Blackberry Z10
berwarna merah yang
baru sahaja di
beli itu berbunyi
lagi. Firdaus yang
sedang bersiap-siap membetulkan
rambutnya terus menekan
butang hijau tanpa
melihat nama pemanggil
yang tertera di
skrin.
“
Helo?”
“
Helo Fir. You
lambat lagi ke?
I dah tunggu
kat bawah ni,”
Karinna di hujung
talian mula merengek
manja.
Firdaus menarik
muka. Rimas pulak.
Tapi memikirkan hubungan
persahabatan ini baru
sahaja terjalin, dia
perlu menahan sabar.
“
Dah siaplah ni.
Lagi lima minit
I sampai bawah.
You tunggu jelah!”
ujar Firdaus sedikit
rasa meluat.
“
Okay I tunggu!
Sentiasa tunggu!” habis
sahaja Karinna menjawab
terus Firdaus mematikan
talian.
Kalau bukan kerana malam
ini dia perlu
menghadiri dinner bersama
dengan Duta Malaysia,
tidak hingin Firdaus
menyertainya. Apatah lagi
Karinna pasti akan
turut serta. Namun
memikirkan dia perlu
bersikap professional, digagahkan
juga walaupun dari
ekor mata Firdaus
mulai tidak selesa
dengan Karinna walaupun
gadis itu bersikap
bersahaja.
‘ Aduh bilalah
nak balik Malaysia
ni?’ keluh Firdaus
dalam hati. Blackberry
Z10 dipegang erat.
I-phone yang dulu
sudah pun selamat
masuk ke kotak
kerana dihempas olehnya
sewaktu melepaskan marah
pada Dheiya. Sempat
dia membelek cincin
perak di jari
manis tangan kirinya.
Cincin itu mula
disarung kembali setelah
hatinya sudah mula
dicuri Dheiya. Sekarang
ni? Entahlah…
Makan malam
berlangsung dengan suasana
yang ceria. Firdaus
sedaya upaya mengelakkan
diri daripada berada
berdekatan dengan Karinna.
Dia cuba berbuat-buat
sibuk berbual dengan
pegawai Dari Kedutaan
Malaysia dan juga
dengan rakan-rakan daddynya.
Apa sahaja
topik pasti menjadi
bualan termasuklah soalan
cepumas dari rakan
daddynya mengenai gosip-gosip
panas tentangnya di
majalah hiburan. Agak
tersentak pada mulanya,
tetapi Firdaus bijak
menafikan. Dia juga
cuba menjarakkan diri
dari Karinna. Nanti
tak pasal-pasal timbul
pula gosip baru.
Paparazzi kat London
ni pun boleh
tahan juga hebatnya!
Dari satu
sudut Karinna duduk
di sofa dengan
hati yang mendongkol
geram. Sakit hatinya
Firdaus sengaja buat
endah tak endah
dengannya. Apa, belum
cantikkah dia malam
ni mengenakan gaun
separas betis berwarna
pastel yang lembut?
Sedangkan itu adalah
warna kegemaran Firdaus.
Sudah berminggu-minggu dia
cuba rapat dengan
Firdaus, tetapi agak
sukar. Hanya sekejap
sahaja, lepas tu
pasti Firdaus akan
menghilang. Benci!
Sabar Karinna
sabar! Nak masuk
jarum kena perlahan-lahan, tak
boleh terlalu gopoh.
Lelaki pantang kalau
kita kadang-kadang buat-buat
jual mahal. Behave
dan sentiasa control
ayu!’ nasihat satu
suara di dalam
hatinya.
Karinna menyambung
senyum dalam hati.
Ya, dia kena
bersabar. Firdaus terlalu
mahal! Jadi dia
perlu menjadi lebih
mahal! Masa masih
banyak lagi. Dia
perlu bijak mencari
peluang sementelah dia
baru mendapat tahu
yang Puan Sri
bongkak itu sudahpun
membatalkan majlis pertunangan
itu. Bagus! Lepas
ni kau tahulah
siapa yang akan
menang nanti Emilina!
###
Dheiya termenung
lagi. Kali ini
tanpa ditemani air
mata. Walau bagaimanapun
Dheiya tidak mahu
menaruh syak wasangka
yang bukan-bukan dengan
berita yang di
dengarnya sebelum mendengar
dari mulut Firdaus
sendiri.
Berita tentang
majlis pertunangan yang
tidak akan diterima
Emilina masih mengasak
mindanya. Hari ini,
sudah genap tiga
minggu Firdaus meninggalkannya sejak
kali terakhir Dheiya
melihat Firdaus pada
pagi itu. Selama
itu Dheiya menjadi
penunggu yang setia.
Blackberry putih itu
sentiasa tidak lekang
dari tangannya. Jarinya
pula sentiasa mengusap
dan bermain-main dengan
rantai berbentuk hati
itu. Itulah pengubat
rindunya pada Firdaus.
Entah dimana
Firdaus berada jua
kini, doa Dheiya
tidak pernah putus-putus
agar suaminya sentiasa
selamat. Sekian lama
berseorangan diri di
dalam rumah mewah
ini, Dheiya mula
merasakan sudah tibakah
masanya dia harus
pergi?
Sejak Firdaus
pergi, makan minumnya
sudah tidak terurus.
Jarang sekali Dheiya
menjamah makanan ke
mulutnya. Hilang sudah
seleranya sepertimana hilangnya
Firdaus pada pagi
itu. Badannya juga
semakin susut. Rasa
pening dan sakit
dikepala selalu sahaja
menyerangnya. Kadang-kala rasa
hendak pitam ditambah
dengan rasa loya
dan mual di
tekak.
Jika sebelum
ini, tubuhnya masih
lagi mampu untuk
melakukan kerja rumah
tetapi sekarang ini
rasa tidak terdaya
kudratnya. Cepat sahaja
Dheiya menjadi letih.
Apabila duduk sahaja
pun Dheiya mula
terasa penat yang
amat sangat.
Sungguh Dheiya
pelik dengan keadaan
dirinya sekarang ini.
Minggu lepas, dia
langsung tidak lalu
makan, tetapi masih
mampu menjamah sedikit
makanan walaupun hanya
sekeping biskut dan
secawan susu rendah
lemak. Namun sejak
kebelakangan ini, jika
menjamah sekeping biskut
atau minum susu
pasti perutnya akan
bergelodak dan memuntahkan
semua yang telah
masuk. Sungguh dia
tidak lalu, walau
hanya bau susu
sahaja Dheiya sudah
mula loya tekak,
berlari mencari sinki.
Apa yang
mampu dia telan
hanyalah secawan coklat
panas yang menjadi
kegemarannya sekarang ini
walhal selama ini
Dhieya amat tidak
suka minum coklat panas.
Rasa pelik pula
kerana tekaknya boleh
menerima dan perutnya
tidak berasa sebu
seperti sebelum ini
jika dia menjamah
atau minum apa-apa
sahaja pasti sahaja
Dheiya akan berlari
ke singki.
Televisyen di
hadapan dipandang sekilas
tanpa perasaan. Sesaat
kemudian, Dheiya menoleh
lagi. Memandang kaca
skrin yang leper
dan membaca satu
kenyataan di bahagian
bawah. Dahi Dheiya
berkerut seribu. Nama
yang tertulis seakan
dia kenal. Dheiya
mengangkat wajahnya pula
melihat rakaman yang
telah dirakam di
luar negara sambil
pembaca berita itu mengulas mengenai
berita itu.
“ Seorang
jutawan muda, Syed
Firdaus Hakimi mendapat
penghargaan dari Yang
Amat Berhormat Perdana
Menteri kerana telah
mengharumkan nama negara.
Hal ini adalah
kerana kejayaan beliau
menjajah benua Eropah…
bla… bla.. bla..”
Pada mulanya
Dheiya seakan tidak
percaya apa yang
didengarinya, tetapi mengingatkan
jarak masa yang lama, tidak
mustahil berita itu
adalah benar. Tambahan
pula, Dheiya sendiri
tahu keluarga suaminya
itu bukan calang-calang
orang. Malah sudah
beberapa kali dia
membaca perihal suaminya
di dada majalah
dan akhbar.
Tidak terkelip-kelip Dheiya
mendengar berita itu.
Perasaanya mula berkecamuk.
Pelbagai rasa dirasakan
saat ini. Dheiya
menyandarkan badannya kembali
di sofa sementara
mindanya ligat berfikir
menganalisa berita yang
didengarinya tadi.
‘ Firdaus ada
dekat London sekarang
ni? Bila?’
Tiba-tiba air
mata Dheiya menitik
jatuh pada tangannya.
Rasa sebak dan
kecewa mengerumuni ruang
dadanya. Ada rasa
sendu dihatinya. Sampai
hati Firdaus langsung
tidak mengkhabarkan pemergian
dia ke London
padanya. Apakah Dheiya
langsung tidak berhak
tahu?
Hanya seorang
sahaja yang boleh
membantu Dheiya mengesahkan
perkara ini. Blackberry
putih di tepi
segera dicapai perlahan.
Tangannya perlahan-lahan menekan
butang, mencari nama
itu. Dengan rasa
teragak-agak, nombor itu
ditekannya. Bunyi lagu
yang berkumandang sebagai
caller ringtone menjadi
santapan halwa telinganya
sebelum panggilannya dijawab.
“ Helo,
asaalamualaikum,” jawab pemanggil
dihujung talian.
“ Wa..
waalaikumussalam,” balas Dheiya
sedikit tergagap-gagap.
“ Dheiya,
apa khabar? Sihat
ke? Lama tak
dengar berita?” soalan
yang lebih kepada
mengambil berat ditanya.
Dheiya senyum kelat
sebelum menjawab soalan
itu.
“ Alhamdulillah, saya
sihat. Saya ganggu
awak ke malam-malam
macam ni?”
“ Eh
tak lah! Saya
pun bukannya buat
apa. Err.. Dheiya
ada nak tanya
apa-apa ke?” tanya
Zaff pula.
Hatinya begitu
yakin pasti ada
sesuatu, kalau tidak
tak akanlah Dheiya
saja-saja hendak menghubunginya. Pelik
tu! Tak pasal
lebam pula biji
matanya ada skandal
dengan bini orang!
“ Sa..
saya nak tanya,
be.. betul ke
Abang Firdaus dekat London
sekarang ni?”
Zaff mengerutkan
dahinya. Sungguh pelik
soalan Dheiya itu.
Zaff mula rasa
tidak sedap hati.
Dia sudah menghidu
sesuatu yang tak
kena pada Dheiya
dan mungkin juga
Firdaus! Fir apa
yang kau dah
buat ni hah?!
“ Eh?
Fir tak bagitau
awak apa-apa ke?”
Soalan Zaff
dijawab dengan gelengan
Dheiya. Jawapan spontan
walaupun Dheiya tahu
Zaff tidak nampak.
“ Tak.
Dah lama ke
dia pergi?”
Dheiya terdengar
keluhan Zaff di
hujung talian. Dhieya
menggigit bibirnya. Adakah
dia tersilap soalan?
Tapi Dheiya memang
tidak tahu apa-apa!
Langsung tidak!
“ Almost
three weeks Dheiya.
Sekarang ni pun
Fir ada lagi
dekat London lagi,
dia melawat tapak
projek, anak syarikat
dan Merida Hotel
dekat sana,” jelas
Zaff.
Dheiya tertunduk
diam. Air matanya
menitis lagi. Kali
ini lebih lebat,
umpama hujan yang
mula turun. ‘ Nampaknya
memang aku dah
tak penting dalam
hidup dia. Tak apalah!’
“ Dheiya,
are you there?”
tegur Zaff lagi.
Dheiya tersentak seraya
menjawab sambil mengelap
air matanya.
“ Ya,
ya! Saya ada
lagi. Emm.. kalau
macam tu awak
tau tak bila
dia balik sini?”
tanya Dheiya cuba
berlagak tenang. Sendunya
cuba ditahan agar
Zaff tidak dapat
mendengarnya.
“ Tak,
saya tak tahu.
Maybe next week,
I guess. Why
not you just
call him?” saran
Zaff.
Dheiya menggemam
bibirnya sekejap. “
Takpe lah. Saya
tahu dia sibuk,
saya tak nak
kacau. Kalau dia
balik mesti dia
bagitau saya!”
“ Dheiya,
saya tahu masalah
awak dengan Fir belum
selesai lagi. Sebab
tu saya syak
ada yang tak
kena. Takpelah! Saya
akan cuba nasihatkan
Fir nanti.”
“ Eh
takpe! Jangan kacau
dia. Saya tak
nak kusutkan lagi
fikiran dia. Masalah
kami, biar saya
dan Abang Firdaus
yang selesaikan. Awak
jangan risau ya?”
tegah Dheiya. Kalau
boleh dia tak
mahu melibatkan Zaff
lagi. Cukuplah dulu
dia menyusahkan Zaff
mencari Firdaus.
“ Haih!
It’s up to
you Dheiya. Saya
faham awak tak
selesa.”
“ It’s
okay. Terima kasih
ya?”
“ Sama-sama.”
Pantas butang merah
ditekan. Dheiya menarik
nafas dalam. Dia
menghembus lemah. Terasa
berat fikirannya saat
ini.
Tiba-tiba kerongkong
tekaknya mula terasa
mual. Bergegas Dheiya
menuju ke tandas.
Dihamburkan segala rasa
yang berkeladak tadi
di sinki. Perutnya
terasa senak yang
menekan-nekan memaksanya untuk
memuntahkan semuanya. Hanya
cecair putih sahaja
tetapi bau yang
menyengat ke lubang
hidungnya cepat sahaja
Dheiya menadah air
lalu dikumurkan ke
mulutnya. Berkali-kali sehingga
bau dan rasa
kurang enak itu hilang.
Dheiya menarik
nafas lagi. Seketika
tubuhnya terjelapok di
dinding bilik air.
Air matanya mengalir
laju. Ya Allah!
Kenapa dengan aku
ni? Perutnya dipegang,
terasa pedih seperti
kembung atau masuk
angin.
Tetapi lagi kembung hatinya.
Lagi pedih perasaanya.
Sampai hati Firdaus
langsung tidak memberitahu
dia tentang pemergiannya
ke London. Kalau
sibuk sekalipun, hantar
mesej sahaja pun
Dheiya tidak kisah.
Kenapa Firdaus seolah-olah
membuangnya? Setelah dapat
apa yang ada
padanya, Dheiya ditinggalkan
begitu saja?
Kecewa sungguh
hatinya. Sungguh-sungguh kecewa!
Dheiya menangis lagi
hingga esakan mula
kedengaran semakin kuat.
Namun hanya dia
seorang sahaja yang
mendengar. Hanya dia
sahaja yang merasa
perih itu.
###
Kepulangan Firdaus
sudah pun dinanti-nantikan oleh
ahli keluarganya di
KLIA. Sebaik sahaja
kelibatnya mula kelihatan,
terus sahaja tubuhnya
dipeluk erat oleh
Aria dan Fahmi.
Ucapan tahniah tidak
putus-putus diucapkan dari
bibir adik kembarnya.
Pelukan mereka terlerai,
Firdaus terus menyalam
dan memeluk mummy
serta daddynya. Riak
wajah mereka terpancar
perasaan bangga.
Berkelip-kelip lampu
kamera dari arah
sekelilingnya. Tidak terduga
kepulangannya mendapat liputan
hangat walhal dia
bukannya artis yang
popular. Hanya seorang
ahli perniagaan yang baru
sahaja ingin menempa
nama di atas
tapak yang mula
berkembang.
“ Perghh!
Confirm esok mesti
muka along depan
frontpage!” gurau Fahmi
ketawa besar.
“ Tulah!
Kita pun boleh
tumpang glamour. Kalah
artis kau!!” tambah
Aria lagi. Menutup
mulutnya apabila ketawanya
tidak mampu dikawal.
Firdaus tersenyum
sahaja. Mereka pantas
menuju ke arah
kereta yang sudahpun
menunggu di luar
balai ketibaan. Beberapa
bodyguard cuba menghalang
para wartawan yang
cuba mendekati Firdaus.
Masuk sahaja
dalam kereta, Firdaus
menarik nafas lega.
Dia mengurut-urut dadanya.
Fuh! Lega betul!
Macam apa aje!
Kalau macam ni
punya crowded, aku
rela menyamar jadi
orang lain!
“ Dahsyat
betullah diorang ni
Fahmi. Kerumun kita
sampai macam tu
sekali. Eei! Menakutkan
pun ada. Kalaulah
terjatuh tadi, mahunya
kena pijak!” ujar
Aria sambil matanya
masih memandang suasana
diluar kereta yang
masih penuh dengan
para wartawan dan
juga jurukamera.
“ Takut?
Eh, best apa?
Popularlah kita nanti!
Mesti cik awek
kat kampus tak
sabar tunggu Abang
Fahmi esok!” Fahmi
membalas dengan nada
riak.
Aria menarik
muka. Bibirnya dicebikkan.
Firdaus hanya senyum
sahaja dengan gelagat
adik-adiknya yang masih
berbalah kata.
“ Oh
my Allah!! Kenapalah
Fahmi ni perasan
bin sengal hah?!
Eei! Tolonglah! Yang
popularnya along bukan
Fahmi! Janganlah otak
tu sengal sangat!!”
“ Wah-wah!
Mulut memang nak
kena sumbat dengan
PS3 ni!!”
“ Isy-isy!
Fahmi! Aria! Cubalah
jangan nak bertekak
aje! Tak kesian
ke kat along
tu? Dia penat
tau tak? Kalau
nak bertekak sangat,
keluar dari kereta
ni, hah bergaduhlah
kat luar tu!
Kita tengok siapa
yang popular pulak
esok!!”
Langsung terdiam
Fahmi dan Aria
apabila suara soprano
yang guna volume
maksima sudah bergema
di dalam kereta.
Firdaus ketawa kecil
dengan gelagat adik
kembarnya yang menikus
sahaja. Badan mereka
masih lagi aktif
tolak-menolak, tak puas
hati lagilah tu!
Sampai sahaja
di banglo mewah
milik Tan Sri
Sy. Fahim dan
Puan Sri Sy.
Faridah, Firdaus terus
melangkah masuk ke
dalam rumah diikuti
adik-adiknya. Rindu pulak
pada katil!
“ Fir,
naiklah rehat dulu.
Malam nanti mummy
masakkan special untuk
anak mummy nanti.”
Firdaus senyum
manis mendengar kata-kata
mummynya. Gembiralah jugak.
Bukan senang nak
tengok mummynya jejakkan
kaki ke dapur.
Seminit pun susah!
“ Along!
Takde apa-apa ke
untuk Aria dari
sana?” Aria mengelip-neglipkan matanya.
Membuat muka comel.
Terdetik di hati
ingin mengusik adiknya.
Sudah lama juga
mereka tidak bergurau.
“ Takde!”
jawab Firdaus selamba.
Aria menarik muka
sedih. Muncung panjang.
“ Takde?
Kenapa..?” tanyanya sedih.
Fahmi menarik wajah
menyampah.
“ Sebab
Aria tu tak
comel macam Fahmi
ni!” sampuk Fahmi
selamba.
Firdaus ketawa
kuat. tak habis-habis
Fahmi ni nak
buli Aria. Memang
kaki buli mamat
ni! Aria mendongkol
geram. Terus sahaja
bahu Fahmi dipukul
berkali-kali. Eei!! Geramnya
aku dengan mamat
sakai ni!
“ Eeei!!!
Geramnya aku dengan
mamat sakai ni!
Dahlah sakai! Sengal
pulak tu! Mamat
poyo!”
“ Hoi!
Apa ni main
pukul-pukul orang?!”
Firdaus sudah
tidak ketahuan melihat
tahap kegeraman Aria
pada Fahmi saat
ini bagaikan sudah
melebihi had. Nampak
sangat Aria ni
memang betul-betul geram
dengan Fahmi. Riuh
banglo mewah ni
dengan pekik dua-dua
ekor manusia ni!
“ Along!!
Tengoklah Fahmi ni!
Aria tak sukalah
dengan dia!” rengek
Aria pada Firdaus.
Dipeluk erat
tubuh abangnya. Rasanya
dia sudah hendak
menangis sekarang ini.
Agaknya perubahan hormone
di dalam badannya.
Maklumlah, ‘kawan baik’nya
sedang bertandang bulan
ni. Itu yang
mood amat sensitip
sangat!
“ Dahlah!
Jangan dilayan mamat
sakai tu! Mestilah
ada something yang
along beli untuk
Aria. Semua orang
dalam rumah ni
pun ada jugak!”
pujuk Firdaus lembut.
Bibirnya tersenyum
nipis. Seakan dia
memujuk Dheiya pula.
Yalah, Dheiya dan
Aria ni kan
sebaya aja! Manja
pun ya jugak.
Cuma Dheiya tu
lebih matanglah nak
dibandingkan dengan Aria
dan Fahmi yang
macam budak tadika
aja! Bergaduh tak
habis-habis!
Matanya dibulatkan
pada Fahmi, memberi
amaran supaya berhenti
mengusik Aria.
“ Untuk
si sakai ni
pun ada jugak
ke?!” terbeliak mata
Aria. Fahmi sengaja
menjelir lidah pada
Aria. Dia memang
suka cari pasal
dengan Aria. Cengeng!
Usik sikit, merajuk!
Sakat sikit, nangis!
“ Aria!
Apa cakap dekat
abang sendiri macam
tu? Tak baik!
Sudah! Pergi naik
atas! Jangan dilayannya
si Fahmi tu.
Dah tau Fahmi
tu kaki mengusik,
yang pergi layan
tu buat apa?
Naik bingit telinga
daddy ni dengar
kamu gaduh. Dengar
dek mummy, nasib
kepala kamu berdualah
kena laga nanti!”
Tan Sri Sy.
Fahim bersuara dari
arah tangga.
Pening kepalanya
dengan perangai anak-anak
yang tak ubah
macam budak umur
empat tahun! Masing-masing
dah besar tapi
otak macam tiga
suku! Yang sorang
kuat mengusik, yang
sorang lagi tak
habis-habis melalak, menangis
aje!
Ya Allah
letih aku layan
anak-anak aku ni!
Nasib baiklah Firdaus
tu dah terlebih
matang! Tapi kalau
datang angin biulnya,
teruk habis adik-adiknya
dikenakan! Sampai baling-baling
barang! Bergegar banglo
ni! Penghabisannya, tiga-tiga
kena piat telinga
dengan Puan Jeneral
Perang! Haih! Ada
anak tiga pun
macam ada dua
puluh anak! Anak
dah besar pun
macam anak dia
baru nak masuk
tadika!
“ Daddy…
Aria menyampahlah dengan
Fahmi. Kenapalah dia
suka sangat kacau
Aria? Kenapa dia
tak kacau orang
lain aje?” lengan
daddynya dipeluk pulak.
melentokkan kepala di
bahu Tan Sri
Sy. Fahim.
“ Sebab
Aria tu cengeng
sangat!” laung Fahmi
dari atas. Firdaus
yang berada di
sebelahnya yang ingin
menuju ke bilik
terus saja meluku
pantas kepala Fahmi.
Fahmi menyeringai kesakitan.
Rasakan! Memekak
aje yang sekor
ni!
“ Aduh
along! Apa ni?
Sakitlah!”
“ Padan
muka kau! Yang kau banyak
bunyi sangat kenapa?
Dah hampir melalak
adik kau, kau
usik! Kalau macam
ni, along tak
bagilah apa-apa kat
kau!” jerit Firdaus
separa kuat.
Terus dia
berlari ke arah
biliknya kerana dia
tahu dia pasti
akan dikejar Fahmi.
Semestinya Fahmi akan
merayu padanya. Tak
cukup dengan itu,
pasti pintu biliknya
hampir roboh dikerjakan
tangan Fahmi yang
tak akan penat
mengetuk!
“ Hah!
Dengar tu! Padan
muka!” pekik Aria
dari tangga. Gadis
itu ketawa mengekek
memeluk tubuh daddynya
erat. Tak terkata
apa dah Tan
Sri Sy. Fahim.
Hanya gelengan kepala
sahaja.
Fahmi menarik
muka masam. Alah!
Melepaslah aku nak
dapat Playstation new
version! Tension! Tension!
Itulah padahnya kalau
tak henti-henti mengusik
orang!
6 comments:
Huhuhu cian dieya..bilalah firdaus nak jumpa si dieya ni. Dup dup dup rasanya....
Best.....tqvm sis....bilalah firdaus nak jumpa dhieya.....cian dia.
most welcome.. hehe.. kalau ada jodoh tu tak ke mana la kan??
sian dhieya...msti pregnant tu..dh la xde suami dcc..
cpt2lah diorang jumpe semula..
Lah...dhieya kesian...bila agak dia nak jumpa ngan daus....cepatlah sambung ye....macam x sabar rasenye....
Betul2....good luck sis....best cite ni
.
Post a Comment