~ Welcome to my novel's - part of my blogs! ~
Heyp!
You!
Yes!
Jangan lupa baca tau!
Best...comment!
Tak best pun comment jugak!
Cetusan dari minda yang sangat kuat berangan!
Peluk dan sayang to my darlings!!
sincerely,
~ Zara Dania Wanee ~
You!
Yes!
Jangan lupa baca tau!
Best...comment!
Tak best pun comment jugak!
Cetusan dari minda yang sangat kuat berangan!
Peluk dan sayang to my darlings!!
sincerely,
~ Zara Dania Wanee ~
Wednesday 16 November 2011
Bertaut Kasih: Bab 12
" Aku terima nikahnya Dhieya Arisha binti Arshad.........." ucap Firdaus sekali lafaz dihadapan kadi dan beberapa orang saksi di pejabat agama itu.
Beberapa orang saksi di situ mengangguk-anggukkan kepala. Tidak terkecuali Zaff yang turut berada di situ menjadi saksi pernikahan Firdaus dan Dhieya. Dia tersenyum sinis menjeling ke arah Firdaus yang kelihatan serba-salah. Dheiya tertunduk.
"Sah!"
"Sah!"
" You owe me one explaination Fir," bisik Zaff serius di telinga Firdaus sebelum bersama-sama mengangkat tangan untuk bacaan doa. Firdaus menatik nafas perlahan. Dimindanya sudah terangka satu macam ayat untuk soalan Zaff tadi. Dia tahu dia harus menjelaskan semuanya.
Dia tiada pilihan lain selain terpaksa untuk memanggil Zaff sebagai saksi pernikahan dia dan Dhieya supaya Zaff dapat dijadikan back-up apabila dia perlu berhadapan dengan keluarganya nanti. Setidak-tidaknya ada juga orang yang tahu akan kewujudan Dhieya dalam hidupnya yang bakal ditempuhi kelak.
----------------------------------------------------
Dhieya mengangkat dulang berisi jag air dan beberapa gelas untuk tetamu 'kejutan' yang datang. Tetamu yang mengaih sebuah penjelasan tentang kewujudan dirinya.
Sejam berlalu, dia sudah berubah status menjadi seorang isteri.
Isteri dalam terpaksa untuk menutup malu.
Tidak kerana cinta.
Isteri dalam kertas sahaja. Tidak lebih dari itu. Dia redha jikalau itu sudah menjadi ketentuan buat dirinya.
Dari dapur dia dapat mendengar dengan jelas suara Firdaus yang menguasai suasana. Menjelaskan segala-galanya. Dia mengagak pemuda tampan yang hadir bersama untuk upacara pernikahan mereka tadi adalah orang yang rapat dengan Firdaus. Kalau tidak masakan Firdaus meminta lelaki itu hadir bersama.
Lelaki yang tidak dikenali itu hanya mendengar dengan penuh khusyuk. Sesekali matanya menjeling memandang Dhieya yang kelihatan sedikit cangung apabila dirinya menjadi topik perbualan.
Hairan, mana keluarga Abang Firdaus? Abang? Yerk! Sejak bila pulak lidah aku ni gatal bebenor panggil abang ni? Tak malu betul!
Mesti keluarga dia tak tahu yang Firdaus kahwin dengan aku. Kalau tahu dah tentu ada tentangan. Siapalah yang setuju nak bermenantukan aku yang datang dari tempat kotor. Aku bukan sesiapa. Bukan somebody yang yang boleh dihormati dan dikenali masyarakat. Aku adalah Dhieya Arisha Arshad. Kehidupanku bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keluargaku bukan orang kenamaan. Hanya orang kampung yang hidup miskin dan sering ditindas oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Harta? Jauh panggang dari api.
Bukan seperti lelaki itu. Melihatkan penampilan dirinya, sudah diagak lelaki itu bukan sebarangan sseorang. Keluarganya semestilah seseorang yang terkenal dan disanjung masyarakat.
Dulang diletakkan diatas meja kecil ditengah-tengah ruang tamu antara sofa itu. Dua pasang mata yang cukup tajam dirasakan sedang memandang setiap pergerakannya. Dhieya kekok. Segan. Dia menegakkan tubuhya bersedia untuk beredar dari situ, namun arahan Firdaus menghentikan langkahnya.
" Duduk dulu Dhieya," arah Firdaus.
Dhieya melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk itu. Baju kurung bewarna merah jambu pemberian Firdaus beberapa hari lalu dibetulkan. Melihatkan lelaki yang tidak dikenali itu hanya melemparkan senyuman manis kepadanya.
" Kau suruh dia duduk aje? Taknak kenalkan kat aku?" ujar Zaff tersengih-sengih memandang Dheiya yang tertunduk. Malu kot. Alololo comel pulak.
" Kan kau dah tau nama dia masa aku akad nikah tadi?" balas Firdaus mencebik. Menyampah pulak tengok Zaff tersengih-sengih asyik memandang isterinya.
Isteri? Sejak bila pulak aku anggap Dhieya tu isteri aku? Ke aku cemburu? Argh! Apa ni?
" Eh apa salahnya kau introduce lagi sekali? Kat sana lain cerita. Sini lain cerita la bro. Alah itu pun nak kedekut ke? Takutlah tu aku nak mengorat bini kau yang comel ni," usik Zaff sambil mengerling ke arah Dheiya dengan sengihan nakal.
Wajah Dhieya merona merah saat Zaff berkata begitu. Dia kekok.
" Kau tanyalah dia sendiri. Kau kan pandai nak ayat perempuan ni," ujar Firdaus mendengus. Ada rasa tidak puas hati.
Zaff bersikap selamba. Buat tak tahu dengan sikap pelik Firdaus. Zaff tahu, Firdaus cemburu. Dia boleh lihat dari wajah Firdaus.
" Aik! Malu ye wife Fir? Ala janganlah malu dengan saya. Fir taknak introduce kan awak kat saya baik saya introduce diri saya. Saya Zaffril Aqmal. Just call me Zaff. Awak?" Zaff mula memperkenalkan diri. Bibirnya tersenyum lebar menampakkan giginya yang cantik.
Firdaus yang mencebik terus bangun dari sofa lalu terus menuju ke dapur. Menyampah dia melihat ayat-ayat manis Zaff. Hish! Dengan bini orang pun dia nak try test market. Dahlah bini aku pulak tu!
Aik Fir! Mengaku bini nampak. Dah ada ura-ura kejelesan kat situ! Firdaus cemburu!
" Jeleslah tu!" cebik Zaff.
Dhieya memandang ke arah yang dipandang oleh Firdaus.
" Awak takyah tengoklah. Fir tu kalau jeles memang buruk muka dia. Mengalahkan monyet nak beranak!"
Kata-kata Zaff membuatkan Dheiya ketawa kecil. Lawak juga Zaff ni. Tak sama langsung dengan Firdaus yang selalu serius sepanjang masa. Susah sangat dia nak senyum. Macam mana boleh jadi kawan?
" Awak ni tak baik cakap dia macam tu. Dia tak jeleslah. Untuk apa jeles. Dia penat agaknya tu," kata Dheiya. Tak mungkinlah dia nak jeles. Mustahillah! Bukannya dia suka aku pun.
" Ala Dhieya saya gurau je la. Tapi saya tahu, Fir tu jeles. Tengok muka pun saya tau. Saya dengan Fir dah lama kenal, sejak kami kecil lagi. Kami banyak kongsi rahsia sama-sama. Sebab tu saya boleh agak perasaan dia bila buat muka macam tu. Actually saya dengan Fir macam adik-beradik . Cuma, bila dia cakap nak kahwin ekspres macam ni memang buat saya terkejut. Firdaus yang saya kenal bukan seorang yang jenis terburu-buru especially soal kahwin ni. Selama ni kalau mummy dia timbulkan soal kahwin mesti dia pusing cerita lain".
Dheiya hanya diam tidak berkutik mendengar cerita Zaff. Banyak yang dia tidak tahu tentang lelaki bernama Firdaus itu.
" Firdaus yang saya kenal cerewet pasal perempuan. Kebanyakkan perempuan yang dia kenal semuanya tak menepati ciri-ciri dia. Emilin calon pilihan mummy dia pun buat tak tahu je. Menyampah dia kata. Cantik memang cantik tapi plastik. Kalau nak dibandingkan Dhieya dengan Emilin tu Dheiya sejuta kali lebih cantik dari dia. Comel pun comel. Sebab tu lah saya tak kisah sangat kalau Fir kahwin dengan awak sebab saya yakin awak wanita yang sempurna dan baik untuk Firdaus," tambah Zaff panjang lebar.
Dheiya hanya tersenyum sekilas. Tidak berkata apa-apa. Cerewet? Patutlah asyik tayang muka singa dia aja kat aku. Serius dua puluh empat jam. Tapi siapa Emilin tu? Dheiya ketap bibir.
" Awak tak kenal saya lagi Zaff. Macam mana awak boleh nilai saya macam tu?" lembut suara Dheiya.
" Awak pernah dengar tak orang tua-tua cakap, dari mata turun ke hati. Hati saya cakap macam tu. Tengok wajah awak pun dah buat saya tenang. Untung tau si Fir tu. Nanti kalau saya nak cari isteri memang saya akan cari perempuan macam awak," puji Zaff lagi.
" Awak ni memang ayat manis yea?" Dhieya tersenyum.
Zaff tersenyum sumbing.
" Amboi, sehati sejiwa betul pengantin baru ni. Saya tau mesti si Fir ni yang cakap macam tu kan? Tak baik tau," rajuk Zaff membuatkan Dheiya ketawa kecil. Mimik wajah Zaff lucu sungguh. Sudah lama dia tidak ketawa.
Firdaus yang sejak tadi panas hati dengan gelagat Zaff dan ketawa manja Dheiya menjadi bertambah berapi saat menjedai sang pemerhati dari arah dapur. Hatinya meluap-luap menahan rasa sakit yang mencengkam dihati. Semakin berapi perasaannya sehingga ke otak. Diketap bibirnya menahan amarah yang membahang didada.
'Tak boleh jadi ni! Siap gelak-gelak lagi'
" Dhieya berapa lama lagi you nak bergelak ketawa kat situ? Tak tahu ke suami you ni tengah kebulur? Cepat masak!" Firdaus gagal mengawal amarahnya yang berbaur cemburu dan marah.
Dheiya tersentak mendengar laungan keras daripada Firdaus.
" Dia jeleslah tu saya berborak dengan awak. Okeylah awak saya balik dulu, nanti kita borak lagi," Zaff bangun meminta diri lalu tersenyum. Dheiya mengangguk membalas senyuman Zaff.
Zaff bersalaman dengan Firdaus yang masam mencuka. " Chill la beb! Cemburu betullah kau ni. Aku gerak dulu. Nanti apa-apa call aku," ujar Zaff.
Firdaus serba-salah. Aduh! Kenapalah dengan aku ni? Tak boleh kawal marah depan Zaff.
" Sorrylah Zaff. I didin't mean it. Aku bukannya nak halau kau pun. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak. Aku cuma..." pantas Zaff memintas.
" Alah no hallah! Kita bestfriend kan? Aku happy kalau kau happy. Kau jangan risau, rahsia kau selamat dengan aku. Jaga Dheiya elok-elok. Dia perempuan baik. Trust me," Zaff menepuk perlahan bahu Firdaus lalu terus menuju ke muka pintu.
Firdaus terkesima dengan kata-kata Zaff. Dheiya menutup pintu lalu terus berlalu menuju ke dapur. Dia melintas di hadapan Firdaus.
" Dheiya, I'm sorry," kata-kata Firdaus membuatkan Dheiya terpaku. Cair dia sekejap!
Dia memandang anak mata Firdaus namun hanya sekejap. Tak sanggup nak tenung anak mata warna kelabu dia lama-lama. Boleh cair aku! Firdaus tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah malu dia. Comel!
" Err.. takpe. Memang salah saya sebab lupa tanggungjawab saya. Saya yang patut minta maaf," Dheiya berkata perlahan.
" It's okay. You pergilah masak. Nanti kalau dah siap panggil I kat atas," Firdaus terus berlalu pergi menuju ke anak tangga untuk ke tingkat atas.
Dheiya memandang langkah Firdaus sambil tangannya memegang dada yang sudah pun berlari marathon. Kencang! Ya Allah! Betulkah apa yang aku rasa ni?
Dheiya tersenyum lebar lalu terus menuju ke dapur. Hari ini dia akan memasak hidangan yang paling istimewa untuk mereka berdua kerana hari ini adalah hari yang bahagia buat dia!
Argh! Aku dah jatuh cinta ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahaha kan dah jeles tu. bagus la firdaus dah makin lembut. siap mintak maaf lagi n mengaku dia suami. bagus2.
itu la ego sgt..
[adahal dlm hati dah bergelegak jelesnye..
tak lama nanti ada la taman bunga sakura..
hehehe..
Post a Comment