“ Awak nak
bawa saya ke
mana ni? Macam
jauh aje,” Dheiya
bertanya kepada Firdaus.
Lelaki itu hanya
tersenyum memandangnya. Kening
dijongketkan.
“ Come!” Firdaus
mengajak lalu mereka
keluar dari Nissan
Skyline GTR. Dheiya memandang
penug kagum melihat
bangunan yang tersergam
indah. Ada gambar
singa pun ya!
Tapi betul ke
tu singa? Pertama
kali Dheiya pernah
menjejakkan kaki ke
tempat seperti ini.
“ Dheiya, janganlah
jakun sangat. You
tak pernah tau
ke ni tempat
apa?” usik Firdaus.
Dia pulak dah naik
segan tengok ‘ kejakunan ‘
Dheiya.
“ Serius saya
memang tak tau
ni tempat apa.
Tapi tempat ni
cantik. Belum pernah
lagi saya datang
tempat macam ni,”
akui Dheiya.
“ Ni lah
Sunway Pyramid. I
saje aje bawak
datang sini. Since
hari ni bukan
weekend, kuranglah sikit
orang datang. Plus
I nak tunjuk
kat you something,” terang
Firdaus.
Bersinar mata Dheiya.
Jelas tergambar keterujaan
di wajah gadis
itu. Senyuman sentiasa
lebar terukir dibibir
merahnya. Sukanya dia!
Tak sangka selama
tiga bulan lebih
nak masuk dekat
empat bulan dia
datang ke Kuala
Lumpur rupanya ada
tempat yang menyeronokkan
macam ni!
Sah! Kau memang
jakun Dheiya! Macam
kambing baru keluar
dari kandang!
“ Sunway Pyramid?
Saya pernah baca
kat majalah. Teringin
jugak nak datang
sini tapi tak
sangka tempat ni
besar macam ni,”
kata Dheiya teruja
lagi.
Muka orang jakun
lah katakan!
Firdaus
tersenyum. Tangannya terus
menarik tangan Dheiya
menuju ke pintu
masuk Sunway Pyramid
Mall. Walaupun hari
bekerja, pengunjungnya tetap
ramai, tapi kalau
hari minggu lagi
lagi lagi ramai!!
Berjalan
berpimpin tangan memang
betul-betul rasa macam
dating!
Firdaus membawa Dheiya
menuju ke escalator.
Dheiya sentiasa tersenyum
sambil mulutnya bertanya
itu dan ini
kepada Firdaus. Suka
sangat agaknya dapat
keluar!
“ Awak nak
ajak saya pergi
mana ni?”
“ I nak
ajak you tengok
wayang kat TGV.”
“ Oh ye?
Cerita apa? Saya
tak nak tengok
cerita hantu, nanti
tak tidur malam
saya,” seloroh Dheiya.
Firdaus ketawa. Hatinya
benar-benar rasa gembira.
Melihat senyuman dan
ketawa Dheiya membuatkan
dia sungguh bahagia.
Belum pernah dia
rasakan bahagia seperti
ini.
“ Ikut aje.”
Dheiya menunggu Firdaus
di satu saudut
sebaik sahaja lelaki
itu tenggelem dalam
kesibukkan orang ramai
yang berpusu-pusu berkunjung
TGV ini. Kebanyakkan
daripada mereka adalah
remaja belasan tahun
yang bersama rakan-rakan
dan tidak kurang
juga bersama dengan
teman lelaki.
Hemm!! Dahsyat budak-budak
zaman sekarang ni!
“ Dah jom!”
ajak Firdaus sambil
tangannya menghulurkan tiket
dan juga popcorn
kepada Dheiya. Gadis
mengerutkan dahinya sebaik
sahaja membaca bait-bait
perkataan yang tertera
pada tiket itu.
“ Awak! cerita
apa ni? Cerita
hantu ekk?” tanya
Dheiya sambil matanya
dipanah tepat ke
wajah Firdaus yang
menyengih.
“ Yalah! Hari
ni I teringin
pulak nak tengok
cerita hantu,” jawab
Firdaus selamba. Sebenarnya
dia sengaja membeli
tiket wayang hantu
sebab nak usik
Dheiya. Suka kalau
dpaat mengusik isterinya
itu yang dah
terang-terangan penakut.
Jahat betul!
“ Awak! Kan
saya dah cakap
tadi saya tak
nak tengok cerita
hantu. Saya tak
sukalah, nanti saya
susah nak tido!”
rengek Dheiya.
Alahai!
Manjanya!! Suka pulak
Firdaus. Ni yang makin dia
kuat nak mengusik
ni!
“ Alah! I
nak tengoklah! Kalau
you tak nak,
you tunggu I
kat luar ni,”
selamba aje Firdaus
menjawab. Tak gentlemen
langsung!
Dheiya terdiam. ‘ Aduh!
Macam mana ni?
Aku tak nak
tengok cerita ni,
tapi takkan aku
nak tunggu dia
kat sini pulak
kot? Tak naklah,
bahaya! Isy! Tuan
Harimau ni saja
kot nak kenakan
aku! Baru tadi
dalam hati aku
puji dia baik,
ni tengok sengih
pun memang dah
nampak dua tanduk
kat atas! Oh!
Dia mesti nak
usik aku! Takpe!
Ini Dheiyalah! Buat-buat
berani Dheiya!! ‘
Firdaus
melangkah menuju ke
panggung tersebut. Dalam
hati bukan main
hendak ketawa dia
melihat wajah cemberut
Dheiya. Dia terhenti
seketika sebaik sahaja
namanya dipanggil oleh
Dheiya.
“ Aikk?? Dah
ubah fikiran? Dah tak takut
ke?” giat Firdaus
lagi. Dheiya menjeling
tajam! Firdaus ketawa
lagi.
Suasana dalam panggung
gelap tetapi wayang
masih belum dilmulakan,
hanya tinggal beberapa
minit lagi. Masih
ada lagi beberapa
orang yang tercari-cari
tempat duduk. Firdaus
memegang tangan Dheiya
lalu mereka duduk
di barisan ketujuh
dari atas di
bahagian center. Senang
sikit nak menjerit
ke apa ke
nanti!
Dheiya menahan debaran
di dada. Ni
bukan sebab panahan
cinta ke apa,
ni sebab nak
tahan takut tengok
cerita hantu lah
ni! Dahlah cerita
Siam! Lagilah kecut
perut! Saja aje
Tuan Harimau ni!
Firdaus
tersenyum suka melihat
wajah cemberut Dheiya.
Dilihat Dheiya asyik
meramas-ramas tangannya. Takutlah
tu! Takpe, aku
memang nak bagi
can dia peluk
aku pun!
Hahahaha!!!
Firdaus ketawa dalam
hati. Memang dah berputik
bunga-bunga cinta ni!
Wajah Dhieya mula
berubah riak! Sesungguhnya
dia memang tengah
cuak! Sebaik sahaja
wayang dimainkan, sudah
berbunyi sound effect
yang menyeramkan. Dheiya
memejam matanya erat.
Eeiiikkkkk!!!!
Kreekkk!!!
Ibu!!! Kus semangat!
Aku memang benci
betul bunyi macam
tu! Memang sengallah
pengarah ni buat
bunyi macam tu!
Buat jantung aku
rasa nak tercabut
dah ni! Memang
takde cerita lain
agaknya nak buat,
asyik nak buat
cerita hantu aje!
Macamlah pernah tengok
rupa hantu tu!
Orang-orang kat sini
pun buat buat
apalah tengok cerita
hantu ni! Tak
mengembangkan otak pun!
Tahyul tau tak!!
Budak Dheiya ni!
Melalut betul! Takkanlah
cerita hantu nak
buat bunyi lagu
joget zapin kot!
Nama pun cerita
hantu! Sah memang
penakut! Termasuk dengan
pengarah sekali dia
hamun!
Firdaus ketawa kecil
melihat telatah Dheiya
yang memang tak
senang duduk tu.
Dillihat gadis itu
memejam erat matanya.
Memang penakut betul
budak ni! Firdaus
tersenyum. Memang sah
tanduk dia tengah
naik! Suka sangat
menyekat orang!
“ Heiiii……” ngilai
Firdaus perlahan betul-betul
di tepi telinga
Dheiya. Apalagi gadis
itu terus melompat
menjerit ketakutan. Tercungap-cungap dia
seolah-olah baru sahaja
meyelesaikan larian 100
meter! Firdaus ketawa
kecil. Lucu sungguh
dia melihat wajah
Dheiya yang comel
itu. Jahat betul!
Popcorn ditangan Dheiya
sudah mula bertaburan
keluar kerana tangannya
yang menggigil.
“ Ahh!!”
“ Syhhh!!!!” beberapa
orang yang memandangnya
memberi amaran.
Dheiya mengucap didalam
hati. Berulang-ulang kali.
Dia memang benar-benar
takut. Tak sampai
suku pun wayang
dimainkan dia sudah
hampir separuh nyawa
menahan rasa takut
disini.
Dheiya menjeling Firdaus
setajam-tajamnya. Dia mencubit
kuat lengan Firdaus.
Memang dia geram
sangatt!!! Firdaus menyeringai
menahan sakit.
“ Awak jahat!
Suka sangat usik
saya kan?” bisik
Dheiya geram. Matanya
tajam memandang Firdaus
namun lelaki itu
masih sempat menyengih.
“ Auuww!” Firdaus
menahan suaranya supaya
tidak didengari orang.
Sengih! Sengih! Nasib
baik hensem!
Apalah masalah couple
ni! Nak jerit-jerit
pulak! bisng betul!
Firdaus perasan akan
jelingan tajam dari
jiran sebelah kirinya
yang asyik berdehem
saja.
“ Dah you
kronik sangat takut
tu, lagilah I
suka usik!”
“ Saya nak
keluarlah macam ni!
Saya lebih rela tunggu awak
kat luar daripada
duduk dalam ni!”
kata Dheiya seraya
bangkit dari tempat
duduknya. Namun Firdaus
sempat menegah.
“ Okay! Okay!
Sorry! Sorry! My
mistake! I janji
I tak usik
you lagi dah.
You jangan keluar tau,
bahaya susah I!
kalau you takut
sangat you tidur
aje okay? Temankan
I,” pujuk Firdaus.
Dheiya merenung Firdaus
tajam, mencari kepastian.
Lelaki itu mengangguk.
“ I promise! ”
Dheiya tidak jadi
hendak bangun. Dia
duduk kembali di
kusyen tersebut sambil
matanya memandang sekilas
pada layar skrin
itu. Dia menarik
nafas perlahan. Tak
suka! Tak suka!
Nak tidur macam
mana? Tiap kali
dengar sound effect
dia yang seram
tu memang tak
lelap mata aku!
Ada ke patut
dia suruh aku
tidur!
Sepanjang dua jam
cerita hantu itu
dimainkan, serasa bagai
dua tahun Dheiya
menanggung azab ketakutan.
Setiap kali tersembul
aja muka hantu
tu, setiap kali
itulah Dheiya memegang
kuat lengan Firdaus
sehinggakan sukar untuk
dilepaskan. Kepalanya sudah
disembamkan pada bahu
lelaki itu.
“ Aku benci
cerita hantu macam
ni! “ gumam Dheiya
perlahan dibahu Firdaus
namun masih didengar
lelaki itu.
“ Awak, saya
nak mintak pinjam
bahu dengan lengan
awak kejap aje
tau!” permintaan Dheiya
sukar diolah perasaannya.
Terselit rasa bahagia
disebalik ketakutan gadis
itu.
Timbul rasa kasihan
di hati Firdaus
melihat Dheiya yang
ketakutan itu. Rasa
menyesal pun ada.
Sampai macm tu
sekali dia punya
penakut! Popcorn ditangan
Dheiya sudah lama
gadis itu letakkan
di atas ribanya.
Tidak ada rasa
hendak menjamah popcorn
itu.
Perlahan-lahan
tangan Firdaus dilingkarkan
pada tempat duduk
Dheiya agar mudah
gadis itu memeluknya.
Terasa erat sungguh
pautan gadis itu
pada lengannya. Jauh
disudut hati, dia
mulakan rasa debaran
cinta itu.
Memang benar kata
Zaff. Dia sahaja
yang selama ini
ego untuk menyelami
dasar hatinya yang
mula terukir nama
Dheiya Arisha. Tiada
wanita lain. Tiada
Karinna. Tiada juga
Emilina.
No comments:
Post a Comment