Bab 1
Penampilan luaran
tidak semestinya mencerminkan
kehidupan seseorang itu. Walaupun namanya
bak secantik pendengaran,
kehidupannya tidak seindah
mana. Pemergian ibu
tersayang meragut seluruh
jiwanya. Hilang tempat
berkasih. Hilang jua
tempat bermanja. Pada
siapa jua hendak
mengadu nasib bila
dia kini hanya
sebatang kara.
Pada ayah
tirinya? Sudah tentu
tidak! Walhal hanya
insan itu yang
diharapkan untuk melindunginya
tetapi insan itu
juga yang merosakkan
hidupnya. Pakcik Bakar
seorang kaki judi
dan suka berhutang
menyebabkan ibu menderita
selama 10 tahun.
Suami yang diharapkan
menjadi tempat berlindung
telah mencurah racun
yang cukup perit.
Menderita dek sikap
buruk suami.
Dhieya mengelap
air matanya. sudah
sebulan ibu pergi,
sebulan jugalah dia
berendam air mata.
Setiap malam dia
terlalu takut melihat
bayangan tubuh Pakcik
Bakar yang sudah
pasti akan menerkam
mangsanya bila-bila masa
sahaja.
Pernah suatu
ketika, Pakcik Bakar
pulang dalam keadaan
mabuk. Sebaik sahaja
dia terlihat paha
Dhieya yang putih
gebu sewaktu gadis
itu sedang nyenyak
tidur, terus Pakcik
Bakar menerkam. Mujur
ada ibu yang
membantu memukul tubuh
Pakcik Bakar bertubi-tubi
namun sekuat manalah
kudrat ibu. Hampir
separuh nyawa Pakcik
Bakar memukul dan
menyepak ibu. Dhieya
hanya memeluk tubuh
ibu sambil teresak-esak.
Sakitnya hanya Tuhan
yang tahu. Sengsaranya
hanya mereka yang
merasa.
BUMM!!
Dhieya terkejut
mendengar bunyi pintu
yang dihempas kuat.
tahulah yang Pakcik
Bakar sudah pulang.
Dia duduk diam
tidak berkutik di
dalam bilik. Mengharap
agar Pakcik Bakar
terus lupa akan
dirinya. Namun belum
sempat berdoa, Pakcik
Bakar terus menendang
pintu bilik Dhieya.
Hampir tercabut pintu
itu dikerjakannya. Dhieya
terkejut. Melihatkan muka
bengis Pakcik Bakar
membuatkan dia menjadi
takut.
'Ya Allah!
Selamatkanlah hamba-Mu ini!
Bantulah aku ya
Allah!'
" Hei
Dhieya! Kau ikut
aku sekarang!" tengking
Pakcik Bakar. Dhieya
menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Apa?
Kau degil ya?
Kau jangan nak
cari pasal dengan
aku, kang penampar
sepuluh ni naik
kat muka kau!
Cepat ikut aku!"
herdik lelai tua
itu lagi. Pantas
tangannya menarik kasar
lengan gadis berusia
20 tahun itu.
Dhieya mengaduh kesakitan.
"
Aduh! sakit pakcik.
Pa..Pakcik nak bawak
Dhieya pergi mana?"
tergagap-gagap Dhieya bertanya
sambil bibirnya diketap
kuat menahan kesakitan
di pipi yang
berbekas lempangan ayah
tirinya.
" Hei!
Kau tak payah
sibuk nak tahulah!
Cepat ikut aku!
Kau banyak bunyi
lagi, aku sepak-sepak
mulut kau!"
Pakcik Bakar
terus mengheret Dhieya
apabila gadis itu
masih kaku dan
enggan berganjak dari tempatnya. Kepalanya
kusut memikirkan hutangnya
dengan Victor. Kemana-mana
dia pergi pasti balaci
Victor sentiasa mengekorinya supaya
dia tidak lari
daripada membayar hutang.
Dia sudah tiada
jalan lain, dia
perlu menjual Dhieya
kepada Victor, si
bapak ayam itu.
Hutangnya automatik langsai.
Bodohlah kalau Victor menolak
‘ayam kampung’ yang
segar seperti Dhieya
ni.
Dhieya meronta-ronta
perlahan namun sepantas
kilat tangan Pakcik
Bakar hinggap dipipinya.
Berpinar mata Dheiya
ditempeleng sebegitu kuat.
Ingin rebah jatuh
rasanya saat ini.
PANG!!
" Sekali
lagi kau tak
duduk diam, aku
tampar bagi mampus
macam mak kau!"
herdik Pakcik Bakar.
Tersedu-sedu Dheiya
mengalirkan air mata.
Sakit kerana penampar
yang diterima. Sakit
jiwanya di dera.
Matanya menangkap sebuah
kereta 4x4 dan beberapa
orang lelaki yang
bengis yang sudah
berdiri di situ.
Dia sudah dapat
mengagak pasti dia
akan dijual kepada
bapak ayam. Beberapa
hari lalu dia
ada mendengar perbualan
Pakcik Bakar yang
sudah berjanji untuk
menjual dirinya akibat
bebanan hutang yang
terlampau banyak.
Dhieya ditolak
kasar ke dalam
kereta lalu beberapa
orang lelaki turut
menaiki kereta yang
sama. Mulutnya ditekup
dengan kain. Dhieya
tidak berdaya untuk
melawan tetapi hatinya
merintih kesakitan diperlakukan
kasar.
'Ya Allah,
tolonglah hamba-Mu ini.
Selamatkanlah aku dari
manusia durjana ini!
Aku mohon ya
Allah' rintihnya dalam
hati. Perlahan-lahan matanya
mulai layu. Pasti
klorofom yang diletakkan
pada kain itu
memberi kesan kepada
Dheiya hingga membuatkannya
terlena tidak sedarkan
diri.
Bab 2
Bab 2
" Hye Fir!! What' up?" tegur Adif
sambil menjabat tangannya
bersama Firdaus. Firdaus
hanya tersenyum sinis
memandang sahabatnya itu.
" Kau apesal
lambat? Takkan nenek kau nak
beranak kot?" balas
Firdaus pedas.
" Relax la bro. Tak payah lah
nak marah-marah. Macamlah
aku tak pernah
lambat sebelum ni".
" Sayang,
janganlah marah-marah macam
ni. Spoil mood je
la," rengek Tiara
manja sambil tangannya
mengusap lembut dada
Firdaus.
Adif hanya
tersengih. ' Pompuan ni kalau
pujuk, tok imam
pun tergolek'. Mata
Firdaus memandang Tiara
tajam. Tiara tergelak
manja sambil memeluk
erat tubuh Firdaus
yang sasa itu.
Adif dan
Firdaus sudah dikelilingi
ramai gadis-gadis kelab The
Heaven yang seksi-meksi
itu. Seorang gadis terus
menarik Adif ke
ruang tengah pentas
sambil menari rancak.
Firdaus pula lebih
selesa duduk daripada
menari walaupun sudah
berkali-kali Tiara mengajaknya.
Sudah lama
Tiara berusaha untuk
mendekati lelaki bernama
Syed Firdaus Hakimi
ini. Setiap kali
lelaki ini berkunjung
ke kelab malam
ini, dia sudah
bersiap untuk melayan
lelaki itu walaupun
hanya sekadar layanan
biasa sahaja. Lelaki
itu sukar untuk
didekati.
Lihatlah, sudah
beberapa lama Firdaus
menjadi pengunjung setia
kelab ini, masih
belum pernah dia
meniduri lelaki itu.
Alasannya itu bukan
cara hidupnya walau
sebebas dan seliar
mana pun dia,
Firdaus tidak akan
sesekali meniduri wanita-wanita. Tujuan
dia berkunjung ke
kelab malam ini
hanyalah sekadar untuk
menghilangkan tekanan dan
mencari keseronokkan. Tiara
kagum dengan Firdaus
kerana dia langsung
tidak menyentuh arak.
Buktinya pernah sekali
dia menyogok minuman
keras itu, tetapi
Firdaus memandangnya dengan
pandangan yang cukup
tajam. Sejak dari
hari itu dia, Tiara tidak
berani lagi menyogok
minuman keras itu
kerana khuatir Firdaus
akan beralih arah
dan langsung tidak
datang ke kelab
malam ini. Victor
sudah berpesan, dia
harus melayan Firdaus
dengan layanan yang
secukupnya supaya pemuda
itu tidak akan
ke kelab malam
yang lain. Malah,
Victor agak gentar
dengan Firdaus kerana
pengaruh lelaki itu
begitu luas. Bimbang
jika dia melakukan
kesalahan, pasti perniagaan
haram ini akan
ditutup. Itu yang
Victor tidak mahu.
Lelaki ini
mempunyai segala-galanya. Wang.
Harta. Rupa? Tak
payah cakap. Wajah
Firdaus sememangnya kacak
kerana mix blood daripada
sebelah ibunya yang
mempunyai keturunan Inggeris-Belanda-Cina. Atuknya
seorang mualaf yang
berdarah Belanda bukan
Islam manakala neneknya
berketurunan Cina-Inggeris. Sebelah
ayahnya berketurunan Melayu
tetapi mempunyai darah
campuran Arab. Kemana-mana
sahaja Firdaus melangkah,
pasti ada mata-mata
yang memandangnya. Aura
Firdaus cukup kuat
sebagai seorang Mr.Right kata
orang. Perempuan sentiasa
keliling pinggang. Aset
Firdaus itulah yang
amat menyukarkan Tiara
untuk mengikat Firdaus.
Anak mata
Firdaus yang kelabu
itu sungguh seksi
dan mengancam apbila
ditenung lama-lama. Bibrnya
merah merekah tanda
tidak merokok. Hidungnya
sedikit mancung. Kulitnya
putih kemerah-merahan. Lesung
pipitnyalah yang paling
mahal sekali. Awuuww!!
Aset yang
dimiliki oleh lelaki
ini juga berjuta-juta.
Untunglah siapa yang
dapat Firdaus ni
kan? Bakal pewaris
Merida Holdings, sebuah
syarikat perhotelan yang
terkenal di seluruh
dunia. Rangkaian hotelnya
sudah memasuki benua
Eropah. Negara Asia
sudah pun dijajah
Merida Holdings.
Sikap playboy Firdaus
inilah yang amat
menyusahkan jiwa Tan
Sri Syed Fahim
dan Puan Sri
Sy. Faridah. Anak
lelaki sulung mereka
masih leka berfoya-foya
sedangkan umur sudahpun
mencecah 29 tahun.
Tiara masih
memikirkan cara untuk
menjinakkan buaya seperti
Firdaus agar lelaki
itu jatuh ke
dalam genggamannya. Sukar
untuk menjinakkan lelaki
ini kerana sentiasa
dikelilingi wanita-wanita hebat
terutama Sy. Emilina.
Setakat gadis GRO
seperti dirinya, setakat
suka-suka bolehlah kot
bagi Firdaus.
" Hei
sayang! You nak pergi
mana?" rengek Tiara
manja apabila lelaki
itu sudahpun berdiri.
Tangannya memeluk erat
lengan Firdaus sambil
mengucup pipi jejaka
itu.
" Sorry,
I've got to go,
honey. Next
time I datang
lagi okey?" pujuk
Firdaus. Dia membalas
pelukan erat di
pinggang Tiara lalu
mengucup lembut dahi
gadis itu. Dia
memberi isyarat kepada
Adif lalu laju
langkah kakinya keluar
dari kelab malam
itu.