Seronok Aria mem’pokai’kan Firdaus
dengan membeli semua
keinginannya. Perfume Chloe,
kasut daripada Salvatore
Ferragamo, baju dari
butik Zara, jam
tangan berjenama Gucci,
aksesori segala ‘ mak
nenek ‘ dicekupnya Aria.
Tak cukup dengan
itu Fahmi mem’botak’kan
Firdaus dengan jam
tangan Guess, Lancome
Perfume dan kasut
dari Boss Black!
Fuhh! Seronoknya memfakirkan
orang! Heaven dapat
shopping! Cekup aje
apa yang nak
kat depan mata,
terus aje ‘ sreett ‘
kad plantinum! Oho!
Bestnya! Semuanya ditanggung
bersih oleh Firdaus!
‘ Kering aku kena
lanyak dengan budak
dua ekor ni ‘
Sengih Aria lebar
ke telinga. Mana
taknya, semua yang
dia nak terus
dapat. Nasib baik
Fahmi bukan jenis
shopping punya orang
yang nak rembat
apa yang ada
depan mata. Firdaus
garu kepala. Lepas
ni apa pulak
budak-budak ni lenyek
aku pulak yea?
Apa nak buat,
hulur ajelah kad
tu, dah kena
denda.
Setelah puas bershopping,
mereka terus menuju
ke menuju ke
Chilis Restaurant di
tingkat dua. Setelah
mengambil tempat, mereka
memesan makanan. Firdaus
sememangnya kurang menggemari
makanan yang berat memilih
Southwestern Eggrolls, Beef
Bacon Burger untuk
Fahmi dan ratu
bongsu Aria memilih
Grilled Chicken Breast.
Memang makan besar!
Seronok orang payung!
Sementara menunggu hidangan
dipesan sampai, mereka
berborak rancak. Ketawa
pecah dibibir masing-masing bila
ada kelucuan. Firdaus
dan Fahmi duduk
bersebelahan menghadap Aria
yang keseorangan.
Tiba-tiba ada seorang
pelayan menghampiri meja
mereka dan meletakkan
sekeping kertas yang
berlipat di depan
Aria.
“ Maaf cik,
ada orang minta
saya berikan ini
pada cik,” kata
pelayan tersebut kepada
Aria.
Gadis itu berkerut
seribu. “ Siapa
yang bagi?”
Pelayan tersebut mengunjukkan
jarinya kepada seorang
lelaki yang duduk di hujung
meja berdekatan dengan
dinding dan berhadapan
dengannya. Aria memandang
turut diikuti oleh
Firdaus dan Fahmi.
Sibuk betul!
Setelah pelayan itu
pergi, Aria mencapai
kertas yang berlipat
tersebut, masih membelek.
“ Cepatlah bukak
Aria. Mamat tu
tulis apa?” suruh
Fahmi tidak sabar.
Firdaus turut sibuk
mengiakan suruhan Fahmi.
“ Eei! Sibuklah
along dengan Fahmi.
Sabarlah, kalut sangat.
Nak bukaklah ni,”
Aria terus membaca
hasil tulisan tangan
yang ringkas catatannya.
Dia bereaksi biasa.
“ Apa mamat
tu tulis?” tanya
Firdaus tidak sabar.
“ Bacalah sendiri,”
Aria menghulurkan kertas
tersebut segera disambut
Firdaus. Fahmi sememangnya
kaki penyibuk tekun
membaca.
Hye sweet
lady,
Teringin
sangat nak berkenalan
dengan awak.
Please call
me, 010-3445682.
Nice to
know you!
Ikhwan.
“
Ikhwan ekk? Tak
sangka kat sini
pun ada jugak
yang nak try
test dengan adik
along ni. Amacam
tak nak call
budak ni ke?”
usik Firdaus. Fahmi ketawa.
Dia menambah lagi.
Aria mencebik.
“
Tak naklah! Not
interested!”
“
Pulak! orang dah
jual minyak tu
ambik aje lah.
Dahlah minyak mahal
sekarang ni,” ujar
Fahmi.
“
Minyak apa? Petrol?
Nak buat apa?
Kalau minyak wangi
okey jugak, boleh
sembur kat badan.
Minyak petrol apa
kelas!” berlagak pulak
budak Aria ni!
“
Eh! Petrol mahal
tau sekarang ni!
Jual mahal pulak
minah ni! Mamat
tu okay what? Nak
hensem bolehlah tapi
hensem lagi along
ni!” sempat pulak
si Firdaus ni
masuk bakul angkat
sendiri.
“
Cehh! Tak kesahlah!
Kalau nak kenal
pun come face
to face lah
dengan Aria. Ni
bagi surat siap
suruh passing-passing lagi.
Nasib baik tak
letak bunga ke
or bedak wangi-wangi.
Apa dia ingat
ni zaman agogo
ke apa nak
surat-menyurat ni? Tak
gentleman langsung!” cebik
Aria.
Belum
sempat Fahmi hendak
menyampuk, pelayan datang
menghantar hidangan mereka.
Firdaus yang sudah
kehausan teramat-amat pantas
menyedut apple juicenya.
Ah! Nikmatnya! Setelah
pelayan berlalu pergi,
Fahmi menyambung kembali.
“
Tak gentleman? Mengada
pulak si Aria
ni! Dah tu
mamat tu kena
rejectlah ni?”
Aria
mengangguk. “ Yup! Blacklist! Tak
naklah lelaki macam
tu. Kalau boleh
Aria nak lelaki
macam along!”
Firdaus tersentak.
Bulat matanya.
“
Oi! Kita ni
adik-beradik, mana boleh
kahwin!”
“
Eh! Sengallah along
ni! Orang bukan
nak along tapi
nak yang macam,
M.A.C.A.M along! Ada
paham?” siap mengeja
lagi si Aria
ni.
“
Oooo…,” faham sudah!
“
Eh! nak yang
macam along mesti
yang hensem dan
macho kan? Kan?”
sampuk Firdaus lagi
dengan rasa syok
sendiri. Berubah pulak sikap Firdaus ni. Macam budak-budak!
Aria
mencebik ketat mukanya.
Perasannya along aku
ni!!
“
Erk?”
Fahmi
terkebil-kebil. Seketika kemudian
suasana sunyi antara
mereka, bagaikan desiran
angin di padang
pasir! Huiisshhh!!!
“
Setakat muka macam
along ni lah,
bersepah kat magazine
tu!” juih bibir
Aria. Sebenarnya perli!!
“
Hahaha.. bersepah minah
ni kata along?”
Fahmi ketawa.
“
Pergghh!! Sentap along!
Agak-agak nak sangat
kot Chloe, Gucci
and dengan segala
mak nenek tu
kena lelong balik,”
acah Firdaus.
Spontan Aria
tersengih-sengih! Hehehe…
“
Hehehe… Janganlah. Tak
baik tau. Nanti
buruk siku,” Aria
menayang giginya. Ingat
cun?
“
Tarik je long!”
hasut Fahmi.
“
Eei! Sibuklah Fahmi
ni! Jadi batu
api pulak!” Aria
menjeling tajam. Fahmi
menjelir lidah. Aria
geram lalu ditariknya
topi Fahmi dan
disembunyikan. Fahmi membulatkan
matanya.
“
Dahlah! Nanti along
tarik semua kang nanti,
nangis!”
Aria
dan Fahmi berlawan
mata dalam diam.
Mulut Aria menceceh
mengutuk Fahmi. Sengal!
Batu api! Sewel!
Ingat dia hensem
sangat ke? Bluweekk!!
“
Aria! Mamat tu
pandang lagilah!” bisik
Firdaus. Aria menjuih!
“
Biarlah dia pandang
sorang-sorang. Tak hingin
chek! Better lagi
Abang Zaff!”
Firdaus yang
sedang leka menyedut
minumannya tersedak! Hah?
Abang Zaff?! Fahmi
menahan tawa.
“
Abang Zaff?! Ni
sejak bila pulak
syok dengan mamat
buaya tu?” tembak
Firdaus. Aria menarik
muncung.
“
Along, dia tu
manusia bukan buaya
okay? Apa salahnya,
biarlah. Dia okay
what? Hensem, baik,
smart, penyayang, suka
pujuk, bla..bla..bla..,” puji
Aria sambil tersenyum
sengih.
Dah
macam kambing senyum
dah! Berangan!
“
Si Aria ni
dah tangkap cintan
dengan ‘ bestie ‘ along
since dia pujuk
Aria bila along
ignore aje si
Aria ni dulu.
Tu yang jadi
miang semacam je
ni,” cerita Fahmi.
“
Tapi takkanlah dengan
Zaff? Bestfriend along
tu! Takkan itu
yang nak jadi
adik ipar along
kot?”
“
Nape pulak tak
boleh? Dia lelaki,
Aria ni pompuan.
Mestilah boleh! Mengadalah
along ni! Kedekutlah
tu tak nak
kongsi dengan Aria.”
“
Erk, Fahmi tak
masuk campur!” Fahmi
angkat tangan.
“
Takpe along. Sekarang
ni memang dia
buaya, tapi lepas
ni Aria sure
dia jadi kucing
nanti!” kata Aria
yakin.
Firdaus kehilangan
kata. Parah ni!
Memang adik aku
dah betul-betul syok
dengan mamat buaya
merangkap bestie aku!
Hurmm… nak buat
macam mana, dah
dia sangkut dengan
Zaff.
“
Suka hati Arialah.
Along tak kisah,
tapi nanti kalau
ada masalah jangan
nak melalak depan
along. Dia tu
jinak-jinak buaya, bukan
sebarangan buaya!” tak
habis-habis si Firdaus
ni panggil Zaff
tu buaya, ingat
dia tu merpati
agaknya? Setia pada
yang satu?
Aria
tersenyum. Yeay! First
step, dah settle!
Usai
makan, Aria terus
menarik Fahmi dan
Firdaus menuju ke U-Bowl Centre.
Apa lagi, main
bowlinglah! Dah lama
tak lepas gian
ni! Teruja Aria
saat menjejakkan kaki
di situ. Tak
sabar dah ni
nak baling kat
pin! Strike!!
Ini
yang tak suka!
Fahmi dan Firdaus
menarik muka. Aria
seorang sahaja yang
ceria sebaik sahaja
mereka sampai di
platform sambil terus
menukar kasut.
Yalah!
Sebab kalau main
bowling dengan Aria
ni, memang diorang
akan kalah! Malu
beb! Jatuh air
muka yang hensem
lagi hot ni
nanti kalah dengan
budak perempuan! Kalau
bowling, Arialah juara!
Memanjang aje strike!
Kalau tennis, Aria
awal-awal lagi angkat
tangan sebab dah
confirm-confirm dia akan
kalah sebab Fahmi
dah tentu-tentu jadi
champion! Firdaus pun
angkat bendera putih!
Kalau go-kart siapa
pun tak boleh
tewas dengan along
a.k.a Firdaus. Kalau
bab-bab racing ni
memang serah menyerah
ajelah kat Firdaus,
sape pun tak
boleh kalahkan dia,
silap hari bulan
drifter pun nangis!
Kalau dah pegang
stereng, tekan pedal
minyak memang tak
boleh berhenti dah
dia punya speed!
Langsung tak pandang
belakang! Babai la
jawabnya.
Sepanjang dua
game, hanya Aria
sahaja yang strike. Markah dialah
yang paling tinggi.
Fahmi awal-awal lagi
bola dah masuk
longkang. Hanya satu
atau dua pin
sahaja dijatuhkan oleh
Firdaus. Hanya dengan
ini sahaja Aria
boleh berlagak dengan
abang-abangnya.
“
Apa ni Fahmi,
bola masuk longkang!
Bocor ke apa?”
“
Lembiklah along ni!
Satu dua pin
aje jatuh? Harap
badan aje tough!”
Eh!
Eh! Budak ni!
Kang dengan dia
pulak yang aku
rembat kat pin
tu nanti! Banyak
pulak mulut! Tahulah
terror bowling! Sampai
gigit bibir Firdaus
geram pada Aria.
Fahmi
tersenyum jahat. Adalah
tu idea jahat
dia datang. Dia
memandang alongnya. Mereka
tergelak jahat semasa
Aria mula bersedia
untuk membuat balingan.
“
Aria! Diam-diam! Lipas
kat belakang!” bisik
Fahmi cemas di
belakang Aria! Firdaus
menahan ketawa. Sememangnya
Aria penakut dengan
lipas! Harap badan
aje besar takut
dengan lipas.
Melompat Aria
sehingga bola bowling
itu terlepas dari
tangannya. Matanya mencari-cari
lipas durjana yang
mengacaunya. Mana? Mana?
Tak guna punya
lipas!
Punyalah penakut
lipas sampai tak
fikir logik, takkanlah
tempat-tempat macam ni
ada lipas? Sumpah
memang kelembapan jugak
otak si Aria
ni!
Mendengarkan ketawa
jahat makhluk Tuhan
yang perasan diri
hot itu, Aria
mencubit pantas lengan
mereka. Padan muka!
Melihatkan wajah kedua-duanya
menyeringai menahan sakit, Aria
ketawa. Rasakan!
“
Ampun!”
Fuhh!
Sakit betul dia
cubit! Berbekas!
“
Hah! Buatlah lagi!”
2 comments:
kelakar diorang ni...rindu kat dhieya..sambung cepat yer..huhu
bestnya dengan 3beradik ni..
Post a Comment