Jari-jemari Firdaus
lincah menari di
keyboard laptop. Tekun dia
menaip, sekali-sekala tangannya
menyelak dan membelek
kertas yang terdapat
di dalam fail. Terlalu
khusyuk
sehingga intercom yang berdering
langsung
tidak diendahkannya.
Apabila intercom
itu berdering sekali
lagi, Firdaus mengeluh
kasar. Dia sememangnya
tidak suka diganggu
terutama ketika dia
sibuk menyemak segala
dokumen penting. Dengan kasar
dia menekan butang
intercom yang bernyala.
‘ Memekak betullah!’
“
What?! I told you
just now yang I
tak
mahu diganggu! Don't you understand the simple words?” lantang
Firdaus menghamburkan marahnya
kepada Akma.
Akma mengetap
bibir. Diam. Sudah masak
dengan perangai baran
Mr. Big Boss. Tahan ajelah.
Nak buat macam
mana, bila angin taufan
dia datang semua
dia sembur.
“
I’m sorry sir
but Tan Sri
Fahim on the
line now,” terang
Akma takut-takut.
Firdaus mengeluh
lagi. Apa daddy
nak? Dia terdiam
seketika.
“
Okay pass me
the line!” arah
Firdaus. Tegang sahaja
nadanya. Dia termenung
seketika.
Sejak kemunculan
Karinna secara tiba-tiba
di pejabatnya kelmarin,
moodnya tidak menentu.
Kadang-kadang elok, kadang-kadang
angin taufannya datang.
Tidak menentu. Jika datang angin moody
dia, sesiapa sahaja
dia sembur. Amarahnya sukar
dikawal. Ini semua
berkaitan dengan Karinna.
Mengungkit kembali kisah
silam mereka yang
cuba dia lupakan.
' Kusut betullah!'
Firdaus tersentak
apabila telefon di
mejanya tidak berhenti-henti menyaring.
Pantas dia angkat
gangang tersebut. Pasti daddynya
sudah menunggu lama.
“
Assalamualaikum, Fir kenapa
lambat sangat angkat
call daddy?” terus
sahaja Tan Sri
Sy. Fahim mengajukan
soalan.
Firdaus mengeluh
lemah. Dia menjawab
lemah salam daddynya.
Namun amat
jelas keluhan di
pendengaran tua Tan
Sri Sy. Fahim.
Tahulah dia bahawa
anak sulungnya itu
mengalami masalah yang boleh dikira
agak berat.
“
Why Fir? Do you
have any problem?
Wanna share?” pelawa
Tan Sri Sy.
Fahim.
“
It’s okay daddy.
Takde apa pun,”
nafi Firdaus. Dia amat
menghargai keprihatinan daddynya.
Sentiasa berada di
saat-saat dia memerlukan.
Mungkin naluri seorang
ayah yang sangat
kuat terhadap anaknya
sehingga dapat merasakan
kesulitan yang dialami
oleh anaknya.
“
Don’t lie to
me. I’m your
daddy Fir. Macamlah daddy
tak kenal anak
daddy ni macam
mana. 29 tahun
daddy lihat anak
daddy yang hot
ni membesar. Dengar
aje
keluh Fir tu
daddy dah tahu
dah. It’s okay
daddy tak nak
paksa Fir but I want
you to know
that I’m always
be here with
you,” bicara daddynya
membuatkan Firdaus terharu.
Sungguh. Kini dia
mula rasa bersalah.
Membelakangkan insan yang
amat disayanginya sedangkan
insan itu sentiasa
cuba mendekatkan diri
dan memahami jiwanya.
Mungkin inilah masanya.
Menceritakan rahsia yang
terlalu besar selama
29 tahun hidupnya.
Dan juga konflik
kepulangan Karinna yang
telah membuatkan hidupnya
terasa sesak yang
amat sangat.
“
Your instinct is
right daddy. Fir ingat
nak jumpa daddy
lunch hour ni. I hope
you can make
it,” pelawaan Firdaus
itu bagaikan embun
pagi yang menyiram
hati tuanya.
Hati tua
yang mempunyai pelbagai
rasa yang tidak
berjawapan. Entah dari
mana datangnya rasa
yang aneh. Seakan ada
sesuatu yang besar akan
berlaku.
“
Of course I will. It sounds that are really important. Daddy
pun
dah lama tak
jumpa dengan Fir,”
kata-kata itu membuatkan
Firdaus tersenyum.
Setelah menetapkan
tempat, Firdaus terus
menyambung kerjanya yang
tergendala sebentar tadi. Namun
tidak
dapat difokuskan kerana
fikirannya mula membayangkan
apa yang akan
berlaku setelah dia
menceritakan segalanya.
Firdaus tekad. Dia
harus
menceritakan juga perihal
Dheiya kepada daddynya
agar lelaki itu
tahu akan kewujudan
Dheiya dalam hidupnya.
Sudah tidak sanggup
dia menyimpan rahsia
ini bimbang jikalau
ada mulut-mulut yang
menyampaikan cerita ini
siap dengan membuat
penambahbaikkan daripada cerita
sebenar akan menyulitkan
lagi keadaan. Terutama sekali
mummynya yang mudah
sahaja mempercayai kata-kata
orang dan terlalu
meterialistik.
Sekurang-kurangnya jika
daddynya tahu, keadaan
tidak akan menjadi
lebih sukar terutama
sekali untuk meyakinkan
mummynya untuk menerima
Dheiya Arisha. Yang
pastinya dia tidak
akan mendedahkan asal-usul
Dheiya yang tidak
seindah mana pada
pengetahuan mummynya. Biarlah Zaff
dan daddynya sahaja
yang mengetahui hal
yang sebenar kerana
hanya mereka yang
dia percayai.
-----------------------------------------------------------
“
Daddy dapat tahu
dua hari lepas
Karinna datang ke
office Fir. Betul?
Bila dia balik
sini?” tanya Tan
Sri Sy. Fahim
lalu menyuapkan makanan
ke mulutnya. Dia mengacau
minuman dengan straw
sambil matanya mengerling
ke arah anak
lelakinya. Melihat reaksi
Firdaus.
Firdaus kaget. Tidak
tahu
hendak menjawab apa. Jikalau
boleh
dia tidak mahu
perihal Karinna muncul
di pejabatnya menjadi
topik perbualan mereka. Mendengar nama
gadis itu pun
dia tidak mahu. Semuanya
menyakit
hati dan perasaannya.
Kalau boleh dia
tidak mahu mengingati
apa-apa jua tentang
kisah mereka berdua.
“
Kenapa diam? Daddy
salah tanya soalan
ke?”
Firdaus menggeleng.
Sukar dia hendak
meluahkan apa tersirat
dihatinya.
‘ Payah betullah
macam ni !’
“
Taklah. Bukan macam
tu. Memang betul
Karinna ada datang
pejabat tapi tak
sangka pulak dia
tu wakil Mega
Jaya Sdn.Bhd. Bila
dia balik Fir
tak tahu. And if
Fir dapat tahu
sekalipun Fir takkan
ambik tahu,” jelasnya
panjang lebar. Tangannya mula menguis makanan
dihadapannya dengan sudu. Sudah
mati
seleranya.
Tan Sri
Sy. Fahim mengangguk
kepala. Pantas Firdaus
menyoal pula. “
Mana daddy dapat
tahu ni?”
“
Zaff yang bagitau.
Kebetulan daddy terserempak
dengan dia dekat
Hilton Hotel petang
semalam. Fir okey? Yalah
manalah
tau kalau-kalau dah
jumpa balik ni
Karinna ada cerita
apa-apa”.
“
Kalau ada cerita
pun, Fir tak
nak dengar. Past is
past. Malas nak
ingat. Bukan dapat
apa-apa pun. Sakit hati
adalah,” luah Firdaus geram. Sehingga
kini
amarahnya masih tetap
berbuku dihati. Sampai bila-bila
pun tidak akan
terpadam.
“
Memang betul apa
yang Fir cakap tapi
Fir tak nak
bagi dia peluang?
Peluang untuk…” pantas Firdaus
memotong.
“
Peluang untuk apa
daddy? Kenapa sekarang?
Kenapa tak lapan tahun lepas? Fir
dah banyak kali
bagi dia peluang
untuk jelaskan tapi
apa yang dia
buat? Dia tinggalkan
Fir macam tu
aja,” Firdaus menahan
rasa dihatinya. Marah,
kecewa, sakit, pedih
dan segalanya. Just name
it. Hanya dia
yang tanggung rasanya.
Firdaus meletakkan
sudu dan garfu.
Hilang langsung seleranya.
Carrot juice disedut
dengan straw. Tegang
wajahnya.
“
Relax Fir, daddy
bukan nak ungkit
cuma nak Fir
fikir balik aje. Mesti
ada
sebabnya dia pulang
ke sini semula.
Itu aje. Daddy bukan
nak sebelahkan dia,
dia pun tak
boleh terima apa
yang dia dah
buat pada Fir
dulu tapi mungkin
ada sebabnya. I just
want
you think,
okey?” lembut Tan
Sri Sy. Fahim
meluahkan pendapatnya.
Itulah yang
menyebabkan dia lebih
selesa berkongsi dengan
daddynya. Daddynya tidak
mudah melenting sebaliknya
lebih berdiplomasi.
“
I don’t want
to talk about her
anymore. Actually Fir
ajak daddy lunch
ni sebab nak
bagitahu daddy sesuatu.
Fir harap daddy
tak marah, tak
terkejut. Percayalah apa Fir
buat ni ada
sebabnya yang tak
dapat Fir elakkan,”
kata-kata Firdaus benar-benar
menarik perhatian Tan
Sri Sy. Fahim.
Dia mengagak
perkara ini penting.
Terlalu penting sebenarnya.
Dari riak wajah
Firdaus yang serius
dia sudah dapat
meneka cuma tidak
tahu apa perkara
yang ‘sesuatu’ itu.
“
Fir, you know
me right? Ceritalah.
Daddy dengar,” jawab
Tan Sri Sy.
Fahim lembut. Memandang tepat
pada wajah kacak Firdaus
yang banyak mewarisi
daripada wajahnya dan
juga genetiknya, salah
satunya anak mata
Firdaus yang bewarna
kelabu itu. Cuma sikap
baran Firdaus itu
diwarisi sedikit daripada
mummynya, Puan Sri
Sy. Faridah.
Firdaus menarik
nafas perlahan. Panjang.
Cuba mencari kekuatan
untuk meluahkan apa
yang tersirat difikirannya.
“
Actually I’m married
already!” dengan yakin
Firdaus mengeluarkan kata-kata.
Dia memandang tepat
ke wajah daddynya
yang ternyata terkejut.
Ya, dia
sudah mengagak itu.
Wajah yang
beriak terkejut perlahan-lahan beransur,
mempamerkan senyuman yang
sememangnya sukar ditafsirkan.
Tanpa diduga, Tan
Sri Sy. Fahim
ketawa kecil.
‘
Yang ni memang
aku langsung tak boleh
agak. Daddy ingat
aku buat lawak
kot ‘ bisik
Firdaus perlahan. Dia pelik
dengan reaksi daddynya.
“
Daddy, I’m serious.
Fir memang dah
kahwin,” tegas Firdaus
lagi. Meyakinkan daddynya
yang pada pandangannya
tidak percaya akan
katanya sebentar tadi.
“
Daddy percaya”. Ketawa Tan
Sri Sy. Fahim
mulai reda. Namun masih
ada senyuman di
bibirnya.
Firdaus terkedu
mendengar pengakuan daddynya.
Dia mengangkat keningnya.
Sukar pula mempercayai
apa yang dia
dengar.
‘
Daddy ni demam
ke apa? Sah aku
pulak yang dah
pening ni! ‘
“
Daddy please, I’m
not joking. Memang betul
Fir dah kahwin.
Fir tak main-main,”
tegas Firdaus lagi.
“
Sebab tu daddy
cakap daddy percaya.
Fir bukan yang
suka main-main kan? Seorang
yang
serius. Daddy percaya.
So, who’s the
girl? Daddy nak
kenal jugak perempuan
mana yang dah berjaya runtuhkan
ego anak daddy
yang cerewet dan kacak ni. Mesti
dia
hebat kan?” pertanyaan
daddy mengundang senyuman
sinis Firdaus.
“
Why? Tak betul
ke?” kerut Tan
Sri Sy. Fahim.
“
Part kacak tu
memang betullah tapi
part runtuhkan ego
and cerewet tu tak
tepat,” balas Firdaus.
Dia menyuap kembali
makanannya. Entah kenapa
seleranya mula kembali
apabila topik Dheiya
dibicarakan.
Masuk bakul
angkat sendiri betul!
Tan Sri
Sy. Fahim ketawa
mendengar jawapan anaknya.
“
You not answer
my question yet. Siapa
dia
perempuan tu? Siapa nama
dia? Kenapa tiba-tiba
kahwin? Kenal macam
mana? Setahu daddy
Fir tak pernah
serius dengan mana-mana
perempuan lepas dengan
Karinna but this
girl how? Kenapa tak
bagitahu daddy dan
mummy?” bertalu-talu soalan
daripada Tan Sri
Sy. Fahim.
“
What a lot
of question!”
Firdaus meraup
wajahnya. Kelu lidahnya
hendak menjawab soalan
yang bertalu-talu itu.
‘
Aduh mak! Macam mana
aku nak jawab
ni? Bantai je
lah benda yang
betul. Dengan daddy
aku susah nak goreng, tahu
aje aku cakap
lain ‘
Firdaus memandang
wajah daddynya yang
sedang sabar menanti
jawapannya. Dia menarik
nafas panjang.
“
Nama dia Dheiya,
Dheiya Arisha Arshad”.
3 comments:
really thanks to u zara. ni suka ni. bagus lah, firdaus dah cerita. n mmg suka gan papa dia yg amat memahami, jap lagi g la melawat menantu plk ya.hehehe
harap2 die tak brcinta balik dgn ex dier, kesian dhia.... dah la dia ader fir jer
kesian kan?.. hehehe..
Post a Comment