Firdaus menolak troli
mengikuti jejak langkah
Dheiya yang leka
membelek dan memilih
barang-barang yang hendak
dibeli. Dia memberi
kebebasan sepenuhnya kepada
Dheiya untuk memilih
walaupun pada mulanya
Dheiya sedikit teragak-agak.
Yalah, takut kalau
beli lebih nanti
free aje kena
balik!
Puas jugaklah dia ‘
bertekak ‘ dengan Dheiya.
Firdaus tahu Dheiya
masih tak-takut dengan
dia walaupun rasa
takut itu sudah
berkurangan.
Firdaus memandang barang-barang
yang terdapat dalam
troli. Sikitnya! Cukup
ke? Kalau beli
dengan si Zaff,
kalau tak penuh
satu troli tak
sah!
“ Dah? Ini
aje ke?” tanya
Firdaus kurang percaya.
Dheiya menganggukkan kepalanya.
“ Cukuplah. Buat
apa nak banyak-banyak. Saya
beli ikut keperluan
sampai sebulan ni
aje,” ujar Dheiya.
“ Tapi kenapa
sikit sangat? Nanti
tak cukup nak
kena beli lagi “.
“ Saya tak
biasa sangat beli
barang banyak-banyak. Dulu
kat kampung saya
beli kat kedai
runcit aje,” ujar
Dheiya lagi.
“ My dear!
Tu kat kampung,
sekarang ni kita
kat tempat lain.
I rasa banyak
lagi nak kena
beli ni!”
“ Saya tengok
cukup aje. Lagipun
tak elok membazir
awak,” bantah Dheiya
secara halus.
Firdaus tidak mengendahkan
kata-kata Dheiya terus
menolak troli tersebut
ke dapan sambil
tangannya yang sebelah
lagi menarik tangan
Dheiya. Dheiya kaget.
“ Jom!”
“ Tapi..”
Firdaus
meletakkan jari telunjuknya
di bibir Dheiya,
tanda tidak mahu
mendengar apa-apa lagi.
Dheiya terdiam. Dia
hanya mengikut langkah
lelaki itu yang
mencapai apa sahaja
yang ada di
depan matanya lalu
diletakkan ke dalam
troli. Dheiya hanya
memandang, tidak mampu
menghalang.
French fries, sosej,
coklat, beberapa bungkusan makanan ringan dan
segala macam ‘ mak
nenek ‘ di cekupnya
Firdaus. Dheiya sedikit
mengeluh. Yang nak
mengemasnya aku jugak
nanti! Namun dalam
diam Dheiya menguntum
senyuman. Inilah kali
pertama mereka keluar
berdua bersama. Rasa
macam dating pulak!
Walaupun Firdaus hanya
memakai pakaian pejabat
pagi tadi namun
lelaki itu tetap
tampak kacak. Neck
tie sudah lama
di simpan malah
lengan bajunya juga
dilipat hingga ke
pangkal lengan. Nampak
sempoi tetapi tetap
macho! Patutlah Dheiya
perasan ada beberapa
orang disekitar mereka
asyik memandang-memandang sahaja
ke arah mereka!
Kalau tengok muka
Firdaus ni tak
puas toleh sekali,
kena toleh jugak
berkali-kali!
Mereka kini tiba
di bahagian yang
menempatkan barangan peribadi.
Firdaus mencapai beberapa
barang seperti deodorant,
losyen dan sewaktu
dengannya lalu disuakan
kepada Dheiya. Gadis
itu mengerutkan dahi.
“ Buat apa?
Saya punya ada
lagi,” tolak Dheiya.
Firdaus tidak mengendahkan
dia terus meletakkan
barang-barang tersebut ke
dalam troli. Hampir
penuh troli itu.
Yang penuh tu bukan
apa, banyak barang
yang tak perlu
daripada perlu. Dheiya
menggelengkan kepalanya.
“ Yang ni
I rasa you
yang patut pilih
sendiri. I tak
pasti you prefer
yang mana,” kata
Firdaus sambil tersengih
nakal sambil jarinya
dihala ke arah rak yang
dipenuhi dengan bungkusan
pad yang terdiri
daripada pelbagai jenama.
Dheiya
menjeling! Tahan ajelah!
Sikit lagi merah
muka aku ni
tahan malu!
Firdaus ketawa kecil.
Yang paling dia
suka jelingan Dheiya.
Terasa jelingan yang
sungguh menggoda!
Dheiya terus mencapai
tanpa membelek terlebih
dahulu. Dia hanya
mampu menahan rasa
malu yang membahang
di wajahnya melihatkan
senyuman nakal Firdaus.
“ Aikk? Ambik
macam tu aje?
Tak belek dulu
ke yang mana
sesuai?” usik Firdaus.
“ Takpe. Okay
aje”.
“ Tapi kan
I rasa yang
ni lebih elok
kot. Sebab I selalu
nampak iklan kat
TV promote yang
ini, nampak macam
okey aje,” Usikan
Firdaus membuatkan Dheiya
menjadi tidak keruan.
Serasa mahu dia
menyorok aja dimana-mana
asalkan tak tengok
senyum gatal Firdaus
tu!
‘ Makin aku diam
makin melayan pulak
gatal dia! Nasib
baik laki aku,
kalau jantan lain
memang kena penampar
dengan aku! ‘
“ Mana awak
tau? Awak pernah
pakai ke?” soal
Dheiya berani. Firdaus
menjongketkan keningnya. ‘ Amboi!
Dah makin berani!
Takpe aku suka
dia malu-malu macam
tu! ‘
“ Eh! Memanglah
tak pernah! Tapi
kalau you pakai
you bagitau I
okey ke tak,
I tau lah!”
sakat Firdaus! Suka
betul dia menyakat!
Dheiya mengetap bibir
menahan geram, pantas
sahaja jarinya mencubit
lengan Firdaus. Lelaki
itu menyeringai kesakitan.
“ Aduh! Sakitlah
sayang!”
“ Padan muka!
Cakaplah lagi macam
tu!” Dheiya berpura-pura
marah padahal dalam
hati dah berdetup-detup dah
jantung ni! Sayang?
Malu tapi suka!
“ Sorry! sorry!
Tapikan betul apa
yang I cakap
tu sebab…” belum
sempat Dheiya terus
mencelah. Sudah tidak
tahan dia menahan
malu.
“ Dah! Dah!
Jomlah!” Dheiya terus
menarik lengan Firdaus
berlalu dari situ.
Makin lama-lama kat
situ makin miang
pulak gatal dia!
Firdaus ketawa! Sekarang
ni hobi terbaru
dia adalah menyakat
Dheiya!
-----------------------
“ Membazirlah awak
ni! Beli barang
sampai banyak ni dah
dekat
empat ratus lebih!
Kalau sayalah banyak
benda boleh buat
dengan empat ratus
tu!” bebelan Dheiya
hanya mampu dibalas
sengihan Firdaus.
Tadi sewaktu dia
hendak membayar di
kaunter, hampir terkejut
gadis itu apabila
barang-barang mereka mencecah
empat ratus lebih.
Itupun Dheiya dan
dia bertekak sekali
lagi apabila Dheiya
hendak meletakkan kembali
barang-barang yang tak
diperlukan.
Firdaus
membantah sekeras-kerasnya. Malulah
dia! Cashier kat situ
pun senyum aje kenal
siapa dia sebaik
sahaja Firdaus ternampak
majalah yang terpampang
gambarnya sebagai frontpage!
Apalah bini aku
ni!
Alah! Setakat empat
ratus tu celah
kuku Firdaus aje!
Akibatnya
terpaksalah dia menadah
telinga mendengar bebelan
Dheiya ni. Memang
terbalik! Kalau dulu
dia sahaja yang
pandai membebel pada
Dheiya.
“ Alah! Sekali-sekala
aje. Apa salahnya?”
kata Firdaus tanpa
rasa bersalah. Lelaki
itu terus meloloskan
dirinya ke dalam
kereta diikuti oleh
Dheiya. Masih tidak
berpuas hati gadis
itu.
“ Sekali-sekala? Awak
tau tak…” Dah
start dah bebel!
Firdaus memejam matanya
seketika lalu kedua-dua
belah tangannya memegang
kedua-dua belah bahu
Dheiya, dan wajahnya
didekatkan. Dheiya terdiam.
Dia menjadi kaget
apabila hidungnya bersentuhan
dengan hujung hidung
Firdaus yang mancung.
“ Pandai pun
senyap. Lain kali kalau
you bising lagi
I kiss aje!”
ugutan Firdaus membisukan
Dheiya.
Mulut yang tadi
riuh membebel kini
bagaikan dizip! Dah
dua kali dah
dia cakap nak
kiss aku. Alahai
malunya!
Firdaus senyum suka!
Senang aje Dheiya
ni nak bagi
diam!
Brake ditarik lalu
gear ditolak, Nissan
Skyline GTR itu
terus bergerak keluar
dari perkarangan Tesco.
Suasana sunyi menyelubungi
mereka namun sebaik
sahaja Dheiya menyedari
laluan yang dilalui
Firdaus kini bukan
laluan menuju ke
kawasan penthouse mereka
di Bangsar.
“ Kita nak
pergi mana ni?”
soal Dheiya. Dia
memandang Firdaus. Lelaki
itu hanya tersenyum
sumbing.
“ You ikut
aje. Nanti you
taulah”.
“ Tapi awak tak kisah
ke kalau-kalau ada
sesiapa yang kenal
awak nampak awak
keluar dengan saya?
Awak sendiri jugak
yang tak nak
sesiapa tahu hubungan
kita,” ujar Dheiya
perlahan. Dia masih
memandang wajah Firdaus
yang mula berubah
riak.
Firdaus
mengeluh. Entah mengapa
dia malas hendak
memikirkan semua itu.
Biarlah sesiapa pun
yang terserempak dia
bersama Dheiya asalkan
dia tidak perlu
menyembunyikan Dheiya lagi
dari pandangan masyarakat.
Walaupun mereka akan
menganggap Dheiya adalah
teman wanitanya, dia
akan membiarkan kerana
jika sudah sampai
masanya nanti dia
akan berterus-terang juga.
Walaupun dia bukan
artis, tetapi kerana
dia adalah bakal
pewaris empayar syarikat
gergasi Merida Holdings
yang kini mendapat
tempat di dunia.
Sewaktu dia belajar
di overseas dahulu,
dia tetap menjadi
bahan cerita paparazzi
disana. Di Malaysia
tidak terkecuali.
Pertemuannya
dengan Karinna dan
Emilina juga menjadi
tajuk majalah Sensasi
yang sering memaparkan
berita mengenai hubungannya
dengan mana-mana wanita.
Dia sudah lali
dicop ‘ Buaya KL ‘ ,
playboy Malaysia namun
itu semua tidak
mematahkan semangatnya untuk
menerajui Merida Holdings.
Bagi Firdaus, itu
merupakan satu bonus
yang menyebabkan pelabur-pelabur luar
mengenalinya. Biarpun dia
sentiasa menjadi perhatian
paparazzi yang mahukan
cerita skandalnya, dia
tetap dikenali sebagai
usahawan muda yang
berjaya dan bakal
jutawan muda di
Malaysia dan Asia
dek kerana banyak
kejayaannya yang membawa
nama syarikat Merida
Holdings sebagai anak
jati Melayu ke
pentas dunia.
“ Awak! Awak!”
panggil Dheiya.
Firdaus
tersentak. Jauh benar
dia hanyut. Dia
memandang sekilas pada
Dheiya.
“ Biarlah diorang
tau! I dah
lali dengan semua
ni,” perlahan Firdaus
menjawab. Hatinya seolah-olah nekad dengan jawapannya.
“ Nanti awak
jugak yang susah.
Macam mana kalau
family awak dapat
tau?” Dheiya masih
tidak berpuas hati.
Bukan apa dia
tidak mahu melihat
Firdaus susah hati
kerana memikirkan cara
untuk menyembunyikan hubungan
mereka.
“ Its’ okay
Dheiya. Tak lama
lagi I tetap
jugak kena bagitau
my family pasal
kita.”
“ Kita?” soal
Dheiya perlahan. Seakan
tidak percaya.
“ Yelah kita.
Kenapa?”
“ Tapi awak
pernah cakap yang
kita akan berpisah
nanti jugak. Macam
mana kalau family
awak tau hubungan
kita tapi kita
akan berpisah. Awak
tak rasa ke
nanti akan jadi
lebih rumit?” hati-hati
Dheiya meluahkan pendapatnya.
“ Dheiya, boleh
tak you jangan
terlalu fikirkan semua
tu? Kita sendiri
tak tau apa
akan jadi esok,
lusa, tulat. Apa
yang berlaku hari
ni you kena
gembira, nikmati hari
ni. Belum tentu
esok kita akan
hidup kan? Pasal
semua tu, nanti-nanti
kita bincang okay?
Sekarang ni I
nak bawak you
keluar jalan-jalan, tengok
dunia. I tahu
you bosan terperap
kat rumah tu,
dah tiga bulan
lebih you tak
tengok dunia luar.”
Dheiya tersentuh mendengar
kata-kata Firdaus itu.
Prihatin akan dirinya.
Dihatinya kini makin
menggebu perasaan sayangnya
pada Firdaus, malah
lebih dari itu.
Harapannya biarlah dia
terus kekal bersama
Firdaus hingga akhir
hayat. Tidak hanya
sekadar harapan malah
ia juga doa
darinya.
Namun Dheiya sedar
untuk bersama lelaki
itu dia harus
kuat dan tabah
menghadapi dugaan dan
rintangan yang bakal
dia tempuhi nanti.
Sudah pasti hubungan
dia dan Firdaus
mendapat tentangan dari
keluarga lelaki itu
walaupun Tan Sri
Syed Fahim terang-terangan merestui
hubungan mereka. Bagaimana
pula dengan ibu
lelaki ini?
“ Terima kasih,
awak,” ucap Dheiya
perlahan, persis membisik.
Matanya mula kabur
apabila airmatanya mula
bergenang di tubir
mata. Dia tetap
tersenyum walau menahan
sebak.
Firdaus
tersentuh mendengar ucapan
lirih itu. Dirasakan
itu adalah ucapan
yang paling ikhlas
yang pernah dia
dengar sebelum ini
walaupun hanya ‘ terima
kasih ‘. Dia membalas
senyuman gadis itu.
“ Hey! Don’t
cry,” pujuk Firdaus
lembut seraya jari-jemarinya mengesat
lembut titis mutiara
yang menuruni pipi
gebu itu dengan
sebelah tangannya.
Sayang dan cintanya
terukir khas hanya
untuk pemilik nama
Syed Firdaus Hakimi!
Ya Allah! Biarpun
cintaku pada dia
terlalu dalam, namun
cintaku pada-Mu tetap
agung! Kau restuilah
perkahwinan kami!
4 comments:
mabeles
thnks you!!! :D
best la..sambung lagi
best la..sambung lagi
Post a Comment