“ Along tak
nak turun dulu
ke?” tanya Fahmi
sebaik sahaja keretanya
sudah sampai di
hadapan banglo keluarga
mereka. Aria hanya
memandang alongnya sepi.
“ Tak kot.
Dah lewat ni,
nanti lambat pulak
sampai rumah,” kata
Firdaus seperti mengelak
daripada masuk. Sudah
semestinya dai akan
jumpa dengan mummy.
‘ Oh tak! Aku
tak nak jumpa
mummy sekarang! ‘
“ Kalau dah
tau nanti lambat
sampai rumah, kenapa
tak tido aje
kat sini? Esokkan
weekend,” Firdaus kehilangan
kata dengan ajakan
Fahmi.
“ Along marah
lagi ke kat
mummy?” soal Aria
pula. Firdus terdiam
seketika.
‘ Pandai betul trap
aku! ‘
“ Emm… dahlah
pergi masuk! Nanti
mummy gan daddy
bising pulak korang
balik lambat. Nanti
kirim salam kat
mummy dan daddy.
Nanti bila free
kita jumpa lagi,”
Firdaus menukar topic.
Memang nak lari
pun!
Aria dan Fahmi
terdiam. ‘ Dah
agak dah! Kata
mummy yang keras
kepala, padahal along
pun lapan darab
sepuluh dengan mummy.
Degil! ‘
Kedua-dua kembar itu
keluar dari kereta
selepas berpamitan. Sebaik
sahaja adik kembarnya
selamat masuk ke
rumah, Firdaus terus
memecut laju Nissan
GTRnya.
----------------------------------------------
Dheiya merenung jam
di dinding yang
setia berdetik. Tersenguk-sengguk dia
menahan kantuk. Hampir
dia terlena seketika
namun cepat-cepat dibulatkan
matanya. Dia bimbang
jika dia tidak
mendengar jika Firdaus
pulang.
‘ Hisy! Mana
dia ni? Tak
balik-balik lagi ke?
Dah malam ni! ‘
keluh Dheiya. Dia
risau sebenarnya apabila
Firdaus masih belum
pulang lagi. Walaupun
lelaki itu telah
memberitahu dia pulang
lewat Dheiya tetap
risau bila jam
sudah hampir menunjuk
ke angka dua
belas.
Akhirnya tanpa ditahan-tahan
lagi, Dheiya terkulai
layu di sofa
empuk bewarna merah
garang itu. Dia
kalah berperang dengan
rasa kantuknya. Lena
gadis itu sehinggakan
tidak sedar kepulangan
Firdaus. Terkaku lelaki
itu di tepi
sofa melihat Dheiya
yang terlentok dibuai mimpi.
‘ Dia tunggu aku
balik ke? ‘
Lama Firdaus menatap
wajah jelita yang
terlena itu. Wajah
yang comel dan
polos tidur penuh
ketenangan. Langsung tidak
berkutik. Lama-lama dia
dibuai rasa yang
semakin aneh. Tidak
pernah dia rasakan
perasaan yang aneh
ini sebelum ini
walaupun bersama Karinna.
Dingin tetapi bahagia.
‘ Am I in
love with her? ‘
Firdaus tertanya sendiri.
Dia tersenyum sendiri.
Jika berduaan seperti
ini, galak hatinya
ingin menyentuh bibir
mungil yang merah
itu. Dia suka!
Pipi yang gebu
itu ingin diusap-usap
dan mengucupnya.
‘ Tuhan,
kuatkanlah hatiku ‘
‘ Kenapa kau nak
elak? Dheiya isteri
kau. Milik kau.
Hak kau luar
dan dalam. Halal
bagi kau untuk
menyentuhnya, ‘ bisik satu
suara dalam hatinya.
‘ Tapi aku dengan
Dheiya hanya.. ‘
‘ Pedulikan!
Berkahwin tidak semestinya
perlu bercinta. Dalam
Islam tiada hukum
yang melarang suami
menyentuh isterinya. Maruah
seorang wanita hanya
untuk suaminya sahaja! ‘
‘ Aku tengking dia malam
tu. Mesti Dheiya
kecik hati dengan
aku! ‘
‘ Selama mana rajuk
seorang isteri boleh
bertahan? Tengok, dia
tak pernah abaikan
tanggungjawab dia walaupun
dia hanya ‘ belian ‘
kau! Bukan kerana
terpaksa atau suruhan
kau dia buat
semua itu, tetapi
kerana dia sang
isteri yang wajib
taat pada suaminya
walau apa jua
keadaan sekalipun ‘.
Firdaus kelu sendirian.
Dia memandang wajah
Dheiya yang berada
dihadapannya. Wajah yang
selalu berada di
mindanya. Duhai hati,
diakah suri yang
berada di situ?
Firdaus
mengeluh. Melihatkan jam
sudah menunjukkan pukul
12.45 minit malam.
Matanya merenung Dheiya
yang enak dibuai
mimpi.
Perlahan
tangannya diseluk ke
belakang tubuh Dheiya
lalu perlahan-lahan tubuh
kecil itu dicempungnya
menuju ke bilik.
‘ Padanlah ringan, badan
lote macam ni, ‘
desis Firdaus. Matanya
tidak lepas memerhatikan
Dheiya yang langsung
tidak berkutik walaupun
dalam kendongannya.
Perlahan Firdaus meletakkan
tubuh kecil itu
di atas katil
lalu menyelimutkannya. Dheiya
tetap juga tidak
berkutik. Wajah yang
lena itu semakin
jelita dipandangan matanya.
Cantik! Walaupun tanpa
mekap.
‘ Tidur mati ke
apa? ‘ getus Firdaus.
‘ Eh mintak janganlah! ‘
Firdaus masih tidak
berganjak dari katil
Dheiya. Matanya galak
memerhatikan Dheiya. Jari
jemari itu dipandang.
Cincin yang disarungkan
sewaktu pernikahan mereka
masih tersemat di
jari manis itu.
Tidak pernah pulak
dia melihat Dheiya
menanggalkannya hanya dia
sahaja awal-awal lagi
melucutkannya.
Firdaus
tersenyum lagi. Gatal
jarinya mengelus lembut
juntaian rambut Dheiya,
dibelai lembut. Hatinya
spontan menyuruh Firdaus
mengucup lembut dahi
Dheiya. Lama kucupannya.
Matanya dipejam erat.
Hatinya bagaikan disirami
air yang dingin.
Tenang sungguh!
Firdaus
mengangkat kepalanya. Dheiya
masih lagi terlena.
Dia senyum simpul,
tangannya mengemaskan comforter.
Dia terus bangun
lalu keluar dari
bilik Dheiya menuju
ke tingkat atas
pula. Gembira hatinya.
Bahagia!
------------------------------------------
Hari minggu! Hari
yang sangat dinantikan
Dheiya. Sebab boleh
tengok muka Firdaus
lama-lama! Hahaha! Gatalnya
kau Dheiya! Biarlah
laki aku! Macam
tak berbekas aje
pasal malam tu!
Sikitlah terasa. Memang
nak mogok pun
hari ni, tak
nak buat peduli
dengan dia. Nak
tengok apa reaksi
‘ Tuan Harimau ‘ tu.
Setiap hujung minggu
Dheiya akan menyediakan
hidangan yang istimewa.
Tak kisahlah apa
pun janji special!
Pagi-pagi begini Dheiya
akan sibuk berada
di dapur menyediakan
makanan sebelum ‘Tuan
Harimau ‘ pulang dari
berjoging di kawasan
Bukit Persekutuan. Jikalau
tidak sempat berjoging
pun Firdaus tetap
akan menjalankan rutin
senamannya dengan berlari
di atas pro
treadmill ataupun mengangkat beban seberat-berat alam tu dengan multi-machine
yang terletak tingkat
atas berhadapan dengan
cermin tingkap yang
besar seakan-akan jendela
dan dinding. Rekaan
yang lebih moden!
Sebab tulah badan
Firdaus berotot dan
tegap! Rajin bersenam.
Kalau Dhieya jangan
haraplah dia nak
berjoging! Alah buat
kerja rumah pun
exercise apa, tetap
keluar peluh nanti!
Alasan! Sebenarnya pemalas!
Firdaus mengelap peluhnya
dengan tuala kecil.
Dia terus menuju
ke balkoni, memejamkan
mata sambil menghirup
udara yang nyaman
di awal pagi
ini. Dheiya mendekati
Firdaus sambil menghulurkan
air.
“ Awak nak sarapan dulu
ke nak mandi
dulu?” tanya Dheiya
sebaik sahaja Firdaus
menghulurkan gelas yang
kosong.
“ I nak
mandi dulu,” jawab
Firdaus. Dheiya mengangguk
lalu terus beredar
dari balkoni. Firdaus
memandang langkah kaki
Dheiya. Kenapa dengan
minah ni? Takkan
marah lagi?
Dheiya tersenyum kecil.
‘ Ingat kau sorang
aje yang boleh
tengking, merajuk? Aku
pun boleh lah!’
Masa berlalu pantas.
Dari siang membawa
ke malam. Dheiya
menuju ke balkoni.
Ditangannya terdapat segelas
fresh orange yang
di ‘order ‘ ‘ Tuan Harimau ‘.
Dia menghulur tanpa
berkata apa-apa dan
ingin segera berlalu.
Firdaus kelu. Kelainan
sungguh sikap Dheiya
ni. Kalau dulu
rajin mulut tu
exercise bercakap.
“ Dheiya! Kejap!”
panggil Firdaus. Dheiya
berpaling. Dahinya dikerut,
kening dijongket.
‘ Apa? ‘
“ Sinilah. Macam
mana nak cakap
kalau you kat
situ,” panggil Firdaus
lagi. Dheiya mengatur
langkah lambat-lambat. Saja
nak buat Firdaus
bengang! Hehehe…
“ Duduk!” arah
Firdaus tegas. Dheiya
kecut perut. Dia
melabuhkan punggungnya di
kerusi panjang.
‘ Dia dah marah!
Tulah! Mogok konon!
Sekali jerit terus
diam. Baru berangan
nak buat tak
endah kat dia ‘.
“ Kenapa?” tanya
Dheiya perlahan.
‘ Aik? Dah naik
sikit tone terus
kecut? ‘ Firdaus sengih
dalam hati.
“ Merajuk lagi
ke dengan I?”
tersentak Dheiya.
“ Merajuk? Si..
siapa yang merajuk?”
tanya Dheiya buat-buat
tak faham.
“ Faham ke sengaja
buat-buat tak faham?”
tekan Firdaus.
“ Ma..mana ada!
Me… memang saya tak
faham pun! Oh ya lupa
pulak nak bagitahu,
girlfriend awak yang
nama Karinna telefon
semalam. Saya tunggu
awak nak bagitahu
pasal hal ni
tapi awak balik
lambat sangat, sampai
saya tertidur,” nafi
Dheiya sekaligus mengubah
topik.
Firdaus
mengeluh. Sekarang ini
dia bagaikan langsung
tidak mengenali siapa
Karinna sebenarnya. Sikapnya
tidak berubah seperti
Emilina. Mendengarkan keluhan
Firdaus, mengundang pertanyaan
di benak Dheiya.
“ Dia nak
apa?”
“ Dia suruh
awak call dia
balik,” Dheiya menyampaikan
pesanan ‘girlfriend ‘ Firdaus.
Melihatkan Firdaus
hanya membisu, Dheiya
mengambil keputusan untuk
beredar dari situ.
“ Dheiya, tunggu!
Duduklah sini. Temankan
I,” permintaan Firdaus
yang lembut membuat
Dheiya terpaku saat
itu juga. Seakan-akan
merayu dan mengharap.
Dheiya menjadi lembut
hati. Tidak sampai
hati rasanya hendak
menghampakan permintaan lelaki
itu. Mungkin lelaki
itu kesunyian dan
inginkan teman berbual,
mendengar, bercerita, ketawa.
Sama seperti keinginan
dia juga.
Dheiya
berpaling. Bibirnya mengukir
senyuman yang cukup
manis dan membuatkan
jantung Firdaus berderau
dan berdegup laju.
2 comments:
akhirnye, muncul juga dhieya ni. bunga2 cinta tgh bkembang la tu
best la...nak lagi:)
Post a Comment