Firdaus
termenung sendirian. Tangannya
dimasukkan ke dalam
kocek seluar sambil
menikmati pemandangan Kuala
Lumpur dari tingkat
15 bangunan Merida
Holdings. Panorama yang
menyesakkan dengan kereta
yang tidak putus-putus
berasak.
Sudah seminggu kejadian
berlaku di malam
rumah keluarganya sudah
seminggu jugalah berlalunya
adegan ‘ romantika de
amour ‘ antara dia
dan Dheiya. Tapi
bukan itu yang
mengusutkan fikirannya.
Selama seminggu itulah
dia menyepikan diri.
Mummynya menelefon tidak
diangkat. Dia tahu
dia sudah mendapat
dosa yang besar
tetapi dia juga
memerlukan ruang untuk
bersendirian. Dia yakin
yang mummynya tidak
akan berputus asa
memujuknya untuk menerima
Emilina. Puan Sri
Sy. Faridah terkenal
kerana desakannya, terkenal
kerana sikap tidak
berputus asanya.
Emilina pula tidak
putus-putus datang ke
pejabatnya apabila dia
langsung tidak menjawab
panggilan gadis itu.
Untuk melepaskan geram,
gadis itu membuat
kecoh dipejabat. Namun,
dia menahan hati
supaya bersabar. Tidak
mengendahkan Emilina walaupun
yang menjadi mangsanya
adalah Akma yang terpaksa menahan
sumpah seranah Emilina.
Dia tidak peduli!
Biarkan Emiliana. Lama-lama
kalau dia dah
penat, nanti pandai-pandailah dia
berhenti.
Namun Emilina tidak
berhenti setakat itu.
Malah turut juga
datang ke penthousenya.
Mujurlah sudah awal-awal
lagi dia berpesan
kepada security guard
supaya tidak membenarkan
Emilina masuk ke
kawasan penthouse. Dia
tidak mahu Emilina
membuat kacau, membuat
onar sehinggakan dia
dapat menghidu kehadiran
Dheiya di penthousenya.
Memang spesis perempuan
tak tahu malu!
“ Tuan Firdaus,
Cik Emilina ada
di lobi. Budak
dari receptionist bagi
tahu. Macam mana?
Nak buat macam
biasa ke?” tanya
Akma di sebalik
intercom.
“ Yes! Do as usual!”
arah Firdaus tegas.
Tindakan Emilina sudah
melampau! Dia terpaksa
meminta security untuk
menahan Emilina daripada
memasuki kawasan bangunan
kerana gadis itu
akan menganggu para
pekerjanya nanti. Akan
membuat kecoh!! Sudah
pasti dia juga
akan turut terkena
tempias nanti.
“ Baiklah Tuan
Firdaus,” akur Akma.
Pantas dia menghubungi
bahagian security memaklumkan
keadaan itu.
Telefon bimbit Firdaus
berbunyi. Emilina! Dia
membiarkan. Tiba-tiba dia
memikirkan satu idea.
Dia menekan butang
hijau di telefon
bimbitnya. Talian bersambung.
Namun, dia meletakkan
telefon tersebut di
atas meja. Dia
menghenyakkan tubuhnya ke
kerusi empuk. Jauh
sedikit dari meja.
Teringin juga dia
hendak mendengar pekikan
Emilina dan cara
Emilina membuat kecoh.
Nak tengok attitude
perempuan yang mummy
aku bangga-banggakan sangat.
Cantik konon! Educated
konon! Padahal attitude
0%! Belajar otak
letak kat lutut!
Elok lagi Dheiya
aku tu! Cantik
pun cantik! Educated
tak seberapa tapi
attitude 101%! Lembut
pun lembut!
Aishh!! Puji bini
nampak! Siap sebut
‘ Dheiya aku ‘ lagi!
Err… sincerely, memang
mengakulah ada suka
sikit kat Dheiya
tu… arghh!!! Entahlah! Memang
tak boleh lupa ‘
malam ‘ yang penuh
dengan sejarah romantic
tu!
Hehehe….
“ Fir! What
have you done
hah?? You saja
aje kan? Kenapa
you suruh security
you tahan
I?? I ada
benda nak bincang
dengan you ni!!
Hey!! You dengar
tak???!! Hey! Lepaskan akulah
bodoh!! Kau sapa nak
pegang-pegang aku hah???
Stupid security!! Hei
kau ingat kau
bagus ke hah?
Aku saman kau!!”
jerit Emilina di
talian sambil membebel
marah kepada pengawal
keselamatan.
Hahahaha….
Firdaus
menggelengkan kepalanya. Dia
ketawa kecil.
Macam ni nak
jadi bini aku??
Bahasa dia… -0%!! Tak
layak jadi bini
aku!! Kalau mummy
dengar ni apa
reaksi dia ya??
Mesti tak percaya.
Yalah selama ni
mana pernah Emilina
tunjuk perangai sebenar
dia pada mummy.
Cukup menjaga attitude
dia bagaikan dialah
perempuan melayu terakhir
kat dunia ni!!
Betul cakap Aria
dan Fahmi.
‘ MINAH PLASDIK!!! ‘
Lemah gemalai! Konon!
Huh!! Pirrrahhh!! Tak
heran aku!! Dheiya
tu lagi baiik
dari kaulah!!
“ Fir??!!! Fir??!!!
You dengar ke
tak ni?? Argghhh!!!
Fir!! You jangan
ingat you akan
lepas dari I,
never!! I akan
pastikan you jadi
milik I tau
tak!!” pekik Emilina
lagi dalam telefon
seraya mematikan talian.
Firdaus
menjarakkan lagi tubuhnya
dari telefon bimbitnya.
Dia mengusap telinganya.
Nasib baik jauh.
Wow!! Volume dia
boleh pekakkan telinga
aku!! Macam orang
gila! Gila meroyan!
Hahahahaha…
Firdaus ketawa. Sungguh
boleh menjadikan bahan
boneka untuk dia
ketawa hari ini.
“ Argghhh!!!!”
Emilina menjerit geram.
Langsung tidak peduli
orang yang lalu-lalang
di kawasan itu. Mereka yang
memandang hanya menggelengkan
kepala. Tahu dah
sebab apa! Mereka
pun kenal siapa
gadis yang bernama
Emilina.
“ Apa pandang-pandang??!! Ada
hutang?!” marahnya lagi. Cuba menutup
rasa malu yang
menyelebungi dirinya saat
ini.
Memang betul macam
orang gila! Tak
berubah! Exactly!!
“ Kesian, muka
cantik tapi gila,”
bisik salah seorang
di situ.
Emilina
mengancingkan giginya. Geram
betul dia mendengar.
Memang kurang ajar!!
Mulut memang nak
kena cincang dengan
aku ni!!!
Pantas orang tersebut
berlalu dari situ.
Emilina terus menuju
ke keretanya lalu
menghempas kuat pintu
kereta. Biarlah tercabut
sekalipun, papa dia
ada duit hendak
menggantikan yang baru.
Dasar orang sengal!!
Tumpang harta mak
bapak!! Senang aje
hidup dia!!
-------------------------------------------------
Dheiya
memasukkan semua bahan-bahan
yang telah dipotong
sebentar tadi ke
dalam periuk. Kuah
tom yam sudah pun menggelegak.
Haruman semerbak bau
tom yam seleruh
ke segenap ruang.
Teringat dia, tom
yam merupakan makanan
kegemaran Firdaus. Dia
sukakan pedas tetapi
tidak terlalu pedas, pedas yang berapi.
Firdaus suka menghirup
kuah tom yam
yang dicampur pelbagai
sayuran bukan hijau.
Dheiya ketawa kecil.
Lucu mengingatkan gelagat
Firdaus yang menghirup
kuah tom yam
sehingga licin. Waktu
itu wajahnya yang
putih bersih mula
kemerah-merahan menahan pedas.
Nampak sangat tak
biasa makan pedas!
Hailah!! Kesian. Tulah
tekak mat salleh
sangat!! Aku bagi
pedas kaw-kaw punya. Takdelah kaw
sangat, pedas manja-manja
gitu! Dia hirup
sampai licin!! Lepas
tu mengadu pedas!!
Sapa suruh hirup
macam tu sekali.
Dia ingat minum
air agaknya. Mengada
betul! Merah
betul muka dia!
Hahaha!!
Sesekali kena ajar
sikit ‘ Tuan Manja ‘
ni makan pedas.
Tu belum aku
bagi sambal belacan
lagi! Perghh!! Mesti keluar
masuk toilet nanti!!
Dulu semasa dia
mula-mula masak tom yam, berlagak
Tuan Manja tu!
Tak makan pedas.
Dia mogok. Aku
buat derk aje!
Biarlah dia. Nanti
dia lapar dia
makanlah. Mula-mula buat
muka, lepas tu
pelan-pelan aje makan.
Lama-lama terus dia
hirup. Ambik kau!!
Makan jugak!!
Sejak dari tu…
“ I nak
you masak tom
yam macam yang
you masak hari
tu. I nak
makan!”
Hahaha…
Tau pun sedap!
Tulah dulu berlagak!!
Sekarang bukan main
dia hirup. Firdaus
cakap dah mula
jadi favourite dish
dia. Suka aku!
Dia suka masakan
aku! Aku tahu.
Tengok gaya dia
makan selama ni
pun okey aje.
Tak komplen apa-apa
pun, cuma kes
kat dalam Merida
Hotel hari tu
aje yang buang
tebiat sikit. Masak
tunggang-langgang sampai kena marah.
Setelah siap memasak,
dia terus menuju
ke bilik untuk
membersihkan diri. Badanya
melekit dengan peluh
setelah berperang dengan
segala periuk belanga
di dapur.
Sambil berendam dalam
bath tub, dia
Dheiya sempat berangan.
Mengingat semula malam
yang penuh ‘ romantika
de amour ‘. Ceh!!
Romantika lah sangat!
Panic semacam aje.
Menggelabah pulak!
Mana tak menggelabah.
Cara dia tu
macam nak rogol
orang aje. Sapa
pun takut. Kok
ya pun nak tenangkan aku
janganlah pandang, pegang macam
tu. Menusuk di
hati terus ke
kalbu pulak tu!!
Hehehe…
Dahlah pakai seksi
macam tu. Malu
aku satu dunia!
Malu tak ada
kesudahan. Bila pandang
aje dia, teringat
balik. Dia pulak
sekarang ni dah
pandai senyum, sengih-sengih
depan aku. Mana
belajar senyum ni
entahlah. Dah tak
serius dan masam
macam dulu lagi
dah. Dia pun
dah baik sikit
dengan aku, sikitlah.
Dah tak marah,
tak tengking, tak
jerkah macam dulu
lagi. Cuma banyak
sikit bebel dia.
Pulak dah! Macam
tu ya? Dah
hilang taring harimau,
keluar pulak mak
nenek dia, kuat
membebel!!
Firdaus..Firdaus..
nasib baik hensem.
Aku pun suka.
Hehehe… tak kisahlah
dia harimau ke,
dia singa ke,
janji dia SUAMI
aku! Aku suka
kat dia!
Serius!! Memang betul!
Dah tak boleh
nak nafi dah!
Tapi bertepuk sebelah
tangan ajelah!
Tapi Dheiya perasan
kadang-kadang Firdaus suka
termenung, kemudian mengeluh.
Macam ada sesuatu
yang dipendam sendiri.
Seolah-olah berat sangat
beban yang ditanggungnya. Dia
kasihan. Dia tidak
berani bertanya, takut
akan ditempelak. Firdaus
tak suka Dheiya
masuk campur hal
peribadinya melainkan dengan
keizinan Firdaus sendiri.
Kalau boleh Dheiya
mahu Firdaus berkongsi
segalannya dengan dia.
Dia mahu Firdaus
tahu yang dia
tidak keseorangan. Masih
ada Dheiya yang
sudi mendengar, membantu
jika terdaya. Tapi
itu semua hanya
anganan dalam hati.
Janji tetap janji.
Dia akan dilepaskan
bila tiba masanya
nanti. Entah bila.
Kalau dulu dia
tidak sabar-sabar hendak
menunggu detik itu.
Kini tidak lagi,
dia seakan takut.
Takut dengan dunia
luar. Tiada siapa
lagi yang akan
melindungi dia. Tiada
siapa lagi yang
mengambil berat tentangnya.
Dia tidak mahu
pisang berbuah dua
kali. Bagaimana jikalau
ayah tirinya atau
Victor menjumpai dia?
Kemana dia mahu
membawa diri? Dia
tiada sesiapa, cuma
Firdaus dan kini
daddy yang sudi
menerimanya.
Jikalau dia dibenarkan
tinggal disini, dia
sanggup biarpun menjadi
hamba kepada lelaki
itu asalkan dia
selamat dan dekat
dengan suaminya. Dekat
dengan Firdaus.
‘ Ya Allah!
Adakah Kau akan
memisahkan aku dengan
dia? Dia suamiku?
Aku tidak sanggup
berpisah dengannya. Kau
hapuskanlah detik ‘ waktu
itu ‘. Biar waktu
itu tidak akan
tiba ‘.