" Hoi Fir! Ni pehal kau angkut aku gi bahagian pakaian perempuan ni? Kau ni takkan la....,"
Belum sempat Zaff menghabiskan kata-katanya Firdaus pantas mencelah.
" Oi! Cakap elok-elok sikit ek? Jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak," marah Firdaus seraya cuba memperlahankan nadanya. Geram pula dia dengan mulut lepas Zaff ni. Harap muka je boleh tahan tapi mulut macam cili api, pedas!
Zaff tersengih kambing.
" Ops! Sorry, sorry. Takdelah, aku pelik kau buat apa datang sini? Kata nak cari baju. Wei, lelaki punya kat sanalah. Takkanlah kau nak beli baju perempuan kot. Kau nak beli kat adik kau ke? Hisy! Takkanlah Aria nak pakai baju macam ni," bebel Zaff.
Matanya melilau-lilau meneroka kawasan ladies department. Malu pun ada jugak bila ada beberapa wanita yang memandang mereka dengan pandangan ah! susah nak describe. Yalah, dah lah kawasan yang mereka berada ni berdekatan dengan bahagian pakaian tutt.. takkan nak sebut kot, sendiri fahamlah, 'adik-adik' dahlah macam-macam colour pulak tu. Naik segan Zaff dibuatnya. Firdaus berdecit.
" Alah kau ni bisinglah. Apa salahnya kalau aku nak beli baju ni untuk Aria sekalipun? Kau ingat adik aku tu just pakai baju branded je ke?," ujar Firdaus. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu perkara sebenar.
'Takkan lah aku aku nak bagitahu Zaff yang aku ke sini nak cari baju Dhieya, memang banyak masalahlah nanti'.
" Yelah manelah tau kan. Dah mummy kau pun pakai barang-barang yang branded je, so takkanlah satu-satu anak perempuan dia nak pakai barang tak branded kot, jatuhlah standard," ujar Zaff pedas.
' Isy mulut mamat ni!' bentak Firdaus geram.
" Wei, kau ni kan mulut memang tak reti senyap ke? Dari tadi lagi kau asyik membebel aje. Aku taulah kau tengah frust dengan Tira plastik kau tu tapi takyahlah nak sindir-sindir mummy aku pulak. Macamlah kau tak kenal mummy aku tu macam mana? Pasal Aria pulak kau ni dah berapa lama kenal adik aku tu? Cakap macam baru kenal sehari aje. Kalau dia dengar memang padanlah dengan muka kau," kali ni giliran Firdaus pula yang membebel.
Baguslah diorang ni. Memang padanlah jadi teman sejati. Sama-sama kuat membebel.
" Eh! Bukan betul ke?"
" Eh! Dahlah Zaff. Aku malas nak jalan dengan kau. Bising aje dari tadi. Boleh tak kau diam sekejap sementara aku nak cari baju ni?" bentak Firdaus geram.
Hei! Rimaslah aku dengan Zaff ni. Mulut menceceh macam nenek!
Baru sahaja Zaff ingin membuka mulut pantas Firdaus menyampuk, " Kau diam!"
Zaff mencebik.
" Fine!" balas Zaff seraya menjeling. Dia terus merayap ke tempat lain. Nak buat macam mana dah orang halau kan? Eh! eh! Zaff ni, macam pompuan pulak. Nak merajuk bagai!
Firdaus langsung tidak mempedulikan Zaff sebaliknya dia terus mencapai beberapa pasang baju dan seluar. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu panats dia terus memanggil Zaff.
" Zaff!"
" Apa?" sahut Zaff tidak jauh dari tempat Firdaus berdiri.
" Sinilah jap. Nak tanya kau ni".
" Hei mamat ni, tadi halau-halau aku, sekarang panggil pulak," bebel Zaff.
" Kau bebel apa ni? Kutuk akulah tu," tembak Firdaus.
" Ha'ah betullah tu. Pehal kau panggil aku? Aku nak gi sana jap," soal Zaff lantas mengiakan kata-kata Firdaus.
" Aku nak tanya ni. Macam mana nak pilih tu?" bisik Firdaus perlahan sambil jari telunjuknya mengarahkan ke bahagian yang menempatkan pakaian dalam wanita.
Zaff membulatkan matanya. Rasa tidak percaya. 'Eh biar biar betul mamat ni?'
" Kau biar betul wei? Agak-agak ar kalau yang 'adik-adik' tu pun kau nak beli jugak kat Aria?" sedaya upaya Zaff merendahkan suaranya dek akibat rasa terkejut tahap gajah dengan perangai Firdaus ni.
" Alah kau, aku tanya kau jawablah. Takyah nak tanya aku balik," Firdaus masih cuba sedaya upaya menyembunyikan hakikat sebenar.
" Kau Fir, baik kau cakap dengan aku sejujurnya, kau beli semua ni sebenarnya untuk siapa? Kalau untuk awek-aweks kau yang berkeliling tu mustahillah Fir!" bentak Zaff.
Zaff yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Firdaus daripada pengetahuannya. Firdaus menelan air liur. Terasa rahsia yang cuba disembunyikan pasti akan pecah. Bukan dia tidak tahu sikap Zaff yang satu ni. Kalau dia dah syak ada sesuatu yang tak kena, sampai ke lubang cacing dalam tanah dia korek, gali habis-habisan.
" Zaff, aku...aku beli.. untuk...," Firdaus mencari-cari ayat-ayat untuk menutup rahsianya yang hampir pecah ni. Dia belum bersedia lagi untuk memberitahu tentang Dheiya.
Zaff masih menunggu jawapan Firdaus.
" Untuk sapa?" sergah Zaff. Firdaus terperanjat.
" Untuk Tiaralah! Sapa lagi," jawab Firdaus pantas, Dia menarik nafas lega.
Zaff mengerutkan dahinya. Kurang mempercayai kata-kata Firdaus.
" Betul ke ni? Ke kau tipu aku?" serkap Zaff lagi. Aku tetap tak puas hati lagi ni.
" Hisy! Yalah. Mana ada aku tipu," bohong Firdaus. Dia sedikit teragak-agak tapi nak buat macam mana dah itu aje alasan yang munasabah. Zaff memang tahu pasal Tiara tu. Sorrylah Zaff, aku tak ready lagi nak citer pada kau.
" Okey, aku percaya," ucap Zaff ragu-ragu dalam nada perlahan. Matanya masih memandang mata kelabu milik Firdaus yang seakan-akan tidak tentu arah.
' Takpe. Memang kau tak nak bagitahu sekarang. Nanti tahulah aku nak korek macam mana'.
" Eh! Cepatlah tolong aku, kau kan pandai bab-bab ni," gesa Firdaus.
" Ei! Yalah, sabarlah sikit. Kau ni memang tak baiklah cakap aku macam tu," kata Zaff mengada-ngada. Dah macam budak kecik pulak yang mengada-ngada dekat mak.
" Eh! Dah memang betul kan?" usik Firdaus.
" Dahlah, kau nak aku tolong ke idak ni? Kang aku tak tolong kang," ugut Zaff. Dah malas nak layan Firdaus ni. Tak betul ka apa mamat ni, nak usik-usik aku pulak. Isy! seram pulak aku, repek Zaff.
" Yalah nak mintak tolonglah ni. Hah macam mana?" suara Firdaus rendahkan. Bimbang kalau orang yang berada di kawasan itu mendengar perbualan mereka yang hot tak bertempat ni. Kang tak pasal kena hempuk jap gi. Yalah dahlah cakap pasal benda yang agak 'kesulitan', buat malu je.
" Macam nilah. Kau agak je lah berapa saiz bahagian diorang tu. Contohnya yang coli ni kau jangan beli yang ketat sangat nanti tak bernyawa pulak orang tu. Agak-agak je berapa saiz. Kau paham tak? Kalau dah tak tahu sangat kau beli je lah apa-apa saiz pun, malaslah aku nak masuk campur, aku nak gi sana, tata...," kata Zaff terus berlalu.
Pulak dah si Zaff ni..
Firdaus yang berada disitu terkial-kial hendak memilih saiz yang mana.
' Alamak! Macam mana ni? Sengallah Zaff ni, boleh je dia blah macam tu aje? Hisy! Jap-jap aku ingat balik. Dhieya tu takde lah besar mana, kecik je badan dia. Comel lote gitu. Ambik je la yang ni. Warna? Hehehe... merahlah kot. Seksi habis! hahahah' bisik Firdaus nakal.
Dia ni memang. Tak senonoh je. Firdaus terus memilih yang mana dirasakan sesuai. Menggigil kot tangan masa nak pegang 'mende alah' tu. Orang dekat tepi dia dah pandang sleng je tengok.
Hisy! Mesti dah merah muka aku ni. Tak tahu dah nak letak mana. Selepas memilih dia terus menuju ke kaunter bayaran. Cashier tu pulak hanya menjeling semacam aje aku tengok. Sekejap-sekejap senyum walaupun dia cuba cover. Alah! Mungkin sebab aku yang hensem ni kot!
Alahai! Perasannya Syed Firdaus Hakimi Syed Fahim ni...
Setelah membayar harga 'barang-barang' itu, Firdaus cuba menjelajah pulak di sekitar kawasan pusat beli-belah yang terkenal itu. Matanya mencari-cari satu kedai.
' Hah! Ada pun!'
Dia terus melangkah masuk ke kedai itu yang dipenuhi dengan peralatan solat seperti songkok, sejadah dan macam-macam lagi. Dia sebenarnya hendak mencari telekung untuk Dheiya kerana dia perasan semasa hendak solat subuh tadi Dheiya hanya mengenakan tuala dan kain kapas untuk menutuk auratnya. Pakaian pula hanya baju kurung semalam. Terasa kasihan pula, Firdaus dengan baik hatinya ingin membeli sedikit pakaian dan telekung untuk Dheiya.
Usai membeli, dia terus menghubungi Zaff.
" Hello Zaff, kau kat mana ni?" tanya Firdaus sebaik sahaja Zaff mengangkat panggilannya.
" Aku kat depan Secret Recepi ni, nak dekat pintu masuk. Cepat ah, aku tunggu ni," balas Zaff.
" Okey, I'm coming," kata Firdaus lantas terus mematikan panggilan. Langkah kakinya dihalakan ke arah tempat yang ditunggu Zaff. Seperjalanannya, dia perasan ada beberapa kaum hawa yang memandangnya tidak berkelip. Ada yang tersengih-sengih, ada yang berbisik-bisik, ada yang hisy! macam-macamlah.
Yalah Firdaus ni memang boleh tahan orangnya. Bukan setakat boleh tahan tapi memang handsome sesangat pun. Mempunyai kulit yang cerah, bibir yang merah dan seksi, lesung pipit yang mahal dan yang pentingnya body tough! Sasa dan tegap, sesuailah dengan kredebilitinya sebagai bakal pewaris Merida Holdings. Kacak, tampan, bergaya, bijak dan sentiasa menjadi rebutan ramai wanita. Tidak hairanlah dia sentiasa dikelilingi dan digilai oleh wanita-wanita cantik termasuklah Sy. Emilina dan Tiara.
--------------------------
Selepas pukul 9.00 malam barulah Firdaus pulang. Setelah lepak bersama Zaff sehingga ke petang, Sy. Emilina pula yang menghubunginya. Pada mulanya dia memberi pelbagai alasan tetapi entah bagaimana dia terserempak dengan Sy. Emilina secara kebetulannya berada disitu terus mengajak Firdaus untuk menemaninya.
Nak tak nak terpaksalah Firdaus menemani Sy. Emilina apabila gadis itu merengek-rengek manja dan menggeletis dengannya di khalayak ramai. Tak nak lah orang cop dia apa-apa pulak nanti.
Kalau diikutkan Sy. Emilina tidak membenarkan Firdaus pulang tetapi Firdaus tetap berkeras hendak pulang dengan alasan dia kepenatan setelah seharian berada diluar rumah.
" Alah you ni! Kalau dengan I asyik nak balik awal aje," rengek Sy. Emilina manja yang lebih mesra dipanggil Emilina.
" Lin! I penatlah. Tolonglah faham. Dahlah, I balik dulu," habis ayatnya dia terus melangkah pergi meninggalkan Emilina di situ keseorangan. Lantaklah dengan minah tu! Rimas aku.
Setelah loceng ditekan, muncul wajah Dheiya dimuka pintu mengukir senyuman. Firdaus hanya memandang sekilas lalu mula mempamerkan wajah seriusnya.
Dia lantas melangkah masuk lalu menghulurkan beberapa beg kertas dan plastik di kiri dan kanannya kepada Dhieya. Dheiya terpinga sendirian.
" Lah! Yang you tengok aja tu buat apa? Ambiklah, takkan I nak pegang ni sampai esok kot?" marah Firdaus,
Mendengar amarah Firdaus, Dheiya pantas mengambil barang-barang tersebut dari tangan Firdaus.
" Beg-beg kertas tu barang you and yang lain-lain tu ada barang dapur sikit-sikit. I tak sempat nak beli yang lain, lagipun I tak berapa tahu nak beli barang-barang dapur. Buat masa ni you makanlah apa yang ada dulu. Nanti tak cukup I beli lain," usai sahaja menghabiskan ayatnya yang terakhir, Firdaus terus memanjat anak tangga menuju ke biliknya sambil jari-jemarinya mengurut-urut tengkuknya yang lenguh.
Dheiya hanya memandang sahaja langkah Firdaus itu. Bibirnya mula mengukir senyuman manis.
' Tak adalah kejam mana dia ni. Baik aje. Masih ingat kat aku lagi walaupun dia keluar ' puji Dhieya dalam hati.
Dia menyimpan barang-barang dapur di tempat-tempat yang sesuai. Selepas itu dia terus menuju ke biliknya lalu mengeluarkan barang-barang dari beg-beg kertas. Dia tersenyum saat memegang sepasang kain telekung yang lembut dan disulami kerawang yang cantik. Dheiya mencium telekung itu.
' Alhamdulillah, inilah yang aku perlukan' bisik hati Dhieya.
Tangannya pantas mengeluarkan barang-barang lain dari beg-beg kertas. Ada syampu rambut, berus dan ubat gigi, deoderant, losyen, bedak, pakaian sepeti baju dan seluar serta... 'adik-adik kecil ' yang terdiri daripada pelbagai warna dan jenis!
Spontan darah merah menyerbu muka Dhieya. Merah wajahnya tidak dapat disangkal. Malunya, usah ceritalah. Aduh! apa agaknya dia fikir masa nak beli semua benda ni? Mesti dia ingat bentuk... Argh! malunya!
Sehingga ke lena, Dhieya tidak dapat menahan malunya.
Malunya!
2 comments:
aah betul baik jugak firdaus ni ya. hehe.
igt dia suh salesgirl yang tolong amikkan. adei, malu malu. so kiblat tu, firdaus tunjuk mmg betul ke zara?haha. n thanks cz reply comment. takpe2, nti buat yg belakang-belakang jgn kasi sama ya. nti pyh nak terbit plk.
kiblat tu dia igt2 lupa...
malu?
firdaus tak berapa nak malu sangat perangai dia..
sebab tu berani usik dheiya tu
Post a Comment