" You ingat you ni mem besar dalam rumah ni ke? I dah pesan kan pada you kemas dan bersihkan setiap ceruk rumah ni. I do not want any dirt or dust, even. Tak paham ke? Atau you ni memang lembap?"
Perghh! Begitulah ayat-ayat power yang Firdaus hadiahkan padanya. Sedikit lagi air matanya pasti berdera-derai menuruni di pipi. Entah mengapa kali ini dia menjadi terlalu sensitif. Jikalau dahulu Pakcik Bakar herdik atau menengkingnya dia akan pekakkan telinga. Lama-lama nanti dia diamlah sendiri.
Dheiya mengeluh perlahan. Entah sampai bila dia harus berada di rumah mewah ini. Baru lima hari sudah dirasakan bagai lima tahun duduk di dalam penjara. Dia langsung tidak dibenarkan keluar walau untuk mencecahkan jari kaki ke lantai luar rumah sekalipun dilarang. Jika kehabisan barang dapur dia perlu menghubungi Firdaus untuk membeli.
" Macam ni lah nasib orang miskin. Perlu menjadi hamba hanya kerana budi yang ditabur. Nak buat macam mana, aku terpaksa. Ibu, kalaulah ibu masih ada, mesti Dhieya takkan jadi macam ni ibu," rintih Dhieya sayu.
Terdengarkan dentingan jam yang menunjukkan angka sepuluh, Dhieya pantas mengangkat cadar yang tebal lalu dibawa ke mesin basuh. Dia masih banyak kerja yang perlu dilakukannya. Ruang tamu masih belum divakum lagi. Lantai mozek belum dimop lagi. Buatnya kalau balik dek Tuan Harimau tu habislah dia.
Pantas Dhieya melakukan semua tugasan yang menjadi rutin hariannya. Setelah selesai semua kerja, Dhieya merebahkan tubuhnya ke sofa merah garang itu. Penat sungguh. Seketika, dia membelek majalah yang terdapat di bawah meja kopi di tengah-tengah ruang tamu itu.
SYED FIRDAUS HAKIMI TAN SRI SYED FAHIM. MERIDA HOLDINGS WILL BE THE BENEFICIARY WAS THE ENVY OF EVERY SUCCESSFUL WOMAN.
Nak tahu macam mana setiap masa asyik muka serius garang dia aja tayang depan muka aku. Kedekut sangat senyuman dia tu. Macamlah kena bayar, umpat Dhieya dalam hati.
Ops! Tak baiklah aku mengumpat dia. Kalau dia dengar aku umpat mahunya dia telan aku hidup-hidup. Dia punya tajam renungan tu isy!
Tapi.. garang-garang dia pun, bila tengok gambar dia memang cair hati. Patutlah dia kata ramai yang kenal siapa dia. Kalaulah orang tahu yang dia simpan perempuan.... Dhieya terdiam. Tidak dapat dibayangkannya apa yang akan terjadi kalau masyarakat tahu.
Lamunan Dhieya terputus saat terdengar deringan telefon rumah. Dia terus mengangkat gangang telefon lalu ditekapkan di telinga. Siapa lagi yang telefon rumah ni kalau tak Tuan Harimau tu!
" Helo, assalamualaikum," lembut Dheiya menyapa pemanggil disana.
Firdaus sedikit kaku mendengar suara yang lunak itu menyapanya. Pantas dia meraaup wajahnya.
" Waalaikumussalam. I nak bagitau pada you yang I balik malam. I nak you masak dinner malam ni," tegas Firdaus berkata. Sengaja dia berbuat begitu supaya Dheiya takut akan dirnya.
" Err.. baiklah. Nanti saya masak. Ada apa-apa lagi yang awak nak saya buat?" giliran Dhieya menyoal.
" Nope thanks. Itu aje," balas Firdaus ringkas lalu mematikan talian. Dia menarik nafas panjang sambil matanya masih tertancap pada telefon Blackberrynya. Entah mengapa hatinya tidak keruan apabila berbicara dengan Dhieya. Hatinya diterpa rasa yang membuak-buak untuk mendengar suara gadis itu.
Argh! Aku dah angau ke ni? No! No! No!
" Firdaus, please wake up! Dia tak sesuai dengan kau".
Dheiya termangu-mangu saat talian dimatikan. 'Dia dah letak? Takkanlah dia telefon rumah semata-mata nak cakap itu aje?'
----------------------------------------------------------------------
Konsentrasi Firdaus terganggu sebaik sahaja telefon bimbitnya berdering. Dia berdecit perlahan. Matanya memandang nama pemanggil yang tertera pada skirn.
Daddy?
Pantas tangannya menekan butang hijau.
" Helo daddy," sapa Firdaus.
" Assalamualaikum Fir," jawab Tan Sri Syed Fahim sambil tersenyum sinis.
Firdaus mengetap bibirnya sambil tersenyum sumbing.
Alamak! Lupa pulak!
" Sorry daddy, waalaikumussalam".
" Hisy kamu ni Fir, cepat sangat lupa adat. Ni kamu dekat mana?" tanya daddy Firdaus.
" Isy! mana ada daddy. Lah sekarang kan waktu kerja, Fir kat officelah. Mana lagi," jawab Firdaus. Daddy ni mulalah nak perli aku tu!
" Baguslah kalau macam tu. Macam mana dengan Merida? Ada apa-apa masalah? Yang masalah dengan beberapa pembekal dengan cawangan hotel baru kita tu dah settle ke belum?" bagaikan peluru berpandu Tan Sri Syed Fahim melontar soalan.
" Dahlah daddy. Dah settle semua. Relaxlah daddy, ni kan Firdaus. Insya-Allal semua masalah mesti settlelah," jawab Firdaus bangga.
" Alhamdulillah kalau macam tu. Daddy tahu Fir boleh buat. You are my son right? Ni daddy call ni sebab nak bagitahu yang Jumaat malam ni daddy dan mummy akan sampai Malaysia," kata-kata Tan Sri Syed Fahim membuatkan Firdaus menelan liur berkali-kali.
Hatinya mula rasa gundah. Gelisah. Tidak senang duduk dibuatnya. Dia tidak mahu sesiapa tahu berkenaan Dheiya. Dia masih belum bersedia untuk menceritakan kisah sebenar. Pada Zaff pun dia masih berahsia meskipun sahabtanya itu sudah mula menabur syak ke atasnya. Dia yakin bahawa daddynya masih boleh berkompromi tetapi bagaimana dengan mummynya?
Aduh! Kusut pulak kepala aku ni.
" Fir! Fir! Kamu dengar tak apa yang daddy cakap ni? Hesy! Budak ni berangan pulak dia," getus daddynya.
Firdaus tersentak daripada monolognya.
" Ye daddy, Fir dengar. Okey. Mummy dan daddy nak Fir jemput ke kat airport nanti?"
" Tak payahlah. Daddy dah bagitahu pada Pak Jan suruh jemput kami semua nanti".
" Wait daddy. Kami semua? Bukan daddy dengan mummy aje ke yang balik?"
" Lah lupa pulak daddy nak bagitahu pada kamu. Aria dan Fahmi ikut balik sekali".
" Why? Kan diorang study kat sana? Sekarang ni bukan cuti semester lagi kan?" soal Firdaus ingin tahu.
Isy! Kalau budak dua ekor tu balik, susahlah aku nanti. Diorang mesti nak lepak dekat rumah aku punya nanti.
" Sekarang ni diorang dah start cuti semester. Cuma Aria dan Fahmi akan sambung belajar kat sini. Sebab tu lah daddy dan mummy pergi UK, nak uruskan pertukaran merekalah," jelas Tan Sri Syed Fahmi panjang lebar.
" Lah kenapa pulak nak further study kat sini? Dulu bukan main ia-ia nak pergi sana" rungut Firdaus pula. Budak-budak ni macam-macamlah. Korang balik siaplah!
" Mummy kamu tu risau sangat dengan kembar tu. Sekarang ni kan kat UK selalu kena ribut. Aria dengan Fahmi pun tak selesa tinggal kat sana. Tu yang diorang nak balik sangat tu. Tak apalah Fir, takdelah mummy daddy ni risau sangat pasal budak kembar tu bila kat sana. Yang kamu ni Fir macam tak suka aja adik-adik kamu balik ni kenapa? Selalu okey je?"
" Err...Takde apalah daddy. Fir okeylah. Happy ni. Kan adik-adik Fir yang nakal tu nak balik. Rindu ni kat twins tu," nafi Firdaus menutup pertanyaan daddynya.
" Yelah tu Fir. Jangan kamu buli adik-adik kamu nanti sudahlah," Tan Sri Syed Firdaus memberi seakan-akan amaran. Firdaus ketawa perlahan.
" Adeh daddy ni. Takkanlah daddy tak tau. Selalunya sape buli sape daddy? Fir tau yang kena," sungguh Firdaus meyakinkan daddynya.
" Yalah tu Fir. Okeylah daddy nak keluar ni. Nanti kalau ada apa-apa daddy call kamu nanti. Fir jaga diri".
" Okey daddy. Don't worry about me. I'm okey. Nanti daddy kirim salam pada mummy and my beloved twins okey?"
" Yalah. Nanti daddy sampaikan. Asslamualaikum".
" Waalaikumussalam," balas Firdaus.
Dia mengeluh. Kemudian dia tersenyum. Hubungan dia dan daddynya amat rapat. Malah lebih rapat dari mummynya. Daddynya menganggap dia umpama seorang kawan yang sangat rapat membuatkan Firdaus lebih selesa untuk berkongsi dengan ayahnya.
Terasa rindu pula pada adik kembarnya yang masing berusia 20 tahun dan sebaya dengan Dhieya. Pada saat usianya mencecah 9 tahun dia begitu seronok setelah mendapat tahu yang dia akan mempunyai adik kembar. Tidaklah sunyi hidupnya. Dia memang rapat dengan adiknya terutama sekali dengan Aria tetapi itu tidak bermakna dia tidak rapat dengan Fahmi kerana dua-dua adalah adiknya. Sayang sama rata.
Dheiya.
Lambat laun dia perlu juga memperkenalkan gadis itu kepada keluarganya kerana Dheiya sudah menjadi tanggungjwabnya kini meskipun mereka tidak bernikah. Seperti yang dia sedia maklum, Dhieya tidak mempunyai siapa-siapa lagi walaupun saudara-mara kerana dia yatim piatu, sebatang kara, yang ada hanya bapa tiri. Huh! Bapak tiri? Bapak tiri dia pun sanggup jual dia.
Bila diingatkan balik rasa bersalah pulak dia kerana menengking Dhieya semalam hanya kerana gadis itu terlupa untuk menukar cadar katilnya. Dia masih ingat akan mata cantik Dhieya yang berkaca sebaik sahaja dia menengking. Pasti gadis itu menangis tapi terpaksa menahan air mata. Hisy! Kenapa aku nak kesian dengan dia pulak? Dah gila agaknya aku ni. Tapi aku rasa bersalah sangat sebab tengking dia macam tu.
Nikah? Bernikah?
Tak mungkinlah! Dah tentu-tentu mummy takkan terima Dheiya. Aku dah masak sangat dengan sikap materialistik mummy tu.
2 comments:
wah twins! best, hope diorg side gan dhiya nti. hehe gamaknya dorg serbu umah firdaus n komplot gan firdaus n papa dia utk bela dhiya. hehe.
yela tu kot..
mcm2 kesimpulan ye..
tak boleh la bg tau lagi...
rahsia..
hehehe...
Post a Comment