Sy. Emilina
a.k.a Emilina jalan
melenggang keluar dari
keretanya. Langkahnya yang
penuh dengan gaya
menggamit rasa menyampah
di hati Aria.
Dengan skirt pendek
paras paha dan
blouse sendat berlengan
pendek ditambahkan lagi
dengan high heels
setebal tiga inci
menerbitkan lagi rasa
meluat dihati Aria.
“
Isy! Apesal la
minah ni tak
duduk je terus
kat UK tu?
Menyibuk aje!” getus
Aria geram. Dia
yang sedang enak
mendengar lagu dari
MP4nya di buaian
terganggu.
‘ Pakai macam
pompuan kelab malam
aje! Macam ni
mummy nak buat
menantu? Huh! ‘
Sebenarnya Aria
tidak terlalu benci tetapi
terlalu meluat dan
menyampah dengan perangai
gedik Emilina. Dia
tak suka! Tidak
tahu malu. Bila
alongnya, Firdaus berada
di sini, cepat
aja Emilina datang
ke banglo mereka.
Nak mengendeng-ngendeng dengan
alongnya. Bukan dia
tidak tahu, Emilina
dan mummynya lah
yang merancang untuk
memisahkan alongnya dengan
Karinna. Kesian dengan
Karinna. Bukan dia
tidak tahu rancangan
mummynya cuma dia
belum dapat bukti
untuk memberitahu alongnya
kerana sekarang ini
alongnya langsung tidak
mahu sesiapa pun
menyebut tentang Karinna
didepannya. Hubungan cinta
mereka ditolak-tolak mentah
dan ditentang keras
oleh mummynya. Alasan?
Karinna berketurunan biasa,
keluarganya sederhana. Cis!
Memang materialistic betul!
“
Hai Aria! Buat
apa tu? Aunty
ada?” sapa Emilina
girang dengan aksinya
yang sedikit gedik.
Langkahnya diatur ke
arah Aria yang
sudah bangun untuk
masuk ke rumah.
“
Hurm.. ada. Masuklah,”.
‘ Kalau tak malu ‘
sambung Aria ayat
terakhir dalam hati.
Pantas dia melangkah
masuk ke rumah
diikuti oleh Emilina.
Emilina mencebik.
Ingat aku suka
sangat tengok muka
kau? Menyemak aje
balik KL! Bentak
Emilina geram dalam
hati.
Puan Sri
Sy. Faridah yang
baru sahaja menuruni
anak tangga tersenyum
mesra sebaik sahaja
terlihat kelibat Emilina.
“
Aunty! Oh! I
miss you so
much!” girang Emilina
menyapa Puan Sri
Sy. Faridah sambil
memeluk dan melaga-lagakan pipinya
dengan ibu saudaranya
itu. Puan Sri
Sy. Faridah membalas
mesra.
“
Lin, miss you
too. Kenapa lama
sangat duduk kat
UK tu? Lin
merajuk dengan aunty
ke dengan Fir?
Bila balik? Kenapa
tak bagitahu aunty?”
bertalu-talu soalan keluar
dari mulut Puan
Sri Sy. Faridah.
Gembira hatinya
apabila anak saudara
kesayangannya berada di
depan mata. Yalah,
bakal menantu lah
katakan.
Emilina tersengih
mengada. Suka hatinya
apabila ibu saudaranya
itu girang menyambutnya.
Bertanya pelbagai soalan
seakan dia orang
yang penting. Mestilah,
kan tak lama
lagi dia akan
jadi menantu dalam
rumah ni. Berkahwin
dengan orang yang
digilai dan dicintainya.
Semestinya Firdaus! Sebab
itulah dia sentiasa
rapat dengan mummy
lelaki itu kerana
Firdaus pasti mendengar
kata mummynya
“
Aunty, mana lama
Lin kat UK
tu. Sekejap aje.
Semalam baru sampai.
Lin tak merajuklah
dengan aunty, dengan
Fir aje. Asyik
busy aje dia tu. Ajak
keluar banyak pulak
alasan dia,” ngadu
Emilina gedik.
Aria yang
duduk melepak di
sofa mencebik wajahnya.
Eeii! Mengada pulak!
Pantas dia melangkah
menuju ke anak
tangga. Mendaki dengan
penuh rasa geram.
Dihentak-hentakkan kakinya. Emilina tersenyum
sinis melihat gelagat
Aria.
“
Laa.. yeke? Ni
yang pergi UK
tu sebab merajuk
dengan Fir la?
Nak dia pujuk
lah ni? Dah
sebulan dekat sana,
dia pujuk tak?”
tanya Puan Sri
Sy. Faridah lagi.
“
Mana ada dia
pujuk! Dibiar aje
Lin kat sana.
Ingatkan bila Lin
dah jauh ni,
dia rindu. Ni tak. Jangankan
nak call, nak
mesej habuk pun
takde. Sedih Lin
tau!” adu Emilina
lagi. Mimik wajahnya
disedihkan.
Puan Sri
Sy. Faridah sedih
melihat wajah muram
Emilina. Terdetik di
hati rasa geram
terhadap anak sulungnya.
“
Lin, janganlah sedih-sedih.
Don’t worry. Nanti
aunty slow talk
dengan Fir ya.
Dia sibuk agaknya
tu. Yalah sekarang
ni banyak benda
yang dia nak
kene uruskan. Kan
tak lama lagi
uncle nak handover
Merida Holdings tu
pada dia. Lin
sabar ya,” pujuk
Puan Sri Sy.
Faridah. Tangannya mengusap-ngusap lembut
bahu gadis cantik
itu.
“
Errmm.. apa kata
Lin pergi jumpa
Fir kat penthouse
dia. Ajak dia
keluar ke, ataupun
pergi office ajak
dia keluar lunch.
Okey? Sambil-sambil tu Lin boleh
ambik hati dia,”
cadang Puan Sri
Sy. Faridah sambil
tersenyum lebar.
Emilina mengukir
senyumannya. Seronok kerana
rancangannya berjalan secara
tidak sengaja. Lepas
ini, dia akan cuba memujuk
ibu saudaranya supaya
berjumpa dengan papa
dan mama untuk
mempercepatkan perkahwinan mereka.
“
Okay. Tapi Lin
rasa suggestion aunty
yang pertama tu
okey jugak! Lin
nak buat surprise
kat Fir nanti,”
riang Emilina menerima
cadangan bernas itu.
Aria yang
terdengar secara tidak
sengaja itu mencebikkan
bibirnya. Mengada! Gedik!
Wajahnya masam cemberut.
Langkahnya dilajukan sehingga
hampir terlanggar abang
kembarnya, Fahmi.
“
Eh Aria! Apesal
ni? Kelam-kabut aje?
Nak pergi mana?
Kata tadi nak
ambik angin kat
luar,” umpama peluru
yang menembak bertalu-talu
soalan keluar dari
mulut Fahmi.
Aria memuncungkan
bibirnya ke bawah.
Fahmi mengangkat kening?
Apa?
“
Tu hah! Minah
‘ PLASDIK ‘ ada kat
bawah. Macam mana
nak duduk, masa
dia datang tadi
rasa macam ada
pollution environment aje
kat luar tu
bila nampak muka
dia. Tak naklah
dapat penyakit, tu
yang naik ni,”
ujar Aria sambil
mempamer mimik wajah
menyampah.
“
Oh! Best friend
mummy datang! Patutlah,”
balas Fahmi ketawa
kecil sambil matanya
menjenguk ke bawah.
Melihat mereka berdua
berbual. Lucu juga
dia apabila Aria
menggelarkan Emilina ‘ PLASDIK ‘,
campuran dan singkatan
dari GEDIK dan
PLASTIK.
Hahaha.. macam-macamlah adiknya
yang sorang ni.
“
Fahmi nak turun
ke?” tanya Aria.
“
Tak naklah! Nanti
dapat penyakit sakit
mata pulak! Kan
pollution environment!” kata
Fahmi sambil ketawa.
Aria pun ketawa
mengekek.
“
Jom! Main PS3! Aria akan
kalahkan Fahmi nanti!”
“
Huh! Jangan nak
mimpilah budak!”
---------------------------------------------
Karinna mengeluh
lemah. Dia meletakkan
ganggang telefon ke
tempat asal. Pilu
hatinya apabila kehadirannya
ditolak mentah-mentah. Terasa
dirinya bagaikan perigi
mencari timba. Namun,
sukar untuk dia
melepaskan lelaki itu
setelah sekian lama
menyulam cinta. Walaupun
pertemuan yang tidak
disangka-sangka, dia amat
gembira. Tetapi mengingatkan
sikap acuh tak
acuh lelaki itu,
dia sedar amarah
lelaki itu masih
belum padam. Namun
dia tidak akan
berputus asa. Dia
yakin masih ada
cinta di hati
lelaki itu.
Dia tidak
menyalahkan Akma. Sebagai
seorang setiausaha, dia
patut mendengar arahan
ketuanya tanpa sebarang
soalan. Tetapi alasan
yang dikemukan Akma
tentang Firdaus sungguh
merobek hatinya. Nampak
sangat Firdaus tidak
mahu berjumpa dengannya.
‘ Fir, begitu
mudah you lupakan
semua tentang kita.
I sikit pun
tak pernah lupa.
I tahu you
masih cintakan I
tapi you marah.
Kecewa kerana I.
I balik ni
kerana I nak
tunaikan janji I
pada you dan
juga you tunaikan
janji you pada
I. I dah
bersedia nak menghadapi
apa sahaja tentangan
daripada mummy you.
Kerana you, I
sanggup lakukan apa
sahaja. Apa sahaja
untuk memulihkan luka
dan kecewa you
yang I tinggalkan ‘.
Karinna mengelap
air matanya perlahan.
Ya, dia perlu
kuat. Perlu yakin.
Cukuplah sekali dia
mengalah, terseksa hanya
kerana dia tidak
memiliki pangkat dan
harta.
Kini dia
kembali. Kembali dengan
azam dan tekad
yang baru. Dia
akan mengambil kembali
apa yang pernah
menjadi miliknya dulu.
Dia sesekali tidak
akan gentar menghadapi
Emilina atau Puan
Sri Sy. Faridah.
Cukuplah sekali. Dia
tidak akan jatuh
lagi. Dulu dia
tidak punya apa-apa.
Kini hanya dalam
masa lapan tahun,
dia Berjaya mendaki
hingga ke puncak.
Bukan senang untuk
berada di kedudukan
kini. Dia telah
diberi kepercayaan sepenuhnya
dari ayah angkatnya
untuk memegang posisi
sebagai Project Manager
di sebuah syarikat
pembekal tekstile yang
terkemuka.
Dia hanya
mampu tersenyum bangga
dengan kejayaannya. Orang
kini tidak lagi
boleh memperlekehkannya.
Dia harus
berusaha. Cinta Firdaus
harus direbut kembali.
Dia yakin Firdaus
akan menerimanya kembali
kerana dia adalah
cinta pertama Firdaus.
Dia yakin Firdaus
tidak akan menerima
Emilina kerana gadis
itu hanya dianggap
sebagai sepupu. Itu
sahaja. Tidak lebih
dari itu.
“
Fir, tunggu I
ya ”.
------------------------------------------------------
Dheiya tersenyum
sendirian. Mengingatkan yang
berlaku semasa di
Merida Hotel beberapa
hari yang lalu
membuatkan dia tidak
tidur lena. Masih
lagi terasa hangatnya
nafas Firdaus di
ubun-ubunnya. Masih terdengar
degupan rentak jantung
Firdaus saat mereka
menyorok dari seseorang
dibalik dinding lobi
itu.
Tangannya masih
leka mencuci pinggan.
Pergerakannya perlahan. Senyuman
masih tersungging dibibirnya.
‘ Aduh! Kenapa
dengan aku ni!
Aku dah jatuh
cinta ke? Jatuh
cinta dengan suami
aku sendiri? Argh!
Kenapa hati ni
berdebar-debar sangat bila
jumpa dengan dia? ‘
Oleh kerana
masalah hati dan
perasaan yang baru
sahaja melanda dirinya,
banyak kesalahan kecil
yang dilakukannya sehingga
mengundang rasa tidak
paus hati Firdaus.
“
Dheiya, kenapa you
masak sup ni
masin? Tak boleh
nak telan tekak
I ni!”
“
Dheiya! Where’s my
socks? I’m late
now!”
“
Dheiya, kenapa meja
ni berhabuk?”
“
Eh Dhieya, you
dengar ke tak
apa yang I
cakap ni?”
“
You berangan ke
apa ni? I
panggil sampai nak
pecah tekak you
boleh tercegat kat
situ!”
Dan yang
paling tak boleh
dilupakan langsung…
“
Dheiya, you ni
kenapa tiba-tiba pegang
tangan I ni? Mabuk
ke
apa?”
Oh Tuhan!
Rasa nak menyorok
sekarang kat mana-mana.
Dah tak terkira
ketebalan malu aku
ni! Macam mana
aku boleh TERpegang
dia? Parah aku
ni parah!
---------------------------------------
Firdaus memakirkan
Nissan Skyline GTR
di tempat khas
untuk penduduk di penthouse ini.
Orang luar yang
tidak mempunyai pass
tidak dibenarkan masuk
dan hanya perlu
memakir kereta di
luar kawasan penthouse.
Untuk keselamatan. Sebaik
sahaja keluar dia
terus menuju ke
lobi. Butang lif
ditekan. Dia bersandar
di dinding lif.
Melepaskan lelahnya. Kusut
otaknya sekarang ini.
Karinna tidak henti-henti
menghubunginya. Firdaus rimas.
Sebaik sampai
di tingkat 15,
laju kakinya melangkah,
tiba-tiba dia tersentak.
Matanya difokuskan kepada
sesusuk tubuh yang
seksi yang lenggang
berjalan menuju ke
pintu rumahnya. Macam
kenal aje gaya
jalan gedik tu.
Firdaus bersembunyi di
balik dinding yang
berdekatan dengan pintu
lif.
‘ Apalah nasib
aku ni! Asyik kena sembunyi
aje. Ni semua
masalah pompuan yang
tak faham bahasa
ni lah! ‘ bentak
Firdaus geram.
‘ Oh no!
what are she
doing here? Dia
datang rumah aku
ke? Bukan dia
dekat UK ke
sekarang ni? Aduh!
Buat kusut kepala
aku ajelah Lin
ni! Kalau dia
tahu pasal Dheiya
macam mana? Habislah! ‘
Pantas Firdaus
mengeluarkan telefon bimbitnya
lalu nombor Dheiya
ditekan. Sekali berdering.
Isy! Pick up
Dheiya! Takkan berangan
kot!
Akhirnya…
“
Hello..,”
“
Hello Dheiya! Jangan
bukak pintu kalau
ada sesiapa pun
datang. Okay? Ingat!
Bye!” pantas Firdaus
mematikan taliannya tanpa
sempat Dheiya berkata
apa-apa.
Dheiya mengerut
dahinya. Kenapa ni? ‘
Ada orang nak
datang ke? ‘ tiba-tiba
loceng rumah berbunyi.
Dheiya tersentak. Macam
mana ni? Dia
cakap jangan bukak
pintu.
“
Fir! Are you
there? It’s me
Lin! Fir!” ketuk
Emilina bertalu-talu.
‘Lin? Lin
mana? ‘ tanya Dheiya.
Pantas Dheiya melihat
gerangan orang yang
datang itu dari
lubang pintu.
Perempuan?
Emilina bentak
geram. Takkan lah
time macam ni
tak balik lagi?
Dah pukul 8.45
malam dah! Isy!
Pantas Emilina mengambil
handphonenya lalu mencari
nombor Firdaus.
Firdaus yang
tidak sempat berbuat
apa-apa handphonenya mula
berdering. Kuat pulak
tu! Emilina berpaling ke belakang. Di ternampak
kelibat seseorang disitu.
Firdaus!
“
Fir! What are
you doing there?
Kenapa you menyorok
kat situ pulak?”
laung Emilina kuat.
Firdaus mengetap
bibir. Tak boleh
lari dah! Perlahan-lahan dia
melangkah menghampiri Emilina.
Melemparkan senyuman kelat.
“
Lin, what are
you doing here?”
“
Nak jumpa youlah! Nak ajak keluar.
I miss you
so much sayang!
Kan dah lama
kita tak jumpa.
I pergi UK
sampai sebulan you
langsung tak call
I even a
single message pun.
Busy betul you
ya,” kata Emilina.
Firdaus mengeluh
lemah. Ni yang
aku tak suka
ni!
“
Lin, I penatlah.
Baru balik kerja.
Maybe next timelah
kita jumpa ya,”
pujuk Firdaus lembut.
Tipu-tipu je ni.
“
Bila? You tu
selalu cakap benda
yang sama, tapi
bila I call
banyak pulak alasan
you,” rengek Emilina
mengada.
“
Nak buat macam
mana, dah I
sibuk. Okeylah I
nak masuk dalam
rumah, nak rehat,”
pantas Firdaus menuju
rapat ke pintu
rumahnya.
Pantas sahaja
lengan Firdaus dipeluk
erat. Bibirnya mengukir
senyuman manja.
“
Lin let me go!” Firdaus
cuba menolak tangan
Emilina tapi pautan
Emilina terlalu kejap
di tangannya. Pantas
Emilina memeluk erat
tubuh Firdaus.
Dheiya yang
sejak tadi melihat
drama yang berlaku
itu hanya mampu
menahan rasa hati.
Sakit sungguh hatinya
melihat aksi mereka
yang tidak senonoh
walaupun Firdaus beria-ia
menolak tangan gadis
cantik tapi gedik
itu. Berpelukan di
luar rumah. Taulah
tempat sunyi. Dheiya
menahan bahang rasa
cemburu yang mula
menjalar ke seluruh
ruang hatinya. Bibir
diketap geram menahan
rasa sakit hati.
Tak malu
betul pompuan ni!
Berani betul dia
peluk laki aku!
“
Nope! Selagi you
tak setuju nak
dinner dengan I
malam ni! Kalau
tak I tak
nak lepaskan you.
You pilih, setuju
dengan I ke
or you nak I peluk
you sampai ke
pagi esok”.
Firdaus mendengus
geram. Dahlah aku tengah penat ni, tak larat nak jerit-jerit.
“
Lin you jangan
buat I marah.
Please let me
go!” keras suara
Firdaus namun masih
belum memberi apa-apa impak
kepada Emilina.
“
Nope Fir!” balas
Emilina degil. Kejap
dia memeluk Firdaus.
Dapat dihidu haruman
minyak wangi di
tubuh Firdaus walaupun
seharian lelaki itu
berada diluar.
“
Okay fine! Esok
kita lunch! Puas
hati? Okay let
my body off!”
Firdaus menolak tubuh
Emilina seraya gadis
itu menjarakkan tubuh
mereka.
Emilina tersenyum
puas. Masam cemberut
wajah Firdaus. Menahan
marah. Geram namun
Emilina seakan-akan tidak
peduli.
“
Macam tulah sayang
I. okay esok
kita lunch sama-sama
ya? Jangan bagi
alasan pulak esok!
Bye honey, love
you!” ujar Emilina
pantas menghadiahkan flying
kiss di pipi
Firdaus yang masam
mencuka itu.
Firdaus pantas
mengeluarkan kunci tetapi
pintu sudah terbuka
dari dalam. Dheiya!
Firdaus mengeluh mesti
dia dah dengar
dan nampak semua
tadi. Melihatkan wajah
Dheiya yang tegang
itu Firdaus sudah
faham.
Dheiya terus
mengambil kot dan
briefcasenya seperti biasa
tanpa bersuara menyapanya
seperti selalu. Firdaus
hanya memandang. Tidak
ada rasa hendak
memujuk sekarang ni.
2 comments:
hahaha mmg lawak r, lari dari pompuan!dah la tu, tak sempat silent phone, hadeh! gedik geli gan girl tu.eeeiiiiiiiii. meluat betul. selamat la fir tak marah gan dheiya tu sebab tunjuk muka tegang. hehe dah makin lembut fir ya.
thanks ya..klo rajin post lagi mlm ni.hehehe.
o ye zara, she/he kena guna 'is' bukan 'are' what is she doing here'
sorry la..tulis tadi pun kelam kabut.... main type je... tgn pun dah lenguh ni... ni adelh entry yg paling pjg pnh type.. hehe sorry ade kelemahan..
thnx commnt
Post a Comment