry Haiqal
itu menyoalnya.
Damya menggaru-garu
pipinya. Apa aku
nak jawab ni?
Macam mana aku
tak perasan yang
mamat ni adalah
mamat yang aku
pernah langgar sampai
tertumpah air buah
tu dekat baju
mahal dia tu?
Macam mana aku tak perasan
dialah mamat sombong
dan kerek tu?
Sumpah aku dah
makan diri! Macam
mana ni? Kenapalah
aku tak perasan
tadi? Tulah main
sauk aje langsung
tak pandang kiri
kanan!
“
Dah bisu pulak?
Tadi bukan main
lagi berjela-jela awak
cakap minta tolong
saya. So, please answer
my questions now!”
tinggi suara lelaki
itu.
Damya terkejut.
Dia memandang sekeliling.
Kalau ye pun
nak aku jawab
soalan kau, tak
payahlah nak jerit-jerit
kat sini! Bukannya
aku nak rogol
kau pun sengal!!
Eii!! Apa
aku merepek ni
hah?? Otak…
“
Err.. saya.. saya
yang…” belum sempat
Damya menjawab, Zikry
Haiqal memintas laju.
“
Gagap pulak? Tadi
bisu! Eh! Wait a
minute. Gagap awak
ni macam….. Oh no!
Kau yang langgar
aku masa dekat
Hilton Hotel kan?
Betul kan?” tekan
Zikry Haiqal. Dia
membulatkan matanya.
Brilliant! Memang genius
lah anak raja
ni! Tak perlu
susah aku gagap
nak explain dekat mamat
sombong ni!
“
Err.. betullah tu.
So, sekarang awak
dah tahu siapa
saya kan? Nah
ni upah awak
sebab tolong saya
tadi. Terima kasih
banyak-banyak sebab tolong
saya. Harap lepas
ni kita tak
akan berjumpa lagilah
ya?” jawab Damya
laju. Pantas tangannya
meletakkan not lima
puluh ringgit ke
telapak tangan Zikry
Haiqal dan mula
beredar dari situ.
Malaslah nak bertekak
lebih-lebih. Buat malu
aje!
Zikry Haiqal
memandang not yang
berada di tapak
tangannya. Pantas dia
memanggil gadis itu.
“
Hoi! Kau ingat
cukup ke lima
puluh ringgit ni dengan
pertolongan aku jadi
BF palsu kau tu
hah?”
Damya berpaling.
Wajahnya masam cemberut.
Bibirnya diketap kuat.
Mengada betullah mamat
raja sombong ni!
Aku dah bagi
tu tak cukup
lagi ke? Dia
kan banyak
duit! Eii!! Kerja ‘pow’
duit aku aje.
Sehelai lagi not
yang sama diletakkan
pada tapak tangan
lelaki itu.
“
Cukup? Sekarang saya
boleh pergi kan?”
Zikry Haiqal terpinga-pinga akan
tindakan gadis itu
yang terus berpaling tapi
sempat lagi menghadiahkan
jelingan yang cukup
tajam. Dia terpaku
seketika. Wajah gadis
itu sungguh comel
saat berpaling sambil
menjeling tajam ke
arahnya dengan riak
masam dan tidak
berpuas hati. So sweet!
Melihatkan langkah
gadis itu yang
semakin hilang di
balik dinding konkrit,
Zikry Haiqal mengeluh
lemah. Ala! Apa
nama dia ekk??
Dua helai
not lima puluh
ringgit direnung dalam.
Masih terbayang setiap
reaksi wajah gadis
itu tadi. Dari
mula riak cuak,
riak merayu, riak
senyum manis dan..
riak wajah tadi!
Reaksi yang sungguh-sungguh comel
bagi dirinya.
Ah! Aku
ni dah jatuh
cinta ke? Habis
Irish Elenna macam
mana? Tapi kenapa
perasaan aku tak
sama macam sekarang
ni bila aku
dengan Irish? Isy!
Parah aku macam
ni!
DATIN ENGKU
ZAHIRA tersenyum sebaik
sahaja menjejakkan kakinya
ke lantai berkilau
De’Paradise Boutique. Laju
langkahnya di atur
menuju ke arah
dua figura manusia
yang sedang rancak
berbual di kaunter
butik.
“
Assalamualaikum,” sapa wanita
anggun itu. Rozy
dan Damya berpaling
ke arah empunya
suara.
“
Waalaikumussalam,” jawab mereka
berdua serentak.
“
Datin! OMG! Dah lama Rozy tak
jumpa Datin!” Rozy
membalas sapaan Datin
Engku Zahira mesra.
Mereka berbual seketika
sebelum pandangan wanita
anggun itu terarah
kepada Damya yang
setia melemparkan senyuman
kepadanya.
“
Datin nak beli
baju ke? Rozy
tolong Datin pilihkan
ya? Rozy tak
kisah walaupun sekarang
ni waktu rehat.
Untuk Datin, apa-apa
pun Rozy sanggup
buat!” ujar Rozy
sedikit gedik. Datin
Engku Zahira hanya
ketawa sahaja dengan
gelagat sotong Rozy.
“
It’s okay
Rozy. Saya nak
jumpa dengan Damya
sekejap, boleh kan?”
pinta Datin Engku
Zahira meminta kebenaran.
Damya terkejut,
Rozy apatah lagi.
Fika, Didi dan
Marliya hanya tersenyum
sinis. Meluat betul
mereka dengan Damya.
Kebanyakkan pelanggan yang
datang ke butik
Mrs.Vee ini pasti
akan mencari Damya.
Malah mereka juga
sering disindir oleh
Mrs. Vee supaya
sentiasa mencontohi Damya
dan itulah yang
membuatkan mereka semakin
menyampah-nyampah dengan Damya.
“
Err.. sure! Boleh , apa
salahnya. Damya! Yang
kau tercegat dekat
situ apasal? Sini!
Datin nak jumpa
kau!” panggil Rozy
dengan frekuensi yang mampu mengalahkan
suara soprano Ning
Baizura.
Damya melangkah
mendekati mereka berdua,
lalu Rozy terus
meninggalkan mereka. Datin
Engku Zahira tersenyum
seraya berkata.
“
Damya boleh temankan
auntie lunch tak? Auntie
sorang-sorang aje ni?
Sekarang ni kan
waktu rehat. Boleh
ya Mya?”
“
Eh takpelah auntie.
Saya.. saya sebenarnya
dah kenyang ni,”
dalih Damya. Senyumanya
terasa pahit sekali.
Yelah, dah menipu!
“
Kalau Mya dah
kenyang, Mya minum
ajelah, temankan auntie,”
pujuk Datin Engku
Zahira lagi.
“
Err.. saya.. seganlah
auntie. Nanti apa
pulak…” belum sempat
Damya menghabiskan ayatnya,
Datin Engku Zahira
memontong pantas.
“
Peduli aje apa
orang cakap. Boleh
ya Mya temankan
auntie? Auntie dah
lama tak jumpa
dengan Mya, rindu
auntie pada Mya”.
Damya berasa
serba-salah. Dia sebenarnya
segan. Nanti apa
pula kata rakan-rakan
sekerjanya? Apa kata
Rozy? Pasti Rozy
akan mengorek rahsia
daripadanya sedangkan dia
langsung tidak mengetahui
akan niat sebenar
Datin Engku Zahira.
“
O..kaylah auntie. Mya
temankan auntie lunch
ya?” putus Damya
melihatkan wajah wanita
dihadapannya ini begitu
mengharap.
Datin Engku
Zahira tersenyum lebar.
Misi pertamanya berjalan
lancar!