“ I’m sorry
coz marah you
dulu. I tak
tahu kenapa I
tak boleh nak
kawal marah ni.
I’m sorry again,”
ucap Firdaus lama
sebelum melabuhkan duduknya
bersebelahan dengan Dheiya.
Rapat. Terasa sesak
nafas Dheiya dibuatnya.
‘ Hati,
janganlah kau buat
pasal. Kuat betul
penangan aura ‘ Tuan
Harimau ‘ ni! ‘
“ Kenapa awak
nak mintak maaf?
Saya yang sepatutnya
cakap macam tu.
Saya lupa siapa
saya sebenarnya, lupa
syarat awak dulu,
saya tak boleh
ambil tahu hal
peribadi awak,” balas
Dheiya perlahan membuatkan
Firdaus terkelu tanpa
kata.
Malam moon gazing.
Sesuai sangatlah nak
cakap style romatik-romantik ni!
Bulan pun faham-faham
aje.
Firdaus mengetap bibirnya
perlahan. Tulah padahnya
kalau cakap tak
pernah nak fikir
perasaan orang, main
redah aje! Kan
setepek kat muka
sendiri!
“ Dheiya, janganlah
buat I lagi
rasa bersalah. I
tahu mulut I
ni memang jahat,
sesuka hati aje
cakap, langsung tak
fikir apa yang
you rasa. But
believe me, I
memang tak bermaksud
nak tengking you
malam tu. Fikiran
I berserabut sikit
lately ni. Entahlah
bila agaknya semua
masalah ni nak
selesai,” luah Firdaus
seraya mengeluh. Secara
tak langsung mengambarkan
kesulitan yang dialaminya
kini.
Dheiya sudah mengagak.
Pasti ada sesuatu
yang terjadi.
“ Saya tak
kenal sesiapa kat
sini. Saya takde
mana-mana kawan kat
sini kecuali awak.
Kalau awak rasa
awak perlukan seseorang
untuk bercerita, saya
ada. Walaupun saya
tak boleh membantu
awak tapi sekurang-kurangnya rasa
ringan sikit kepala
awak tu. Atau
kalau awak tak
nak cerita pada
saya pun, awak
janganlah pencilkan diri
macam dulu, langsung
tak nak cakap
dengan saya,” Dheiya
memandang wajah Firdaus
tepat tapi hanya
seketika dia memalingkan
wajah.
“ It’s okay.
Kalau I cerita
nanti buat you
rasa kecik hati
pulak. Mesti you
ingat I ni
lelaki yang tak
baik….,”
“ Siapa cakap?
Saya tak cakap
pun awak tak
baik. Awak baik.
Awak tolong saya
daripada tempat neraka
tu. Berikan saya
tempat berteduh, makan ,
pakai. Selama saya
hidup 20 tahun
ni, belum pernah
ada orang tolong
saya macam awak walaupun
kita tidak pernah
kenal. Tak dapat
saya balas budi
awak. Tak tahulah
macam mana agaknya
hidup saya nanti
kalau kita dah
berpisah, manalah agaknya
saya nak pergi,”
luah Dheiya.
Dheiya mulai sebak.
Pantas dia cepat
mengalihkan pandangannya ke
arah lain, tidak
mahu Firdaus melihat
air matanya yang
mulai menitis. Kalau
boleh dia tidak
mahu meraih simpati
orang. Tapi apakandaya….
Serasa hatinya bagaikan
dicekik kuat. Mendengarkan
luahan Dheiya itu
membuatkan dia semakin
tidak tentu arah.
Hatinya tidak enak.
Sebetulnya itulah yang
bakal terjadi. Kata-kata
Dheiya membawa maksud
dia bagaikan ‘ hero ‘
pada gadis itu. Pelindung. Guardian.
Spontan Firdaus memegang
erat tangan Dheiya
lalu digenggamnya. Dheiya
terpana. Dia mengalihkan
pandangannya memandang Firdaus.
Jari-jemari Firdaus terus
menyeka air mata
Dheiya. Terpaku Dheiya
disitu.
“ Please, don’t
cry,” pujuk Firdaus,
berbisik.
Dheiya terpaku.
Firdaus menarik lembut
Dheiya ke dalam
dakapannya. Perlahan tangan
kasarnya mengusap lembut
belakang Dheiya. Dheiya
menyembamkan wajahnya ke
dada bidang Firdaus.
Tangisannya tak dapat
ditahan-tahan lagi. Firdaus
memeluk erat lagi
tubuh Dheiya, sekaligus
mengucup lembut rambut
Dheiya, lama. Serasa
melekap tubuh Dheiya
pada badannya.
Jantung masing-masing
berdebar kuat. Rasa
aneh itu semakin
kuat menghinggap di
hati Firdaus. Dheiya memejam
matanya rapat. Tangisannya
mula berhenti. Rasa
sedih dan pilu
kini berganti pula
dengan rasa bahagia
yang membuak-buak.
Perlahan Dheiya
menolak perlahan tubuh
Firdaus. Tidak mahu
dikatakan mengambil kesempatan
pula kerana lelaki
dihadapannya kini sudah
berpunya. Merah wajahnya.
Menahan malu.
Kalau tak
malu pun, muka
dia merah sebab
baru habis menangis.
“
Maaf. Habis basah
baju awak,” malu-malu
Dheiya seraya mengesat
air matanya.
Firdaus tersengih.
Suka dia melihat
wajah malu-malu tu.
Comel sangat!
“
It’s okay. At
least dapat jugak
I tengok muka
malu-malu you tu.
Comel!” pengakuan Firdaus
semakin membuatkan Dheiya
tidak keruan.
Firdaus ketawa
kuat. Dheiya tertunduk.
Malu tak habis
lagi ni! Spontan
tangan Dheiya mencubit
Firdaus. Mengaduh kesakitan
lelaki itu.
“
Aduh! Tak sangka
kucing comel I
yang malu-malu ni
pandai jugak mencubit
ya,” usik Firdaus.
Ketawanya bersambung lagi.
Dheiya menarik muncung.
“
You tariklah muncung
tu lagi. Jangan
salahkan I kalau
I cium you
nanti!” gurauan spontan
Firdaus itu menyentakkan
Dheiya. Pantas tangannya
menekup bibirnya.
Firdau meraup
wajahnya. Terkejut. Dia
mengetap bibirnya kuat.
‘ Aduh! Asal aku
terlepas cakap! ‘ namun
masih terlukis sengihan
di wajahnya.
“
Sorry,” kata Firdaus.
“
Takpe. Tapi jangan
cakap macm tu
lagi. Nanti tak
pasal-pasal girlfriend awak
pelangkung saya nanti
kalau dia dengar,”
balas Dheiya.
Firdaus terdiam.
Keluhannya kedengaran. Matanya
ditala ke langit.
Memandang bulan ciptaan
Ilahi yang indah.
“
Karinna tu.. bukan girlfriend
I. Kalau dulu
memang kami couple
tapi sekarang ni
tak,” terang Firdaus
sambil kepalanya digelengkan.
Dheiya terkesima.
Dia terkejut tapi
dalam masa yang
sama dia gembira.
Teruja sebenarnya.
“
Tapi.. hari dia cakap awak
dengan dia….,”
“
Karinna nak kami
couple balik tapi
I yang tak
nak. Lepas dia
tinggalkan I lapan
tahun dulu, hati
I dah tawar.
Walaupun dia dah
explain sebab dia
tinggalkan I macam
tu aje hati
I kosong. Bukan
I tak boleh
terima dia cuma
hati I bukan
lagi untuk dia,
maybe untuk orang
lain. I dah
cakap yang I tak nak
balik dengan dia
tapi dia degil.
Tu yang I
tengah serabut sekarang
ni,” jelas Firdaus
lagi.
Dheiya senyum
dalam hati. Maknanya
dah trang tang-tang
yang Karinna bukan
girlfriend Firdaus. Suka
Dheiya. Namun diingatkan
dirinya jangan terlalu
suka. Kan Firdaus
cakap mungkin hati
dia untuk orang
lain. Harap-harap dia
rasa apa yang
aku rasa, doa
Dheiya.
“
Patutlah saya selalu
tengok awak termenung
aje. Selalunya kat
sinilah.”
“
Port you? Sorrylah,
I curi daripada
you!” seloroh Firdaus.
“
Rumah nikan awak
punya. Hak awak,”
sindiran halus Dheiya
menyentap Firdaus.
“
Dheiya, janganlah cakap
macam tu. I’m
sorry okay?”
Dheiya tersenyum
manis. Jari-jemarinya disulam
antara satu sama
lain.
“
Kenapa awak tak
nak dia balik?”
soal Dheiya tiba-tiba.
Firdaus tersentak.
“ Sorry?”
“
Maksud saya, kenapa
awak tak nak
Karinna balik? Dia
mesti cantik, kan?”
“
Memang cantik, lebih
cantik dari dulu
tapi dia dah
tak macam dulu
lagi. Dah banyak
berubah.”
“
Manusia sentiasa berubah.
Mungkin Karinna berubah
untuk sesuatu yang
lebih baik. Tak
salahkan?”
“
Betul. Memang tak
salah tapi yang
I tak boleh
terima. I lebih
sayangkan Karinna yang
dulu. Dia balik
sini pun seolah-olah
nak jalankan misi
dia. Entahlah I pun tak
tahu,” Firdaus menggaru
dahinya.
Jiwa Dheiya
sedikit kacau mendengar
perkataan ‘ sayang ‘ itu.
Segera dia berfikiran
positif. Itu dululah!
“
Misi apa?” tanya
Dheiya. Tiba-tiba menjadi
penyibuk. Nak korek
ceritalah tu!
“
Just forget about
it Dheiya. Maybe
I yang salah
sangka kot. Dia
tak cakap pun
macam tu. Tak
payahlah cakap pasal
dia, buat pening
kepala I aje,”
dingin suara Firdaus.
Seraya matanya ditala
lagi ke langit.
‘ Betul jugak.
Nanti kalau tanya
lebih-lebih hati aku
yang sakit jugak! ‘
Dheiya turut
sama menghalakan pandangannya
ke arah langit.
Memandang bulan dan
bintang yang gemerlapan.
Suasana yang dingin
dan nyaman menimbulkan
rasa tenang antara
Firdaus dan Dheiya.
Tidak lagi setegang
dahulu. Mereka duduk
rapat bersebelahan sehingga
dapat mendengar setiap
helaan nafas masing-masing.
Andaikan mereka
berkongsi rasa yang
sama, pasti malam
ini terasa lebih bermakna, lebih
bahagia. Berbual-bual mesra,
berbisik manja, bertentang
mata dengan pandangan
yang menggoda mampu
menggetarkan naluri mana-mana
jiwa.
1 comment:
uikss zara, biler dorg nk start bcinta ni.. dah la nanti bnyk dugaan. zara jgn buat konflik berat2 sngt taw
Post a Comment