Dheiya memandang sepi
Menara KLCC dan
KL Tower dari
balkoni. Matahari mula
menyelinap masuk di
balik awan pabila
sang bulan pula
mengambil giliran menerangi
alam ini. Angin
petang membuai lembut
rambutnya yang dibiar
bebas.
Sudah pasti disaat
kini semua orang
mula berlumba-lumba untuk
pulang ke rumah
setelah seharian bekerja.
Dia terlalu ingin
untuk menikmati suasana
itu tapi apakan
daya dia hanya
terperap dan terpenjara
di penthouse mewah
ini. Hendak keluar
dia takut kerana
di luar terlalu
asing bagi dia.
Sudah dua hari
Firdaus tidak bertegur
sapa dengannya. Marah
benar lelaki itu
pada dia. Tetapi
salahkah dia hanya
bertanya? Ah! Siapa
aku nak kacau
hidup dia? Aku
yang tak faham
bahasa!
Bila lelaki itu
pulang semalam hanya
wajah serius ditunjukkan
padanya. Sama seperti
ketika dia mula
menjejakkan kaki di
situ. Lelaki itu
langsung tidak menyentuh
makan malam yang disediakan hanya
sarapan pagi tadi
sahaja lelaki itu
menjamah walaupun sedikit.
Dhieya mengeluh. Sungguh
dia benar-benar tidak
selesa akan situasi
sebegini. Sampai bila
Firdaus hendak bersikap
dingin dengannya. Dia
tidak tahu hendak
memujuk bimbang akan
ditempelak lagi.
Dheiya duduk di
kerusi panjang yang
terletak di balkoni
tersebut. Di kerusi
inilah menyaksikan kemarahan
Firdaus pada dia.
‘ Apa yang aku
nak buat ni?
Takkan nak biar dia
dingin aje dengan
aku? ‘
Seketika
kemudian telefon bimbitnya
berbunyi. Pantas Blackberrynya
dicekup. Dia sudah
mengagak siapa yang
menghubunginya. Spontan bibirnya
tersenyum. Wajah sedih
kini bertukar ceria.
Pantas butang hijau ditekan.
“
Assalamualaikum, hello?” sapa
Dheiya.
“
Waalaikumussalam. Dheiya, I
ni. I balik
lambat sikit malam
ni. You tak
payah masak untuk
I,” kata Firdaus
tenang.
Dheiya terdiam. Kenapa?
Dia dah tak
sudi ke nak makan masakan
aku? Soal Dheiya
sedih dalam hati.
“ Okay. Takpelah
kalau macam tu,”
balas dia perlahan.
Antara dengar tak
dengar.
Firdaus pelik. Segera
dia tidak mempedulikannya. Selepas
bercakap dan berpesan
itu dan ini, dia
terus mematikan talian.
Dheiya memandang lama
telefon bimbitnya. Merenung
lama wallpaper di
skrin Blackberry. Wajah Firdaus
yang tersenyum kacak
yang diambilnya secara
diam-diam tanpa diketahui
lelaki itu. Dheiya
mengigit bibirnya. Inilah
kerja yang paling
gila yang pernah
dilakukannya!
Mengambil gambar lelaki
itu sewaktu lelaki
itu sedang berbual
di telefon. Dirasakan
itu adalah senyuman
Firdaus yang paling
menawan pantas saja
jarinya cepat snap.
Jangan tak tahu
Dheiya kini cekap
menggunakan Blackberry yang
terlalu banyak butang
itu! Tu yang
gatal ambik gambar
anak teruna orang!
Opss!! Suami sendiri
okay!
Dheiya tersenyum sendirian.
------------------------------------------------
Firdaus
menyimpan kembali I-phonenya
di dalam kocek
seluar. Tiba-tiba ada
suara yang menyapanya.
Dia memalingkan wajahnya.
“ Oh my
God! Fir! Is
that you?” sapa
suara ceria itu.
Firdaus tersenyum. Gembira
berjumpa kembali sahabat
lamanya.
“ Hey Fiona.
Long time no
see!” balas Firdaus
ceria. Gadis bernama
Fiona itu menghulurkan
tangannya, Firdaus membalas.
“ Memanglah dah
lama tak jumpa.
You tu lepas
aje graduate terus
hilang, langsung tak
contact I lagi.
Alah orang macam
I ni manalah
nak ada dalam contact list you tu,
betul tak?” semacam
merajuk sahaja nada
Fiona.
Firdaus ketawa. Fiona
mencebik tetapi akhirnya
dia turut ketawa
juga. Mereka mengambil
minuman yang dipesan
tadi lalu berjalan
beriringan.
“ Oh merajuklah
ni dengan I?”
“ Sikitlah. Yelah,
you kan busy,
mana sempat nak
jumpa kawan lama.
Reunion tahun lepas
pun you tak
datang. Maklumlah orang
hot! Walaupun you
bukan artis tapi
muka you selalu terpampang
kat majalah tau
tak? The most
wanted of bachelor!”
Fiona menjongketkan keningnya.
Firdaus ketawa lagi.
Dia menggelengkan kepalanya.
“ Fiona. Fiona.
You ni langsung
tak berubah. Sejak
kita kat Oxford
mulut bising you
tak pernah senyap.”
“ Eh tak
betul ke apa
yang I kata?
I pun terkejut
bila muka you
terpampang kat majalah.
Bukan satu tapi
banyak jugaklah orang
cakap pasal you.
Yelah bakal pewaris
Merida Holdings ni
menjadi rebutan ramai.
Bujang terhangat!” usik
Fiona lagi.
“ Apalah you
ni. Merepek je.
Mana ada hangat,
I ni suam-suam
kuku aje.” Alah
Firdaus ni, nak
merendah diri lagi!
“ Tak payahlah
you nak merendah
diri sangat Fir.
Semua orang kenal
you. So how’s
life? Dah ada
yang berpunya ke?”
Firdaus
menjongketkan kening sambil
tersenyum.
“ What do
you think? I
ni ada rupa
macam orang dah
kahwin ke?” sengaja
Firdaus berkata begitu
walhal terasa ingin
ditampar mulutnya kerana
terlepas cakap.
“ Kahwin? Unbelieveable! Tak
mungkinlah. Tak nampak
macam dah kahwin
pun. Kalau betul
mesti press kat
Malaysia ni dah
kepoh!” sangkal Fiona.
“ Betullah tu,”
bohong Firdaus. Gila
aku nak mengaku
aku dah kahwin?
Mahu mengamuk mummynya
nanti dengar daripada
orang lain.
“ So, I
ada change lah
ni nak masuk
dalam list you?”
gurau Fiona.
“ Up to
you lah Fi!
Kalau you nak
boleh aje. Tak
takut ke nanti
ada orang lain
marah?” Firdaus bergurau.
“ Marah? No
lah! Siapa nak
marah? I ni
still single lagi tau!”
“ Oh ya?
So you buat
apa sekarang ni?”
“ I lecturer
sekarang ni. Kat UM ni,”
ujar Fiona. Firdaus
terkejut.
“ Really? Tercapai
jugaklah angan you
tu. Memang padanlah
dengan sangat you
jadi lecturer, banyak
mulut.”
“ Hello! Tak
baik tau! Jahatlah
you ni. Apa
pulak angan, ni
memang impian I tau! Ni
mesti Adif yang
ajar you kan?”
tembak Fiona.
“ Hahaha.. betullah
tu. Oh ya
you mengajar course
apa ek?” tanya
Firdaus lagi.
“ Business management
lah. Dah itu
yang I belajar
dulu. Takkanlah I
nak ajar kulinari
kot,” Fiona menjawab
selamba mengenakan Firdaus.
“ Ye tak
ye jugak. I
tak boleh bayangkan
kalau you nak
ajar buat pastry
tetibe aje masuk
economic, Karl Max,
bla bla bla…”
“ Hey teruknya
you ni! Tak
baik tau! Hah!
You pulak buat
apa kat sini?”
giliran Fiona pula
menjadi penyoal siasat.
“ Adik I
belajar kat sini.
Tu yang nak
jumpa diorang,” terang
Firdaus.
Fiona
mengangguk. Mereka berbual
seketika sebelum bertukar-tukar kad.
Firdaus terus berjalan
menghampiri Aria dan
Fahmi yang menunggu
dia dari tadi.
“ Ni beli
air ke masak
air ni? Penat
tau orang tunggu!”
hambur Aria. Fahmi
memalingkan muka. Buat
muka protes! Ni
lagi sekor nak
kena pujuk jugak!
“ Sorrylah, along
jumpa kawan lama
tadi, berbual sekejap
tu yang lama
sikit. Dah lama
tunggu ke?”
“ Lamalah! Dah
nak tercabut kaki
Aria ni tau
tak!” bentak Aria
lagi.
“ Dah nak
tercabut? Mana? Mana?
Meh nak nak
cabut lagi satu,”
usik Firdaus.
Aria mencubit lengan
alongnya geram. Suka
betul menyakatnya.
“ Hah ni
pulak tak habis
lagi merajuk dengan
along? Nak kena
pujuk jugak ke?
Meh sini sayang-sayang
along meh!” Firdaus
terus mendekati Fahmi
lalu terus topi
adiknya diambil. Kepala
Fahmi dikepit dibawah
lengannya menyebabkan Fahmi
meronta-ronta.
“ Along apa ni?! Lepaslah?!”
ronta Fahmi.
Firdaus enggan melepaskan.
“ Kata nak
along pujuk, nak
pujuklah ni. Mehlah
sini!”
Fahmi menolak keras
lengan alongnya. Wajahya
masam cemberut. Firdaus
menarik rapat lalu
bahu Fahmi dipeluk.
Ditepuk perlahan bahu
adiknya. Nak pujuklah
tu! Apalah yang
dirasuahkan Firdaus tu
sampai Fahmi tersenyum
lebar mendengarnya. Topi
Fahmi dipakaikan semula.
“ Apa ni!
Aria pun peluk
jugak! Tak acilah
along peluk Fahmi
aje!”
“ Eh tadi
jual mahal dengan
along! Jelouslah tu
along peluk Fahmi!”
Fahmi ketawa melihat
muncung Aria yang
panjang itu.
Adik bongsu dah
merajuk!
Nilah yang tak
suka bila ada
abang-abang yang kaki
ngusik!
Firdaus menarik bahu
Aria lalu dipeluknya
erat. Kini dia
berada di tengah
sambil diapit oleh
adik kembarnya. Terubat
sudah rindunya pada
si kembar.
1 comment:
best...teruskan usaha..
Post a Comment