Firdaus memandu Nissan Skyline GTR miliknya masuk ke kawasan parkir. Pasti Zaff sudah menunggunya lama.
'Shit! Aku dah lambat. Makin berasaplah mamat tu kang!' marah Firdaus.
Pantas kakinya melangkah laju menuju ke restoran mewah itu. Dari jauh dia melihat Zaff yang asyik memandang jam dipergelangan tangan. Firdaus tersengih. Zaff manarik muka.
" Bro, sorry!" ucap Firdaus terus duduk sebaik sahaja sampai dimeja yang sudah diduduki oleh Zaff.
" Kau ni kan boleh tak lain kali ontime? Kau janji dengan aku pukul berapa? Kau datang pukul berapa? Wei! Belajarlah jadi bertanggungjawab sikit! Takkan itu pun aku nak kene cakap!" Zaff yang sudah menggelegak kepansan dalam hati, terus menghamburkan marahnya sebaik sahaja Firdaus melabuhkan punggungnya.
Firdaus terkesima. Panas hatinya apabila dihambur kemarahan sebegitu. Ada mata-mata yang memandang mereka dengan pandang yang sukar ditafsir.
" Wei! Kau pehal nak marah-marah sampai macam ni sekali? Agak-agaklah. Aku lewat berapa minit je, takkan itu pun dah mengamuk. Aku dah say sorry kan? Hei! Panas pulak aku dengan kau ni," Firdaus mula naik bengang.
'Aduyai, emo pulak mamat ni. Bukan selalu aku lambat' bebel Firdaus.
Zaff menarik nafas panjang. Pantas dia beristighfar. Dia meraup mukanya. Kusut betul fikirannya beberapa hari ni. Pantang ada sahaja yang tak kena semua nak naik angin. Kali ni tak pasal-pasal pulak Firdaus yang jadi mangsa letupannya. Semua ni Tira punya pasallah!
Masalah betul! bentak Zaff geram.
'Hadoi!'
" Sorrylah bro, aku takde niat pun nak mengamuk dengan kau cuma.... Cit! Kusut betullah," luah Zaff. Dia menarik nafas berkali-kali.
" Apa masalah kau ni? Datang bulan ke hape yang kau nak mengamuk sangat dengan aku ni? Kau kusut, aku lagilah kusut tengok kau. Ni mesti pasal perempuan kan? Kau frust dengan sape pulak kali ni?" tanya Firdaus sambil memandang wajah sahabat baiknya itu.
Belum sempat Zaff menyampuk, pantas Firdaus menyambung.
" Okey, let me guess, semua ni mesti pasal Tira, model tu kan?" tembak Firdaus yakin. Memang yakin pun. Kan? Aku dah agak dah! Pompuan macam tu memang!
Zaff menunduk. Mengangguk, mengiakan kata-kata Firdaus itu. Memang sahabatnya itu mempunyai firasat yang tepat.
" See? Aku dah agak dah. Apa lagi pompuan tu buat kali ni?" tanya Firdaus lagi.
" Aku tak sangka Tira curang belakang aku. Aku ingat dia memang betul-betul serius dengan aku," luah Zaff lemah.
Firdaus menggeleng kepala. Zaff, Zaff. Kau ni memanglah. Nak kata bengong, tapi cerdik. Nak kata bengap, kang marah pulak! Lagipun memang bengap sikit mamat sekor ni. Dah banyak kali kena macam ni pun tak sedar-sedar lagi mamat ni. Lembap!
" Zaff, please wake up! Dari awal lagi aku cakap jangan hanyut sangat dengan minah plastik tu. Dia cuma nak main-mainkan kau aje. Duit kau pun memang dia nak. Letihlah aku dengan kau ni, dah kena banyak kali macam ni dengan pompuan pun kau tak sedar-sedar lagi. Agaknya aku kena hantuk kut kepala kau kat tembok tepi jalan tu supaya kau sedar sikit. Sekarang padanlah dengan muka kau," tempelak Firdaus pedas.
' Hambik kau sedebik! Geram betul aku. Aku dah cakap dah, berbuih mulut aku'.
"Wei! Kejam gila kau! Nak hantuk-hantuk kepala aku pulak! Sebelum kau hantuk aku, aku campak kau dalam laut dulu! Nak sindir-sindir aku pulak. Bukan nak tolong tenteramkan kawan kau yang tengah dalam kesusahan ni," marah Zaff dalam nada merajuk.
Ceh! nak merajuk konon! Ingat muka kau tu cute sangat? Nak simpati akulah tu!
" Wei! Kau takyah lah nak buat drama king muka tak cute kau kat aku. Tak makanlah aku dengan ayat-ayat mintak simpati kau tu. Aku dah berbuih mulut ni cakap kat kau, jangan percaya sangat dengan perempuan tu, dia memang gold digger, kan sekarang kau tayang pulak muka kusut kat aku. Eh! Kau ni kan cepat sangat jatuh cinta dengan permpuan, cakap dah jumpa cinta sejati konon! Nah hambiklah cinta kau yang sejati tu. Dengan aku, kau cakap perempuan-perempuan yang kau dah jumpe tu semua cinta sejati. Ceh! Lain kali telek dulu betul-betul, jangan main cakap je. Kesian betullah aku dengan kau ni," bebel Firdaus panjang.
Treett..tettetet...
Dah macam mak neenek pulak gaya dia membebel. Hairan, dengan Dheiya tak pulak dia banyak mulut ekk??
Zaff meraup wajahnya berkalli-kali. Hah! Tuuu diaaa! Dah keluar dah mak nenek dia. Sakit telinga aku ni dengar dia bebel. Fir ni, sekali dia bebel, fuhh!! macam mak nenek. Kereta api pun kalah, laju lagi mulut dia.
" Aduh! Fir, aku tak mintak kau bebel, sakit telinga aku ni," Zaff mencebik.
" Hah! Tulah kau. Asal aku nasihat sikit, kau kata aku bebel. Macam mana aku tak bising, aku cakap kau bukannya nak dengar. Ikut sangat dengan cinta sejati kau tu konon!," tempelak Firdaus lagi.
Hahaha... padan muka kau. Memang dah lama aku tunggu nak fire kau habis-habisan, ketawa Fiardaus dalam hati.
" Hey Fir!, please stop babbling on me okay! I know it is my fault. Salah aku sebab tak dengar cakap kau tapi, benda dah jadi nak buat macam mana?"
" Nak buat macam mana apa? Macam tu je la. Lain kali jangan cepat sangat jatuh cinta tu. Kau ni kan nak kata buaya memang perempuan bertenggek keliling pinggang kau tapi lurus pun ya jugak," kutuk Firdaus lagi.
" Hei Fir! Aku datang sini ajak kau bukan nak dengar kau punya mukadimah yang berjela tu. Aku dah kebulur ni, kau panggil waiter tu cepat. Dengar kau bebel sampai tak sudah aku nak makan. Cepat!" arah Zaff.
Firdaus mencebik. Dia terus memanggil pelayan tersebut. Barulah dia terasa perutnya lapar. Yalah, dah penat bermukadimah tadi kan? Banyak tenaga yang dah terbuang. Now, makan time!
---------------------------------------------
Dheiya membuka satu persatu kabinet dapur. Tak ada? Dheiya mengeluh. Dia memegang perutnya.
Krukk! Kruk!
Alamak dah berbunyi zapin! Ya Allah! Laparnya. Nak makan tapi tak ada apa pun. Dia ni tak makan ke? Kosong je kabinet dapur.
Dhieya pantas melangkah menuju ke peti sejuk Panasonic besar, dua pintu kiri kanan.
" Kalaulah peti sejuk yang besar gedabak ni langsung tak ada apa-apa, baik campak je fridge ni kat laut, bukan guna pun. Membazir elektrik je bayar bil," bebel Dheiya.
Dia membuka pintu peti sejuk. Lantas senyuman terukir dibibir mungilnya.
" Alhamdulillah! Ada rupanya rezeki aku hari ni," bisik Dhieya.
Dheiya terus mencapai bungkusan sosej sejuk beku dan sebiji telur. Pantas dia terus ke singki. Dicapai periuk kecil lalu dia membuka kembali kabinet dapur yang dibawah, ingin menjerang beras.
" Nasib baiklah ada beras ni. Pelik jugak kalau ada beras ni. Kan dia tinggal sorang, takkan dia masak kot? Tak kisahlah. Jom masak!" girang Dhieya menanak nasi.
Sosej dan telur pula digoreng. Setelah nasi siap dimasak dia mencapai botol kicap.
" Makan dengan kicap pun sedap jugak".
Dheiya menikmati hidangan tengaharinya dengan penuh rasa gembira. Sudah lama dia teringin hendak makan sosej namun Ibu tidak mampu membeli kerana kesempitan hidup. Terlalu besar jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Bagi Dheiya, makan nasi dengan kicap pun sudah cukup baik daripada tidak makan langsung. Sekurang-kurangnya perut dia terisi. Orang yang susah kat luar sana? Entahlah.
-------------------------
" Bro, nanti teman aku beli baju jap," ajak Firdaus. Zaff tersentak. 'Aik? Pelik pulak aku'
" Sejak bila kau suka shopping ni? Kau nak beli baju? Aku rasa kau baru je beli baju kan hari tu?" soal Zaff musykil. Firdaus mengeluh.
" Alah! Kau ikut jelah. Jangan banyak bunyi pulak," bising Firdaus.
" Yelah, yelah. Tanya sikit pun tak boleh," cebik Zaff.
Selain daripada Adif, Zaff adalah sahabat karib Firdaus sejak kecil lagi. Kemana-mana pasti mereka berdua. Dah macam adik-beradik dah. Tambah-tambah pulak parents masing-masing memang rapat, persahabatan mereka bertambah erat.
Meskipun saling bertikam lidah dan berbeza pendapat, tetapi itulah yang semakin mengeratkan persahabatan mereka. Antara mereka, tiada rahsia. Semua dikongsi bersama. Cuma rahsia tentang kehadiran Dheiya Arisha sahaja yang masih belum diketahui oleh Zaff. Firdaus masih mencari ayat untuk memberitahu Zaff.
Pada Tan Sri Syed Fahim pula masih belum dikhabarkan. Selain Zaff, daddynya adalah antara insan dan ahli keluarga yang paling rapat antara Firdaus. Dia juga tidak menyembunyikan apa-apa rahsia daripada daddynya. Semua diceritakan kerana daddynya seorang yang penyabar dan tidak cepat melatah. Setiap perkara atau tindakan yang Firdaus pasti akan didengar terlebih dahulu sebelum memberi pandangan.
Tidak seperti mummynya, Puan Sri Sy. Faridah. Mummynya itu terlalu cepat melatah dan satu lagi sikap yang kurang digemari Firdaus ialah mummynya terlalu mementingkan darjat dan harta seseorang. Hendak memilih calon isteri untuk dirinya pun perlu dikalangan keturunan Syed dan Syarifah. Contoh calon terdekat yang sering mummynya bangga-banggakan mestilah Sy. Emilina. Huh! Perempuan gedik tu. Dahlah gedik menggeletis, rimas Firdaus dibuatnya.
Karinna.. Entahlah dimana agaknya wanita itu. Puas Firdaus cuba menjejakinya, tapi hilang entah kemana. Cinta pertama sukar dilupakan. Begitulah cinta Karinna yang telah disemai bertahun sekian lamanya. Dia yakin gadis itu masih setia dengannya cuma sukar untuk Firdaus meyakinkan mummynya untuk menerima Karinna. Malah dia juga sudah berjanji, dia dan Karinna pasti akan bersama juga nanti.
" Eh Fir! Apa yang berangan tu? Kata nak aku temankan kau cari baju, cepatlah," gesa Zaff sekaligus mencantas lamunan panjang Firdaus.
" Okey, okey," kata Firadus.
~ Welcome to my novel's - part of my blogs! ~
Heyp!
You!
Yes!
Jangan lupa baca tau!
Best...comment!
Tak best pun comment jugak!
Cetusan dari minda yang sangat kuat berangan!
Peluk dan sayang to my darlings!!
sincerely,
~ Zara Dania Wanee ~

Monday 31 October 2011
Bertaut Kasih: Bab 3
Tubuh Dhieya ditarik kasar. Dia meronta-ronta minta dilepaskan namun sebaliknya dia ditolak kasar ke atas tanah. Dia mengaduh kesakitan. Kain yang menutupi mulutnya dibuka.
Victor tersenyum puas melihat habuan depan mata. Tidak perlu susah-susah membuang duit untuk membeli anak ayam yang baru dan segar seperti Dheiya. Dia tersenyum sinis memandang Pakcik Bakar yang mematuhi janjinya.
" Bagus. Kau tak mungkir janji," kata Victor sinis sambil tangannya mengusap lembut pipi Dhieya yang mulus itu. Dheiya menangis ketakutan melihat wajah bengis dan sinis Victor.
" Aku dah janji dengan kau kan? Aku akan bayar hutang aku. Sekarang hutang aku sama kau dah selesai. Kau angkatlah ini perempuan. Aku gerenti dia boleh bagi kau untung," kata Pakcik Bakar angkuh.
Dhieya menutup mulutnya menahan tangisnya. Tidak sangka orang yang diharapkan untuk melindunginya sanggup menjual dirinya. Langsung tiada perikemanusiaan pada hati orang tua itu kepada yatim piatu seperti dirinya.
Victor menarik kasar dagu Dhieya. Matanya mencerlung tajam memandang Dhieya yang sedang menahan esak tangis.
" Sayang, kenapa nangis ni? Jangan risau, aku takkan sakitkan tubuh kau yang cantik ni," kata-kata Victor yang diikuti dengan ketawa yang menakutkan.
" Encik, tolonglah, lepaskan saya. Saya janji saya akan bayar hutang pakcik saya, tapi tolonglah lepaskan saya," rayu Dheiya agar ada rasa simpati pada lelaki bengis itu.
Kata-kata Dhieya itu membuatkan hatinya menjadi marah.
'Dah bapak kau hutang dengan aku senang-senang aje dia nak aku lepaskan'
" Apa? Kau nak lepaskan aku lepaskan kau? Hey! Bapak tiri kau dah jualkan kau pada aku, ingat senang-senang aku nak lepaskan kau? Kau mampu ke bayar hutang 20 ribu bapak tiri kau? Harga diri kau ni belum tentu cukup nak bayar hutang dia pada aku, tapi disebabkan kau ni cantik, dah tentu kau boleh bagi untung yang banyak kan?" kata Victor sambil mencekak kasar rambut panjang Dhieya.
Dhieya meraung kesakitan. Victor melepaskan genggamannya. Dhieya terus memegang kaki Pakcik Bakar sambil merayu dengan linangan air mata di pipi.
" Pakcik, tolonglah jangan jual Dhieya pakcik. Dhieya dah tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni selain pakcik. Tolnglah pakcik, Dhieya merayu sangat," rayu Dhieya.
Namun Pakcik Bakar terus menolak kepala Dhieya dengan kakinya. Benci sungguh melihat wajah yang merayu itu.
" Hye! Kau nak suruh aku bela kau ke? Kau tu hanya menyusahkan aku sama aja macam mak kau yang dah mampus tu! Daripada aku bela kau baik aku jual kau. Sekurang-kurangnya hutang aku dah langsai," herdik Pakcik Bakar kuat.
Seorang lelaki terus menarik Dhieya kasar daripada terus merayu kepada Pakcik Bakar. Tubuh Dhieya yang lemah longlai itu tidak berdaya melawan. Hatinya merintih pilu mengenangkan nasib yang kini terlalu seksa.
'Ya Allah ya Rahman, aku hambu-Mu yang hina ini memohon pertolongan daripada-Mu ya Allah. Selamatkanlah aku daripada manusia yang keji ini. Lindungilah aku ya Allah. Aku bermohon kepada-Mu ya Allah, aku bermohon' rintih Dhieya hiba.
--------------------------------
Firdaus melangkah menuju ke arah Skyline GTR miliknya mendengar esakan tangisan. Pantas matanya memandang ke arah suara itu tanpa apa-apa perasaan. Dia terus melangkah menuju ke arah keretanya namun sekali lagi langkahnya terhenti apabila melihat gadis itu masih lagi merayu bersama tangisan meminta dirinya dilepaskan.
Tiba-tiba, satu perasaan aneh menjalar ke tangkal jiwanya. Jiwanya meruntun simpati melihat gadis polos itu sebaik melihat wajahnya. Tanpa disedari, kakinya melangkah pantas menuju ke arah kawasan yang sedikit gelap itu.
" Bro, kenapa ni?" tanya Firdaus sambil menjengkitkan keningnya. Victor tersentak apabila disapa suara garau itu. Dia memandang ke arah pelanggan tetapnya itu.
" Encik Firdaus. Tak ada apa, cuma ini perempuan banyak nangis lah," jawab Victor selamba.
Sebaik mungkin Victor cuba melayan Firdaus dengan baik kerana Firdaus merupakan pelanggan tetapnya dan banyak memberi keuntungan dengan membawa ramai pelanggan baru ke kelab malamnya sehingga kelab malamnya menjadi terkenal. Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditempik orang yang suka menyibuk namun memandangkan yang menegur itu adalah Firdaus dia terpaksa berpura-pura.
" Nangislah perempuan ni kalau you sudah kasar sama dia? Dia ayam baru you ka?" tanya Firdaus lagi. Mata kelabunya tajam memandang Dhieya.
Victor tersentak. Dia hanya mengiakannya.
" Encik, tolonglah lepaskan saya," rayu Dhieya lagi kepada Victor. Dhieya melarikan pandangannya daripada renungan tajam Firdaus.
" Orang tua ini jual sama you ka?" Firdaus bertanya lagi. Matanya tidak berpaling daripada memandang wajah mulus itu. Cantik walaupun berlinangan air mata dipipi.
" Berapa dia jual?" tanya Firdaus lagi tanpa sempat Victor menjawab soalannya tadi.
" Actually, ini orang tua sudah hutang sama saya 10 ribu. Dia tak boleh bayar, dia bagitahu saya suruh angkat dia punya anak tiri untuk langsaikan hutang," jelas Victor.
" I beli ini perempuan dari you 50 ribu, amacam?" kata-kata Firdaus itu mengejutkan Dhieya yang sedari tadi hanya diam membisu. Dhieya mengangkat wajahnya memandang wajah Firdaus itu. Dia seakan tidak percaya. Entah apa yang akan berlaku pada nasibnya selepas ini.
" Susahlah ini macam Encik Firdaus. Dia barang baru. Fresh lagi".
" I tak kira. I nak jugak perempuan ni. Kalau tak I tarik semua pelanggan you," ugut Firdaus apabila dilihat Victor seolah-olah cuba bermain tarik tali dengannya.
" Janganlah ini macam Encik Firdaus..," Victor mengeluh. Firdaus adalah seorang yang agak berpengaruh. Jika Firdaus benar-benar serius, pasti bisnesnya akan bangkrap.
" I tawar sekali aje. You nak jual perempuan ini atau tidak?" tanya Firdaus sekali lagi. Tegas.
" Encik Firdaus, I boleh kasik you Tiara. Dia dah lama syok sama you. Lagipun kalau you datang, dia selalu ada dengan you," pujuk Victor lagi. Amat sukar dia untuk melepaskan Dhieya pergi.
" I tak nak Tiara. I nak perempuan ni," kata Firadau tegas.
Victor tiada pilihan sebaliknya dia perlu juga menyerahkan Dhieya kepada Firdaus. Lagipun jika difikirkan balik, dia mendapat lebih habuan yang lumayan apabila Firdaus membeli Dhieya denga harga 50 ribu, malah lebih banyak daripada hutangnya.
Firdaus menarik Dhieya ke sisinya. Matanya masih mencerlung tajam memandang ke arah Victor dan Pakcik Bakar silih berganti. Biarlah dia rugi sekalipun, asalkan kehendak hatinya puas.
" I beli perempuan ni dari you 50 ribu. Lebih daripada hutang yang orang tua ni kena bayar. You tak boleh kacau perempuan ni. Kau, aku bayar kau 10 ribu dengan syarat kau tak boleh muncul lagi dalam hidup perempuan ni. Kalau kau jumpa dia, kau jangan dekat dengan dia. Dia milik aku," tegas Firdaus berkata. Dia perlu berbuat demikian untuk memastikan Dhieya tidak lagi diganggu kerana dia mempunyai agenda yang lain
Semuanya berlaku dengan pantas. Proses jual beli sudah selesai. Dhieya hanya memandang tanpa perasaan. Air matanya sudah kering untuk menangis lagi. Dia tiada daya dan tenaga untuk merayu lagi. Dia rela. Pasrah menerima takdir Tuhan jika inilah perjalanan hidupnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Bertaut Kasih: Bab 4
Dhieya duduk berteleku di atas sofa empuk berwarna merah garang. Dia diam tidak berkutik. Takut untuk menetap wajah serius Firdaus sejak dari dalam kereta lagi. Dari sana jugalah dia langsung tidak mendengar suara Firdaus.
Firdaus duduk di sofa berhadapan dengan Dhieya. Tangannya di rapatkan lalu menongkat dagunya. Matanya masih tajam memandang wajah putih mulus Dhieya.
Tidak tahan dengan keadaan sepi sebegini, Dhieya bersuara perlahan.
" Kenapa encik beli saya?"
'Oh! Ada suara rupanya perempuan ni. Ingatkan bisu tadi. Aku saja je diam, nak tengok reaksi dia macam mana'
" Kenapa? I rasa you tak perlu tahu. I cuma nak tanya pada you, macam mana you nak bayar balik duit I 60 ribu tu?" tanya Firdaus tiba-tiba.
" Kalau saya perlu bayar berkali ganda kepada encik, saya rela bekerja di sana. Saya bukan orang kaya yang banyak duit macam encik." jawab Dhieya perlahan.
Firdaus tergamam. 'Berani betul dia sindir aku'.
" Oh! You nak sindir I? Kalau macam tu, I jual ajelah you balik. Membazir duit I aje beli you. Hey! You patot bersyukur sebab I selamatkan you daripada tempat jahanam tu. You belum tahu lagi realiti tempat macam tu. You sanggup ke setiap malam kena layan, jual badan you pada jantan yang berlainan? Sanggup ke?" jerkah Firdaus.
Dhieya terkejut. Matanya mula berair. Pedih hatinya mendengar setiap bait kata-kata Firdaus itu. Tidak sanggup dia menjual tubuhnya semata-mata untuk mendapatkan duit. Maruahnya?
Bodoh betullah kau ni Dhieya. Orang dah tolong kau, kau sombong. Tak tahu bersyukur langsung.
Dhieya menarik nafas perlahan. Dia mengangkat wajahnya namun tidak terus memandang wajah yang serius itu.
" Encik, saya minta maaf sebab cakap macam tu pada encik tadi. Terima kasih pada encik sebab dah selamatkan saya. Saya janji saya akan tunaikan apa sahaja permintaan encik supaya lepas ni encik lepaskan saya," kata Dhieya perlahan.
Dia memandang wajah Firdaus namun hanya seketika. Dia tidak berani melawan panahan mata Firdaus yang tajam.
" Hurmm... Interesting. You ingat senang-senang ke I nak lepaskan you? You mampu bayar 60 ribu tu? But, since when you dah cakap sanggup tunai apa aja permintaan I, I akan pertimbangkan permintaan you but not now. Sekarang I dah letih, nak tidur, so next time lah kita bincang," balas Firdaus selamba lalu terus berdiri bangun untuk menuju ke biliknya.
" Ops! Lupa pulak. I ni bukanlah kejam sangat nak biarkan gadis cantik macam you ni duduk kat sini aja. Tu bilik you," Firdaus mengunjukkan bibirnya ke arah pintu bilik yang berdekatan dengan dapur. Dia terus melangkah menuju ke tingkat atas.
'Arh!! Letihnya!' rungut Firdaus.
Dhieya terkapai-kapai sendirian. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arah pintu bilik yang telah ditunjukkan oleh Firdaus tadi. Melihatkan suasana bilik itu, dia mengucapkan syukur lalu terus merebahkan tubuhnya ke tilam empuk itu. Matanya perlahan mulai layu. Terasa malam ini merupakan suatu malam yang ajaib bagi dirinya. Hidupnya bakal berubah selepas ini tetapi tidak tahu berubah bagaimana. Dia pasrah. Semuanya Di serahkan kepada Allah.

Bertaut Kasih: Bab 6
Firdaus terjaga dari tidurnya apabila mendengar bunyi sesuatu datang dari arah dapur.
'Apelah yang perempuan buat pagi-pagi ni? Semak kepala betullah!' bebel Firdaus.
Dia terus melangkah bangun apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. 'Huh! nasib baiklah hari ni hari Ahad'
Dia melangkah longlai menuju ke bilik mandi. Usai mandi, dia mengenakan pakaian seluar jeans biru tua dan T-shirt Polo berkolar berwarna maroon. Kasual dan ringkas.
Perlahan-lahan dia melangkah menuruni anak tangga lalu terus menuju ke arah dapur. Matanya menatap figura tubuh gadis itu yang berdiri tegak dihadapan kabinet dapur.
" You buat apa ni?" sergah Firdaus serius.
Dheiya tersentak. Nyaris dia hampir melatah akibat terlalu terkejut. Mukanya pucat sedikit.
Firdaus hampir ketawa melihat wajah pucat Dhieya itu namun segera ditahan. 'Terkejutlah tu'. Sengaja dia mempamerkan wajah seriusnya.
" Ma..maaf. Sss...saya nak buat sarapan tt...tapi takde ape. Ma..maaf sebab kacau awak," ujar Dhieya tergagap-gagap.
Firdaus mengangkat keningnya. Dia mengeluh perlahan. Memandang wajah Dhieya mengingatkan tentang agenda yang perlu dia laksanakan.
" Nevermind. Ikut I jap, nak cakap sikit," arah Firdaus lantas terus berlalu pergi menuju ka ruang tamu.
Dhieya terus melangkah perlahan mengikuti langkah Firdaus. Dia duduk berhadapan dengan Firdaus saat lelaki itu memberi arahan. Dia duduk diam tidak berkutik. Kepalanya ditundukkan tidak berani menentang pandangan tajam itu. Firdaus hanya memandang wajah mulus dihadapannya.
'Cute jugak perempuan ni' desis Firdaus nakal. Matanya beralih ke tubuh Dhieya yang dibaluti baju kurung semalam.
" Nama you apa?" tanya Firadus memecah kesunyian antara mereka.
" Dhieya," jawab Dhieya perlahan. Sedikit gugup dengan Firdaus. Entah mengapa dengan lelaki ini dia gugup. Mungkin kerana wajahnya yang sentiasa serius dan langsung tidak pernah tersenyum kut.
" Dia?"
" Err.. Bukan Dia. D-H-E-I-Y-A, Dhieya. Nama saya Dheiya Arisha Arshad," balas Dhieya sambil mengangkat wajahnya memandang ke hadapan.
'Dheiya Arisha. Cantik' sebut Firdaus dalam hati.
" Umur?"
" Err.. 20 tahun bila masuk bulan Oktober ni".
" Oh! Family?"
" Saya anak tunggal. Ayah dah meninggal masa saya umur 5 tahun. Ibu..... baru meninggal bulan lepas," kata Dhieya sedikit sebak apabila menyebut perkataan Ibu. Ya Allah! Rindunya aku pada Ibu.
" Orang tua tu bapak tiri you?"
Dhieya mengangguk pantas menyambung, " Ya. Ibu kahwin dengan Pakcik Bakar masa umur saya 11 tahun sebab masa tu Pakcik Bakar ambil berat sangat pasal arwah Ibu, Ibu pun terimalah Pakcik Bakar tapi lepas dah kahwin......," Dhieya berhenti. Nafasnya sedikit tersekat.
Pilu mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh Ibu selama menjadi isteri kepada Pakcik Bakar. Dia tidak terkecuali turut menerima tempiasnya. Sakitnya apa yang ditanggung masih dapat dirasakan saat ini.
" It's okay. Tak payah cerita. None of my business. Tahu siapa I?"
" Err... Encik Firdaus, kan?" jawab Dhieya yakin dan tidak yakin.
Firdaus tersenyum sinis.
" Semua orang kenal I siapa. But nevermind, disebabkan mood I baik hari ni, I tak kisah kalau you tak kenal siapa I," balas Firdaus sinis.
Sebelum Dheiya membuka mulut, Firdaus pantas menyambung.
" I nak cakap dengan you sikit. I tak nak you keluar dari penthouse ni kalau I takde. I tak nak orang kat sini tahu you ade kat sini. Berapa lama you kene duduk sini terpulang pada I. Kalau ada apa-apa, call I guna telefon rumah, nanti I bagi my phone number kat you tapi ingat kalau ada kecemasan aje. Faham?" jelas Firdaus panjang lebar. Dia perlu berbuat begitu cuma memastikan tidak timbul masalah kemudian hari.
" My parents tak tahu pasal you. Diorang takde kat sini, ada kat UK. Minggu depan my parents balik, so, I tak selalu balik rumah ni. Kalau ada masa I akan datang sini but make sure tak ade sorang pun tahu you ada kat sini. So, behave yourself. Tak kisahlah you nak anggap apa diri you ni sebagai misstres I sekalipun tapi untuk bayar hutang you, you kenelah jadi hamba abdi I kat sini. Faham?" sinis suara Firdaus menutur ayat. Pedihnya terlalu menusuk dikalbu.
'Hamba abdi?'
Dheiya mengangguk kepala. Tahulah dia tidak akan dilepaskan sewenang-wenangnya. Pasti akan dijadikan alasan kerana budi yang ditabur. Akurlah kini dia telah masuk ke dalam mulut buaya. Belum tentu nasibnya akan baik selepas ini.
Hamba abdi? Sebegitu rendah taraf dirinya sebagai orang miskin, yatim piatu yang tidak punya apa-apa, sekadar maruah diri yang masih dipertahankan. Begitukah menjadi orang kaya? Menggunakan wang yang banyak untuk menindas orang miskin seperti dirinya. Menggunakan kuasa dan pengaruh yang ada untuk memiliki apa yang diingini.
Dheiya cuba menahan air mata yang bertakung ditubir mata. Pedih hatinya. Pilu jiwanya mengenangkan nasib dirinya kini.
" I nak keluar. You duduk rumah, jangan nak merayau kemana-mana. Nanti I balik, tak payah tunggu. Kalau nak makan you tengoklah apa yang ada kat dalam fridge or kebinet dapur tu," selamba Firdaus berkata tanpa menghiraukan langsung perasaan Dhieya.
Pantas langkah kakinya terus melangkah ke muka pintu lalu pintu itu dikunci. Dheiya menarik nafas perlahan lantas air mata pun laju menuruni pipinya. Menangisi nasib diri sudah tidak berdaya. Kini dia hanya pasrah saja pada ketentuan takdir Ilahi.

Saturday 29 October 2011
Bertaut Kasih: Bab 5
Dheiya terjaga awal pagi ini saat dia terdengar laungan azan sayup-sayaupan kedengaran. Pilu hatinya mengenangkan nasib diri. Entah apa yang akan berlaku. Tidak sudah-sudah ditimpa malang.
'Astghafirullahalazim! Apa yang aku cakap ni? Tak sepatutnya aku cakap macam tu. Mungkin ini adalah qada' dan qadar yang Allah dah tuliskan untuk aku. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku pasti akan ada sinar kebahagiaan untuk aku pada suatu hari nanti, tapi entah bila. Apakah Allah mengutuskan insan bernama Firdaus itu untuk membantuku? Entah. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui'.
Dhieya memejam mata rapat. Segera dia terus menuju ke bilik air yang terletak berhampiran dengan dapur kering. Usai mandi, dia berwuduk dan mengenakan pakaian semalam sementelah semalam Pakcik Bakar terus menariknya keluar daripada rumah itu. Hanya kad pengenalannya masih tersimpan rapi dalam kocek baju kurungnya semantelah dia baru sahaja mengeluarkan duitnya dari akaun simpanan sebanyak RM 200.
Selesai berwuduk dia memandang ke arah sekalilingnya, mencari-cari kain yang boleh dibuat tutup kepala dan kakinya untuk bersolat. Dia membuka almari pakaian, yang ada hanyalah sehelai tuala sederhana besar dan kain kapas berwarna putih.
" Kain kapas? Buat apa ni? Ah! Tak kisahlah. Janji ada benda nak tutup aurat aku masa nak solat nanti," kata Dheiya sendirian.
Terus tuala itu diikat pada kakinya untuk menutup kaki dan kain kaps putih itu dijadikan untuk menutup rambutnya yang terdedah. Namun dia terlupa.
" Mana arah kiblat?" tanya Dheiya pada diri sendiri.
' Nampaknya aku terpaksa tanya dialah. Takkan aku nak pakai solat je' getus Dhieya.
Terus dia meleraikan tuala dan kain kapas itu lalu terus menuju ke tingkat atas. Perlahan-lahan dia melangkah. Matanya sedikit jakun melihat keadaan sekeliling yang dirasakan terlalu mewah pada pandangan orang miskin seperti dirinya.
" Bilik mana ya?"
Dia terus mendekati pintu bilik pertama. Entahlah dia cuma mengikut gerak hatinya. Perlahan-lahan pintu bilik itu diketuk.
Firdaus yang masih lagi hanyut dibuai mimpi terjaga. Dia mendengus kasar.
" Hisy! Kacau ajelah. Manusia mana entah kacau aku pagi-pagi buta ni!" marah Firdaus.
Dia melangkah perlahan menuju ke daun pinta. Tombol dipulas. Tersembul wajah polos gadis yang sedikit ketakutan. Wajah gadis itu tertunduk.
" Hah! Nak apa? Kacau orang pagi-pagi buta ni," marah Firdaus. Rimas dia pula memandang wajah polos itu.
" Maaf saya ganggu encik, cuma saya nak tanya mana arah kiblat. Saya nak solat subuh, takut nanti terlepas pulak," kata Dhieya perlahan. Dia sedikit gugup melihat wajah masam mencuka Firdaus.
Firdaus berdecit perlahan. ' Kiblat? Mana ekk?' Itulah dah lama sangat tak solat, kiblat kat rumah sendiri pun lupa. Firdaus meraup wajahnya yang kusut lalu segera keluar dari biliknya.
" Ikut I," arahnya. Dhieya mengikut langkah Firdaus menuju ke bilik yang baru sahaja dihuninya.
Sejadah yang terdampar di atas katil setelah diletakkan oleh Dhieya tadi dicapai oleh Firdaus. Dia segera membentangkan sejadah itu. Setelah selesai, tanpa berkata apa-apa dia dengan selamba terus keluar dari bilik itu.
'Argh! Ngantuknya!' jerit Firdaus dalam hati sambil menutup mulutnya yang menguap tadi.
Dhieya hanya terkebil-kebil seketika disitu.
'Dia terus keluar macam tu aje? Takkan tak nak tanya macam mana aku nak solat? Hum, takpelah. Ada tuala dengan kain ni pun dah cukup. Duit yang aku keluarkan petang semalam tu pun ada, boleh beli telekung nanti bila aku nak keluar, tu pun kalau dia izinkan' bisik Dhieya dalam hati.
Dhieya terus menunaikan kewajipannya yang satu itu. Diakhir solatnya dia berdoa moga Allah memberinya petunjuk untuk mencari jalan keluar dari kepompong gelap ini dan bermohon agar dilancarkan segala urusannya kini.

Bertaut Kasih: Bab 2
" Hye Fir!! What' up?" tegur Adif sambil menjabat tangannya bersama Firdaus. Firdaus hanya tersenyum sinis memandang sahabatnya itu.
" Kau apesal lambat? Takkan nenek kau nak beranak kot?" balas Firdaus pedas.
" Relax la bro. Takyah lah nak marah-marah. Macamlah aku tak pernah lambat sebelum ni".
" Sayang, janganlah marah-marah macam ni. Spoil mood je la," rengek Tiara manja sambil tangannya mengusap lembut dada Firdaus.
Adif hanya tersengih. 'Pompuan ni kalau pujuk, tok imam pun tergolek'. Mata Firdaus memandang Tiara tajam. Tiara tergelak manja sambil memeluk erat tubuh Firdaus yang sasa itu.
Adif dan Firdaus sudah dikelilingi ramai gadis-gadis kelab The Heaven yang seksi-meksi itu. Seorang gadis terus menarik Adif ke ruang tengah pentas sambil menari rancak. Firdaus pula lebih selesa duduk daripada menari walaupun sudah berkali-kali Tiara mengajaknya.
Sudah lama Tiara berusaha untuk mendekati lelaki bernama Syed Firdaus Hakimi ini. Setiap kali lelaki ini berkunjung ke kelab malam ini, dia sudah bersiap untuk melayan lelaki itu walaupun hanya sekadar layanan biasa sahaja. Lelaki itu sukar untuk didekati. Lihatlah, sudah beberapa lama Firdaus menjadi pengunjung setia kelab ini, masih belum pernah dia meniduri lelaki itu. Alasannya itu bukan cara hidupnya walau sebebas dan seliar mana pun dia, Firdaus tidak akan sesekali meniduri wanita-wanita. Tujuan dia berkunjung ke kelab malam ini hanyalah sekadar untuk menghilangkan tekanan dan mencari keseronokkan. Tiara kagum dengan Firdaus kerana dia langsung tidak menyentuh arak. Buktinya pernah sekali dia menyogok minuman keras itu, tetapi Firdaus memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam. Sejak dari hari itu dia, Tiara tidak berani lagi menyogok minuman keras itu kerana khuatir Firdaus akan beralih arah dan langsung tidak datang ke kelab malam ini. Victor sudah berpesan, dia harus melayan Firdaus dengan layanan yang secukupnya supaya pemuda itu tidak akan ke kelab malam yang lain.
Lelaki ini mempunyai segala-galanya. Wang. Harta. Rupa? takyah cakap. Wajah Firdaus sememangnya kacak kerana mix blood daripada sebelah ayahnya yang mempunyai keturunan Inggeris-Belanda. Atuknya seorang mualaf manakala neneknya berketurunan Cina-Inggeris. Sebelah ibunya berketurunan Melayu tetapi mempunyai darah campuran Arab. Kemana-mana sahaja Firdaus melangkah, pasti ada mata-mata yang memandangnya. Aura Firdaus cukup kuat sebagai seorang Mr.Right kata orang. Perempuan setiasa keliling pinggang. Aset Firdaus itulah yang amat menyukarkan Tiara untuk mengikat Firdaus.
Anak mata Firdaus yang kelabu itu sungguh seksi dan mengancam apbila ditenung lama-lama. Bibrnya merah merekah tanda tidak merokok. Hidungnya sedikit mancung. Kulitnya putih kemerah-merahan. Lesung pipitnyalah yang paling mahal sekali. Awuuww!! Boleh bayang??
Aset yang dimiliki oleh lelaki ini juga berjuta-juta. Untunglah siapa yang dapat Firdaus ni kan? Bakal pewaris Merida Holdings, sebuah syarikat perhotelan yang terkenal di seluruh dunia. Rangkaian hotelnya sudah memasuki benua Eropah. Negara Asia sudah pun dijajah Merida Holdings.
Sikap playboy Firdaus inilah yang amat menyusahkan jiwa Tan Sri Syed Fahim dan Puan Sri Sy. Faridah. Anak lelaki tunggal mereka masih leka berfoya-foya sedangkan umur sudahpun mencecah 29 tahun.
Tiara masih memikirkan cara untuk menjinakkan buaya seperti Firdaus agar lelaki itu jatuh ke dalam genggamannya. Sukar untuk menjinakkan lelaki ini kerana sentiasa dikelilingi wanita-wanita hebat terutama Sy. Emilina. Setakat gadis GRO seperti dirinya, setakat suka-suka bolehlah kot bagi Firdaus.
" Hye sayang! you nak pergi mana?" rengek Tiara manja apabila lelaki itu sudahpun berdiri. Tangannya memeluk erat lengan Firdaus sambil mengucup pipi jejaka itu.
" Sorry, I've got to go, honey. Next time I datang lagi okey?" pujuk Firdaus. Dia membalas pelukan erat di pinggang Tiara lalu mengucup lembut dahi gadis itu. Dia memberi isyarat kepada Adif lalu laju langkah kakinya keluar dari kelab malam itu.

Bertaut Kasih: Bab 1
Dhieya Arisha..
Seindah namanya..
Secantik orangnya..
Penampilan luaran tidak semestinya mencerminkan kehidupan seseorang itu. Walaupun namanya bak secantik pendengaran, kehidupannya tidak seindah mana.
Pemergian ibu tersayang meragut seluruh jiwanya.
Hilang tempat berkasih.
Hilang jua tempat bermanja.
Pada siapa jua hendak mengadu nasib setelah diri ini terbiar sebatang kara.
Pada ayah tirinya?
Sudah tentu tidak!
Walhal hanya insan itu yang diharapkan untuk melindunginya tetapi insan itu juga yang merosakkan hidupnya.
Pakcik Bakar seorang kaki judi dan suka berhutang menyebabkan ibu menderita selama 15 tahun. Suami yang diharapkan menjadi tempat berlindung telah mencurah racun yang cukup perit. Menderita dek sikap buruk suami.
Dhieya mengelap air matanya. sudah sebulan ibu pergi, sebulan jugalah dia berendam air mata. Setiap malam dia terlalu takut melihat bayangan tubuh Pakcik Bakar yang sudah pasti akan menerkam mangsanya bila-bila masa sahaja.
Pernah suatu ketika, Pakcik Bakar pulang dalam keadaan mabuk. Sebaik sahaja dia terlihat paha Dhieya yang putih gebu terus dia menerkam. Mujur ada ibu yang memukul tubuh Pakcik Bakar. Hampir separuh nyawa Pakcik Bakar memukul ibu. Dhieya hanya memeluk tubuh ibu sambil teresak-esak.
'Pang'
Dhieya terkejut mendengar bunyi pintu yang dihempas kuat. tahulah yang Pakcik Bakar sudah pulang. Dia duduk diam tidak berkutik di dalam bilik. Mengharap agar Pakcik Bakar terus lupa akan dirinya. Namun belum sempat berdoa, Pakcik Bakar terus menendang pintu bilik Dhieya. Hampir tercabut pinta itu dikerjakannya. Dhieya terkejut. Melihatkan muka bengis Pakcik Bakar membuatkan dia menjadi takut.
'Ya Allah! Selamatkanlah hamba-Mu ini! Bnatulah aku ya Allah!'
" Hei Dhieya! Kau ikut aku sekarang!" tengking Pakcik Bakar.
Dhieya menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Apa? Kau degil ya? Kau jangan nak cari pasal, kang penampar ni naik kat muka kau! Cepat ikut aku!" herdik lelai tua itu lagi. Pantas tangannya menarik kasar lengan gadis berusia 20 tahun itu. Dhieya mengaduh kesakitan.
" Aduh! sakit pakcik. Pa..Pakcik nak bawak Dhieya pergi mana?" tergagap-gagap Dhieya bertanya.
" Hei! Kau tak payah sibuk nak tahulah! Cepat ikut aku!"
Pakcik Bakar terus mengheret Dhieya apabila gadis itu masih kaku ditempatnya. Kepalanya kusut memikirkan hutangnya dengan Victor. Kemana-mana dia pergi pasti balaci Victor sentiasa mengekorinya supaya dia tidak lari daripada membayar hutang. Dia sudah tiada jalan lain, dia perlu menjual Dhieya kepadaVictor si bapak ayam itu. Hutangnya automatik langsai. Bodohlah kalau Victor menolak ayam kampung yang segar seperti Dhieya ni.
Dhieya meronta-ronta perlahan namun sepantas kilat tangan Pakcik Bakar hinggap dipipinya.
'Pang!'
" Sekali lagi kau tak duduk diam, aku tampar bagi mampus macam mak kau!" herdik Pakcik Bakar.
Tersedu-sedu Dheiya mengalirkan air mata. Sakit kerana penampar yang diterima. Sakit juga apabila melihat sebuah kereta mewah dan beberapa orang lelaki yang bengis yang sudah berdiri di situ.. Dia sudah dapat mengagak pasti dia akan dijual kepada bapak ayam. Beberapa hari lalu dia ada mendengar perbualan Pakcik Bakar yang sudah berjanji untuk menjual dirinya akibat bebanan hutang yang terlampau banyak.
Dhieya ditolak kasar ke dalam kereta lalu beberapa orang lelaki turut menaiki kereta yang sama. Mulutnya ditekup dengan kain. Dhieya tidak berdaya untuk melawan tetapi hatinya merintih kesakitan.
'Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Selamatkanlah aku dari manusia durjana ini! Aku mohon ya Allah' rintihnya dalam hati.
Perlahan-lahan matanya mulai layu. Pasti klorofom yang diletakkan pada kain itu memberi kesan kepada Dheiya.

Subscribe to:
Posts (Atom)