Dheiya
menggaru-garu pipinya yang
sememangnya tidak gatal.
Wajahnya resah. Sesekali
dahinya berkerut-kerut. Jari-jemarinya diramas
berkali-kali. Sesekali bibirnya
diketap erat.
‘ Alamak.. macam mana
ni? Kenapalah aku
cuai sangat? Kan
dia dah pesan
bagitahu sebelum barang-barang
tu habis! Apa
aku nak buat
sekarang ni? Kalau
aku cakap mesti
dia marah tapi
kalau tak cakap
lagilah dia mengamuk.
Aduh! ‘
Dheiya meramas lembut
rambutnya. Wajahnya diraup
berkali-kali. ‘ Tak
boleh! Mesti kena
cakap jugak! Lantaklah
dia nak bising
pun, tadah ajelah! ‘
Pantas
Blackberrynya di capai
lalu satu-satunya nombor
milik lelaki itu
ditekan. Dadanya berdebar-debar menahan debaran
dan bersiap sedia
untuk dimarahi. Sekali…
dua kali… dan…
“ Hello! “ kedengaran
suara tegas dihujung
talian.
Dheiya mengetap bibir.
Serius memang takut!
“ Emm… hello.
Assalamualaikum. Awak,” balas
Dheiya perlahan, tergagap-gagap.
“
Waalaikumussalam, ada apa
Dheiya?” Firdaus mengendurkan
suaranya.
Sememangnya dia memang
berada di dalam
mood tidak baik
tapi sebaik sahaja
mendengar suara Dheiya
yang tergagap menjawab
sapaanya tadi, membuatkan
dia rasa serba-salah.
Dheiya menarik nafas
sedikit lega. Eloklah
kot!
“ Emm.. macam
mana nak cakap
ya? Saya… saya
minta maaf sebab..
tak bagitau awak
awal-awal sebab saya
memang betul-betul tak
sedar yang semua…..,”
Firdaus dahinya apabila
Dheiya seakan kelam-kabut.
“ Wait! Wait!
Dhieya! Actually apa
sebenarnya yang you
nak bagitau I
ni? Apa yang
you tak sedarnya?”
tanya Firdaus sekaligus
membuatkan Dheiya terdiam.
“ Awak saya
minta maaf. Saya
tak bagitau awak
yang barang-barang dapur
dah habis. Saya… saya…
saya tak sengaja…
saya…,” seakan takut-takut
suara Dheiya. Kalau
dengar betul-betul macam
dah nak nangis
dah!
Firdaus ketawa kecil!
Itu aje yang
dia nak bagitau
aku? Cakap macam
nak menangis aje!
Cuak sangat!
Dheiya pelik mendengar
ketawa kecil Firdaus?
Dia boleh gelak?
Aku dah separuh
nyawa takut sampai
dah nak terkucil
kat sini sebab
takut dia marah!
“ Itu aje
ke yang you
nak bagitau I
ni?” tanya Firdaus
lagi.
Dheiya
mengangguk walaupun perbuatannya
tidak dilihat oleh
Firdaus.
“ Ya,”
Firdaus
tersenyum lagi. Macam-macamlah Dheiya
ni!
“ Hurm… Kalau macam
tu you siap-siaplah,
nanti kalau I
dah sampai bawah
I call you,”
tutur Firdaus.
Dheiya
tersentak? Siap-siap?
“ Kita nak
ke mana?” tanya
Dheiya lurus.
“ Ya Allah!
My dear sweetheart!
You sendiri yang
cakap barang dah
habis kan? Kita
nak pergi belilah
ni. Cepat sikit
siap! Dalam masa
kurang sejam lagi
I sampailah,” kata-kata
Firdaus membuatkan Dheiya
tergamam.
‘ My dear
sweetheart? Aku tak
salah dengar ke?
Aku tak pekak
kan? Rasa sweet pulak dengar! ‘
“ Dheiya! Dengar
tak ni? Isy
berangan ajelah dia
ni! Excited ke
apa?” panggil Firdaus.
Dheiya tersenyum sendiri.
Fuhh!! Nasib baik
dia tak marah!
Ni yang sayang
lebih ni!
“ Maaf! Maaf!
Okay saya siap
sekarang!”
Firdaus
memandang I-phonenya dengan
senyuman yang masih
terukir di bibir.
Apa kenalah dengan
aku ni? Haish!
Apesal lah aku
rasa tak sabar
pulak ni? Dheiya!
Dheiya!
Segera Firdaus bangkit
dari duduknya lalu
mencapai briefcase dan
kotnya. Jam ditangan
ditatap seketika. Awal
lagi ni. Jalan
takkan sesak punya!
Pantas Firdaus keluar
lalu wajahnya setiausahanya
dipandang.
“ Akma, hari
saya balik awal.
Batalkan semua appointment
saya petang ni,”
arah Firdaus.
“ Okay Tuan
Firdaus. Plus, petang
ni memang Tuan
takde apa-apa appointment
pun,” ujar Akma
sopan.
Firdaus
mengangguk perlahan sebelum
berpamitan. Langkahnya di
atur kemas menuju
ke lif. Terserampak
dengan Zaff di
hadapan lif VVIP
yang hanya digunakan
untuk orang tertentu
sahaja.
“ Wei bro!
Kau nak ke
mana ni? Nak
balik awal lagi
kot!” Zaff menujukkan
jam tangan miliknya.
“ Biarlah aku
nak balik awal
pun! Kau kesah
pesal?”
“ Wohoo!! Takkan
marah kot aku
tanye je. Taulah
kau Mr. Big
Boss kat sini,”
perli Zaff.
“ That’s right!
Aku ada hal
ni! Okaylah aku
chow dulu!” Firdaus
terus melangkah masuk
ke dalam lif
yang terbuka. Zaff
terpinga-pinga!
Kalau boleh memang
dia hendak melarikan
diri dari Zaff.
Semput dia kalau
nak menjawab soalan-soalan
daripada Zaff. Bukan
tak tahu kawan
baiknya itu memang
kaki busybody! Korek
cerita je kerja
dia! Macam manalah
adik aku boleh
ter’syok’ kat mamat
ni!
-----------
Sekejap-sekejap
dia berpusing ke
belakang. Sekejap-sekejap berpusing
ke kiri dan
ke kanan. Belum
puas membelek dan
meniliti pakaian yang
tersarung di tubuhnya.
Blouse ringkas berwarna
pink peach itu
begitu sesuai dengan
kulitnya yang putih
gebu. Jeans berwarna
biru tua dikenakan.
Terserlah bentuk tubuhnya
yang langsing.
Dheiya tersenyum puas.
Sudah berkali-kali dia
memilih pakaian yang
sesuai. Over gila
kau Dheiya! Nak
pergi market aje
kot! Bergaya sakan!
Tak semestinya nak
pergi market mesti
pakai kain batik!
Sekali-sekala pakai cantik-cantik
apa salahnya? Daripada
baju tu terperuk
aje dalam almari
tak berpakai, baik
aku pakai sekarang.
Lagipun bukannya aku
selalu keluar. Duduk
aje terperap dalam
ni! Sesekali keluar
ni macam jakun
la sikit, excited!
Membebel pulak Si
Dheiya ni! Telefonnya
melalak di atas
meja solek kecil.
Dia sudah tahu
siapa pemanggilnya. Lantas
panggilan tersebut diangkat.
Tidak lama kemudian,
Dheiya pantas keluar
dari bilik menuju
ke pintu utama.
Setelah memastikan semuanya
tertutup, Dheiya terus
keluar lalu mengunci
pintu. Firdaus dah
pesan! Kalau dia
tak pesan pun
Dheiya akan melakukan
perkara yang sama.
Sebaik sahaja lif
sampai d tingkat
bawah, Dheiya melangkah
pantas menuju ke
ruang lobi. Sebaik
sahaja melepasi pintu
automatic, sudah kelihatan
Nissan Skyline GTR
milik Firdaus yang
terpakir betul-betul di
hadapan pintu masuk.
Firdaus terus meletakkan
briefcase dan kot
ke tempat duduk
belakang untuk memberikan
ruang duduk kepada
Dheiya. Firdaus terpegun
seketika sebaik sahaja
Dheiya melabuhkan punggungnya
di tempat duduk
sebelah pemandu. Bibir
comel itu tersenyum
memandangnya sambil memberi
salam.
Jantung Firdaus berdegup-degup kencang.
Antara dengar tak
dengar dia membalas
salam Dheiya.
“ Maaf, saya
lambat ke? Awak
dah lama tunggu?”
tanya Dheiya lembut.
Matanya ditala ke
wajah tampan Firdaus.
Firdaus mengerling sekilas
lalu tangannya menolak
gear sepantas itu
kereta sportnya mula
bergerak keluar dari
kawasan penthouse.
“ Taklah. Baru
aje sampai,”
“ Baru sampai?
Tak sampai sejam
pun, mesti awak
drive laju kan?”
tebak Dheiya. Bibirnya
masih tidak lekang
dengan senyuman.
Firdaus ketawa kecil.
“ I tak
suka bawak slow-slow.
Lagipun jalan lenggang,
I takut I
yang lambat nanti”.
“ Awak ni,
bahayalah bawak laju-laju.
Nanti kalau jadi
apa-apa kan susah,”
nasihat Dheiya.
“ Siapa susah?
You ke?” soal
Firdaus balik. Dia
pun sudah berjangkit
dengan Dheiya, asyik
senyum aje.
Lapang hatinya. Jikalau
tadi dia memang
dalam mood yang
tak baik. Sakit
hati dengan sikap
Emilina yang tak
henti-henti menganggunya walaupun
sudah beberapa kali
dia mengelak. Apatah
lagi Emilina masih
tidak dapat menerima
keputusannya yang menolak
cadangan mummynya untuk melangsungkan perkahwinan
antara mereka.
Karinna pula tidak
henti-henti mengajaknya keluar
walaupun seribu alasan
dia berikan. Kenapalah
semua perempuan ni tak faham
bahasa?
“ Saya? Susahlah
kot,” jawab Dheiya
berseloroh.
“ Susah yang
macam mana tu
ekk?” melayan pulak
Si Firdaus ni.
Ada perkembangan baik.
Hubungan komunikasi antara
mereka sekarang lebih
santai. Dah boleh
bergurau-gurau. Kalau dulu
Dheiya nak pandang
muka Firdaus pun
takut. Firdaus pun sekarang
dah mellow sikit
cuma bila sampai
bab Emilina atau
Karinna memang datang
balik taufan dia.
“ Arr..err… kita
nak pergi beli
barang kat mana
ni? Macam jauh
aje awak drive?”
pantas Dheiya menukar
soalan. Seram dia
hendak menjawab pertanyaan
lelaki itu. Risau
kalau-kalau dia dah
tak boleh nak
kawal perasaan nanti.
Firdaus
tersenyum simpul. Pandai
ngelat! Takpe! Rasa
suka pulak!
“ Kita pergi
Tesco, cari barang
kat sana. You
dah ada senarai
barang yang nak
beli ke?” soalan
Firdaus membuatkan Dheiya
pelik.
“ Err.. kan
selama ni awak
yang selalu beli
barang-barang tu. Kenapa…”
Firdaus menggaru-garu pipinya
yang tidak gatal.
‘ Nak cakap ke
tak? ‘
“ Err.. actually…
sebenarnya selama ni
I yang mintak
Zaff tolong belikan
barang-barang tu semua.
I mana tau
bab-bab ni. Zaff
tu pandailah pasal
ni semua,” Firdaus
berterus-terang.
Dheiya
tersenyum. Kepalanya digelengkan.
Patutlah ajak aku
pergi beli sekali.
Apa-apalah ‘ Tuan Harimau ‘
ooii!!
1 comment:
awww ksian dhia, asek trperap jer, ni kiranya date la....
Post a Comment