Nafasnya dilepaskan
perlahan-lahan. Dingin malam
yang membuai lembut
kulitnya tetap tidak
dapat mengusir resah
yang bertamu di
hatinya. Sudah hampir
seminggu Firdaus memboikot
dirinya tanpa sebarang
alasan yang kukuh.
Sebab apa dan
mengapa langsung Dheiya
tidak ketahui hujung
pangkalnya.
Sikap Firdaus
kembali seperti dahulu.
Pulangnya dari kerja
saat malam melabuhkan
tirai. Kemudian keluar
semula tanpa sebarang
patah kata sehingga
dinihari. Masakan Dheiya
langsung tidak di
sentuh. Pernah sekali
Dheiya membuka mulut
menegur Firdaus dan
natijahnya menerima pula
herdikan lantang Firdaus.
Dheiya benar-benar
terasa hati. Air
matanya pula sering
gugur menemani hati
yang kian berduka
lara. Semuanya sama
seperti dahulu. Adakah
janji Firdaus untuk
melepaskannya nanti akan
ditunaikan? Oh Tuhan!
Tidak sanggup rasanya
Dheiya menghadapi detik-detik
itu. Bagaikan menanti
hukuman gantung sahaja.
‘ Ya Allah!
Apa salah ku?
Apa yang telah
aku lakukan pada
suamiku hingga dia
begitu menjauh dari
ku?’ tangis Dheiya
dalam hati. Air
matanya dikesat perlahan.
Entah berapa banyak
air matanya mengalir
hanya sebab masalah
yang Dheiya sendiri
tidak tahu.
Jarum jam
mula menginjak ke
angka sepuluh malam.
Mata Dheiya tidak
dapat menahan pelupuk
matanya daripada terus
bersengkang. Entah mengapa
badanya sedikit letih.
Mungkin letih kerana
memikirkan sikap Firdaus
yang mula berubah.
Memikirkan setiap titik
rasa berdosanya pada
Firdaus kerana membiarkan
dirinya disentuh lelaki
lain. Marah dan
kecewa pada Zaid
yang tidak faham
bahasa, malah langsung
tak menghormati statusnya
sebagai isteri orang.
Dheiya menyeka
air mata yang
mula bertakung. Dia
menapak perlahan masuk
ke ruang tamu.
Sliding door ditarik
sebelum menuju ke
biliknya yang terletak
di tingkat bawah
yang kini dihuninya
kembali setelah mereka
tiba di penthouse
pada awal pagi
itu, Firdaus terus
menapak ke biliknya
tanpa mempelawa Dheiya.
Bukan sahaja tidak
mempelewa, malah untuk
bercakap dengannya jauh
sekali. Wajahnya tetap
tegang dan masam
sahaja.
Direbahkan tubuhnya
perlahan-lahan setelah usai
melakukan adab-adab tidur.
Air matanya mengalir
lagi tanpa dipinta.
Sungguh Dheiya terlalu
rindukan Firdaus! Rindukan
usikan nakal Firdaus,
rindukan pelukan hangat
lelaki itu, rindukan
ungkapan-ungkapan indah darinya,
rindukan kucupan-kucupan manja
dan romantis lelaki
itu. Segala tentang
Firdaus amat dia
rindukan.
Hatinya bagaikan
disiat-siat. Janji-janji yang
diungkapkan sewaktu di
pantai bagaikan angin
sepi nan lalu
di buai pergi.
Janji hanya tinggal
janji. Janji untuk
menjaganya, janji untuk
menyayangi dan menyintainya
sehingga ke akhir
hayat lenyap begitu
sahaja.
Dheiya memejamkan
matanya kembali. Air
matanya menitis lagi,
menemani tidurnya sehingga
ke pagi.
###
Wajah masam
itu menghiasi raut
tampannya sebaik sahaja
pulang dari pejabat.
Rimas dan tertekan
dengan apa yang
berlaku sekarang ini
benar-benar membuatkan fikirannya
kusut dan serabut.
Wajah mendung Dheiya
dibiarkan sahaja. Malas
dia hendak melayan.
Memandang wajah
Dheiya sahaja sudah
cukup membuatkan hatinya
kembali mendidih. Dia
masih tetap tidak
dapat melupakan pelukan
Zaid pada Dheiya
malam itu. Dadanya
dirobek-robek kasar mengingatkan
perlakuan dua makhluk
itu. Walaupun Dheiya
menolak sentuhan itu,
Firdaus tetap tidak
dapat menerima. Sakit
sungguh hatinya. Dheiya
adalah miliknya seorang,
mana boleh lelaki
lain menyentuh Dheiya
walau secuit sekali pun!
‘ Aku tetap
tak boleh terima.
Peluk-peluk tempat gelap
macam tu apa
kes? Kalau Dheiya
tolak sekalipun itu
tetap tak bermakna
apa-apa pada aku!’
‘ Kau ego
Fir! Kau sendiri
dengar pengakuan Dheiya
kan petang tu?’
‘ Aku tak
percaya! Dheiya curang
dengan aku!’
‘ Kau pernah
keluar dengan Karinna!
Dengan Emilina! Kau
pun curang jugak!’
‘
Tak! Tu sebelum
aku sedar perasaan
aku!’
‘ Kau memang
ego Fir! Ego!’
“
Awak! Saya.. Saya
nak ca.. cakap
dengan awak sekejap
boleh?” takut-takut Dheiya
bertanya. Takut diherdik
dan ditengking lagi. Kepalanya ditundukkan.
Keberanian cuba
ditanam dalam hati.
Agar tidak terlalu
tampak lemah bila
berhadapan dengan Firdaus
yang juah lebih
kuat aura ketegasannya.
Dia perlu meleraikan
segala persoalan yang
terlintas dibenaknya.
Firdaus merengus
kasar. Begang sungguh
wajahnya. Tanpa mempedulikan
Dheiya, Firdaus terus
melangkah menuju ke
tangga. Dia tak
mahu mendengar apa-apa
langsung dari Dheiya.
Penafian Dheiya tetap
tidak dapat mencantumkan
kembali serpihan hatinya
yang telah berderai.
“
Awak! Awak tunggu
dulu!” laung Dheiya
dari belakang. Terkejar-kejar dia
cuba mendekati Firdaus
yang laju langkahnya.
Pintu dihempas
kasar mengejutkan Dheiya.
Air matanya menitis
lagi. Sebak dadanya
saat ini. Digagahkan
juga tangannya mengetuk
daun pintu yang
memisahkan ruang antara
Dheiya dan Firdaus.
Dheiya nekad. Dia
perlu menyelesaikan kemelut
yang melanda rumah
tangga mereka sekarang.
Tidak tahan rasanya
menanggung derita kebisuan
ini. Apa salahnya
dia tidak tahu.
Pintu bilik
dikuak perlahan. Wajah
Firdaus yang tegang
ditatap perlahan. Lelaki
itu rakus membuka
butang baju kemejanya.
Dihempas kasar kemeja
itu ke dalam
bakul. Firdaus langsung
tidak menoleh pada
Dheiya yang tercegat
berdiri hampir dengannya.
Bahang hangat di
hatinya mula menguasi
ruang luas ini.
“
Awak, kenapa awak
buat saya macam
ni? Apa salah
saya?” luah Dheiya
perlahan. Air matanya
kembali membasahi pipinya.
Sungguh murah air
matanya menitis untuk
lelaki yang amat
dicintainya.
Firdaus terdiam.
Tangannya menarik kasar
tuala di penyidai.
Langkahnya terhenti apabila
lengannya dipeluk erat.
Kasar Firdaus menepis.
Terkejut Dheiya. Semakin
pilu hatinya dilayan
sebegitu. Pembuluh darahnya
seakan pecah di
segenap urat. Air
matanya tidak henti-henti
menitis.
“
Awak, kalau saya
ada menyakitkan hati
awak tanpa saya
sedar, saya minta
maaf. Saya minta
ampun pada awak.
Tapi awak jangan
buat saya macam ni.
Saya tak tahu
apa salah saya
pada awak sampaikan
awak layan saya
macam ni,” rayu
Dheiya lagi.
Merambu-rambu
air matanya lagi.
Namun itu semua
langsung tidak terkesan
pada Firdaus. Itu
semuanya hipokrit! Lakonan
semata-mata!
‘ Kau jangan
terpedaya dengan semua
mainan air mata
tu Fir!’ bisikan
syaitan bermain di
ruang hati dan
akalnya.
Firdaus berpaling
memandang Dheiya tajam.
Bengis sungguh wajahnya
bagaikan hendak menerkam
mangsanya. Dheiya tertunduk
ke lantai. Tangisannya
memenuhi ruang suasana
yang tegang itu.
“
Kau tanya diri
kau sendiri apa
salah kau! Dasar
perempuan curang!” jerkah
Firdaus seraya mecengkam
lengan Dheiya lalu
menolak kasar tubuh kecil
molek itu keluar
dari biliknya. Pintu
bilik dihempas kuat
sehingga berdentum kuat
seluruh pelosok ruang
penthouse.
Dheiya tergamam
dengan tindakan drastik
Firdaus. Mendengarkan perkataan
curang semakin meruntun
pilu hatinya. Air
matanya menitis lagi.
Semakin mencurah-curah linangan
air jernih itu
mengalir di pipinya.
Bergegar hatinya menahan
rasa pedih di
hati.
“
Awak! Biar saya
jelaskan semuanya! Apa
yang awak nampak
tu semua tak
seperti apa yang
awak fikirkan. Awak
tolonglah!” rayu Dheiya
mengetuk bertalu-talu pintu
kayu itu. Air
matanya tidak henti-henti
mengalir dipipi. Bagaikan
hujan lebat yang
menghujani ruang hatinya.
Sudah jelas
akan segala perlakuan dingin
Firdaus. Pasti Firdaus
salah faham antara
dia dan Zaid.
Dan semestinya Firdaus
sendiri sudah menyaksikan
segala perlakuan Zaid
padanya. Pelukan di
bahu dan di
pinggang itu yang
menjadi kemurkaan Firdaus
padanya. Dheiya menekup
wajahnya. Dheiya bersandar
lemah di dinding
pintu. Perlahan-lahan tubuhnya
melurut ke bawah.
Esakan demi esakan
tidak dapat di
tahan lagi.
‘ Ya Allah!
Kau tabahkan hati
aku ya Allah!
Kau berikanlah aku
kekuatan untuk mengharungi
semua dujian-Mu ya
Allah!’
Firdaus mengetap
bibirnya. Titisan air
dari shower dibiarkan
langsung tanpa dibilas.
Kesakitan di hati
kerana telah menyebabkan
wanita kesayangannya menitiskan
air mata. Sakit
di hati kerana
kecurangan wanita kesayangannya. Perit
sungguh menerima kenyataan
itu. kebisuaan Dheiya
membuktikan segala-galanya.
Kemarahannya timbul
tiba-tiba. Meluap-luap pada
Dheiya. Dan juga
pada Zaid tak
guna itu! tiada
guna rasanya menyimpan
marah di hati,
buat menyakitkan aja.
Perlukah aku lepaskan
Dheiya, seperti mana
yang aku janjikan
dulu?
Sukar bagi
Firdaus untuk membuat
pilihan. Jauh disudut
hatinya terasa enggan
melepaskan Dheiya. Separuh
hatinya menyuruh-nyuruh dia
melepaskan Dheiya. Yang
mana satu pilihannya?
Firdaus tidak rela
lagi membiarkan hatinya
dilukai oleh seorang
perempuan. Tidak sanggup
lagi menanggung pedih
luka di hati.
Duka lara yang
dipendam kerana ditinggalkan
Karinna selama lapan
tahu ditanggungnya seorang.
Hanya dia merasakan
sakit itu. Hanya
dia dan Allah
sahaja yang mengetahui.
###
Helaian kertas
yang terpampang dihadapannya
diselak dan dibaca
dengan teliti. Zaff
mencuri-curi pandang Firdaus
semakin hairan dengan
tingkah sahabatnya itu
yang sering naik
angin sejak kebelakangan
ini.
Banyak staf
yang merungut kerana
selalu diherdik dan
ditengking kerana sebab
musabab yang terlalu
kecil. Dari luar
pintu kaca lagi
sudah boleh mendengar
suara Firdaus yang
bagaikan naik hantu
bila mengamuk. Ada
saja yang tidak
kena pada pandangan
matanya. Malah ada
yang sampai kena
baling fail dengan
Firdaus. Mujur juga
tidak berlaku kecederaan.
Kalau tak mahu
di ambil tindakan
tatatertib.
Zaff mendekatkan
tubuhnya pada meja
besar Firdaus di
hadapannya. Firdaus memandang
sekilas dengan dahi
yang berkerut seribu.
“ Kau
apehal ni?” tanya
Firdaus tidak senang
dengan perlakuan Zaff
yang asyik memerhatikannya dari
tadi.
“ Kau
ni ada masalah
ke sebenarnya Fir?
Muka monyok aje
sejak balik dari
PD hari tu.
Apesal? Kau gaduh
ke dengan Dheiya?”
memang tepat serkap
jarang Zaff. Sekilas
melihat wajah Firdaus
yang asyik masam
cemberut sahaja, pasti
ada yang tak
kena.
Firdaus menjeling.
Dia langsung tidak
membalas pertanyaan Zaff.
Zaff mengeluh lagi.
Mamat ni memang
ego!
“ Wei! Janganlah macam
ni. Kalau kau
ada masalah cakap
lah dengan aku.
Aku kan selalu
jadi penasihat terbaik
kau!” dalam pada
sempat lagi Zaff
berseloroh.
Firdaus merengus
kasar. Dia menjeling
Zaff tajam! Tak
lawak langsung lah Zaff!
“ Kau
boleh tak mulut
tu diam sikit?
Membebel ajelah! Rimas
telinga aku ni!”
dengus Firdaus marah.
Kalaulah mata ni
ada kuasa supersonic,
memang dah boleh
nampak dah semua
lubang-lubang udara tu
berasap!
“ Oh!
Rimas? Yang kau
tengking, marah staf-staf
tu tak rimas
ke? Wei! Kitorang
ni lagi rimas
tau? Rimas dengan
perangai kau tu
yang asyik nak
membaham orang aje!
Agak-agaklah wei kalau
kau nak marah
pun, janganlah sampai
fail pun melayang
kat muka diorang!
Salah tau tak!
Kau ingat diorang
ni apa? Punch
bag kau nak
lepaskan marah?! Macam
tu?!” lantang Zaff.
Hakikatnya dia cuba
menyedarkan Firdaus akan
tindakannya yang melampau.
Firdaus semakin
hangat hati. Matanya
tajam menikam mata
Zaff yang berani
mengherdiknya. Ewah! Kau
ke aku bos
sekarang ni? Dahlah
hati tengah sakit
dengan Dheiya, si
malaun ni pulak
nak jadi hero
selamatkan rakyat office!
“ Yang
kau duduk sini
nak sound-sound aku
apehal? Kau bos
ke aku bos
sekarang ni? Apa
yang kau sibukkan
sangat hah? Kau
tak payah nak
jadi herolah Zaff
nak bela staf-staf
kesayangan kau tu!
Dah memang diorang
salah kan!” tempelak
Firdaus lagi.
Kalau kau
boleh angin, aku
pun boleh!
“ Soal
kau bos atau
aku bos ke
tu tolak tepi!
Yang penting masalah
jiwa kau tu!
Kau sakit hati
dengan orang lain
takkan kitorang kat
sini kena tempiasnya?
Kalau betul pun diorang salah,
tegur elok-elok tak
boleh ke? Malu
la sikit Fir!
Kita ni sebagai
ketua kenalah tunjuk
contoh yang baik
sikit,” dalam pada
berlawan kata dengan
Firdaus, sempat juga
Zaff menasihatinya.
“ Kau
tak payah nak berceramah kat
sini lah Zaff!
Aku kusut tau
tak!”
Zaff mengeluh
perlahan. Wajahnya yang
sedikit tegang tadi
dikendurkan. Dalam keadaan
ini dia perlu
lebih berdiplomasi. Bukan
dia tidak tahu,
pasti hubungan Firdaus
dan Dheiya sedang
krisis. Walaupun Firdaus
tidak pernah memberitahu yang hubungan
mereka sedang bergolak,
tapi jauh di
sudut naluri Zaff,
dia sudah dapat
mengagak.
Inilah ciri-ciri
sahabat yang baik!
“ Aku
bukan nak berceramah
Fir. Kau kawan
aku, dunia dan
akhirat. Aku tak
senang kalau kawan
aku ni tengah
susah hati. Aku
minta maaf Fir
kalau aku ni
menyibuk sangat. I’m
very sorry. Aku
nak keluar dululah,
biar hati kau tu tenang
sikit,” Zaff terus
bangun dari duduknya
seraya menuju ke
pintu.
“ Dheiya
curang dengan aku
Zaff..” lirih suara
Firdaus memakukan langkah
Zaff yang baru
sahaja mengenggam tombol
pintu.
Sepatans kilat
Zaf berpaling dengan
rasa yang tidak
percaya. Dia kembali
ke tempat duduknya,
tubhnya dirapatkan ke
dada meja. Memberi
isyarat supaya Firdaus
mengulang kembali ayatnya.
“ Apa
kau cakap Fir?”
Firdaus memejam
matanya rapat sebelum
wajahnya diraup perlahan,
berkali-kali. Gundah sungguh
rasa hatinya. Menceritakan
perihal sebenar bagaikan
merobek-robek luka di
hatinya. Zaff mengerutkan
dahinya. Dia ketawa
kecil. Sukar untuk
percaya apa yang
terkeluar dari mulut
Firdaus. Tak mungkinlah!
“ Tak
mungkinlah! Kau yang
salah faham kot!
Takkan lah Dheiya
nak curang dengan
kau sedangkan dalam
hati dia ada
kau aje. Dheiya
tu cintakan kau
lah bro!”
“ Tapi
Dheiya curang dengan
aku Zaff! Depan
mata kepala aku
sendiri Dheiya berpeluk
dengan lelaki lain.
Tu apa maknanya
tu kalau bukan
curang!” lantang Firdaus
mempertahankan hujahnya.
Zaff menggelengkan
kepalanya perlahan. Tawa
rasa tidak percaya
terlepas di bibirnya.
“ Aku
tak percayalah Fir.
Mana tahu Dheiya
tu terjatuh ke,
lelaki tu tolong
Dheiya, tu sebab
terpeluk sikit ke,”
nafi Zaff bagi
pihak Dheiya.
Firdaus tersenyum
sinis. Semakin membara
rasa sakit hatinya.
“ Tak
ada istilah ‘TER’ peluk
kat sinilah Zaff!
Takkan jatuh sikit
dah nak terpeluk
bagai?! Kalau nak
berpeluk tu, peluk
jugak! Yang kau
nak bela Dheiya
tu sangat pasal
apa? Atau kau
pun dah syok
dengan perempuan tu?”
tempelak Firdaus. Dari
sinar matanya dia
amat marah dengan
apa yang berlaku.
Sungguh dia marah.
“ Kau
jangan nak merepeklah
Fir. Dheiya tu
dah macam adik
aku sendiri tau
tak! Tak mustahil
apa yang aku
sangka aku tu
betul. Kau aje
yang salah faham.
Ada pernah kau
tanya Dheiya kenapa
jadi macam tu?
Ada kau tanya
apa sebabnya? Ada
ke? Takde kan?
Sebab kau suka
bertindak melulu Fir.
Kau ikutkan sangat
hati marah tu
sampai kau langsung
tak bagi Dheiya
peluang untuk jelaskan
semuanya,” bidas Zaff
laju.
Firdaus terdiam.
Ya memang dia
tak pernah bertanya.
Hatinya terlalu sakit.
Sakit sampaikan hendak
memandang wajah Dheiya
pun Firdaus tidak
mampu.
“ Kau
tahu kenapa aku
bela Dheiya? Kau
tahu kenapa aku
yakin dengan kata
hati aku sendiri?
Sebab aku boleh
nampak dari sinar
mata Dheiya tu
yang cinta dia
hanya untuk kau
Fir. Tak ada
untuk orang lain.
Setiap apa yang
dia buat, menggambarkan
sayang Dheiya pada
kau. Memang Dheiya
tak pernah cakap,
cuma dari setiap
senyuman tu dah
buktikan semuanya yang
Dheiya tu tulus
mencintai kau”.
Firdaus terdiam.
Dia mengalihkan pandangannya
ke tingkap kaca
yang menjadi dinding
pejabatnya. Dari sini
pemandangan bangunan KLCC
dan KL Tower
dapat dilihat dengan
jelas. Tapi semua
kemegahan itu tidak
sedikit pun mampu
menenangkan hatinya.
“ Aku
tahu kau dah
tak sanggup lagi
dilukai Fir. Luka
yang dalam belum
pasti akan hilang
kesan parut tu.
Kau takut kalau
Dhieya pun akan
tinggalkan kau jugak
macam Karinna dulu.
Tapi percayalah cakap
aku Fir, memang
Dheiya dah ditentukan
untuk kau. Tak
ada yang lain. Apa yang
berlaku ni ada
hikmah di sebaliknya.
Tak ada perkahwinan
yang tak akan
dilanda badai Fir.
Ini semua dugaan.
Kalau betul kau
sayangkan Dheiya, kau
pertahankanlah rumah tangga
kau ni.”.
Zaff mengetap
bibirnya dengan sikap
ego tinggi melangit
Firdaus. Angkuh dan
bongkak!
“ It’s
up to you
kalau kau nak
dengar nasihat aku ni Fir.
And please, kau
hentikanlah pergi club
tu lagi. Nanti
makin bertambah masalah
kau tu,” ujar
Zaff lagi tanpa
jemu lalu terus
keluar dari bilik
berhawa dingin yang
dirasakan berbahang olehnya.
Firdaus menyepahkan
semua kertas-kertas di
atas mejanya. Bertempiaran
helaian kertas itu
berselerak di atas
karpet tebal. Hatinya
diselubungi tirai kegelapan.
Nasihat Zaff bagaikan
masuk telinga kanan,
keluar ke telinga
kiri.
Tak semudah
itu Zaff! Hati
aku tetap sakit!
Lebih sakit dari
dulu! Kau tak
kan faham Zaff!
Kau takkan faham!
“ Argggahhh!!!”
Jeritan Firdaus
dari dalam bilik
mengejutkan semua staf
yang berada di
luar. Akma yang
baru sahaja hendak
menghirup milo suam
itu tersedak sehingga
terbatuk-batuk saat mendengar
jeritan ‘Tuan Harimau’
dari dalam bilik.
Almaklumlah, bilik dia
kan bersebelahan dengan
bilik Mr. Big
Boss tu! Hai
lah! Malang sungguh
nasib aku ni!
Asyik nak mengaum
aje ‘ Tuan Harimau’
kat sebelah ni!
Tu mesti bilik
dia dah kena
langgar dengan todak
segala garuda tu!
Dah smeua benda
dia baling kalau
mengamuk! Aku yang
jadi mangsa kena
kemas bilik dia!
Benci betullah!
Akma berdecit
perlahan. Menyampah sungguh!
Nasib bos hensem!
1 comment:
nak lagi sis....jgn dhieya pergi tinggalkan fir sudahlah. cepat2 bg n3 tau.
Post a Comment